Chill Out ~~ ^_* (kalau tak suka lagu boleh stop kt atas ni)

new updated!


new n3 :-)

# Hot And Cold (Bab 5)
# Hot And Cold (Bab 4)
# Hot And Cold (Bab 3)

* my new email (YM, FB) :"carl_aryana89@yahoo.com"

(^__^)

(^__^)

Kalaulah Hot n Cold dapat peluang ke untuk ke versi cetak.. apa kata kalian?

Saturday, May 1, 2010

Bila Amar Dah Suka Dia 16

“DAH nak chaow?” Kerusi ditarik. Dia melabuhkan punggung berhadapan dengan si gadis.


“Aah.” Mangkuk tingkat yang mengandungi pelbagai jenis lauk pauk untuk dikirim untuk Haji Rahim disusun dengan berhati-hati. Mata menala ke wajah si teman. “Lissa, aku takut ar. Sedih pun ada.”


Dia menongkat dagu dengan tangan. Wajah ayu itu direnung. Dalam.“ Asal?”


“Ye la... Takut nak tinggal dengan orang lain.”


“Dey minachi! Orang lain tu suami awak jugak okey! Boleh pulak cakap macam tu.” Lissa menggeleng dua kali. Aqilah dijeling.


“Tau.” Kerusi ditarik lalu diduduk. Aqilah mengeluh lembut. Muka disembam ke meja. ”Lissa...”


”Apa? Merengek pulak dia.” Omel Lissa seraya mencapai bekas yang mengandungi kacang goreng lalu dibuka. Tiga butir kacang dimasuk ke dalam mulut.


”Aku takut aku tak boleh nak suaikan diri dengan family dia.” Ujar Aqilah dengan muka lemah. Lemah bila fikirkan masa depan bersama Amar. Macam mana aku nak hidup dengan orang yang aku tak berapa nak kenal?


“InsyaAllah. You can. Try first lorh… then baru la kau tau boleh ke tak. Tapi aku yakin kau mesti boleh punya.” Nasihat Lissa bersungguh-sungguh. Faham benar dengan perasaan temannya ketika ini.


“Qilah, dah siap semua barang?” Soal Hajah Habibah yang baru muncul dari dapur. Ditangan terdapat dua bungkus plastik agak besar. “Ni ada kerepek sikit. Bawak balik sana.”


“Banyaknya, bu.”


“Takpe la. Ini je yang ada.” Plastik kerepek tadi diikat kemas sebelum disusun bersebelahan dengan mangkuk tingkat. “Ni kenapa ni muka lesu je ibu tengok.” Tegur si ibu lembut. Pipi anak gadis tunggalnya itu ditepuk perlahan.


“Tak ada apa la, bu. Letih sikit kot.” Dia tersenyum nipis. Cuba sembunyikan perasaannya dari wanita itu.


Hajah Habibah ikut tersenyum. Kepala Aqilah disentuh lembut. ”Kamu tau kan, kamu tak boleh nak sembunyikan apa-apa dari ibu?”


Mendengar soalan itu, Aqilah mengeluh lemah. ”Ibuuuu...” Tangan Hajah Habibah digenggam. ”Qilah takut la. Qilah takut Qilah tak boleh jalankan tanggungjawab Qilah dengan baik.” Terluah jugak apa yang terpendam. Wajah wanita separuh abad itu direnung.


Si ibu senyum makin lebar. ”Qilah ingat lagi tak nasihat ibu dua malam sebelum majlis akad nikah?”


Dua kali Aqilah mengangguk. ”Jadi isteri yang solehah. Patuh cakap suami. Jaga Amar dengan baik. Sentiasa beringat yang syurga isteri di bawah telapak kaki suami. Belajar menyayangi keluarga Amar sebab keluarga Amar dah jadi keluarga Qilah jugak.” Satu persatu nasihat yang melekat di kepalanya diluah. Dan nasihat-nasihat itu setia melekat di ingatan.


”InsyaAllah... Ibu yakin yang Qilah mampu buat semua tu. Qilah anak ibu dengan abah kan?” Ucap Hajah Habibah tenang. Dada sudah sebak. Namun ditahan. Siapa yang tak sedih kalau anak dia ’diambil’ orang? Anak gadis tunggal pulak tuh? Macam tak percaya pun ada Aqilah sudah bergelar isteri orang.


Senyum segaris. Dia mengangguk lagi. “InsyaAllah, bu. Qilah cuba.”


”Haaa... Tu yang aku nak dengar.” Lissa menyelit tetiba. Mulutnya masih ligat menguyah kacang. ”Don’t worry la. Chill saja.”


Aqilah mencebik. ”Banyak la kau punya chill. Benda tak jadi dekat kau, senang la cakap. Heh!”


***


”BERAPA lama kau kenal Qilah?” Daun kering yang jatuh di hujung bahu dicapai. Amar kalih pandang pada Syahir di sebelah. Izham dan Azmi sudah menonong ke depan. Dua lelaki itu kecoh bergebang apa benda pun dia tak tahu.


”Dari kecik.” Balas lelaki itu. ”Kitorang bestfriend. Kiranya kembar la.” Syahir tersenyum bila kenangan dia dan Aqilah menjengah di kotak ingatan.


”Kembar?” Amar sentap. Tipu la kalau dia tak rasa tergugat even sedikit pun. Bukan manusia la kalau macam tu.


Syahir angguk sekali. ”Dia dengan aku macam belangkas je. Ke mana mesti berdua. Memang tak boleh dipisahkan.”


Lagi la Amar sentap. Badan dah mula rasa berhaba. Entah dari mana datangnya haba pun tak tahu la. ”Sampai sekarang?” Dia cuba mengorek lagi.


”Dah dua tahun kitorang tak jumpa. Borak dalam fon je. Itu pun jarang.”
Amar terangguk-angguk macam burung belatuk pagut beras. Dia menggosok dagu yang licin tanpa berjanggut. ”Korang memang kawan saja? Tak penah lebih dari tu?” Entah kenapa dia ingin mengetahui lebih dalam tentang hubungan Syahir dengan isterinya.


Langkah Syahir terhenti. Dia mengalih pandang pada Amar. Senyuman disungging. ”Kitorang kawan saja. Tak pernah lebih. Okey, aku mengaku yang aku ada feeling dekat dia more than friend... dah lama. Sejak sekolah menengah lagi. Tapi dia tak pernah tau. Aku pun tak pernah nak luah feeling aku sebab aku tau, dia tak rasa ’benda’ yang sama.”


Mendengar pengakuan itu mampu membuatkan mata Amar terjegil besar dengan mulut separuh ternganga. Jelas dia nampak terkejut dengan kata-kata jujur yang lahir dari bibir Syahir.


”Itu dulu. Sebelum dia jadi isteri kau. Sekarang...” Dia menggeleng. “ Kau jangan risau. Aku takkan rampas dia dari kau melainkan...”


”Apa?” Laju soalan itu dilontar. Syahir dipandang tanpa berkelip.


“...kau tak jaga dia dengan baik.”


Amar ketawa kecil. Lembut suara Syahir namun berbaur amaran. ”Tau la aku jaga isteri aku.”


”I hope so.


***


”HATI-HATI bawak kereta tu, Amar... Azmi.” Pesan Haji Azman ketika Amar mencium tangannya.


”InsyaAllah, pak cik.”


”Eh, apa pakcik pulak?”


Erk!? Amar menyengih. ”Tersasul. InyaAllah, abah.” Amar terkulat-kulat. Belakang kepala digaru-garu.


”Heleh!” Izham mencelah dengan cebikan. Tangan Haji Azman dicapai dan dicium. ”Buat-buat tersasul boleh. Padahal sebulan sebelum kahwin lagi dia dah kecoh practice depan cermin, pakcik. Saja je nak buat segan.” Sambung dia lagi sambil memandang sinis ke arah Amar yang sudah terpinga-pinga.


”Kau nak cari pasal ke?” Bisik Amar perlahan ditelinga temannya itu. Sengihan dipamer buat si bapa mertua.


Izham menyengih sama. Bajet aku gerun dengan kau la eh? Heh! ”Jangan tak pergi kenduri sebelah lelaki tau, pakcik.” Pesan Izham entah yang ke berapa kali pun tak tahu la.


Lelaki itu tersenyum lebar bersama anggukan. ”Mesti pergi. Jangan risau.” Katanya sambil menyambut huluran salam Azmi pula.


Amar menapak ke arah Hajah Habibah. ”Balik dulu, bu. Terima kasih untuk semua.” Tangah wanita itu dicium lembut.


”Jaga diri baik-baik. Minggu depan ibu dengan abah pergi sana. InsyaAllah.” Balas Hajah Habibah sambil menepuk pipi menantu barunya itu.


Amar membalas dengan anggukan sebelum mata berlari ke arah Syahir pula. ”Mintak diri dulu.”


Huluran salam bersambut. ”Take care of her.”


Amar senyum nipis. “I will” .


“Weyh, kau tu jangan tak datang kenduri sebelah lelaki pulak.” Aqilah yang baru muncul dari dalam rumah mencelah. Dia berjalan ke arah Syahir sambil bercekak pinggang.


“Aku tak janji.”


“Mana boleh!” Syahir dijegil. “Kata kita kembar. Bestfriend forever. Tapi kenduri aku tak datang.” Aqilah tarik muka. Masam! ”Kalau kau tak datang, putus kawan!”


“Boleh pulak macam tu?” Tersentak sekejap dengan ugutan itu.


”Boleh!” Balas Aqilah dengan nada yang sama.


Err... ”Qilah, boleh bertolak dah kot. Karang lambat sampai pulak. Dah petang sangat ni.” Pantas Amar masuk line bila dilihatnya Syahir dan Aqilah masih ingin bertelagah. Sejak pengakuan jujur Syahir pagi tadi, Amar lebih berhati-hati. Jadi seram pulak bila dah tau Syahir pernah menaruh harapan dekat isteri dia. Suami mana boleh tenang? Amar? Tipu la... Bajet tenang boleh la kot.


”Okey.” Aqilah jadi sayu. Dia mula sebak. Kaki diatur ke arah Hajah Habibah. Tubuh wanita itu dipeluk.


Amar yang memandang adegan dua beranak itu ikut tersentuh. Otaknya terkenang arwah mama dan papa yang sudah lama meninggalkan dia. Lamanya aku tak peluk mama. Macam mana ye rasa kalau peluk ibu sendiri?


”Bai.”


Teguran Izham bersama tepukan dibahu membuatkan dia tersentak. ”Tunggu apa lagi? Gerak jom?”


”Hmm.” Balasnya pendek. Travel bag milik Aqilah dimasukkan ke belakang kereta.


”Lissa, ikut kitorang ke?”


Soalan Izham kepada Lissa itu menarik perhatian Aqilah. ”Lissa ikut kitorang kot.” Pantas dia menyelit.


”Aa...” Lissa terkulat-kulat. Matanya jatuh pada muka Izham dan Azmi silih berganti. ”Aku dah janji naik dengan diorang. Sorry...”.Tokok gadis itu lagi setelah memahami isyarat yang ditunjuk oleh Izham.


Jawapan positif Lissa itu melahirkan senyuman lega diwajah dua lelaki. Izham tunjuk thumbs up. Azmi pulak menjungkit kening.


”Korang kan pengantin baru. Kena la luang masa bersama-sama. Orang lain mana boleh kacau. Betul tak makcik, pakcik?”


Kedua-dua suami isteri itu tersenyum sambil mengangguk mengiyakan kata-kata Izham.
Aqilah makin gelabah. Adeh... Macam mana ni?


“Qilah, shall we go?”


“Err… ye..ye.”


***


SEBAIK saja kaki kanan melangkah masuk ke dalam vila itu, Aqilah dah lututnya lembik macam jeli. Bukan kali pertama dia menjejak rumah ni, dah lebih dari tiga kali kot. Tapi kali ini bukan dengan hati yang tenang. Bercampur baur rasa yang berperang sekarang ni. Takut, gelabah, gementar semuanya bersatu.


“Tunggu apa lagi? Masuk la. Jangan risau, rumah ni tak runtuh lagi.” Usik Amar ketika melintasi si isteri. Dua buah travel bag ditangan diusung masuk ke dalam rumah.


”Eh, dah sampai dah?” Sapa Mak Kinah menonong menuju mendapatkan Aqilah. Bungkusan yang dipegang gadis itu dicapai dan diletak di hadapan pintu.


”Mak Kinah, tak tidur lagi ke?” Dia tunduk mencuim tangan wanita itu dengan penuh kesopanan.


“Mak Kinah...” Tegur Amar. Giliran dia pula menyalami Mak Kinah. “Belum tidur?”


“Belum. Tunggu kamu berdua la. Tadi cakap bertolak petang.”


“Jalan jam la Mak Kinah. Habis sengal-sengal pinggang Amar.” Adunya pada wanita itu. Sejak dia tinggal dengan Haji Rahim, Mak Kinah dengan suaminya Pak Husin lah tempat dia menumpang kasih sayang. Pasangan itu sudah berpuluh tahun bekerja dengan Haji Rahim. Dah dianggap macam keluarga sendiri pun. Mereka juga menyayangi Amar dan Izham seperti anak sendiri.


“Sengal tak apa la. Nanti ada orang tolong urutkan.”


”Macam selalu la kan?” Amar tersengih-sengih.


”Eh, apa pulak? Dah ada isteri tak kan nak bermanja dengan Mak Kinah pulak?”


Erk! Sengihan Amar mati. Aqilah tarik muka tak beriak. Err... Masing-masing terpinga-pinga.


”Atuk mana, Mak Kinah?” Amar tukar topik. Mata meliar sekeliling mencari kelibat Haji Rahim. Rindu pulak dekat atuk terchenta.


”Dah tidur pun. Tunggu kamu lambat sangat. Kalau boleh tanak tidur. Dia risau betul. Itu pun puas kena paksa. Kalau tidak, berdegil nak tunggu kamu balik. Atuk kamu tak berapa nak sihat. Lepas makan ubat terus lelap.” Jawab Mak Kinah panjang lebar.


”Atuk tak sihat?” Serentak dua suara bergabung.


”Batuk sikit je. Lepas makan ubat okey la tu. InsyaAllah.”


”Dah lama ke atuk tidur?” Soal Aqilah yang sudah mulai risau.


”Lebih kurang dua jam lepas.” Ujar wanita itu. ”Jangan risau la. Atuk okey. Kamu mesti penat kan? Pergilah naik rehat. Eh, dah makan belum? Kalau nak makan Mak Kinah nak hidangkan lauk.”


”Eh, tak apa la Mak Kinah. Kalau nak makan nanti Qilah hidangkan sendiri. Mak Kinah pergi la tidur. Dah lewat ni.” Tolak Aqilah lembut sambil menggosok lengan Mak Kinah.


“Mak Kinah pergi tidur ye?” Suruh Amar pula.


”Tapi kejap lagi...”


”Tak apa. Biar Amar yang kunci pintu, tutup suis-suis lampu, check semua plug okey? Mak Kinah jangan risau. Serahkan pada yang pakar.” Seloroh Amar seraya menuding jari ke dada sendiri. Dia muka megah.


Telatah Amar itu membuatkan Mak Kinah ketawa. ”Yela-yela. Janji check semua ye.” Pesan wanita itu bersungguh-sungguh.


”Iye!” Amar angkat kedua-dua tangan meyakinkan isteri Pak Husin itu.


”Terima kasih. Mak Kinah masuk tidur dulu. Selamat malam. Assalamualaikum.” Ucapnya sebelum berpaling dan meninggalkan Amar dan Aqilah di situ.


Suasana sepi seketika. Amar diam. Aqilah bisu. Masing-masing menunggu siapa yang nak mulakan bicara. Lima... empat... tiga... dua...


”Nak makan ke?”


”Naik atas jom?”


Sekali lagi dua suara bertembung.


”Err... nak makan tak?” Ulang Aqilah.


”Tak kot. Dah kenyang. Awak?”


Geleng. ”Kenyang jugak.”


”Kalau macam tu, naik atas la. Mandi. Tidur.”


“Ermm... okey.”


***


DIA masih berteleku di atas sofa. Menanti Amar keluar dari bilik air. Lama jugak dia di dalam. Dah dekat setengah jam. Mandi mengalahkan perempuan. Desis hatinya.


Dua minit berlalu, akhirnya Amar keluar dari bilik air. Putus nafas bila terpandang sesusuk tubuh yang hanya dibaluti dengan tuala tanpa baju. Aqilah malu. Terus muka ditunduk ke bawah. Hiiii!!! Tau la bilik sendiri pun. Tapi jangan lupa bukan awak sorang je yang ada kat sini.


Melihat Aqilah yang menunduk rapat ke bawah, Amar menyungging senyum. Kaki diatur ke almari baju. Pinyu almari dibuka, sehelai seluar paras lutut dah baju tanpa lengan dicapai. Tanpa segan silunya Amar menyarung seluar di situ juga.


Dup! Dap! Haisyh! Tak senonoh betul. Tubuh dikalih membelakangi Amar.


“Kenapa tak tidur lagi? Tunggu saya ke?” Soal Amar seraya mengenakan t-shirt ke tubuh. Dia tersengih nakal.


”Manade!” Laju dan pantas dia menjawab tanpa berpaling. ”Err... saya nak tidur mana?” Antara dengar dengan tidak dia bertanya.


”Katil.”


”Awak?”


”Katil kan besar. Kongsi-kongsi la. Takkan nak conquer sorang-sorang?” Amar masih giat menyakat.


”Ermm.. Awak tidur dalam bilik. Saya tidur dekat luar boleh?” Cadang Aqilah bila hanya itu yang terlintas di kepala. Nak kongsi katil? No way! Mana pernah tidur atas katil dengan dia. Tidur satu bilik pun belum pernah. Dowh! Ini yang buatkan aku nak balik rumah lama tidur dengan Lissa.


Amar ketawa kuat. ”Boleh je nak tidur luar. Tapi saya nak pesan awal-awal, kalau nak tidur luar baca doa pelindung banyak-banyak.”


”Kenapa?” Aqilah muka cemas.


”Sebab selain kita, ada lagi makhluk lain yang menumpang. Tapi takpe. Jangan risau. Dia tak kacau kita kalau kita tak kacau dia.” Tambah Amar dengan muka tak beriak.


”Amar...” Aqilah terus kecut dengan kata-kata Amar. Laju dia berdiri mendekati lelaki itu. Mata dikerling sekeliling. Takut jugak kalau ‘makhluk’ yang dimaksudkan menjelma tiba-tiba.


So, macam mana? Nak tidur luar ke?”Soal Amar. Kedua-dua kening dijungkit.
Aqilah diam agak lama sebelum memberi jawapan. “Saya tidur dalam bilik. Atas sofa.”


Mendengar cadangan itu,, Amar mengeluh. Dia tersenyum. ”Biar saya yang tidur atas sofa. Qilah tidur atas katil.”


”Eh, saya...”


”I’m off!


Suara tegas Amar berjaya mematikan kata-kata Aqilah. Terdiam terus. Akhirnya lambat-lambat kaki di atur panjat ke atas katil king size.


”Tidur la. Dah lewat sangat ni.” Lembut suara Amar dipendengaran. Dia mencapai sebiji bantal dan sehelai selimut sebelum berlalu ke arah sofa. Tangan kanan mencapai remote controller.
“Dah boleh tutup lampu?” Soalnya pada Aqilah.


“Hmm.” Hanya itu jawapan yang diberi.


“Good night.


“Good night.”


Dua saat kemudian, bilik yang cerah bertukar gelap. Amar merebahkan tubuh di atas sofa.


Aqilah pula meletakkan kepala di atas bantal.


***


SATU jam berlalu, Aqilah masih tidak berjaya melelapkan mata. Sudah berkali-kali dicuba namun gagal. Dia jadi tak selesa. Kekok bila berdua dengan Amar dalam satu bilik. Nak tidur pun tak senang. Sudah berbelas kali dia menoleh kiri dan kanan. Sudah berpuluh kali juga dia mengeluh.


Tersentap hebat bila bilik yang gelap bertukar cerah semula. Mata dipaku pada Amar yang sudah berdiri. “Awak belum tidur?”


Lelaki itu hanya menggeleng. Dia berjalan membuka almari pakaian mengeluarkan kain panjang lalu menuju ke arah tingkap. Tingkap dibuka. Hujung kain tadi dibaling ke bawah dan satu hujung lagi diikat pada besi tingkap.


“Awak nak ke mana?” Aqilah menyoal pantas bila melihat Amar sudah melangkah keluar dari tingkap sambil memegang erat kain ditangan.


Lelaki itu memabalas pandangan mata isterinya. “Pergi tidur dengan Am.”


”Huh?”


”Awak tidur la la baik-baik. Jangan lupa lock semua tingkap. And pasal makhluk yang menumpang tu, saya main-main je.”


”Amar!” Panggil Aqilah bila Amar ingin melompat ke bawah. Tak bahaya ke?


”Jangan risau. Saya dah biasa buat kerja ni. Kalau ada apa-apa just let me know.” Amar bagai dapat membaca apa yang difikirkan oleh gadis itu.


”Amar...” Dia cuba memanggil sekali lagi namun bayangan lelaki itu sudah hilang dari pandangan. Aqilah terkedu di situ. Dan rasa bersalahnya terhadap suami makin menebal...

**************************************************
p/s :- idea tenggelam timbul.. sowy kalu x best.. enjoy saja... Hepy reading =)

23 comments:

  1. hehehehe...
    sooooo sweeetttt....
    nk g....

    ReplyDelete
  2. apelah Amar takkan dah kahwin nak tido ngan Izham..
    Malulah dgn Izham sikit....
    Best..

    ReplyDelete
  3. jap jap.. cam x paham cket la. erk?

    ReplyDelete
  4. hehehe,,,,
    bleh la plak si amar ni lari tdo bilik am,,,

    erm,,

    nk lg wei,,,

    ReplyDelete
  5. aaaaaaaaaa..
    qilah...
    sian amar..huhu..

    ReplyDelete
  6. best best.. amar turun ikut tingkap??? xleh blah r amar ni.. klakar.. haha..

    ReplyDelete
  7. wow orangfirst comment nih
    hehe cian amar mesti die keciwa arn..

    ReplyDelete
  8. sian amar..terjun tingkap nak cari tempat tdo...

    ReplyDelete
  9. amek kau qilah..hahah..laki ko lari pegi tido ngan jiran sebelah..seb baek jiran sebelah tu bes pren lelaki die..haha.thanx 4 da n3..terubat rindu kt amar..amar jeee..qilah x..sbb qilah ngade2..muahaha(^_^)v

    ReplyDelete
  10. terkekeh-kekeh...akak baca part 15. suka sangat!!!!!! best!!! apapun, akak follow.............

    ReplyDelete
  11. qila sian amar
    tak baik wat amar macam tu
    weee bile nak ada feeling nie
    -na'dz

    ReplyDelete
  12. best2..cepat2 la smbg eh...

    ReplyDelete
  13. eeeee...

    swet abis....
    sengih s0rg mase bace nie...

    kak zarith...biler nk cont???

    ReplyDelete
  14. alaaaaa..
    syian kt amar..
    wuwuwuwu

    ReplyDelete
  15. kelakar...
    biler yer aqilah blh nk trima amar tuh?
    tggu for next n3 nih! :)

    ReplyDelete
  16. salam...cian kat amar...
    aqilah tak faham perasaan die...
    cdh lh....

    ReplyDelete
  17. next episode pls!!!!

    ReplyDelete
  18. best la cite nie!!
    sambung aa agy ek..
    hehehe..
    bst3!!
    good job! ;)

    ReplyDelete

toucholic

toucholic

Hot N Cold

Hot N Cold
Apa yang terjadi bila air panas bertemu dengan ais cube?

sweet sours

sweet sours
friendship is a sweet relationship

Bila Amar Dah Suka Dia

Bila Amar Dah Suka Dia
Inilah jadinya bila Amar dah jatuh chenta