Chill Out ~~ ^_* (kalau tak suka lagu boleh stop kt atas ni)

new updated!


new n3 :-)

# Hot And Cold (Bab 5)
# Hot And Cold (Bab 4)
# Hot And Cold (Bab 3)

* my new email (YM, FB) :"carl_aryana89@yahoo.com"

(^__^)

(^__^)

Kalaulah Hot n Cold dapat peluang ke untuk ke versi cetak.. apa kata kalian?

Friday, October 16, 2009

Bila Amar Dah Suka Dia 3

KUACI yang berterabur di atas meja dikutip ke bibir. Satu persatu kulit kuaci dibuka sebelum dikunyah isinya. Mata sejak tadi tak berganjak dari skrin tv yang tengah memaparkan cerita Kyle XY.


Lima minit kemudian, terdengar pintu utama dikuak dari luar. Lissa baru balik entah dari mana tidak dihiraukan. Hanya sekilas pandang dilempar pada housematenya itu sebelum pandangan jatuh semula ke arah skrin tv.


“Assalamualaikum.” Sapa Lissa seraya menanggalkan kasut dan diletak ke atas rak kasut yang berada di sebelah kanan pintu.


“Waalaikumussalam.” Tangan mencapai beberapa butir kuaci. Kusyen kecik yang di sebelah di bawa ke atas peha. “Lambat kau balik. Tolong kemas kerusi meja ke? Tak pun buat amal cuci pinggan mangkuk?” Sinis dia menyoal bila Lissa dah mengisi ruang di sebelah.


“Fuh!” Dia melepas nafas penat. Tudung ditanggal. Ikatan rambut yang terburai dikemaskan semula. Badan bersandar lesu di sofa. “Gila best tadi. Dapat berkumpul semula dengan member-member lama. Masing-masing dah matured. Dah kerja besar-besar pun. Yang dah kahwin pun ada.” Cerita Lissa dengan muka yang bersinar-sinar. Terbayang muka teman-teman sekolahnya dulu silih berganti. Masing-masing dah dewasa. Dah masuk kehidupan baru.


Kyle XY yang hampir satu jam ditayang akhirnya habis. Iklan Colgate pulak mencelah. “Orang lain tayang suami kau pulak tayang apa? Muka je ke?”Tanpa riak Aqilah menyoal.


“Dah tu? Tak kan aku nak tayang suami kot sedangkan aku still single. So, muka cantik ni lah yang aku ada.” Balas temannya itu dengan sambil menjeling Aqilah di sebelah. Budak ni kan


“Tau la kau cantik pun. Jangan lah sampai riak.” Kata Aqilah sambil mencebik.


“Weyh!” Satu hentakan kusyen mendarat di bahu gadis itu. Lissa bengang. “Bila masa aku riak? Gurau je pun.” Tangan disilang ke dada. Lissa dah berubah riak. Kecik hati mungkin. “Aku tau la aku tak secantik kau. Tak secomel kau, Qilah.” Sambungnya kedengaran sayu.


Tu dia… Muncung tenuk dia dah keluar. Hailahh sahabat oi! “Kau touching apakemende ni?”Tangan dipanjang ke atas bahu Lissa yang tengah tayang muka sedih. “Sape cakap kau tak cantik? Sape kata aku cantik? Cantik lagi kau dari aku. Kalau tak… tak kan lah time kita kat UM dulu kau yang paling laku antara kita berempat. Asma dengan Umirah yang gila cun tu pun boleh kalah dengan kau. Aku ni lagi la ke belakang.” Teringat kembali nostalgia zaman dulu-dulu ketika mereka sama-sama belajar di UM. Antara dia, Lissa, Asma dan Umirah… Lissa lah yang selalu diusik dan dilamar oleh kaum Adam. Sehinggakan gadis itu rimas tak nak keluar bilik. Itu la Lissa… Sape suruh kau cantik sangat?


“Hellleh!” Lissa jeling Aqilah yang dah tersengih-sengih. “Kau lagi laku kot dari aku. Ye la… kau kan pandai buat muka kering. Tak macam aku cepat gelabah.”


That’s why la diorang suka kacau kau. Tau pun.” Sampuk Aqilah laju sambil ketawa kecil. “Tapi dalam banyak-banyak boys tu asal sorang pun tak lekat dengan kau?”


“Kau pun tau kan sebab dia.” Lemah suara Lissa. Muka dah berubah sayu. Dia terus membisu.


Alamak! Hujung lidah digigit. Terlepas sudah. Aqilah… Asal kau boleh terlepas soal ni? Perlahan-lahan bahu Lissa digosok. “Lissa… I’m sorry. Sumpah aku tak sengaja tersoal kau soalan tu.”


Never mind la. Aku okey je. Cuma tersentap sikit.” Balas Lissa perlahan. Suaranya lembut jek kedengaran.


“Kau still teringat dia?” Aqilah pandang tepat ke dalam sepasang mata bundar itu.


Senyum nipis. “Bohonglah kalau aku kata aku tak ingat. Setiap kali aku bernafas mesti muka dia yang aku nampak. Pagi-pagi masa aku bukak mata, his smile yang aku bayangkan. Malam-malam aku tidur dia jugak yang datang dalam mimpi.” Suara dah berubah serak. Air jernih mengalir terus ke pipi. Lissa menangis. “Qilah… I’m missing him. So much.” Ucap gadis itu sambil teresak-esak.


Melihat keadaan Lissa itu, Aqilah mengeluh lemah. Dia turut berasa sebak. “Lissa, lepaskan dia. Dia sekarang dah jadi suami orang. Dah ada anak dua pun. Jodoh antara korang tak ada.” Pujuk dia lembut. Rambut Lissa dibelai. “Kau ada hidup sendiri. Dia pun dah ada hidup sendiri. Masing-masing ada haluan tuju. Aku rasa dah tiba masanya kau lupakan dia. Lupakan Hanif, Lissa.” Pintanya bersungguh-sungguh.


Hanif bekas boyfriend Lissa beberapa tahun yang lalu. Mereka kenal sejak kecil. Kiranya cinta dari zaman kanak-kanak. Tiga tahun lepas mereka terpaksa memutuskan hubungan disebabkan Hanif akan berkahwin dengan gadis lain. Gadis pilihan family. Lissa? Makan hati berulam jantung sendiri. Kecewa, sedih, sakit tu jangan cakap lah. Sampaikan Aqilah, Umirah dan Asma dah tenggelam idea untuk memujuk gadis itu. Tapi hari demi hari, Lissa dapat terima takdir itu dengan redha. Namun ingatan dia pada Hanif tak pernah terpadam sampai sekarang.


Kepala dilentok ke bahu Aqilah. Hidung yang dah merah menyala digosok. Air mata dikesat. Dia menghela nafas panjang. “Aku harap, satu hari nanti aku akan lupa dia terus. Tapi sekarang aku tak mampu. Not this time.”


Bahu Lissa diurut-urut. Aqilah tersenyum senang mendengar pengakuan itu. “InsyaAllah Lissa… Aku doakan untuk kau.”


Thanks, buddy. Kau memang sahabat yang baik.” Lissa kupas senyum. “Bukan baik je tapi cantik, caring, loving, understanding… lagi…”


“Okey. Enough!” Celah Aqilah bila Lissa dah mula nak melalut naik ke bulan. Puji lebih-lebih pulak dah. “Kau tak rasa melampau ke puji aku lebih-lebih? Dah macam perli pun ada ni.”


“Hahaha!” Lissa menghembur tawa. Geli hati melihat pandangan menikam temannya itu. “Manade aku perli. Aku berani sumpah kata-kata aku tadi tu lahir dari hati sanubari aku yang ikhlas!” Sungguh-sungguh Lissa mengangguk.


“Blah la kau!” Aqilah mencebik. “Aku dah muak dengar kau cakap macam tu. Tunggu masa nak muntah je.”


“Weyh.. betul what apa yang aku cakap.” Kau…”


Tengah rancak Lissa menyusun ayat, selamba Aqilah berdiri meninggalkan gadis itu sendiri sambil mengalunkan lagu You Belong With Me- Taylor Swift. Malas nak dengar minah Ipoh itu membebel. Suka cakap benda tak berfaedah. Entah pape.


“Nur Aqilah!” Lissa bengang bila Aqilah tidak mengambil pusing tentang apa yang ingin dibebelkan.


I’m in the room its a typical Tuesday night!!!” Makin kuat gadis itu bernyayi dengan gaya syok sendiri.


Hiiii!!! “Bengang betul aku dengan minah ni sorang.” Bibir bawah digigit geram. Muka bengang Lissa bertukar ceria bila otaknya teiba memikirkan sesuatau. “Qilah!”


“Hmm” Sahut temannya itu ketika kaki kanan meniti anak tangga yang pertama.


Lissa berdiri mendapatkan gadis itu. “Esok kau ada date dengan cucu Haji Rahim kan?”


Langkahnya mati. Mulut ternganga luas. Nafas hampir-hampir nak putus. Dia kaku di tempatnya berdiri. A’ah la…” Lissa!”


“Yo.”


“Aku lupa la.” Dia tampar dahi tiga kali. Rambut separas bahu itu ditarik-tarik. Muka dah risau habis.


“Cepat say thanks to me sebab aku ingatkan kau.” Bahu Aqilahicuit. Lissa tersengih nakal.


“Thanks.”Telan liur. “Boleh tak kalau aku tak pergi esok? Buat-buat lupa je la.”


“Mana boleh!” Sangkal Lissa dengan pantasnya. “Weyh kau jangan lupa yang Haji Rahim betul-betul mengharapkan kau.”


“Tapi aku tak kenal dengan his grandson.”


“Tak kenal la kena bagi kenal.”


“Tak pernah jumpa pun.”


“That’s why la kena jumpa.”


Menggeleng laju. “Lissa… Aku tak nak kahwin dengan dia la.”


“Lorh…” Giliran Lissa pula tampar dahi sendiri. “Jumpa la dulu. Kenal-kenal… Then kau fikir sendiri la nak kahwin ke tak dengan that guy.”


Aqilah bertinggung di atas tangga. Dagu ditongkat ke lutut. “Tapi atuk macam serius je nak aku kahwin dengan his grandson. Aku actually tak bersedia lagi la dengan benda alah ni.” Kedua-dua pipi disentuh. Sungguh! Aku belum bersedia lagi nak jadi isteri orang.


“Qilah…” Lissa ikut bertinggung. “Kan aku dah cakap, jumpa dulu then baru la buat keputusan. Kalau kau berkenan…go on. Kalau sebaliknya… aku tak payah kasi tau pun kau tau kan nak buat macam mana.”


Diam sepuluh saat. Kata-kata Lissa ditimbang sebaik mungkin. “Kalau that guy jahat lain macam? Tak ke bahaya tahap keselamatan aku? Dah la tak kenal dia. Kena lagi dia tu perogol bersiri yang polis tengah cari sekarang ni. Tak ke naya aku? Uih! Gila bahaya.” Teringat tragedi yang disiar dalam berita minggu lepas. Sorang remaja perempuan telah dirogol bergilir-gilir dengan tiga orang lelaki yang entah dari mana hala datangnya. Perogol-perogol tersebut masih tidak dapat dijejaki sehingga sekarang. Mana la tau kot-kot that guy salah sorang dari mereka? Astaghfirullahalazim… Laju Aqilah menggeleng kepala. Kau dah melalut ke bulan mana ni Aqilah?


“Kau ni… Ke situ pulak fikir. Takkan lah atuk yang habis baik macam tu ada cucu sorang perogol. Tak ke pelik dan menghairankan?” Apa da minachi sorang ni. Fikir yang bukan-bukan pulak. “Kau try dulu. Then barulah buat conclusion dia tu macam mana.”


Laju dia berdiri. Pinggang dipusing ke kiri dan kana. Sengal la pulak. “Tengok la macam mana.” Anak tangga di daki.


“Weyh…mana boleh macam tu. Esok kan korang dah nak jumpa.”Jerit Lissa sambil menuruti langkah temannya ke aras atas.


“Ah! Esok punya hal esok punya fikir la.”


“Qilah!”


“Malas ar aku nak serabutkan otak aku.”


“Weyh…”


“Kalau kau nak aku jumpa that guy yang entah dari mana hala tu esok ada syarat!” Kata Aqilah tetiba sambil menghentikan langkah. Dia pusing menghadap Lissa yang dah tayang muka pelik. Kening digerak-gerak.


Apekemendenye?”


“ 7E jom?”


“Hmmph.” Keluhan terlepas dari bibir mungil itu. “Tak lain tak bukan…”


“Slurpeeeee….” Aqilah tayang gigi sambil mengangkat simbol ‘peace’


Kalau dah namanya cikgu tabika… “Takde benda lain lagi dah.”


*************************************************************************************

Hepy mmbaca... (*>V<*)V

12 comments:

  1. aqilah da muncul...
    hehehe....
    cmne la ble dye jmpe amar ye..
    smbung2..

    ReplyDelete
  2. dah muncul org yg ditgu2...

    hehe...
    smbg yer...

    ReplyDelete
  3. Waahh~ cerita nk mula dah nie..
    cepat2~ suma sedia dpn pc masing2,kita tggu dan lihat cmna hero & heroin berjumpa nnt^^Kita wat study BADSD group wink3~ hak3!
    cepat Zarith,kitorg tggu for the next entry^^
    but do take your time.. it's okay^^

    ReplyDelete
  4. salam...
    aqilah sudah muncul...
    n hope lissa ngan membe bek amar tu...
    anyway, mcm besa, gud n3...
    senyum meleret ja...

    ReplyDelete
  5. x sabar nak tunggu dorang jumpa..

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. yey yey!! tu dia....haha tak sabo nak tggu en3 terbaru...apa la agaknya yg terjadi klo dorg jumpa wat kali pertama erk?? sama ada dorg gado or amar fall in love in first sight?? haha

    ReplyDelete
  8. haha aqilah & amar mcm sama je
    dua2 pun x nak jumpa masing2
    ehh pass lissa kat izham la ;)

    ReplyDelete
  9. hohohoho.. dah muncul aqilahnya... ingatkan lissa org yg dinanti.. ekekekke sambung2

    ReplyDelete
  10. aqilah ?
    like that name bcoz my name aqilah.
    HAHA.
    suke gak lagu you belong with me .
    thnxk writer coz wat cite cmnie.

    <3 <3

    laen kali wat nama aqilah syazwina plk.
    :DD

    ReplyDelete
  11. hurmmmm
    msty childish eh
    c aqilah nih??
    ske3..huhuhu

    ReplyDelete
  12. hehe qilah sebut slurpee..
    trus kecur air liur..huhuuh

    ReplyDelete

toucholic

toucholic

Hot N Cold

Hot N Cold
Apa yang terjadi bila air panas bertemu dengan ais cube?

sweet sours

sweet sours
friendship is a sweet relationship

Bila Amar Dah Suka Dia

Bila Amar Dah Suka Dia
Inilah jadinya bila Amar dah jatuh chenta