Chill Out ~~ ^_* (kalau tak suka lagu boleh stop kt atas ni)

new updated!


new n3 :-)

# Hot And Cold (Bab 5)
# Hot And Cold (Bab 4)
# Hot And Cold (Bab 3)

* my new email (YM, FB) :"carl_aryana89@yahoo.com"

(^__^)

(^__^)

Kalaulah Hot n Cold dapat peluang ke untuk ke versi cetak.. apa kata kalian?

Sunday, November 1, 2009

Bila Amar Dah Suka Dia 6

DUDUK tak senang. Baring tak kena. Berdiri tak selesa. Bertinggung tak best. Semuanya jadi serba tak betul! Amar serabut! Dia pening!Rambut ditarik-tarik kasar. Gitar yang berada di atas riba ditolak tepi. Dalam otak hanya ada satu perkara! Dia bingkas berdiri. “Atuk!”


Sampai je di anak tangga yang paling bawah, langkah terhenti. Haji Rahim yang tengah kusyuk baca paper di sofa direnung. Macam mana ni? Apa yang aku nak cakap eh? Perlahan-lahan kaki menapak ke arah si atuk. “Atuk.”


“Hmm.” Sahut Haji Rahim disebalik paper. Muka sendu cucunya langsung tak dipandang. Leka dengan pembacaan. Banyak sungguh cerita dunia hari ni.


“Err…” Tergaru-garu. Berat pulak mulut nak bertanya. “aa… Bila lagi… atuk nak... suruh... Amar bawak… Aqilah keluar?” Fuh! Terlontar jugak soalan keramat ni.


“Kenapa?” Mendatar je suara Haji Rahim.


“Saja tanya.”


Diam. Dahi ditunjal-tunjal.


“Atuk.” Sofa yang bertentangan dengan Haji Rahim diduduk. Tangan menongkat dagu. Muka Haji Rahim yang terlindung dengan surat khabar Harian Metro diintai.


“Hmm.”


“Pasal… penjodohan… kitorang tu… jadi tak?”


Helaian baru diselak. Kedengaran nafas dihela lembut. “Kenapa?”


Erk!? Atuk ni... Amar makin tertekan. Rambut diraup ke belakang. ”Nothing. Erm… atuk.


“Hmm.”


“Aqilah asal mana?”


“Kenapa?”


Haisyh atuk ni. Asyik tanya kenapa je asal? “Saja tanya.” Sungguh la aku boleh terseksa dengan respon nak tak nak Haji Rahim ni. Hailah~.


Senyap.


“Atuk.”


“Hmm.”


“Aqilah tu… okey tak?”


“Kenapa?”


Bosannya aku! Nafas disedut kasar. “Saja tanya.” Amar berdiri. Kaki dihayun ke arah anak tangga. Setelah lima langkah anak tangga didaki Amar berhenti. Lima …empat …tiga …dua… Laju dia berlari semula mendapatkan Haji Rahim. Surat khabar dirampas separuh kasar.


“Kamu ni kenapa Amar?” Haji Rahim bengang bila Amar mengganggu kosentrasinya membaca.


Amar menyengih panjang. Tangan kanan dihulur. “Can I have Aqilah’s number?


***


Dagu ditongkat pada lutut. Badan digerak-gerak ke depan dan ke belakang. Jari jemari diketuk-ketuk di atas meja. Hati tak senang duduk. Rambut memang serabai ya amat. Mata mencerlung ke arah henfon yang berada lima inci di depan. Amar bergelut dengan hati sendiri. Kata hati satu… ‘ call her’. Kata hati dua… ‘jangan!’. Kata hati satu… ‘go on jela!’. Kata hati dua… ‘tanak-tanak’. Kata hati satu… ‘kalau kau suka dia take your phone right now!’. Kata hati dua… ‘Uih! Macam jangan je’. Kata hati satu… ‘Amar! Come on!. Kata hati dua… ‘Amar, takyah la weyh…’. Kata hati satu… ‘Tanya pada hati. Kau suka dia or tak?’. Kata Amar… “Amar! At least, try tak salah kan?” Tak sampai satu saat, henfon dicapai laju. Nombor Aqilah dicari. “Ahahh! Dah jumpa.” Dengan hati yang gila berdebar, button call ditekan. Lambat-lambat henfon dirapat ke telinga. Dup! Dap! Dup! Dap!


“Bismillahirahmanirahim…” Tak sampai tujuh saat, panggilan berjawab. “As.. as.. Assalamualaikum…”


Erk!? Kening bertaut. Aqilah buat muka hairan. ”Waalaikumussalam.” Suara garau dihujung sana menimbulkan rasa pelik. Siapa pulak yang call aku time macam ni? Nombor tak kenal pulak tuh.


”Hai.”


Apehal hai-hai pulak nih? ”Boleh saya tau siapa diseberang sana dan nak cari siapa ye?” Buku latihan anak muridnya dibelek satu persatu.


Gulpp! Asal merdu sangat suara dia? Ni yang nak buat aku tak boleh tidur nyenyak kejap lagi.Adeh... Anak rambut dipintal-pintal. It’s me.”


”Ye la...siapa?” It’s me? Ceh! Gaya macam aku boleh kenal muka melalui suara jek. Heh!


”Amar.”


Arkk! Putus nafas. Terus badan menegak. Pen yang berada digenggaman terpelanting ke bawah. Diam. Bibir rasa berat nak bersuara.


”Aqilah.” Panggil Amar bila gadis diseberang talian hanya diam. Asal dia mute nih? Tersentap kah dia?


”Ye.” Air liur ditelan tiga kali. Asal cucu Haji Rahim call aku pulak? Nak ajak aku temankan dia beli jeans ke? Oh tidak! Jangan harap aku nak keluar dengan dia lagi! Bikin tensi jek! Urghh!


Aiseh! Muka disembam atas bantal. Rasa malu pulak nak berborak dengan dia. Aku nak cakap apa ye? Ermm... ”Sihat?” Kedua-dua kaki dihayun-hayun.


Tarik nafas. Lepas... ”Alhamudulillah sihat.”


”Tengah buat apa?”


Marking buku my students.”


Lama Amar menunggu. Asal dia tak tanya balik aku sihat ke tak? Aku tengah buat apa ke? Hailah! “Dah makan?”


“Dah kenyang dah pun.” Tunggu masa nak buang balik jek.Sambungnya dalam hati. Giler nak cakap lepas. Karang dicop perempuan tak senonoh pulak. Ngeee... Tapi asal lain macam je tone mamat ni? Suara ala-ala romantik jek. Hari tu keluar dengan dia tak ada pulak cakap habis lembut macam ni dengan aku. Sekarang? Apehal?


”Makan apa tadi?”


Aiyak! Asal dia sibuk nak tau aku makan apa? ”Nasi la awak. Takkan nak makan pasir kot?”


Dush! Terasa muka disambar petir. Kan dah kena. Tahniah la Amar. ”Okey. Tu je yang saya nak tanya. Mintak diri dulu. Do take care okay. Good night. Assalamualaikum.”


Klik!


”Ehem... ehem...”


Adoiyaii!!! Amar tepuk dahi. Laju dua biji bantal ditarik menutup muka. Tangan kejap menggenggam cadar katil. Macam mana boleh terkantoi nih? Hatoii...


”Hakhakhak!” Izham yang bersandar tenang sambil berpeluk tubuh dipintu bilik Amar ketawa terbahak-bahak bila melihat respon sahabatnya itu. Haaa... Kantoi sudah. Tanpa membuang masa pecutan 100 meter dibuat melompat naik ke atas katil king size temannya itu. Bergegar hebat tubuh Amar dengan terjunan maut Izham. ”Amar.”


”Jangan kacau ar! Tak nampak ke aku tengah tidur?” Pegangan pada bantal dikuatkan lagi bila terasa Izham cuba mengintai muka dia. ”Pergi main jauh-jauh nuh!” Tubuh Izham yang dah menindih dia ditolak kuat.


Tanak! Aku nak main dekat sini jugak.” Balas Izham seraya mengekek ketawa. Telatah malu-malu kucing Amar makin menambahkan kegelian dihati. ”Amar, tengok sini la. Asal nak malu pulak?” Sedaya upaya bantal ditarik. C'mon Izham! You can do it!


”Haisyh! Keluar la weyh! Jangan kacau aku! Get out!!!” Bergema suara Amar diseluruh banglo. Dan sedaya upaya jugak bantal dikawal supaya tidak menampakkan mukanya.


“Kau called dia eh?”


“Manade la!”


Akhirnya Izham mengalah jugak bila dia gagal merebut bantal dengan Amar. Tempat disebelah sahabatnya itu diisi. “Dah tu tadi kau cakap dengan siapa?” Selamba badak kaki kanan diparking elok pada betis Amar.


Kuat kaki Izham ditepis.”Dengan Nabila... PA aku.” Lancar bibir itu menipu.


Aceyceycey...” Bahu Amar disiku. Sejak bila kau cakap fon dengan Nabila yang dah beranak tiga tu siap dengan hayun-hayun kaki hah? Dah tu senyum malu tapi mahu pulak tu. Dah gaya macam orang angau pun ada jugak aku tengok tadi.” Perli lelaki itu sambil tersengih nakal. ”Dan lagi menghairankan aku, asal tetiba kau nak ambil tau pasal Nabila tu dia sihat ke tak... dah makan belum... makan apa... Husband dia tak mengamuk ke? Sumpah aku hairan!” Tangan mengurut-urut dagu. Sengaja Izham buat gaya orang tengah fikirkan masalah rumah tangga. Heh! Nak sembunyi dari aku konon. Tak dapat la weyh!


Aiyak makluk ni! Saja je nak buat aku blush. Alahai~~ Aku still tak boleh terima kenyataan aku dah kantoi. Dengan Am pulak tuh! Adeh... “Kau merapu apa ni weyh? Blah-blah! Kau blah la! Aku dah ngantuk ni.”


Mata melirik pada jam yang terletak dia atas meja lampu tidur. “Sejak bila kau dah pandai tidur awal ni? Rilex ar bai. Pukul 11.30 baru. Lepak ar dulu. Tak remaja langsung kau ni.”


”Remaja hotak kau! Sedar ar sikit kita dah pegang angka 29 tahun okey! Tu pun still tak matang-matang. Apa nak jadi dengan kau Izham?”


”Hallah!” Sekali lagi bahu Amar ditolak. ”Gaya cakap macam kau tu matang sangat jek. Ah! Jangan tukar topik okey! Tadi kau called Aqilah kan? Kan? Kan?” Kepala Amar yang masih berada di bawah bantal cuba ditarik keluar.


”Haisyh!” Kasar tangan Izham ditepis. Tak habis-habis dengan gaya busy body dia.


“Amar…” Izham dah mula merengek macam budak kecik. Share ar dengan aku. Nak tau jugak.” Katanya lagi sambil menarik-narik manja bucu bantal.


”Kalau aku tanak share dengan kau, apa kau boleh buat huh?” Sengaja Amar menduga. Paling kurang pun mesti dia mogok suara dengan aku lima saat. Paling lebih dia pergi mengadu dekat haji Rahim. Itu kalau dia dah habis idea pujuk aku la. Bajet kuat la tu kalau Haji Rahim bela dia. Ceit!


”Kalau kau tanak....” Amar meleretkan suara. Pantas dia melompat turun dari katil. Laju boxer yang dipakai Amar dicengkam. ”...aku tanggalkan boxer kau!”


”Weyh! Weyh!” Amar gelabah biawak. Sekuat tenaga boxer yang dipakai digenggam. ”Am kau main kasar nih!”


”Lantak ar. Peduli apa aku! Hahaha!” Dah macam orang gila temannya itu mengilai. Tangan masih melekat pada boxer Amar.


”Giler kau Am! Lepas lah weyh!”


Tanak.”


”Aku report kat Salsabila kot.”


Go on. Aku tarak hal lah.”


”Am!!!”


”Hahaha!”


”Ehem.”


Pergelutan dua sahabat itu terhenti secara automatik. Amar pandang Izham. Izham pun pandang Amar. Dua pasang muka dah berubah cuak. Atuk kah itu?


”Kenapa bising-bising ni?”


Dua kepala serentak menoleh ke arah pintu. Amar terkulat-kulat. Kaki Izham disepak. ”Semua kau punya pasal ar.” Suaranya separuh berbisik.


”Asal aku pulak? Siapa suruh kau cari pasal?”Balas Izham sebelum berdiri membetulkan baju tidur yang tersarung ditubuh. Amar turut berdiri membetulkan boxer yang dah nak hampir terlondeh. Sumpah budak Izham ni memang gila! Boleh pulak main tarik boxer segala? Nasib baik aku berjaya halang. Kalau tidak...


”Atuk.. actually...” Terketar-ketar suara Izham bila panahan menikam mata Haji Rahim tepat pada muka dia. Alah atuk ni... Jangan la tenung macam tu. Dah lemah lutut dah ni.


”Atuk tanak dengar pape. Lima minit both of you mesti ada kat bilik solat!” Tegas Haji Rahim mengeluarkan arahan.


Bilik solat? Kening Amar bertaut. ”Buat apa atuk? Amar dah solat Isyak dah tadi.”


”Am pun. Baru je lepas solat sebelum datang sini.”


”Baca al-Quran dengan atuk.”


”Tapi malam ni bukan malam Jumaat pun.” Selit Izham pantas.


”Ada ke mana-mana Surah atau Hadith yang menyatakan hanya malam Jumaat saja kita kena baca al-Quran? Mana kamu belajar auta ni, Izham?”


Dush! Terasa muka dah dipanah petir. ”Baik atuk.” Perlahan Izham menutur.


Amar disebelah sedaya upaya tahan senyum. Padan muka kau Am! Kan dah kena panahan dahsyat Haji Rahim. Hahaha.


”Ingat! Five minutes only!” Pesan Haji Rahim sekali lagi sebelum dia berlalu pergi bersama tongkat kesayangan meninggalkan dua sahabat terkebil-kebil di situ.


”Weyh!” Kaki Amar disepak bila temannya itu dah mula ketawa mengekek. ”Kau gelakkan aku ye.”


”Padan la kau pun. Gaya soal atuk tadi macam kita tak pernah bacal al-Quran dengan beliau selain hari jumaat. Apa daa...”


”Kalau aku absent malam ni boleh?”


”Kalau betul kau buat, memang aku bangga gila ar dengan kau! Berani ke?”


”Kau jangan ingat aku tak berani. Aku buat betul karang kau nak kasi apa?”


”Amar! Izham! Two minutes only!”


Belum sempat Amar menjawab, suara Haji Rahim terlebih dahulu mencelah. ”Aku langsung tak nampak potensi yang kau boleh absent malam ni.” Sambungnya lagi diiringi ketawa seraya melangkah keluar dari bilik.


”Weyh! Kau nak ke mana?”


”Bilik solat la. Mana lagi?”


”Kau nak baca al-Quran pakai boxer?”


Spontan langkah Amar terhenti. ”Astaghfirullah~” Tiga kali dahi ditepuk.


***


”KAU asal?” Lissa yang baru keluar dari bilik air bertanya bila dilihatnya Aqilah leka merenung W595 yang berada diletak atas meja. Muka gadis itu nampak pelik. ”Siapa called tadi?”


Hanya deruan nafas yang kedengaran. Aqilah masih kaku ditempatnya.


Kain sembahyang yang tersangkut di belakang pintu dicapai dan disarung ke tubuh. ”Siapa yang buat kau mute sampai macam ni sekali?” Soalnya lagi bila Aqilah masih bersuara.


Sepi. Soalan Lissa dibiar sepi. Langsung tak sempat nak menjengah telinga.


”Qilah!”


”Apa-apa?” Tersentak dari lamunan. Fikiran yang melayang jauh kembali pulang bila terdengar hentakan kuat pada meja. ”Apa kau tanya Lissa?”


”Kau dah naik ke bulan ke?”


”Aah. Aku baru je balik dari holiday dengan Dr Sheikh Muzzaffar kat bulan. Rugi oow kau tak ikut.”


”Weyh! Serius nih!” Lissa yang dah sempurna berkain sembahyang berdiri di sebelah Aqilah. ”Asal kau termenung lain macam je ni? Tadi siapa?”


”Amar.”


”Oow.. Amar.” Kepala diangguk-angguk. ”Pardon!?” Soal Lissa laju bila otak dah betul-betul bergerak seiring dengan hati.


”Apa yang luar biasanya?”


Of course la luar biasa.” Lissa muka ceria. Bahu Aqilah dikuis. “Dia ajak kau keluar lagi ke?” Kening digerak-gerak. Bibir dah mengoyak senyuman nakal.


“Kau nak solat kan tadi? Pergi la solat. Berdosa weyh melengah-lengahkan solat.” Badan Lissa ditolak.


Sengaja Lissa mengkakukan tubuh ditempatnya berdiri. ”Cakap dulu asal dia called kau?”


Haisyh! Aqilah merengus. ”Dia tanya aku sihat ke tak.”


”Lagi?”


”Tengah buat apa?”


”Lagi?”


”Makan belum?”


”Lagi?”


”Makan apa?”


”Lagi-lagi?”


That’s all. Lepas tu, dia letak phone.”


”Tu je ke?”


”Yup.” Bersungguh-sungguh Aqilah mengangguk.


”Kau tak rasa pelik ke?” Lissa meletak jari telunjuk di hujung bibir. Buat gaya orang tengah berfikir.


”Apa yang peliknya?”


”Dia called semata-mata nak tanya kau benda-benda yang tak penting tu jek. Pelik kan?”


”Actually aku pun rasa pelik jugak ni.” Ujar Aqilah serayan menongkat dagu dengan tangan. Bibir bawah dijuih.


”Aku tau sebab apa.” Tingkah Lissa dengan lagak ceria.


”Kau jangan nak ngada-ngada erk.” Tajam dia merenung Lissa bila temannya itu dah tersengih nakal. Tu mula la tu nak melalut naik ke bulan.


”Kau tak rasa dia dah tangkap cintan dengan kau ke?”


Kan dah cakap... ”Ah! Tak ada-tak ada.” Cepat-cepat dia menjawab. That guy? Tangkap cintan dengan aku? Aku tak nampak pun. Gila ke apa baru je kenal dah nak tangkap cintan segala. Merepek sungguh si Lissa ni.


”Mana kau tau feeling dia.”


“Lissa, shut your voice please. And pergi solat.” Arah Aqilah yang dah mula sesak dada dengan telatah temannya itu.


“Yela-yela… Aku nak solat la ni.” Sejadah dihampar mengikut arah Kiblat.


Aqilah melepas nafas lega bila Lissa dah berdiri atas Sajadah. W595 kembali ditatap.


”Sebelum tu aku nak tanya.”


”Kau tak solat lagi?” Laju dia menoleh bila Lissa masih bersuara.


”Kau suka dia?”


”Lissa!”


Cepat-cepat dia terpacak diatas Sejadah sebelum melafazkan niat solat Isyak bila Aqilah sudah berdiri untuk menyerang.


Urghh!!! Selamat kau kali ni.

***************************************************************************************

Layannn~~~( *-V-*)V


16 comments:

  1. comei lah...cepat3 sambung ea...hehehe....

    ReplyDelete
  2. bru berkesempatan nk jenguk box ni..hihihi..
    tersangat best.. x menghampakan..
    tu jer yg boleh dikata..
    keep writing ea..
    sabar menunggu for next next next n nexxt n3..

    ReplyDelete
  3. hohoho..
    lawak la part ni...
    amar dah suke aqilah..
    bgus2...
    x sbr nk tngu n3 hehehhe...

    ReplyDelete
  4. haha..suka2..comel la izam n ammar 2..
    hakhak..
    keep it up..chayok!!

    hilma

    ReplyDelete
  5. hahaha..
    lawak la izham ngn amar..
    deorg sgt xbley blaa..
    cm budak2 pn ye..
    amar blushing??hehe..msty chomey..
    n3 pn pjg..best2..hehehe
    xsbr tggu nxt n3..
    cpt2 tau..ngEee

    ReplyDelete
  6. haha..
    nk gelak je bce pas bce cite yg watkan diri ini mengalirkan airmta tadi..
    ekekkekee..
    mekaseh kak zarith..
    muahahha..
    lawak arh si amar nieh..laki pon blushing smpai ttp muke..aisyyhh..
    tgh cube bygkan nieh..
    ekekekee..
    smbung cpt2 kak..

    ReplyDelete
  7. hahaha...ekekekke....
    memang klaka...
    da sengih sorg2kat dpn komputer nie..terus ilang tensi...

    ReplyDelete
  8. nk lagi...nk lagi....
    sweetttttt r amar n qilah...
    smbg cpt ckit ek...
    xsabo nihhh...;p

    ReplyDelete
  9. hehe...

    sweet...

    ~~sempat membace jg...


    cpt smbg..

    ReplyDelete
  10. cute jer amar ni...
    sambung lagi yer..

    ReplyDelete
  11. akak! sambung cepat ea?
    x saba doh ni..!
    heheh =)

    ReplyDelete
  12. ngahaha~
    siap hayun2 kaki lagi si Amar..
    adehh..

    ReplyDelete
  13. hahaha,,, rse x sabar nk abis kan cter nie,,,, sweet,,,
    cpat2 smbung aw!!!!

    ReplyDelete
  14. sweet giler..
    haiyolah amar ni, dulu xnk sgt..kn dh tangkp cintun dgn qilah...cmne nk usha blik lpas tnjuk bruk2 kt dia....

    ReplyDelete
  15. haha cm kitorang jep..tem nk elak kena tny killer soklan..hohohon thx zarith..bez sgt citer ni..asik gelak je laa..hahahah!!

    cm over jep,,hehe

    ReplyDelete

toucholic

toucholic

Hot N Cold

Hot N Cold
Apa yang terjadi bila air panas bertemu dengan ais cube?

sweet sours

sweet sours
friendship is a sweet relationship

Bila Amar Dah Suka Dia

Bila Amar Dah Suka Dia
Inilah jadinya bila Amar dah jatuh chenta