Chill Out ~~ ^_* (kalau tak suka lagu boleh stop kt atas ni)

new updated!


new n3 :-)

# Hot And Cold (Bab 5)
# Hot And Cold (Bab 4)
# Hot And Cold (Bab 3)

* my new email (YM, FB) :"carl_aryana89@yahoo.com"

(^__^)

(^__^)

Kalaulah Hot n Cold dapat peluang ke untuk ke versi cetak.. apa kata kalian?

Monday, October 26, 2009

Bila Amar Dah Suka Dia 5

“HUH!?” Mata meliar ke dalam rumah sebaik saja pintu dikuak. Gelap. Seluruh rumah gelap gelita. Aqilah berkerut dahi. Teraba-raba dia berjalan mencari suis lampu. “Mana pergi pulak si Lissa ni? Kan aku dah pesan malam ni jangan pergi mana-mana. Tunggu aku balik. Tup-tup lesap macam tu je.”Omelnya sambil tangan meraba-raba dinding. “ Dah tu boleh pulak biar rumah bergelap macam ni? Kalau pencuri masuk tu macam mana? Hailah si Lissa ni!”


“Tak adanya pencuri berani masuk sini.”


“Opocot nenek aku tak ada gigi!” Sungguh la Aqilah terkejut bila disergah tetiba dari belakang. Cepat-cepat dada digosok.


“Hahaha!” Lissa yang tengah megah bersantai di sofa pecah tawa mendengar temannya itu melatah. Pantas dia berdiri memetik suis lampu. Dalam sekelip mata suasana gelap dah bertukar cerah.


“Weyh!” Laju Aqilah menampar bahu gadis yang masih galak ketawa itu. “Asal kau tutup semua lampu? Tengah bertapa ke apa?” Soalnya dengan tone garang. Muka Lissa direnung tajam.


“Rilex ar beb.” Tawa yang masih bersisa cuba dibuang terus. Aqilah dihampiri. Bahu gadis itu dirangkul mesra. “Aku mengintip tadi. Tu sebab ar gelapkan satu rumah.” Tadi bila telinga menangkap je bunyi enjin kereta yang bertapak di depan rumah, laju dia berlari menutup semua lampu dengan niat ingin mengintip siapakah gerangannya pemuda bertuah yang dijodohkan dengan sahabatnya itu.


“Mengintip dalam cerah pun boleh what. Asal nak bergelap pulak?”


Ala…” Aqilah ditarik ke sofa. “Dalam gelap lagi feeling.”


“Cehh!” Lissa dijeling sekilas. “Feeling otak kau. Boleh pulak macam tu?” Tergeleng-geleng Aqilah dengan jawapan yang diterima. Sungguh la pelik dengan minah ni sorang. Handbag dilempar ke sofa seberang sebelum merebahkan diri di sebelah Lissa. Kerongsang dibawah dagu dibuka. Tudung ditanggal dan diletak di atas meja telefon sebelum mata dipejam.


“Weyh.”


Mata dipejam rapat.


“Qilah.” Bahu gadis itu disentuh bila Aqilah masih tak kasi respon.


Pun masih dengan gaya yang sama.


“Aqilah!” Kuat tubuh itu digoncang. Lissa bengang bila panggilannya tidak bersahut. Ini mesti kes tak nak kongsi story dengan aku. Takut aku tembak banyak soalan ar tu. Hampeh punya member.


“Aku ngantuk ni. Kasi aku tidur kejap.” Ujar Aqilah tanpa membuka mata. Dia mengiring membelakangi Lissa. Mulut mungil itu koyak senyuman nakal. Nak aku story ke? Sorry ar. Gila letih ni. Nak cakap pun dah tak larat. Dahsyat betul kau Qilah. Satu hari kau merayap dengan lelaki yang kau tak pernah kenal. Nasib baiklah kau selamat balik tanpa ditimpa bala yang entah pape. Kalau tidak…


“Ooo… tape-tape…” Lissa menjuih bibir bawah. Dia turut menoleh membelakangi Aqilah. “Macam ni ar kawan. Bila dapat keluar dengan balak baru terus lupakan aku. Dengan aku pun dah tanak story lagi. Sampai betul hati kau.” Tutur Lissa dengan tone sedih.Actually buat-buat sedih. Saja dia nak psiko Aqilah.


Mendengar ayat-ayat sayu itu membuatkan Aqilah mencelik luas. Merajuk kah Lissa? Tubuh dipusing kembali ke kanan. Belakang Lissa yang ditepuk. “Weyh! I’m kidding lorh. Tu pun nak touching.”


“Blah ar kau!” Tangan yang mendarat di bahu kanannya ditepis. “Jangan cakap dengan aku. Aku touching ni.”


Erk!? Touching pun kena bagitau ke? “Weyh…” Aqilah cuba memujuk. “Rilex ar Lissa. Asal nak touching segala pulak ni? Okey-okey…” Dia melipat sila. Tubuh Lissa ditarik bertentangan “…aku nak story ar ni. Cepat ar tanya.”


“Malas ar aku. Tadi aku nak tanya kau buat dek jek.” Lissa masih dengan gaya buat-buat merajuk.


“Hak alorh. Itu pun nak touching.” Aqilah mencebik.


“Of course ar touching. Kau tu… Special punya kes nak simpan sorang-sorang. Dengan sahabat sendiri pun tanak story. Zalim betul.” Muncung garuda dah terbit panjang.


“Bukan tanak story la. Kau tak nampak ke aku dah nazak sangat ni? Gila letih. Satu hari suntuk aku berjalan dengan cucu Haji Rahim. Macam nak tercabut je lutut ni.” Bebel gadis itu dengan muka monyok. Kedua-dua kakinya diurut-urut. Lenguh la pulak kaki aku ni.


“Kalau dah tau kau akan nazak sampai macam ni, asal kau tak suruh je thay guy surung kau dengan troli pusing satu TS (Times Square). Kan seribu kali bagus. Kau tak yah nak susah-susah berjalan.” Seloroh Lissa sambil menghembur tawa kuat. Sendiri buat lawak sendiri gelak. Heh!


“Ha.Ha.Ha.” Aqilah pura-pura ketawa. “Tahniah! Kau memang pandai buat lawak.” Pujinya tak ikhlas. Aku dah lenguh kaki ya amat ni lagi mau buat lawak yang langsung tak rasa nak gelak. Hatoii!


“Thanks a lot for your compliment.” Lebar sengih ditarik. Kedudukan diselesakan. Betul-betul menghadap muka temannya itu. “So… Apa kisah tadi?”


“Kisah yang langsung tak best.” Botol minyak angin yang terletak di hujung meja dicapai lalu dihulur pada Lissa. “Tolong urut kaki aku boleh?” Pintanya manja sambil mata dikelip-kelip tiga kali.


“Yela-yela aku urutkan kaki kau. Tapi with one condition.”


“Apa?”


“Cerita kat aku pasal dating kau hari ni dari mula sampai habis. Deal?”


“Hmmph!” Aqilah mengeluh panjang. “Ada another choice?”


“Nope!”


“Yeah…yeah..yeah…” Akhirnya Aqilah bersetuju. Kalau dengan Lissa ni jangan harap boleh terlepas sebesar kuman cerita pun. Mesti dia nak jugak tau. Nafas ditarik. “Tadi…” Kisah dari Amar menjemput dia sejak pagi tadi sampailah dia selamat dihantar ke rumah dicerita pada Lissa. Gadis itu mendengar dengan penuh kusyuk. Sesekali dia menyampuk.


Lima belas minit berlalu… “Hahaha!” Terhinjut-hinjut bahu Lissa ketawa. Siap dengan mata berair lagi bila Aqilah bercerita pasal Amar makan menggunakan tangan kiri. “Biar betik? Lawak ar cucu Haji Rahim tu. Boleh pulak makan dengan tangan kiri? Tak pernah dibuat orang dewasa. Kalau budak-budak umur bawah dua tahun kot la boleh diterima. Tapi dia…” Kepala digeleng-geleng. Ketawa bersambung lagi.


Aqilah muka masam. “Tu la pasal. Aku pun terkejut beruk jugak time tu. Tapi macam biasa ar. Aku kan pandai cover situasi. Maka tersusunlah ayat-ayat cover.” Senyuman bangga tersungging. “Ada satu lagi sikap dia yang tak boleh blah.”


“Apa apa?” Laju Lissa bertanya dengan muka nak tau sangat-sangat.


“Dia. Sangat. Cerewet. Cerewet ya amat.”


“Asal?”


“Tadi…”


“Masuk kedai baju ni?” Ajak Amar seraya membelok ke kiri. Kedai baju yang penuh dengan baju-baju berjenama dituju.


“It’s up to you. Saya ikut je.” Balas Aqilah dengan senyuman yang cuba dimaniskan. Empat kaki melangkah masuk ke dalam kedai. Keadaan dalam kedai itu yang agak bersesak-sesak membuatkan Aqilah terpaksa mengekor Amar agak rapat dari belakang.


Sehelai t-shirt warna hitam putih diangkat dari gantungan. Amar membelek lama t-shirt tersebut. Ditayang pula kepada Aqilah. “T-shirt ni lawa tapi tu la… tak banyak corak. Tak nampak bestt.” Ujarnya tanpa ditanya.


Aqilah menatap t-shirt yang terlayang di depan mata. “Saya tengok cantik elok je corak tu. Kosong tu la sedap mata memandang. Kalau yang banyak corak tu naik juling pulak mata orang dok tengok. Serabut.” Komen Aqilah panjang lebar.


“Tak kisah la macam mana pandangan orang. Kalau saya dah suka tu saya pakai jugak.” Balas Amar dengan muka bongkak. T-shirt tadi dibiar terjatuh ke lantai sebelum dia berlalu mendapatkan t-shirt yang lain.


Tercengang tiga saat bila melihat telatah tak bermoral lelaki itu. Aqilah merengus geram. “Kurang centre betul mamat ni. Poyo yang entah pape. Boleh pulak lempar macam tu je baju ni” Badan ditunduk mencapai t-shirt yang terbentang megah di atas lantai lalu disangkut semula ke tempatnya. “Macam ni ke perangai insan yang dah pegang umur 29 tahun?Anak murid aku kat tabika pun perangai tak macam ni. Urgh!”


“Sweater ni? Okay tak dengan saya?” Sehelai sweater bercorak bintang-bintang kecil dipadan ke tubuh.


“Langsung tak okay.” Tanpa berfikir panjang gadis itu memberi jawapan.


Amar tersentak. “Asal pulak?” Aku rasa elok sangat sweater ni dengan aku.


“Sebab awak dah tua.”


“Huh!?”


“Hello Encik Amar.” Sweater ditangan Amar diambil. “ Sweater bercorak macam ni just sesuai dengan remaja jek. Awak bukan remaja lagi. So, pandai-pandai fikir mana yang sesuai and mana yang tak sesuai dengan umur awak.” Dengan muka innocent Aqilah menghentam Amar yang dah pun terpempan ketika itu. Amek kau! Rasakan! Tak padan dengan umur lagi mau berlagak muda. Huh!


Melihat Amar yang terkaku ditempatnya berdiri Aqilah tersengih jahat. Padan muka! Tersentap ke?Hahaha.


Nafas dihela kasar. Boleh tahan jugak this gadis. Sesenang kacang jek aku dihentam. Aku? Tua? Sangat tak boleh diterima. Tau la umur aku dah hujung 20-an. Tapi gaya remaja still ada okay!


“Kita ke sana pulak.” Ajak Amar seraya menuding jari ke arah bahagian jeans. Rasa yang remuk dek sindiran Aqilah tadi dibuang jauh.


Gadis itu hanya membalas dengan menjungkit bahu.


“Tolong pilih sehelai jeans untuk saya.” Arah Amar sebaik saja mereka berada di hadapan puluhan seluar jeans Levi’s yang tersangkut kemas.


Erk!? “Pilih sendiri la. Karang saya pilih tak kena dengan selera awak pulak.”


“Saya nak awak pilihkan untuk saya. Kalau saya tak berkenan saya reject.” Kata Amar seraya memasukkan tangan ke dalam poket.


Diam sekejap. Berfikir sejenak. “Okey.” Akhirnya Aqilah bersetuju dengan cadangan lelaki itu. Tanpa mebuang masa dia mecapai sehelai jeans blue-black ditayang pada Amar. “This one?”


“Blue-black?” Laju Amar menggeleng. “Next.”


Ewah. Gaya macam aku tengah buat slide show depan dia jek. Main next-next pulak. Seluar tadi disangkut semula. Dicapai pula sehelai jeans warna biru lusuh. “Suka ini?”


Dagu diurut-urut sambil mata memandang tepat ke arah jeans yang dipegang Aqilah. “Next.”


Haisyh!!!


“Yang ini?”


“Yang lain.”


“Ini?”


“Tanak.”


“This one.”


“Next.”


“How about this one?”


“Nampak tua.”


“Ni pulak?”


“Too childish.”


Grrrgghhh!!!! “Last saya pilih.” Suara Aqilah dah berubah nada. Sungguh aku dah gila tensi dengan this guy! Ada jugak rasa nak campak dia masuk gaung. Itu tak nak. Ini tak kena. Nampak tua la.. childish la.. Hailah! “Kalau awak tak berkenan jugak, tolong pilih sendiri okey.”


Amar tak mengeluarkan sebarang suara. Dia hanya menjungkit bahu. Dalam hati dah ketawa kuat melihat muka cemberut gadis itu. Yess! Berjaya jugak aku kenakan dia. Hahaha…


Tengah Aqilah sibuk memilih jeans untuk Amar, sekumpulan remaja lelaki menuju ke arah mereka untuk membelek jeans-jenas yang berada di situ. Aqilah dah mula rasa tak selesa. Muka berubah cemas. Rasa rimas pun ada bila remaja-remaja tersebut berdiri berhampiran dengannya. Dua kali bahunya dilanggar.


Melihat Aqilah yang cuba mengelak dari terlanggar dengan bebudak tadi membuatkan Amar tersenyum nipis. Jatuh simpati dengan ketidakselesaan gadis itu. Kesian pulak aku dengan this girl. “Keuar jom?”


“Asal? Bukan awak nak beli seluar ke?” Dengan kening bercantum dia bertanya.


“Dah tak rasa nak beli dah. Semua tak berkenan.”


“Tadi kan awak…”


“Itu tadi. Sekarang dah tak nak beli.” Potong Amar laju seraya melangkah keluar dari kedai tersebut.


Urgh!!! Tadi sibuk sangat paksa aku pilihkan jeans untuk dia. Tetiba tak nak pulak. That guy sangat menyakitkan hati! Desis hatinya sendiri sambil merenung Amar yang dah pun berada di luar kedai.


“Hai awak.” Satu suara meyapa dari kiri.


Aqilah tersentak. Salah sorang dari sekumpulan remaja lelaki tadi menegur dia. Siap senyum gatal lagi tu.


“Sape nama? Minta phone number boleh?” Sorang lagi nak jugak menyelit.


Tanpa membuang masa terus Aqilah berlari keluar dari kelompok itu. Apa la nak jadi dengan budak-budak zaman sekarang? Urgh!


“Asal tak stay kat dalam je?” Sindir Amar bila Aqilah dah berjalan disebelah.


Aqilah menjeling sekilas lelaki itu. Perli aku ar tu. “Dah saya datang dengan awak, terpaksa la saya ikut awak ke mana-mana pun. Karang sape nak hantar saya balik?”


Tersentap Amar mendengar jawapan yang diberikan. Asal la this girl sangat suka menjawab huh?


“Hahaha!” Lagi kuat dari tadi Lissa meledakkan tawa. Cerita Aqilah tentang Amar sangat mencuit hati. “Aku rasa la. korang ni sesuai sangat. Entah-entah dia memang jodoh kau tak?”


“Entah la Lissa. Aku pun tatau. Andai betul dia tu jodoh aku… Insan yang ditakdirkan untuk menjadi suami aku… Lelaki yang diatur oleh Allah untuk menjaga aku hingga hujung nyawa… Dan aku adalah separuh tulang rusuk dia yang hilang… Aku akan terima dengan redha. InsyaAllah aku akan cuba untuk terima dia kalau dia yang ditakdirkan untuk aku. InsyaAllah.” Lembut Aqilah bersuara sebelum dia berdiri.


Lissa yang mendengar hanya tersenyum. “Aku harap kau akan dikurniakan kehidupan yang bahagia wahai sahabat.”


“Harap kau pun macam tu Lissa.” Senyuman Lissa dibalas. “Eh naik atas jom? Aku dah mengatuk ya amat ni. That guy memang suka menyusahkan aku.” Sambungnya lagi sambil tergeleng-geleng bila muka Amr sesekali menerpa di ruang mata.


Senyuman Lissa melebar. Dia berdiri memeluk bahu Aqilah. “Sabar je la.”


***


“AM!!!”


“Oh mak kau basuh kain!” Handphone yang berada ditangan Izham terpelanting jauh ke atas tilam. Punya terkejut gila dengan sergahan Amar yang tetiba muncul di muka pintu bilik.


“Izham!” Amar melulu mendapatkan temannya itu. Bahu lelaki itu digoncang kuat.


“Woi!” Terpempan Izham dengan perbuatan Amar itu. Goncangan kuat Amar
membuatkan kepala dia pening sekejap. “Kau asal?” Pegangan Amar pada bahunya dileraikan. “Main redah je masuk bilik orang. Dah tu melalak entah pape. Buat terkejut aku je. Ingatkan gempa bumi apa ke tadi. Haisyh! ” Handphone yang mendarat di atas katil dicapai. “Nasib baik phone aku tak rosak. Kalau tak, nak mesej tunang pun tak boleh!” Senget mulut Izham membebelkan Amar.


“Tunang?” Amar mencebik. “Sejak bila kau ada tunang?”Amar buat muka jelik. Katil Izham yang kemas di duduk dengan ganasnya.


“Weyh! Habis semak katil aku. Baru tadi je aku kemas cantik-cantik. Kau datang je terus katil aku bertukar wajah.” Omel lelaki itu sambil ligat menekan punat telefon.


“Kau mesej dengan sape?”


Ada ar. Mana boleh bagitau. Tak rahsia la.” Balas Izham dengan muka budak-budaknya. Se;amat satu mesej di balas.


“Ceh! Aku bet kau mesej dengan anak Mak Nab kampung atuk kau kan?” Teka Amar sambil angkat kening tiga kali. Salsabila, anak perempuan Mak Nab yang tinggal dikampung atuk Izham. Hampir dua bulan Izham mengenali gadis itu. dan hampir dua bulan jugak lah temannya itu berusaha untuk menawan hati anak Mak Nab itu namun sampai sekarang masih belum berjaya. Entah kenapa la susah sangat Salsabila nak terima sahabatku ini? Bukanya dia tak ada rupa. Sekali pandang nampak macam Ikuta Toma. Dua kali pandang… entah la. No komen. Kalau nak cakap pasal duit. Poket tu sentiasa berisi. Engineer Petroleum weyh. Duit masuk macam air. Budi bahasa pun ada. Hormat orang tua. Nak-nak lagi dengan Haji Rahim. Bila lalu je depan atuk aku tu siap tunduk lagi tuh. Kasi hormat. Nasib baik tak angkat tabik je dekat bekas tentera tu. Dah tu? Apa lagi yang kau nak dari Am, Salsabila?


“Weyh!” Bukk!


“Sakit la weyh!” Adu Amar kuat bila bahunya didarat dengan tmbukan Sasuke dari Izham.


“Sape suruh ka tak jawab soalan aku? Kan dah kena.” Izham pamer muka tak bersalah.


“Kau tanya apa?” Kesan tumbukan tadi digosok-gosok. “Aku lumpuh separuh badan esok, aku kejar kau sampai lubang cacing!”


“Hak allorh. Gaya macam aku takut jek. Asal kau tetiba je macam orang kena kejar dengan tenggiling je tadi? Cemas lain macam datang cari aku.”Izham tarik kerusi lalu duduk bertentangan dengan Amar. “Kali ni atuk kau paksa kau buat apa pulak? Kahwin dengan Letchmi kedai gunting rambut tu ke? Tak pun dengan Swee Lan anak taukeh kilang taugeh kat hujung jalan sana.”


“Otak kau!” Bahu Izham pula menjadi sasaran tumbukan Amar. “Aku tengah serious ni!”


“Yela-yela. Gurau pun tak boleh.” Kesan tumbukan Amar digosok-gosok. Pedih beb! “Apa problem, buddy? Amacam dengan date kau?”


“Entah.” Muka Amar nampak kusut.


“Entah?”


Diam sepuluh saat. Nak cerita ke tanak? Cerita ke tanak? Cerita ke…Ah! Cerita la.“Am, asal sejak hantar cikgu tabika tu balik rumah tadi aku asyik terfikir pasal dia? Tadi semua orang yang lintas jalan kat trafficlight pun aku nampak macam dia. Then bila balik rumah tadi, muka Mak Kinah yang tengah kemas dapur pun aku nampak macam muka Aqilah.”


“Aqilah?”


“Her name.”


“Owww… Sambung-sambung.”


“Lepas tu bila atuk aku balik dari ofis tadi aku nampak…”


“Tongkat atuk pun dah berubah jadi muka Aqilah?” Sampuk Izham laju. Tiga saat kemudian dia pecah tawa.


“Bukan la! Muka atuk.” Amar menjegil sahabatnya itu. Ada ke patut muka Aqilah yang cantik manis tu nak disamakan dengan tongkat Haji Rahim??? Sunggub tak masuk akal langsung!


Izham pegang perut. Cuba control gelak.“Sekarang muka aku nampak macam dia tak?” Dia angkat kening.


Amar diam. Muka Izham dibelek lama. “Little bit.”


“Sah!”Tingkah Izham seraya menepuk meja komputernya. Kuat.


Amar buat muka pelik. “Apa yang sahnya?”


“Sah yang kau falling in love with Aqilah.”


“Takkan la kot? Baru first time aku jumpa dia hari ni. Takkan senang-senang je aku jatuh cinta? Imposible ar…” Amar menggeleng laju. Gila ke apa nak jatuh cinta dalam satu hari???


“Apa yang imposiblenya? Cinta ekspress.”


“Tapi…”


“Rilex ar bro. Apa yang gelabah sangat ni? First time jatuh cinta pun cemas lain macam. Kecoh ar…” Izham cuba menenangkan lelaki itu. Ni la jadinya kalau Amar Taqiuddin tak pernah jatuh cinta.


“Betul ke, Am?” Muka Amar serius.


“Betul apa?”


“Aku dah jatuh cinta dengan dia?”


“Rasanya la kot.”


“Kau jangan nak main rasa-rasa!” Marah Amar. Ingat ni rancangan masak bersama Ayamas ke nak main rasa-rasa segala?


“Sepatutnya kau yang lebih faham feeling kau. Bukan aku.”


Diam.“Macam tu eh?” Amar picit pangkal hidung.


“Yeah macam tu.” Terangguk-annguk Izham mengiyakan kata-katanya.


“Ah!” Tetiba Amar berdiri sambil mengibas tangan.


“Ni apehal pulak? Tetiba je mengamuk.” Pelik Izham dengan tindakan drastik temannya itu. Baru jatuh cinta dah gila lain macam.


“Aku tak rasa ini cinta.”


“Erk!? Asal?”

“Sebab aku tau aku tak akan jatuh cinta dengan dia. Never!”


“Kau yakin ke?”


“100% aku yakin.” Sungguh-sungguh Amar mangangguk.


“Okey. Wait and see.”


“Okey. Wait and see.”


“Kalau kau kalah?” Tiga kali kening digerak-gerak.


“Kau nak apa? Cakap je. Aku kasi.” Dengan muka perasan dia akan menang Amar menutur.


“Betul ni?”


“Yup.”


“Kau jangan menyesal.”


“Cepat la cakap.”


“Aku nak semua harta Haji Rahim.”


“Pardon?”


“You heard me,buddy.”


Hampir tersembul mata Amar. “Weyh! Itu namanya kita sengaja menempah maut dengan beliau!”


“Hakhakhak!!!”

************************************************************************************

hepy reading~~~ ( *V*)V

Thursday, October 22, 2009

Bila Amar Dah Suka Dia 4

LAGI 20 saat pukul 9 pagi, Mercedes-Benz SLK-class R171 milik Amar dah terparking elok depan pintu pagar Tabika Seri Melati. Amar toleh kanan. “Mana dia? Takde orang pun. Sunyi je.” Stereng diketuk-ketuk mengikut rentak music yang melalak kuat. Kalau tiga jam dengar sure boleh pekak. Punya la berdentum dentam suasana dalam kereta itu. Ni semua Izham punya idea. Dia cakap…


“Esok kau buat perkara yang akan menyebabkan cikgu tabika tu tak suka dengan kau.” Cadang Izham ketika mereka tengah menjamu selera di Restoran Sri Bunga. Lengan kemeja diselingsing ke atas bahu. Kolar diangkat. Panasnya la hari ni.


“Uih! Taknak ar. Aku orang beriman tahu!” Sangkal Amar laju. Gigitan pada paha ayam terhenti. Muka lelaki yang bertentangan dengan dia direnung garang. Ada ke patut dia suruh aku buat perkara tak bermoral? Member apa macam ni punya gaya?


Bukk! Tak semena-mena tumbukan Naruto melekat dibahu lelaki itu. “Aku bukan suruh kau sentuh dia ke apa.” Izham tayang muka bengang. Kalau dah pending tu… Haisyh!


“Oww…” Mulut Amar separuh terngaga. Paha ayam diletak kembali ke dalam pinggan. Dicapai pulak fish ball masak sup ke mulut. “Go on.”


“Kau buat je la pape pun sampai dia rasa jijik dengan kau.”


Uhuk! Uhuk! Tersedak sekejap. Teh O ais dihirup rakus. Amar tepuk dada tiga kali. Cuba meredakan kesedakan dia. “Jijik!?”Terbuntang dia menjengil Izham. Ada ke orang nak buat orang lain jijik dengan dia? Am ni dah buang tabiat ke apa?


Nafas dihela. Izham tepuk dahi. Adoiyai…“Actually takde la sampai jijik. Lebih kurang je. Aku tak tahu nak guna istilah apa tu sebab ar pakai istilah ‘jijik’. Kau jangan touching pulak. Sumpah aku takde niat nak cakap kau jijik.” Bersungguh-sungguh Izham menutur. Karang kalau dia silap tafsir sentap la pulak.


Amar diam. Kata-kata Izham direnung-renungkan. “Hmmm…” Dia mengurut-ngurut dagu. “Aku tau!” Sengihan tersungging.


Tuk!tuk!tuk! Ketukan di cermin kereta membuatkan Amar tersedar dari lamunan. Laju dia toleh kanan. Terpegun Amar melihat seorang gadis yang bertudung litup yang dah berdiri di luar kereta. Cermin diturunkan. “Hai adik manis. May I help you?” Soalnya pada gadis ayu berbaju kurung warna violet itu.


“Assalamualaikum.” Suara lembut itu menyapa. Tak reti bagi salam ke? Harap nama je umat Islam. Salam entah ke mana. Belasah je tegur orang. Ini ke cucu Haji Rahim?


Erk!? Amar gigit lidah. Awal-awal pagi nan indah ini pun aku dah dikenakan. “Waalaikumussalam.”


Cuba tersenyum. Reti pun jawab salam. “Awak Amar, cucu Haji Rahim?” Mata redup Amar yang tengah menghadap muka dia dikerling tiga saat. Jangan padang lama-lama Qilah! Karang dia baca mantera yang boleh buat kau pengsan mampus. Tak pasal-pasal celik-celik je kau dah tersadai elok kat tengah-tengah hutan. Nak ke macam tu? Tanak!!!


Tersentak. Macam mana dia tau Haji Rahim B Seman tu atuk aku? Is she…???”Awak…”


“Nur Aqilah.” Potong gadis itu sambil tersenyum manis. Actually senyum yang cuba sedaya upaya dimaniskan. Salah satu petua yang dilistkan oleh Lissa tengah malam semalam.


“First… smile.” Pipi Aqilah ditolak dengan tangan.


“Like this?” Sungguh! Sangat lebar gadis itu tarik senyum. Dah nak sampai ke belakang telinga pun.


“Haisyh!” Laju Lissa menepuk lengan Aqilah. “Aku serius ni kau memain pulak.”


“Dah tu?” Aqilah muka bosan. “Tadi kau suruh aku senyum. Aku pun buat je la.”


“Memang la. Tapi jangan lah sampai nampak macam wayar normal kau tercabut. Hatoii!!!” Tiga kali dahi sendiri ditampar. Sungguh aku pening dengan this gadis. Pending tak sudah-sudah.


“Second?”


“Polite.”


“Huh! Macam aku kasar sangat jek!”


“Haisyh! Aku nak ingatkan je.”


“Third?”


“Jangan pandang mata dia selalu.”


“Tau. Tak pasal-pasal aku kena mantera yang entah pape. Sedar-sedar je aku dah ada kat sempadan.” Selamba Aqilah menutur. Tangan ligat membalas komen di facebook yang terbantang depan mata.


“Aqilah!” Tegas Lissa menyebut nama emannya it. Mata terbelalak merenung Aqilah. “Suka sangat tuduh orang macam tu. Kau belum kenal dia lagi okey. Mana tau kot-kot dia sebaik-baik orang beriman.”


Mencebik tak puas hati.. “Pandai la kau menilai.”


Cuba think positive.”


“Baikkkkk!” Tekan gadis itu dengan muka nak tak nak. “Lagi?”


“Kau tak nak dia amek kesempatan dekat kau kan?”


“Totally yeah.”


“Kalau macam tu, apa kata kalau kau pakai…”


“Purdah?”Laju dia menyampuk. “Sangat agree!”


Erk!? Ke situ pula dia. “Tak kan lah sampai nak pakai purdah? Aku rasa no need kot. Why not kau pakai baju yang nampak sopan?”


Gaya cakap macam aku pakai baju tak sopan je before ni. Hello! Aku bertudung okey!. Baju pun elok je tutup aurat.” Protes Aqilah dengan muka tak puas hati.


“Ye ye aku tau.”


“Dah tu?”


“Maksud aku…. Kau kan nak elak dari bad thing terjadi kat kau kan? So…”


“Gotcha!” Sekali lagi kata-kata Lissa dicelah lebih pantas dari kilat. Aqilah tergelak suka. Dalam kepala otak dah terlakar mind map yang tercabang beberapa steps yang bakal diguna untuk esok hari. See… Nur Aqilah sangat genius right?


“Kau ada terfikir something yang gempak ke?” Soal Lissa dengan muka betul-betul ingin tahu.


Ada ar.” Kening kiri dijungkit tinggi.


“What?”


“Luar biasa.”


“Apa dia?”


“Kena bagitau kau ke?”


Mata mencerun ke muka Aqilah. “Asal? Secret sangat ke?”


“Kalau dengan kau… tidak lah secret.”


Koyak sengih puas. “So?”


Telan liur tiga kali. Nafas ditarik panjang. “Sini aku story.” Telinga Lissa ditarik dekat.


“Bakal isteri saya?”


“Huh!?” Perbualannya dengan Lissa semalam terbang entah ke mana. Tersentak tiga saat dengan sergahan lelaki itu. “Pardon?”


“Konon-konon la…” Amar muka bosan. Konon-konon je la kau nak jadi isteri aku.


Kepala diangguk perlahan.“InsyaAllah.” Kau nak ke kahwin dengan dia Qilah?


Heh! Amar kupas senyum sinis. Just wait and see. Aku akan buat sampai kau sewel. “Hahaha!” Tanpa sedar Amar ketawa kuat.


“Amar, awak okey ke?” Melihat keadaan Amar itu, Aqilah bertanya. Asal pulak dengan mamat ni? Tetiba je sewel lain macam jek? Gelak sorang-sorang pulak tu? Are you centre or not?


Ketawa mati. Amar tersentak. Kau apsal Amar? Dah gila? Tadi cakap nak sewelkan dia. Tup-tup kau yang sewelkan diri sendiri! Amar cubit paha paha kanan. Perasaan malu dah menerpa. “Okey. I’m okey. Urat ketawa bergerak. Tu sebab ar tetiba saya gelak.” Lantak ar alasan munasabah ke tak. Asal aku boleh lepas sudah.


“Oow.” Mulut Aqilah membentuk O. Boleh pulak macam tu?


Shall we?”


Angguk.


First step, jangan buka pintu kereta untuk dia. Mesti dia fikir aku tak romantik. Haha. “Buka pintu sendiri eh.”


Aqilah tercengang sekejap.


“Atuk saya cakap jangan bagi muka kat pompuan sangat. Nanti dia makin mengada-ngada.” Amik kau! Sekali dengan nama atuk aku selit. Biar dia fikir sebenarnya atuk tak baik. Ahahaha.


Lama Aqilah merenung muka Amar. Ahah! Kau nak main ye? Fine! Let’s play together.It’s okey. Tangan saya masih mampu bukak sendiri. Kuat lagi ni. Takde pulak patah riuk kat mana-mana jari.” Ucap Aqilah lembut sambil memicit-micit tangan kanannya sebelum membuka pintu kereta. See? Lagi dahsyat penangan aku kan?


Erk!? Amar yang mendengar separuh ternganga. Asal tetiba aku rasa macam kepala dipukul dengan kayu softball? Termalu sendiri. Kan dah kena. Cepat-cepat Amar cover muka malu. Kedudukannya diperkemaskan. “Gerak sekarang?”


Pintu kereta ditutup. Tali pinggang dipasang.“Ikut awak la. Awak yang drive. Bukan saya.”


Erk lagi!! Toink! Toink!


***


LAGU Burn Berlin Down kuat bergema di dalam kereta. Kepala Amar bergerak-gerak mengikut rentak. Tak cukup dengan tangan badan turut dihayun ke kiri dan kanan. Habis rock la tu. Step yang ke dua… heee…


Aqilah di sebelah hanya mendiamkan diri. Hampir lima belas minit mereka berada di dalam kereta satu ayat pun belum terluah. Hanya radio yang menjadi peneman.


I sit down and I was pretty shocked…I think I used to be here just like before. Oh my... It just so ah…!ah…!aaahh!!! You burn it down…Burn it down burn Berlin down to the ground!!! “Amar melontarkan suara yang paling kuat. Buat-buat lupa dengan kehadiran Aqilah. Dengan perasan suara merdu gila dia mengalunkan lagu itu.


Halahai! Aqilah mendengus sendiri. Telinga dah bengkak mendengar suara katak lelaki di sebelah. Asal la aku boleh tersesat keluar dengan this guy? Tangan menyeluk handbag. Earphone ditarik keluar bersama ipod. Butang play ditekan. Dengar lagu original artis seribu kali better kan?


Yess! Sorak Amar dalam hati bila melihat Aqilah sudah menyumbat earphone ke telinga. Baru kau tahu siapa aku. Haha. “Apsal awak dengar ipod? Tak suka lagu ni ke? Atuk saya cakap kalau pasang music biar sampai pecah gegendang telinga. Baru la rasa fun.”


Geleng tiga kali.“Saya sangat suka lagu Bittersweet ni. Tapi sorry to say…saya tak suka suara awak.” Koyak senyum. “Macam suara katak demam panas jek.” Sambung suara lembut itu lagi dengan ayat yang berbaur sindiran. Sedap tak ayat aku?


Erk!! Amar tayang anak tekak. Kali ni dia rasa macam kepala kena hempas dengan kapal terbang Air Asia. Lagi sekali aku kena bidas! Tahniah la.


***


STEP yang ketiga. “Tengok wayang jom?” Ajak Amar. Kini mereka dah berdiri di tengah-tengah Times Square.


"Tengok wayang?" Kepada ditunduk merenung baju yang tersarung di tubuh.


"Baju kurung?"


Angguk perlahan. "Macam tak sesuai je tegok wayang pakai pakai baju kurung."


"Alaa... Rilex ar. Apa yang nak dipelikkan? Asal tutup badan sudah."


Kau cakap senang ar! Amacam Aqilah? Fikir kejap. Tu la kau Qilah. Pandai sangat dapat idea ak pakai baju kurung hari. Sekarang sape yang susah? Hmmm... Otak ligat berfikir. Ah! Lantak ar. Baju kurung pun baju kurung la. “Okay.” Akhirnya Aqilah memberi persetujuan. Kemudian matanya meliar ke sekeliling kedai yang berada di situ. Walaweyh! Banyaknya baju baru. Kalau lah aku datang dengan Lissa sure empat lima pasang aku sapu. Tapi… Amar yang berdiri di sebalah sambil memandang skrin telefon dikerling sekilas. Dengan this mamat terbantut keinginan aku. Urghh!!!


“Tapi dengan syarat, awak yang kena belanja.”


“Huh!?” Mata melekat pada muka bersih Amar. Aku? Kena? Belanja?


Yes! Dia sentap lagi. Amar tarik sengih lebar. “Atuk saya cakap kalau keluar dengan pompuan, biar diorang yang belanja. Lelaki jangan susah-susah keluarkan duit. Nati tak pasal-pasal pompuan senang kikis.” Wahhh ayat….Sure dia anggap aku ni jenis pisau cukur. Tak gentleman. Ye la. Usually, kalau someboy bawak somegirl tengok wayang boy yang support. Tapi ini lain story lorh. Nasib awak la cik Aqilah oi.


Aqilah tersenyum ceria. Nampaknya mamat ni memang sengaja nak cari pasal dengan aku la. Okey… “My pleasure. Lagipun saya baru je dapat gaji. Tak salah kalau saya yang belanja. Popcorn, air, jajian semua saya support okey? Lagipun, kata orang kalau kita selalu belanja orang lain, kita akan murah rezeki. Takkan atuk awak tak pernah cakap pasal ni kot?” Katanya dengan muka ceria sebelum melangkah ke depan. Amek kau! Nak sangat kan?


Terpempan! Tergamam! Tersentak! Geraham paling hujung kelihatan.Aqilah yang berada empat meter di depan dipandang tanpa berkelip. Serius tak tipu! Rasa macam kontena 1000 tan dah langgar badan aku!


***


“LAWAN balik Bamblebee! Bunuh terus robot tu!” Jerit Amar di dalam cinema. Punya la excited tengok movie Transfomers. Tanpa sedar dia dah u-turn ke zaman kanak-kanak riang.


Para penonton yang lain jugak turut terjerit melihat scene robot-robot berlawan antara satu sama lain. Memang gempak habis la panggung. Amar bawa mata ke kiri bila terasa sunyi tetiba. “Lorh…” Aqilah dah dibuai mimpi. Kotak popcorn didalam genggaman gadis itu dicapai perlahan. “Tengah tengok movie gempak macam ni pun boleh tidur?” Amar tergeleng-geleng.


“Mmm…” Aqilah mengeliat kecil. Muka dikalih ke arah Amar. Mata masih terpejam rapat. Tangan diletak ke pipi. Sesekali bibir itu mengupas senyum. Entah apa yang dimimpikan gadis itu.


Melihat seraut wajah yang tenang itu, membuatkan Amar terkedu. Aksi lawan Bamblebee di depan terus diabaikan. Cinema kat sebelah ni lagi menarik hatinya. Mata tepat merenung seraut wajah tenang itu. Bulu mata panjang. Lentik pulak tu. Kening terbentuk elok. Semulajadi tu. Pipi dia nampak gebu. Hidung agak mancung. Macam hidung Rita Rudaini. Bibir… comel je. Manade pakai lipstik terang-terang. Lip ice je ni. Ini la yang dipanggil natural beauty. Amar kupas senyum. Damai rasa bila wajah itu menjadi santapan mata.


“Arrghh!!” Jeritan yang bergema di pawagam itu membuatkan Amar tersentak. Bagai tersedar dari mimpi ngeri je gaya dia.


“Astaghfirullahalazim…” Serunya agak kuat. Pipi sendiri ditampar kuat. “Atuk tak pernah ajar kau tengok pompuan sampai macam ni Amar! Berdosa!” Marahnya pada diri sendiri. Cepat-cepat dia menoleh kembali menonton skrin di depan. Dup!Dup!Dup! Dahi amar berkerut bila terasa rate jantungnya dah semakin kuat. Dada disentuh. Apsal jantung aku berdegup semacam je ni? Jangan-jangan… No way! Gila kau Amar! Baru first time jumpa takkan hati dah kecoh kot??? So ridiculous! Kepala digeleng laju. “Fokus transfomers Amar… Fokus!”


***


HABIS je movie ditayangkan semua orang berpusu-pusu keluar dari cinema. Hanya Amar dan Aqilah yang masih berada ditempat mereka. Gadis itu masih lagi dibuai mimpi.


“Aqilah…” Lembut suara Amar cuba mengejutkan gadis itu.


Senyap.


“Aqilah!” Agak kuat. Sabar je la aku dengan this girl.


Langsung tak bergerak.


“Aqilah!!” Double kuat dari tadi. One confession. This girl sangat susah nak bangun tidur. Entah apa yang dia mimpi pun aku tak tau. Lena benar dia tidur.


Masih terkaku.


Amar tarik nafas. Okey Amar. “Aqilah!!!” Satu panggung bergema dengan jeritannya itu.


“Alamak! Terlepas solat Subuh!” Terkocoh-kocoh Aqilah berdiri bila jeritan Amar mencucuk gegendang telinganya.


“Huh?” Solat Subuh? Amar buat muka pelik. “Cik Nur Aqilah…awak sekarang bukan dekat rumah tapi kat dalam panggung. And one more thing waktu Zohor dah masuk satu jam yang lalu. Subuh apanya ni?” Muka kalut Aqilah dipandang. Ikutkan hati nak je dia gelak dengan telatah gadis itu, namun perasaan itu dikawal ketat. Takut gadis itu termalu sendiri.


Aqilah menggosok-gosok matanya. “Sorry. Saya mamai.” Aqilah weyh!!! Kau buat apa ni? Boleh pulak termelatah depan dia? Paling tak boleh blah, kau tidur dalam panggung? Sebelah mamat yang kau still ragu pasal dia punya sikap pulak tu. Hailah…


“Agaknya la kot.”


“Aik?” Dahi berkerut seribu. “Asal panggung dah gelap. Mata perginya Bamblebee?” Gadis itu pamer muka hairan. Mata dihala pada skrin cinema.


“Bamblebee dah balik rumah dah.” Usik Amar. Senyuman nipis dilempar pada gadis itu.


“Huh?” Aqilah masih tak faham.


“Movie dah habis lorh.”


“Yeke? Saya tertidur eh tadi?”


Boleh pulak tanya? “Takla. Awak pejam mata je.”


Aqilah tersenyum. Kelat. Perli aku la tu.“Keluar jom?”


Amar angguk tanda ‘okey’. “Makan?”


“Hmm.”


***


STEP yang keempat. Tangan kiri digerak-gerak sebelum menggaul nasi bersama kuah kari. Selepas dua kali digaul nasi disuap ke dalam mulut tanpa ragu-ragu.


“Amar, nak tanya sikit.” Suapan mee goreng terhenti. Mata Aqilah tepat merenung tangan kiri Amar yang dah tersalut dengan nasi. Yeakss!!!


“Tanya la.” Nasi disuap ke mulut dengan rakus. Aku rasa aku dapat agak apa yang dia akan tanya.


“Kenapa awak makan dengan tangan kiri?”


See? Kan dah cakap. Sengihan dikoyak.“Atuk yang ajar.” Ampun atuk! “Atuk cakap kalau makan dengan tangan kiri lagi sedap.”


Erk!? “Tapi tangan tu kan digunakan untuk cuci…” Ayat Aqilah tergantung. Tak terluah. Hope dia faham sendiri la. Nak cakap terus macam tak sesuai la pulak.


“Cuci najis?” Lancar bibir itu bersuara.


Gadis itu tercengang lima saat. Blushing sekejap. Selamba badaknya tis mamat. Cakap main lepas jek. Aku punya la habis berlapis tadi. Sedap je dia tembak keluar. Perlahan-lahan dia mengangguk.


“Tu sebab la sedap.” Jari yang bersalut nasi dijilat satu persatu. Actualy aku sendiri dah rasa nak muntah bila makan dengan tangan kiri. Serius! Tak pernah aku buat macam ni before. Amar…Amar…


“Setiap manusia ada keburukan dan kekurangan masing-masing. Takde siapa pun yang sempurna dalam dunia ni. Maybe ini kekurangan awak. Saya tak boleh nak cakap apa. Saya respect cara awak” Lembut Aqilah bersuara sambil melemparkan senyuman pada Amar yang dah tergemam memandangnya.


MasyaAllah! Dia ni makhluk jenis apa ye? Pari-pari? Bidadari? Time ni Amar terasa macam kena gilis dengan mesin padi beratus kali.


***


“AWAK nak solat?” Soal Amar bila mereka dah berada di simpang masjid.


“A’ah.”


Signal kiri diberi. Amar membelok masuk ke perkarangan masjid. “Pergi la solat. Saya tunggu kat dalam kereta.” Kata Amar sebaik saja kereta berhenti di kawasan parking yang tersedia.


“Awak taknak solat?” Tanya Aqilah bila dilihatnya Amar bersandar tenang di kerusi. Gaya macam nak tidur pun ada.


Geleng. “Tak. Saya jarang solat. Kadang-kadang je.” Kadang-kadang? Heh! Sejak umur aku 12 tahun tak pernah tinggal solat dengan sengaja lagi tau! Solat sunat pun aku buat. Memang sengaja tempah maut dengan Haji Rahim la kalau aku tinggal solat. Lagipun solat kan tiang agama. Wajib! Saja je ja nak drop diri depan si Aqilah ni. Biar dia tutup terus pintu hati untuk terima aku as her husband.


Muka Aqilah nampak terkejut. Mata terbuntang luas. Mulut berbentuk O. Jarang solat? Kadang-kadang?


Yess! Nampaknya kali ni idea aku bakal berjaya. Confirm dia reject aku. Hahaha! “Atuk saya cakap…”Amar yang bagai tersentak dari mimpi ngeri itu menekup mulut. Amar! Jangan main-main pasal agama! Berdosa besar!


“Atuk awak cakap apa?” Aqilah mencelah.


Laju Amar menggeleng. “Tak. Kali ni atuk saya tak cakap pape.”


Gadis itu terdiam tiga saat. “Jom kita solat?”


“Takpe la. Awak je la yang pergi solat. Saya nak rest kejap.” Iye ke tak nak solat Amar? Heh! Karang dia langkah je masuk pintu belankang masjid, aku terus pecut masuk pintu depan. Bagus tak idea aku?


“Kejap je. Tak lama pun solat. Zohor empat rakaat je.” Aqilah masih cuba memujuk. Ya Allah, kau lembutkan lah hati this guy.


“Awak je la yang pergi. It’s okey. Dosa saya tanggung sendiri kan? Lagipun kalau mati nanti kubur masing-masing.”


Astaghfirullahalazim. Islam apa macam ni punya gaya? Memang la kubur masing-masing. Tapi kalau kubur kau sebelah kubur aku nanti tak ke sakit telinga aku dok dengar kau menjerit kena seksa? Haisyh! “Okey.” Suara Aqilah lemah kedengaran. Handbag digalas ke bahu.


“Aqilah.” Panggil Amar bila Aqilah ingin melangkah keluar.


Gadis itu menoleh.


“Dengan semua perangai buruk saya, mesti awak taknak kahwin dengan saya kan?”


Aqilah tak terus menjawab. Hanya senyuman yang dilemparkan.


“Ye kan?” Amar tak puas hati selagi jawapan kepada soalannya tidak dijawab.


Diam tiga saat. Senyuman masih tersungging. Nafas ditarik lembut. “Andai kata saya ditakdirkan menjadi isteri awak suatu hari nanti, InsyaAllah saya akan didik awak ke jalan yang benar setakat yang saya mampu.” Habis je ayat, Aqilah terus melangkah keluar dari kereta meninggalkan Amar yang dah terkebil-kebil.


Amar melepas nafas berat. “Kali ni kau rasa macam kena hempas dengan apa pulak Amar?” Soalnya sendiri. “Aku rasa macam kena lontar jauh dari bumi.” Sendiri soal sendiri jawab.


***


“TERIMA kasih untuk hari ni.” Ucap Aqilah yang dah berdiri di sebelah pintu kereta Amar. Kepala ditunduk sedikit memandang Amar di dalam perut kereta.


“Sama-sama. Terima kasih juga sebab belanja saya tengok wayang.” Amar senyum. Tangan ditongkat pada cermin kereta yang separuh terbuka.


“Lagi sekali terima kasih sebab belanja saya makan.”


“Tarak hal la.”


“Tapi saya hairan la.”Kening Aqilah bertaut.


“Hairan apa?”


“Awak cakap… atuk awak cakap kalau keluar dengan pompuan biar kitorang yang belanja. Tapi makan tadi kenapa awak yang bayar?”


Erk!? Terkedu sekejap. “Err… aaa…”


“Sebab atuk awak tak sempat cakap pape tips eh untuk guna pakai bila keluar makan dengan pompuan?” Lembut suara itu namun pedas dipendengaran Amar.


Gullp!Gigit lidah. Bertubi-tubi aku terkena hari ni. Amar hanya mampu tersengih.


“Saya masuk dulu. Assalamualaikum.” Aqilah menyungging senyum.


Amar terkelu. Terpana melihat senyuman indah di wajah bersih itu.


“Atuk awak tak cakap ke kalau tak jawab salam orang yang ikhlas kasi salam…berdosa.”


Sumpah tak tipu. Kali ni aku dah rasa macam nak rebah! “Waalaikumussalam.”

*************************************************************************************

here new n3.. soy lmbat post. i'm totally bz... So... enjoyzz...

toucholic

toucholic

Hot N Cold

Hot N Cold
Apa yang terjadi bila air panas bertemu dengan ais cube?

sweet sours

sweet sours
friendship is a sweet relationship

Bila Amar Dah Suka Dia

Bila Amar Dah Suka Dia
Inilah jadinya bila Amar dah jatuh chenta