Chill Out ~~ ^_* (kalau tak suka lagu boleh stop kt atas ni)

new updated!


new n3 :-)

# Hot And Cold (Bab 5)
# Hot And Cold (Bab 4)
# Hot And Cold (Bab 3)

* my new email (YM, FB) :"carl_aryana89@yahoo.com"

(^__^)

(^__^)

Kalaulah Hot n Cold dapat peluang ke untuk ke versi cetak.. apa kata kalian?

Wednesday, December 2, 2009

Bila Amar Dah Suka Dia 9

LIMA tapak diatur ke kanan. Diam. Lima tapak lagi ke kiri. Pun diam. Amar gelabah. Muka resah ya amat. Sesekali dahi ditunjal-tunjal dengan jari telunjuk. Papan tanda ’EMERGENCY’ yang terpampang tiga meter di hadapan dikerling berkali-kali. Macam mana lah atuk kat dalam? Ya Allah, tolonglah selamatkan atuk. Kau panjangkan lah umur atuk. Sungguh aku tak sanggup kehilangan atuk. Rintihnya dalam hati.


Aqilah sejak tadi setia berdiri di sebelah. Mata dan hidung gadis itu sudah merah kerana menangis. Mukanya sembab. Amar turut merasa terharu dengan keadaan Aqilah. Jelas sekali gadis itu juga turut menyayangi Haji Rahim. Dia juga tidak mahu kehilangan orang tua itu seperti Amar. Dan paling mengejutkan Amar ialah Aqilah sanggu bersetuju dengan permintaan atuk untuk menjadi isterinya. Itu yang paling membuatkan Amar hampir putus nafas sebentar tadi.


Nafas dihela panjang. Entah kenapa hati aku kosong bila Aqilah sudi menjadi isteri aku? Langsung tak rasa teruja. Langsung tak rasa macam nak peluk Izham kuat-kuat. Langsung tak rasa nak jerit pada satu dunia yang aku akan dikahwinkan dengan dia. Langsung tak ada. Nothing. Izham yang tengah bersandar tenang di kerusi dipandang. Lelaki itu ligat bermain telefon. Siap senyum simpul lagi. Amar pelik. Perlahan-lahan Izham dihampiri. Kerusi kosong di sebelah temannya itu diduduk.


”Kau asal Am?”


”Apa?” Soal lelaki itu tanpa mengangkat wajah. Masih tekun pada skrin telefon.


”Atuk tengah tenat kat dalam boleh pulak kau happy macam ni?” Tangan disilang ke dada. Muka Izham direnung tepat.


”Dah tu kau nak suruh aku buat apa? Nangis macam Qilah?” Izham tayang muka tak ada perasaan. Kedudukan kaki dibetulkan. Kaki kiri diletak ke atas kaki kanan. ”Gaya macam atuk boleh sembuh terus jek kalau aku nangis.”


Biji mata Amar hampir tersembur keluar sebaik saja ayat terakhir Izham menusuk corong telinga. Serta merta dia rasa berang. Kuat bahu Izham ditumbuk. ”Sejak bila kau jadi selfish sampai macam ni? Kau apehal? Tak sayang atuk ke?”


Izham tepuk dahi dua kali sebelum menggelengkan kepala. ”Ada aku cakap tak sayang atuk ke?” Boleh pulak tuduh aku yang penuh dengan sikap penyayang macam tu? ”Hello buddy. Your atuk is my atuk too okey!” Izham tayang muka tak puas hati. “Sayang aku pada atuk sama macam kau jugak. Kau jangan cakap main bedal. Segarang-garang Haji Rahim, aku tetap sayang dia.”


“Dah tu asal aku tengok kau langsung tak sentap pun dengan keadaan atuk? Muka kau langsung tak nampak macam kau sedih. Risau, gelisah pun tak. Yang aku nampak sinar kebahagiaan berkilau-kilau kat muka kau bila mesej baru masuk. Macam bahagia je bila atuk sakit macam ni.” Omel Amar panjang lebar. Sungguh dia hairan dengan sikap tenang sahabatnya itu.


Izham pecah tawa lima saat sebelum kata-kata Amar dibalas. “Respon aku macam ni sebab…” ‘Pecah rahsia ni, pecah lah kepala kamu atuk kerjakan’. Gulpp! Terdiam terus bila ayat ugutan Haji Rahim sebentar tadi menerjah kepala otak. Izham kau tanak kepala pecah kan? So, watch your mouth!


“Sebab…?” Pintas Amar bila Izham tidak menyambung ayat seterusnya.

Adeh.... Nak kelentong apa ni Am? Kepala digaru-garu. Izham sudah terkulat-kulat. Otak ligat mencari idea. Ahah! Akhirnya dia tersenyum lebar bila idea dengan senang lenangnya menjenguk minda. ”Sebab aku yakin atuk akan okey.” Satu nafas dilepas bila satu kelentongan berjaya dicipta. ”So, no worry lorh.” Tangan menepuk-nepuk belakang Amar yang masih dengan muka sendu. ”InsyaAllah atuk selamat. Saja je atuk buat gimik tuh.” Ujarnya dengan nada memujuk. Hati gelisah Amar cuba ditenangkan.


”Hotak kau atuk buat gimik. Apa kau ingat atuk tak ada kerja lain ke nak buat gimik besar sampai macam ni? Kalau kau aku percaya sebab kau selalu buat benda yang tak masuk akal. Tapi bukan atuk.” Balas Amar seraya menjeling tajam Izham yang dah tersengih. Badan disandar ke dinding. Mata dipejam rapat. Muka atuk yang tengah tersenyum dan sesekali diselit dengan muka atuk yang tengah tercungap-cungap menarik nafas bermain di kepala. ”Atuk...” Serunya perlahan. Muka diraup dengan tangan. Hatinya tidak putus-putus mendoakan keselamatan Haji Rahim.


”Calm down... calm down...” Pujuk Izham lagi sambil menggosok kepala sahabatnya. ”Eh pergi solat jom? Dah masuk Asar ni.” Sambung Izham lagi selepas merenung jam di pergelangan tangan.


Amar hanya mengangguk sebelum berdiri. ”Awak nak pergi solat dengan kitorang?” Lembut nadanya bertanya pada Aqilah yang haya membisu sejak tadi.


Erk!? Tersentak dengan soalan itu. Aku sekarang Allah kasi cuti. Tapi takkan nak jawab aku uzur kot? Tak rasa malu ke?


”Aqilah...” Panggil Amar bila gadis itu hanya terdiam tanpa sebarang respon.


Akhirnya Aqilah hanya membalas dengan gelengan. Muka tertunduk rapat ke bawah.


”Haaa...” Terjah Izham tetiba. ”Tak boleh solat ye?” Usiknya sambil tersengih nakal. ”Tau... Orang perempuan kalau uzur mesti malu nak cakap. But it’s okay lorh. Kalau tak cakap pun kitorang kaum adam boleh baca air muka kaum hawa nih.”


Aqilah yang dah sedia dengan muka merah bertambah-tambah rona. Ada jugak rasa nak nak hentak kepala Izham dengan Ventillator Anesthesia yang ada kat hospital ni. Buat malu aku jek! Dah ar tengah sedih dengan keadaan atuk. Boleh lagi mamat ni buat lawak yang langsung tak kelakar.


Amar ikut tercengang dengan gurauan tak kena tempat yang dibuat oleh Izham itu. Kuat perut Izham disiku. Cepat-cepat tubuh lelaki itu ditarik menuju ke surau.


”Sakit lah bongek!” Rasa sengal pada perut digosok-gosok. ”Asal kau siku perut aku? Nasib baik tak terburai najis kat tengah lantai tadi.” Suka hati dia je nak bedal aku. Siku cap kayu ke apa budak nih. Gila perit!


“Padan lah dengan muka kau tuh! Suka sangat buat lawak bodoh. Kan dia dah malu.” Bebel Amar yang tidak setuju dengan tindakan Izham. Masih jelas terbayang muka merah Aqilah ketika diusik Izham.


Bibir bawah dijuih. ”Heleh! Kau sakit ke kalau dia malu?”


***

AQILAH melabuhkan punggung di atas kerusi. Fikiran serabut. Hati resah. Perasaan tak tenteram. Semua kerana memikirkan Haji Rahim yang sedang berada di dalam bilik kecemasan. Detik pertemuan kali pertama denga Haji Rahim mengimbau kembali.


”Fuh!” Satu keluhan dilepaskan. Pergerakan kaki masih tidak berhenti. Larian setempat masih dilakukan. Sesekali tuala kecil yang tersangkut di bahu diguna untuk mengesat peluh yang merembes di muka. ”Gila penat!”


Lissa yang tengah buat lompat bintang mencebik. ”Exersice sikit pun dah penat. Lemah betul kau, Qilah.” Sambung gadis itu dengan nada mengejek.


Persekitaran di tasik ketika itu sungguh mendamaikan walaupun agak gamat. Ditambah lagi dengan kehadiran para pengunjung yang turut datang dengan tujuan yang sama. Bersenam. Biasa lah, hujung minggu macam ni, ramai lah manusia kan? Ini lah masa sesuai untuk beriadah bersama keluarga, kawan-kawan dan juga kekasih hati. Boleh dikatakan setiap sudut di sekitar tasik dipenuhi dengan manusia.


”Eh Qilah!” Seru Lissa tetiba. ”Bos aku mesej nih.” Maklum gadis itu dengan mata melekat pada skrin telefon.


”Dia nak apa?”


”Beb, benci ar macam ni.” Lissa muka bengang,


“Apehal?”


“Aku kena pergi ofis sekarang.”


”Gila!”


”Sangat agree dengan compliment kau tuh. Memang gila!”


”Cuti kan hari ni.”


”Tu ar pasal. Tetiba jek ada yang tak kena dengan akaun company. So, nak tak nak aku kena turun padang jugak ar.”


”Tape ar. Kau pergi je la. Nama pun kerja kan.”


”Then kau?”


”Aku nak lepak sini kejap. Hirup udara yang segar bugar ni.”


”Hello... Kita datang dengan my car.”


Senyum lima saat. ”Don’t worry about me. Pandai-pandai ar aku balik karang.”


”Sungguh?” Lissa inginkan kepastian.


”Yup!”


”Okey, aku chaow dulu. Apapehal call okey!?” Pesan Lissa sebelum berlari meninggalkan Aqilah sendirian di situ.


Sepasang mata bulat menghantar Lissa hingga tubuh gadis itu hilang dari pandangan. ”Nasib kau lah Lissa. Cuti-cuti macam ni pun kena kerja.” Keluh Aqilah sambil tergeleng-geleng. Tudung botol mineral dibuka lalu dengan agak rakus air diteguk. Hausnya la…


”Ya Allah!”


Tegukan air mineral terhenti bila telinga menangkap satu suara. Kening kiri dan kanan hampir bertemu. Suara itu makin kuat kedengaran. Tanpa membuang masa kaki di atur kanan. Kepala disenget sedikit cuba mengintai tubuh yang tengah duduk membelakanginya di atas rumput di seberang pokok. Kelihatan seorang lelaki tua tengah mengerang kesakitan. Lelaki itu tengah memgang ibu jari kaki yang dipenuhi dengan darah. Serta merta Aqilah menerpa memainkan peranan.


”Pakcik... pak cik kenapa?” Sapanya bila lelaki tua itu didekati.


Lelaki itu mengangkat wajah. Muka Aqilah dipandang. ”Atuk tersepak batu.”


”Atuk boleh berdiri?” Terus panggilan dari pak cik berubah kepada atuk bila lelaki itu sendiri membahasakan diri dia, atuk. Tongkat yang tersadai tidak jauh dari mereka dicapai lalu disua kepada lelaki tua itu.


Kaki tongkat teguh dipacak ke tanah. Sedaya upaya dia cuba berdiri. “Allah...” Serunya perlahan.


Aqilah membantu menstabilkan tubuh tua itu. Lega hatinya bila si atuk masih mampu berdiri. “Kita ke klinik ye?”


Tangan kanan diangkat. Dia menggeleng tiga kali. ”Tak payah la kot. Sikit je ni.”


”Darah banyak yang keluar tu.” Kata Aqilah sambil merenung ke arah ibu jari yang masih disaluti darah.


“Tak apa. Atuk boleh sapu minyak kejap lagi.”


Mendengar jawapan muktamad dari lelaki tua itu, Aqilah hanya mengangguk. Dah orang tanak takkan nak paksa kot? “Eh, atuk datang dengan siapa?”


”Kawan saya, Pak Husin.”


”Mana dia?”


”Pergi toilet. Kejap lagi datang lah tu. Nama kamu siapa?” Ramah lelaki itu menyoal. Muka tenang si gadis yang bertentangan diannya dipandang.


”Saya Aqilah.” Dengan senang hati Aqilah memperkenalkan diri. ”Atuk?”


Tersenyum manis. ”Abdul Rahim. Tinggal kat mana?”


”Taman Bukit Mutiara.” Lembut suara itu menjawab. ”Atuk?”


“Dekat je. Kat taman belakang tasik ni.”


“Taman belakang ni?” Soal Aqilah dengan muka terkejut.


Haji Rahim mengangguk.


”Tempat kerja Qilah kat situ la.”


”Iye? Kamu kerja apa?”


”Cikgu kat tabika hujung taman tu.”


”Oh... cikgu ye. Dekat sangat dengan rumah atuk...”


Dan sejak saat itu lah dia mengenali Haji Rahim. Selepas peristiwa itu, mereka kerap bertemu. Haji Rahim berasa senang dengan dengan kehadiran Aqilah di dalam hidupnya. Baginya Aqilah merupakan seorang gadis yang cukup sempurna. Sopan santun, baik hati, hormat orang tua, pandai mengambil hati, penyayang dan macam –macam lagilah sifat positif yang ada pada cikgu tabika itu. Sebab itulah dia berhasrat untuk mengambil Aqilah sebagai isteri untuk cucu tunggalnya Amar. Dia percaya bahawa Amar akan bahagia bersama Aqilah.


”Hmmph...” Entah yang keberapa kali dia mengeluh. Fikiran melayang lagi untuk kali kedua


”Atuk ada cucu?” Sudah hampir lebih dari tiga kali mereka bertemu, inilah kali pertama Haji Rahim bercerita mengenai keluarganya kepada Aqilah. Dan kali pertama juga baru mendapat tau yang bahawa Haji Rahim mempuyai seorang cucu lelaki.


”Seorang. Amar nama dia.” Paip disedut dalam dan asap dihembus keluar. Mata meliar pada tasik yang tersergam indah. “Sekarang dia tak ada kat KL. Dia ke Kedah dua minggu uruskan business.”


”Oh...” Mulut berbentuk O. Telinga ditadah mendengar butiran selanjutnya yang keluar dari bibir itu. Pelbagai cerita tentang Amar yang dicerita kepadanya. Melalui penceritaan Haji Rahim, dia juga turut dimaklumkan tentang Izham, kawan baik Amar dan juga merupakan cucu angkat Haji Rahim. Secara tak langsung, Aqilah telah mengenali Amar walaupun mereka tidak pernah bertemu.


”Bertuah kan atuk ada cucu macam Amar.” Sela Aqilah setelah Haji Rahim selesai bercerita. Senyuman manis dilemparkan kepada si atuk.


“Atuk lagi bertuah kalau kamu sudi jadi cucu atuk.”


“Qilah memang dah anggap atuk macam atuk Qilah. Qilah bersyukur sangat dapat kenal Haji Rahim ni.” Seloroh gadis itu seraya menayang kedua-dua lesung pipit.


Senyuman berbalas. Nafas ditarik panjang. ”Qilah nak kahwin dengan Amar?”


Pecah tawa. Soalan Haji Rahim itu berjaya membuatkan hatinya geli. ”Ishy atuk ni. Ke situ pulak. Qilah tak layak jadi isteri Amar.”


”Siapa cakap tak layak?”


”Siapa-siapa pun.”


”Kamu tau, atuk dah tanam hasrat nak ambil kamu sebagai menantu. Isteri kepada Amar.” Lancar bibir itu menutarakan hasrat yang dah sekian lama terpendam.


”Hahaha!” Sekali lagi tawa pecah. ”Stop kidding la atuk. Jom kita pergi pekena teh tarik?” Ajak gadis itu sambil mencapai beg sandang yang tergantung di dahan pokok.


”Atuk serius ni!”


Mata terus belari ke wajah tua itu bila nada Haji Rahim tetiba bertukar tegas. ”Atuk.” Aqilah dah mula rasa tak sedap hati.


Tongkat ditarik rapat ke sisi. Dia berdiri. Mata bertentang mata. ” Weekend ni kamu ada date dengan Amar.”


”Hah!?” Mulut luas terbuka.


”Dia datang jemput kamu pukul 9.00 pagi.”


“Tapi atuk...”


Kepala Aqilah yang bersalut tudung disentuh lembut. “Dia cucu yang baik. Dan atuk yakin dia boleh menjadi suami yang baik.”


“Qilah...”


“Try first. Then baru lah kamu buat keputusan.”


Gulpp! Selamat dua kali air liur ditelan.


Muka diraup lemah. Nafas disedut dalam-dalam dan dilepas lembut. “Nur Aqilah... betul ke apa yang kau buat ni?”


***

WAJAH tenang milik Aqilah sesekali dikerling. Hampir tiga puluh minit mereka bertemu di Restoran Cinta Sayang ini, namun sepatah perkataan pun belum diucap. Masing-masing hanya mendiamkan diri.


”Bila nak pergi beli cincin?” Akhirnya suara yang mampu membuatkan Amar tak tidur malam menyapa telinga.


”Pardon?” Amar muka tak percaya. Betul ke tadi soalan yang terbit dari bibir dia?


”Lagi beberapa hari kita nak kahwin. Tapi cincin belum beli. Awak nak pergi beli bila?” Sekali lagi soalan yang sama maksud dilontar keluar walaupun rasa segan itu menebal. Boleh pulak anak dara yang tanya soalan macam tu? Dahsyat kau Aqilah.


Okey Amar, calm down. Mata dipejam dua saat. ”Perkahwinan ini tak akan berlangsung.”Putus Amar lancar.


Kali ini giliran Aqilah pula tunjuk muka terkejut. ”Sebab?” Separuh hati gembira ya amat dengan kata-kata itu. Tapi separuh lagi masih memikirkan perjanjian yang dibuat dengan Haji Rahim.


”Sebab awak tanak kan?”


Terdiam sekejap dengan pertanyaan spontan itu. Memang aku tanak. Tapi... ”Saya dah setuju dengan permintaan atuk, Amar.” Lemah suara itu menutur. ”Janji tetap janji.”


”Kalau dah tak ada feeling, hati dah kata tanak awak tak boleh teruskan perkahwinan ini.” Suara Amar meningkat satu level. ”C’mon Aqilah, jangan paksa diri awak. Awak ada hak untuk menentukan kebahagiaan awak. Saya tanak perkahwinan ini menghancurkan semua impian awak. Kita takkan bahagia kalau berkahwin hanya kerana satu janji.” Sangkal Amar panjang lebar.


Aqilah membisu. Kepala ditunduk ke bawah. Kedua-dua tangan digenggam. “Saya dah buat keputusan. Kita kahwin.”


Terasa jantung hampir melurut ke bawah. Amar tersentap. Aqilah direnung tanpa berkelip. ”A...awak... awak serius?”


” Saya tak akan main-main dengan perkara penting.”


”Tak menyesal?”


”InsyaAllah tak. Allah dah tunjukkan saya jalan ini. Tapi saya perlukan masa untuk terima perkahwinan ini. Saya harap awak faham.”


Hembus nafas. Pangkal hidung dipicit. ”Saya faham. Situasi kita sama. So... beli cincin jom?”


Senyuman cuba dilemparkan walaupun tak semanis mana. Ini jalan aku. Ini takdir aku. Aku terima dengan redha. ”Okey.”


***

BERITA HARIAN dilipat dua. Pantas Amar berdiri mendapatkan Haji Rahim yang sedang menuruni tangga. Lengan atuknya dipimpin. ”Asal atuk keluar bilik? Atuk kan lemah lagi ni. Rehat je kat dalam bilik. Kalau nak apa-apa, bagitahu Amar. Atuk tak payah susah-sudah turun macam ni.

Urghh! Bosan betul aku macam ni. Itu lah kau Rahim. Siapa suruh kau bohong cucu sendiri?Tak sakit buat-buat sakit. Sekarang siapa yang susah? Nak buat apa pun susah kalau dengan si Amar ni. Ada saja pantang larang. ”Dah kematu badan atuk asyik terlentang kat atas katil je. Sesekali nak jugak turun ambil angin kat bawah. Kamu tak payah risaukan atuk. Atuk dah okey ni.” Sudah berkali-kali dia cuba meyakini tentang kesihatannya yang dah stabil ketika ini. Namun cucunya masih berkeras menyuruh dia berehat. Lama-lama boleh hilang akal kalau macam ni lah punya gaya.

Tubuh si atuk diletak ke atas sofa. “Atuk lemah lagi ni. Amar risau kalau jadi macam hari tu.”


Merengus tak puas hati. “InsyaAllah tak jadi dah. Atuk okey ni. Kamu jangan lah risau sangat. Ni atuk nak tanya.”

“Apa atuk?” Amar duduk bertentangan dengan Haji Rahim.

”Persediaan untuk majlis Sabtu minggu depan macam mana?”

”Okey je.” Pendek jawapan yang diberi. Amar dah berubah riak. Tubuh disandar ke belakang. Macam tak percaya je lagi dua belas hari aku akan menjadi suami orang. Suami kepada gadis yang bernama Nur Aqilah Binti Azman. Suami kepada dia. Aku pun tak tau apa yang aku buat ni. Semuanya berlaku dalam sekelip mata. Semuanya kerana permintaan keramat atuk.

”Kamu okey ke kalau majlis pertunangan dengan akad nikah dibuat serentak?”


”Amar ikut je.” Kedua-dua tangan dibawa ke belakang leher. ”Atuk jangan risau, InsyaAllah semuanya akan berjalan dengan lancar.”

”Atuk pun harap macam tu.” Ujar Haji Rahim dengan harapan yang besar. Harapan semoga Amar dan Aqilah disatukan. Harapan ingin melihat kebahagiaan cucu tersayang. Wajah si cucu direnung dalam diam. Atuk minta maaf kalau atuk mendesak kamu Amar. Apa yang atuk buat ni adalah untuk kebahagiaan kamu. Atuk yakin Aqilah adalah kebahagiaan kamu. InsyaAllah.


***

”ARE you okay, buddy?” Soalan dilempar bersama tumbukan di bahu. Izham yang baru balik dari kerja terus mendapatkan Amar yang tengah melepak di gazebo. Muka sahabatnya itu nampak serabut.


”Alhamdulilllah, setakat ni aku tak rasa macam nak mati lagi.” Selamba jawapan itu dibalas. Kaki ditarik rapat ke dada. Kedua-dua lutut dipeluk. Kepala didongak ke atas merenung bulan yang tengah megah bersinar dengan cahaya. ”Lambat kau balik hari ni. Overtime ke?”


”Aah. Kerja banyak.” Ruang kosong disebelah Amar diisi. Siku kiri didarat ke atas bahu si sahabat. ”Kau tengah serabut ke?”


Tersenyum nipis dengan soalan dari teman yang paling memahami. ”Tipu lah kalau aku tengah bahagia tak ingat sekarang ni.”


”Patut lah muka macam cicak berak berlian jek. Seri bakal pengantin langsung tak nampak. Mana hilang?” Hati sahabat yang seorang ini cuba diselam. Walaupun dia tumpang gembira dengan perkahwinan Amar dengan Aqilah yang bakal berlangsung lusa, namun Izham turut tersentuh dengan perasaan serba salah Amar ketika ini. Dia tau, Amar berat hati untuk meneruskan perkahwinan disebabkan Aqilah. Kahwin hanya kerana satu janji? Kalau aku di tempat Amar, aku pun akan rasa perkara yang sama.


Ketawa kecil. ”Seri pengantin aku dah naik ke bulan. Susah nak turun balik.” Gurau Amar walaupun hati dengan berselirat dengan pelbagai rasa.


Izham tersenyum. ”Amar... Walaupun yang berlaku, aku tetap sokong kau. Sentiasa mendoakan kebahagiaan kau.” Tuturnya dari hati yang ikhlas.


Tersenyum lagi. Sedikit lebar dari tadi. Bahu Izham dirangkul kejap. ”Thanks buddy.”


“Tapi aku sedih ar.” Izham buat nada sayu. Bibir bawah dijuih.


“Asal?”


“Lepas lusa, aku mesti bujang sorang-sorang. Iye la... Kau dah nak jadi suami orang. Title bujang kau tinggal jauh-jauh. Lepas ni, kita dah tak boleh tidur satu katil. Aku pun dah tak boleh nak main tarik-tarik boxer kau. Dah tak ada geng nak lepak kat gazebo ni. Dah hilang tempat mengadu. Dah... ”


”Hahaha!” Amar picit perut. ”Gaya cakap macam aku nak fly jauh-jauh tinggal Malaysia jek. Weyh, lepas aku kahwin pun aku tetap aku okey! Tak adanya batas dalam persahabatn kita.”


”Mana la tau kot-kot lepas ni kau dah lupakan aku. Asyik berkepit je dengan isteri. Aku kan bujang. Tak ada teman.”


Rilex ar bai. Lepas ni kau dengan Salsabila pulak naik pelamin.”


”Itu pun kalau dia nak.”


”Kau tak cuba masuk line lagi ke?”


“Belum. Tengah mengayat ni.”


“Aku doa kau dapat.”


“Amin…” Kedua-dua tangan ditadah ke langit. “Amar, naik bilik kau jom?”


“Hmmph!” Amar tepuk dahi. Muka bosan dipamer. “Kau ni tak bosan ke asyik menatap baju pengantin aku?”


”Tak. Aku suka sebab warna dia cantik. Peach... my favourite colour tuh.”


“Haih… aku yang nak kahwin kau pulak yang excited ni apehal?”


“Ini lah yang dipanggil kawan sejati.”


“Ye ye je kau ni.”


***

“AKU terima nikahnya Nur Aqilah Bt Azman dengan mas kahwin RM80 tunai….” Hanya dengan sekali lafaz, hubungan antara Amar dan Aqilah menjadi sah. Aqilah selamat menjadi isteri Amar. Terpancar sinar kebahagiaan di wajah Haji Rahim dan juga Izham. Mak Su Ina dan Pak Su Aziz yang merupakan ibubapa Izham turut menadah tangan ke langit.


”Terima kasih, Amar.” Ucap Haji Rahim seraya menarik cucunya ke dalam pelukan. Amar hanya mengangguk sambil tersenyum.


”Bai, congratulation.” Dua tangan bertaut rapat sebelum Izham mendakap erat tubuh Amar. ”Semoga kau bahagia hingga ke akhir hayat.”


Thanks a lot.”


”Weyh, tunggu apa lagi? Jom sarung cincin.” Kalut Izham menarik lengan Amar menuju ke arah Aqilah yang sedang bersimpuh sopan tidak jauh dari mereka.


”Assalamualaikum...” Sapa Amar lembut bila mereka sudah bertentangan. Mutiara jernih yang galak mengalir di pipi gebu itu makin membuatkan Amar dihimpit perasaan.


”Waalaikumualam.” Jawab semua kepala yang berada di situ termasuk pengantin perempuan.


Perlahan-lahan Aqilah menghulurkan tangan kanan. Dan perlahan-lahan jugak Amar menyambut huluran itu. Sebentuk cincin emas bertatahkan berlian disarung ke jari manis milik gadis yang sudah bergelar isterinya. Dengan penuh kesopanan Aqilah tunduk mencium tangan si suami. Kemudian dagu Aqilah disentuh lembut. Satu kucupan melekat di dahi. Amar pejam mata. ”Ya Allah, kau berkatilah hubungan ini.” Bisiknya perlahan tapi masih boleh didengar oleh Aqilah.


Sekali lagi Aqilah mengalirkan mutiara indah.

*************************************************************************************

here new n3... mybe next n3 lmbat kot. zarith tengah bertapa dalam 'kepompong' final exam. *wish me gud luck ok*. buat n3 ni pun pakai main bedal jek. kalau x best tuh redah je la. heee.... thnks 4 ur reading... =)

16 comments:

  1. akhirnye kwin gak si amar ngn qilah...ske3x...gudd luck to zarith ye?

    ReplyDelete
  2. yeayyy..kawen..
    ngeeeee..semoga bahagia..
    huhu..

    ReplyDelete
  3. bestnyer.. x sabar nak tunggu sambungan seterusnya.. =)

    psst: Hi! Salam ziarah. Jom xchange link & sila komen entri blog saya di http://putraalmaliki.via.my/ . TQ.

    ReplyDelete
  4. yeee..amar dah kawen ngan qilah...hehehe...

    ReplyDelete
  5. yes2..deorg dh kwin..cayalah..

    ReplyDelete
  6. at last...
    kahwin jugak dorang ni.
    smbg2

    ReplyDelete
  7. cepat nya dah kahwin
    bawu nk feeling zaman bujang dpa

    uhuhu

    ReplyDelete
  8. hehehe.. best da kawen!
    yeay!!!
    sambunggg... x sabar dah ni!! :)
    gd luck for ur final exam.

    ReplyDelete
  9. kawin gak diorg yerk...
    2 pn sbb kne tipu dgn atuk n am..
    xpe yg pntg dh kawin kn..
    cinta blh dipupuk...

    ReplyDelete
  10. yeay, kawen gak . smbung cepat2 ye.

    ReplyDelete
  11. suker...suker..suker....
    all d best ye zarith for your exam...

    ReplyDelete
  12. aaaaa..best nyer cite nie...
    nak lagi2...hehe
    apa khabar ngan cite hot and cold..dah lame tak dgr..
    sob2

    ReplyDelete
  13. kawen sudah
    semoga bahagia menemani mereka
    -na'dz

    ReplyDelete

toucholic

toucholic

Hot N Cold

Hot N Cold
Apa yang terjadi bila air panas bertemu dengan ais cube?

sweet sours

sweet sours
friendship is a sweet relationship

Bila Amar Dah Suka Dia

Bila Amar Dah Suka Dia
Inilah jadinya bila Amar dah jatuh chenta