Chill Out ~~ ^_* (kalau tak suka lagu boleh stop kt atas ni)

new updated!


new n3 :-)

# Hot And Cold (Bab 5)
# Hot And Cold (Bab 4)
# Hot And Cold (Bab 3)

* my new email (YM, FB) :"carl_aryana89@yahoo.com"

(^__^)

(^__^)

Kalaulah Hot n Cold dapat peluang ke untuk ke versi cetak.. apa kata kalian?

Tuesday, January 5, 2010

Bila Amar Dah Suka Dia 12

”KOMPANG dipalu, pengantin baru. Duduk bersanding tersimpul malu...” Bergema merdu alunan lagu pengantin baru disemua telinga para tetamu. Amar dan Aqilah tengah disandingkan di atas pelamin dan diapit oleh Izham dan Lissa di kiri kanan. Kipas yang dihias dengan pelbagai jenis dan corak kain beropol-ropol dihala ke arah pasangan pengantin baru.


”Bai, kipas laju-laju la sikit. Aku panas nak mati dah ni.” Ujar Amar setelah mendekatkan muka pada Izham yang setia terpacak di sebelah. Muka cuba dimaniskan walaupun terasa bahang. Kemachoan diri mesti dikawal bila ratusan manusia menghalakan mata ke arah mereka.


”Dah habis laju dah. Aku pasang speed paling tinggi. Kau tu kulit kebal sangat. Itu pasal lah tak rasa. Kulit tenggiling betul.” Omel Izham perlahan. Mukanya sudah berkerut. Dia turut merasa panas. Mahu taknya, dah hampir setengah jam berdiri di atas pelamin. Ditambah pulak dengan cahaya matahari yang galak memancar. Maklumlah, orang dah biasa duduk dalam aircond, bila dijemur sekejap bawah matahari terus hampir-hampir nak cair. ”Lagi satu, kau jangan mati awal-awal. Kesian Qilah, baru je kahwin dah jadi balu.”


Laju Amar oleh ke kanan. ”Cakap tu jangan main bedal jek!” Terbelalak biji mata bila melihat kipas yang dipegang oleh Izham cantik tertala pada si pemegang. ”Hotak kau habis laju! Aku suruh kipas aku, dia kipas diri sendiri pulak.” Kata Amar tak puas hati. Izham dijeling tajam.


Izham yang sedar tindakannya dapat dikesan terus tarik sengih sampai ke belakang telinga. Kipas ditangan dialih semula ke arah Amar. ”Sorry ar, bai. Aku pun panas jugak. Kau tak apa lah duduk, aku ni dari tadi kena berdiri. Tak kesiankan your buddy ke?”


Sape pengantin?” Soalan dari izham dibalas dengan soalan.


”Kau.” Perlahan Izham menjawab.


Sape pengapit?”


Izham menjuih bibir bawah. ”Aku.”


”Sape yang patut dikipas?”


”Kau.”


”Sape yang patut mengipas?”


Lima saat Izham membisu sebelum merengus geram. “Yelah...yelah! Aku kipas kau sampai majlis persandingan selesai.”


Mendengar jawapan itu, Amar tersenyum kemenangan. That’s my buddy. Cepat kipas. Aku tanak cair.”


”Oww... kau tanak cair? Aku cair boleh pulak?”


“Nak aku repeat soalan tadi ke?” Tanya Amar berbaur ugutan.


Urghh!Izham buat muka tak siap. ”Nanti bila turn aku dengan Salsabila, aku dera kau double dahsyat dari ni!”


Amar tayang muka innocent.”I’m waiting.”


***


MAJLIS sebelah siang sudah pun selesai. Hanya majlis memotong kek dan pembukaan hadiah pemberian tetamu. Aqilah berada di dalam bilik pengantin untuk menukar pakaian bersama Lissa. Gown labuh paras buku lali berwarna merah hati megah tersarung ditubuh. Solekan pada malam ini tidak memerlukan sentuhan mana-mana mak andam kerana Lissa sendiri menawarkan diri untuk menyolek sahabatnya. Lissa, kalau dalam bab-bab touch-up ni memang superb habis. Mana taknya, anak mak andamlah katakan. Ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi?


Beb, laki kau mana? Dia tanak tukar baju ke?” Soal Lissa sambil membersihkan muka Aqilah dengan toner.


”Entah dia kat mana.” Dengan nada bersahaja Aqilah membalas. Matanya dipejam rapat bila Lissa menyembur cairan toner ke seluruh muka. ”Lissa, slow sikit lah. Pedih mata aku ni.” Tau lah kau tu pantas dan cekap dalam bab yang satu ini. Tapi agak-agak lah kawan.


Helleh! Baru je sembur sikit dah nak kepoh. Pejam mata. Aku nak sembur sikit lagi.” Arah Lissa. Botol toner digoncang-goncang terlebih dahulu sebelum disembur buat kali ketiga di kulit gebu itu.


”Dah la tu. Berapa banyak toner kau nak sembur hah? Aku dah rimas ni. Kalau ikutkan hati aku, tanak aku solek malam ni. Cukuplah muka aku jadi mangsa benda-benda alah ni siang tadi.”Tokok Aqilah dengan muka jelik. Sungguh dia rasa rimas sangat ketika ini. Sudahlah kena pakai gown yang labuh mengurai dengan kulit muka pulak yang terasa tebal berinci-inci.


”Kau duduk diam-diam boleh tak?” Lissa dah mula hilang sabar dengan telah temannya. Mata Aqilah direnung tajam. Tangan bercekak pinggang. ”Kau ni kan, baru aje letak toner dah potpet potpet mengalahkan murai tercabut semua ekor. Ini belum masuk bab lipstik, shadow, maskara,blusher...”


”Banyak lagi ke Lissa?” Celah Aqilah bila Lissa menyebut antara senarai ’benda’ yang bakal melekat diwajahnya sebentar lagi. ”Asal tak letak lip ice dengan bedak Johnson Baby je? Aku rasa tu pun dah cukup berseri.” Mudah saja cadangan itu terbit dari bibir mungil Aqilah.


”Apa?” Lissa tunjuk muka terkejut. ”Apa kau ingat kita ni nak pergi majlis perkabungan ke?” Tiga kali Lissa menampar pipi sendiri bila bengangnya pada Aqilah bertambah-tambah. Surat khabar yang berada di atas meja solek diragut dengan kasar sebelum dilipat dan dikibas-kibas ke arah dirinya.


Kedengaran nafas dihela lembut. Kepala yang tak gatal digaru. ”Cepatlah weyh! Majlis dah nak start ni. Bengang kau tu layan kemudian je lah.”


Surat khabar tadi dilempar ke sebelah. Lissa berdiri merapati Aqilah semula. Tiga kali gadis itu dijeling sebelum acara penyolekan bersambung kembali. ”Kau bising lagi kali ni, aku campak keluar tingkap!” Tegas suara itu walaupun hanya gurauan.


”Larat ke kau nak angkat aku?” Soal Aqilah mencabar.


”Even berat aku kurang sekilo setengah dari kau, tak bermakna aku lemah okey.” Nak jugak Lissa membalas walaupun tangan bergerak pantas mencalit apa yang patut diwajah bersih itu. ”Kita taruk bedak sikit.” Katanya seraya menampal bedak dikulit muka Aqilah dengan span muka.


”Karang tudung pakai biasa-biasa dah lah ye.”


”Mana boleh!”Bingkas Lissa laju dengan permintaan itu. Hailah! Tak sudah-sudah dengan fikiran remeh temeh kau tu Qilah.


Tersentap sekejap dengan bingkasan itu. Aqilah pandang Lissa. ”Kau jangan cakap nak main lilit-lilit pulak?”


”Kalau ye?”


”Weyh....” Panjang dengung suara yang terkeluar. Aqilah kembali tak senang duduk.


”Malam ni aku nak lilit kepala kau dengan pelbagai kaedah dan selendang yang aku beli semalam. Sure meletup punyalah kau malam ni. Amar confirm tak pandang arah lain.” Dengan penuh rasa keterujaan Lissa menutur. Di wajahnya terpancar cahaya-cahaya kemegahan. Megah kerana dia berkesempatan menyolek kawan baik sendiri di majlis yang amat bermakna buat Aqilah. Bermakna ke buat dia?


Tanak! Tanak!” Bantah Aqilah tegas.


”Mana boleh tanak. Kau jangan weyh... Dah berpuluh-puluh duit aku habis beli malajah fesyen, dah lebam mata aku dok menatap skrin laptop selongkar internet punyalah nak belajar cara pakai selendang.”Pergerakan tangan dah mula berhenti. Lissa buat muka sedih. Bibir bawah dijuih. Dia bergerak duduk di atas katil. ”Ini semua aku buat untuk kau, Qilah. Demi kau. Kau langsung tak hargai.”


Tu dia... Dia dah mula berdrama pulak dah. Haishy! “Yelah...yelah... Kau buat la apa yang patut kat aku ni. Aku tak protes lagi dah.” Putus Aqilah akhirnya bersetuju dan cuba merelakan apa yang bakal dilakukan oleh Lissa terhadap dandanannya pada malam ini.


Mendengar ungkapan itu muka monyot Lissa bertukar ceria tak sampai satu saat. Dia berdiri kembali menonong mendapatkan Aqilah yang masih duduk di atas kerusi depan meja solek. ”Macam ni lah kawan aku. Don’t worry la beb. Aku tak akan menghampakan kau.”


Tarik nafas ”Whatever. Lissa, macam mana kau boleh sampai sini dengan bos kau?


”Takdir kot.” Pendek Lissa menjawab. Tumpuannya seratus peratus diberi pada kerja yang dilakukan.


”Tu ke bos yang selalu menyusahkan kau? Bos yang selalu kau sumpah seranah tu?” Soal Aqilah lagi.


Yeah... Dia lah makhluk yang selalu buat aku rasa nak lempang laju-laju bos sendiri.”


Aqilah mengukir senyum nakal. ”Tapi asal kau boleh sampai Kuantan dengan dia? Ada something-something ke? Something-something yang aku tak tau?” Usiknya lagi sambil mengangkat kening dua kali.


Calitan liptik di bibir Aqilah terhenti terus bila soalan itu yang dilontar keluar. ”Something-someting? Heh!” Tergelak kecil. ”Something-something lah sangat. Kebetulan kereta aku rosak. Dia rasa bersalah lah kot, tu sebab ar baik hati hantarkan aku datang sini. Kalau tidak... jangan harap.”


` ”Rasa bersalah? Pasal dia suruh kau buat overtime semalam tu?”


“Iyelah kot. Lagipun memang sepatutnya dia perlu rasa bersalah dekat aku. Dah banyak kali dia susahkan aku kau tau?” Muka ikhlas Azmi ketika meminta maaf semalam masih segar diingatan. Lissa merengus. Belum tentu ikhlas tu.


“Entah-entah dia...”


“Jangan merapu lah, Qilah. Dia bos aku and aku pekerja dia, tak akan ada apa-apa between us okey! No and never!” Tegas Lissa lagi bila Aqilah masih menayang senyum nakal kepadanya.


“Okey...okey... Calm down ar beb.” Akhirnya Aqilah mengalah. Tidak lagi berniat untuk mengusik Lissa. Lagipun dia berasa sangat letih hari ini. Kalau ikutkan hati, nak saja aku terkam katil then tidur sampai ke subuh nanti. Tapi apakan daya, dah nasib raja sehari. Raja sehari memang kena macam ni ke?


Dua kepala menoleh serentak ke arah pintu yang dikuak dari luar. Dua saat kemudian muncul wajah ibu Aqilah, Hajah Habibah bersama Amar melangkah masuk ke dalam bilik.


”Kamu belum siap lagi, Qilah?” Soal Hajah Habibah yang berjalan merapati dua sahabat itu.


Aqilah yang bagai muka disambar petir itu laju menundukkan kepala.. Tanak kasi Amar melihat mukanya yang dah ditampal dengan segala tepung. Tepung???


”Mana baju Amar?” Soal si ibu lagi. Muka Aqilah yang hampir siap disolek direnung sekilas. “Cantiknya anak ibu ni.” Senyuman manis tersungging diwajah tua itu. Bahu anak tunggal perempuannya digosok lembut.


Amar yang berada dibelakang ibu mentua hanya menahan rasa. Keinginan untuk memandang wajah isteri cuba dikawal. Amar, control macho sikit okey! Sabar ar, kejap lagi kau tengok la puas-puas.


“Tengok lah sape mak andamnya, Mak Ngah.” Lissa yang tak mahu dipinggir mencelah jugak. Dia tersenyum lebar.


“Yelah, nasib baik kamu pandai menyolek, Lissa. Memang cantik betul Qilah malam ni.” Pujian diberi lagi. Ikhlas lahir dari hati. ”Kawan kamu dah kahwin Lissa. Kamu bila lagi?” Sakat Hajah Habibah mesra.


Sempat dia menghembur tawa sebelum menjawab soalan itu. “Belum ada yang masuk line lagi lah Mak Ngat. Tengah menunggu ni.”


“Belum ada? Habis tu Azmi tu sape?”


Erk! Gigit lidah. Hah sudah! ”Bos Lissa kat tempat kerja, la Mak Ngah.”


”Memang la... mula-mula bos. Lepas tu...”


Shut up la kau!” Sela Lissa bila Aqilah mula menyampuk yang bukan-bukan.


Hajah Habibah ketawa melihat Lissa dah mula gelabah. Aqilah hanya tersengih bila dimarah.


”Oit, kau pergi ambil baju kat Amar. Tak kanlah...” Mata mengerling pada baju yang tersarung ditubuh Amar. ”...kau nak biar pengantin lelaki pakai kain pelikat dengan t-shirt pagoda masa acara potong kek kejap lagi kot?”


Mendengar perlian itu, Amar terus tunduk merenung badan sendiri. Ewah, kawan baik bini aku ni... suka hati je kutuk dressing aku. Kalau t-shirt aku Am tak humban semua masuk mesin sekali dengan baju dia tadi, tak adanya aku nak pakai macam ni. Ini pun nasib ada baju nak dipakai. Entah dari mana hala mamat tu rembat. Konon nak tebus kesalahan. Heh!


Aqilah terus berlalu ke arah almari yang mengandungi tuksedo warna hitam yang bakal dipakai oleh Amar pada malam ini lalu dihulur kepada lelaki itu.


Lissa yang tetiba dihuni dengan satu idea yang menarik tersenyum nakal. Lengan Hajah Habibah ditarik mengikut langkahnya ke pintu. ”Jom kita keluar dulu, Mak Ngah. Takkan Amar nak tukar baju depan kita? Malu kan, Amar?” Sempat dia kenyit sebelah mata kepada Aqilah sebelum menutup pintu bilik.


Putus nafas! Aqilah terkedu ditempatnya berdiri. Terasa muka dah ditumbuk dengan lesung batu. Perasaan malu berguni-guni. Sungguh! Sungguh aku tak pernah duduk berduaan dengan lelaki macam ni. Dalam satu bilik macam ni. Dalam keadaan macam ni. Abah, abang. Adib dengan Darwish tu kira lain lah. Ini.... Waarrggg!!!!


Amar yang menyedari keadaan si isteri tersenyum lebar. Malu ke awak? Tak lama kemudian dia berjalan menuju ke arah tingkap.


Erk!? Dia nak terjun tingkap ke? Uih! ”Awak! Nak ke mana?” Kalut dia menyoal.


Amar masih senyum. ”Jangan risau, saya takkan terjun.”


Toink!Toink! Malu lagi kau Qilah. ”Dah tu?”


Lelaki itu tidak terus menjawab. Tirai labuh yang mencecah lantai diselak lalu Amar menyelit masuk ke sebalik tirai bersama tuksedo. ”Saya dah cari tempat habis baik. Tapi kalau awak datang mengintai jugak, bukan salah saya.”


Dush!!! Terasa bagai kepala dihempas dengan tong gas. Suami aku ni la...

*************************************************************************************

hepy reading.. :)

21 comments:

  1. zarith....!!!

    best..!!!

    nk lg....!!

    ReplyDelete
  2. hehehe... jgn intai qilah.. hahaha
    cpt smbg ya sis...
    klau lisa ngan bos dia pun ok gak.. :)

    ReplyDelete
  3. ngeh3...so cweet beb...
    sambong3 cpt.....

    ReplyDelete
  4. wah, org pertama ke comment..
    best2.. cpt smbung, xsbr nk tau smbungannya.. hehe.. :)

    ReplyDelete
  5. ulalalaaaaaaaaa~
    amar ni pndai je nak mainkan qila..
    heeee

    ReplyDelete
  6. bhahahha
    gelak je bace cerita nie
    tq kak zarith
    bestbest
    disebalik langsir yg tak tahan tu
    bhahahha
    -na'dz

    ReplyDelete
  7. kekekeke..qilah qilah

    ReplyDelete
  8. ngaaaaaa...suke2...
    nk lagik ttg amar n qilah..
    huhuh...

    ReplyDelete
  9. wah....... bestnyer kak zarith.. mmg best... x sbr r nak tggu next n3.. hehehe...

    ReplyDelete
  10. haha sengal nye amar, blh plak sindir2 cm2..aiyoo lh..
    sweet je cite ni..
    zarith cpat smbg lg!!!!

    ReplyDelete
  11. waaaaaaaaa...
    amar nih lwk bt0l
    laaahhhhhh!!!
    hahhahah

    ReplyDelete
  12. wahhhh sweet sgtttt.. zarith ni... mmg pandaila wat cter yk bikin org terseyum jerrr.

    ReplyDelete
  13. Best sangat.
    Sampai x tau nak cakap ape lagi dah.

    ReplyDelete
  14. hehehe.. cute je.. cpt2 sambung taw..
    x sbr nak taw sambungan cite ni!!!!

    ReplyDelete
  15. adeh...adeh... rasa cam nak gelak guling2 la plak.... hehehe lawak la citer ni....
    nice job

    ReplyDelete
  16. best..! best..!
    writer nak lg..plz!!

    ReplyDelete
  17. kak zarith...biler nak sambung Hot n Cold...xcited sgt nak tau citer die...

    sweetsour ngan nila amar dah suke die pun best gak...

    tapi lagi best bace kalu dah khatam Hot n Cold...

    pleasesssssssssss

    ReplyDelete

toucholic

toucholic

Hot N Cold

Hot N Cold
Apa yang terjadi bila air panas bertemu dengan ais cube?

sweet sours

sweet sours
friendship is a sweet relationship

Bila Amar Dah Suka Dia

Bila Amar Dah Suka Dia
Inilah jadinya bila Amar dah jatuh chenta