Chill Out ~~ ^_* (kalau tak suka lagu boleh stop kt atas ni)

new updated!


new n3 :-)

# Hot And Cold (Bab 5)
# Hot And Cold (Bab 4)
# Hot And Cold (Bab 3)

* my new email (YM, FB) :"carl_aryana89@yahoo.com"

(^__^)

(^__^)

Kalaulah Hot n Cold dapat peluang ke untuk ke versi cetak.. apa kata kalian?

Sunday, April 26, 2009

Cerpen:- My Girl From Highway


“BERAPA lama awak pergi?” soal gadis bermata bundar.

“Tak tau lagi. Tengok keadaan. Kalau saya dapat kerja kat KL maybe saya terus menetap kat sana.” Si lelaki bersuara. Mata merenung jauh ke laut.

“Macam mana dengan saya?Awak sanggup ke nak tinggalkan saya?” Kelopak mata sudah bertakung.Berita tentang pemergian Adi ke Kuala Lumpur esok pagi membuatkan Nasuha terkejut.

“Suha, saya terpaksa ke sana demi masa depan saya. Demi awak jugak. Bila saya dah dapat kerja yang bagus nanti,boleh la saya kumpul duit masuk meminang awak. Awak jangan risau la. Saya janji saya akan selalu balik ke sini dan selalu akan call awak, okay? Saya janji.”Adi angkat tangan kanan tanda berjanji. Wajah sayu milik gadis yang bernama Widad Nasuha ditenung.

“Janji?”

“Janji.”
***

OMBAK menderu-deru memukul pantai. Sedikit demi sedikit pantai mngalami hakisan. Siput-siput laut bertaburan di gigi air. Nasuha bertinggung mencapai siput yang berwarna putih lalu diletak di telapak tangan kiri.

“Siput, aku nak tanya boleh tak?” Cengkerang siput itu disentuh lembut.”Mana Adi pergi erk? Dah empat bulan dia tinggalkan aku tanpa khabar berita. Dia dah janji nak call aku, nak balik kampung tapi takde pun. Apa dah jadi kat dia? Sihat ke? Sakit ke? Dah dapat kerja belum?” Bertubi-tubi soalan dilontarkan kepada siput yang langsung tak bergerak di telapak tangannya. Gaya macam siput tu faham je. Kelopak mata sudah terasa panas. Awan macam nak pecah keluarkan hujan. Lalu kepala ditunduk memandang pasir.”Siput, aku rindu Adi…” Awan pecah jugak akhirnya.Nasuha mengeluh kecil air mata dikesat lau dia melangkah meninggalkan pantai.
***
“EH Leha. Aku dengar anak sedara kau si Adi tu dah dapat kerja bagus kat KL. Betul ke?”

Sepantas kilat Nasuha menoleh ke kiri bila terdengar sebaris nama yang sangat dirinduinya disebut.Ubat gigi Colgate diletakkan kembali ditempatnya.Nasuha berjalan perlahan-lahan menghampiri MakTimah dan Mak Ngah Leha yang berada dibahagian menjual ikan di dalam Pasaraya Mini Ahmad itu.

Ye. Dia skarang kerja kat… apa ntah nama bangunan tu.” Mak Leha., ibu saudara Adi menggaru-garu kepala. Keningnya berkerut. “Menara. Menara pe ntah namanya. Aku tak berapa ingat la. Yang berkembar tu.”

Nasuha melangkah semakin menghampiri dua wanita itu tanpa mereka sedari. Berkembar? KLCC? Yes! Nasuha berlalu keluar dari mini market itu dengan senyuman yang berjela. Adi, tunggu Suha!
***
BEG sederhana besar yang disumbat dengan pakaian dipeluk kejap. Kaki melangkah laju meninggalkan halaman rumah. Selepas 50 langkah, Nasuha toleh kebelakang. Rumah papan dua tingkat milik keluarganya itu dipandang sayu.Abah, angah,alang acik, acu… kak long mintak maaf sebab keluar dari rumah tanpa bagitau korang, tanpa kebenaran abah. Maafkan kak long. Bila kak long dah jumpa Abang Adi, kak long janji kak long akan pulang ke rumah secepat mungkin. InsyaAllah. Kaki diangkat menuju ke arah sebuah motosikal yang berda tidak jauh darinya. Syifa sedang menunggu.
***
“KAU dah pikir habis baik ke, Suha?” Dah pikir masak-semasak-masaknya? Yakin ke kau dapat cari Adi? Aku mintak kau pikir sekali lagi about this hal. Please…” Pinta Syifa beriya-iya. Sungguh di hatinya berdoa agar keputusan Nasuha akan berubah. Sudah berkali-kali dia menasihati Nasuha supaya tidak meneruskan racangan tak bernas sahabatnya yang dikenali sejak kecik lagi. Namun dengan stubborness yang dimiliki oleh gadis yang berkulit kuning langsat itu, tidak mengubah pendiriannya.

Nasuha pegang bahu Syifa.” Syifa, aku dah buat keputusan. Kau harus support aku. Pasal Adi tu, kau jangan risau. Aku tau mana nak cari dia.”

Syifa tarik nafas panjang. Lalu dilepas perlahan-lahan.”Suha, aku sebenarnya langsung tak setuju dengan tindakan kau ni. Tapi nak buat macam mana. Kau kan member paling rapat dengan aku. So, nak tak nak aku kena la jugak support kau.”Syifa pandang muka Nasuha.”Kau ni kan, nama je belajar sampai peringkat Diploma. Tiap-tiap sem rusult gempak. Tapi, terserlah jugak sifat tak kecerdikan kau tu.” Dia tergeleng-geleng.

Nasuha sengih je bila dengar bebelan Syifa itu. “Aku rindukan dia, Syifa.Terpaksa lah aku ke sana untuk cari dia.”

Syifa menjeling Nasuha.”Kau kat sini bagai nak rak teringatkan Adi. Dia kat sana ntah–ntah langsung tak teringatkan kau.” Kalau ye, mesti dalam masa 4 bulan ni dia ada contact kau.” Syifa peluk tubuh. Mukanya berubah masam.

Nasuha senyum tawar.”Maybe dia sibuk sangat kot. Tak sempat la nak contact aku. So biar aku yang pergi cari dia.”

Syifa mendengus marah.”Kalau dah degil tu degil jugak. Chenta, kalau dah tahap kritikal, yang buruk pun still nampak baik je.” Matanya melirik jam dipergelangan tangan.”Dah dekat pukul 3.30 petang ni Bas kau pun dah sampai.

Bas Transnasional yang berada tidak jauh dari mereka dipandang sekilas. “Okay lah Syifa. Aku gerak dulu.”Handbeg dikemaskan dibahu. Beg pakaian digenggam talinya.

“So, aku kena karang ayat la erk nak terangkan kat abah kau pasal kehilangan kau ni?’

“Depend la. Aku dah tinggalkan nota atas katil. Tapi kalau abah aku nak tau lebih lanjut kau kena get ready ar sebab kau la orang first yang dia akan cari.” Nasuha kenyit mata sebelah. Dia tersenyum nakal.

“Aku dah get ready dua hari lepas. Sejak kau bagitau aku yang kau nak ke KL malam ni” Syifa tayang muka cool.

“Tu sebab ar aku sayang kau, Syifa.” Ujar Nasuha seraya memeluk Syifa.

“Yela tu. Take care ye.” Pelukan terlerai. “Ingat. Bila sampai je kat sana, kau terus amek teksi pergi ke rumah sepupu aku. Ada bawak alamat dia tak?”

“Ada. Kau jangan risau.”

“Sorry, sepupu aku tak dapat nak jemput kau kat Pudu sebab dia ada
hal penting yang perlu diselesaikan.

“It’s okay la. Never mind. Okay Syifa aku nak kena gerak dah ni. Karang kena tinggal pulak. Kau tu mana mampu nak kejar bas ekspress ni.” Seloroh Nasuha.

“Kau apa tau. Aku ni pakar tau kalau dalam bab pecut memecut ni. Hahaha…” Pecah tawa antara mereka. “ Gi ar cepat. Kalau ada pape call aku.” Syifa peluk Nasuha sekali lagi.

“Okay. Don’t worry. Tolong tengok-tengokkan family aku ye.”

“Okay…”
***
WAHH!!! Mata bulat Nasuha berkerdip-kerdip memandang pelbagai jenis bentuk, warna dan saiz bangunan yang tersergam megah di bandar raya metropolitan itu. Berbagai-bagai jenis dan warna lampu turut menambah keindahan malam ini. Lagak sejibik macam rusa baru masuk kampung firstime. Inilah kali pertama dia menjejakkan kaki di ibu negara Malaysia ini. Nasuha pandang sekeliling. Banyaknya transport. Aku nak buat apa skarang eh? Pikir-pikir, Nasuha… Haaa, cari teksi dulu. Dia mengorak langkah. Nyitt… Kejap-kejap. Dalam purse aku ada Rm 20 je kan? Mana cukup tambang teksi. Kena cari ATM dulu.
***
DUA keping not Rm 50 yang keluar dari mesin ATM ditarik lalu dicium berkali-kali dengan perasaan senang. Nasib baiklah baki JPA aku time study dulu ada lagi RM 500. boleh jugak aku pakai buat belanja kat sini. Nasuha membelek duit ditangan sambil berjalan ke arah pintu trantsparent di Bank Islam itu. Tanpa melihat kehadapan,dia tertolak pintu itu dengan sekuat tenaga.

“Adoi!!!” Nasuha ternganga mendengar suara seorang lelaki yang sedang menyeringai kesakitan di bahagian luar.

“Kau apsal? Main redah je tolak pintu! Langsung tak tengok orang depan!” Tengking lelaki itu. Tangannya menekup hidung. Habis la hidung mancung aku ni…

Nasuha jadi kalut. Pantas dia mendekati lelaki yang masih menyeringai kesakitan itu. “Saya mnitak maaf encik. Saya betul-betul tak sengaja.. Sorry.” Pinta Nasuha bersungguh-sungguh. Riak cuak terpamer di wajah.

“Senang je kau mintak maaf!”Suara kuat lelaki itu menarik perhatian mata-mata di situ.

“Mintak sorry banyak-banyak. Salah saya sebab berjalan tak tengok depan. Minta maaf.” Terangguk-angguk Nasuha macam burung belatuk pagut dahan pokok.

“Darah!”

Pandangan Nasuha jatuh pada darah yang mengalir di hidung lelaki yang menjadi mangsanya itu. MasyaAllah. Darah!Pe aku dah buat ni? Nasuha semakin gelisah. Tangannya pantas mencapai sapu tangan dari handbegnya lalu disua kepada lelaki tersebut.

Dengan kasar sapu tangan direntap. “Kalau hidung aku patah or tersenget ke, aku cari kau sampai lubang cacing!” sempat dia menggertak sebelum berlalu meninggalkan Nasuha yang masih tergamam dengan gertakan itu.

Dia mencebik. Ingat aku takut ke? Dah la amek sapu tangan aku macam tu je. Karang kalau aku tak halalkan baru tau.
***
“PAKCIK, tolong hantarkan saya ke alamat ni.”Nasuha menunjuk sehelai kertas kecik pada pemandu teksi yang dalam kiraannya berumur lewat 40-an.

Dia mencapai kertas tersebut, lalu matanya menilik 5 saat ayat yang tertulis di dalamnya. Kemudian pandangannya jatuh kepada Nasuha. “Boleh. Tapi jauh sikit. Tambang pun tinggi jugak la.” Lelaki itu pandang Nasuha lama. Matanya merenung Nasuha dari atas sampai bawah.

Nasuha aneh dengan lirikan mata lelaki itu.” Apa yang tak kena dengan saya?”

Lelaki itu senyum sambil menggeleng. “Jemput masuk.” Pintu belakang dibuka.

“Terima kasih.” Nasuha melangkah masuk ke dalam perut teksi.
***
TUBUH digerakkan rapat ke pintu bila terasa dirinya diperhatikan dengan pandangan aneh dari pemandu teksi tersebut.

“Pakcik, jauh lagi ke?” Nasuha memberanikan dirinya bertanya.

“10 minit lagi sampai la.”

“Okay.” Mata dihalakan ke sebelah kanan jalan. Leka merhati lampu-lampu yang bersinar disepanjang jalan. Adi, awak kat mana? Saya rindu awak. Kenangan manis bersama Adi menjengah di kepala.

“Dah sampai,cik.” Nasuha tersentak dari lamunan bila pintu sebelahnya dibuka dari luar. Dah sampai? Kakinya melangkah keluar dari teksi. Pandangannya melilau sekeliling. Gelap! Kat mana ni?

“Pakcik, mana rumahnya? Saya tak nampak satu rumah pun kat sini.” Nasuha pandang muka pemandu teksi itu dengan dahi berkerut.

“Kejap lagi sampai la. Bukan setakat rumah, syurga pun abang boleh bawakkan.” Ayat pelik keluar dari bibir lelaki yang sudah tersenyum aneh itu.

“Apa maksud pakcik?” Nasuha semakin tidak sedap hati.

Pemandu teksi itu sudah menghampiri Nasuha membuatkan gadis itu menapak ke belakang. “Jom sayang. Ikut abang ke syurga.” Ajaknya dengan nada yang menggoda.

“Pakcik nak buat apa ni?” Mata Nasuha terbeliak bila melihat lelaki itu buka butang bajunya satu persatu.

“Jom lah sayang. Jangan takut. Berapa sayang nak, abang boleh bagi.” Lelaki itu menapak ke arahnya.

“Pakcik jangan dekat. Kalau tidak…” Jantung Nasuha semakin kuat bergendang. Peluh sudah mengalir.

“Kalau tak, sayang nak buat apa?”

“Don’t you dare to touch me! Kalau tak, nahas awak!” Amaran disuarakan. Nasuha cuba memberanikan diri.

“Sini la…” Pantas lengan Nasuha diraih.

Bukk!! “Adeh!” Lelaki itu menjerit kuat bila tumbukan Sasuke dari Nasuha tepat pada mata kanannya.

“Perempuan tak guna!” Lantas tubuh Nasuha ditarik kasar ke dalam pelukannya.

“Lepaskan aku!” Gadis itu meronta-ronta. “Ya Allah, selamatkanlah aku.” Suaranya perlahan. Pelukan lelaki itu sedaya upaya cuba dilepaskan.

“Kau takkan terlepas!” Lelaki itu mengilai seperti orang hilang akal.

Nasuha semakin menguatkan rontaannya. Ahahh! Dia berjaya terfikirkan sesuatu. Muka dirapatkan ke lengan sasa itu lalu… Nyummm…. Dengan penuh rasa sakit hati dan sekuat tenaga giginya, lengan itu digigit. Uwekkk. Masinnya!. Lantak ar. Asal aku selamat.

“Arrgghhh!!!” lelaki itu menjerit kuat. Pelukan terlerai. Dia membelek lengan yang digigit. Darah! Nasuha direnung tajam. “Aku takkan lepaskan kau!” pekiknya sambil meluru ke arah Nasuha.

Apa aku nak buat ni? Cepat Suha pikir-pikir. Ahahh! Idea datang lagi. Tanpa melengahkan masa, Nasuha buka langkah yang paling hebat. Kaki kanannya diangkat lalu…Bukkk!! Alhamdulillah, sasaran tepat sekali.

“Allah!” lelaki itu rebah ke tanah sambil menekup bahagian zip seluarnya (faham-faham jelah eh).

“Ingat Allah jugak rupanya orang tua ni. Kena sekali pun dah rebah? Kuat sangat ke tendangan penalti aku tu?” soalnya sendiri.

“Kau…kau…memang tak guna. Jangan ingat kau akan terlepas.”

“Dah nak mati pun sempat lagi nak mengugut. Baik pakcik mengucap. Karang mati tak sempat pulak nak mengucap.” Jujur Nasuha kasi nasihat.

“Kau…”

“Arrgg!” Nasuha menjerit bila kakinya ditarik. Dan sekali lagi la sepakan penaltinya terpaksa dilepaskan.

“Allah!!!” Lagi kuat dari tadi lelaki itu menjerit.

Nasuha mencapai handbagnya, terus berlalu dari situ.
***
“KAT mana aku skarang? Mana aku nak pergi ni? Apa aku nak buat?” Dia menyoal diri sendiri. Kaki dihayun menapak di atas lebuh raya yang agak sunyi itu. Hanya sesekali je kenderaan lalu di situ masa tu. Nak call Syifa nanti dia risaukan aku pulak. Nak call abah, uih tak berani. So, apa perlu aku buat ni!!? Hatinya menjerit.

Sedang dia berjalan, tiba-tiba sebuah motosikal berhenti di depannya. Seorang lelaki yang berjeket hitam serta bertopi keledar menutup wajah menarik lengannya kasar.

“Kau nak buat apa?” Soal Nasuha cemas. Bala apa pulak kali ni?

“Kau pilih antara tiga. Mau mati, mau kena rogol or mau kasi handbag?” Gertak lelaki itu.

“Pisau?” Nasuha tersentak bila terasa sesuatu dilehernya. Matanya melilau pada jalan raya. Apsal takde orang lalu time ni?

“Cepat!”

“Okay…Okay.. Amek lah handbag saya.” Tanpa sekuman pun kerelaan, dia menghulurkan handbagnya pada lelaki itu.

“Eh, kejap.” Handbag dicapai semula.

“Apsal?” Hairan lelaki itu menyoal.

“Saya nak amek IC saya. Karang orang cakap saya pendatang asing pulak. Masalah lain pulak.” IC dikeluarkan dari handbag yang berwarna putih itu lalu diserahkan semula kepada lelaki yang sedang menunggu dengan penuh kesabaran itu.

“Aku blah dulu. Terima kasih pasal handbag ni.” Motosikal dihidupkan. Nasuha mengorak langkah meneruskan perjalanannya.

“Kau, sini kejap.” Panggil lelaki itu tiba-tiba. Nasuha menoleh. “Nah, amek ni balik.” Handbag dipulangkan semula pada Nasuha. “Hati-hati. Kat sini ramai orang jahat. Lebih jahat dari aku pun ada.”

Nasuha menapak mendapatkan handbagnya. “So, awak tak jadi nak rompak saya ke?”

“Aku amek separuh je duit kau. Semua RM 120 kan? Aku amek RM 70 je. RM 50 lagi aku tinggalkan untuk kau. Asal aku nak amek semua sekali dengan kad bank kau. Tapi aku terjatuh kesian ar pulak kat kau. Sungguh, first time aku jumpa mangsa yang agak jujur macam kau ni.” Ujar lelaki itu sambil menayang sekeping not RM50 dan dua keping not RM10 depan muka Nasuha.

“Terima kasih. Awak ni baik la.” Nasuha senyum lebar.

Lelaki itu mendengus.“Kalau aku baik, aku tak buat la benda macam ni. Yang aku amek ni, kau halalkan lah ye.”Lurus bendul betul pompuan ni. Gear dimasukkan, minyak dipulas.

“Terima kasih lagi!” jerit Nasuha. Lelaki itu hanya mengangkat tangan sambil memecut motosikalnya.
***
“YES adik. Abang on the way ni. Lagi 20 minit sampai la. Sabar erk. Takpun, adik makan dulu.” Anaqin cuba memujuk adiknya yang berada dihujung talian. Kedua-dua tangan kejap pegang stereng.

“Okay…okay… Give me 15 minutes. Dia diam seketika. “Okay, bye…” Talian dimatikan.

“Nasib baik la aku ada sorang sis je. Kalau tak…” Dia tergeleng-geleng. Kemudian senyuman nipis tersungging di bibir bila terkenangkan telatah si adik. My best sister in the world…

Erk? Dahinya berkerut bila pandangannya jatuh pada satu benda putih yang berada tidak jauh dihadapan. Benda apa tu? kelajuan kereta diperlahankan. Takkan ‘benda’ tu kot? Skang pukul berapa? Jam di dashboard dikerling sekilas. Baru pukul 10.13 malam. Selalu ‘benda-benda’ tu time 12 ke atas baru tunjuk diri kan? Dia meneka sendiri. Eh, pakai tudung la. kaki pun elok je pijak tanah. Confirm manusia ni. Tapi apsal jalan sengsorang time macam ni? Cermin sisi dipandang sekilas sebelum signal ke kiri diberikan.
***
ERK? Hah, sudah… Apa bala pulak kali ni? Nasuha tersentak bila sebuah kereta berhenti di belakangnya. Cukup satu meter jaraknya dengan kereta BMW itu. 2 saat kemudian kelihatan seorang lelaki turun. Widad Nasuha, apa perlu kau buat ni? Nak lari dah tak daya. Blah je lah. Buat tak kenal ke. Memang tak kenal pun kan. Nasuha menoleh semula. Yang dia tau ketika ini hanya lah berserah pada yang Maha Kuasa.

“Cik!” panggil Anaqin bila dilihatnya gadis itu ingin mengorak langkah. Nasuha menoleh dengan wajah yang ditunduk.

Tanpa diduga, Nasuha melutut di depan Anaqin. “Encik, tolong lah lepaskan saya. Kalau awak ada niat nak rompak saya sorry…batalkan saja niat awak tu sebab saya takde duit nak kasi kat awak coz tadi saya dah kena rompak. Kalau awak nak buat benda tak senonoh kat saya,saya merayu jangan. Sebab dalam hidup saya, maruah saya yang paling penting. Selama 22 tahun saya berjaya menjaga kegadisan saya, so please jangan cemarkannya. Dan tolonglah lepaskan saya.”

Tiada sebarang respon dari lelaki itu membuatkan Nasuha mendongak. Dia mencari mata lelaki yang berdiri didepannya itu. Dush!! Pandangan bertemu.

“Awak?”

“Kau?” Serentak kedua-duanya bersuara. Pantas Anaqin pegang hidungnya. Peristiwa siang tadi melintas di kepala. Cahaya dari lampu kereta membantu penglihatan mereka.

“Apa awak buat kat sini?” Nasuha berdiri bertentang dengan Anaqin.

“Kau, apa kau buat kat sini?Malam-malam macam ni jalan kaki kat kawasan ni. Sorang pulak tuh,. Apa kau buat kat sini?”

“Saya…” Nasuha jadi sebak.

“Kau cari apa kat sini? Kau dari mana? Lari dari rumah ke?” Anaqin meneka.

Mendengar soalan terakhir itu membuatkan Nasuha meraung secara tiba-tiba. “Abah!!!” jeritnya. Air mata laju mengalir. Sungguh dia rasa sangat lemah ketika ini. Dah hilang semangat tabahnya.

Anaqin terkejut melihat tangisan Nasuha itu. Alamak… nangis la pulak. Ni yang buat aku lemah ni. Adeh… “Dah la, jangan nangis.” Pujuknya.

“Abah! Nak abah! Nak balik!” semakin kuat Nasuha meraung. “Nak abah!” Sebijik macam budak 3 tahun.

Anaqin menggaru kepala. “Nak abah?” Nasuha mengangguk. “Mana nak cari? Abah kau kat mana?” Dia semakin buntu.

“Abah…abah…kat kampung.” Tersekat-sekat Nasuha bersuara.

Anaqin kerut dahi.”Kampung? kat mana kampung kau? Kampung Baru ke?”

Nasuha menggeleng laju.

“Habes tu?”

“Kat Muar.”

Mata Anaqin tergegil.”Mak aii.. Jauhnya. Macam mana kau boleh ada kat sini malam-malam macam ni? Eh, kita sembang dalam kereta aku la.” Anaqin bergerak ke arah kereta. Pintu kereta dibuka. “Apsal tak masuk lagi?” soalnya bila melihat Nasuha masih kaku ditempatnya.

“Saya taknak ikut awak.” Air mata dikesat.

“Lorrh… Apsal pulak?”

“Dari kecik lagi abah saya pesan jangan tumpang orang yang saya tak kenal.” Sendu Nasuha masih kedengaran.

Anaqin menghela nafas panjang. Memang budak-budak betul ar budak ni. “Okay. Anggap je yang kau dah kenal aku.”

“Tak boleh jugak.” Nasuha tergeleng-geleng.

Eeeeiiii… Kang aku tinggal kat sini kot. Tapi tak patut pulak. “Aku sumpah aku takkan apa-apakan kau. Sumpah!” kata Anaqin bersungguh-sungguh.

“Tak baik la main sumpah-sumpah ni. Abah saya marah. Takut nanti kena makan sumpah. Tak pun dipanah petir.” Nasuha buat muka marah.

Ayoyoo… Anaqin tepuk dahi. Apalah nasib aku terjumpa dengan kanak-kanak yang berfizikal orang dewasa. Or orang dewasa berfikiran kanak-kanak pun boleh jugak. “Janji? Takde dah sumpah-sumpah. Janji aku takkan apa-apakan kau.”

Nasuha tenung mata Anaqin. “Boleh percaya ke?”

“Ya Allah! Kau memang buat temperature aku naik la. Aku pun ada adik perempuan. Takkan aku nak buat benda tak senonoh kat kau. Please think positive okay?”

Nasuha pandang Anaqin. Nak ikut ke tak? Nak ikut ke tak?

“Toksah dok pikir-pikir lagi. Meh naik kereta aku.”

“Awak janji takkan apa-apakan saya?”

“Janji.”

“Janji takkan sentuh saya?”

“Janji.”

“Janji takkan bawak saya ke tempat yang bukan-bukan?”

“Janji.”

“Janji tak…tak…”

“Tak apa?” Anaqin angkat kening sebelah.

“Tak…tak..tak…”

“Tak apa ni?”

“Tak buat benda yang pe… perogol buat tu…” perlahan-lahan Nasuha menghabiskan ayatnya itu.

“Lorrhh…” Anaqin buat muka bosan. “Aku janji aku takkan rogol kau. Satisfied?” Kuat Anaqin bersuara. Nasuha terus kelu. Mukanya dah rasa panas.

“Tau blushing pulak. Nak sangat aku janji benda yang tak pernah terlintas kat kepala hotak aku kan? Skarang dah malu pulak.” Wajah Nasuha yang blushing masih dapat dilihat kerana gadis itu berdiri betul-betul dihadapan lampu keretanya. “Meh naik kereta.”

Perlahan-lahan Nasuha masuk ke dalam perut kereta. “Kita nak ke mana?”

“Kau diam je lah. Jangan banyak soal”. Suasana menjadi sunyi. Anaqin menekan minyak masuk ke tengah lebuhraya.

“Pe dah jadi sebenarnya?” soalan Anaqin memecahkan kesunyian.

“Awak nak dengar semua ke? Panjang ceritanya. Larat ke awak nak dengar?”

“Boleh tak kau jawab apa yang aku tanya?” Penat betul aku dengan dia ni.

“Sebenarnya…”

“Sebenarnya apa?”

“Boleh tak jangan menyampuk bila time saya bercerita?” marah Nasuha.

Anaqin ternganga seketika bila disergah.”Okay.”

“Okay… Sebenarnya…” Dengan penuh semangat Nasuha menceritakan tentang tujuannya ke Kuala Lumpur dan peristiwa yang berlaku padanya. Anaqin mendegar dengan tekun tanpa menyampuk.

“Itulah cerita saya…” Nasuha tersenyum hambar.

“Err… Boleh aku sampuk sekarang?” Berhati-hati Anaqin menyoal.

“Apsal tak boleh pulak? Mulut awak kan? Suka hati awak la.” balas Nasuha.

Pulak. Aku cepuk jugak pompuan ni karang. Tadi cakap lain. Huh.

“Kau tau ke tempat kerja boyfriend kau tu?”

“Tau. Kat KLCC.”

“Dey Minachi… KLCC tu bukannya kecik. Apa nama company dia?”

“Ntah.” Nasuha jungkit bahu.

“Ntah? Problem besar ar ni.” Anaqin menekan minyak potong kereta Waja didepannya.

“Takpe, saya boleh cari dia sampai dapat.” Yakin Nasuha berkata.

“Aku doakan supaya kau berjaya jejak kekasih kau tu.”

“Thanks.” Nasuha senyum ikhlas. “Awak…”

“Hmm…”

“Kita nak ke mana?”

Anaqin senyum nipis. “Apsal? Takut aku bawak kau ke tempat gelap macam driver teksi tadi ke?” usik Anaqin.

“Kalau awak nak kena sepakan penalti saya macam pakcik tadi, boleh je.” Gertak Nasuha.

Anaqin terdiam. Gila! Mau mandul aku kalau terkena. Hancurlah impian aku pasal nak ada anak paling lebih 5, paling kurang 3 tu. huhuhu… “Aku tak sejahat dan tak sehina tu la.” Dia pamerkan muka tak beriak.

“Tau pun. Eh awak, saya nak minta tolong boleh?”

“Apa?”

“Tolong hantarkan saya ke rumah sepupu kawan saya?”

“Kat mana?”

“Damansara.”

“Ada alamat?”

“Ada. Kejap saya amek.” Nasuha selongkar handbag mencari kertas kecik yang tertera alamat rumah Kak Rina.”Eh mana ni?” Dahi Nasuha berkerut memikirkan dimana dia letak kertas itu. “Alamak!”

“Apsal?” Anaqin toleh 3 saat ke arah Nasuha.

“Kertas tu ada kat driver teksi tadi la. macam mana ni?”

“Apa susah. Kau call ar member kau tanya alamat cousin dia.” Cadang Anaqin.

“Ha’aa betul jugak.” Telefon sony ericsson dicapai. “Battery habes la pulak.” Nasuha picit dahi.

Anaqin menyeluk poket seluarnya. “Nah guna ni call member kau. Apsal pulak ni? Tak tau nak guna ke?” soalnya bila Nasuha hanya pandang PDAnya.

“Tu sebab pertama.”

“Kedua?”

“Saya tak ingat nombor Syifa.” Gadis itu tersengih.

“Lorrh…”

“Sorry…”

PDA dimasukkan semula ke dalam poket seluar.”Balik rumah aku la jawabnya.”

“Tak boleh.” Pantas Nasuha menyampuk.

“Habes tu kau nak ke mana?”

“Tak tau. Tapi memang taknak ke rumah awak.”

“Takut aku buat benda tak senonoh kat kau ke?” Duga Anaqin.

Nasuha menggeleng.” Awak dah janji kan tadi. Awak takkkan buat punya la.”

Anaqin pandang Nasuha 3 saat. Memang lurus betul ar budak ni.”Habes tu, apsal taknak balik rumah aku?”

“Takut kena cekup. Pompuan dengan lelaki kalau berduaan, nanti kena cekup.” Terang Nasuha.

“Memang la. Tapi tu kalau dalam keadaan yang mencurigakan.” Lampu signal ke kanan diberikan.

“Kalau benda nak jadi, jadi jugak kan.”

“Jangan risau la. kat rumah aku tu bukan aku sorang je. Adik aku dengan makcik pun ada.” Jelas Anaqin.

“Lorrh… Yeke?” Nasuha pandang Anaqin mencari kepastian diwajah itu.

“Yela. Takkan aku tipu kot? So camne?”

“Adik awak tu boy or girl?”

“Macam kau,” balas Anaqin.

“Muka dia macam saya eh?”

Anaqin tepuk dahi.”Pompuan la makcik oi. Adehh…” Payah benar cakap dengan pompuan sorang ni. Memang kena sabar habis.

“Tapi saya takde pakaian, awak. Beg saya tertinggal kat dalam teksi.”

“Pasal tu kau jangan risau.”

Diam.“Okay. Saya setuju.”

Anaqin lepas nafas lega.” Kalau kau setuju dari awal kan senang. Nak kena guna psiko pulak.”
***
“SAPE ni, abang?”Soal Adriyana, adik perempuan Anaqin sebaik saja dia melihat Nasuha yang berada dibelakang abangnya.

“Kawan.” Balas Anaqin sepatah. Tubuhnya direbahkan atas sofa yang terletak di ruangtamu.

“Takkan kawan je kot? Sampai bawak balik rumah ni. Or more than kawan?” Adriayana angkat kening 3 kali. Dia tersengih.

“Kawan dari highway.” Remote controller dicapai dihalakan pada tv lalu punat ditekan.

“Kawan dari highway?” Adriyana kehairanan. Wajah Anaqin dan Nasuha dipandang silih berganti. “Merapu je abang ni.” Adriyana pandang Nasuha.” Hai Kak…” adriayana menghulurkan salam.

“Suha. Widad Nasuha.” Nasuha senyum sambil menyambut huluran Adriyana.

Widad Nasuha? Nice name. Dari tadi aku dok borak dengan dia. Langsung tak terlintas nak tanya nama. Anaqin tergeleng-geleng.

“Sedap nama kakak.” Puji Adriyana ikhlas. “ Adriyana Aqilah. Panggil Yana je.”

“Nice name.” senyuman Nasuha tersungging.

“Thanks. Kak Suha…” Adriyana merapatkan wajahnya. “Kakak dengan abang ada pape ke?” bisiknya.

“Abang dengar Yana. Dah, jangan nak mengada-ngada.” Walau pun mata fokus pada skrin tv, namun telinga dibesarkan pada perbualan Adriyana dan Nasuha.

“Adik tanya je.”Jeling Adriyana.

“Sudah. Bawak dia naik atas tunjuk bilik. Malam ni dia tidur sini.” Channel HBO ditekan.

“Ye? Malam ni je ke? Kakak tinggal la lama sikit.” pinta Adriyana manja.

“Erk? Tapi…” Nasuha buntu.

“Alaa kakak, boleh la. Yana bosan la. kat rumah ni takde kawan. Abang tu, buzy je setiap masa dengan kerja dia. Makcik pulak busy dengan kerja rumah. Kalau kakak ada boleh la Yana buat teman berborak. Boleh ye kak?”

Nasuha pandang Anaqin yang juga sedang memandangnya. Dia angkat kening. “Tinggal je kat sini.” Ujarnya sebelum mata kembali pada skrin tv.

Nasuha toleh pada Adriyana. Dia angguk perlahan.

“Yes! Thanks kakak.” Gadis itu terlompat keriangan.

“Suka saje dia eh.” Sela Anaqin.

“Mesti la. Abang apa tau? Abang tak faham apa itu maksud lonely. Ye la, abang kan workaholic.”

“Memangla abang busy. Tapi takde la sampai abaikan adik pun kan. Selama ni sape yang selalu teman kamu shopping sampai nak tercabut lutut? Sape yang selalu teman kamu tengok wayang? Sape yang tadah telinga dengar mulut becok kamu tu bercerita? Sape? Bukan abang ke?” Anaqin jegil mata pada adiknya. Suka-suka je cakap macam tu. Dia akui, memang dia terlampau busy menguruskan syarikat perkapalan milik arwah papanya. Tapi dalam kesibukannya itu, dia masih cuba meluangkan masa bersama adik tunggalnya itu.

“Yela. Adik gurau je. Tu pun abang nak touching ke?”

“Mana ada touching pun. Eh adik, mana makcik?” mata Anaqin melilau mencari kelibat Makcik Hanim.

“Dah tidur.” Balas Adriyana. “ Kak Suha, jom naik atas. Adik tunjukkan bilik kakak.” Dia tarik lengan Nasuha. Gadis itu menurut tanpa suara.

***
“IKAN bilis sudah. Cilipadi pun. Sayur kangkung sudah. Hmm…pe lagi erk?” soalnya sendiri. Pagi ini, 6.15 pagi selepas solat subuh, Nasuha turun ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi. Menu pilihannya pagi itu ialah nasi goreng kampung. Setelah siap memasak dan dihidangkan, dia naik ke biliknya semula.
Tiba-tiba telinganya menangkap suara orang membaca al-Quran. Kakinya diangkat menghampiri pintu bilik yang telah dilekatkan poster motor Kawasaki. Di atas poster itu terdapat satu singboard yang tertera ’ANAQIN NAUFAL’. Nama mamat tu ke? Baru tau. Nice name. Anaqin Naufal…. Nasuha senyum panjang seraya melangkah ke arah biliknya.

***
“SUHA!! Kau kat mana? Apa dah jadi? Kau okay ke? Ada masalah? Apsal kau tak pergi rumah sepupu aku? Kau…”
“Assalamualaikum Syifa…”

“Err… Waalaukumussalam.”

“Kau ni, belum apa-apa lagi dah attack aku dengan soalan yang bertubi-tubi. Mana satu nak jawab ni?” Nasuha tergelak.

“Kau tula… buat aku risau. Semalam aku langsung tak boleh tidur. Punya la risau bila kak Rina cakap kau tak sampai-sampai kat rumah dia. Aku call tak dapat pulak. Dah tu, langsung tak call aku.” Bebel Syifa panjang lebar.

Nasuha hanya sengih. Dia menceritakan semua perkara yang berlaku semalam. Pasal dia menetap sementara di rumah Anaqin juga dimaklumkan. Pada mulanya Syifa tidak bersetuju tapi dia beriya-iya cerita pasal kebaikan Anaqin serta adiknya. Akhirnya terpaksa la Syifa setuju jugak. Lama mereka berborak di telefon.

***

“SUPERB ar nasi gorang ni. Marvellous. Thanks, makcik.” Adriyana peluk Makcik Hanim disebelahnya.

“Bukan makcik yang masak.”

“Habes tu?”Soal Adriyana dengan dahi berkerut.

“Girlfriend abang yang masak.”

“Uhuk! Uhuk! Uhuk! Ehemm…” Anaqin tersedak. Dia tepuk dada berkali-kali.

“Abang, are you okay?” Makcik Hanim menyoal cemas. Belakang Anaqin digosok lembut.

“Okay.” Air teh dihirup perlahan. Adriyana sudah tersenyum nakal. Nasuha hanya bertindak sebagai pemerhati.

“Makcik, ni bukan gilrfriend Naqin la. Kawan je. Naqin baru jumpa semalam.” Terang Anaqin.

“Yela makcik. Kan Suha dah bagitau tadi.” Sampuk Nasuha pulak.

“Tau. Saje je nak usik Naqin ni.” Makcik Hanim senyum lebar. Sudah 27 tahun dia mengasuh Anaqin. Begitu jugak dengan Adriyana. Sejak mereka lahir, Makcik Hanim lah yang mengasuh dua beradik yang sudah dianggap seperti anak sendiri. Sejak ibu bapa Anaqin dan Adriyana meninggal 5 tahun lalu, dia lah yang menggantikan tempat mereka sebagai ibu dan bapa.

“Makcik ni, boleh pulak usik macam tu? Nasib baiklah Naqin tak menyembur kat muka adik. Kalau tak…”Anaqin tidak menghabiskan ayatnya. Dia tersengih memandang Adriyana yang bertentangan dengannya.

“Kalau tak, sekarang jugak abang kena bawak adik pergi buat facial.” Ujar Adriyana dengan tone mengugut.

“Nasib baik la tak kena.” Balas Nabil. Nasi goreng disuap ke dalam mulut.

“Tapi kalau betul Suha ni jadi girlfriend Naqin pun okay what.”

“Brrrrrrgggg!!!”dengan selajunya, kunyahan Anaqin tepat terkena pada muka Adriyana. Anaqin menekup mulut. Makcik Hani dan Nasuha ternganga.

“Abang, jom buat facial sekarang!!!” jeritan Adriyana bergema di seluruh banglo.
***
“ASSALAMUALAIKUM.”

“waalaikumusalam…” jawab Nasuha.

“Kau tengah buat pe?” soal Anaqin dihujung talian.

“Baca Cleo.”

“Kiranya tak busy la ni erk?”

“Tak. Kenapa?”

“Aku nak ajak kau keluar.”

“Ke mana?”

“KLCC?”

“Buat pe?”

“Cari balak kau la.”

“Adi?”

“Nama dia ke?”

“Ha’aa…”

“Pergi cari dia la.”

“Okay okay. Bila?” wajah Nasuha bersinar.

“Sekarang.”

“Okay.”

“Aku on the way ni. Kasi 10 minit untuk kau get ready.”

“10 minit?” Nasuha jegil mata. Ingat aku ni ibu peri ke apa? Pakai tongkat sakti, yang hodoh pun bertukar jadi jelita. Adeh…

“Apsal?”

“20 minit la awak. Mana sempat nak siap.”

“Takde-takde. 10 minit je.”

“15 minit?”

“Kalau kau cakap lagi, aku kasi 1 minit je!” Suara Anaqin dah berubah tone. Bunyi gaya gertak je.

“Okay, 10 minit. Saya siap sekarang. Bye.” Talian dimatikan.

Anaqin tersenyum dihujung talian. Kartun la pompuan tu. Senyuman semakin lebar.
***
“TINGGINYA. Dasyat betul KLCC ni erk? Cantik… Bentuk pun unik. Berkembar pulak tuh. First time saya tengok live macam ni. Sebelum ni tengok dalam tv je.” Dengan penuh keterujaan Nasuha mendongak melihat melihat menara KLCC yang terpacak indah di depannya.

Anaqin tersenyum lihat telatah Nasuha itu.” Kau tak pernah datang sini ke sebelum ni?” soalnya.

Nasuha menggeleng.” First time ni.”

“Lorrh… Yeke?”

“Betul. Dulu pernah time sekolah cikgu buat lawatan ke sini. Tapi saya tak berkesempatan nak join sebab time tu ibu saya sakit kuat. Saya kena jaga ibu. Ibu suruh saya pergi tapi saya tak nak. Arwah ibu lebih penting. Kalau saya pergi sapa nak masak, nak kemas rumah. Dalam family saya, saya sorang je anak pompuan. Adik-adik saya semua lelaki.” Wajah nasuha berubah mendung.

“Arwah ibu? Meaning…”

“Ibu dah meninggal 7 tahun yang lalu. Breast cancer.”

“Sorry…” Anaqin pandang wajah sayu Nasuha. Sinar keriangan hilang dari wajah itu.

“It’s okay. Perkara dah lepas.” Nasuha senyum nipis.

“Nasib kita sama. Tapi kau lagi beruntung sebab still ada abah lagi. Aku dah hilang kedua-duanya. Aku dangan Yana yatim piatu.” Anaqin bercerita sambil terkenang Arwah mama dan papanya yang meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya.

“Allah lebih sayangkan diorang, awak.” Ujar Nasuha lembut. Dia faham benar perasaan Anaqin ketika itu.

Anaqin senyum pada Nasuha. Jelas terpamer lesung pipit dikedua-dua pipinya. Barula nampak kehandsoman.”Dah la. Jom kita masuk.”

Nasuha masih kaku ditempatnya. Tidak bergerak.

“Apsal? Taknak masuk?”

“Tak...”

“Habes tu?”

“Saya just terkejut.”

“Terkejut?”

Nasuha mengangguk.” Sebab first time awak senyum kat saya. Comel…” Dengan ayat itu, Nasuha terus mengatur langkah menuju ke pintu utama KLCC.

Anaqin tersentak. Aku senyum kat dia ke? Yeke? Dia tersenyum lagi sambil menggaru kepala.
***
“NAK jalan-jalan or nak cari Adi dulu?” soal Anaqin hampir ditelinga Nasuha. Keriuhan pengunjung menyebabkan dia terpaksa berbuat begitu.

“Kita cari Adi dulu.” Putus Nasuha.

“Okay. Kita naik atas.” Nasuha mengekor Anaqin masuk ke dalam lif. Lif itu kosong. Hanya dia dan Nasuha berdua di dalam. Belum sempat pintu lif tertutup, button open ditekan. Pintu lif terbuka semula. Nasuha berganjak ke belakang tanpa memandang wajah dua insan didepannya.

“Adi, you ni nakal tau.” Nama yang disebut si gadis, menarik perhatian Nasuha. Pantas dia menoleh ke arah lelaki yang yang berdiri bertentangan dengannya. Mata membulat. Mulut terlopong.

“Adi?” Dengan wajah habis terkejut,nama lelaki itu disebut. Lelaki itu pandang Nasuha. Dia jugak kelihatan terkejut.

Anaqin kerut dahi. Ini ke Adi? Matanya jatuh pada tangan Adi yang bertaut rapat dengan tangan gadis seksi disebelahnya. Rapatnya diorang. Detik hatinya.

“Adi, you kenal this girl ke?” Gadis disebelah Adi menyoal dengan mata tepat ke arah wajah Nasuha.

“Nope. I tak kenal. Wrong person kot.” Dengan muka innocentnya Adi menjawab.

Nasuha terasa bagai langit menghempap tubuhnya. Bagai nafas terhenti. Rasa macam nak rebah pun ada. Ya Allah, kuatkan lah semangat aku. Tiba-tiba pintu lif terbuka. Dengan sepantas kilat, Nasuha berlari keluar dari lif.

“Weyh!” Panggilan Anaqin tidak dihiraukan. Anaqin tekan butang open. Lif yang hampir tertutup kembali terbuka. Dia menoleh ke arah Adi yang langsung tak pamerkan rasa bersalah.

“Kau dah malukan kaum lelaki! Tak guna!” Bukk! Satu tumbukan jatuh pada pipi kanan Adi. Power rangers merah punya gaya.

“Adi!” Gadis bersamanya menjerit. Gedik!

Bukk!! “Ni untuk dia sanggup lari dari rumah.”Pipi kiri. Gaya Mask Rider tuh.

Bukk!! “Sebab dia hampir dirogol.” Mata kiri. Ini Goku punya gaya.

Bukk!! “Dia kena rompak.” Mata kanan. Gaya anak Goku, Gohan.

Bukk!! “ Ni untuk kau cakap kau tak kenal dia.” Betul-betul kat mulut. Yang ni Sasuke punya style.

“Dan ini…” Bukk!! Tumbukan maut Naruto tepat di perut. “Sebab kau dah buat dia kecewa.” Adi terkulai layu di atas lantai. “Jangan sampai aku terjumpa kau lagi. Nahas kau aku kerjakan!” sempat Anaqin memberi amaran sebelum dia melangkah meninggalkan lif.
***
MATA Anaqin meliar ke sekeliling mencari kelibat Nasuha. Gadis itu terus hilang jejak. “Adeh. Mana dia pergi ni? Dah la tak biasa dengan tempat ni. Mana aku nak cari dia dalam ribuan orang ni? Call?” Anaqin mengeluarkan PDA nya. “Alamak!” Dia tepuk dahi.” Mana aku ada nombor dia. Adoyaii! Aku nak buat apa ni?” Anaqin semakin gelisah. Serius, ini lah kali pertama dia seperti ini. Belom pernah dia risaukan keselamatan seorang gadis seperti yang dilaluinya sekarang. Apsal aku sangat risaukan keselamatan dia? Apsal aku rasa sakit bila tengok dia nangis tadi? Apsal aku boleh lost my control belasah Adi tadi? Apsal ha? Anaqin menekup muka. Ahahh! Tasik! Laju kaki melangkah menuju ke tasik yang terletak di menara KLCC itu.

Ramainya makhluk Allah kat sini. Macam mana nak cari dia? “Widad Nasuha!!!” Tanpa sedar dia telah melaungkan nama Nasuha.

“Ye.” Sahut Nasuha yang muncul dari belakang cukup membuatkan Anaqin terkejut.

Dia tarik nafas lega. Wajah sayu Nasuha direnung. “Kau okay ke?” Kau ke mana tadi?”

“Saya kat sini je. Saya nampak awak berlari-lari cari saya. Macam orang gila pun ada jugak. Tak malu ke jerit nama saya kuat-kuat kat tengah umum macam ni pulak tuh. Saya tak hilang la. Awak ingat saya ni budak-budak ke? Saya kan tak biasa dengan tempat ni. So, whatever yang berlaku saya takkan tinggalkan awak. Macam mana saya nak balik kalau awak takde dengan saya?” seloroh Nasuha. Dia tersenyum. Luka di hati sedaya upaya tidak dipamerkan.

“Jom ikut aku pergi sana?” Anaqin angkat jari telunjuk ke satu sudut di hujung tasik.”

“Jom.” Nasuha lemparkan senyum palsu lagi.

Sampai di hujung tasik itu, jauh dari orang ramai, Anaqin terus tenung dalam anak mata Nasuha.

“Kenapa awak tenung saya macam tu?” Soal Nasuha hairan dengan perbuatan Anaqin itu.

“Aku bagi tiga pilihan.”

“Pilihan apa?”

“Kau nak pinjam dada, bahu or belakang aku?”

Nasuha kerut dahi. “Untuk apa?”

“Untuk kau lepaskan apa yang terpendam kat dalam hati kau tu. Lepaskan je. Jangan risau, kat sini takde orang sangat. Just 3 4 orang je. Tu pun semua agak jauh dari kita. Kalau kau nak meraung macam malam tu pun okay jugak. Tapi jangan kuat sangat.” Ujar Anaqin panjang.

“Betul ni?” Nasuha pandang mata Anaqin minta kepastian. Lelaki yang berT-shirt hitam putih dah berseluar jeans itu mengangguk.

“Pusing belakang.” Pinta Nasuha lembut. Suaranya sudah berubah. Anaqin bergerak membelakangkan Nasuha. “Saya pinjam belakang awak kejap ye.”

“Okay.” Jawab Anaqin perlahan. Terasa kepala Nasuha sudah disandarkan di belakangnya. Esakan kecil mula kedengaran. Volume semakin dikuatkan.

“Saya nak abah!” Nasuha meraung. “Abah! Kaklong rindu. Angah, alang, acik, acu… Kaklong rindu korang! Ibu! Kaklong rindu ibu! Kaklong rindu semua!” teresak-esak dia menangis. Air mata laju mengalir macam paip bocor.

Hati Anaqin tersentuh melihat keadaan Nasuha itu. Bahagian belakangnya sudah lencun dengan air mata gadis itu. Nafas ditarik panjang lalu dilepaskan perlahan-lahan. Apsal hati aku rasa sakit sangat erk bila dia jadi macam ni? Apsal? Is it…sweet pain? Serius, aku tak pernah rasa macam ni sebelum ni.
***
“MASAK lemak cili api dah siap ke kakak?”Adriyana menyoal seraya tangannya ligat memotong bawang. Ketika itu, dia, Makcik Hanim dan Nasuha bertungkus-lumus menyediakan hidangan tengah hari. Riuh rendah dapur dibuatnya.

“Wahh…Sedapnya bau.” Anaqin menjengul di dapur.

“Baru bangun ke abang? Morning.” Sindir Adriyana.

“Tolong sikit eh. Abang lepas subuh tadi tak sambung tidur tau. Terus buat kerja. Bukan macam kamu tu.” Pipi Adriyana ditarik.

“Sakitlah, bang!.” Adriyana menggosok pipinya yang terasa perit. “Adik bangun awal hari ni tau. Abang je yang tak perasan.” Adriyana mecebik.

“Hari ni. Hari lain?” Anaqin mengusik adik kesayangannya itu. Adriyana sengih lebar. “Masak pe hari ni?” Soalnya sambil mata melirik ke wajah gadis yang sudah mula bertapak dihatinya. Nasuha tekun memotong sayur kailan.

“Masak lemak cili api.” Balas Makcik Hanim.

“Lagi?” Masih setia merenung.

“Sambal udang.” Sela Adriyana.

“Lagi?” Kata hati masih dituruti. Mata masih tidak mengalih pandang.

“Sayur campur.” Makcik Hanim memperlahankan api sambal udang.

“Lagi?” semakin leka dengan wajah bersih itu.

“Sambal belacan.” Ujar Adriyana.

“Lagi?” Macam mana dengan dia erk?dia dah okay belum? Apa yang dia tengah fikirkan tu? Still ingatkan Adi ke? Muka nampak lesu je.

“Masakan paling best. Masak hati berempah cinta.”

Erk? Apa pelik benar masakan yang adik aku sebut ni? Anaqin toleh kiri. Gullpp! Dia tersentak melihat makcik Hanim dan Adriyana berada dekat dengannya tersengih sambil mengangkat kening.

“Haaa… Baru teringat. Abang sebenarnya nak cuci kereta ni. Abang keluar dulu eh.” Ujar Anaqin cuba menutup perasaan gugupnya. Langkah dilajukan bila Adriyana ingin capai lengannya. Apa lagi, nak korek rahsia ar tu. Heh.
***
ANAQIN sedang membaca surat khabar ketika Nasuha datang membawa semug air nescafe panads untuknya. Mukanya disengetkan sedikit untuk melihat wajah gadis yang sudah hampir dua bulan tinggal dengan keluarganya.

“Minum air, awak. Saya buat special untuk awak.” Nasuha senyum nipis sebelum dia menoleh untuk berlalu dari situ.

“Widad.” Alamak! Macam mana boleh terkeluar nama Widad ni?

Nasuha kalih semula.”Widad?” Gadis itu tersenyum panjang.

“Apsal senyum?” Surat khabar dilipat dua.

“Sebab first time awak panggil nama saya.”

“Yeke?”

“Ye. Awak nak tau tak. Dulu arwah ibu saya pun panggil saya Widad. Rindu pulak nak dengar orang panggil saya dengan nama tu lagi.” Sayu Nasuha bersuara.

“Kalau aku panggil kau Widad, kau kisah tak?” Anaqin renung mata bulat Nasuha.

Gadis itu senyum sambil mengangguk. “Saya lagi suka.”

Anaqin juga tersenyum. “Okay, aku panggil kau Widad.”

“My pleasure.”

“Widad…” Panggil Anaqin lembut.

“Ye…” Nasuha senang dengan panggilan itu.

“Kau macam mana skarang? Dah okay?” Soalan dilontarkan dengan penuh berhati-hati. Risau kalau gadis yang sudah mendapat tempat dihatinya itu terguris.

Nasuha diam seketika. Mata Anaqin dipandang. “Alhamdulillah. Saya okay je. Dah tak rasa teruk macam hari tu.”

“Bagus la.” Anaqin terangguk-angguk.

“Awak, thanks ye coz pinjamkan belakang awak tempoh hari.” Gadis itu melemparkan senyuman manis.

“It’s okay la.”Anaqin capai mug yang berisi nescafe lalu dihirup.

“Awak, saya nak balik kampung…”

Brrrrrr! Not again! Anaqin tepuk dada.

“Awak okay tak ni?” Nasuha menyoal dengan nada cemas.

“Okay. I’m okay.” Tutur Anaqin.tarik nafas. “Bila?”

“Lusa kot.Tapi tiket tak beli lagi.”

“Lusa?” mata Anaqin mebulat. “Cepatnya.”

“Semalam saya cal abah. Abah mintak saya pulang cepat.” Jelas gadis itu.

“Oow…” Fikiran Anaqin sudah masuk planet lain. Pluto maybe.

“Naqin.” Lelaki itu kalih pandang muka Nasuha. Zappp! Nasuha terasa jantungnya tersentap. Diam terkelu seketika. Dup dap dup dap. Takkan jantung aku buat perangai lagi…?

Anaqin angkat kening bila Nasuha terus membisu. Rilex hati, rilex. Jangan kau seksa hati aku macam ni. Karang meletup pulak. Dah ar depan dia ni. Takkan nak pamerkan perasaan kau kot? Anaqin menyoal hatinya sendiri.

“Apsal?”

“Err… Sebenarnya… sebenarnya… Saya nak bagitau awak something.” Perlahan-lahan Nasuha menutur kata.

“Apa?”

“Semalam…” Ayat Nasuha tergantung.

“Semalam?” Kening kanan Anaqin terangkat.

“Semalam… Adi…”

“Adi?” Sungguh Anaqin rasa tak selesa bila nama Adi keluar dari bibir Nasuha.

“Dia call saya.” Fuh! Keluar jugak.

Dada semakin sesak.”Dia nak apa?” Anaqin sedaya upaya menahan perasaan.

“Dia minta saya terima dia semula.”

“Pastu kau cakap pe?” Ya Allah. Tenangkanlah hati aku.

“Saya cakap saya belum ada jawapan lagi. Dia rayu kat saya sampai nangis-nangis. Dia dah menyesal. Dia janji dia takkan buat lagi. Dia minta maaf.” Nasuha tunduk pandang lantai. Dia tak punyai kekuatan untuk melawan renungan Anaqin.

“Habis, apa keputusan kau?” Anaqin bertanya dengan hati yang hanya Allah saja yang tahu.

“Tu la. saya nak minta pendapat awak. Bagi awak, saya patut terima ke tak dia semula? Dia cakap dia betul-betul dah menyesal.”

Aku dah tak tahan dah ni! Anaqin berdiri. “ Kalau dia dah betul-betul menyesal, kau terimalah dia. Kau pun masih sayangkan dia kan? So, terima je la.” Sungguh aku tak ikhlas cakap macam ni. Anaqin pejam mata.

“Tapi awak…”

“Terima je kalau hati kau still sayang Adi lagi.” Anaqin diam tiga saat. “Aku naik atas dulu. Nak siapkan kerja.” Dia melangkah meninggalkan Nasuha yang masih memandangnya tanpa berkelip.

Gadis itu tunduk. Air mata mula menitis. Bukan jawapan macam ni yang saya harap,Anaqin. Ya Allah, kenapa aku rasa macam ni?kenapa aku rasa sakit bila Naqin setuju aku balik semula pada Adi? Nasuha semakin buntu.
***
KERTAS kerja yang berterabur di atas meja dibiar saja. Anaqin rebah di atas tilam empuknya. Rambut diramas, mata pandang siling. Widad Nasuha, apasal kau tak faham perasaan aku?

Mata melilau ke sekeliling bilik. Tiba-tiba pandangannya terjatuh pada sehelai sapu tangan putih yang dikepit elok pada hanger tersangkut dihadapan Almari baju. Lantas dia berdiri. Sapu tangan itu dicapai lalu dibentangkan di atas meja. Marker pen warna merah di capai.
***
“KAK Suha jangan la balik lagi. Yana dengan makcik Hanim tak puas lagi borak dengan kakak.” Kelopak mata Adriyana sudah bertakung. Makcik Hanim disebelah sudah mengalirkan air mata.

“Yana, kakak kena balik ke rumah kakak, sayang. Abah dan adik-adik kakak tengah tunggu kakak. Diorang minta kakak pulang segera. Kakak pun dah rindu sangat kat diorang.”Bahu Adriyana digosok. Suara Nasuha serak menahan sebak. Tubuh Adriyana dipeluk. Esakan gadis kecik molek itu sudah kedengaran.

Yana gonna miss you.” Tutur Adriyana.

“Me too.” Balas Nasuha. Pelukan beralih pula pada Makcik Hanim.

“Jaga diri.” Wanita separuh umur itu menggosok-gosok belakang Nasuha.

“InsyaAllah. Makcik pun sama. Tolong jaga Yana dengan Naqin tau.” Nasuha senyum hambar.
Makcik Hanim mengangguk. “Naqin belum balik. Taknak tunggu dia dulu ke?”

Nasuha menggeleng. “Takpe la makcik. Suha balik dulu. Kirim salam kat Naqin. Cakap kat dia yang Suha ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab dia dah banyak tolong Suha selama hampir dua bulan Suha kat sini.” Air mata dikesat.

“Baiklah.” Balas Makcik Hanim.

“Suha minta diri dulu. Terima kasih dia atas semua pertolongan dan kebaikan makcik dengan Yana pada Suha. Ampunkan semua kesalahan Suha. Assalamualaikum.” Nasuha menoleh. Beg dijinjing. Adi sudah terpacak menunggu bersama pemandu teksi dihadapan pintu pagar banglo dua tingkat itu. Nasuha berjalan masuk ke dalam perut teksi.

“Kakak!” Jerit Adriyana . dia berlari mendapatkan Nasuha.

“Ada apa, Yana?”

“Ni, abang suruh pulangkan balik sapu tangan kakak.” Sapu tangan yang dilipat kecik segiempat itu bertukar tangan.

“Terima kasih.” Teksi mula bergerak. Adriyana membalas lambaian Nasuha. Sorry abang, adik terpaksa mungkir janji. Tangan diseluk mengambil handfon yang berada di poket seluar. Nombor Nasuha didai

“Kak Suha, cepat buka sapu tangan tu. Kalau tak kakak akan menyesal.”
***
“HELLO…Hello. Yana? Dah letak?” Nasuha pandang skrin handfonnya.

“Apsal?” Soal Adi yang berada di hadapan.

“Nothing.”Nasuha menggeleng. Sapu tangan yang berada di tangan dipandang. Perlahan-lahan lipatan dibuka. Mata Nasuha membulat sebaik saja dia terpandang ayat yang tertera di atas sapu tangan itu.
‘ I’M SORRY, WIDAD NASUHA COZ I LOVE U. I DON’T KNOW WHY, DON’T KNOW WHEN, DON’T KNOW HOW BUT LOVE U. REALLY LOVE U.
Air mata deras mengalir. Apsal tak cakap awal-awal? Mana nak cari awak? Handfon di capai lalu nombor Adriyana di dail. “Yana, abang kat mana?”

“Abang baru je call tanya kakak dah balik belum. Dia tak cakap pulak dia kat mana. Dia just bagitau dia skarang ada kat tempat yang ada kenangan dia dengan kakak.” Bagitau Adriyana di hujung talian.

Nasuha berpikir sejenak. Kenangan? KLCC? Tasik! “Kakak tau tempat tu,Yana. Okay thanks. Bye.” Talian dimatikan. “Abang, kita ke KLCC.” Pinta Nasuha pada pemandu teksi.

“Adi toleh belakang. “Nak buat apa?”

“Abang, please hantar saya ke KLCC.” Soalan Adi diabaikan.

“Macam mana ni?”Pemandu teksi itu menyoal Adi. Adi diam.

“Kalau tak boleh, turunkan saya kat sini.” Nasuha bersuara agak kuat.

“Abang, kita ke KLCC.” Putus Adi akhirnya.

***

“TERIMA kasih. Nah duit tambang.”Nasuha menghulurkan sekeping not RM50 kepada pemandu teksi itu.

“Awak nak ke mana Suha?” Soal Adi dengan penuh kehairanan.

“Saya nak cari cinta sebenar saya.”

“Habis tu saya?”

“Adi, saya dah tak boleh terima awak lagi. Anggap je yang kita tak pernah kenal. Saya minta maaf. Assalamualaikum.” Nasuha mengatur langkah meninggalkan teksi.

Adi tersentak seketika. Selepas lima saat bibirnya mengukir senyum. Pergi la cari cinta sebenar awak, Suha. Saya doakan awak bahagia. “Abang, kita ke bus station.”
***
ANAQIN tenung dalam air tasik didepannya itu. Dagunya ditongkat ke lutut. Fikirannya serabut. Jiwanya kacau. Sungguh aku tak pernah rasa macam ni before this. Kepala didongak memandang langit. “Kau betul-betul dah tinggalkan aku ke Widad Nasuha?” Tanpa sedar, bibirnya mengungkap.

“Belum.”

Anaqin tersentak. Dia toleh laju ke kanan. “Kau?”

“Ye saya.” Nasuha senyum panjang. Kelopak matanya sudah bertakung.

“Bukan ke kau balik kampung skarang ni?” Anaqin tayang muka keliru. Kedatangan Nasuha yang tidak diduga itu benar-benar memeranjatkannya.

“Sepatutnya ye. Tapi saya cancel. Pastu terus datang sini. Sebab hati saya tinggal kat sini.” Terang Nasuha. Air mata sudah sarat di kelopak tunggu masa nak jatuh je.

“Hati awak?” Anaqin buat muka blurr.

“Ye hati saya.”

“Kat mana?” Anaqin semakin blurr.

“Kat lelaki yang berdiri di depan saya ni.”

“Mana?” Anaqin toleh belakang mencari lelaki yang dimaksudkan oleh Nasuha.

Nasuha tepuk dahi. “Ya Allah… Awak ni kan… Tengok ni..” Sapu tangan dibuka dan ditayang depan muka Anaqin. “Kat lelaki yang tulis benda ni.”

Mata Anaqin terbuka luas. “Mana awak dapat?”

“Isyhh… Takyah tau la mana saya dapat. Yang penting, saya nak dengar dari mulut awak sendiri. Betul ke apa yang tertulis kat sini, awak yang tulis?”

Anaqin tenung wajah Nasuha. “ Kalau ye, awak nak buat apa?” Dia senyum lebar. Kening diangkat 3 kali.

“Kalau ye… Saya nak buat macam ni.” Nasuha terus melutut dihadapan Anaqin.

“Awak buat apa ni?” Jelas terpamer riak terkejut di wajah itu. Tergamam dengan perbuatan Nasuha itu. Terasa mereka berdua menjadi perhatian ramai.

Nasuha melutut sambil menghulurkan sapu tangan itu kepada Anaqin. “Can you be may boyfriend?”

Anaqin tersentak. Mimpi ke ni? “Apa kes pompuan propose lelaki ni?”

“Cepatlah jawab awak. Dah lenguh lutut ni.” Nasuha merengek manja.

“Bro, setuju je la.” Satu suara menyampuk dari kelompok manusia yang turut memerhati gelagat merpati dua sejoli itu.

“Apa tunggu lagi? Say yes je la.” Satu suara lagi kedengaran.

Anaqin kembali pandang wajah Nasuha. “Yes, I do.” Sapu tangan ditangan Nasuha diambil. Terdengar sorakan dari pengunjung yang berpeluang menonton drama yang lain dari yang lain itu.

Nasuha senyum lebar.”Thanks.” dia berdiri mengibas rumput yang melekat diseluar.

“Now, my turn.”

“Your turn?” Nasuha buat muka hairan.

“Yes.” Giliran Anaqin pula melutut.

Dan giliran Nasuha pulak tersentak. “Awak nak buat apa pulak ni?”

“Nak propose awak la.”

“Kan saya dah propose awak tadi?”

“Tu lain. Awak buat benda yag pompuan tak penah buat. Ada ke perkara macam ni?”

“Ada what. Tapi jarang kot.”

“Yeke?” Anaqin berpikir sejenak. “Biar la. Let’s start.” Anaqin mengeluarkan satu kotak kecik warna purple berbentuk hati tayang didepan mata Nasuha.

“Cincin ke?” Mata Nasuha jatuh pada kotak itu.

“Pandai pun teka. Ye sayang, cincin.” Anaqin tersenyum manis. “Widad Nasuha Binti Ahmad Zaki, sudikah awak menjadi isteri saya?”

Wife? Mata Nasuha hampir terkeluar. Mulutnya berbentuk 0. sekali lagi empangan pecah. Terharu dengan lamaran yang tidak diduga itu. Perlahan-lahan dia menagangguk.” Yes, I do.” Kotak purple itu beralih tangan. Kalau ikutkan hati nak je suruh Anaqin ni sarung terus cincin kat jari aku. Tapi mana boleh la. Belum halal lagi. Tak boleh nak touch touch lagi.

Sorakan kedengaran lebih kuat dari tadi. Tepukan gemuruh membingitkan telinga. Bila masa penonton bertambah pulak ni?

Nasuha mendekatkan bibirnya ditelinga Anaqin yang sedang tersenyum kepada manusia yang berada di situ. “Naqin, jom balik? Malu la ramai orang tengok kita.”

“Biar la. ada jugak chance rasa macam artis kan?” Anaqin pandang muka blushing Nasuha.

“Taknak la. Jom balik.” Ajak Nasuha bersungguh-sungguh.

“Okay…okay… Jom.” Anaqin dan Nasuha beriringan meninggalkan ‘cinema’ itu. Senyuman manis+ikhlas dilemparkan kepada penonton. Nak sain ke? Tak dapat la. Heeeee….
***
“MANA awak dapat cincin ni?” Soal Nasuha. Ketika itu mereka berada di dalam kereta.

“Beli la sayang oi. Ingat senang-senang ke saya dapat?” Tangan Anaqin kejap pegang stereng.

“Bila?”

“Minggu lepas. Ingat nak propose awak. Pas awak cakap Adi minta awak balik semula kat dia terus tak jadi. Hancur terus harapan saya. Tapi nasib baik la ada peluang lagi.” Anaqin toleh 5 saat ke arah Nasuha. Kegembiraan jelas terpamer diwajah lelaki itu.

“Awak tu tak cakap awal-awal.” Nasuha jeling Anaqin sekilas.

“Saya ingat awak still sayangkan Adi lagi. Dah la. Taknak cakap pasal ni lagi. Past is past okay?” Stereng dipusing ke kekiri. “Pasal sapu tangan tu Yana yang kasi kan?”

“Mana tau?” Nasuha membelek cincin emas bertahtakan berlian didalam kotak comel itu.

“Dia je yang tau pasal sapu tangan tu.” Hal semalam kembali di ingatan. Semalam, ketika dia tengah kusyuk menulis madah-madah chenta itu, tiba-tiba Adriyana muncul senyap-senyap dari belakang. Tanpa dia sedar, Adriyana telah membaca apa yang ditulis olehnya. Nak tak nak dia terpaksa berterus-terang pasal perasaannya terhadap Nasuha kepada adiknya itu. Adriyana merayu supaya dia memberitahu Nasuha pasal perasaannya namun dia degil dan meminta adiknya berjanji agar tidak membocorkan rahsianya itu. “Tapi dia bocorkan jugak.”

“Kalau Yana tak bocorkan, tak wujud lah relationship ni sekarang. Menyesal ke?” Duga Nasuha. Wajah Anaqin dipandang.

“Eh tak la. Langsung tak menyesal. Saya nak belanja Yana makan tanda terima kasih saya kat my beloved sister.” Anaqin diam seketika. “Widad, bila kita nak kahwin?” Dengan beraninya Anaqin menyoal.

“3 taun lagi?” Dan dengan beraninya Nasuha menjawab. Dah takde malu-malu dah. Dia masih membelek cincin.

“3 taun? Lamanya. Bulan depan boleh?” Pujuk Anaqin.

“Eh tak boleh. Saya nak sambung study lagi la awak. Tawaran dah dapat.”

“Kat mana?”

“UTM.”

“Kos?”

“Tak tau ke?”

Anaqin sengih sambil geleng.

“Tak alert langsung pasal saya eh.” Nasuha pura-pura merajuk. Pandangannya dikalih ke sebelah kiri.

“Sorry la awak. Awak tak pernah cerita pun pasal study awak.” Anaqin gelisah bila Nasuha tidak mahu memandangnya. “Widad…” Panggilnya lembut.

“Electrical Engineering.” Nasuha kalih semula ke arah Anaqin. Dia senyum nakal. “Cuak ar tu.”

“Lorrh… Ingat betul-betul merajuk.” Kepala digeleng-geleng. Anaqin lepas nafas lega. “Takpe la. Awak teruskan impian awak dulu. Pastu no excuse. Pas habis study je kita terus kahwin okay?”

“InsyaAllah. Tapi awak kena jumpa family saya dulu.”

“Nak jumpa la ni. Nak masuk pinang awak. Kita bertunang esok.” Putus Anaqin.

“Esok? Tadi awak dah setuju nak tunggu saya habis study dulu kan?” Nasuha terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh Anaqin.

“3 taun lagi kita kahwin. Esok bertunang. Saya nak ikat awak. Pas ni awak tak boleh pandang lelaki lain.”

“Oow… Kalau nak pandang jugak?” sakat Nasuha.

“Tak boleh jugak.” Anaqin menggeleng laju.

“Sikit je nak pandang. Kalau that boy handsome, rugi la saya.” Ujar Nasuha selamba.

“Widad Nasuha…” Suara Anaqin bergetar.

“Hahaha…” Nasuha melepaskan tawa bahagia. Tiga saat kemudian, Anaqin turut ketawa.

Wajah riang Nasuha dipandang.” I love you my girl from highway.” Lafaz Anaqin dalam satu nafas.

Nasuha terus mati ketawa. Dadanya berdebar semacam je. Lidah pulak kelu. Tak tau nak buat reaksi apa. Buat tak tau je la. Masuk telinga kiri keluar telinga kanan? Boleh tak?

“Kasih sayang(Widad) ku…” Panggil Anaqin lembut. Widad tu maksudnya kasih sayang.

“Ye.” Sahut Nasuha lembut.

“Awak tak balas pun.”

“Kena balas ke?”

“Mesti, wajib.”

Nasuha tarik nafas dalam-dalam. “ Saya… suka awak.”

“Suka je?” Anaqin tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan.

“Sayang awak.” Muka dah rasa panas.

“Tak cukup.”

“Kalau saya cakap, saya love awak, puas hati tak?” Ujar Nasuha sambil menutup muka. Memang dah malu habis ni.

“Okay. Dah puas hati.” Senyuman Anaqin lebar gilerrr. Nasuha disebelah tersenyum malu. Kedua-dua mereka berdoa agar kebahagiaan sentiasa milik berdua. Amin…

17 comments:

  1. hehehhehe.
    best la gok.
    menarik la.
    erm kalu wt pnjg ckit cter ag best.
    tp biar surpise ckit.
    suh la pkwe baru tu ssh nk dpt nasuha.
    byk cbaran ckit gok.
    wt lawak2 ckit.
    huhuhuhuhuhu.

    ReplyDelete
  2. zarith,
    kalo bley smbung eh,
    best sgt2...
    wt la ms diorg tunang n kawen,
    hehe...
    tunang tue pn lm gop tue,
    3 taun tue =)

    NICE STORY....

    ReplyDelete
  3. haha..
    besh giler..
    smbung la kak...
    time widad blk kg,,bapak dye watpe kat dye..huhu..
    wat time widad nga blaja,
    then ader orang usha widad ke..
    kasi anaqin jeles..
    then smbung smpai dorang kawen n dpt baby..
    mesty besh..
    hehe...

    ReplyDelete
  4. thanks 4 da comments...
    smbung lg???
    heee... insyaAllah lau da idea kak smbong ye...

    ReplyDelete
  5. best2!!
    tp my boy from london tu lg best la..
    sbab citer tu lawak sangat..
    best la citer2 yg zarith buat ni..
    idea yg lain dr yg lain..
    btul gak kate para pengkomen yg lain, ape kate zarith buat sequel tuk citer ni..
    buat citer lpas diorg kawin ker??
    haha.. ape2 pun, tahniah sebab berjaya hasilkan karya2 yg menarik..
    x sabar nak tunggu hasil tangan ko yg lain..

    ReplyDelete
  6. pandai la zarith bwat cte...sme besz2..klaka lak 2..
    sweet la cpel nie..
    waaa..
    nak jgak la sorg mcm nie..
    hehehe..

    ReplyDelete
  7. wa,,,best gler cter nie.....
    sye bce smpe x larat nk snyum,,,,
    apie gler.....rse terubat atie yg lara nie....

    ReplyDelete
  8. sweet r cter ni,
    anaqin yg slamber n widad yg blur,hehe..
    pnt snyum sorg2..

    layann...

    ReplyDelete
  9. widad nasuha?
    nma mcm familiar kot.
    senior smtk jgk ehh.

    ReplyDelete
  10. im a loser :- aah skolah tknik...
    nape blog kamu x boley
    drop komen ea?

    ReplyDelete
  11. syok la babe...hehehe...seems like zarith minat anime tk nk wat crita chenta anime version ke??jas a cdangn.pepun,support u.

    ReplyDelete
  12. best lh citer yg zarith buat ni..
    bkn yg ni jep..
    but all..
    i luv it so much..

    ReplyDelete
  13. best lh citer yg zarith buat ni..
    bkn yg ni jep..
    but all..
    i luv it so much..

    ReplyDelete
  14. sweeett giler2.. waaa..bce ni dlm ofis..cuba kawal snyum sbb tkot officemates gelakkn.. hee :)

    ReplyDelete
  15. bestla.. sweet sgt2.....

    ReplyDelete
  16. best la citer ni.... snyum je mmanjang mse bce...sweet sgt2...hehehe

    ReplyDelete

toucholic

toucholic

Hot N Cold

Hot N Cold
Apa yang terjadi bila air panas bertemu dengan ais cube?

sweet sours

sweet sours
friendship is a sweet relationship

Bila Amar Dah Suka Dia

Bila Amar Dah Suka Dia
Inilah jadinya bila Amar dah jatuh chenta