Chill Out ~~ ^_* (kalau tak suka lagu boleh stop kt atas ni)

new updated!


new n3 :-)

# Hot And Cold (Bab 5)
# Hot And Cold (Bab 4)
# Hot And Cold (Bab 3)

* my new email (YM, FB) :"carl_aryana89@yahoo.com"

(^__^)

(^__^)

Kalaulah Hot n Cold dapat peluang ke untuk ke versi cetak.. apa kata kalian?

Thursday, October 8, 2009

Bila Amar Dah Suka Dia 2

“APA kes ni?”Sergah Izham sebaik saja muka Amar terjengul di muka pintu. Kepala disenget sedikit ke kanan mengerling jarum jam yang megah tergantung di dinding. “Pukul 5.30 pagi call aku suruh jumpa kau kat depan rumah.Buang tabiat ke apa?” Omel lelaki itu seraya menggosok mata dalam keadaan mamai. Tengah sedap-sedap mimpi dating dengan Angelina Jolie kat atas Effeil Tower tetiba ringtone corus Helena-MCR menyelit masuk ke ruang telinga. Tak semena-mena Kak Angie terbang entah ke mana. Haisyh!


Wake up la weyh!” Suara Amar sedikit terjerit. Agak kuat pipi sahabatnya itu ditampar.


“Sakit la!” Pekik Izham. Mata yang layu terus tercelik luas disebabkan tamparan maut sahabatnya itu. Ini kes dera ni!


Sorry sengaja.” Amar pamer muka tak bersalah. Dia sengih-sengih.

“Otak kau!” Marah Izham dengan mata yang terjegil.


“Jom?”


Lelaki itu tayang anak tekak. “Gila! Nak pergi mana time macam ni??” Masih pagi yang buta lagi. Subuh pun belum masuk. Kalau kat kampung ayam jantan tengah lawan berkokok. Kat sini?


“Bukan sekarang. Kejap lagi pukul 8.”


“Mana?”


“Tabika hujung taman tu.”


“Ooow…” Mulut Izham membulat.”Tabika bakal isteri kau eh?” Izham kupas senyum nakal.


“Aku tikam right atrium kau karang! Mau mati terngadah kat sini.”Main-main pulak. Bukan masanya la weyh! Muka Amar dah berubah monyot.


“Heeee…” Izham Terangguk-angguk. “Kidding lorh. Tu pun nak touching. Apa daa…”


“Kalau sebut pasal isteri memang aku sangat sensitive.”Amar menjegil mata. “Amacam? Jom?”


“Nak buat apa pergi sana?” Muka Amar tak beriak.


“Belajar ABC.”


“Hah?”


Tayang muka bosan. “Pergi intai bakal cucu Haji Rahim lorh. Konon-konon je la.” Tutur dia sinis.


“Perlu ke?” Izham kelip mata tiga kali.


Indeed!


***


“MANA satu dia?” Jari jemari kuat mengenggam pagar yang berlubang-lubang. Sesekali kepala ditoleh sekeliling. Mata berlari ke arah tabika yang tersergam ceria di hadapan. Dinding tabika yang dipenuhi dengan lukisan pelbagai jenis kartun disney dapat menarik perhatian mata-mata yang memandang. Sungguhlah cantik. Sangat lah ceria. Boleh mendatangkan semangat kepada budak-budak untuk belajar. Heh.


“Aku kenal ke?” Izham yang turut sibuk mengintai bertanya.


“Tak.”


“Dah tu apsal tanya aku?” Cucu Haji Rahim bin Seman ni la….


“Saja. Nak habiskan air liur.” Amar tayang muka selamba.


“Mana la aku tau. Aku pun tak kenal.” Kepala digerak ke depan. Memperjelaskan lagi pengintaiannya.


“Kau kenal Cikgu Sahara?”


“Kenal.”


“Cikgu Hidayah?”


“Cantik siot cikgu tu. Mana boleh aku tak kenal.” Dengan muka habis bersinar-sinar Izham menjawab. Gaya macam bini dia jek!


“Cikgu… Apa ntah nama cikgu sorang lagi yang kau sebut semalam?” Amar tergaru-garu kepala.


“Azwa.”


“Ha. Kau kenal?”


“Isteri no 3 member bapak aku. Maunya tak kenal.”


“So, kau cari je la muka cikgu yang kau tak kenal. Itu pun susah ke?” Hak alorh si polan ni. Lambat pick up betul la. Amar picit dahi. Adeh…


“Ye tak ye juga eh.” Izham tunjuk gigi. Punya la lebar dia tarik sengih.


Papp! Belakang Izham ditepuk. “Kau takyah la tayang gigi macam tu. Buang masa! Cepat la cari suspek kita.”


“Sekali lagi kau sentuh aku, jangan pelik kalau kau tetiba terpelanting ke dalam dengan cepat dan pantas.” Suara Izham bunyi nada gertak.


“Uih jangan la Am. Kidding-kidding lorh.” Sepuluh jari tersusun.


“Tau takut. Dah la aku sanggup korbankan time kerja semata-mata nak temankan kau buat benda tak bermoral ni. Dah tu bukan reti nak berterima kasih. Main-main kasar pulak.” Izham jeling Amar yang tengah tersengih.


“Sudah-sudah la tu. Sambung kerja kita.” Sensitive la pulak mamat ni.


Izham mencebik. “Kerja apa? Kerja tak bermoral macam ni? Kalau Haji Rahim tau kau buat apa sekarang ni, sure teruk kau kena hentam. CEO Teratak Holdings apa kalau macam ni punya gaya. Boleh pulak main intai-intai anak dara orang?”


“Hak alorh. Kau pun sama.” Amar mencebik. Paku dulang paku serpih, mengata orang dia pun sama-sama lebih. Heh!


“Aku sama pun sebab kau tau?”


“Yela-yela. Lepas ni aku belanja kau makan.”


Muka Izham bertukar ceria. “Really?”


“Kalau kita berjaya nampak suspek tu la.”


“Okay! Aku tingkatkan usaha mengintai.” Izham kembali menghadap tabika.


Amar menyeluk PDA yang berada di dalam poket kanan seluar bila terasa paha bergegar-gegar. Terbuntang mata bila sebaris nama yang tertera di skrin dibaca. ‘Haji Abdul Rahim Bin Seman’. Fuh! Saved nama dalam IC tuh. “Atuk!?” Lepas lima saat berfikir, akhirnya panggilan dijawab. “Ye atuk.”


“Balik sekarang!” Klik!


Terkebil-kebil dia merenung PDA ditangan. Izham dipandang sayu.“Am…”


“Hmm.”


“A…”


“Atuk kau panggil balik eh?” Potong temannya itu pantas.


Kening Amar bertemu. “Macam mana kau tahu?”


“I heard lorh. So, makan?”


Cancel.”


“Huh!”


***


DUA batang tubuh terpacak di depan pokok bunga raya. Masing-masing tayang muka gelisah. Tangan dibawa ke belakang. Beribu-ribu kerutan di dahi jelas kelihatan.


“Dah masuk 20 kali atuk bilang jumlah bunga raya ni, masih dengan jumlah yang sama… 27 kuntum. Semalam ada 28. kenapa boleh terkurang sekuntum?” Hampir lima belas minit dia berlegar-legar di hadapan dua sahabat itu akhirnya Haji Rahim melontar soalan sambil menyentuh sekuntum bunga raya putih yang kembang mekar di pokoknya.


“Ulat daun makan kot atuk.” Takut-takut Amar bersuara. Kenapa atuk sangat marah? Sebab inilah satu-satunya pokok bunga yang ditinggalkan oleh arwah nenek kepada atuk. Pokok bunga kegemaran nenek. Dan pokok bunga itu jugak digunakan sebagai simbolik cinta mati antara mereka. Tapi… asal nak marah sangat atuk? Setakat sekuntum je hilang tarak hal la!


“Ye la atuk.” Lelaki di sebelahnya mula membuka suara. “Ulat daun kan suka warna putih. Tu sebab la dia makan bunga atuk.” Izham memberanikan diri menjawab.


Erk!? Amar mendekatkan muka ke muka Izham dengan mulut separuh ternganga. “Mana kau dapat teori ni?” Bisiknya perlahan.


Izham tergaru-garu. “Aku pun tak tahu. Hentam je.”


“You know what?”


“What?”


“You are so hotak kau!”


“Heeee…” Izham kupas sengih. “Aku tau itu.”


“Kamu berdua tipu atuk ye?” Suara Encik Rahim mencelah. Dua jejaka itu dipandang. Tajam.


Gulpp! Serentak Amar dan Izham telan liur. Mampus!


“Actually atuk…”


“Mana kamu berdua sorokkan bunga tu?” Ayat Amar dipotong laju.


“Err… aaa…” Izham makin kecut perut.


“Mana!?”


“Am tanam kat belakang rumah.” Lancar suara Izham bila mendengar herdikan Haji Rahim itu.


Tarik nafas… Hembus… Pegangan kepala tongkat dikejapkan lagi. “Atuk dah berfikir sebaik mungkin pasal penjodohan kamu dengan cikgu tabika tu. Atuk rasa nak batalkan saja.”


“Betul ke atuk!?” Mendengar ayat itu muka Amar bersinar-sinar. Ceria habis.


“Kalau bunga atuk tak hilang sekuntum, betul la akan dibatalkan. Tapi…”


“Tapi?” Muka yang bersinar-sinar bertukar cemas.


“Tapi bila dah hilang, penjodohan ni harus diteruskan.”


“Atuk!” Amar menekup muka.


Izham hanya memandang atuk dan cucu itu tanpa berkelip.


“Lusa kamu ada dating dengan dia satu hari. Start pukul 9 pagi Atuk nak kamu mula sesi perkenalan.” Arah Haji Rahim tanpa menghiraukan muka lesu cucu tunggalnya itu.


“Hah!?” Amar tunjuk geraham paling hujung.


“Tepat pukul 8.55 pagi lusa kamu wajib jemput dia kat tabika.”


“Atuk…”


“Muktamad!” Putus Haji Rahim sambil melangkah ke dalam rumah. “Kinah, buatkan saya kopi!” Laungnya pada pembantu rumah yang setia berada di dapur.


“Baik Haji!”


Izham menepuk-nepuk bahu Amar yang dah bersila di atas rumput. “Sabar ye, Amar.”


“Sabar otak kau!” Muka Amar nampak bengang. “Aku dah hilang sabar dah ni. Dari kecik sampai besar asyik kena ikut cakap Haji Rahim je. Aku tahu la atuk yang besarkan aku lepas arwah parents aku meninggal 20 tahun yang lepas. Aku banyak terhutang budi dengan atuk. Tapi tak bermakna aku kena bayar semua budi tu dengan cara macam ni. Ni dah nama kes dera. Dera jiwa cucu!” Kuat Amar menggumam tak puas hati. Rambutnya ditarik-tarik.


Dua puluh tahun yang lepas, dia telah kehilangan kedua-dua ibubapanya. Bapanya, Ahmad Fuad meninggal dunia kerana paru-paru dijangkiti kuman. Tiga bulan kemudian, ibunya pula dijemput menghadap Ilahi kerana barah otak. Hanya 9 tahun dia sempat hidup bersama ibubapanya. Selepas itu, Haji Rahim lah yang mengambil tugas untuk menjaga dia hingga lah ke hari ini. Even atuknya sangat tegas dan mempunyai sikap yang tak peduli feeling orang lain terutama cucu sendiri itu, Amar tetap menyayangi lelaki tua itu. Itulah satu-satunya insan sedarah daging yang hidup bersama dia di muka bumi ini.


Sebiji macam orang tak siuman. Izham tergeleng-geleng. “Kesian member aku ni kan?”


“Am… Tolong aku.” Lemah suara Amar. Kaki Izham dipeluk. “Aku taknak kahwin lagi lorh.” Dah gaya macam anak derhaka minta ampun pada ibu pun ada.


Izham diam. Perah otak. Dagunya diurut-urut. Lepas sepuluh saat… “Gotcha!” Soraknya sambil petik jari.


Lebih pantas dari kilat Amar berdiri. Terpacak di sebelah Izham. Bahu rakannya itu dirangkul. Aku tau kau mesti boleh tolong aku punya. “Superb idea, huh?”


Izham sengih. “Triple superb!”

*************************************************************************************

Hye2... mn SS??? coming soon... =) Bz x sudah2 lg ni... layan je la...

16 comments:

  1. whoaaaaa..
    bunge atok ilang..
    patotlaa glabah semacam dorang nieh..
    hahaha..
    hitler la atokk..
    apela idea si am nieh..??
    huhu..

    ReplyDelete
  2. wei...
    best wei...

    xsaba nk tgk am g dating...

    smbg2...

    nk SS jg...

    ReplyDelete
  3. gila kejam atuk tu.. hahaha..
    cian depa dua org..
    hahaha..
    skodeng anak dara tu..
    hehehe..
    cpt smbg ya..
    n jgn lupa cita ss..
    x sbr r nak bca..
    hehehe

    ReplyDelete
  4. cikgu tadika...
    wuuu, mst perangai pun a little bit childish kan???
    hbis la si hero...
    kna la kluaq dr dunia CEO dia tu...
    ^-^
    ~gud luck on ur nov, Aya pun on the way cos dpt twrn dr sbuah syarkat penerbitan nov utk publish Please~

    ReplyDelete
  5. hahahha.. pasal bunga je menggelabah bukan main lagi. garang ye atok dia.. tp lebih kelakar dari garangnye.. ahaks

    ReplyDelete
  6. hahaha.. lawak la cite nih..
    x sabar nak taw pe jadi pas ni.
    pe lagi arahan mandatori atok die nak kasi kat am..
    hehehe.. :D

    ccpt2 sambung taw..

    ReplyDelete
  7. whohoooo..
    bunga atuk dia ilang upernya..gelabahnya dorang nie cam ilang anak..
    gila kejam atuk nie..
    tp mmg lawak r am ngan amar nie...
    suke2...

    ReplyDelete
  8. zarith ni mmg berbakat....smbung lg cepat2..
    -noor-

    ReplyDelete
  9. mesti idea nak kenakan cikgu tabika tu.. hehehe... jgn sendiri terkena sudahlah...

    ReplyDelete
  10. best2..
    teruskan...
    tapi still rindu kat hnc..
    huhu...

    ReplyDelete
  11. sgt grg+tgs la atuk nih..
    klaka tgk deorg berdua nih cuax ngn atok amar..
    smbg2..

    ReplyDelete
  12. hahahah..

    atok ni la..
    boleh plak die bilang bpe byk bunga yg ada.

    ReplyDelete
  13. waa pndai atuk dia putar belit yerk...nk gak amar kwin dgn cikgu 2...nk bt cne amar, dh nsib kn..
    good job zarith

    ReplyDelete
  14. kahkahkag
    at0k2...bunge
    ilang siap kre d0ploh
    kli!agaggagaggag.
    lwk t0l!

    ReplyDelete
  15. perghhh gile kentang
    atok die kire tu
    bhahaha
    patot ah gelabah semacam je dorang nie
    -na'dz

    ReplyDelete
  16. ha3 kelakar lah..
    opening yag menarik...

    ReplyDelete

toucholic

toucholic

Hot N Cold

Hot N Cold
Apa yang terjadi bila air panas bertemu dengan ais cube?

sweet sours

sweet sours
friendship is a sweet relationship

Bila Amar Dah Suka Dia

Bila Amar Dah Suka Dia
Inilah jadinya bila Amar dah jatuh chenta