Chill Out ~~ ^_* (kalau tak suka lagu boleh stop kt atas ni)

new updated!


new n3 :-)

# Hot And Cold (Bab 5)
# Hot And Cold (Bab 4)
# Hot And Cold (Bab 3)

* my new email (YM, FB) :"carl_aryana89@yahoo.com"

(^__^)

(^__^)

Kalaulah Hot n Cold dapat peluang ke untuk ke versi cetak.. apa kata kalian?

Thursday, September 17, 2009

Cerpen :- Dalam 1 hari aku jatuh cinta???

YANA, apa ciri-ciri lelaki idaman kau?” Ju yang tengah memintal-mintal rambut dengan jari telunjuk bertanya. Ceh! Nak buat gaya menggoda la konon.


Senyap. Taknak kasi sebarang jawapan. Budak Ju ni bukan boleh dilayan. Helaian seterusnya dibuka.


“Yana, kau nak pakwe yang macam mana?” Sekali lagi soalan yang sama maksud dilempar.


Diam lagi. Angguk tak. Geleng pun tak. Mute terus.


“Yana!” Ju dah mula bengang. Hisyh! Member aku ni la… Kalau buka topik pasal makhluk bertentangan jantina, terus buat dek. Buat-buat tak dengar. Apa kes?


Fazliyana masih lagi dengan gaya yang sama. Langsung tak kasi sebarang respon. Lagi sekali helaian seterusnya diselak.


Bukk!!! Terdorong ke belakang sekejap dengan balingan bantal tidur yang mendarat betul-betul di muka. Fadzliyana bengang. Komik Slam Dunk yang dibacanya dilempar ke sebelah. “Ju!!!” Juwairyah a.k.a Ju yang dah pecut seribu meter ke luar bilik dikejar.


“Hahaha!” Seluruh blok bergema dengan hilai ketawa gadis yang sinonim dengan gelaran ‘vampire mengilai’ itu. Aras bawah dituju. “Padan muka.” Ju bersorak riang sambil meniti menuruni anak tangga.


Lagi la Fazliyana bengang. “Kau asal kaco aku? Tak nampak ke aku tengah fokus baca Slam Dunk?” Soalnya sambil pamer muka marah. Actually, buat-buat marah.


“Saje. Sape suruh kau buat dek je time aku tanya tadi?” Jawab Ju dengan muka tak bersalahnya.


“Kau tanya soalan yang ntah pape. Takde selera aku nak jawab.” Ujar Fazliyana seraya menjuih bibir. Lagi-lagi soalan yang sama! Lagi-lagi soalan yang sama! Alahai bohsannya telinga aku dok dengar.


“Mana boleh macam tu.” Ju yang dah berada di anak tangga paling bawah menoleh mendongak pandang Fazliyana yang berdiri di tengah-tengah tangga.


“Asal tak boleh pulak?”


“Setiap pompuan mesti ada tanam impian nak cari lelaki idaman. And lelaki pun mesti ada niat nak cari pompuan idaman. Budak-budak kecik pun dah pandai. Nak cari putera raja la, puteri la, permaisuri la....” Mulut Ju terkumat-kamit mengeluarkan ayat. “Inikan pulak kau yang dah besar gedabak macam ni. Takkan lah takde.” Sambungnya lagi sambil mengurut-urut dagu. Sungguh! Sungguh aku pelik dengan member aku yang sorang ni. Rupa ada. Lawa, comel, cun. Tapi feeling takde ke? Ramai laki yang cuba datang dekat, tapi awal-awal lagi dia tolak. Tolak mentah-mentah pulak tu. Siap dengan ayat-ayat power lagi. Sorry lah kepada sesape yang pernah kena. Yana memang macam ni.


Sepi lima saat. Tangan disilang ke dada. Otak memikirkan kata-kata Ju. Aku Yana. Aku pompuan. Aku ada feeling. Aku pun manusia. Bohong la kalau aku takde ciri-ciri lelaki idaman. Cuma… Cuma…”Ah! Malas ar nak pikir. Semua tu rubbish je.”


Terjegil biji mata Ju setelah mendengar perkataan ‘rubbish’ yang lancar keluar dari bibir mungil itu. “Rubbish!?” Tiga kali dia menggeleng. Geleng kesal. “Yana, kau tak boleh samakan lelaki lain dengan your…”


“He’s not my father!” Lebih pantas dari kilat kata-kata Ju dipintas. Muka dah berubah masam.


Yana…” Kaki diatur semula meniti anak tangga menuju ke arah Fazliyana.


“Enough! Aku taknak dengar pape lagi dah!” Bentaknya tetiba. Tangan kanan diangkat mengisyaratkan supaya Ju tak lagi menyambung topik pasal papanya.


Yana…”


“Aku nak mandi!” Laju kaki dipecut menuju ke bilik meninggalkan Ju yang terkial-kial. Kata-kata Ju dibiar sepi. Malas nak dengar. Malas nak fikir. Malas nak amek tau! Buang masa jek! Pintu bilik dikuak kasar. Katil diterpa. Bumm!! Dengan sekuat mungkin tubuh dihempas ke atas katil. Tetiba, tanpa diundang wajah seorang lelaki yang berumur lewat 40-an menjenguk ruang minda. “Papa…” Dia mengeluh lemah. Wajah Encik Fazli bermain diruang mata.


“Papa mintak maaf.” Satu suara memecah sepi diruang tamu.


Tiga lagi kepala yang berada di situ bertindak sebagai pendengar. Semua tunduk memandang lantai.


“Papa pilih dia?” Lambat-lambat Fazliyana menyoal. Tangan ibunya disebelah digenggam. Puan Wahidah sejak tadi tak mengeluarkan sebarang suara. Hanya air mata yang setia mengalir.


Diam sepuluh saat. Akhirnya Encik Fazli mengangguk. “Minggu depan kitorang nak kahwin.”


“Kahwin!?” Ternganga Fazril yang berada di sebelah kanan Puan Wahidah. Pengakuan papa mereka itu betul-betul diluar dugaan.


“Papa!” Mendengar kata-kata itu, Fazliyana terus jadi lemah. Genggaman tangan ibunya yang semakin kuat menambahkan lagi sebak di dada.


“Lepas kahwin papa akan ikut mama kamu sambung belajar di UK.”


“She’s not our mama!” Serentak Fadzliyana dan Fazril bersuara lantang.


“Yana! Aril! Behave!” Tengkingan bergema di seluruh banglo. Encik Fazli mencerun merenung keda-dua orang anaknya itu.


“Papa nak tinggalkan kitorang ke?” Fazliyana memberanikan diri menyoal.


Encik Fazli tak terus menjawab. Dia menyepi sepuluh saat. “ Papa sayang dia.”


Fadzliyana terasa genggaman tangan ibunya terburai. Puan Wahidah berdiri. “Kalau inilah keputusan abang… “Air mata semakin laju. “…Idah redha.” Hati semakin pedih bila suami yang disayangi selama ini meluah cinta dan sayang pada pompuan lain secara berdepan. Luka hati sangat dasyat. Hanya Allah saja yang Maha Mengetahui.


ibu…” Air mata yang ditahan sejak tadi akhirnya terburai. Dia turut merasakan perkara yang sama. Tubuh Puan Wahidah dipeluk. Erat.


“Idah redha, bang. Tapi satu je yang Idah nak mintak. Tolong jangan pergi, bang. Tak kesian ke kat anak-anak kita? Diorang masih perlukan abang.” Tersedu-sedu wanita itu menutur. Lengan suaminya disentuh lembut.


“Abang pergi tak lama. Tiga tahun je. Dalam masa tiga tahun tu abang akan selalu balik sini, contact kamu. Don’t worry.” Tanpa sekelumit rasa bersalah lelaki itu bersuara. Dia masih mampu tersenyum.


Kedua-dua tangan digenggam. Fazliyana tarik nafas panjang. Hembus.. Apa nak jadi pun jadi lah. “Yana nak mintak tolong papa.”


“Apa sayang?” Mata sembab anak gadisnya itu dipandang.


“Tolong lepaskan ibu.”

“Yana!” Serentak Encik Fazli dan Puan Mawardah menjerit. Langsung tak menduga anak gadis mereka sanggup mengutarakan permintaan macam tu.


“Ibu…” Puan Wahidah dihampiri. Lengan wanita itu digosok-gosok. “Ma sanggup ke kongsi kasih dengan orang lain? Orang yang kita langsung tak kenal?”


“Yana!” Sekali lagi jeritan Encik Fazli bergema.


“Papa dah tak sayang kita lagi, ma. Buat apa mama nak tunggu? Yana tak sanggup tengok mama terseksa macam ni. Pleasa bu… mintak cerai.”


Pang!!! Tetiba Fazliyana terasa tubuhnya bergegar. Sel-sel otak dah berselirat lintang pukang. Pipi rasa perit. Tergamam sekejap dia dengan tamparan yang tak terduga dari Encik Fazli. Puan Wahidah dan Fazril turut tergamam dengan incident itu.


“Kurang ajar!” Mata Fazliyana direnung tajam. Muka lelaki itu nampak bengang. Bengis! “Kau memang dah melampau, Yana!”


Pipi disentuh. Air mata semakin galak mengalir. “Papa tampar Yana?” Soalnya dengan suara terketar-ketar. Papa? Tampar aku? Dia dah mula teresak-esak. Sungguh tak percaya. Sebelum ni Encik Fazli tak pernah mengangkat tangan kepada anak-anak. Tinggikan suara pun tak. Tapi sekarang???


“Abang, kenapa pukul Yana?” Lemah suara Puan Wahidah bertanya. Lelaki yang dikenali dengan sikap tenang, penyabar, penyayang selama ini telah berubah dalam sekelip mata. Semuanya hanya kerana sorang perempuan yang entah dai mana muncul. Dengan semudah itu je dia meragut kebahagian mereka sekeluarga.


“Awak tak dengar ke apa yang dia cakap tadi?” Lantang Encik Fazli menyoal isterinya.


Air mata dikesat. Pipi Fazliyana dielus lembut. “Tapi abang tak boleh pukul dia macam ni. Abang dah berubah. Banyak dah berubah!”


“Saya tak berubah!” Balas lelaki itu dengan nada yang lagi tinggi. “Anak kesayangan awak tu ni yang dah melampau. Makin besar makin kurang ajar. Papa sendiri pun dah tak tau nak hormat!”


“Yana jadi macam ni sebab papa jugak!” Bangkang gadis itu tetiba. Suaranya sedikit mendatar. “Kalau papa keluar dari sini, anggap je lepas ni papa tak pernah ada anak pompuan! Jangan balik cari kami lagi!” Dengan ayat itu laju Fazliyana berlari meninggalkan ruang tamu.


Muka disembam ke tilam. Kepala disentuh. Selalu saja air mata merembes keluar bila kenangan pahit itu menerjah di ingatan. “Papa…” Sekali lagi dia menyeru.


“I never thought that I was so blind…I can finally see the truth…It’s me for you…tonight you can’t…” Tetiba Sony Ericsson K800i yang berada di atas meja lappy memekak lagu I wanna – All American Rejects. Fazliyana bengun mencapai handphone. Butang ‘Answer’ ditekan sebelum dirapatkan ke telinga. “Hello, Bu. What’s up huh?”


“Amal Fazliyana!!!” Tu dia… Bergegar gegendang telinga diterpa dengan jeritan berbaur amaran dari si ibu.


“Hahaha!” Pecah tawa. Ibu ni la… “Assalamualaikum, bu.” Kesalahan dah dibetulkan. Suka je rasa bila dapat buat ibu bengang.


“Haa.. baru la sejuk hati ibu ni. Waalaikumusalam…” Lembut suara itu menjawab salam diseberang talian. “Kamu tengah buat apa tuh?”


“Cakap dengan ibu la.”


“Ish budak ni.” Dia tergeleng-geleng. Anak aku ni la… “Maksud ibu sebelum ibu call kamu buat apa? Baca komik lagi?”


Sengih. Kepala diangguk laju. “Ibu ni macam tau-tau je erk. Yana tengah layan Slam Dunk, bu. Best oow…”


“Takde maknanya ibu nak baca. Ibu bukan otak kartun macam kamu.” Tergelak kecil. Faham benar dia dengan hobi Fazliyana yang agak kebudak-budakkan even umo dah masuk 21 tahun.


Fazliyana ikut tergelak. “Well… you know me better, bu. That’s whay I loves you.”


“Yela tu. Eh weekend ni kamu balik rumah tak?”


“InsyaAllah. Kenapa, bu? Nak ajak Yana teman shopping ke?Adeh bu…” Dahi dipicit-picit. Dia dah mula susah hati. “Kalau sebab tu… awal-awal Yana mintak ampun. Taknak la bu. Penat…” Keluhnya lemah. Ibu, kalau shopping, bukan sejam… bukan dua jam. Tiga empat jam dia redah. Semua kedai kat shopping mall tu ibu nak terjah. Yang jadi mangsa sape? Of course la aku. Aril sungguh bernasib baik coz dia study kat seberang laut nuh. Memang bahagia la. Huhuhu…


“Ish kamu ni… Asal ibu tanya balik rumah ke tak itu je yang timbul kat kepala otak kamu. Kamu ingat ibu ni takde kerja lain ke selain shopping?” Omel wanita itu. Dia tergeleng-geleng.


Erk? Kening bertaut. “Dah tu?” Apa pulak program ibu minggu ni?


“Temankan ibu ke JB?”


Kali kedua kening bertaut. “Buat apa?”


“Kawan lama ibu.. Dia buat kenduri kahwin her daughter. Dia jemput kita. Eh kamu ingat lagi tak Acik Nani?”


“Acik Nani?”


“Dulu kan family diorang tinggal kat sebelah rumah kita.”


Sel-sel otak bergerak. Berfikir sekejap. “Sorry bu. Tak dapat ingat lorh.”


“Alaa kamu ni… Yang kecik-kecik dulu dia selalu dukung kamu. Main-main dengan kamu. Suka usik-usik telinga kamu. Time tu umo kamu kecik lagi.” Sungguh-sungguh Puan Wahida bercerita. Dengan penuh bersemangat pulak tu.


Erk? Ibu ni... dah nama pun kecik lagi. Siap boleh main dukung-dukung pulak tu. Main telinga segala. Of course la aku tak ingat. “ Serius bu… Yana tak ingat.”


Kedengaran helaan nafas hujung sana. “Takpe la kalau tak ingat. Nanti kalau pergi sana kamu ingat la kot. Balik ye? Temankan ibu.”


“InsyaAllah Yana balik. Lagipun next week Yana takde program. Kuiz dengan assignment pun baru je hantar semalam.”


“Cun sangat la macam tu. Kamu tak perlu nak kalut-kalut balik siapkan kerja kamu. How’s your study, dear? Ok or not so okay?” Soal Puan Wahidah. Perkembangan anak-anaknya selalu diikut. Langsung tak terlepas dari tanggungjawab sebagai seorang ibu yang penyayang dan bertanggungjawab. Dalam satu minggu mesti wajib tiga empat kali anak-anaknya dihubungi untuk bertanya khabar. Maklumlah… Masing-masing duduk jauh dari dia. Fazliyana kat UTP Perak. Fazril lagilah jauh. Sydney sana nuh. Tinggal la dia keseorangan di rumah. Ada suami, dah lama tak dengar berita. Contact pun setahun sekali. Hanya duit nafkah je yang dimasuk ke dalam akaun tiap-tiap bulan.


“Alhamdulillah. So far so good. Aril camne, bu?”


“Dia pun ok. Cuma tengah serabut dengan exam. Kamu ada call dia tak?”


“Ada. Dua malam lepas. Dia cakap rindu kat kita sangat-sangat.” Muka Fazril terbayang di mata. Aril. Akak pun rindu kau. Huhuhu.


Seyuman dikupas. Manis. “Raya nanti InsyaAllah dia balik sini. Eh dah la. Ibu ada keja sikit. Nak tanam pokok orkid yang ibu baru beli pagi tadi. Kamu pergi sambung kerja kamu. Take care. Jangan tinggal solat. Selalu rapatkan diri dengan al-Quran tau.” Pesannya panjang lebar. Dari kecik anak-anak dia diajar dengan ilmu agama. Untuk bekalan di dunia dan akhirat.


Yes madam. I will. Don’t worry lorh. Anakmu ini adalah sorang yang baik. Ibu takyah la risau pasal Yana. Yana boleh jaga diri. Ibu tu yang kena take care.” Nasihatnya semula kepada si ibu. Sape tak risau bila terkenang ibu yang kesorangan di rumah? Risau oww. Sebab tu lah hampir setiap minggu Fazliyana balik menjenguk ibunya dirumah.


“Ok sayang. InsyaAllah. Balik tau minggu ni.”


“Okay-okay.” Terangguk-angguk. “InsyaAllah…”

***


“HMMPH…” Entah yang keberapa kali keluhan terbit dari bibir mungil itu. Crowdednya tempat ni. Entah dari sudut bumi mana hala makhluk-makhluk ni muncul? Ramai semacam jek. Ibu pun hilang tetiba. Anak orang yang kahwin tapi dia sibuk mengalahkan kenduri anak sendiri pulak. Dagu ditongkat dengan tangan kanan. Mata meliar ke sekeliling banglo tiga tingkat itu. Orang ramai berpusu-pusu menyesakkan keadaan. Riuh rendah suasana di situ. Fazliyana membawa diri ke hujung halaman banglo. Kerusi batu ditepi kolam ikan diduduk. Muka bosan jelas kelihatan. Handphone ditangan dipusing-pusing. Sesekali hujung kakinya disua ke dalam kolam. Air dikocak-kocak dengan ibu jari. Ikan-ikan yang megah berenang disitu makin galak menayang aksi bila Fazliyana melayan kerenah mereka. Makin laju kaki dikocak mengikut rentak-rentak para ikan yang terdiri dari segala jenis dan saiz itu. Senyuman ceria dikupas. “Ikan oh ikan.” Panggilnya dengan suara halus.


“Buat apa tu!?” Satu suara yang muncul dari rimbunan pokok bunga di seberang kolam menyapa. Kasar je bunyi.


Laju muka dipanggung ke depan. Kaki diangkat semula naik ke darat. Sandal yang terdampar di tepi kolam disarung. Sesusuk tubuh yang terpacak diseberang sana ditenung. Muka nampak serius. Secalit senyuman langsung tak kelihatan. Mana timbul pulak mamat ni? Tetiba je sergah. Kasar pulak tu. Apa kes?


“Takde akal ke?” Peluk tubuh. Mata Fazliyana direnung dengan pandangan menikam.


“Apsal pulak?” Soal gadis itu dengan dahi berkerut. Gaya macam nak cari pasal jek!


“Tak nampak ke kat dalam kolam tu ada ikan?” Dengan nada mendatar dia bertanya.


“Nampak.” Tenang Fazliyana menjawab.


“Dah tu?” Kening kiri terjungkit.


Merengus kasar. Fazliyana ketap bibir bawah. Rasa bengang dah bertandang. “What’s your probs huh? Tetiba je tak puas hati dengan aku. Kau sape?”


Agak tersentak lelaki itu dengan sergahan gadis itu.“Kau peduli apa sape aku? Yang kau kena peduli pasal perbuatan tak bermoral kau kat ikan-ikan ni.” Laju jari telunjuk dituding ke arah kolam.


Erk!? Mulut separuh ternganga. “Tak bermoral?”


Gadis itu dijeling sekilas sebelum mata dibawa lari ke arah lain. “Kalau apa-apa jadi kat ikan-ikan dalam kolam ni… Nahas kau!” Tegas dia bersuara. “Entah-entah kaki ada racun tikus ke apa tetiba je letak dalam kolam. Kalau ikan-ikan ni mati kau nak bertanggungjawab ke?”


Ayat-ayat terakhir dari lelaki yang segak berbaju melayu warna kelabu dengan lengan yang diselingsing ke atas siku membuatkan Fazliyana tercengang. Aku dah dapat tangkap! “Hellehhh!” Mencebik. Gaya macam kaki aku ni supply bakteria yang paling digeruni je. “Hoi!” Jari dipetik. “Kaki aku bersih tau. Ada daulat lagi tuh. Takdenya ikan-ikan ni nak mampus.” Mata bertentang mata. “Lagak macam lah kau tuan rumah ni.”


Whatever.” Muka bosan ditayang. “Behave!” Sempat dia berpesan sebelum menoleh ke membelakangi Fazliyana.


Tercengang sekejap Fazliyana dengan amaran yang diterima. “Weyh! Kau ingat aku takut ke hah? Blah ar! Kalau ikan-ikan ni mati apa kau fikir aku tak mampu nak gantikan ke?” Haisyh! Hujung tudung dipintal-pintal. Bayang lelaki tadi hilang di dalam rimbunan manusia yang berada di situ. Dia geram. Dia bengang. Dia sakit hati. Pada mamat yang langsung dia tak kenal. Tetiba je muncul cari pasal. Apehal?


***


“SELESAI sudah majlis bersanding, kini tiba acara amek gambar dengan kaum famili. Amat gamat suasana ketika itu. Masing-masing bersesak-sesak untuk menginterframe. Bermacam-macam telatah dan ragam yang boleh dilihat. Ada yang senyum ceria, ada yang cuma tersenyum nipis, ada yang yang bersorak riang dan ada jugak yang hanya tayang muka straight. Tu confirm kena paksa datang kenduri. Pasangan pengantin pulak? Of course la nampak ceria semedang. Sape tak bahagia di hari perkahwinan? Tengok la Kak Neli tu asyik tersenyum je dari tadi. Suami dia kat sebelah pun tak jemu-jemu tunjuk gigi. Ya Allah… Semoga jodoh mereka berkekalan sehingga ke anak cucu cicit.Amin…Yana, kau bila lagi? Soal hatinya sendiri. Ewah! I’m only 21 okay! Dia tersenyum. “Huh!?” Kening kanan dan kiri hampir bertemu bila terpadang Acik Nani sedang melambai-lambai tangan ke arah dia. Fazliyana buat muka mengisyaratkan ‘ada apa Acik?’. Namu wanita itu masih menreuskan lambaian. Baru je kaki kanan mula nak mengorak langkah tetiba Fazliyana terasa bahunya dilanggar. Kasar! Terdorong sekejap dia ke depan. Cepat-cepat dia berpaut pada sesuatu untuk mengelak dari tersembam ke lantai. Kuat ‘benda’ itu digenggam. Kejap.


“Nak tunggu tangan aku lumpuh dulu ke baru nak lepas?”


Nyittttt!!! Berdesing telinga mendengar sindiran itu. Diam sekejap. Berfikir sejenak. Macam pernah dengar la suara ni tapi…


“Let me go please. Tolonglah jangan nak buat drama Hindustan kat sini. Takde orang nak tengok pun.”


Tangan insan itu dilepas pantas. Kepala dipanggung mencari sepasang mata redup yang tengah merenung dia dengan pandangan tak puas hati. Dah agak dah! Dia menghela nafas. “Kau buta ke apa? Tak nampak ke aku yang besar plus gah terpacak kat sini lagi mau langgar.”


“Yang kau pergi tayang muka kat tengah jalan macam ni sape suruh? Salah sendiri ar.” Balas lelaki itu dengan muka innocent.


Budak ni la… “Kau ada mata kan? Kau ada akal kan? Kau ada je jalan lain yang kau boleh redah. Asal sini jugak yang kau nak menempek?” Mana la datangnya manusia macam ni? Kerek ya amat. Terjun dari satelit ke???


“Kiranya kau nak salahkan aku la ni ye?” Suara lelaki itu dah mula bertambah satu level.


Indeed!” Balas Fazliyana tak mahu mengalah. Lagi tajam lelaki itu merenung dia lagi berani dia melawan. Apa kau fikir kau hebat sangat?


Terdengar dia merengus kasar. “Suka hati kau la. Aku malas nak layan orang tak cukup zat macam kau. Sangat malas. So, excuse me. Tolong blah ke tepi sekejap wahai budak kerdil. Aku nak lalu.” Tangan dikibas ke kiri kanan mengisyaratkan supaya Fazliyana memberi ruang kepadanya.


Terbuntang luas mata sepasang mata bundar itu bila mendapat nickname baru. Budak kerdil?


“Asal buat muka macam orang kena paksa makan daging gajah je ni? Terkejut ke?” Lelaki itu mengoyak senyum sinis. “ Yeah… You’re budak kerdil.”


“Weyh!” Bengang Fazliyana dah bertambah lagi satu baton. “Kau ingat kau tinggi, besar hebat sangat ke hah? Sekerdil-kerdil aku ni sama paras dengan bahu kau je. 158 cm… Ok la tu. Kalau nak jadi model pun lepas la weyh.”


“Model apa? Model celup kaki yang ada berguni-guni bakteria dalam kolam ikan?”


Dush! Terasa macam lori sampah menghentak kepala dengan sindiran yang diterima dari mulut berbisa lelaki itu. Mata dah mula merah menahan amarah. Dia ni la…


“Qayyum!” Satu suara yang masuk menyelit antara peperangan panas dua makhluk itu. Dua kepala serentak menoleh ke kanan.


“Umi.” Suara kasar tadi berubah lembut hanya dalam sekelip mata. Muka yang bengis terus nampak ceria dengan senyuman.


Terpana sekejap Fazliyana setelah melihat lesung pipit dalam dikedua-dua belah pipi lelaki yang kini dianggap musuh. Tau pulak dia senyum. Tapi… Umi!? Mata menala pada Acik Nani di sebelah. Umi? Mulut separuh ternganga.


“Hai Yana.” Sapa wanita itu bersama senyuman manis dibibir. Bahu Fazliyana disentuh lembut.


“Hai Acik Nani.” Balas gadis itu. Senyuman dikoyak.


“Haa… Nampaknya dua sahabat yang lama terpisah kini bertemu kembali. Amacam? Suka bila kamu berdua dapat berjumpa semula?” Acik Nani angkat kening dua kali. Muka Qayyum dan Fazliyana dipandang silih berganti.


Kata-kata wanita itu mampu membuatkan Fazliyana dan Qayyum tercengang. “Sahabat!?” Dua suara bergabung.


“Debab!?” Qayyum tuding muka Fazliyana.


“Ranting!?” Fazliyana tuding muka Qayyum.


Dua saat kemudian, masing-masing mute dengan otak yang ligat berfikir. Mata bertentang mata. Dua hati berbicara sendiri.


Ini ke Debab member yang selalu main panjat-panjat pokok dengan aku dulu-dulu?


Ini ke Ranting yang selalu aku buli time kecik-kecik dulu?


Takkan lah si Debab yang berat berat 20 kg masa umur 5 tahun dulu berubah jadi solid macam ni?


Takkan lah si Ranting yang sangat kurus kering masa kecik dulu berubah jadi tough macam ni?


Mana muka comot kau?


Mana rambut skema kau?


Mana gigi buruk kau?


Mana hidung kau yang berhingus dulu-dulu?


“Cup!” Sergah Acik Nani bila dua manusia itu leka merenung muka masing-masing. Sepatah suara pun tak dikeluarkan. Hanya mata je yang mainkan peranan. “Amboi, mentang-mentanglah dapat berdiri secara berdepan macam ni, main-main mata pulak.”Ucapnya sambil tersengih menyakat. “Eh Qayyum.” Lengan anak lelakinya itu dikuis. “Tolong pergi kedai. Gula, beras dengan sirap dah habis lorh. Malam karang ada tetamu lagi yang nak datang.”


No hal la, mi.” Thumbs up ditayang. “Lagi?” Soalnya sambil tersenyum senang pada ibu tersayang. Fazliyana yang leka merenungnya di sebelah diabaikan.


Sungguh! Aku tak dapat terima lagi yang this guy yang gila kerek dengan my bestfriend time zaman hingusan dulu adalah orang yang sama. Unbelievable!


“Haaa…” Acik Nani tepuk dahi. Beli milo, teh, kopi sekali. Lepas tu umi nak mintak kamu belikan umi sabun cuci pinggan. Lagi…”


“Whoaa… Stop stop.” Pintas Qayyum laju. Tangan kanan diangkat.


Terdiam dua saat wanita itu bila kata-katanya disela. “Kenapa?”


“Banyak tu umi.” Qayyum buat muka terkejut. “Jenuh la Qayyum nak ingat. Dah tu nak kena pergi beli satu-satu barang. Kena mancari lagi. Umi bukan tak tau yang Qayyum memang tak suka shopping kan? Especially shopping barang dapur.”


Melihat riaksi agak mengada-ngada lelaki itu membuatkan Fazliyana mencebik meluat. Manja betul. Mintak tolong beli sikit barang pun nak merungut ke? Ntah pape.


“Umi ikut sekali?”


“Uih cannot la. Takkan umi nak tinggalkan rumah pulak? Kamu jangan lupa yang hari ni kan kenduri kahwin kakak kamu. Jangan nak buat pasal.” Ucap wanita itu dengan tone tegas. Ada ke patut anak aku ni. Tetiba sesuatu melintas di kepala. Fazliyana yang hanya bertindak sebagai pemerhati dikerling. Senyuman terkupas. “Yana.”


“Ye Acik.” Lembut suara itu menyahut.


“Tolong Acik boleh?”


Senyum.“My pleasure.”


“Temankan Qayyum pergi beli barang?”


“Hah!?” Permintaan Acik Nani berupaya membuat gadis itu tersentap. Takkan kot?


Please…” Lengan Fazliyana dibelai lembut.


Fazliyana pandang Qayyum. Lelaki itu bawak mata arah lain dengan muka tak endah.


“Yana…”


Bibir bawah digigit. Amal Fazliyana, tak salahkan kalau tolong orang?“Okey.”


Sepatah jawapan itu mengundang senyuman lega di bibir Acik Nani. “Thanks dear.” Pipi Fazliyana dicuit. Kemudian dia menoleh ke arah Qayyum.“Amek duit ni. Pergi beli apa yang ibu pesan okey?”


Qayyum? Still dengan muka kerek dia la. Muka yang boleh buat Fazliyana tanam niat nak sepak dia laju-laju. “Wokeyh! Tarak hal la.” Senyumnya pada si ibu. Beberapa keping not RM 100 disambut sebelum dimasuk ke dalam poket seluar. “Pergi dulu, mi.”


“Haa… Tunggu apa lagi? Pergilah ikut Qayyum. Karang terlepas pandang pulak. Dah la crowded sangat ni.” Tutur Acik Nani pada Fazliyana yang masih terpacak di tempatnya.


Lambat-lambat dia mengangguk. “Okey Acik. Yana pergi dulu. Kalau ibu cari Yana kejap lagi, Acik cakap kat ibu Yana ikut dia.” Katanya seraya mengangkat jari telunjuk ke arah Qayyum yang dah pun sepuluh meter ke depan.


“Okeyh.”


***


Sepuluh minit perjalanan hanya diteman oleh cik sepi. Dua makhluk yang berada di dalam Honda City itu hanya diam tanpa suara. Masing-masing layan feeling sendiri. Fazliyana bawak muka ke kanan. Kehadiran Qayyum disebelah betul-betul membuatkan dia berasa kekok. Mana perginya si Ranting yang gila bertanya dulu tu? Mana perginya suara ramah dia? Asal sekarang dia dah jadi kerek macam ni?


Qayyum hela nafas. Gear bertukar. Brek kaki ditekan perlahan-lahan. Lampu isyarat yang menunjukkan warna merah meminta pemanduannya berhenti sekejap. Tangan ditongkat pada pintu kereta. Sesekali jari-jemari mengetuk-ngetuk cermin. Mana perginya si Debab mulut becok dulu tu? Mana perginya cerita-cerita dia yang gila banyak nak dikongsi dengan aku macam dulu? Mana suara dia yang macam halilintar? Asal sekarang dia dah jadi pendiam? Tangan dihulur panjang ke kiri.


“Woi!” Sergah Fazliyana kuat bila dengan huluran tangan itu. Dia bergerak rapat ke pintu. “Kau nak buat apa ni? Nak amek kesempatan eh?” Soal gadis itu berang.


Muka tenang Qayyum terus berubah bengis. Tuduhan gadis itu berjaya mengundang kemarahannya. “Kau perasan apa? Bila masa aku nak amek kesempatan dekat kau?” Memang dengan nada Sarjan dia menyoal.


“Dah tu? Asal kau hulur tangan? Nak amek kesempatanlah kan? Kau ingat aku bodoh sangat ke sampai tak faham?” Bidas gadis itu dengan nada yang sama. Qayyum ditenung dengan tenungan menikam.


“Weyh!” Pompuan ni la… Dalam satu minit tubuh dipusing menghadap Fazliyana. “Kau fikir aku sehina tu ke? Aku ada iman la weyh! So, watch your mouth!” Boleh pulak fikir aku macam tu? Apa aku dah hilang akal ke sampai nak buat benda tak senonoh macam tu kat anak dara orang hah?


“Helleh!” Bibir bawah dijuih. Qayyum dijeling sekilas. “Kau lelaki. Kau bukan muhrim aku. Kau ada nafsu. And no wonder la kalau…”


“Apa apa!?” Lebih pantas dari kilat Qayyum memintas sebelum Fazliyana sempat menghabiskan kutukannya teradap lelaki itu. Aku just nak buka radio je pun. Suka suki je nak buat tuduhan melulu. “Memang aku lelaki. Memang aku bukan muhrim kau. Tapi sorry to say la… Aku tengok kau pun takde nafsu. Kosong! So…”


“Hoi!” Giliran Fazliyana pula memintas ayat Qayyum. “Kau hina aku ke?”


“Sape makan santan dia la yang rasa lemak.” Selamba Qayyum membalas. Dengan muka habis tak bersalah tuh.


Grrggghhh!!! Kali ni Fazliyana betul-betul bengang. Renungan menikam dua pasang mata bertembung. Kalau diikutkan hati nak je dia hentak kepala si Qayyum dengan enjin kereta. Biar pecah! Biar hancur! Biar mati! Asalkan hati aku puas. Huh!


“PONNNN!!!” Qayyum tersentak bila terdengar kereta belakang menekan hon. Lampu isyarat dikerling. Dah hijau ke? Masuk gear. Handbreak diturun. “Sabar sikit boleh? Orang lain pun ada hal jugak.” Marahnya pada kereta-kereta yang galak menekan hon di belakang. Pedal minyak ditekan sebelum stereng kereta dipusing ke kanan.


“Bawak kereta macam hampeh! Ntah ada lesen ntah tak. Nampak sangat pakai lesen terbang.” Omel Fazliyana perlahan namun dapat ditangkap oleh telinga Qayyum.


“Apa kau cakap?”


“Nothing.” Fazliyana tayang muka donno.


“Aku dengar kau cakap tadi.” Kata Qayyum tak puas hati.


“Dah tu asal tanya lagi? Saja nak perhatian aku ke?”


Merengus kasar. “Hoi pompuan!”


“Sepuluh markah untuk anda. Memang aku pompuan. Tepat sekali.” Tangan ditepuk laju. Fazliyana buat-buat suka.


Perbuatan sakit hati Fazliyana itu membuatkan otak Qayyum menggelegak. Stereng kereta digenggam kuat. Rilex Qayyum…rilex. Dia pompuan okey. Dia kaum Hawa. Dia lemah. Respect sikit! Pesannya pada diri sendiri.


Sepuluh minit berlalu namun destinasi yang ingin dituju belum tiba. Penat bertekak akhirnya suasana kembali menyepi.


“Weyh!” Suara Qayyum bergema.


Takde respon.


“Hoi!”


Masih dengan respon yang sama.


“Oit.”


Fazliyana menguap kecil.


Hiii!!! “Kau.”


“Kau gile ke?” Soalan tetiba dari gadis itu mampu membuat Qayyum tercengang. “Asal cakap sorang-sorang? Tak de orang nak layan? Ka.si.han…” Sengaja kepala digeleng-geleng.


Haisyh! Sabarlah wahai hati. “Aku cakap dengan kau ar.”


“Erk?” Dada sendiri dituding. “Tapi asal aku tak dengar kau panggil nama aku pun? Yang aku dengar kau panggil Weyh, Hoi, Oit… Sape diorang tu? Member kamching kau masa zaman sekolah dulu ke?”


Toink toink! Rasa macam diri sendiri kena langgar dengan kontena kat tengah haighway bila mendapat sindiran pedas dari gadis di sebelahnya itu. Kali ni kau takleh salahkan sesape Qayyum sebab dah terang lagi nyata kau yang bersalah. Main terjah tak tengok kiri kanan, macam nilah habuannya. “Kau study lagi ke?”


“Kau rasa?” Soalan dijawab dengan soalan.


“Study lagi kot.”


“Dah tu asal tanya lagi?”


Bumpp! Kena tembak dengan senapang garuda. Qayyum tersenyap dengan sendiri. Sepuluh saat… “Study kat mana?”


“Agak-agak kau?”


“U kot.”


“Kau memang sukakan perhatian ke?”


“Huh!?” Hairan dengan soalan yang dilempar oleh gadis itu.


Tersenyum sinis. “Yela.. Dah tau lagi mau tanya. Bukan ke nampak macam kau nak perhatian? Am I right?”


Tergamam.


“Tapi takpela. Oleh kerana aku terlampau kesiankan kau yang kurang mendapat perhatian ni, aku jawab. Aku student UTP.”


Lagi sekali stereng keret digenggam erat. Qayyum, asal tak sudah-sudah kau kena hentam dengan pihak lawan ni? Nafas geram dihela. “Kos apa?”


“Kalau aku jawab suka hati aku?”


“Kau!” Tengking Qayyum. Sungguhlah aku bengang dengan pompuan sorang ni. Aku nak baik-baik dengan dia lagi mau topup kebengangan aku. Apa kes? Muka dan telinga dah blushing sebab terover-angry.


Hahaha. Fazliyana ketawa dalam hati. Puasnya jiwa bila dapat buat muka mamat ni blushing. “Kau pulak?”


“Kau rasa?” Hohoho… Now my turn untuk kenakan kau balik.


“Aku rasa kau penganggur jalanan kot.”


“Apa!?” Qayyum tunjuk geraham paling hujung. Aku? Muka aku? Macam ni? Yang hensem lagi kacak macam ni? Penganggur jalanan? “Kau tak rasa kau melampau ke?”


“Tak. Sebab aku rasa tekaan aku betul. Muka macam kau ni aku selalu nampak kat tepi jalan. Berlambak. Selalu je aku…”


“Okey! Stop!” Serius! Telinga aku dah tak boleh nak dengar even sepatah lagi word yang keluar dari mulut dia. Risau kalau aku out of my mind. Indeed!


“Asal? Tak sanggup nak dengar?” Fazliyana masih belum puas. Niat di hati nak hentam Qayyum habis-habisan. “Tu la… Dulu orang suruh belajar taknak. Main-main. Tengok skang ni ko jugak yang…”


Let me tell you. Aku University of London punya student okey!”


Pengakuan tegas Qayyum itu berjaya membuatkan gadis terkedu. Tersentak pun ada. Tergamam pun ye. Walaweyh!!! Overseas punya student kah dia ni? “Payung sendiri?”


Haaa… Tersentap ke? Baru kau tau. “Tak main ar payung sendiri. Aku MARA payung. Scholarship.” Kata Qayyum dengan muka megah.


“Mak aii! Best siot.” Muka terkejut dah lesap. Timbul lah pulak muka teruja. Qayyum dipandang dari atas ke bawah. Mata melekat pada wajah bersih itu. Mencari kebenaran disebalik pengakuan tadi.


“Jangan pandang lama-lama. Karang kau jatuh cinta dengan aku sape yang nak jawab?” Dengan selamba badak dia menutur.


“Ceit!” Fazliyana buat muka jijik. “Gaya cakap macam muka kau tu stok market jek. Blah ar. Takdenya aku nak jatuh cinta dengan makhluk macam kau. Kerek yang sangat dahsyat.” Lancar dia kasi komen.


“Aku kerek dengan kau je. Dengan orang lain tak. And one more thing… even muka aku bukan stok market pun, berderet-deret girls yang berbaris depan aku mintak aku jadi balak diorang tau. Mat saleh pun tak terkecuali.” Cerita lelaki itu dengan penuh semangat sambil tersenyum ceria.


“Gila perasan.”Fazliyana mencebik. “Tak boleh blah betul kalau dah syok sendiri. Ntah-ntah girls yang berderet-deret tu bukan nak mintak kau jadi balak tapi jadi maid diorang kot. Aku tengok gaya muka dah ada.”


Haisyh! Si Debab ni tak sudah-sudah nak cari pasal dengan aku kenapa? “Kau cakap tu baik-baik sikit. Maid pun manusia jugak. Diorang pun banyak berjasa kat bumi ni tau. Kau jangan nak pandang rendah kat diorang.”


Terdiam Fazliyana mendengar syarahan tak langsung dari lelaki itu. Ye tak ye jugak eh. Sorry.. aku takde niat pun nak pandang rendah dekat maid. Sungguh! “Aku tau.”


“Dah tu?” Muka bersalah Fazliyana dikerling tiga saat. Tau pun rasa bersalah. Tu la… Mulut tu pakai main lepas je.


Diam. Layan feeling. Tak terluah sebarang kata.


Kebisuan gadis itu menarik perhatian Qayyum. “Asal mute pulak ni?”


“Takde benda nak cakap.”


“Cakap je la. Aku bosan ar kalau tak dengar suara lantang kau tu.”


“Kau perli aku eh?” Muka Qayyum ditenung garang.


“Baguslah kalau kau sedar.”


Hiii!!! “Kau ni kan…”


“Hensem?” Pintasnya laju. “Aku tau. Kau tak cakap pun aku tau. Anyway thanks a lot for your compliment.” Dengan muka tak malunya Qayyum bersuara.


Erk!? “Kau ni memang mamat keret yang syok sendiri.”


“Oh yeah?”


“Yeah…”


“Really?”


“Indeed!”


“Again… Thanks.”


“You’re welcome.”


Dan lepas tu, masing-masing amek keputusan untuk mendiamkan diri. Dah malas nak bertekak. Sorang pun taknak dan tak akan mengalah. Buang masa jek.


***


“KAMU pergi naik tidur dulu.” Arah Puan Wahidah bila Fazliyana dah menguap berkali-kali.


“Acik tengok kamu dah mengantuk sangat dah tu. Pergi naik atas tidur okey.” Sampuk Acik Nani yang berada di sebelah ibunya.


“Tapi tak habis berkemas lagi ni. Kejap lagi lah Yana naik tidur.”Fazliyana berdegil. Kain-kain yang terdampar dia tas lantai dikutip. Pukul 2.30 pagi. Suasana rumah kenduri yang siang tadinya riuh rendah kini sunyi sepi. Semua tetamu dah pulang ke rumah masing-masing. Sedara mara Acik Nani pun lepas Isyak tadi dah gerak. Yang tinggal hanya dia dan ibunya sebagai orang luar di situ. Tolong berkemas apa yang patut.


“Sudah la tu Yana. Kamu pergi naik tidur. Dah banyak kali kamu menguap tu.” Lembut suara Puan Wahidah. Kain-kain yang dipegang oleh anaknya itu diambil. “Pergi tidur ye.” Belakang gadis itu digosok lembut.


“Okeylah bu.” Akhirnya dia bersetuju. Mata memang dah larat nak celik dah. Mengantuk habis ni. “Yana naik dulu ye ibu, Acik. Good night.” Ucapnya sambil tersenyum nipis. Pipi Puan Wahidah dikucup lembut sebelum dia meniti anak tangga naik ke aras atas.


***


SAMPAI je di lantai aras dua, telinganya menangkap satu bunyi yang datang dari sebelah kanan. Tanpa membuang masa, kaki diatur menuju ke sebuah bilik yang berada tiga meter di depan. Pintu bilik yang terkuak itu diintai. Perlahan-lahan pintu ditolak. Mata meliar ke sekeliling bilik. “Takde orang. Tapi biar radio memekak macam tu je. Membazir betul owner bilik ni.” Tanpa membuang masa, Fazliyana melangkah masuk ke dalam. Radio ditutup. Baru je gaya dia nak melangkah keluar, tetiba matanya terpaut pada sebuah frem yang diletak lukisan minyak di dalamnya. Perlahan-lahan frem itu dihampiri. “Gila cantik lukisan ni. Gorgeous. Superb.” Pujinya dengan muka teruja habis. Lembut tangan menyentuh lukisan itu Lukisan yang memaparkan pemandangan di sebuah laut. Ombak yang menderu-deru. Beberapa pokok kelapa melambai-lambai ditiup angin. Kelihatan burung –burung megah terbang di atas awan. Di sudut kanan laut terdapat sebuah sampan yang diikat pasa batang pokok. Lukisan hidup itu betul-betul menarik mata Fazliyana untuk terus memandang. Perlahan-lahan frame ditanggalkan dari dinding.


“Woi!”


Prang!!!


“Ya Allah!” Luas mulut Fazliyana bila melihat frame yang indah tadi berkecai di atas lantai.


“No!!!” Qayyum yang berdiri di muka pintu pantas mengatur langkah seribu ke arah Fazliyana. “My drawing.” Lemah suara dia. Perlahan-lahan dia melutut ke lantai.


“So..sorry.” Terketar-ketar Fazliyana mengungkap maaf. Rasa bersalah teramat sangat dengan incident itu.


Qayyum panggung kepala menghadap gadis itu. Mukanya memang nampak bengis. Dengan pandang singa kebulur dia merenung Fazliyana.


Air liur ditelan. Fazliyana kecut. Kecut sangat dengan respon lelaki itu. “Sorry.”


Get out!” Seluruh bilik bergema dengan tengkinga Qayyum.


Lagi lah Fazliyana kecut. “Kau.. aku… aku mintak sorry. Aku tak sengaja. Sumpah!” Sungguh-sungguh Fazliyana menutur dengan harapan agar Qayyum memaafkan dia.


“Keluar! Get out!”


Mendengar tengkingan ke dua dari lelaki itu membuatkan Fazliyana pecut seribu meter meninggalkan bilik Qayyum.


***


PINTU bilik dikuak dengan kasar. Kelopak mata terasa panas. Pandangan dah jadi samar-samar. Tubuh dihempas ke atas katil. Tudung ditanggal dengan kasar sebelum dilempar ke bawah.


“Aku benci kau!” Jeritnya sambil menyembam muka ke bantal. Air mata mengalir tanpa diundang. Dah cuba sedaya upaya menahan dari keluar namun gagal. Hati dia sebak. Tetiba je jadi sedih lain macam. “Kan dah cakap aku tak sengaja. Asal kau nak marah jugak? Asal tengking aku?” Tilam empuk di tumbuk-tumbuk. Tengah bayangkan muka Qayyum yang ditumbuk sekarang ni. “Setakat frem pecah bukannya ada benda sangat pun. Beli la frem baru. Kalau lukisan tu terkoyak ke apa aku tak kisah kalau kau tengking aku. Tapi just… Arghh! Aku benci kau!”Bantal panjang dicapai sebelum dilontar sekuat mungkin ke bawah. Aku benci Qayyum! Aku benci Ranting! Aku benci mamat kerek!


***


TIDUR yang asalnya nyenyak terganggu dengan ringtone Ketika Cinta Bertasbih-Melly Goeslow feet Amee yang menjerit di tepi telinga. Lambat-lambat mata dicelik. “Bu, ada call.” Puan Wahidah yang tidur di sebelahnya dikejut lembut.


Takde respon.


“Bu…” Bahu wanita itu digoncang perlahan.


Pun takde respon.


“Biar Yana je la yang jawab.” Ucapnya sendiri. Handphone ibunya dicapai dengan mata yang masih terpejam. Punat ‘Answer’ ditekan sebelum dirapatkan ke telinga. “Hello…”


“Assalamualaikum Idah…”


Mendengar suara itu, terus mata Fazliyana terbukak luas.


“Idah, abang mintak maaf sebab call Idah time macam ni.”


Fazliyana masih tergamam. Tak terkeluar sebarang huruf. Dia turun dari katil menuju ke sudut bilik. Mengelak dari didengar oleh ibunya.


“Idah, abang… abang… dah bercerai dengan Nisa. Abang… abang nak balik rumah kita boleh?”


“Tak boleh!” Laju Fazliyana menjawab.


Encik Fazli dihujung talian terkedu dengan suara itu. Sape ni? Yang pasti itu bukan suara isterinya. Teragak-agak dia buka mulut. “Ya…Yana?”


Tersenyum sinis. “Thanks sebab Encik Fazli still ingat nama saya.”


Encik Fazli?“Yana, papa…”


You’re not my papa anymore!” Keras suara dia.


“Yana, papa mintak maaf.” Pinta lelaki itu. Sungguh dia rasa sebak bila anaknya sendiritidak mengaku dia sebagai ayah.


“Mintak maaf?” Tergelak sinis. “Mudahnya.”


“Papa betul-betul mintak maaf.” Lemah suara lelaki itu.


Fazliyana dah mula sebak. Kelopak mata terasa panas. Air mula bertakung. Tunggu masa nak jatuh je. “Encik tinggalkan kami hampir empat tahun macam tu je. Encik seksa perasaan ibu. Encik lukakan hati saya dengan Aril. Encik sanggup tinggalkan kami hanya kerana sorang pompuan... Sekarang, encik nak balik semula pada kami macam tu je? Macam mana kitorang tak mintak encik keluar dari rumah empat tahun yang lepas, macam tu jugak lah kitorang tak mintak encik balik semula ke rumah.”


“Yana…”


“Yana mintak sangat, tolong jangan ganggu kitorang lagi. Please!” Klik! Tanpa diundang air mata merembes keluar. Laju mengalir di pipi.


***


“KAU?” satu suara menyapa dari tepi.


Cepat-cepat air mata diseka dengan telapak tangan. Muka ditoleh bertentangan dari insan yang menyapa.


“Kau buat apa kat sini time 4.15 pagi macam ni? Tak takut ke?” Soal Qayyum seraya meletak punggung di kerusi sebelah Fazliyana. Are you crying?” Air mata yang menitis di lantai menarik perhatiannya.


“Manade!” Nafi gadis itu.


Tersenyum nipis. “Okey aku buat-buat tak tau even aku dah nampak your tears tadi.”


“Blah ar! Leave me alone.”


“Asal aku nak kena blah pulak? Ni kan rumah aku, suka hati aku la nak duduk kat mana pun.”


Okey, fine.” Fazliyana berdiri. “Sorry. Rumah kau kan? So, let me go. Aku blah!”


“Kejap!” Laju hujung tangan baju tidur Fazliyana ditarik bila gadis itu ingin mengorak langkah meninggalkannya.


“Lepas lah! Asal main tarik-tarik baju pulak ni?” Bentak gadis itu kasar.


Sorry… Aku tak sengaja.” Cepat-cepat hujung tangan baju Fazliyana dilepas.


Fazliyana kaku di tempatnya berdiri.


“Asal ni?”


“Takde benda ar.”


“Ada benda. Kau nangis sebab apa? Kalau sebab aku tengking kau tadi, aku mintak maaf. Time tu mind aku tak berapa centre coz tetiba je tadi member aku called suruh aku balik U awal dari masa yang dijangkakan. Ada program apa ntah. Sape tak bengang?” Cerita Qayyum panjang lebar dengan muka tak puas hati.


Fazliyana hanya diam mendengar. Langsung tak menyampuk. Tangan disilang ke dada. Mata tepat merenung pokok kaktus yang berada dua meter di depannya. Otak sarabut. Hati tak tenteram. Jiwa kacau. Tidurnya yang nyenyak telah diganggu dengan panggilan tak diduga dari papanya. Hati yang dah lama sakit bertambah parah. Dendam yang dah lama terpekung menyesakkan dada.


“Asal ni? Ada probs huh? Wanna share with me?” Qayyum yang perasan muka Fazliyana nampak sembab menyoal. Mata merah gadis itu ditenung. “Asal kau nangis?


“Kau jangan tanya pape boleh tak?” Bentak Fazliyana dengan tone tinggi. Dia kembali duduk di sebelah Qayyum. “Tolong.” Tangan kanan diangkat. “Tolong shut your mouth. Aku tak nak dengar pape. Kalau kau nak duduk kat sini boleh tapi without any sound.” Tegas gadis itu lagi.


Terpana dua saat Qayyum dengan permintaan berbaur amaran dari gadis itu. Dia mengangguk laju. “Okey. Aku zip mulut.” Akur dia sambil mengangkat ke dua-dua tangan tanda mengalah.


Lima minit… sepuluh minit… lima belas minit… dua puluh minit… Masa berlalu macam tu aje. Selama dua puluh minit sepi masih menemani dua insan itu. Fazliyana leka melayan feeling. Qayyum di sebelah mendongak kepala ke langit. Mata memang dah tak larat nak celik lagi dah tapi disebabkan gadis di sebelah sedaya upaya dia tahan. Takkan aku nak masuk tidur then biar je dia kat sini? Dengan feeling tak centre pulak tuh. Bahaya weyh! Macam-macam boleh jadi. Tapi… Kening bertaut. Asal aku boleh amek berat pasal si Kerdil ni pulak? Tetiba je ni. Apa kes?


“Aku benci.” Akhirnya Fazliyana bersuara.


Qayyum agak terkejut tapi buat –buat cool. Dia hanya diam. Taknak menyampuk. Dia dah mula nak cerita tu Qayyum. So kau jangan menyampuk okey! Karang terbantut pulak cerita dia.


Pipi yang sudah kering kembali basah. Sekali lagi empangan indah itu pecah. “Aku benci dia tapi dalam masa yang sama aku rindu.”


Dia? Benci? Rindu? Qayyum kehairanan. Sape dia tu? Her boyfriend kah? Tetiba je hati rasa tak selesa. Dia dah ada boyfriend?


“Asal skarang dia baru muncul? Asal dia call ibu tadi? Asal aku pergi jawab call dia? Asal dia mintak maaf dengan aku? Asal dulu dia tinggalkan kitorang? Asal dulu dia sanggup pilih pompuan tu then biar kitorang terkapai-kapai macam tu je? Asal bila diorang dah bercerai baru dia nak balik pada kitorang? Asal dia seksa hati ibu? Asal dia dera feeling aku dengan Aril? Asal dia sisihkan kitorang?Asal? Asal?” Sendu dah kedengaran. Teresak-esak dia menangis. “Aku benci dia. Aku benci!” Jerit gadis itu.


“Kau jangan macam ni. Jangan nangis macam ni.” Pinta Qayyum yang jelas di wajahnya tersentak dengan keadaan gadis itu. Walaupun dia masih belum tau pasal siapa yang dimaksudkan oleh Fazliyana, namun hati dia menyatakan bahawa gadis itu tengah mengalami kesedihan yang amat sangat. Hati turut luluh melihat air mata yang mengalir di pipi Fazliyana. Qayyum tersentuh. Tetiba je dia dapat rasa something yang luar biasa dengan feeling dia. Jantung mula berdegup. Dup! dup! dup!


“Aku sedih. Aku geram. Aku marah. Aku benci. Tapi aku rindu dia. I really miss my papa. Even dia pernah tampar aku sampai buatkan aku berdendam dengan dia, but I’m missing him. Damn hard! Aku still sayang dia. Tapi aku.. aku…”


Papa dia rupanya. Patutlah aku tak nampak Pak Cik Li tadi.“Syyyhhh…” Qayyum angkat jari telunjuk mengisyaratkan supaya gadis itu diam bila Fazliyana dah teresak-esak hingga tak mampu meneruskan ayat. “Kalau kau tak mampu nak cakap jangan cakap.” Hujung t-shirt diangkat sedikit ke atas mendekati muka gadis itu. Perlahan-lahan juraian air mata di pipi mulus itu diseka. “Aku tau kita bukan muhrim. Tu sebab aku guna t-shirt lap your tears. Jangan marah okey.” Sambungnya lagi bila Fazliyana nampak terkejut dengan tindakan drastiknya itu.


Qayyum dipandang lima saat. “Thanks.”


Menggeleng laju. “Tarak hal la.” Lelaki itu mengupas senyum.


Nafas dihela panjang. “Okey… Aku rasa aku dah lega sikit. Otak pun dah rasa ringan.” Kedudukan tuala yang munutupi kepala dibetulkan.


“Tengok muka pun aku dah tau.” Usik Qayyum.


“Apa? Muka aku nampak serabut sangat ke?”


Indeed! Dah macam orang gila meroyan pun ada.”


Hampir terkeluar biji mata gadis itu dengan usikan Qayyum. “Qayyum Ismar!”


Mulut Qayyum separuh ternganga. “Still remember my name huh?” Betul-betul dia terkejut bila Fazliyana menyebut nama penuh dia.


Of course lah aku ingat. Kau kan pernah jadi member aku dulu. Kau je yang tak ingat nama aku. Sebab tu ar main hentam Weyh! Hoi! Oit!. Apa kes?” Bibir bawah dijuih. Muka diraup.


“Sape cakap aku tak ingat nama kau wahai cik Amal Fazliyana?”


Muka Fazliyana berubah ceria. “Wahh! Ranting a.k.a. mamat kerek still ingat nama aku. Teruja habis ni.” Fazliyana bertepuk riang. Sebijik macam budak tadika.


“Helleh!”Dia mencebik. “Itu pun nak kecoh ke si Debab a.k.a si Kerdil?”


“Mesti ar.” Selitnya. “And please… tolong jangan panggil aku dengan nickname tu. Debab? Kerdil? Euwwww~~ Nama tak market langsung.” Fazliyana tayang muka jelik. Parent aku dah kasi nama sedap-sedap guna pakai je lah nama tu. Asal nak panggil dengan nama yang langsung tak tertulis kat dalam surat beranak?


“Kalau aku cakap suka hati aku?”


Aik? Macam pernah dengar je ayat ni. Ni mesti kes pulang paku buah keras ni. Hampeh betul! “Suka hati kau la.” Malas aku nak bertekak dengan budak terencat macam ni.


“Okey. Suka hati aku.” Qayyum tersenyum kemenangan. “Kau tak boleh macam ni.”


“Huh!?” Berkerut dahi Fazliyana dengan ayat itu.


Matanya tepat pada sepasang mata bundar gadis itu. “He’s your papa. Yeah… dia pernah buat salah tapi sekarang dia dah sedar kesalahan dia kan?”


Gadis itu tak menjawab. Dia tertunduk ke bawah.


“Kau still rindu and sayang dia kan?”


Perlahan-lahan gadis itu mengangguk. “Tapi dia…”


“Itu dulu.” Celah Qayyum pantas. “Sekarang dia dah berubah. Dia dah mintak maafkan?”


Angguk.


“Apa kau rasa sekarang ni?”


Diam lima saat. “Entah.” Kedua-dua bahu dijungkit.


You’re missing him. Kau jugak yang cakap tadi. Kau still loves your papa.” Tarik nafas. Jari digenggam antara satu sama lain. “Aku mintak… Please forgive him. Buang segala dendam kau. Buang segala rasa amarah, sakit hati, geram kau kat your papa. Walau apa pun yang berlaku, he’s your father. Kau anak dia. Darah daging dia. Ikatan tu takkan terputus. You need to forgive him. Kau kena terima dia. Kau tak kesian ke kat ibu? Memang kau nampak dia happy, dia senyum je tapi dalam hati sape tau dia punya feeling? Entah-entah dia stil mengharapkan papa kau kembali pada korang. Cuba kau fikir.” Panjang lebar Qayyum kasi nasihat kepada gadis di sebelahnya.


Fazliyana berfikir sendiri. Kata-kata Qayyum berlegar-kegar di ingatan. Apa yang diucapkan oleh lelaki itu semuanya benar. Aku yakin ibu masih sayangkan papa. Kalau tidak takkanlah dia akan tidur sambil memeluk kain pelikat papa. Macam tu jugak dengan Aril. Dia turut merindui papa. Aku pulak? Muka diraup lemah. Tipulah kalau aku tak rindu papa. Rindu… Sangat rindu. “Betul apa yang kau cakap.”


“Aku tau. Aku memang selalunya betul.” Balas Qayyum dengan tone megah. Kening digerak-gerak.


“Ceit!” Fazliyana buat muka meluat. “Perasan tak sudah-sudah. Kau ni kan…”


“Hensem?” Pintas lelaki itu entah yang ke bearapa kali. “Kan aku dah cakap aku memang hensem lagi kacak. Jadi gilaan girls. Tu pun tak faham-faham lagi ke?”


“Hoi!” Kaki Qayyum disepak. “Tolong jangan kerek boleh tak? Aku nak cakap benda lain lah.”


“Hahaha.” Qayyum pecah tawa. Sesekali nak sakat anak dara Acik Idah ni tak salah kan? “Kau nak cakap apa?”


“Aku nak kasi compliment sikit dekat kau.”


“Ye? Cepat cepat. Aku nak dengar.” Kaki dilipat sila di atas kerusi.


Mencebik. “Tak habis-habis dengan gaya orang yang kurang dapat perhatian.”


“Oit, cakap baik-baik sikit.”


“Aku cakap habis baik lah ni.”


“Kau ni kan…”


“Kau baik.” Pujian yang keluar dari bibir Fazliyana itu mampu membuatkan Qayyum terkelu.


“Huh!?”


Even kita baru kenal and baru je gaduh dahsyat beberapa jam yang lepas, aku dah selesa berborak dengan kau. Sungguh. Thanks a lot.” Ucap Fazliyana ikhlas dari hati.


Dan pujian itu mengundang senyuman ceria di wajah Qayyum. “Kan aku dah cakap tarak hal la… It’s okey. Kau tengah ada probs, so aku dengan sukarelanya jadi pendengar setia. Tak salah kan? Takyah la nak ucap thanks segala. Aku ikhlas.”


“Aik!?” Fazliyana buat muka pelik. “Sejak bila kau tak suka dipuji ni? Kalau tak kau suka sangat puji diri sendiri. Puji yang melambung-lambung pulak tuh. Asal sekarang dah lain je?”


“Kau ingat aku ni riak sangat ke? Aku saja je nak usik kau. Gurau-gurau.”


“Yela tu. Eh asal kau dah lain eh? Dulu badan kau macam ranting. Tapi sekarang kau dah tough lorh.”


“Kata aku konon. Kau tu pun dah lain. Mana si Debab yang selalu buli aku dulu-dulu tu? Berubah habis dah kau sekarang. Aku ingat kau nak jadi Debab sampai tua.” Sakat Qayyum seraya melepas tawa.


“Hoi! Salah ke kalau aku jadi debab sampai tua?” Sergah Fazliyana tak puas hati.


“Eh sape cakap salah?” Ketawa mati. “Pada aku, aku lagi suka Debab sebab Debab nampak cute sangat.”


“Erk? Secara tak langsung kau dah kasi aku compliment. Thanks.” Gadis itu tayang muka ceria.


“Hello… Aku tengah puji Debab member aku dulu-dulu bukan kau yang dah ramping macam ni.” Tekan Qayyum bersungguh-sungguh.


“Tak kira. Aku nak anggap kau puji aku jugak. Lagipun Debab dengan aku adalah orang yang sama kan? Cuma bezanya dulu aku budak-budak sekarang aku dah dewasa.” Fazliyana tak mahu mengalah.


“Okey. Kau menang.”


“Yes!!” Fazliyana tepuk tangan.


“Malas nak layan budak tak matang macam kau. Eh lusa aku dah nak balik sana.” Maklumnya.


“Lusa? Sekejap sangat kau balik sini.”


“Ntah. Aku kena join program apa ntah kat sana. Hampeh betul. Baru je cadang nak cuti lama-lama kat rumah.”


“Kesian kau kan. Takpe la… Nak buat macam mana. Nanti-nanti boleh cuti lagi.”


Senyum. “Tu la… Aku sebagai student ikut je la apa yg U aku tetapkan.”


“Betul-betul. Raya ni balik tak?”


“Tak sure la pulak. Kalau ada cuti pun sekejap je. Macam tak sempat nak balik. Tengok lah keadaan. Asal? Kau buat nak buat biskut raya kat aku ke? Aku nak kuih semprit.”


“Uih! Mana aku reti buat kuih. Makan reti la.”


“Tengok muka pun aku dah agak.” Komen Qayyum dengan muka selamba.


“Kau kutuk aku ke?”


“Eh kau terasa ke?”


“Tak!” Bentak Fazliyana.


“Dah tu?” Memang aku kutuk kau pun. Ngee… “Aku dah ngantuk. Jom masuk? Dah lewat ni. Lagi satu jam dah nak Subuh. Lagipun pukul 9 pagi karang kau dah nak balik KL kan? Acik Idah cakap semalam”


“Yup.”Balas gadis itu. “Aku mintak maaf.”


“Sebab?” Kening Qayyum bertaut.


“Secara tak sengaja aku dah pecahkan kau punya frame.”


“Takpela. Dah nama pun tak sengaja kan. Small matter je.”


“Betul ni?”


“Betul la…”


“Tapikan drawing tu memang cantik giler. Kau yang lukis ke?”


“Mesti la.” Kening dianggak tiga kali.”


“Hebat ar kau ni.”


See the hand la weyh.” Muka megah habis.


“Helleh! Bangga tak sudah-sudah.”


Tergelak. “Eh masuk rumah jom?” Qayyum berdiri. Dia menoleh ingin berlalu.


“Qayyum Ismar.”


Panggilan Fazliyana membuatkan dia menoleh.


Muka Qayyum ditenung. Again… Thanks.” Ucap Fazliyana bersama senyuman yang paling manis.


Tersentap Qayyum bila mendapat senyuman itu. Hati yang tengah berdetak perlahan menjadi kuat. Dup! Dap! Dup! Dap!. Serius, aku tak pernah rasa macam ni sebelum ni. Apa kes pulak hati aku ni? Pandangan Fazliyana dibalas.


Gullp! Air liur ditelan. Fazliyana terpempan bila mata mereka bertembung. Terasa darah naik ke muka. Hati dah rasa tak keruan. Rate jantung dah mula bergerak laju. Dada rasa macam nak pecah. Pandangan Qayyum betul-betul membuat dia tersentap. Apa kes ni Yana? Asal jadi macam ni pulak. Takkan kau dah… Takkan kot!??? Satu hari je. Satu hari tu Yana. Takkan dalam satu hari aku jatuh cinta!?


Qayyum jugak turut berperang dengan hati sendiri. Peluh dah mengalir di dahi. Punyala terover nervous. Sedaya upaya dia control feeling. Qayyum… apa hal pulak ni? Takkan kau dah tangkap cintan dengan dia? Kau baru je kenal dia tak sampai satu hari. Time kecik-kecik tu lain kira la. Tu zaman sebelum mumaiyiz. Tapi sekarang? No Qayyum.. No way! Dalam satu hari aku boleh jatuh cinta ke?


***


“KAU asal, Yana?” Soal Ju yang sejak tadi perasan sahabatnya itu gundah gulana di depan laptop. Sejak beberapa minggu lepas, gadis itu dilihatnya asyik buka email. Tak cukup dengan tu, handphone sentiasa di tangan. Kalau dulu, jarang sangat dia bawa handphone bersama tapi sekarang setiap saat Sony K880i tergantung di leher. Dia pelik. Dia hairan. Dia tertanya-tanya. “Gaya macam tengah tunggu someone contact kau je. Sape?”


“Hamba Allah.” Jawab Fazliyana lemah. Dia resah bila kabar orang yang ditunggu-tunggu belum lagi tiba. Orang yang dah berjaya mencuri hatinya. Qayyum Ismar, mana kau? Dah sebulan lelaki itu terbang meninggalkan Malaysia. Dan dalam masa sebulan itu jugaklah lelaki itu tak menghubunginya seperti yang dijanjikan semasa dia dan ibunya ingin bertolak balik ke KL tempoh hari.


“Nak no kau boleh?” Pinta Qayyum selamba bila Fazliyana ingin melangkah masuk ke dalam Vios milik ibunya.


“Kau nak buat apa?”


“Jual kat pasar malam.”


“Huh!?”


“Dey minachi! Ayoyoyo…” Berkali-kali Qayyum tepuk dahi. “Aku mintak no kau sebab aku nak contact kau masa kat sana nanti. Itu pun nak kena bagitau ke? Adeh…”


“Oh…” Mulut Fazliyana membentuk O. “Cakaplah siang-siang. Aku nak email kau boleh?”


“My pleasure.”


“Kalau kau tak contact aku siap!” Gertak gadis itu dengan muka bengis.


“InsyaAllah. Aku janji aku contact kau.”


“Wokeyh!”


Itu hal sebulan yang lepas. Sekarang? Mana janji tu? Mana kau pergi Qayyum? Mana kau pergi Ranting? Mana kau pergi mamat kerek? “Ju… Aku rindu dia.” Ujarnya perlahan sambil menyembamkan muka di atas meja.


“Rindu sape?”


“Dia.”


“Dia tu sape?”


“Ranting.”


“Ranting?”


“Mamat kerek.”


“Erk?”


“Dia… Qayyum Ismar.”


“Hah!?” Tercengang sekejap Ju bila mendengar sebaris nama lelaki yang terbit dari bibir Fazliyana. Serius! Sebelum ni sangat susah lah bibir mungil itu menyebut nama mana-mana lelaki selain adiknya, Fazril. Sejak peristiwa Encik Fazli meninggalkan rumah, sikap ramah Fazliayan berubah terus. Dia yang asalnya mudah didekati tak kiralah samada oleh pompuan atau lelaki berubah menjadi payah. Sangat payah. Di U mereka gadis itu dikenali sebagai gelaran ‘girl anti-boy’. Jangan harap mana-mana lelaki dapat berkomunikasi dengan dia. Tapi asal tetiba je dia boleh sebut nama lelaki pulak ni? Lelaki yang aku tak kenal pulak tuh.


“Ju, aku rasa aku dah jatuh la.”


Meaning… jatuh cinta?” Laju Ju meneka.


Angguk.


“Dengan?”


“Qayyum Ismar.”


“Mana kau kenal?”


“Member kamching aku zaman hingusan dulu-dulu. Tapi sejak diorang pindah ke JB kitorang dah tak pernah jumpa sampai lah bulan lepas kitorang bertemu semula kat rumah kenduri.”


“Lagi?” Ju nampaknya asyik mendengar cerita Fazliyana.


“Malam tu…” Fazliyana buka cerita tentang luahan hati terhadap papanya kepada Qayyum dicerita kepada Ju dari A sampai Z. Satu pun tak tinggal. Dari mula dia jumpa Qayyum di kolam ikan sehingga dia bertukar-tukar email dan nombor telefon dengan lelaki itu. Tentang perasaan pelik yang dia rasa ketika bersama Qayyum turut diselitkan.


“Yana!!!” Bergegar tiang-tiang bangunan 5 tingkat itu dengan jeritan Ju.


Fazliyana tercengang. Kedua-dua telinga ditutup. “Kau terencat ke apa tetiba je jerit? Hailah! Control sikit volume tu. Tak malu ke kat students lain?” Marah Fazliyana pada temannya itu. Suka sangat jerit tetiba. Buat cuak orang je.


Sorry sorry…” Laju Ju menekup mulut. “Betul lah Yana.”


“Apa yang betulnya?”


“Kau dah jatuh cinta lorh.” Muka Ju dari tadi tak lekang-lekang dengan senyuman.


Dahi berkerut. Dagu diurut-urut. “Yeke Ju? Betul ke aku dah jatuh cinta?”


“Betul lah tu.”


“Tapi… kau tak rasa rushing sangat ke? Aku kenal dia satu hari. Zaman budak-budak tu lain cerita la. Satu hari Ju. Satu.” Jari telunjuk kanan terpacak. “Dalam satu hari aku jatuh cinta? Macam tak logik jek.”


“Apa pulak tak logiknya?” Ju yang tengah berbaring di atas katil berdiri. Dia bergerak mendapatkan Fazliyana yang masih setia tercangok di depan laptop. “Kadang-kadang kan orang boleh je jatuh cinta just dalam satu minit. Satu saat pun ada. Tu lebih kurang jatuh cinta pandang pertama la. Apa yang peliknya? Logik lagi normal lah tu. Kau ni…” Belakang Fazliyana ditepuk-tepuk. Alahai sahabat aku ni… First time jatuh cinta pun dah keliru lain macam.


“Erk? Macam tu eh? Betul la Ju. Aku dah rasa resah lain macam je ni bila dia tak contact aku. Entah-entah dia dah lupakan aku tak? Aku je yang terhegeh-hegeh rindu dia.” Fazliyana muka sedih. Dia menjuih bibir bawah. Dagu ditongkat ke atas meja.


“Ishy takde la.” Pujuk Ju lembut. “Dia busy kot. Kau jugak yang cakap dia kena balik awal sebab ada program kat U dia kan?”


“Tapi takkan dah seminggu tak sempat nak curi satu minit untuk call aku? Hantar email pun boleh je.”


“Yana…”


“Dah ar. Malas aku nak fikir. Jom pergi bazar? Pukul 6 dah ni. Aku taknak berbuka maggi lagi hari ni. Dah muak!” Fazliyana berdiri. Laptop dibiar tebuka. “Aku mandi kejap. Kau jangan lambat siap pulak. Yang lain-lain pergi mana?”


“Wa dengan Aya lepak kat bawah. Jihah dengan Lisa awal-awal lagi dah keluar. Diorang ada majlis berbuka posa dengan budak-budak kelas. Yela-yela. Aku siap cepat-cepat. Kau pergi mandi dulu.”


“Tau la aku.” Balas temannya itu seraya mencapai tuala yang tersangkut di belakang pintu sebelum dia melangkah keluar dari bilik yang dikongsi bersama Ju.


“Macam-macam lah member aku ni.” Baru je gaya Ju nak menuju ke almari baju, tiba-tiba telinganya menangkap satu bunyi tanda ada email diterima oleh Fazliyana. Dengan tak malunya dia membuka email tersebut.

SALAM PERANTAU

Wednesday, September 13, 2009 12:07 AM

To: Anggur_Violet88@yahoo.com

Hai… ko tengah buat pe tu? sihat? Acik Idah? Aril? Kwn2 ko? Semua sihat? Aku kat sini sihat-sihat aje. Alhamdulillah. Sory la aku lambat contact ko. Tenet kat sini slow giler oww. Nak on9 pun ssh. Ntah apa probs ntah. Tapi memang aku bz pn dgn segala kerja kat sini. Tak sempat nak pergi mana-mana ceruk cari wifi. And sorry to say… I lost your fon no lorh. My fon kena redah dgn virus dahsyat mana hala ntah sampaikan abes segala no hilang. Tensi btol! Huhuhu.. Nasib baiklah hari ni tenet ok sikit. Ni pun kematu jugaklah bontot aku dok tercangok mnunggu nak send email kat ko. Lagi seminggu dah nak raya. Baju raya ko dah siap ke? Bape pasang? Aku tak dpt nak balek raya. Cuti 3 hari je. Huhuhu(giler sedih). Disbbkan aku tak dpt balek raya so, ko terselamat dari buat kuih Semprit. Ahahaha… Oit aku nak ckp ni tapi aku malu. (blushing sekejap) ahahaha. Tapi lantak ar. aku nak ckp jugak. Debab a.k.a Kerdil a.k.a Amal Fazliyana… aku.. aku… aku rindu ko ar. Rindu giler. Rasa cam nak je terbang sendiri balik jumpa ko. Ko rindu aku tak? Aku rindu nak gaduh dengan ko lagi. Serius tak tipu. Even kita baru je jumpa tapi aku dah rindu giler-giler kat ko. Hmm… tu je kot yang aku nak cakap. Do take care ok? Kim salam kat semua. Daaaa… chaow yah!


Sepanjang pembacaan email dari Qayyum itu membuatkan Ju tersenyum. “Yana, you’re lucky girl sebab tak bertepuk sebelah tangan.” Tanpa membuang masa kerusi ditarik. Ju duduk. Simbol ‘Reply” ditekan. Jari jemari laju menekan keyboard.

To :-

Subject :-W’salam.

Hai… aku sihat2 aje. Alhmdulillah. Semua orang di sini sihat. Oow.. patut ar ko langsung tak contact aku. Tenet slow rupanya. Apa??? Ko hilangkan no aku? Huh! Tak kasi pun takpe kalau aku tau jd mcm ni. Huh! (Just joke). Ko tak balik ke? Siannye~~ ahahaha… Dah tu ko raya cm ne kt sana? Baju raya? Hmm.. tak byk. 4 pasang je. Qayyum Ismar… atcely aku pun rindu ko jgk. Rindu double giler dari ko. Aku pn tak tau asal aku boleh rindu ko smpai mcm ni skali. Qayyum… aku…aku… aku nak confess something. Hope ko tak mati terkejut depan pc lah noh… Aku suka ko. Aku rasa aku dah jatuh cinta dgn ko. Serius aku tak tipu. I do I love you. Tatau la cmne aku boleh rasa mcm ni tapi mmg ni la yg aku alami skang ni. Kalau ko rasa ko pun ada feeling yg sama, raya ni balik la. skejap pun takpe. Hmm.. tu je la yg aku nk ckp. Daaaa… chaow yah!


“Wokeyh!” Simbol ‘send’ ditekan tanpa ragu-ragu. “Done. Yes!!” Ju bersorak riang di depan laptop. “Yana, kau jangan terkejut kalau Qayyum balik raya nanti. Hahahaha! Sebelum pape terjadi and aku terkantoi better aku delete dua-dua email ni.” Dan Ju meneruskan niatnya itu.


“Juwairyah!!! Dah siap belum!?” Laung Fazliyana dari luar.


Cepat-cepat email temannya itu di ‘sign out’ kan. “Dah dah!”


***


Di seberang 2 3 4 5 laut jauh nun di sana…

PUTUS nafas! Mulut yang menggariskan senyuman sejak tadi tiba-tiba terkaku. Tangan yang menongkat dagu terjatuh. Mata redup itu terkebil-kebil. Nafas ditarik hembus dengan tak sekata.


“Hoi!” Rahimi yang baru keluar dari bilik air menyapa. Dia pelik melihat keadaan housemate nya itu. “Kau asal Qayyum?” Bahu lelaki itu ditepuk.


Qayyum diam. Tak kasi sebarang respon. Bergerak pun tak. Mata masih melekat pada skrin laptop.


“Asal gaya kau macam nampak kuda menunggang manusia je ni? What’s wrong huh?” Soalnya lagi bila Qayyum masih mengkakukan diri. “Qayyum Ismar!”


“Huh!?” Tersentak Qayyum dengan jeritan itu. Rahimi dipandang. “Mie…”


“Hmm.”


Is that true?”


“What?” Rahimi pelik.


“Email ni…” Email yang disangka kiriman dari Fazliyana dituding. Cuba kau baca.”


No hal.” Muka di dekatkan ke desktop. Sebaris demi sebaris ayat yang tertera di situ dibaca. Selepas satu minit… “Dia si Debab yang kau ceritakan kat aku tempoh hari?”


Yeah.”


“Yang dah curi hati kau tu?”


“Ahah.”


Girl yang berjaya buatkan kau jatuh cinta dalam satu hari je?”


Indeed!”


Tangan dihulur. “Congrates.”


Qayyum muka blur.


“Dey thambi!” Rahimi tepuk dahi. Member aku ni la… lambat pickup betul. “Kau tak bertepuk sebelah tangan lorh.”


“Really?” Qayyum masih dengan muka confuse.


“Iyolah.”


Reality?”


“Yup.”


“Bukan mimpi?”


“Iyeeee!!!” Balas Rahimi bersungguh-sungguh meyakinkan temannya itu.


“Mie!!!!” Tetiba Qayyum menjerit macam orang terkena histeria. Siap dengan terlompat-lompat lagi tuh. “Aku happy!” Bahu Rahimi diraih dengan tangan kanan.


“Aku nampak.”


“Aku nak balik raya kat Malaysia.”


“Aku setuju sangat.”


“Aku pun nak confess aku punya feeling kat dia.”


“Lagi aku setuju.”


“Aku sayang dia.”


“Aku tau.”


“And I do I love her too. So much!”


Yeah...yeah…yeah…” Terangguk-angguk Rahimi dengan kegembiraan temannya itu. Gaya macam apa lagi. Qayyum…Qayyum…


***


“PAPA…” Air mata yang ditahan mengalir juga. Tangan kasar Encik Fazli diraih dipagi raya yang mulia ini. “Yana mintak ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki.” Lembut tangan itu dicium. “Yana tau Yana banyak buat dosa dengan papa. Yana mintak ampun.” Sendu dah mula kedengaran.


Kepala si anak disentuh lembut. “Yana tak salah. Papa pun tak pernah salahkan Yana. Papa yang bersalah. Papa tinggalkan kamu semua macam tu je. Papa sanggup pilih dia dari kamu. Papa sanggup pukul kamu. Papa… Papa mintak maaf.” Pinta lelaki itu dengan tone sedih. Sungguh dia amat bersyukur bila Yana, Aril dan isterinya Idah masih sudi menerima dia kembali ke dalam keluarga ini walaupun dia banyak kesalahan dia terhadap mereka. Dua minggu lepas, panggilan yang diterima dari Fazliyana amat memeranjatkan dia. Anak gadisnya itu meminta dia pulang kembali ke rumah yang dah hampir empat tahun ditinggalkan. Mereka semua telah sudi memaafkannya. Itu sudah terlebih baik. Dia menyesal dengan tindakan bodoh yang pernah dilakukan. Demi sorang pompuan busuk hati yang baru dia kenali, dia sanggup meninggalkan keluarganya. Setelah puas wanita itu mengikis segala duitnya, Encik Fazli ditinggalkan. Dia menyesali tentang kebodohan dirinya sendiri. Tapi nasib baiklah Allah masih memberi peluang untuk dia meraih kebahagian kembali dengan keluarga tersayang.


“Yana sayang papa.” Sambung gadis itu lagi. “Tolong jangan tinggalkan kitorang lagi.”


Lantas tubuh anaknya dipeluk. Fazril yang tengah menunggu giliran di belakang kakaknya turut ditarik sama. Puan Wahidah di sebelah jugak dipeluk erat. “I’m so sorry…” Air mata mengalir setitis.


Tiga kepala hanya mengangguk. Sendu Puan Wahidah bergabung dengan Fazliyana.


***


“ASSALAMUALAIKUM.” Kedengaran suara orang memberi salam dari luar. Ketika itu Fazliyana dan Puan Wahidah sibuk menghidangkan juadah kepada para tetamu. Encik Fazli dan Aril pulak sibuk menyambut tetamu.


“Waalaikumussalam.” Jawab suami isteri itu serentak. Pintu utama dituju “Nani? Man?” Sepasang suami isteri itu pamer muka terkejut. Betul-betul terkejut dengan kunjungan insan-insan yang tak disangka-sangka.


“Terkejut ke tengok kitorang?” Soal Encik Azman, suami kepada Acik Nani.


Of course la. Sahabat lama datang, mesti la terkejut.” Balas Encik Fazli dengan muka ceria.


“Eh asal tunggu kat luar? Mari masuk.” Pelawa Puan Wahidah mesra.


“Yana mana?” Acik Nani menjangkan leher ke kiri dan kanan mencari kelibat Fazliyana.


“Dia kat dapur tengah buat air.”


“Cakap kat dia ada someone tengah tunggu dia kat luar.”


“Sape?” Fazril yang baru muncul sibuk menyoal.


Ada la… Suruh akak kamu keluar kejap.” Acik Nani dan suaminya tersenyum simpul.


“Okeyh.” Tanpa membuang masa Fazril melangkah ke arah dapur. “Akak!”


***


“HAISYH!” Kaki dihentak-hentak ke tanah. “Makhluk mana yang nak jumpa aku ni? Main-main betul! Aril ni memang nak kena backhand!” Protesnya sebelum menoleh berkira-kira ingin meninggalkan halaman gazebo itu.


“Kuatnya dia sampai nak backhand orang.”


Satu suara mencelah membuatkan langkah kaki terhenti. Dia? Jantung mula terasa ditarik-tarik. Dada dah berombak sakan.


“Dah tak sudi ke nak pandang muka hensem aku ni?”


Sah! Memang dia. Laju Fazliyana pusing 180ยบ ke belakang. Qayyum yang segak berbaju melayu warna peace direnung. “Kau?”


“Ye aku.” Senyuman dikupas.


“Hari tu cakap tak balik raya.”


“Memang. Tapi bila dah orang tu mintak aku balik jugak even sekejap pun, aku balik lah.”


Erk!? Kening kanan dan kiri hampir bertemu. “Orang? Sape? Awek ke?” Awek? Dia ada awek? Fazliyana dah tak senang hati.


“Yeah. Awek.” Qayyum senyum makin lebar.


“Kau dah ada awek ke?” Dengan hati yang berdegup kencang dia menyoal.


Erk!? Qayyum pelik. Asal respon dia macam tak tau pape pun? Ke dia buat-buat tak faham? “Belum. Tapi bakal ada.”


Muka Fazliyana berubah. “Bakal ada? Sape orang tu?” Sungguh ! Aku tak cukup kuat nak dengar pengakuan kau.


“Orang yang sent email kat aku last week. Orang yang luah dia punya feeling dengan email.”


Darah sejuk dah mula menjalar ke muka.“Oww… Even aku tak kenal who’s that lucky girl… aku nak ucap congrates kat kau.” Sedaya upaya senyuman ditarik. Plastik!


Qayyum tersengih-sengih. Saje je nak nak tayang muka cuak. “Asal ni? Kau malu ye dengan aku?”


“Malu!?”


Don’t worry lorh… Kau tak bertepuk sebelah tangan. Aku sambut cinta kau dengan hati yang terbuka.” Dengan lancar Qayum menutur. “Actually, aku pun dah jatuh cinta dengan kau masa kita jumpa kat rumah aku time kenduri kahwin Kak Neli dulu. Tapi aku malu nak cakap. Takut kau tolak aku mentah-mentah. Tapi tak sangka pulak kau lagi rushing dari aku. Aku memang salute kau la sebab kau berani luah cinta kau kat aku even kat dalam email. Aku…”


“Cup!” Qayyum yang asyik bercakap itu dipintas laju. “Email?”


“Yeah.”


“Aku ada hantar email kat kau ke?”


“Ahah.”


“Bila?”


Tergelak. “Kau buat-buat tak ingat eh? Malu ke?”


“Tak tak!” Laju Fazliyana menggeleng. “ Aku berani sumpah yang aku tak pernah send email kat kau. Sumpah!” Terang Fazliayana bersungguh-sungguh.


Senyuman Qayyum dah lesap entah ke mana dengan pengakuan jujur gadis itu. “Sumpah!?”


Angguk.


“Kau pernah dapat email aku?”


Geleng.


“Kau tak pernah hantar email kat aku?”


“Tak.”


“Kau tak pernah luah feeling kau melalui email?”


“Langsung tak.”


“Oh. My. Allah!” Qayyum ternganga luas. “Dah tu sape yang sent email kat aku?”


“Mana aku tau.”


Dush! Qayyum Ismar! Kau dah buat salah besar. Kau dah malukan diri sendiri. Kau dah… “Sorry. Aku tersalah sangka. Anggap je apa yg aku cakap tadi tu joke je. Aku masuk dulu. Haus.” Dan-dan dia kasi alasan. Kaki diangkat. Muka dah blushing. Memang malu habis. Aku dah tersyok sendiri kah? Alahai~~


“Kau!” Panggil Fazliyana bila Qayyum dah menapak lima langkah ke depan.


Lelaki itu memberhentikan langkah. Tanpa menoleh.. “Hmm.”


“Betul ke apa yang kau luah tadi?”


“Kan aku dah cakap anggap joke je.” Lemah suara Qayyum membalas.


“Tapi… kalau… aku… nak take it serious boleh?” Lambat-lambat Fazliyana bertanya.


Laju Qayyum menoleh menghadap gadis yang tengah menundukkan muka ke bawah. “Sungguh!?”


Perlahan-lahan gadis itu mengangguk.


Meaning…”


“Aku pun ada rasa yang sama. Apa yang kau rasa aku pun rasa.” Lancar Fazliyana berterus-terang.


Serious!?” Qayyum cuba mengintai muka gadis yang dah berjaya mencuri hati dia.


Bersungguh-sungguh Fazliyana mengiyakan.


Senyuman yang lesap tadi kembali pulang. Malah semakin lebar. Dia berjalan mendekati gadis itu. “Debab a.k.a Kerdil a.k.a Amal Fazliyana…”Tarik nafas. “Aku suka kau. And I do I love you.”


Makin berdetak-detak jantung Fazliyana dengan confession lelaki itu. Bibir bawah digigit. “Ranting a.k.a Mamat kerek a.k.a Qayyum Ismar…” Tarik nafas. Mata diangkat mencari sepasang redup milik Qayyum. “…aku pun.”


“Kau pun apa?”


“Aku pun ada rasa yang sama.”


“Rasa apa?” Sengaja Qayyum menduga.


“Rasa cinta.”


“Yela. Pada sape?” Sakatnya lagi sambil tersengih nakal. Asal susah sangat nak sebut I do I love you too?


“Kau la.” Haisyh! Dia ni memang la…


“Kau tu sape?”


Merengus kasar. Mata dipejam rapat. “Ranting a.k.a Mamat kerek a.ka. Qayyum Ismar!!! I do I love you too!!!” Dengan penuh rasa bengang Fazliyana meluah rasa. Alamak! Terlepas sudah. Ibu!!! Malu~~


“Hahaha!” Qayyum pecah tawa dengan riaksi gadis itu. Thanks.”


Diam. Masih memandang tanah.


Dah la Qayyum. Kau dah dapat apa yang kau nak kan? So janganlah usik dia lagi. Takut nangis karang. “Aku haus. Tolong sediakan aku air.” Pinta Qayyum yang berkira-kira hendak mengorak langkah.


“Dah tersedia kat dalam pun.”


“Masuk makan jom? Aku lapar.” Kaki diangkat.


“Kau! Apa status kita sekarang?” Cepat-cepat Fazliyana menyoal bila Qayyum dah berada di tiga meter di depan.


In a relationship.” Balas Qayyum tanpa menoleh.


“Really?”


Yes Darling.” Sempat dia kejip sebelah mata pada Fazliyana sebelum melangkah masuk ke dalam rumah meningglakna gadis itu kesorangan.


Fazliyana tersipu-sipu malu. “Aku nak buat pengakuan…Qayyum Ismar b Azman adalah lelaki idaman aku.” Ujarnya pada diri sendiri. Tak lama kemudian, Fazliyana mengorak langkah menuju ke pintu utama. Tetiba langkahnya terhenti bila sesuatu melintas di kepala. “Sape yang sent email dekat dia eh?”


“Assalamualaikum Yana.”


“Waalaikumussalam.” Dia tersentak bila Ju yang muncul entah dari mana menyapa mesra. Gadis itu nampak jelita dengan baju kebaya yang dipakainya. Okey, aku rasa aku dah dapat jawapan sape insan bertuah tu. “Thanks Ju.”


Muka Ju nampak pelik. “Sebab?


“Sebab kau sent email kat Qayyum.”


“Erk!?” Ju tayang anak tekak. Dia terkulat-kulat. “Yana…”


“Tarak hal la…”Fazliyana tersenyum. Tubuh sahabatnya itu dipeluk erat. Ju, aku betul-betul rasa bahagia. Ya Allah, aku mohon padamu agar hubungan aku dengan dia diberkati sehingga ke akhir hayat. Amin…

toucholic

toucholic

Hot N Cold

Hot N Cold
Apa yang terjadi bila air panas bertemu dengan ais cube?

sweet sours

sweet sours
friendship is a sweet relationship

Bila Amar Dah Suka Dia

Bila Amar Dah Suka Dia
Inilah jadinya bila Amar dah jatuh chenta