Chill Out ~~ ^_* (kalau tak suka lagu boleh stop kt atas ni)

new updated!


new n3 :-)

# Hot And Cold (Bab 5)
# Hot And Cold (Bab 4)
# Hot And Cold (Bab 3)

* my new email (YM, FB) :"carl_aryana89@yahoo.com"

(^__^)

(^__^)

Kalaulah Hot n Cold dapat peluang ke untuk ke versi cetak.. apa kata kalian?

Sunday, December 27, 2009

Bila Amar Dah Suka Dia 11

“BODOH! Tolol! Bengap! Bongek! Useless!” Berkali-kali tayar kereta yang sudah kemek itu disepak. Tak cukup dengan itu handbag turut di hentak pada cermin kereta Myvi putih miliknya. Juraian air mata semakin laju bila melihat jarum jam sudah bergerak hampir ke pukul 11.00 malam. Kalau macam ni bila aku nak sampai Kuantan? Kereta ni pun satu! Asal tetiba boleh pancit? Waktu macam ni jugak kau nak buat perangai. Lissa hilang idea. Dah tak tau nak fikir apa lagi dah. Mana ada workshop yang buka time tengah malam macam ni. Hmmph! Dia bertinggung di sebelah kereta.


Pandangan tepat jatuh kepada tayar kereta. Makin lama dipandang, makin banyak sebak bertandang. ”Asal malang sangat nasib aku malam ni? Dah la kena paksa buat kerja bukan dalam waktu yang sepatutnya. Lepas tu kena pulak menghadap muka manusia yang berhati lembu macam Azmi ngokngek tuh! Ya Allah... Tabahkan lah hati aku.” Kedua-dua tangan meraup muka. Sungguh Lissa dah hilang punca!


”Dalam situasi macam ni pun, sempat lagi awak kutuk saya?” Satu suara yang amat dikenali mencelah tanpa diundang.


Lissa buat dek. Malas nak toleh belakang. Benci untuk pandang muka manusia yang menjadi punca kepada nasib malangnya malam ini. Mata dikerling ke sekeliling. Sunyi! Langsung tak nampak kelibat manusia. Tetiba perasaan takut menjelma. Lissa, kau tu perempuan. Duduk pulak kat tempat macam ni dalam waktu ini pulak tuh. Hello, Azmi tuh lelaki okay!Kau tak rasa bahaya ke? Soalnya pada hati. Terus handbag ditarik rapat ke dada. Badan dah rasa ketar lain macam. Muka berubah pucat.


Are you okay, Lissa?” Tanya Azmi bila dia sedar tentang perubahan wajah gadis itu. Dua tapak diatur merapati Lissa.


“Awak dekat, saya tumbuk!” Jerit Lissa sambil menayang penumbuk kepada kepada bosnya itu. Muka habis bengis ditayang.


Tercengang biawak Azmi dengan amaran yang menyinga itu. Kening kanan dan kiri hampir bertemu. Pelik dengan sikap Lissa itu. ”Awak apehal? Tetiba jek nak tumbuk orang?”


Mencebik meluat. ”Kucing kalau dah nampak ikan depan mata takkan dia nak biar jek?”


Erk!? Makin bertambah kerutan di dahi. Azmi diam sekejap. Cuba memikirkan maksud apa yang terkias disebalik ayat itu. ”Copp! Copp!” Tinggi suara lelaki itu dengan tangan kanan terangkat. Nampaknya bahasa kiasan Lissa sudah berjaya ditangkap. ”Me?” Tuding muka sendiri. ”Kucing?” Soalnya antara dengar dengan tidak.


Lissa tak kasi sebarang jawapan. Muka toya ditayang.


”Gila!” Belakang leher dipicit-picit. Cuba meredakan rasa bengang yang dah mula menular. Suka hati sungguh dia tuduh aku macam tuh? Hailah! ”Hey, listen to me!” Azmi pandang Lissa. Bengang! ”Look at me. Look at my face.” Arah lelaki itu dengan riak yang masih tak berubah.


Tanak! Bukan handsome sangat. Kalau muka macam Robert Pattinson nak jugak tenung lama-lama. ” Selamba badak Lissa menjawab. Laju dia menoleh membelakangi Azmi. Tali handbag dimain-main.


Dush!!! Dah rasa macam diri digilis dengan treler tayar dua puluh. Erk! Ada ke? ”Excuse me. Ini kucing beriman okey. Still ingat hukum hakam lagi. Awak jangan tuduh sebarangan. And one more thing... this kucing memang la tak handsome sangat tapi still handsome sikit-sikit. Sila terima fakta ini.”


Bluwekk! Aku muntah jugak dekat kaki kau karang. Gila perasan! ”Whatever.” Malas Lissa membalas. “Err... can you help me?”


Soalan itu membuahkan senyuman nipis diwajah Azmi. Mesti nak mintak tolong aku hantarkan dia balik rumah. Tak pun hantar terus pergi Kuantan? Eh asal dengan minah ni? Tersentak sekejap Azmi bila tetiba Lissa buat muka comel. Sah! Memang betul dia nak minta budi baik aku. Azmi, jangan tunduk dengah this girl. Main tarik tali sikit. ”Nak suruh hantarkan balik rumah ke? Boleh tapi dengan dua syarat. First, minta maaf pasal perkara yang berlaku kat dalam ofis tadi. Second, mintak maaf untuk tuduhan awak pasal kucing baru je sebentar tadi. Now!I’m waiting...” Panjang lelaki itu menutur seraya memeluk tubuh. Pandangannya pada Lissa penuh dengan rasa megah.


Arkk! Hampir terjerut leher Lissa mendengar bait-bait ayat berbunyi syarat itu. Sungguh la mamat ni kuat perasan. Sejak bila aku hadap sangat nak mintak tolong dia? Sejak bila!?”Ada saya cakap nak mintak awak hantarkan ke?”


Toleh kiri. Malas nak bertentang mata dengan si gadis.”Gaya macam ada je.”


Lissa buat muka. Jelik! Jelik betul aku dengan makhluk Allah yang satu ni. Haishy!! ”Minta tolong blah dari sini! Could you stay away from me? Leave me alone. I don’t need you. Sungguh!” Tegas Lissa meminta. Betul-betul lahir dari hatinya yang ikhlas. Otak, hati, perasaan betul-betul mahu Azmi ditendang jauh darinya. Langsung aku tak sudi nak tatap muka kau lama-lama! Heh!


Arkk! Ternganga luas. Anak tekak kelihatan jelas. Geraham paling hujung pun berjaya menunjukkan diri. Urat-urat malu mula bekerja keras. Azmi terkesima hampir sepuluh saat. Mi, kau dah dimalukan ke? Tahniah! ”You... you...” Mati kata. Dah tak terluah ayat seterusnya. Malu bukan main lagi nih. ”Gotta go.” Ucapnya pendek tanpa menoleh ke arah Lissa. Laju je kaki diatur.


”Okey, you may go. Sepatutnya sejak tadi!” Laung Lissa dengan muka bangga. Bangga gila bila dapat mengenakan lelaki itu. Rasa macam nak lompat sampai ke siling jek sekarang ni. Punya lah terlebih suka.


Dan CEO muda itu menonong berlalu pergi tanpa menoleh ke belakang sekelumit pun.


Senyuman lebar semakin nipis...nipis...dan terus lenyap. Lissa kembali bertinggung meratapi nasib malangnya. Kedua-dua tangan menongkat dagu. ”Hailah Myvi, asal kau buat pasal?” Mata dipejam tiga saat. ”Qilah, bila aku boleh sampai Kuantan ni?”


”Tonight, maybe.”


”Oh mak kau cantik!” Terjelopok terus dia ke lantai gara-gara terkejut dek sergahan yang langsung tidak dijangka itu.


Thanks for your compliment. My mom still cantik sampai sekarang. Kalau nak dibandingkan dengan awak, awak jatuh nombor paling belakang.”


“Azmi!” Jerit Lissa sekuat mungkin. Geram yang menggila-gila penuh di dada. Budak ni memang….


“Sorry.”


Sumpah seranah tidak jadi diteruskan bila sepatah perkataan yang berjaya membuatkan Lissa terkedu diucap. Sorry!? Aku silap dengar kah? Cuping teling disebalik tudung berwarna hijau muda itu ditarik-tarik.


“I’m sorry.” Lagi sekali ayat yang sama maksud menyapa telinga.


Terus tangan dijatuhkan dari cuping. Mata berlari mencari wajah di penutur. Dapat! Lama wajah itu direnung. Nak tengok, dia betul-betul ikhlas ke tak. “Awak ke yang said sorry tadi?”


Ada another person kat sini kecuali you and me?”


Sekeliling dipandang. Kemudian Lissa menggeleng laju. Muka nampak blur jek.


”Nak pergi Kuantan malam ni?”


”Tak... tahun depan maybe.” Dah terang tang tang aku mintak cuti nak pergi Kuantan lagi mau tanya ke? Nak kata tak cerdik tak sanggup. Nak kata kurang pandai, belajar tinggi-tinggi. Dah tu nak istilahkan yang macam mana?


Azmi berlagak tenang. Karang kalau aku balas, sure pedih. Then gaduh lagi la pulak. Minah ni dah sah-sah tak kan mengalah. Malas ar nak gaduh-gaduh dengan budak tak matured. Buat penat mulut je. ”Kalau awak tak kisah, boleh saya hantarkan.”


Aik!? Makin pelik aku dengan mamat ni. Tetiba je berubah baik kenapa? “Hantar balik rumah?”


“Hantar sampai Kuantan pun okey je. Kalau nak hantar kereta pergi workshop kena tunggu esok. Tapi sapatutnya awak kena ada di Kuantan malam ni kan? Macam mana? Setuju? Tak setuju? Nak? Tanak?” Azmi menawarkan budi baiknya. Serius aku ikhlas! Tak nampak ke muka ikhlas aku ni? Muka betul-betul serius dipamer. ”Lissa, okey or not okay?”


Gigit bibir bawah. Berfikir lama. Nak terima ke tak Lissa? Sekali tengok muka macam boleh percaya. Dua kali tengok, was-was la pulak. Masuk kali ketiga tengok, percaya balik. Kali keempat pulak.... ufhh! Penat ar bila otak dok main-main macam ni! ”Apa jaminan awak saya selamat sampai Kuantan malam ni?”


Tanpa berfikir panjang, Azmi trus mengeluarkan wallet dan handphone dari poket seluar lalu dihulur kepada Lissa. ”Ini sebagai jaminan.”


Wallet? Handphone?” Ketawa sinis. ”Nak menjamin apa?”


Azmi tersenyum manis. Dalam wallet ada IC. Kalau jadi pape kat awak, bawak IC ni ke balai polis Pasport photo pun ada. Tiga keping kot kalau tak silap. Handphone pulak, kat dalam contacts ada banyak nombor orang-orang yang rapat dengan saya including my mom. Kalau saya ada nak buat benda tak baik kat awak, you can call them.


Kedua-dua mata yang asalnya bulat dikecilkan. Otak kembali berfikir. Macam mana Lissa? Berfikir lagi. Lama sedikit berbanding tadi. Demi kau Qilah… “Okey.” Pantas wallet dah handphone Azmi direntap. “Saya simpan ini sebagai jaminan. Azmi, saya percayakan awak okey! Don’t you dare cheat on me! If not… I’ll kill you!”


Ketawa Azmi pecah. Geli hati dengan amaran gadis itu. “Nampak gaya macam saya pun kena simpan purse dengan phone awak jugak.”


“What for?”


“Kalau dengan awak… saya jugak perlukan jaminan.”


”Shut up!”


***


”GILA best!” Amar tayang lesung pipit yang dalam di pipi kanan. Udara segar waktu malam di kampung disedut semahu-mahunya. Sudah lama dia ak berkesempatan memijakkan kaki ke tanak kampung. Last, dua tahun masa dia ikut Izham bercuti dikampung datuknya di Yan, Kedah.


”Itu la kau Amar. Selalu aku ajak balik kampung tok wan aku kat Yan kau tanak. Baru sedar ke suasana kampung lagi berganda-ganda best dari town?” Celah Izham disebelah. Teko yang berisi kopi dicapai dan dihulur kepada Amar. ”Top up lagi kopi tuh.”


”Bukan tanak la bai. Aku busy gila. Nak kasi holiday untuk diri sendiri pun tak sempat. Lagipun kalau aku ikut kau balik Yan pun dah sah-sah kau ignore aku kan? Berkepit jek dengan Salsabila kau tuh.” Teko disambut. Cawan yang dah kosong tadi diisi. Ini sudah masuk kali ke lima air kopi sempat meredah anak tekak.


”Weyh! Weyh!” Izham muka tak puas hati. Sedap sungguh sahabat aku ni bercakap. Main bedal suka hati dia jek!”Sejak bila aku dok berkepit dengan dia? Aku jumpa Salsabila pun sekali dua je baru. Itu pun depan tok wan dengan tok aku. Bila masa nak berkepit?”


”Hahaha!” Pecah tawa. ”Kidding you la bai..” Daun pisang yang beralun ditiup angin disentuh. “Macam tak percaya yang aku sekarang dah bergelar suami. Kau caya tak Am?”


“Percaya. Tadi depan mata aku kau akad nikah. Bohong besar ar kalau aku tak caya.” Balas Izham spontan. Kopi yang sudah suam dihirup dengan rakus. Sedap sungguh la kopi yang mak mertua Amar buat. Complete! Manis, pekat, kaw-kaw...


Mata Amar mencerun merenung Izham. ”Akad nikah tadi semua orang nampak. Bukan kau sorang jek.”


”Dah tu? Asal kau tanya aku percaya ke tak?”


”Iye la...” Hembus nafas. Daun pisang tadi digulung-gulung. ”Aku macam tak percaya dowh aku dah ada isteri.”


”Aku tak setuju!” Herdik Izham tetiba sambil menepuk lantai gazebo yang dibuat dari papan. Begegar badan Amar dengan tepukan itu. Kaki gazebo pun boleh patah kalau cukup tiga kali dihentam dek Izham.


Tercengang beruk Amar dengan aksi sahabatnya. ”Apehal kau ni?”


”Aku cukup tak setuju dengan tindakan kau.” Muka Amar dipandang tajam. ”Asal kau tak percaya yang kau dah ada isteri? Jangan Amar... Kau tak boleh buat macam ni. Jangan menyesal. Kau kena terima kenyataan yang kah kau dah kahwin. Dah menikah baru je kejap tadi. Mana boleh kau tolak takdir ni. Tak baik oow... Istighfar banyak-banyak la sahabat.” Nasihatnya panjang lebar. Belakang Amar digosok-gosok.


”Hisyh!!!” Kuat tangan Izham ditepis. ”Apehal kau terlebih emo pulak ni? Ada aku cakap aku menyesal dengan wedding ni? Ada aku cakap aku tak terima takdir? Ada aku cakap huh? Ada?”


Erk!? Telan liur. Izham hanya tersengih. ”Tak ada eh?” Sengih makin panjang. ”Aku ingat maksud kau macam tu tadi.”


”Tu la... faham betul-betul apa aku cakap before mencelah menggila tetiba. Hailah!” Amar menggeleng dua kali dengan telatah bendul si Izham. Kawan...kawan...


I gotta feeling…
That tonight’s gonna be a good night
That tonight’s gonna be a good night
Ttat tonight’s gonna be a good good night


“Haaa...” Sengihan lebar bertukar gatal bila handphone Amar bergegar. ”Bini dah panggil naik tidur la tu. Ringtone pun macam best jek.”


”Hotak kau! Tidur apekebendanya. Kau jangan lupa Am yang perkahwinan ni berlaku disebabkan...”


”Whoaaa....stop!” Terus Amar mati bila Izham menyelit laju. ”Boleh tak kau fikir ke depan? Jangan toleh belakang lagi? Tak kisah la perkahwinan kau berlaku atas dasar apa. Jangan kisah! Okey, kau cakap Qilah mintak kau kasi ruang kat dia untuk menerima perkahwinan korang. Fine, good. Good for you and good for her. Tapi kau jangan guna alasan tu untuk menyebabkan hubungan korang tak boleh dibaiki. Kalau kau fikir macam tu, you’re wrong. Totally wrong. Kau kena cuba tackle dia. Tackle hati dia. Slowly... InsyaAllah dia akan terima kau. InsyaAllah hubungan korang akan bertambah baik.” Lembut Izham menuturkan nasihat buat temannya itu. Perasaan Amar ketika ini amat difahami. Seserabut mana pun Amar, sekucar kacir manapun fikiran lelaki itu, sekusut masai manapun hati temannya itu, masih mampu diselami oleh Izham.


”Am...”


”Weyh dah masuk dua kali dia call. Kau tanak jawab ke?”


Amar tenggelam kata. Phone yang bergetar buat kali kedua direnung. Lama. Entah kenapa hati berat nak menjawab panggilan itu. Matanya tetiba bulat bila...


”Hello… my sister in law…” Izham terlebih dahulu menjawab panggilan itu. Amar dikerling sekilas. “Ada… ada… ape? Suruh dia naik atas? Buat apa?” Usiknya pada Aqilah yang dah confirm blushing ketika ini.


“Gila kau ni Am!” Bentak Amar bila Izham bergurau yang entah pape dengan Aqilah. Mamat ni la…


“Lorh…” Senyuman Izham mati. “Nak pakai inai ke… ingatkan apa tadi. ”Okey, sekarang jugak Amar naik atas.” Klik! Handphone dilontar ke atas riba Amar yang dah tersengih mengejek.


”Padan muka kau! Suka sangat fikir benda yang bukan-bukan. Over thingking! Hahaha...”


”Diam ar kau! Naik atas cepat. Bini panggil!”


”Kau tak suruh pun aku naik, bai.” Amar terus berlalu meninggalkan Izham dengan tawa yang masih bersisa.


***


”ASSALAMUALAIKUM...”


”Waalaikumussalam....” Jawab Mak teh sambil tersenyum.


Terasa jantung dicabut terus dari badan bila muka si suami muncul di depan pintu bilik. Aqilah gelabah bukan main. Ada jugak rasa nak terjun ikut tingkap. Terselit jugak rasa nak guling-guling masuk bawah katil. Semua jadi serba tak betul. ”Mak teh, tolong tutup kepala Qilah.” Kalut-kalut Qilah berkata. Sedaya upaya kepalanya dilindung dengan tubuh gempal ibu saudaranya itu. Aurat aku! Aurat Aku!


Amar yang menyedari keadaan tunggang langgang isterinya itu menghentikan langkah di muka pintu. Tidak jadi masuk ke dalam bilik.


”Kamu ni kenapa Aqilah?” Mak teh Esah betul-betul hairan dengan sikap pelik anak buahnya itu. Suami sendiri datang gelabah sampai macam ni?


”Aurat makteh...aurat... Tolong ambil selendang kat atas katil tu tutup rambut Qilah sekejap.” Suara Aqilah kedengaran merayu. Sungguh dia tidak rela Amar melihat mahkotanya.


”Aurat!?” Makteh tersentap hebat. Aqilah dah berjaya memotong urat kesabarannya. ”Eh Qilah! Makteh pelik sungguh dengan kamu ni! Dengan suami sendiri, rambut bukan aurat lagi. Jangan kata rambut, benda lain pun dah halal bagi Amar tau? Dia kan dah jadi suami kamu? Apa yang aurat lagi hah? Hailah budak sorang ni... Boleh buat aku sakit jantung!” Tercungap-cungap mak teh menyedut nafas. Dadanya digosok berkali-kali.


Setiap ayat yang diluah oleh makteh menambahkan lagi kemerahan dipipi Aqilah. Dia semakin malu. Makin malu dengan Amar. Namun dalam malu-malu pun, dia mengiyakan kata-kata makteh. Eh tak! Tak! Even dia dah jadi suami aku, tapi ada lagi rasa malu lorh. Tak kan tetiba nak tunjuk aurat kat orang luar? Eh orang luar!? Adoi.... aku makin pening!


Terjungkit kening Amar bila perbualan Aqilah dengan mak teh singgah ditelinga. Sedaya upaya dia kawal tawa dari terlepas bila Aqilah dah gila gelabah sebentar tadi. Namun ditahan jugak. Lepas dalam hati sudah.


”Amar, meh la masuk. Buat apa tercegat kat situ?” Panggil Mak teh mesra. Senyuman manis tak lekang-lekang dilempar kepada ahli baru keluarga mereka.


”Ye mak teh.” Lambat-lambat kaki menapak menghampiri dua orang wanita itu. Setapak... Muka Aqilah belum kelihatan. Dua tapak... dah nampak lengan yang terselindung di sebalik tubuh makteh. Tiga tapak...


”Bangun lah! Kenapa buat perangai ni?” Marah makteh pada Aqilah bila gadis itu masih menyembamkan muka di ribanya.


Aqilah pejam mata kuat-kuat. Dalam hati dah berkali-kali dia beristighfar. Satu... dua... tiga... Bangun!


Handphone yang dipegang terlepas ke lantai. Mata terbuntang. Mulut terlopong. Jantung? Sikit lagi nak cecah lantai. Telinga? Bagai terdengar lagu Kuch Kuch Hota Hai. Sungguh tak tipu! Punya la terpegun melihat wajah isteri sendiri. Terpaku lama bila terpandang, rambut lurus paras pinggang milik Aqilah beralun lembut. Cantik ciptaan yang Maha Kuasa.


”Amar!”


Krekk! Bunyi cd patah. Lagu Kuch Kuch Hota Hai terus lesap naik ke bulan. Ish makteh ni, kacau line betul la. Baru je nak usha my wife lama-lama. Haih.... ”Ye, Amar datang ni.”


Aqilah langsung tidak menoleh melihat muka lelaki yang sudah mengambil tempat disebelahnya. Kau rapat, aku lari. Ngeee....


”Wah... handsomenya anak sedara mak teh ni. Baru sekarang makteh sempat nak kenal. Tadi main senyum-senyum je. Dah makan?” Soal makteh ramah tamah sambil terus menempel inai di jari kaki kiri Aqilah. Jari-jari tangan semua sudah selamat berinai.


”Dah. Dah makan nasi tadi.” Jawab Amar cuba beramah. Mata tak sudah-sudah menjeling insan di sebelah.


”Nasib baik ada ibu kamu yang sediakan makanan untuk Amar. Kalau nak harapkan kamu Qilah, sampai sekarang suami kamu kebulur.”


Arkk! Adeh makteh ni... sudah-sudah la tu.... Qilah dah cukup malu ni...


”Ha.. buat muka! Bila nasihat sikit mula la nak tunjuk muka tak siap kamu tuh.” Tokok Makteh lagi tanpa menghiraukan kehadiran Amar di situ. Aqilah yang asalnya tarik muka terus buat muka straight.


”Tak apa la makteh. Qilah sibuk uruskan untuk majlis esok. Amar faham.” Selit Amar yang jatuh simpati dengan isterinya. Sempat lagi dia tersenyum nipis bila mata mereka bertentang.


Cepat-cepat Aqilah mengalihkan wajah arah lain. Suka la tu bila aku kena marah kan? Huh!


”Bertuah kamu dapat suami yang memahami macam ni. Eh, makteh nak turun tukar air sekejap. Air inai kamu ni pun dah nampak hitam sangat. Tukar baru la.” Ujar orang tua itu seraya berdiri. ”Kamu jangan pergi mana-mana, Amar. Kejap lagi makteh nak pakaikan kamu inai.” Sambungnya lagi sebelum menghilang di sebalik pintu.


”Baik, makteh.” Balas Amar perlahan.


Kini hanya tinggal hanya mereka berdua. Aqilah makin tak senang duduk. Muka cuba dikawal dari menghadap muka Amar. Sedaya uapa ditunduk ke bawah. Kesepuluh-sepuluh jari yang bersalut inai dijaga dengan penuh hati-hati.


Amar berdiri. T-shirt yang tersarung dibadan dikibas-kibas. ”Panas pulak bilik ni.” Spontan tangan memulas suis kipas. Angin semakin laju membuai-buai di dalam bilik.


Alamak! Dia lajukan kipas la pulak. Habis lah.... habislah rambut aku. Kejap lagi mesti rambut aku ni tukar gaya macam baru lepas ke puting beliung. Adeh... Padan muka kau Qilah! Sape suruh tak simpul kemas-kemas?


Amar berjalan ke seluruh bilik. Diperhati satu persatu barang yang berada di situ. ”Ini bilik awak?”


”Tak.” Tu dia... rambut aku ni... dah mula dah...


“Dah tu bilik sape?”


“Adik nombor dua. Adib.” Dua tiga helai rambut dah melingkar ke depan muka. Aqilah rimas.


”Mana bilik awak?”


”Bilik pengantin.” Rambut yang makin banyak ke depan cuba ditolak dengan lengan.


”Oow...” Amar terangguk-angguk.


”Boleh tolong perlahankan kipas?”


”Kenapa?”Soalnya kembali sambil Amar menoleh ke belakang. Erk!? Tersentap sekejap. ”Ghost?” Muka Aqilah sudah diselubungi dengan rambut. Hanya hidung saja yang terjengul.


”It’s not funny okay!” Gadis itu sebal. Malu pun ada. Geram lagi la bertambah-tambah.


Amar contol senyum. “What’s going on?”


“Sebab tu lah orang suruh perlahankan kipas.”


“Okay-okay… sorry…” Cepat-cepat kipas diperlahankan. Amar mendapatkan Aqilah semula. ”Rambut awak... serabut.”


”Tak cakap pun saya tau.” Ya Allah... Dah tak tau nak letak mana muka aku ni. Rasa tebal berinci-inci.


”May I?” Amar menawarkan pertolongan bila dilihatnya betapa sukar sangat Aqilah cuba menyelak rambut ke belakang.


Tersentak! Amar direnung lama. Aku tanak dia sentuh aku tapi... aku rimas. Dah tu? ”Tolong sanggulkan rambut saya. Tapi!” Tegasnya dengan suara sedikit tinggi. ”Jangan lebih-lebih okey.”


Senyum...senyum lagi... terus ketawa. Amar tergeleng-geleng. ”Ye, I promise!” Janji Amar dengan tangan terangkat.


”Ambil sepit kat atas katil tu.”


Amar buat seperti yang disuruh. Rambut isterinya disentuh perlahan. Dup dap! Dup dap! Amar, iman kena kuat! ”Awak guna shampoo apa?”


Telan liur. ”Apsal nak tau?” Malu... malu...


”Wangi.”


”Sunsilk warna purple. Ingat! Jangan lebih-lebih.” Pesannya buat kali kedua.


”Kalau lebih-lebih pun bukannya dosa. Kita halal kan?” Sengaja Amar mengusik.


”Amar!”


”Okay...okay...” Dengan penuh ketelitian rambut panjang mengurai itu disanggul sebelum dikepit.


”Thanks.” Ucapnya perlahan. Asal kepala aku terasa lain macam jek?


”Okay, kita sambung.... erk!?” mati terus ayat mak teh bila matanya melekat pada simpulan sanggul di kepala Aqilah. ”Kenapa buruk benar sanggul kamu tu Qilah? Dah gaya macam orang dalam pantang pun ada makteh tengok.”


Erk! Amar gigit lidah. Aqilah mati kata.

*************************************************************************************

Psst... sungguh la zarith tak pandai nak buat cerita laki bini ni... bab tang handphone Amar terjatuh masa 1st time dia tengok rambut Qilah tuh macam apa jek kan? Kuch kuch Hotai Hai segala. euwwww.... malu sekejap! Heeee.... sory ar kalu n3 ni nk cukup best... again... tak pandai lorh bab2 cm ni.... hope hepy reading... :)


Thursday, December 24, 2009

Bila Amar Dah Suka Dia 10

JARI-jemari bergerak kasar di atas keyboard. Lissa muka bengang. Sesekali lelaki yang duduk bertentangan dengan dia dijeling tajam. Dia merengus kasar. Semakin laju punat-punat yang berbaris di keyboard ditekan.


”Buat kerja kalau tak ikhlas tak ada guna.”


Suara yang berbaur sindiran itu menerjah telinga. Bibir bawah diketap kuat. Hotak kau! Ini semua sebab kau lah aku tak dapat pergi majlis akad nikah bestfriend sendiri. Gila ke apa suruh aku buat kerja malam-malam macam ni? Kau yang salah, aku pulak yang tanggung! Kedua-dua tangan digenggam. Ada jugak rasa nak campak bos sendiri terjun KLCC. Urghh!!!


“Lissa.” Panggil Azmi bila Lissa tidak menunjukkan sebarang respon. Hatinya berbunga ceria bila muka Lissa makin cemberut. Dah macam muka kucing Parsi tercekik ikan buntal pun ada.


Lissa masih meneruskan kerja. Kehadiran Azmi diabaikan. Anggap saja dia invisible Lissa kalau kau tanak sakit jiwa macam dia! Lissa yang tengah kalut-kalut nak bertolak ke Kuantan petang tadi untuk menghadiri majlis akad nikah Aqilah tetiba mendapat satu panggilan. Semua fail bajet pelaburan syarikat beberapa bulan lepas sudah hilang. Folder yang tersimpan di dalam sistem pun lesap.Tanpa sebarang perasaan belas kasihan, lelaki itu memaksa Lissa pergi ke pejabat untuk mencetak fail yang baru. Bayangkanlah! Aku yang excited nak pergi Kuantan, boleh pulak dia paksa aku berteleku kat depan laptop siapkan kerja yang dah pernah aku siapkan sebelum ini. Bukan sekali dua dia buat macam ni. Dah berkali-kali.Tak ke dia sakit jiwa!?


Azmi bosan. Nafas dihela kasar. ”I’m talking to you, Lissa!” Bilik yang asalnya sunyi diisi dengan satu tengkingan.


So, apa problem? Nak cakap, cakap je lah. Ada saya halang bos bercakap?” Balas gadis itu tanpa mengangkat wajah dari skrin laptop. Deruan nafas kasar Azmi dapat didengar. Dia mencebik. Kau ingat kau sorang ada hati? Ada perasaan?


Tersentap dua saat dengan respon yang diterima. Azmi telan liur dua kali. Perempuan ni memang suka menjawab! Ada saja kata-kata aku yang nak dibalas. Kehadiran Lissa hampir lima bulan yang lepas sebagai akauntan syarikat telah menjadi anak emas bapanya, Datuk Yusof betul-betul membuatkan Azmi tidak senang duduk. Mana taknya, sejak kehadiran Lissa, Datuk Yusof lebih banyak mendengar nasihat Lissa mengenai hal yang berkaitan dengan syarikat dari anaknya sendiri. Semua cadangan Azmi ditolak mentah-mentah. Cadangan Lissa jugak yang diterima sebulat suara. Semua warga syarikat itu menyenangi Lissa kecuali dia. Senyuman sinis tersungging. Semua orang puji kau ye? Sekarang rasa la apa ang patut kau rasa! Aku nak tengok samada kau layak dipuji atau tidak. Heh!


Lima belas minit kemudian, Lissa sudah berjaya menyiapkan kerja yang disuruh. Muka yang cemberut sakan tadi bertukar ceria. It’s okey la kalau aku tak sempat nak hadiri majlis akad nikah. Asalkan aku sempat hadir kenduri esok. Harap sangat yang Qilah tak merajuk dengan aku. ”Done.” Katanya sepatah seraya berdiri. Badan dipusing ke kanan dan kiri. Cuba menghilang rasa sengal pada pinggang.


Terjungkit tinggi kening Azmi bila telinga menangkap perkataan ’done’ yang terbit dari bibir gadis itu. ”Dah siap!?” Soalnya dengan muka tak percaya. Gila! Dia ni manusia ke apa? Kerja yang berlambak macam tu boleh disiapkan dalam masa dua jam? Banyak fail tuh. Muka Lissa dipandang dengan biji mata yang hampir tersembul. Layak ke dia dipuji?


Laju Lissa mengangguk. Dalam hati dah berdekah-dekah ketawa bila melihat muka tercengang Azmi itu. Baru kau tau siapa Lissa Suraya?


Azmi makin tak senang duduk. Sel-sel otak ligat bekerja mencari idea untuk terus kenakan Lissa. Senyuman jahat tersimpul megah dalam masa dua saat. ”Jangan lupa siapkan bajet projek baru company untuk next year. Saya nak benda tu ada atas meja saya sebelum pukul tujuh pagi esok. Is it clear?”


Lissa tayang anak tekak. Nafas hampir nak putus. Mata dikelip berkali-kali. Tiba giliran dia pula pamer muka tak percaya. ”Gila!” Selamba sepatah perkataan itu terlontar keluar.


What?” Tersentak lelaki itu dengan pujian yang diterima.


“Are you crazy?”


“Huh!?”


Jam Rolex dikerling satu saat. “Sekarang dah pukul sepuluh malam. Saya tegaskan! Sepuluh malam! Bukan sepuluh pagi.” Tekan Lissa dengan suara mendatar.


So, what’s the problem? Saya boleh temankan awak kat sini.” Azmi masih lagi dengan gaya tak berkeperimanusiaannya. Gaya yang boleh buat Lissa tak teragak-agak untuk kerat tubuhnya lapan belas kali.


Nafas disedut selembut mungkin. Lissa kawal bengang yang dah mula merebak ke tahap infiniti. ”The problem is... tonight!”


What’s wrong with tonight?”


Urghh! “My bestfriend’s wedding.”


Yeah… then?”


Ya Allah! “Kan saya dah minta cuti seminggu starting today. Bos tak ingat ke? Bos jugak yang luluskan cuti saya. Dua minggu lepas.”


Dahi dikerut-kerut. Azmi buat muka orang tengah berfikir. ”Owh... Yeah, memang saya dah luluskan cuti awak. Tapi sekarang kerja awak belum settle. So, cuti awak terpaksa dibatalkan. And I feel sorry about that.” Ucap lelaki itu dengan muka innocent. Sengaja dia menduga kesabaran akauntan kesayangan ramai itu. Atau lebih tepat lagi dia gemar melihat muka Lissa berkerut seribu ketika gadis itu sedang marah.


”You can’t do this to me!”


“Oh yeah?”


“Kawan baik saya nikah malam ni.”


”And...”


”Esok kenduri kahwin dia.”


”Then?”


”Saya kena pergi majlis tu.”


“Bukan awak yang nak kahwin.”


She is my bestfriend.”


So?”


As her friend, saya sepatutnya ada dengan dia.”


”Dia kan ada family. Lagipun...”


”Kau dah melampau!” Herdikan Lissa bersama hempasan fail pada meja berjaya membuatkan Azmi tersentap lima saat. Terkebil-kebil lelaki itu merenung muka merah padam insan yang bertentangan dengannya. ”Kau ingat aku pekerja, kau boleh buat apa yang kau suka!?”


Calm down... calm...” Kecut right atrium Azmi bila Lissa dah bertukar jadi pontianak kebuluran.


”Kawan aku kahwin! Aku sepatutnya sekarang ni dah ada dengan dia. Disebabkan sikap kau yang tak berkeperimanusiaan, aku tak dapat bersama dengan Qilah masa majlis malam ni. Kau memang kejam kan!? Kau sengaja nak menduga kesabaran aku! Sejak aku masuk sini sampai sekarang, kau selalu cari pasal dengan aku! Apa yang kau tak puas hati dengan aku hah!? Aku ada kacau kau ke?” Bertubi-tubi Lissa melepaskan tembakan. Belon kesabarannya sudah pecah. Sudah sampai tahap yang tak boleh dikawal. Perbuatan Azmi kali ini betul-betul melampau. ”No feeling! Jiwa kebal! Hati lembu!”


”Awak... Awak sedar, awak... tengah bercakap dengan siapa?” Teragak-agak lelaki itu melontarkan pertanyaan bila dilihatnya Lissa sudah naik gila. Fuh! Boleh tahan jugak perempuan ni. Tak sangka selembut-lembut dia, ada jugak gunung berapi dalam badan.


”Tau!” Jawab Lissa dengan yakin sekali. ”Dengan CEO syarikat tempat saya bekerja. CEO yang berhati lembu! Asal? Awak nak pecat saya? Pecat ar! Pecat!”


Tangan dibawa ke belakang leher. Azmi terkulat-kulat. ”Tak ada pulak saya cakap nak pecat awak.” Sungguh! This girl sangat tak boleh dibuat main. Azmi, tahniah! Kau dah berjaya created masalah.


Fuh! Alhamdulillah. Mendengar ayat itu membuatkan Lissa berasa lega. Gila kau Lissa! Kalau kena pecat mana kau nak cari kerja? Dalam bengang yang membuak-buak masih terselit rasa risau kalau-kalau disebabkan sikap hilang kawalannya itu akan menyebabkan dia hilang pekerjaan. Handbag yang tersangkut di belakang kerusi dicapai dengan kasar. Kaki diatur ke arah pintu. ”I’m sorry. Gotta go.” Ujarnya sebelum berlalu meninggalkan Azmi yang masih terkedu di tempatnya.


Okey... You may go.”Balas Azmi separa dengar walaupun bayang Lissa sudah hilang dari pandangan. Pheuw!!!


***


“LISSA…” Lembut Aqilah memanggil sahabat yang berada dihujung talian. Tangisan gadis itu semakin menjadi-jadi. Aqilah tenggelam idea. Tak tau nak guna cara apa lagi untuk menenangkan temannya itu. Kepala yang tidak gatal digaru-garu. Lissa dah mula buat drama la pulak. Adeh... ”Weyh, rilex ar. It’s okey. Kau tak dapat hadir malam ni tak apa. Janji esok kau mesti ada. Kau dah janji nak jadi pengapit aku kan?”


”A...aku... min...mintak sorry...” Tersedu-sedu suara Lissa. Air mata yang berjurai di pipi diseka dengan belakang tangan. Rasa bersalah ya amat sangat terhadap Lissa menyesak dada. Kalau bukan kerana manusia yang berhati lembu itu, sekarang dia dah ada di rumah Lissa. Dah sibuk menguruskan hal untuk kenduri esok.


”Tak apa la... Majlis malam ni berjalan lancar. Alhamdulllah. Kau jangan risau. Yang penting kau selamat sampai sini. Bila kau nak bertolak ni?”


Air mata diseka lagi. ”Sekarang.”


”Okey. Drive carefully. Papehal call aku okey?”


Angguk dua kali. “Hmm.”


“Dah la tu. Aku kena letak phone dah ni. Mak Long nak pakaikan aku inai.”


”Okey. Doakan aku selamat sampai.”


”InsyaAllah kau selamat. Gotta go


Senyum segaris. ”Qilah wait!”


”Apa lagi?”


”Selamat pengantin baru and... congrates.”


Wajah Aqilah bertukar mendung. Nafas ditarik panjang. ”Thanks buddy.”


“Aqilah!”


“Ye Mak Teh!” Sahut Aqilah agak kuat. W595 diletak kembali di atas katil sebelum dia berlalu mendapatkan Mak Long Esah dibilik sebelah.


“Mak Teh rasa macam nak je ikat kamu diam-diam. Sejak tadi kamu langsung tak lekat kat sini. Hilang merata tempat. Kalau macam ni la... masa bila tangan kamu nak berinai.” Mak Teh Esah kakak kepada ibu Aqilah kalau dah mula membebel... semua orang jadi pening.


Aqilah hanya mampu tersengih. Better diam dari menjawab. Karang, sampai ke pagi kau kena paksa dengar tazkirah free. Mak Teh yang dah bersedia dengan semangkuk inai dihampiri. ”Sorry mak teh.” Pintanya sambil sengih-sengih.


”Sorry...sorry... Tu je yang kamu tau cakap.” Tangan kanan anak sedaranya itu dicapai. Hujung jari jemari Aqilah dibasahkan dengan air.


”Kenapa hujung jari kena basahkan mak teh?”


”Senang sikit nak lekatkan inai kat jari.” Jawab wanita separuh abad itu. Secubit inai diletak pada hujung jari telunjuk sebelum inai tersebut ditekan-tekan menutupi seluruh hujung jari.


“Kalau kahwin memang wajib pakai inai ke mak teh?”


”Tak wajib. Tapi kita kan orang melayu, kena lah ikut adat. Baru pengantin nampak berseri.”


”Oow...” Terangguk-angguk dengan jawapan yang diterima. ”Mak teh ke yang giling inai ni?”


”A’ah. Inai ni arwah nenek yang tanam tau. Kat kampung ni, kalau ada kenduri kahwin, pokok inai arwah nenek yang jadi tumpuan sebab warna inai dia cantik. Pakai sekejap pun dah terang.” Tempekan inai di jari telunjuk dibetulkan. Kotoran sisa inai yang melekat dibersih dengan berhati-hati.


”Patutlah setiap kali Qilah balik sini, daun pokok inai nenek tak pernah bertambah. Rupanya selalu kena tebas je.”


”Tau pun. Eh, mana suami kamu?”


Gulp! Dua kali air liur ditelan bila mak teh membangkitkan soal suami. ”Entah.” Ujarnya sambil menjungkit bahu.


”Entah?” Terbuntang mata wanita itu dengan jawapan si anak sedara. ”Suami kat mana pun kamu tak tahu?”


Lambat-lambat dia menggeleng. Betul Qilah tak tau dia kat mana. Sejak majlis akad nikah lepas maghrib tadi, masing-masing bawa diri. Aqilah naik ke tingkat atas. Amar pulak entah ke ke mana. Yang pasti dia masih berada di rumah ini. ”Mungkin dia tolong buat kerja kat bawah kot.”


”Dia dah mandi? Dah makan?” Soal Mak teh lagi.


Adeh... Qilah, apa kau nak jawab ni? Karang tak pasal-pasal kau kena ceramah lagi. ”Ibu dah bagi dia makan kot.”


”Ish kamu ni!”


Kan dah cakap. Bibir bawah digigit. ”Dia dah besar la mak teh. Pandailah dia jaga diri.”


”Banyak lah kamu!” Volume Mak teh semakin meninggi. ”Kamu sebagai isteri sepatutnya layan suami dengan baik. Ini tak... boleh pulak abaikan suami macam tu? Berdosa besar kamu tau?” Bebel wanita itu lagi sambil menggeleng kesal.


”Ala mak teh... Kejap lagi dia naik atas la tu. Dia tengah sibuk buat kerja kat bawah. Lagipun ramaikan orang kat bawah. Mesti sekarang ni dia tengah berbual dengan diorang. Biarlah dia berkenalan dengan keluarga kita.”


”Dia... dia!” Mak teh nampak makin tak puas hati. ”Elok ke guna bahasa tu bila bercakap pasal suami? Cuba sebut nama. Dia ada nama kan?”


Aqilah tersentak dengan teguran mak teh. Kena lagi kau Qilah. ”Qilah mintak maaf. Tersalah gelaran.”


”Ini lah budak zaman sekarang. Dah tak ada budi bahasa lagi dah. Cakap main bedal je. Haih...” Keluh wanita itu lagi. ”Cepat panggil Amar datang ke sini. Mak teh nak pakaikan dia inai.”


”Huh!?” Aqilah tayang anak tekak. Panggil dia datang sini!?


”Apa yang kamu terkejut sangat ni?”


”Heee....” Sengih lebar. ”Tak ada pape mak teh.” Cepat-cepat riak terkejut dilesapkan. ”Apa kata mak teh habiskan dulu pakai inai kat kat semua jari Qilah. Jari-jari kaki pun belum lagi ni. Lepas tu barulah panggil Amar naik atas.”


”Kenapa pulak? Sambil-sambil mak teh pakaikan kamu inai, boleh lah mak teh berkenalan dengan keluarga baru kita tu. Lagipun, mak teh belum sempat nak berbual panjang dengan Amar. Cepatlah panggil suami kamu.”


”Kejap lagi tak boleh ke mak teh?”


Pegangan jari terlerai. Muka Aqilah direnung tajam.“Ni kenapa ni? Nak panggil suami sendiri pun susah!”


Gullp!

*************************************************************************************

P/S :- Salam... hye... sory lg2 lmbat post new n3... abes jek bz dgn exam... bz dgn bnda laen2 lak... bru ari ni smpat sentuh lappy... rndu oow... heee... hepy reading... :)


Wednesday, December 2, 2009

Bila Amar Dah Suka Dia 9

LIMA tapak diatur ke kanan. Diam. Lima tapak lagi ke kiri. Pun diam. Amar gelabah. Muka resah ya amat. Sesekali dahi ditunjal-tunjal dengan jari telunjuk. Papan tanda ’EMERGENCY’ yang terpampang tiga meter di hadapan dikerling berkali-kali. Macam mana lah atuk kat dalam? Ya Allah, tolonglah selamatkan atuk. Kau panjangkan lah umur atuk. Sungguh aku tak sanggup kehilangan atuk. Rintihnya dalam hati.


Aqilah sejak tadi setia berdiri di sebelah. Mata dan hidung gadis itu sudah merah kerana menangis. Mukanya sembab. Amar turut merasa terharu dengan keadaan Aqilah. Jelas sekali gadis itu juga turut menyayangi Haji Rahim. Dia juga tidak mahu kehilangan orang tua itu seperti Amar. Dan paling mengejutkan Amar ialah Aqilah sanggu bersetuju dengan permintaan atuk untuk menjadi isterinya. Itu yang paling membuatkan Amar hampir putus nafas sebentar tadi.


Nafas dihela panjang. Entah kenapa hati aku kosong bila Aqilah sudi menjadi isteri aku? Langsung tak rasa teruja. Langsung tak rasa macam nak peluk Izham kuat-kuat. Langsung tak rasa nak jerit pada satu dunia yang aku akan dikahwinkan dengan dia. Langsung tak ada. Nothing. Izham yang tengah bersandar tenang di kerusi dipandang. Lelaki itu ligat bermain telefon. Siap senyum simpul lagi. Amar pelik. Perlahan-lahan Izham dihampiri. Kerusi kosong di sebelah temannya itu diduduk.


”Kau asal Am?”


”Apa?” Soal lelaki itu tanpa mengangkat wajah. Masih tekun pada skrin telefon.


”Atuk tengah tenat kat dalam boleh pulak kau happy macam ni?” Tangan disilang ke dada. Muka Izham direnung tepat.


”Dah tu kau nak suruh aku buat apa? Nangis macam Qilah?” Izham tayang muka tak ada perasaan. Kedudukan kaki dibetulkan. Kaki kiri diletak ke atas kaki kanan. ”Gaya macam atuk boleh sembuh terus jek kalau aku nangis.”


Biji mata Amar hampir tersembur keluar sebaik saja ayat terakhir Izham menusuk corong telinga. Serta merta dia rasa berang. Kuat bahu Izham ditumbuk. ”Sejak bila kau jadi selfish sampai macam ni? Kau apehal? Tak sayang atuk ke?”


Izham tepuk dahi dua kali sebelum menggelengkan kepala. ”Ada aku cakap tak sayang atuk ke?” Boleh pulak tuduh aku yang penuh dengan sikap penyayang macam tu? ”Hello buddy. Your atuk is my atuk too okey!” Izham tayang muka tak puas hati. “Sayang aku pada atuk sama macam kau jugak. Kau jangan cakap main bedal. Segarang-garang Haji Rahim, aku tetap sayang dia.”


“Dah tu asal aku tengok kau langsung tak sentap pun dengan keadaan atuk? Muka kau langsung tak nampak macam kau sedih. Risau, gelisah pun tak. Yang aku nampak sinar kebahagiaan berkilau-kilau kat muka kau bila mesej baru masuk. Macam bahagia je bila atuk sakit macam ni.” Omel Amar panjang lebar. Sungguh dia hairan dengan sikap tenang sahabatnya itu.


Izham pecah tawa lima saat sebelum kata-kata Amar dibalas. “Respon aku macam ni sebab…” ‘Pecah rahsia ni, pecah lah kepala kamu atuk kerjakan’. Gulpp! Terdiam terus bila ayat ugutan Haji Rahim sebentar tadi menerjah kepala otak. Izham kau tanak kepala pecah kan? So, watch your mouth!


“Sebab…?” Pintas Amar bila Izham tidak menyambung ayat seterusnya.

Adeh.... Nak kelentong apa ni Am? Kepala digaru-garu. Izham sudah terkulat-kulat. Otak ligat mencari idea. Ahah! Akhirnya dia tersenyum lebar bila idea dengan senang lenangnya menjenguk minda. ”Sebab aku yakin atuk akan okey.” Satu nafas dilepas bila satu kelentongan berjaya dicipta. ”So, no worry lorh.” Tangan menepuk-nepuk belakang Amar yang masih dengan muka sendu. ”InsyaAllah atuk selamat. Saja je atuk buat gimik tuh.” Ujarnya dengan nada memujuk. Hati gelisah Amar cuba ditenangkan.


”Hotak kau atuk buat gimik. Apa kau ingat atuk tak ada kerja lain ke nak buat gimik besar sampai macam ni? Kalau kau aku percaya sebab kau selalu buat benda yang tak masuk akal. Tapi bukan atuk.” Balas Amar seraya menjeling tajam Izham yang dah tersengih. Badan disandar ke dinding. Mata dipejam rapat. Muka atuk yang tengah tersenyum dan sesekali diselit dengan muka atuk yang tengah tercungap-cungap menarik nafas bermain di kepala. ”Atuk...” Serunya perlahan. Muka diraup dengan tangan. Hatinya tidak putus-putus mendoakan keselamatan Haji Rahim.


”Calm down... calm down...” Pujuk Izham lagi sambil menggosok kepala sahabatnya. ”Eh pergi solat jom? Dah masuk Asar ni.” Sambung Izham lagi selepas merenung jam di pergelangan tangan.


Amar hanya mengangguk sebelum berdiri. ”Awak nak pergi solat dengan kitorang?” Lembut nadanya bertanya pada Aqilah yang haya membisu sejak tadi.


Erk!? Tersentak dengan soalan itu. Aku sekarang Allah kasi cuti. Tapi takkan nak jawab aku uzur kot? Tak rasa malu ke?


”Aqilah...” Panggil Amar bila gadis itu hanya terdiam tanpa sebarang respon.


Akhirnya Aqilah hanya membalas dengan gelengan. Muka tertunduk rapat ke bawah.


”Haaa...” Terjah Izham tetiba. ”Tak boleh solat ye?” Usiknya sambil tersengih nakal. ”Tau... Orang perempuan kalau uzur mesti malu nak cakap. But it’s okay lorh. Kalau tak cakap pun kitorang kaum adam boleh baca air muka kaum hawa nih.”


Aqilah yang dah sedia dengan muka merah bertambah-tambah rona. Ada jugak rasa nak nak hentak kepala Izham dengan Ventillator Anesthesia yang ada kat hospital ni. Buat malu aku jek! Dah ar tengah sedih dengan keadaan atuk. Boleh lagi mamat ni buat lawak yang langsung tak kelakar.


Amar ikut tercengang dengan gurauan tak kena tempat yang dibuat oleh Izham itu. Kuat perut Izham disiku. Cepat-cepat tubuh lelaki itu ditarik menuju ke surau.


”Sakit lah bongek!” Rasa sengal pada perut digosok-gosok. ”Asal kau siku perut aku? Nasib baik tak terburai najis kat tengah lantai tadi.” Suka hati dia je nak bedal aku. Siku cap kayu ke apa budak nih. Gila perit!


“Padan lah dengan muka kau tuh! Suka sangat buat lawak bodoh. Kan dia dah malu.” Bebel Amar yang tidak setuju dengan tindakan Izham. Masih jelas terbayang muka merah Aqilah ketika diusik Izham.


Bibir bawah dijuih. ”Heleh! Kau sakit ke kalau dia malu?”


***

AQILAH melabuhkan punggung di atas kerusi. Fikiran serabut. Hati resah. Perasaan tak tenteram. Semua kerana memikirkan Haji Rahim yang sedang berada di dalam bilik kecemasan. Detik pertemuan kali pertama denga Haji Rahim mengimbau kembali.


”Fuh!” Satu keluhan dilepaskan. Pergerakan kaki masih tidak berhenti. Larian setempat masih dilakukan. Sesekali tuala kecil yang tersangkut di bahu diguna untuk mengesat peluh yang merembes di muka. ”Gila penat!”


Lissa yang tengah buat lompat bintang mencebik. ”Exersice sikit pun dah penat. Lemah betul kau, Qilah.” Sambung gadis itu dengan nada mengejek.


Persekitaran di tasik ketika itu sungguh mendamaikan walaupun agak gamat. Ditambah lagi dengan kehadiran para pengunjung yang turut datang dengan tujuan yang sama. Bersenam. Biasa lah, hujung minggu macam ni, ramai lah manusia kan? Ini lah masa sesuai untuk beriadah bersama keluarga, kawan-kawan dan juga kekasih hati. Boleh dikatakan setiap sudut di sekitar tasik dipenuhi dengan manusia.


”Eh Qilah!” Seru Lissa tetiba. ”Bos aku mesej nih.” Maklum gadis itu dengan mata melekat pada skrin telefon.


”Dia nak apa?”


”Beb, benci ar macam ni.” Lissa muka bengang,


“Apehal?”


“Aku kena pergi ofis sekarang.”


”Gila!”


”Sangat agree dengan compliment kau tuh. Memang gila!”


”Cuti kan hari ni.”


”Tu ar pasal. Tetiba jek ada yang tak kena dengan akaun company. So, nak tak nak aku kena turun padang jugak ar.”


”Tape ar. Kau pergi je la. Nama pun kerja kan.”


”Then kau?”


”Aku nak lepak sini kejap. Hirup udara yang segar bugar ni.”


”Hello... Kita datang dengan my car.”


Senyum lima saat. ”Don’t worry about me. Pandai-pandai ar aku balik karang.”


”Sungguh?” Lissa inginkan kepastian.


”Yup!”


”Okey, aku chaow dulu. Apapehal call okey!?” Pesan Lissa sebelum berlari meninggalkan Aqilah sendirian di situ.


Sepasang mata bulat menghantar Lissa hingga tubuh gadis itu hilang dari pandangan. ”Nasib kau lah Lissa. Cuti-cuti macam ni pun kena kerja.” Keluh Aqilah sambil tergeleng-geleng. Tudung botol mineral dibuka lalu dengan agak rakus air diteguk. Hausnya la…


”Ya Allah!”


Tegukan air mineral terhenti bila telinga menangkap satu suara. Kening kiri dan kanan hampir bertemu. Suara itu makin kuat kedengaran. Tanpa membuang masa kaki di atur kanan. Kepala disenget sedikit cuba mengintai tubuh yang tengah duduk membelakanginya di atas rumput di seberang pokok. Kelihatan seorang lelaki tua tengah mengerang kesakitan. Lelaki itu tengah memgang ibu jari kaki yang dipenuhi dengan darah. Serta merta Aqilah menerpa memainkan peranan.


”Pakcik... pak cik kenapa?” Sapanya bila lelaki tua itu didekati.


Lelaki itu mengangkat wajah. Muka Aqilah dipandang. ”Atuk tersepak batu.”


”Atuk boleh berdiri?” Terus panggilan dari pak cik berubah kepada atuk bila lelaki itu sendiri membahasakan diri dia, atuk. Tongkat yang tersadai tidak jauh dari mereka dicapai lalu disua kepada lelaki tua itu.


Kaki tongkat teguh dipacak ke tanah. Sedaya upaya dia cuba berdiri. “Allah...” Serunya perlahan.


Aqilah membantu menstabilkan tubuh tua itu. Lega hatinya bila si atuk masih mampu berdiri. “Kita ke klinik ye?”


Tangan kanan diangkat. Dia menggeleng tiga kali. ”Tak payah la kot. Sikit je ni.”


”Darah banyak yang keluar tu.” Kata Aqilah sambil merenung ke arah ibu jari yang masih disaluti darah.


“Tak apa. Atuk boleh sapu minyak kejap lagi.”


Mendengar jawapan muktamad dari lelaki tua itu, Aqilah hanya mengangguk. Dah orang tanak takkan nak paksa kot? “Eh, atuk datang dengan siapa?”


”Kawan saya, Pak Husin.”


”Mana dia?”


”Pergi toilet. Kejap lagi datang lah tu. Nama kamu siapa?” Ramah lelaki itu menyoal. Muka tenang si gadis yang bertentangan diannya dipandang.


”Saya Aqilah.” Dengan senang hati Aqilah memperkenalkan diri. ”Atuk?”


Tersenyum manis. ”Abdul Rahim. Tinggal kat mana?”


”Taman Bukit Mutiara.” Lembut suara itu menjawab. ”Atuk?”


“Dekat je. Kat taman belakang tasik ni.”


“Taman belakang ni?” Soal Aqilah dengan muka terkejut.


Haji Rahim mengangguk.


”Tempat kerja Qilah kat situ la.”


”Iye? Kamu kerja apa?”


”Cikgu kat tabika hujung taman tu.”


”Oh... cikgu ye. Dekat sangat dengan rumah atuk...”


Dan sejak saat itu lah dia mengenali Haji Rahim. Selepas peristiwa itu, mereka kerap bertemu. Haji Rahim berasa senang dengan dengan kehadiran Aqilah di dalam hidupnya. Baginya Aqilah merupakan seorang gadis yang cukup sempurna. Sopan santun, baik hati, hormat orang tua, pandai mengambil hati, penyayang dan macam –macam lagilah sifat positif yang ada pada cikgu tabika itu. Sebab itulah dia berhasrat untuk mengambil Aqilah sebagai isteri untuk cucu tunggalnya Amar. Dia percaya bahawa Amar akan bahagia bersama Aqilah.


”Hmmph...” Entah yang keberapa kali dia mengeluh. Fikiran melayang lagi untuk kali kedua


”Atuk ada cucu?” Sudah hampir lebih dari tiga kali mereka bertemu, inilah kali pertama Haji Rahim bercerita mengenai keluarganya kepada Aqilah. Dan kali pertama juga baru mendapat tau yang bahawa Haji Rahim mempuyai seorang cucu lelaki.


”Seorang. Amar nama dia.” Paip disedut dalam dan asap dihembus keluar. Mata meliar pada tasik yang tersergam indah. “Sekarang dia tak ada kat KL. Dia ke Kedah dua minggu uruskan business.”


”Oh...” Mulut berbentuk O. Telinga ditadah mendengar butiran selanjutnya yang keluar dari bibir itu. Pelbagai cerita tentang Amar yang dicerita kepadanya. Melalui penceritaan Haji Rahim, dia juga turut dimaklumkan tentang Izham, kawan baik Amar dan juga merupakan cucu angkat Haji Rahim. Secara tak langsung, Aqilah telah mengenali Amar walaupun mereka tidak pernah bertemu.


”Bertuah kan atuk ada cucu macam Amar.” Sela Aqilah setelah Haji Rahim selesai bercerita. Senyuman manis dilemparkan kepada si atuk.


“Atuk lagi bertuah kalau kamu sudi jadi cucu atuk.”


“Qilah memang dah anggap atuk macam atuk Qilah. Qilah bersyukur sangat dapat kenal Haji Rahim ni.” Seloroh gadis itu seraya menayang kedua-dua lesung pipit.


Senyuman berbalas. Nafas ditarik panjang. ”Qilah nak kahwin dengan Amar?”


Pecah tawa. Soalan Haji Rahim itu berjaya membuatkan hatinya geli. ”Ishy atuk ni. Ke situ pulak. Qilah tak layak jadi isteri Amar.”


”Siapa cakap tak layak?”


”Siapa-siapa pun.”


”Kamu tau, atuk dah tanam hasrat nak ambil kamu sebagai menantu. Isteri kepada Amar.” Lancar bibir itu menutarakan hasrat yang dah sekian lama terpendam.


”Hahaha!” Sekali lagi tawa pecah. ”Stop kidding la atuk. Jom kita pergi pekena teh tarik?” Ajak gadis itu sambil mencapai beg sandang yang tergantung di dahan pokok.


”Atuk serius ni!”


Mata terus belari ke wajah tua itu bila nada Haji Rahim tetiba bertukar tegas. ”Atuk.” Aqilah dah mula rasa tak sedap hati.


Tongkat ditarik rapat ke sisi. Dia berdiri. Mata bertentang mata. ” Weekend ni kamu ada date dengan Amar.”


”Hah!?” Mulut luas terbuka.


”Dia datang jemput kamu pukul 9.00 pagi.”


“Tapi atuk...”


Kepala Aqilah yang bersalut tudung disentuh lembut. “Dia cucu yang baik. Dan atuk yakin dia boleh menjadi suami yang baik.”


“Qilah...”


“Try first. Then baru lah kamu buat keputusan.”


Gulpp! Selamat dua kali air liur ditelan.


Muka diraup lemah. Nafas disedut dalam-dalam dan dilepas lembut. “Nur Aqilah... betul ke apa yang kau buat ni?”


***

WAJAH tenang milik Aqilah sesekali dikerling. Hampir tiga puluh minit mereka bertemu di Restoran Cinta Sayang ini, namun sepatah perkataan pun belum diucap. Masing-masing hanya mendiamkan diri.


”Bila nak pergi beli cincin?” Akhirnya suara yang mampu membuatkan Amar tak tidur malam menyapa telinga.


”Pardon?” Amar muka tak percaya. Betul ke tadi soalan yang terbit dari bibir dia?


”Lagi beberapa hari kita nak kahwin. Tapi cincin belum beli. Awak nak pergi beli bila?” Sekali lagi soalan yang sama maksud dilontar keluar walaupun rasa segan itu menebal. Boleh pulak anak dara yang tanya soalan macam tu? Dahsyat kau Aqilah.


Okey Amar, calm down. Mata dipejam dua saat. ”Perkahwinan ini tak akan berlangsung.”Putus Amar lancar.


Kali ini giliran Aqilah pula tunjuk muka terkejut. ”Sebab?” Separuh hati gembira ya amat dengan kata-kata itu. Tapi separuh lagi masih memikirkan perjanjian yang dibuat dengan Haji Rahim.


”Sebab awak tanak kan?”


Terdiam sekejap dengan pertanyaan spontan itu. Memang aku tanak. Tapi... ”Saya dah setuju dengan permintaan atuk, Amar.” Lemah suara itu menutur. ”Janji tetap janji.”


”Kalau dah tak ada feeling, hati dah kata tanak awak tak boleh teruskan perkahwinan ini.” Suara Amar meningkat satu level. ”C’mon Aqilah, jangan paksa diri awak. Awak ada hak untuk menentukan kebahagiaan awak. Saya tanak perkahwinan ini menghancurkan semua impian awak. Kita takkan bahagia kalau berkahwin hanya kerana satu janji.” Sangkal Amar panjang lebar.


Aqilah membisu. Kepala ditunduk ke bawah. Kedua-dua tangan digenggam. “Saya dah buat keputusan. Kita kahwin.”


Terasa jantung hampir melurut ke bawah. Amar tersentap. Aqilah direnung tanpa berkelip. ”A...awak... awak serius?”


” Saya tak akan main-main dengan perkara penting.”


”Tak menyesal?”


”InsyaAllah tak. Allah dah tunjukkan saya jalan ini. Tapi saya perlukan masa untuk terima perkahwinan ini. Saya harap awak faham.”


Hembus nafas. Pangkal hidung dipicit. ”Saya faham. Situasi kita sama. So... beli cincin jom?”


Senyuman cuba dilemparkan walaupun tak semanis mana. Ini jalan aku. Ini takdir aku. Aku terima dengan redha. ”Okey.”


***

BERITA HARIAN dilipat dua. Pantas Amar berdiri mendapatkan Haji Rahim yang sedang menuruni tangga. Lengan atuknya dipimpin. ”Asal atuk keluar bilik? Atuk kan lemah lagi ni. Rehat je kat dalam bilik. Kalau nak apa-apa, bagitahu Amar. Atuk tak payah susah-sudah turun macam ni.

Urghh! Bosan betul aku macam ni. Itu lah kau Rahim. Siapa suruh kau bohong cucu sendiri?Tak sakit buat-buat sakit. Sekarang siapa yang susah? Nak buat apa pun susah kalau dengan si Amar ni. Ada saja pantang larang. ”Dah kematu badan atuk asyik terlentang kat atas katil je. Sesekali nak jugak turun ambil angin kat bawah. Kamu tak payah risaukan atuk. Atuk dah okey ni.” Sudah berkali-kali dia cuba meyakini tentang kesihatannya yang dah stabil ketika ini. Namun cucunya masih berkeras menyuruh dia berehat. Lama-lama boleh hilang akal kalau macam ni lah punya gaya.

Tubuh si atuk diletak ke atas sofa. “Atuk lemah lagi ni. Amar risau kalau jadi macam hari tu.”


Merengus tak puas hati. “InsyaAllah tak jadi dah. Atuk okey ni. Kamu jangan lah risau sangat. Ni atuk nak tanya.”

“Apa atuk?” Amar duduk bertentangan dengan Haji Rahim.

”Persediaan untuk majlis Sabtu minggu depan macam mana?”

”Okey je.” Pendek jawapan yang diberi. Amar dah berubah riak. Tubuh disandar ke belakang. Macam tak percaya je lagi dua belas hari aku akan menjadi suami orang. Suami kepada gadis yang bernama Nur Aqilah Binti Azman. Suami kepada dia. Aku pun tak tau apa yang aku buat ni. Semuanya berlaku dalam sekelip mata. Semuanya kerana permintaan keramat atuk.

”Kamu okey ke kalau majlis pertunangan dengan akad nikah dibuat serentak?”


”Amar ikut je.” Kedua-dua tangan dibawa ke belakang leher. ”Atuk jangan risau, InsyaAllah semuanya akan berjalan dengan lancar.”

”Atuk pun harap macam tu.” Ujar Haji Rahim dengan harapan yang besar. Harapan semoga Amar dan Aqilah disatukan. Harapan ingin melihat kebahagiaan cucu tersayang. Wajah si cucu direnung dalam diam. Atuk minta maaf kalau atuk mendesak kamu Amar. Apa yang atuk buat ni adalah untuk kebahagiaan kamu. Atuk yakin Aqilah adalah kebahagiaan kamu. InsyaAllah.


***

”ARE you okay, buddy?” Soalan dilempar bersama tumbukan di bahu. Izham yang baru balik dari kerja terus mendapatkan Amar yang tengah melepak di gazebo. Muka sahabatnya itu nampak serabut.


”Alhamdulilllah, setakat ni aku tak rasa macam nak mati lagi.” Selamba jawapan itu dibalas. Kaki ditarik rapat ke dada. Kedua-dua lutut dipeluk. Kepala didongak ke atas merenung bulan yang tengah megah bersinar dengan cahaya. ”Lambat kau balik hari ni. Overtime ke?”


”Aah. Kerja banyak.” Ruang kosong disebelah Amar diisi. Siku kiri didarat ke atas bahu si sahabat. ”Kau tengah serabut ke?”


Tersenyum nipis dengan soalan dari teman yang paling memahami. ”Tipu lah kalau aku tengah bahagia tak ingat sekarang ni.”


”Patut lah muka macam cicak berak berlian jek. Seri bakal pengantin langsung tak nampak. Mana hilang?” Hati sahabat yang seorang ini cuba diselam. Walaupun dia tumpang gembira dengan perkahwinan Amar dengan Aqilah yang bakal berlangsung lusa, namun Izham turut tersentuh dengan perasaan serba salah Amar ketika ini. Dia tau, Amar berat hati untuk meneruskan perkahwinan disebabkan Aqilah. Kahwin hanya kerana satu janji? Kalau aku di tempat Amar, aku pun akan rasa perkara yang sama.


Ketawa kecil. ”Seri pengantin aku dah naik ke bulan. Susah nak turun balik.” Gurau Amar walaupun hati dengan berselirat dengan pelbagai rasa.


Izham tersenyum. ”Amar... Walaupun yang berlaku, aku tetap sokong kau. Sentiasa mendoakan kebahagiaan kau.” Tuturnya dari hati yang ikhlas.


Tersenyum lagi. Sedikit lebar dari tadi. Bahu Izham dirangkul kejap. ”Thanks buddy.”


“Tapi aku sedih ar.” Izham buat nada sayu. Bibir bawah dijuih.


“Asal?”


“Lepas lusa, aku mesti bujang sorang-sorang. Iye la... Kau dah nak jadi suami orang. Title bujang kau tinggal jauh-jauh. Lepas ni, kita dah tak boleh tidur satu katil. Aku pun dah tak boleh nak main tarik-tarik boxer kau. Dah tak ada geng nak lepak kat gazebo ni. Dah hilang tempat mengadu. Dah... ”


”Hahaha!” Amar picit perut. ”Gaya cakap macam aku nak fly jauh-jauh tinggal Malaysia jek. Weyh, lepas aku kahwin pun aku tetap aku okey! Tak adanya batas dalam persahabatn kita.”


”Mana la tau kot-kot lepas ni kau dah lupakan aku. Asyik berkepit je dengan isteri. Aku kan bujang. Tak ada teman.”


Rilex ar bai. Lepas ni kau dengan Salsabila pulak naik pelamin.”


”Itu pun kalau dia nak.”


”Kau tak cuba masuk line lagi ke?”


“Belum. Tengah mengayat ni.”


“Aku doa kau dapat.”


“Amin…” Kedua-dua tangan ditadah ke langit. “Amar, naik bilik kau jom?”


“Hmmph!” Amar tepuk dahi. Muka bosan dipamer. “Kau ni tak bosan ke asyik menatap baju pengantin aku?”


”Tak. Aku suka sebab warna dia cantik. Peach... my favourite colour tuh.”


“Haih… aku yang nak kahwin kau pulak yang excited ni apehal?”


“Ini lah yang dipanggil kawan sejati.”


“Ye ye je kau ni.”


***

“AKU terima nikahnya Nur Aqilah Bt Azman dengan mas kahwin RM80 tunai….” Hanya dengan sekali lafaz, hubungan antara Amar dan Aqilah menjadi sah. Aqilah selamat menjadi isteri Amar. Terpancar sinar kebahagiaan di wajah Haji Rahim dan juga Izham. Mak Su Ina dan Pak Su Aziz yang merupakan ibubapa Izham turut menadah tangan ke langit.


”Terima kasih, Amar.” Ucap Haji Rahim seraya menarik cucunya ke dalam pelukan. Amar hanya mengangguk sambil tersenyum.


”Bai, congratulation.” Dua tangan bertaut rapat sebelum Izham mendakap erat tubuh Amar. ”Semoga kau bahagia hingga ke akhir hayat.”


Thanks a lot.”


”Weyh, tunggu apa lagi? Jom sarung cincin.” Kalut Izham menarik lengan Amar menuju ke arah Aqilah yang sedang bersimpuh sopan tidak jauh dari mereka.


”Assalamualaikum...” Sapa Amar lembut bila mereka sudah bertentangan. Mutiara jernih yang galak mengalir di pipi gebu itu makin membuatkan Amar dihimpit perasaan.


”Waalaikumualam.” Jawab semua kepala yang berada di situ termasuk pengantin perempuan.


Perlahan-lahan Aqilah menghulurkan tangan kanan. Dan perlahan-lahan jugak Amar menyambut huluran itu. Sebentuk cincin emas bertatahkan berlian disarung ke jari manis milik gadis yang sudah bergelar isterinya. Dengan penuh kesopanan Aqilah tunduk mencium tangan si suami. Kemudian dagu Aqilah disentuh lembut. Satu kucupan melekat di dahi. Amar pejam mata. ”Ya Allah, kau berkatilah hubungan ini.” Bisiknya perlahan tapi masih boleh didengar oleh Aqilah.


Sekali lagi Aqilah mengalirkan mutiara indah.

*************************************************************************************

here new n3... mybe next n3 lmbat kot. zarith tengah bertapa dalam 'kepompong' final exam. *wish me gud luck ok*. buat n3 ni pun pakai main bedal jek. kalau x best tuh redah je la. heee.... thnks 4 ur reading... =)

toucholic

toucholic

Hot N Cold

Hot N Cold
Apa yang terjadi bila air panas bertemu dengan ais cube?

sweet sours

sweet sours
friendship is a sweet relationship

Bila Amar Dah Suka Dia

Bila Amar Dah Suka Dia
Inilah jadinya bila Amar dah jatuh chenta