Chill Out ~~ ^_* (kalau tak suka lagu boleh stop kt atas ni)

new updated!


new n3 :-)

# Hot And Cold (Bab 5)
# Hot And Cold (Bab 4)
# Hot And Cold (Bab 3)

* my new email (YM, FB) :"carl_aryana89@yahoo.com"

(^__^)

(^__^)

Kalaulah Hot n Cold dapat peluang ke untuk ke versi cetak.. apa kata kalian?

Monday, May 31, 2010

Bila Amar Dah Suka Dia 17

PAPP! Pipi kanan ditampar. Dia bergerak ke kiri. Papp! Dahi pula ditepuk. Izham yang masih terpejam mengerut muka. Papp! Lengan kanan pula ditampar. Dia jadi bengang. Sepantas kilat mata dicelik. Pandangan berlari pada kakinya yang dibebani sesuatu. Huh? Tersentak bila mendapati ada kaki yang sedang bersantai elok di atas betisnya. Toleh kanan... ”Wei!” Spontan dia menjerit bila ternampak sesusuk tubuh sedang tidur di sebelah. Pandangan melirik pula ke arah tingkap yang terbuka. Patut la beribu-ribu nyamuk serang aku.



Pantas dia bangun bersandar di kepala katil. ”Amar!” Soalnya sendiri. “Hoi!” Bahu Amar yang masih enak dibuai mimpi digoncang. “Bangun la bai!”



“Apehal kau?” Marah Amar yang sudah terbuka sedikit matanya. “Jangan kacau ar. Ngantuk ni.” Ujarnya lagi sebelum menyambung tidur kembali.



Erkk!? Izham muka blur. Jari telunjuk kanan diletak pada dahi. Dia berfikir sendiri. Asal mamat ni boleh ada kat sebelah aku? Balik lambat ke semalam? Tak pun kena halau dengan Haji Rahim? Atau.... Ehhh??? Bukan ke dia dah kahwin? Tak kan la... “Kau jangan cakap yang Qilah halau kau tidur luar.” Sekali lagi tubuh Amar digoncang. Kuat!



“ Kau nak apa!?” Suara Amar keras bila tidurnya diganggu lagi. Dua saat Izham dijeling dan dia kembali menyembamkan muka di atas bantal.



Haih! Tak boleh jadi ni! Izham bergerak sedikit ke depan. Dengan sekuat tenaga lengan kanan Amar ditarik kuat sehingga lelaki itu bengun duduk di atas katil. Sempat pipi Amar ditepuk untuk menghilangkan mamai. ”Wake up!”



”Kau gila ke hapa!?” Amar yang tersentak menerima serangan menjerit agak kuat. Dia merengus kasar. Izham direnung bagai nak telan.



“Kau tu yang gila!” Balas Izham dengan nada yang sama. “Dah ada isteri pun datang jugak tidur dengan aku.Tak gila ke namanya tu? Dah la gila... tak malu pulak tu. Qilah tuduh kita songsang, siap kau!”



”Aku tak ada nafsu dengan kaum sejenis la wei. Nak nak lagi dengan kau.”Amar menguap luas. Mata dipejam-celik pejam celik berkali-kali. Kantuk masih belum hilang.



“Apehal bai? Gaduh ke?”



Geleng. Rambut yang kusut disebak ke belakang.



”Dah tu?”



“Dia tak selesa.”



Izham menghela nafas panjang. Kepala digeleng perlahan. “Atuk tau kau ada kat sini?”



“Tak!!!” Lebih pantas dari kilat Amar menjawab. Dia kalih pandang ke arah Izham. “Jangan sampai atuk tau. Kalau tidak...”



“KL dilanda tsunami kot.” Izham tolong menghabiskan ayat. “ Sampai bila?”



“Apa?” Kening Amar berkerut.



“Korang nak macam ni. Sampai bila?”



Amar diam agak lama sebelum menjuih bibir bawah. Aku sendiri pun tatau jawapan.“Pukul berapa sekarang?” Mata berlari ke sekeliling bilik mencari jam.



“Dah pukul 6.15 pagi.”



“Haaaah!???” Mata Amar terbuntang luas. Geraham paling hujung berjaya ditayang. “Gilak!” Kalut-kalut Amar melompat turun dari katil menuju ke tingkap. Kain panjang yang sudah terjuntai ke bawah di pegang. “ Aku blah dulu. Karang atuk tau mampus. Thanks kasi pinjam katil.”



Tanak jemaah Subuh sekali ke bai?” Pekik Izham sambil menjenguk ke bawah.



“Aku jemaah dengan atuk.” Dan Amar hilang di dalam gelap Subuh.



“Nasib kau la kawan...”



***



SELESAI solat Subuh berjemaah, pasangan pengantin baru itu berlalu ke bilik. Amar yang masih berkopiah putih dan berkain pelikat mengambil tempat di atas katil. Aqilah pula, selepas menanggalkan kain sembahyang menuju ke bilik air.



Lima minit kemudian, dia muncul kembali. Amar yang sedang berbaring di atas katil dikerling. Kaki melangkah ke arah meja solek. Bedak Johnson Baby dicapai dan dituang di atas telapak tangan sebelum disapu ke muka. “Awak...” Serunya perlahan.



“Hmm...” Sahut Amar dengan mata yang terpejam.



“Nak makan apa hari ni?”



“Kenapa? Nak masak ke?”



“Kalau ada orang nak makan boleh je saya masak.”



“Sungguh?” Soal Amar sambil merenung tepat ke muka Aqilah. Mencari sinar keikhlasan di wajah itu.



“Sungguh la. Nak makan apa?” Senyuman nipis disungging. Kelakar pulak dengan respon yang diberikan.



Western ke kampung?”



“Ikut awak la. Tapi kalau western tu kena refer buku resipi.” Maklum Aqilah jujur. Serius, kalau masakan kampung dia memang sangat pro. Sebab dekat kampung dia selalu belajar memasak dengan Hajah Habibah, Kalau western pulak... Lissa pandai la. Dia? Kurang sikit.



Amar berfikir sekejap mencari jawapan untuk seleranya hari ini. “Dah kerap sangat makan western food. Teringin pulak nak makan masakan kampung. Can ah?”



Aqilah tarik senyum. Kepala diangguk dua kali. “Nak makan apa? Kari? Asam pedas? Gulai tempoyak?”



“Kalau nak semua boleh?” Pinta Amar sambil menjungkit kening. Dia tersenyum comel dengan mata dikelip-kelip berkali-kali.



”Tamaknya.”



“Nak hidup kena tamak.”



“Boleh pulak macam tu?” Aqilah melepas tawa diikuti oleh Amar.



”Nak request lagi.”



“Tambah menu?”



Amar mengangguk laju. “Sayur kangkung goreng belacan, boleh?”



Pleasure...:”



“One more request.”



“Masak lemak cili api ayam dengan sambal tumis sotong pulak ke? Tak pun tomyam campur dengan ayam golek?”



Amar ketawa seraya menggeleng. Nampak sangat aku banyak songeh. Kan dah kena perli. “Tak... Semua menu harus kurang pedas boleh?”



Kening Aqilah berkerut. ”Sebab?”



“Saya tak makan pedas.”



“Tapi kalau tak pedas tak... heaven la lebih kurang.” Balas Aqilah kurang setuju. Mana puas kalau tak makan pedas dowh. Dah la lidah aku ni kalis cili. Haih.



”Takpe. Takyah heaven-heaven pun takpe.”



“Oo…kay…laaa…” Nak tak nak Aqilah bersetuju. Isteri kena ikut cakap suami kan? Hmmph... “Kalau macam tu... jom?”



“Mana?”



“Pasar.”



“Paaa... what?” Mulut membentuk O.



“Pasar.”



“Pasar eh?” Lemah suara Amar. Belakang leher diurut-urut. Muka berubah riak. “Minta tolong Mak Kinah dengan Pak Husin pergi tak boleh ke?”



“Kenapa?”



“Err... aaa..” Terkulat-kulat dia mencari jawapan. “Saya... tak... pernah... pergi pasar seumur hidup.” Dengan sekali nafas pengakuan itu dibuat.



”Hah?” Aqilah tersentak. Amar dipandang dengan muka tak percaya. “Tak pernah pergi pasar?”



Geleng.



“Seumur hidup?”



Angguk.



“Walaupun sekali dalam masa 29 tahun ni... tak pernah?”



“Nak kena highlight ke jawapan ‘TAK PERNAH’ tu?” Amar tayang muka bosan. Dah cakap tak pernah tu... tak pernah la. Selalunya Amk Kinah dengan Pak Husin je yang pergi cari barang-barang dapur. Amar pun tak pernah ikut. Tak pernah rasa nak ikut. Yang di tahu, duduk kat rumah tunggu makanan siap.



Gadis itu mengulum senyum. “Tak rasa nak pernahkan ke?”



Si suami tersengih busuk. “Kena ke?”



Aqilah menjungkit bahu. “Tiada paksaan.”



Lama wajah si isteri yang tak jemu-jemu menghadiahkan senyuman itu dipandang. “Gaya senyum tu macam kena je.”



“Mencuba sesuatu yang baru itu best.” Saran Aqilah lagi. Berbaur pujukan.



“Oo..kay...laa... Saya ikut je.” Akhirnya Amar bersetuju. Kata-kata Aqilah melekat di otak. Mencuba sesuatu yang baru itu best apa.



“Jom la.”’



Amar yang berkira untuk baring semula kaku. “Sekarang?” Jam di meja sebelah dikerling. “Belum lagi pukul tujuh ni.”



“Itu yang bagusnya. Ikan-ikan segar waktu sekarang.”



”Oh, macam tu eh?”



”Ye... Macam tu la.”



“Okay, get ready la. Karang kalau lambat ikan-ikan dah tak fresh.”



“Sindir kita eh?”



“Manade. Tadi Qilah jugak yang cakap macam tu.” Amar tarik sengih nakal. Best jugak sesekali usik isteri sendiri. Dia berdiri berjalan ke arah almari. Pintu almari ditolak. Sehelai t-shirt roundneck dicapai.



“Awak.”



Sedang Amar menyalin baju, namanya dipanggil. Lembut dan sopan. Kepala dikalih menghadap Aqilah yang duduk membelakangi dia. “Panggil saya?”



Kepala itu mengangguk kecil.



“Kenapa?”



Gadis itu tidak terus menjawab. Dia mencapai sikat lalu menyisir rambut yang panjang mengurai. “Qilah... minta maaf.”



“Sebab?”



“Semalam awak kena tidur dengan Am.” Telan liur. Nafas dihela. “Qilah minta ampun jugak.”



Mendengar ungkapan itu melahirkan senyuman nipis si wajah Amar. Dia berjalan mendekati Aqilah. “Takpe. Saya tak kisah. Tak ambik hati pun. Lagipun bukan tak biasa keluar ikut tingkap pergi tidur bilik Am. Selalu sangat buat macam tu.”



Keluhan lemah dilepaskan. Aqilah menundukkan kepala. “Harap awak sabar dengan perangai Qilah.”



“Don’t worry la. Amar penyabar orangnya.” Seloroh Amar seraya ketawa. “Take your time. Kan saya pernah cakap, kita perlukan ruang dan masa untuk terima satu sama lain.”



Thanks awak.” Ucap Aqilah dengan dada yang lapang. Lapang bila kata-kata itu lahir dari bibir Amar.



“Cepat siap. Tak sabar nak mencuba sesuatu yang baru ni.” Tutur Amar dengan muka tak sabar. Over excited la pulak.



“Ye...ye... Siap la ni.” Balas si isteri. Rambut yang agak lembab dicekak sebelum diikat dengan getah rambut. Perbuatannya terhenti bila terasa tangan Amar berada di atas kepala.Makin terkejut bila lelaki itu bertindak membelai rambut lurus semulajadi miliknya.



“Tolong jangan potong rambut. Amar suka rambut Qilah macam ni.” Kata lelaki itu sebelum berlalu keluar dari bilik meninggalkan isterinya yang dah tunjuk riaksi macam orang terkena kejutan elektrik.



Erkk!!! Putus nafas!

************************************************************

hepy reading... =)

30 comments:

  1. salam...i'm the first huh?bgge jap.haha!comey bley takkk...cpt smbung lg!!!pnt tggu ni...huuu~

    ReplyDelete
  2. huhuh...
    a nice movement
    sgt sweet

    ReplyDelete
  3. waah..bez3.. sweet sgt..tq for updating!! (^.^)

    ReplyDelete
  4. aiseh!!!
    nak lagiiii
    huhuhu..

    ReplyDelete
  5. amar..
    tamau la goda qilah..
    hikhikhik

    ReplyDelete
  6. waaaa...romanticnya amar ngn qilah.. cmne la keadaan amar kt pasar tu nti yer... uhhhuuhuu...
    sambung2.. hehe..

    ReplyDelete
  7. comey....
    amar nie ske wat owg cair la....
    hehehehe....

    ReplyDelete
  8. best2...nk lagi kak zarith...hehehe..
    smbung la yg nie plak kak zarith..

    ReplyDelete
  9. best2...bila dorg nie nk ade bunga2 cinta nie..hehe..smbung lagi ek k.zarith...

    ReplyDelete
  10. sweet!!
    hahahahaha..

    tersenyum Kira membacanya..
    :D

    ReplyDelete
  11. erm,,,,
    suke nyer,,,,
    cepat2 la qilah suke kt amar,,,
    hehehehe,,,,

    nk lg,,,

    ReplyDelete
  12. wah..
    im the first one..
    suker la badsd da gerak..
    keep on moving eh.
    =)

    ReplyDelete
  13. tak nak komen pape..nak senyum je...rasa bahagia baca n3 ari nih....

    ReplyDelete
  14. salam...
    best...
    smbung lg...
    lama dah tunggu...

    ReplyDelete
  15. bst3!!
    hehehe..
    baiknyer amar..
    sonok la..
    cpat la sambung agy ek penulis..
    thanx!
    hehehe..

    ReplyDelete
  16. owh!!!!!!!!!!
    sukenyerrrrr!!!!!!!!!
    hahahahahaha...

    _ayun_

    ReplyDelete
  17. ala sikitnye..
    nak lagi...

    ReplyDelete
  18. best....apapun, akak follow...............

    ReplyDelete
  19. alamka...cute giler...
    semp0i plak 2 d0rg...

    mcm n0thing aje...
    biler amar tetibe t0uch rmbut dier baru sh0ck...

    nk lagi...

    ReplyDelete
  20. best sangat.. cepat2 sambung ye..

    ReplyDelete
  21. best sangat.. cepat2 sambung ye..

    ReplyDelete
  22. ble nk smbg citer nie....sgt2 best

    ReplyDelete
  23. wow...best!and mcm komen2 di atas...comel je the characters.slalu la bg new entry...pleeeaaassseeee (^_^)

    ReplyDelete

toucholic

toucholic

Hot N Cold

Hot N Cold
Apa yang terjadi bila air panas bertemu dengan ais cube?

sweet sours

sweet sours
friendship is a sweet relationship

Bila Amar Dah Suka Dia

Bila Amar Dah Suka Dia
Inilah jadinya bila Amar dah jatuh chenta