Chill Out ~~ ^_* (kalau tak suka lagu boleh stop kt atas ni)

new updated!


new n3 :-)

# Hot And Cold (Bab 5)
# Hot And Cold (Bab 4)
# Hot And Cold (Bab 3)

* my new email (YM, FB) :"carl_aryana89@yahoo.com"

(^__^)

(^__^)

Kalaulah Hot n Cold dapat peluang ke untuk ke versi cetak.. apa kata kalian?

Saturday, January 30, 2010

Bila Amar Dah Suka DIa 13

SETELAH penat menyungging senyuman kepada para tetamu yang hadir, akhirnya Amar dan Aqilah berjaya melepas keluhan lega bila majlis untuk hari ini sudah tamat. Izham dan Lissa yang turut merasa bahang keletihan turut bersyukur.


”Amar, kau tak rindu atuk ke? Aku rindu ar.” Soal Izham yang tengah melepak bersama Amar dan Azmi di beranda hadapan rumah. Haji Rahim, selepas selesai saja majlis memotong kek tadi telah meminta diri untuk pulang ke KL bersama Pak Husin dan Mak Kinah. Tiba giliran dia pulak untuk menguruskan kenduri di sebelah pihak lelaki yang bakal dilngsungkan seminggu dari sekarang.


Amar cebik bibir. ”Ceits. Cakap aje lah yang kau dapat freedom bila Haji Rahim tak ada. Bajet aku tatau. Rindu lah sangat.” Kacang goreng yang dihantar Lissa tadi digenggam dan dimasukkan ke dalam mulut.


”Kau selalu tak percaya kan kalau aku jujur?” Tanya Izham sambil tayang muka tak siap. ”Sumpah lah aku rindu atuk.” Ujarnya bersungguh-sungguh. Aku dead serious nih boleh pula kata tipu!


Amar mencebik lagi. Pipi Izham ditolak hinggakan temannya itu terdorong ke belakang.. ”Blah la kau!” Pandangan menala pula ke arah Azmi. ”Mi, next week jemput pergi kenduri sebelah aku pulak. Sabtu, tapi Jumaat kau dah kena terpacak kat lantai rumah aku. Tolong apa yang patut.” Tambah Amar berbaur arahan. Perkenalan mereka dengan Azmi tengah malam semalam kini sudah menjadi rapat. Dah macam bertahun-tahun kenal. Azmi yang sememangnya peramah makin mesra bila berdepan dengan budak berdua yang gila-gila itu.


”Jangan, Mi!” Izham menegah laju. Pipi yang ditolak Amar tadi disentuh. Gila tebal tangan. Nasib baik tak terkehel aku punya tulang pipi. ”Dia nak mintak kau ironkan baju pengantin la tu. Kalau kau datang awal, kau silap besar!”


”Weyh kau batu api apa?” Amar menghulur tangan ingin menarik rambut Izham namun sempat temannya itu mengelak. ”Kan dah termaktub dalam perjanjian bahawasanya ketiga-tiga pasang baju pengantin termasuk baju Aqilah sekali untuk kenduri sebelah lelaki kau yang akan ironkan.” Katannya dengan muka habis megah. Kening kiri dijungkit tinggi.


”Sejak bila aku jadi ironman?” Mata Izham terbuntang besar. ”Tak ada masanya aku nak penatkan diri aku buat benda yang tak berfaedah untuk kau. Bukannya tau mengenang budi. Menyakitkan hati lagi ada. Nyesal aku jadi pengapit kau tadi. Habis lenguh satu badan. Berdiri bukannya sekejap. Lama! Nasib baik tak lumpuh ke apa. Kau senang lenang jek menyengih atas pelamin. Huh!” Omel Izham dengan muka berkedut. Terkumat-kamit bibirnya membebelkan si Amar. Kaki dilunjur ke depan. Dipicit-picit betis yang terasa sengal.


Ternganga dua saat Amar dengan kata-kata keramat sahabat sendiri. Tanpa membuang masa, kuat penumbuk jantan melekap cantik di bahu kanan Izham. ”Tak sangka kau teruk macam ni Am. Tolong sikit mengungkitnya banyak. Lain kali aku tanak mintak tolong kau dah. Kenduri minggu depan tak payah la kau jadi pengapit lagi. Aku cari orang lain!”


”Kau nak cari sape? Atuk? Kuat ke atuk berdiri? Jalan pun pakai tongkat. Mampu ke atuk? Silap-silap atuk yang bersanding, kau yang jadi pengapit.” Datar suara Izham menutur. Kedua-dua tangan disilang ke dada. Sesekali Amar disebelah dijeling.


”Weyh, kau kutuk atuk eh?” Tajam Amar merenung Izham yang tengah pamer muka tak bersalah. ”Kalau atuk dengar la...”


”Mau bengkak setahun pipi aku kena lempang.” Belum sempat Amar menghabiskan ayat, laju Izham menyelit. Air liur ditelan dua kali. Pipi kanan disentuh. Dalam otak sudah membayangkan bagaimana keadaan pipinya bila tangan tebal Haji Rahim mendarat di muka. ”Potensi untuk bisu selama-lamanya pun besar ni.”


Azmi ketawa besar dengan telatah Izham itu. Sejak hampir dua jam melepak dengan Amar dan Izham, tak henti-henti dia ketawa. Ada saja kata-kata Amar yang kelakar. Ada saja aksi Izham yang tak kering gusi. ”Asal? Atuk korang garang gila ke?” Dari gaya perbualan antara dua sahabat itu, Azmi dapat mengagak yang mereka amat menggeruni lelaki yang bernama Haji Rahim Bin Seman.


Air teh O separuh panas dihirup tiga teguk.”Actually, Haji Rahim kitorang tu, tak ada lah garang sangat. Tegas dia je yang lebih.” Sempat dua keping biskut kering dikunyah sebelum soalan Azmi dijawab.


“Maunya tegas atuk tak lebih kalau dah ada cucu macam kau, Am.” Tokok Amar pulak seraya menolak belakang lelaki itu. “Nakal kau tu tak serupa orang. Perangai jangan cakap lah. Tak ada istilah nak diterjemahkan macam mana.”


”Kau asal?” Tolakan Amar dibalas dengan cara yang sama. Tak cukup dengan itu, anak rambut temannya itu turut ditarik sebelum berdiri menyelamatkan diri dari serangan balas. ”Senakal-nakal aku, tak pernah lagi lah aku terjun lubang kat tepi jalan macam kau tuh.”


”Sape yang terjun lubang?” Aqilah yang muncul bersama Lissa sambil menatang puding coklat menyoal.


”Err... tak ada sape-sape. Am yang merapu lebih.” Amar sudah kecut perut bila Izham mula membuka lembaran kisah zaman-kanak-kanaknya dihadapan Aqilah. Pangkal leher diurut-urut. Muka jelas nampak risau. Izham dipandang tajam. ”Kau bukak cerita, aku lempang!” Katanya hanya dengan gerakan bibir.


Izham langsung tidak gentar dengan amaran itu. Malah dia mampu menghembur tawa kuat. “Qilah... Lissa, korang nak dengar history budak tu tak?”


“Budak mana?”Lissa muka pending.


“Pengantin lelaki lorh.” Kata Izham bersama sengihan nakal. Kening dijungkit dua kali.


“Nak! Nak!” Laju saja Lissa menjawab. Selipar ditanggal sebelum kaki melangkah naik ke atas beranda. ”Sana sikit!” Azmi yang tengah bersantai megah di hujung beranda dihalau ke tepi.


”Sana kan ada ruang. Asal nak menempek kat sini jugak?” Azmi menyoal dengan muka bengis. Lissa yang dah pun terpacak di depannya dipandang tepat.


”Tak kan nak mencelah dekat Amar kot? Suami orang tu. Nak kena sebat dengan Qilah?” Lissa muka serius. Tak tau la kenapa kalau dengan Azmi, kepala dia rasa macam nak meletup. ”Tak hinginnya saya nak menempek dekat awak. Yakks! Bakteria.” Sambung Lissa lagi kali ini siap dengan riak geli lagi. Tidak cukup dengan itu, hidung mancungnya turut ditutup. Dah gaya macam si Azmi berpenyakit bakteria tahap tak boleh nak dirawat lagi.


Aqilah, Amar dan Izham yang menyaksikan adegan antara pekerja dengan bos tergamam sekejap sebelum masing-masing kulum senyum.


”Bakteriaaaa!?” Sungguh Azmi tersentap dengan auta yang dicipta oleh Lissa. Terasa berkepul-kepul asap keluar dari lubang telinga dan hidung. Urat-urat sendi mula rasa tegang.


”Sana sikit la!” Arah Lissa kali kedua bila Azmi masih kaku ditempatnya. Tangan elok mencekak pinggang. Mata mencerun bertentangan dengan mata Azmi.


Nafas ditarik panjang sebelum dihembus perlahan. Okey, aku gentleman,right? Tanpa membalas kata-kata Lissa, Azmi pantas berdiri dan melabuhkan punggung disebelah Izham. ”Silakan, princess.” Ujarnya lagi dengan senyuman yang dibuat-buat. Perempuan memang selalu macam ni ke?


Thank you.” Ucap Lissa seraya bersimpuh sopan. Senyum comel ditayang pada Azmi. Sengaja hendak menyakitkan hati bosnya itu.


“You’re welcome.” Kaku suara itu membalas. Kalau ikutkan hati, jangan harap aku nak mengalah. Nasib baik lah ini tempat orang.


Rilex ar bro. Tak salah kalau kita mengalah dengan awek. Baru lah namanya gentleman.”


Selit Izham berbaur pujukan. Belakang Azmi ditepuk-tepuk. Hati panas teman yang baru dikenali itu cuba ditenangkan.


Amar dan Aqilah hanya menggeleng sambil tersenyum lebar. Si Lissa pun boleh tahan jugak dia punya keras kepala.


Tanak duduk ke?” Soal Amar pada Aqilah bila dilihatnya si isteri hanya berdiri tegak di hujung beranda.


Tersentap sekejap dengan soalan itu. Aqilah terkulat-kulat. Hujung tudung yang dipakai dipintal. ”Err...aa... Tak apa lah. Saya berdiri je.” Balasnya lembut. Ruang kecil disebelah Amar dijeling sekilas. Jangan suruh aku duduk situ sudah.


”Lorh! Apa pulak berdiri? Kita nak bercerita panjang ni.Banyak ni history Amar yang nak dibongkarkan.” Selar Izham ceria. Jelingan tajam Amar tidak diambil pusing. Ala... Tak salah kan kalau kita kongsi history?


”A’ah la Qilah. Apa nak malunya? Sebelah Amar kan kosong. He’s your husband kan? Sah apa. So, no hal la korang nak berkepit pun.” Lissa turut masuk line. Peluang untuk mengenakan Aqilah tida dilepas. Terhibur hatinya bila melihat temannya itu dah mula blush.


”Betul. Lain lah kalau saya dengan Lissa. Tak sah. Itu pun dia nak jugak menempek.” Azmi yang bersandar tenang di pagar beranda menyampuk. Walaupun lembut suara itu, namun cukup pedas ditelinga Lissa.


”Helleh! Bila masa!? Cakap suka hati jek.” Sergah Lissa serta merta. Mata mencerun ke arah Azmi. ”Nak cari pasal ke ni?”


Just contoh okey!” Pandangan Lissa dibalas.


Lissa merengus kasar. Ingin dibalas kata-kata Azmi itu tapi tak ada idea. Akhirnya dia bertindak mendiamkan diri. Diam tak bermaksud kalah okey!


”Sudah la tu. Tadi cakap nak dengar history pengantin lelaki.” Cepat-cepat Izham menyelit menyelamatkan keadaan bila dua pasang mata sudah bertentangan hebat. Risau pulak kampung ni dilanda puting beliung sekejap lagi.


”Weyh, Am... tanak la. Apehal pulak nak cerita pasal aku? Kau suka sangat kan buat fitnah.” Tegah Amar dengan suara meninggi bila Izham masih ingin meneruskan hajatnya.


”Lorh... aku story apa yang patut aje. Yang patut ditapis aku tapis. Don’t worry la bai. Under control punya la.” Ujar Izham cuba menyedapkan hati Amar yang sudah tak senang duduk. ”Puan Aqilah, have a seat please.” Suruh Izham bersungguh-sungguh.


”Erm...” Aqilah rasa serba salah. “Kena duduk jugak ke?” Belakang kapala diurut-urut. Alaa... Segan seh.


Come. Sit down here.” Sambil bersuara lengan Aqilah ditarik selamba duduk disebelahnya. Walaupun ada rasa lain macam yang menular dalam hati, Amar tetap cuba kawal perasaan. Entah kenapa bila tangannya melekat pada lengan isteri, terasa darah melambung naik ke kepala.


Begitu juga dengan Aqilah yang sudah pun terjelepuk kepalanya di bahu Amar. Dia terkedu. Mata terbuntang luas. Nafas turun naik dengan tidak sekata. Lidah jadi kelu. Muka terasa panas ya amat. Perlahan-lahan dia menjarakkan wajah dari bahu Amar. Lengan kiri yang bersilang diatas lengan kanan Amar turut ditarik. Aqilah menutup malu dengan membetulkan kain batik yang tersarung dikaki. Terkena elektrik masa buat amali kat U dulu pun tak ada lah sentap sampai macam ni.


Sorry, terkasar.” Pinta Amar separuh perlahan. Air liur ditelan dua kali. Dada makin berdetak sakan. Haisyh!


Aqilah hanya menggeleng sambil tersenyum hambar. Getaran masih terasa bila tubuh mereka berdekatan. Mahu saja dia menginjak ke belakang kalau lebar beranda itu boleh bertambah sepuluh sentimeter lagi.


”Am.” Panggil Lissa bila Izham belum membuka cerita. Hatinya sudah tidak sabar lagi untuk mendengar kisah suami sahabatnya itu. “Betul ke Amar pernah terjun lubang tepi jalan? Asal? Macam mana boleh terjun? Nakal sangat lah tu.” Teka Lissa sambil tersengih lebar.


”Mana ada la!” Celah Amar cepat-cepat. “Korang suka kan tabur fitnah macam si Izham bongek ni. Pahala pun belum tentu banyak. Tak serik-serik topup dosa.” Amar berkata lagi sambil menjuih bibir bawah. Pandangan sinis dilontar kepada Izham yang sudah separuh ternganga.


”Woit, kisah budak umur sepuluh tahun merangkap waris tunggal kepada harta Tan Sri Abdul Rahim Bin Seman iaitu salah seorang jutawan di Malaysia terjun ke dalam longkang tepi jalan gara-gara mengejar seekor rama-rama beberapa belas tahun yang lepas, then masuk paper lagi tuh dikira fitnah ke?” Hampir semput nafas Izham mengatur ayat. Sempat dia tarik nafas sebelum menyambung, ”Fitnah kah itu Amar Taqiuddin, huh?” Soalan yang sama diulang kembali. Izham renung Amar seraya menjungkit kening sebelah.


Walaweyh!!! Terus Amar tunduk rapat ke bawah. Mata dipejam. Dia ketap gigi kuat-kuat. Kedua-dua tangan digenggam. Budak Izham ni memang nak kena tikam dengan pisau potong daging lembu yang liat ya amat nih. Asal lah dia pergi bukak sejarah hitam aku? Depan isteri pulak tuh. Hadoi... ”Am...”


”Sungguh!????” Dengan muka habis terkejut dua suara bergabung serentak. Aqilah separuh ternganga. Lissa hampir-hampir nak keluarkan biji mata. Azmi pula hanya tersengih lebar mendengar berita itu.


”Luka teruk tak time jatuh tu?” Pantas Lissa bertanya.


”Teruk jugak la. Betis dengan siku kanan dia kena jahit banyak jarum. Dahi pun berdarah sakan. Lutut terkoyak jugak sikit. Kepala nasib baik tak ada pape. Kalau tidak mahunya sewel seumur hidup suami awak, Qilah.” Seloroh Izham sebelum menghembur tawa kuat.


Teringat kembali peristiwa hitam itu, ketika Amar agak parah kerana terjunam masuk ke dalam lubang tepi jalan berhampiran dengan rumah mereka yang sedang dibaikpulih. Semuanya terjadi kerana sahabatnya itu leka mengejar seekor rama-rama. Niat dihati pada mulanya ingin menangkap serangga itu untuk dikurung di dalam bekas, mendatangkan keburukan terhadap diri sendiri. Alih-alih dia pulak yang terkurung di dalam lubang.


Izham yang menyedari kehilangan Amar ketika mereka sedang bermain tennis di court belakang halaman banglo Haji Rahim, terus berlari mencari lelaki itu diluar pagar. Setelah hampir setengah jam proses pencarian dilakukan, akhirnya dia berhenti di satu kelompok himpunan manusia di seberang jalan besar. Dengan perasaan yang sudah seram sejuk, himpunan ramai itu dihampiri. Hampir putus nafas Izham bila melihat seorang lelaki dalam lingkungan tiga puluhan meloloskan diri keluar dari sebuah lubang yang lebih kurang tiga meter dalamnya sambil mencempung seorang budak yang amat dikenali.


Kuat Izham menjerit bila dia melihat tubuh kaku Amar dibaringkan ke atas rumput. Dengan tidak menghiraukan kereta yang sibuk lalu lalang di atas jalan, Izham membuat pecutan kuda mendapatkan Amar. Nasib baiklah tak ada kereta yang sudi merempuh tubuh kecilnya ketika itu. Bila otak dah tak boleh berfikir dengan waras, itu lah jadinya. Menangis sakan dia bila Amar tidak memberi sebarang respon semasa dia memanggil-manggil nama Amar. Nasib mereka baik kerana ada seorang pakcik yang baik hati membawa Amar ke hospital sebelum Haji Rahim sempat pulang dari pejabat.


”Isyh! Kira parah jugak lah luka kau, Amar. Sampai jahit bagai. Berapa lama duduk wad?” Ujar Azmi dengan muka simpati.


”Seminggu lebih. Alah... tak ada pape pun la... Luka sikit je. Am ni je yang cuak lebih.” Tangan diangkat untuk menumbuk bahu Izham, namun sempat lelaki itu mengelak.


Izham pecah tawa.”Aku bukan nak riak ke apa. Tapi serius aku bangga kau masuk paper. Korang tau, berita Amar tuh aku siap gunting letak dalam frame lagi. Ada dok tergantung megah kat dalam bilik Amar.”


”Ada eh?” Aqilah muka teruja. ”Nanti nak tengok, boleh?”


Of course you can, my sis in law.” Jawab Izham sambil kenyit mata sebelah kepada Aqilah yang sudah tersenyum simpul.


Ada lagi cerita?” Tanya Aqilah lagi. Tak tau lah kenapa hatinya tetiba melonjak ingin tahu lebih banyak tentang lelaki yang sudah bergelar suaminya itu.


”Ada.... banyak. Nakal Amar ni memang banyak yang nak diceritakan. Just wait and listen saja." Ceria nada suara Izham. Kalau bab drop orang memang dia suka habis. Nak nak lagi mangsa itu adalah Amar. Ingat senang ke nak kenakan sahabatnya itu kalau bukan depan isteri? Belakang isteri, memang sah-sah Izham dah kena sebat dari awal. Ini pun sedaya upaya Amar berusaha kuat mengawal bengangnya terhadap makhluk Allah yang satu itu.


”Helleh! Nakal aku kau sibuk kepoh-kepohkan. Nakal kau tu simpan sengsorang pulak. Tak adil ar!” Bentak Amar agak kuat. Tahap kesabarannya sudah tipis. Budak bongek ni memang dah melampau!


”Nakal aku?” Izham muka hairan. ”Ada ke? Kalau ada pun tak ada lah sehebat nakal kau.”


”Hak alorh! Sape yang suka lastik kucing Parsi Datin Rogayah dulu-dulu? Sampai mak datin tu datang rumah bawak lastik nak lastik kau balik? Sape?” Kini giliran Amar pula membuka pekung Izham. Ingat aku sorang ke yang ada sejarah?


”Err... aaa... ermm...” Izham terkedu bila terkena batang hidung sendiri. Dia tersengih lebar ke arah Azmi. ”Itu lain cerita la, Amar. Kau panggang katak kat belakang rumah, aku tak kecoh pun.”


“Panggang apaaaaaa!???” Soal Lissa dengan muka tercengang. Hebat betul sentapan dengan kata-kata Izham.


”Katak.” Senang hati Izham mengulang.


”Korang...makan...” Aqilah tidak sanggup meneruskan ayat. Tak kan kot!??


”Nope!” Amar menjawab pantas macam bas ekspress. ”Panggang je, makan tak.Itu pun sebab dah terlampau bosan tak benda nak dibuat.” Sambungnya perlahan. ”Kau tunggang arnab atuk macam tunggang kuda boleh pulak? Sampai arnab tu semput hampir-hampir nak mati kau kerjakan. Itu bukan nakal ke namanya?”


”Heleh! Kau tangkap banyak pepatung kat padang sekolah then ikat buat rantai gantung kat leher tu lagi teruk! Seksa makhluk Allah. Berdosa tau!”


”Letak racun dalam dedak ayam serama atuk sampai semua ayam atuk mati tu tak berdosa?”


”Itu aku silap suspek la. Aku nak racun ulat daun sebenarnya, mana la aku tau ayam serama atuk yang jadi mangsa.”


”Silap suspek lah sangat! Asal dalam banyak-banyak benda, makanan ayam serama jugak yang kau letak racun?”


”Aku tak sengaja la! Tetiba je racun tertumpah kat dalam bekas tu. Bukan salah aku.” Tingkah Izham yang masih berharap kemenangan dipihaknya. ”Yang kau pergi cukur bulu burung nuri kesayangan Mak Kinah tu, bukan dosa lah ye? Dah tu kau siap cat badan dia dengan cat hitam lagi. Konon-konon nak modified nuri jadi gagak.”


”Asal dosa pulak? Burung tu bukan mati.”


“Dosa jugak lah tu sebab kau biar dia terseksa menahan sejuk.”


”Heh! Kau pernah cerita kau kutip cacing kat kampung atuk kau rebus konon-konon masak mee masa main pondok-pondok lagi dahsyat.


”MasyaAllah!” Sekali lagi Aqilah dan Lissa tersentap. ”Rebus cacing!??” Terkebil-kebil dua pasang mata itu merenung tepat ke muka Izham.


Erk! Izham berubah muka. ”Itu mee betullah!” Menyesal aku cerita dekat dia! Tak boleh simpan rahsia langsung!


“Sejak bila mee betul ada kepala dengan ekor, huh?” Sindir Amar dengan senyuman sinis.


”Haisyh! Itu mee zaman komunis la. Kau mana tau semua tu. Kau kan budak bandar.”


”Aku bukan dari planet Pluto yang tak boleh beza antara cacing dengan mee!”


Mencebik. Izham terdiam. Tak tahu nak menjawab apa. Amar nampaknya tidak mahu mengalah. ”Okey, let’s drop this subject.”


”Haaa...” Amar peluk tubuh. Bibirnya sudah mengukir senyuman mengejek. ”Nak lawan dengan aku. Wrong competitor la.” Tutur Amar berbaur kemegahan.


”Malas aku nak bergaduh dengan budak tak matang. Buang tenaga jek!” Izham buat muka tak siap. Puding coklat dicedok masuk ke mulut. ”Wahh!!!”


Aksi Izham itu berjaya menarik semua mata ke arahnya. ”Asal?”


”Puding ni... sape buat?” Izham bertanya sambil matanya bergilir-gilir memandang Aqilah dan Lisaa.


”Kitorang la. Kenapa? Ada yang tak kena ke?” Tanya Lissa kembali.


Laju Izham menggeleng. ” Sedappp... Nanti korang buat lagi ye?” Pintanya dengan suara manja yang sengaja dibuat-buat.


”No problem.” Balas dua gadis itu.


“Am, Amar dah naik pelamin. Kau bila lagi? Tak teringin ke nak makan puding air tangan isteri sendiri?” Azmi yang hanya bertindak sebgai pendegar dari tadi bersuara.


”Hahaha.” Pecah tawa. Izham menggeleng tiga kali. ”Belum ada yang masuk meminang aku.”


”Ceits! Tu mula la tu nak porak perandakan adab melayu. Suka hati kau je nak tunggu orang pinang. Kau tu anak dara ke anak teruna?” Sampuk Amar. Lengan yang terasa gatal digaru-garu.


“Dah ada yang berkenan?” Lissa turut meyelit ingin tahu.


Izham buat muka malu-malu. Mata dikelip berkali-kali. Senyuman comel disungging. ”Calon tu ada la. Tengah mengayat sekarang ni.”


“Dah ada? Orang mana?” Tanya Aqilah lembut.


“Aaa… ermm… orang… aaa…” Kerana perasaan malu ya amat, Izham tergagap-gagap untuk menjawab.


“Aaa… erm… aa… apa!? Gagap la pulak! Ngada-ngada! Aku lempang karang baru lancar bercakap kot.” Naik rimas Amar dengan perangai malu-malu tak betul temannya itu. Miang dia dah datang la tu.


”Orang kedah. Salsabila nama dia. Kenal dah lama la jugak.” Selepas ditegur oleh Amar, Izham kembali bercakap dengan lancar. Namun, diwajahnya ,masih terpahat perasaan malu-malu.


So, bila pasang pelamin?” Lissa bertanya. Kening kiri diangkat dua kali.


“InsyaAllah after two months.” Belum smepat Izham menjawab, Amar terlebih dahulu menolong. Niat dihati ingin mengusik sahabatnya itu.


“Weyh! Apa pulak? Couple pun belum lagi. Tup tup nak kahwin.” Tingkah Izham pantas dengan muka tak puas hati.


”Kau tu lembab sangat. Kenal dah lama tapi tak cuba masuk line lagi pun.” Kritik Amar selamba. Cawan kopi dibawa ke bibir. Air diteguk.


”Bukan lembab lah! Belum sampai masa lagi la nak confess feeling aku. Aku bukan macam kau. First time jumpa Qilah dah melekat.”


”Brrrrgghh!!!” Tanpa sempat dikawal, air kopi yang berada di dalam mulut Amar berpusu-pusu keluar dan mendarat cantik pada muka Aqilah. Uhuk! Uhuk! ”Izham!” Jerit lelaki itu dengan nada bengang. Geram hatinya terhadap Izham ketika ini hanya Allah yang tahu. Boleh pulak bergurau bab macam ni??? Amar mengerling ke arah Aqilah yang sudah dipenuhi air kopi separuh badan. ”Sorry. Sumpah tak sengaja.” Terangnya dengan muka bersalah. Ketawa Lissa, Azmi dan Izham yang bergabung tidak diambil peduli. Keadaan lencun Aqilah yang perlu diberi perhatian ketika ini. ”Pergi toilet jom?”


”Buat apa?” Tanya Aqilah. Air kopi yang terpahat di muka diseka dengan hujung t-shirt.


”Cuci air kopi kat badan awak. Kotor sangat ni.”


”Eh, it’s okey. Saya cuci sendiri.” Lembut nada itu menutur. Aqilah langsung tidak berasa marah dengan kejadian itu. Senyuman masih dilempar kepada Amar. ”Saya masuk dulu ye.” Maklumnya kepada Amar sebelum berlalu.


Setelah bayang Aqilah hilang ke dalam rumah, Amar terus membawa panahan pandangan menikamnya ke arah Izham. ”You know what?”


”Apa?” Izham tunjuk muka tak bersalah.


Amar mula bergerak mendekati Izham. ”Kau sangat...sangat...sangat melampau.”


”Aku buat apa?”


”Izham!!!”


”Amar, ampun!”

*************************************************************************************

Salam... 1st nk mnak sorry coz lambat post new n3. zarith sgt bz lorh... kerja pn dah berlambak2... here new n3... thanks 4 ur waiting... luv u all... :)

28 comments:

  1. best la..sambung lg tau..!!
    nk bnyk pasal amar ngan qilah hehe..;)

    ReplyDelete
  2. hahaha..
    pecah rahsia eh Amar..
    kihkih..

    ReplyDelete
  3. yaaay!! setlah menunggu sekian lame.. terkeluar la jugak n3 baru! byk gak cite amar n izham time kecik2 dulu ek?

    ReplyDelete
  4. hahaha.. lucunyer... comel jee izham tue.. hehehe.... nak lgii... keep it up!!!


    ~ayun~

    ReplyDelete
  5. ha3!!!
    lawak gle...
    pcah prut bce n3 nh..
    nx n3 pleaz...

    ReplyDelete
  6. sgt sweet...nk lg..

    cpt ckit ea!

    +_*

    ReplyDelete
  7. bestnyer....kelakar lah kisah kanak2 dorg ni...nk lagi...

    ReplyDelete
  8. bhahahaha
    kantoi izham ckp
    kan dah tersembur
    terlakar je izham dgn amar
    aqila relax je
    cool tu
    -na'dz

    ReplyDelete
  9. zarith thanks..best sgt bce cite nie..hehe..can't stop smiling..amar sweet sgt..

    ReplyDelete
  10. rindu sgt2 ngan cite ni..lame menunggu..
    anyway,thanks 4 the new n3..
    luv it..

    ReplyDelete
  11. hahha...
    ske gle n3 nieh..
    dok tersengeh2 jee..
    wakkakakaka...comey bangat...
    best2..

    ReplyDelete
  12. hahahhaa...lwak la..mst qilah dh fallin' ngan amar..hehehe
    a sal la tiap x bce n3 cte ni mst gelak sakan...hahahaha...(smbung gelak lg....)

    ReplyDelete
  13. best nyer....buat sya senyum sorg2, next n3 plssss....

    ReplyDelete
  14. HAHAHA

    dorg ni asyik gadoh je,
    naseb baek gadoh manja.
    heeee..

    btw, qila nmpak sgt sweet ble blush.

    ;))))

    ReplyDelete
  15. suke nyer ade n3...
    kesian qilah...

    pecah suda rahsia amar...
    hehee,,,

    nk lg...!!

    ReplyDelete
  16. at last..
    tp best..panjang lak tu hehehe.

    ReplyDelete
  17. Anda minat menulis dan membaca?

    Jom singgah:
    http://www.seindahhiasan.com :)

    ReplyDelete
  18. Anda minat menulis dan membaca?

    Jom singgah:
    http://www.seindahhiasan.com :)

    ReplyDelete
  19. sis... best sgt2 entry kali ni..
    kira gelak kuat gila.. kawaii
    cpt smbg ek..
    ^^

    ReplyDelete
  20. Salam.. Hye kak.. Sronok saya bace citer akak nie.. X kering gusi saya ketawa... Sampi x tdo mlm.. Housemate sume dah slmt belayar... Good job.. Hopefully hepi ending ye kak.. X sronok klu sad ending..

    ReplyDelete
  21. hahahaha
    bes giler.
    xsabar2 nk tau cte strusnya.
    ngeh3

    ReplyDelete
  22. argghhh zarith smpai menangis2 sye ketawa bce n3 ni..bst lh.
    sengal je izham,x psal2 kantoikn amar..qilah plak jd mangsa dpt kopi free..
    pe pun bst SANGAT!!!!

    ReplyDelete
  23. yaa,,,bestttnyerr...
    asyik ketawa j dari mula smp akhir..
    m'ceriakan hati kuh..

    ReplyDelete
  24. hahahaha
    ya allah..
    tegang urat kat perut dr td asyik gelak pasal kenakaln dorg mase kecik2 dlu..
    hahaha
    la kejam dorg nie.nsb bek td x gelak cm langsuir:)

    ReplyDelete
  25. aku comfius sb xtau hujung pangkal citer...hehehehe

    ReplyDelete
  26. hahahhaha amek ko!!
    lawan paku jep..
    sakit pewot gelak tem bca kebuasan am n amar ni..hahahha
    thx zarith..u make me LOL in d midle if ni8..kol 341pg sey..seb bek rumate x cop aku giler..ehee thx again eh..ur story colouring my weekend..ehee=P

    ReplyDelete
  27. dah habis guling gelak nie...hehehe...

    ReplyDelete
  28. katak ?! cacing ?! ayam ?! burung ?!
    err.. 1 world only..
    wuargkakakaka !!
    -gelak guling2 aq kt lntai !mk !! takyah mop da licin !! -

    -kiwie kate-

    ReplyDelete

toucholic

toucholic

Hot N Cold

Hot N Cold
Apa yang terjadi bila air panas bertemu dengan ais cube?

sweet sours

sweet sours
friendship is a sweet relationship

Bila Amar Dah Suka Dia

Bila Amar Dah Suka Dia
Inilah jadinya bila Amar dah jatuh chenta