Chill Out ~~ ^_* (kalau tak suka lagu boleh stop kt atas ni)

new updated!


new n3 :-)

# Hot And Cold (Bab 5)
# Hot And Cold (Bab 4)
# Hot And Cold (Bab 3)

* my new email (YM, FB) :"carl_aryana89@yahoo.com"

(^__^)

(^__^)

Kalaulah Hot n Cold dapat peluang ke untuk ke versi cetak.. apa kata kalian?

Saturday, October 3, 2009

Bila Amar Dah Suka Dia 1


“WHAT’S up huh?”


“Bad.”


Kening bertaut. “Bad?”


Very bad.” Muka nampak sendu. Dagu ditongkat pada lutut. Mata tepat merenung tanah yang samar-samar kelihatan. “Am…”


Yo!” Izham pandang wajah lelaki yang berada di depannya.


“Apa kau akan buat kalau kau dipaksa untuk buat benda yang kau taknak buat?” Sepasang mata redup membalas pandangan Izham.


“Straight to the point please.”


Lelaki itu tarik nafas. “Aku… Aku…”


“Sejak kurun bila kau jadi tak lancar bercakap ni?” Izham tepuk bahu sahabatnya yang dikenali sejak sekolah rendah itu.


“Sejak aku kena paksa dengan atuk.”


“Heh! Macam la before ni atuk kau tak pernah paksa kau.” Izham senyum sinis.


“Ni lain lorh.”


“Apa yang lainnya? Paksa what?”


“Kahwin.”


“Hahaha!”Ketawa pecah. “Who’s that lucky girl?”


Izham direnung. Tajam! “This is not funny okay! Serious!” Amar langsung tak kupas senyum.


Ketawa Izham terus mati. “What?” Mata terbuntang memandang sahabatnya.”Dengan sape?”


Boleh pulak tanya macam tu? “Pompuan la.” Rambut dikuis kasar.


“Tau. Takkan la atuk kau nak paksa kau kawin dengan half boy half girl kot?” Kawan aku ni la…


“Dengan cikgu tabika hujung taman rumah kita.” Teh O ais dihirup dengan rakus. Cuba menenangkan hati yang tengah panas.


“Ye? Which one? Kalau tak silap aku ada tiga orang cikgu kat tabika tu. Cikgu Azwa, Cikgu Sahara and Cikgu Hidayah.”


“Salah sorang dari diorang ar kot.” Gelas dipusing-pusing. Muka didongak menghadap bintang-bintang yang berkelip di langit.


“Uih! Gila!” Izham separuh ternganga.


“Memang aku hampir nak gila dah ni.” Rambut dikuis kasar. Serabut serabai dah rasa ni.


“Tiga orang cikgu tu dah kahwin la. Dah beranak pinak pun.” Takkan kot? Takkan lah atuk nak suruh diorang mintak cerai kat suami then kahwin dengan Amar? Gila kejam ar kalau macam tu punya gaya.


“Ye ke? Atuk aku silap orang tak.”


“Maybe cikgu baru kot.”


“Agak la.” Lamabat-lambat Amar menjawab.


“Apa kau buat pulak kali ni?”


“Nothing. Aku dah tak keluar balik lewat malam. Dah pergi ofis macam atuk aku suruh. Dah fokus pada kerja yang gila berlambak kat ofis gila semak tu...”


“Kejap-kejap.” Izham angkat tangan. “Aku baru je pergi ofis kau tadi. Takde nampak semak pun. Bersih je. Perabot pun tersusun elok. Kemas.”


“Semakkan kepala hotak lorh.” Insan itu pamer muka bosan.


“Oh.” Izham terangguk-angguk. “Dah tu sebab apa?”


“ Aku confuse!”


“Bila atuk kau cakap?”


“Tadi.”


“Flashback please.”


***


“KAHWIN!?” Tercengang.


“Yeah.” Haji Rahim terangguk-angguk. Paip disedut. Berkepul-kepul asap meluru keluar dari corong.


“Kenapa tetiba je atuk mintak benda tak masuk akal ni?”


“Sebab atuk yakin kamu boleh tunaikan permintaan atuk, Amar Taqqiuddin.”


Amar buat muka pelik. “Atuk…”


“Cikgu.”


“Huh?”


“Tabika hujung taman.”


Amar terkedu.


“Atuk dah merisik. Next Saturday atuk bawak rombongan pergi pinangkan dia untuk kamu. Dua minggu lepas tu pulak terus bertunang. Sebulan kemudian kahwin.”


Melopong Amar mendengar bait-bait kata yang keluar dari bibir Haji Rahim. “Atuk…”


“Kamu ingat! Kalau kamu tak ikut cakap atuk kali ni, satu sen harta atuk pun kamu takkan dapat.”


Gulpp!


“Atuk naik atas dulu. Sepuluh minit untuk kamu get ready jemaah maghrib sekali.” Tongkat yang bersandar pada sofa dicapai. Terketek-ketek bekas tentera itu berjalan meniti anak tangga.


MasyaAllah! Amar rebah ke sofa. Aku nak pamer respon yang macam mana ni? Melawan? Atuk tak pernah ajar aku jadi kurang ajar. Menjerit? Buat malu kat jiran je. Menangis? Uih tak macho la Amar Taqqiuddin kalau macam tu. Lari dari rumah? Ishy tak boleh tak boleh. Karang atuk cakap aku cucu yang tak kenang budi pulak. Terjun KLCC? Astaghfirullahalazim… Tak bau syurga la aku. Dah tu apa aku nak buat???


***


“Macam tu la kisah aku…”


“Gila dahsyat Haji Rahim tu.Mentang-mentang harta dia bertimbun-timbun main gertak-gertak pulak. Dengan cucu sendiri yang tak boleh blah tu.” Komen Izham sangat berterus terang.


Laju Amar menekup bibir sahabatnya. “Kau nak tempah maut ke? Cakap tu slow-slow ar sikit.” Suara Amar berbaur amaran.


Tangan Amar ditepis. “Uwekkk!” Izham kesat muka dengan t-shirt. “Mak Kinah masak apa tadi?”


“Kari kepala ikan.” Dengan muka innocent Amar menjawab.


“Lagi?”


“Rendang daging.”


“Lagi?”


“Kailan goreng ikan masin.”


“Lagi?” Izham terus menyoal selagi jawapan yang dicari belum terbit.


“Apsal tetiba kau nak amik tau apa yang Mak Kinah masak?” Amar pamer muka bengang.


“Saja. Lagi lagi?”


“Sambal udang.”


Ada lagi?”


“Sambal belacan.”



“Gotcha!” Jari dipetik. Izham nampak happy lain macam.


“Huh?” Amar tayang kerutan di dahi.


“Dah dapat jawapan untuk my soalan.” Izham mencebik. “Patut la tangan kau busuk belacan. Wekkk!” Panjang lidah dijelir. Sungguh la busuk tangan budak ni.


“Yeke?” Tangan kanan dirapat pada hidung. “A’ah la…”


“Tau takpe. Lepas makan tadi tak cuci tangan ke?”


“Kau ingat aku budak umur dua tahun? Of course la cuci. Siap guna Dettol lagi ar….” Suka suki je kutuk aku.


“Hahaha!” Tawa Izham tersembur.


“Am!” Bentak Amar.


“Ye aku.” Sahut lelaki itu dengan sisa tawa.


“Aku nak buat apa ni?” Kepala dipegang kejap.


“Ikut je la cakap Haji Rahim.”


“Otak kau!” Protes Amar. “ Kahwin ni bukan benda senang tau?” Apa kau ingat kahwin ni senang macam makan lollipop ke hah? Kulum sekejap je dah habis.


“Aku tau tu. Tapi dah ini yang atuk kau mintak. Nak buat macam mana?” Kaki dilunjur ke depan.


Amar berdiri atas gazebo.“Tak kira!” Semangat kentalnya menjelma tetiba. “Walau macam mana sekali pun aku tetap akan perjuangkan hidup aku. Aku tak setuju!” Dengan penuh semangat perjuangan Amar melaung. Tangan kanan diangkat tinggi. Gaya macam Tunku Abdul Rahman melaungkan ‘’Merdeka’ masa Malaysia baru lepas dari genggaman penjajah.


“Kau jangan buat-buat lupa dalam surat beranak atuk kau tu tertulis Abdul Rahim Bin Seman. Orang paling yang digeruni dalam abad ni.” Izham mempergingatkan sahabatnya itu.


Erk? Tangan yang tinggi dilurut perlahan ke bawah. Dahi ditunjal-tunjal. “Nampaknya aku dah takde pilihan lain la, Am.” Sayu Amar menutur. Dia kembali duduk di sebelah Izham.


“Sabar ye sahabat. Aku faham feeling kau sekarang.” Bahu Amar ditepuk-tepuk.


“Thanks.”


“Amar!!!”


Lebih pantas dari kilat dua kepala menoleh ke arah banglo milik Haji Rahim.


“Ye atuk!”


“Masuk tidur! Dah lewat ni!”


“Baik atuk!” Macam ni la hidup aku. Amar mengeluh. Semua kena dengar cakap atuk. Semua kena ikut pendapat atuk. Huhu…


Hik!Hik!Hik! Izham toleh membelakangi Amar.


“Hoi Am. Kau gelakkan aku eh?” Tubuh Izham dipusing kasar menghadap dia kembali.


Sorry. Out of control lorh.” Sedaya upaya Izham gigit bibir bawah. Control gelak. “Series tak tipu. Cara atuk kau layan kau tak macam umo 29 taun. Sebijik macam budak tabika. Tu sebab ar atuk kau suruh kau kahwin dengan cikgu tabika. Dia boleh faham kau. Hahaha!” Pecah juga tawa Izham. Berdekah-dekah pulak tu.


“Apa kau cakap?” Rasa bengang tetiba menjelma. Laju Amar menampal tangan busuk belacannya di muka Izham. Erat melekat.


“Hmmmm!!!!” Terkial-kial lelaki kitu. Tangan Amar cuba dilerai. Gagal! Izham meraba-raba mencari sesuatu. Niat dihati nak cepuk kepala sahabatnya itu. Papp! Tangan kanannya berjaya mengepak ranting.

“Izham!!!” Automaticly tangan Amar terlepas dari bibir Izham. Terpempan!Benda yang berada ditangan lelaki itu dipandang dengan muka tak percaya.


“Subhanallah!” Pantas bunga raya putih yang dah terkepak terlepas ke tanah.


Amar pandang Izham. Izham pandang Amar. Masing-masing kelipkan mata.


“Mimpi je kan?”


I hope yeah.”


Sure?” Izham kesat peluh yang mengalir di dahi.


“Not sure actually.” Perlahan-lahan Amar menggeleng. Leher digaru-garu.


“Aku kira one to five. Then kita terjah. Okay?”


“Okay.”


Izham tarik nafas. “5…4…3…2… Terjah!!!” Serentak Amir dan Izham merangkak ke hujung gazebo. Kepala dijenguk ke bawah.


“Kau dah buat salah besar, Am.” Ujar Amar sambil menggelengkan kepala.


“Aku tau. Kasi tau aku Amar, apa aku perlu buat?” Sungguh. Izham dah kecut perut.


“Bawak balik bunga tu. Hapuskan terus. Jangan tinggal sebarang kesan pun. Kalau tak…”


“Malapetaka bakal muncul.” Potong Izham dengan muka gelabah habis.


“Tau takpe. Cepat amek!”


“Amar!!!” Sekali lagi suara Haji Rahim menusuk corong telinga.


Before my atuk layan dia punya temperature better aku mintak diri dulu.” Amar melangkah turun dari gazebo.


“Cepat-cepat la masuk. Karang sekali dengan aku kena tempias.” Ujar Izham sambil menggenggam bunga raya yang terpisah dari batangnya..


“Ingat! Jangan tinggal sebarang kesan!” Tegas Amar bersungguh-sungguh sebelum dia berlalu meninggalkan Izham.


“Okay!”

*************************************************************************************

salam... hye sume (wave)... here new story... enjoyzzz... n dun forget to drop ur komen. sgt2 dhargai... makaseh....

19 comments:

  1. hehehehehe!!!
    kak zarith,,
    cite bru heh??
    yeaaayyyy!!!
    suka2 cite ni,,
    yeuwwww

    ReplyDelete
  2. best2..
    btl ckp izam..
    atuk lyn amar cm bdk kecik..
    huhu..
    layan..

    ReplyDelete
  3. Wahhh.....citer baru...
    Tapi yang ni akn senasib ngn hot n cold ke?
    Klu ye sedey r....
    rindu ngn hot n cold
    Dah la dkt luar negara...
    ble la baru dpt hot n cold...
    huhuhu

    ReplyDelete
  4. salam...here comes the new story..bst as usual lh zarith.....jgn bt pnjg sgt lh..make it short n sweet!!!

    ReplyDelete
  5. wei....

    cite bru eh....

    cm best jer intro die...

    smbg lg eh...

    ~~ ak bru buke blog ari ni....
    ~~ bru blik berjln2....
    ~~ hehe

    ReplyDelete
  6. macam best jerr citer nie ..sambung lagi ek...

    ReplyDelete
  7. hahaha.. bestnye cite niH!
    cpt2 sambung....

    ReplyDelete
  8. hahahaha..

    gle control la atok ni.
    otai gle.

    ReplyDelete
  9. hehehee...
    best jgk citer nie...
    lawak la pulak...
    ssh la dpt atuk yg kontrol nie..ehhehehe

    ReplyDelete
  10. salam~
    terkejut bila tengok nama hero cerita nih..
    mcm nama someone yg pernah lekat dlm hati..
    xsabar nak tahu endingnya..
    hehe~
    saya bakal jadi pembaca setia cerita akak pasni yaa..
    hehehe~
    ;)

    ReplyDelete
  11. intro die cm ade satu cite Korea nie...
    tp x igt tjuk die...huhu

    ReplyDelete
  12. bst3!lawak t0l
    laaa d0rank nih..

    ReplyDelete
  13. salam,kak zarith.
    first time sye bce n3 yg kak zarith buat ni.
    teruje gile!
    best sgt cite bila amar dah suke dye!
    frst time bce rse nk bce lg dan lg!
    tumbs to u!

    ReplyDelete

toucholic

toucholic

Hot N Cold

Hot N Cold
Apa yang terjadi bila air panas bertemu dengan ais cube?

sweet sours

sweet sours
friendship is a sweet relationship

Bila Amar Dah Suka Dia

Bila Amar Dah Suka Dia
Inilah jadinya bila Amar dah jatuh chenta