Chill Out ~~ ^_* (kalau tak suka lagu boleh stop kt atas ni)

new updated!


new n3 :-)

# Hot And Cold (Bab 5)
# Hot And Cold (Bab 4)
# Hot And Cold (Bab 3)

* my new email (YM, FB) :"carl_aryana89@yahoo.com"

(^__^)

(^__^)

Kalaulah Hot n Cold dapat peluang ke untuk ke versi cetak.. apa kata kalian?

Friday, May 28, 2010

TOUCHOLIC 1

“WA…”



Tubuh kecil molek itu kaku. Langsung tak bergerak.



“Waa...” Suara garau itu memanggil lagi.



Bergerak sedikit. Dengan mata yang masih terpejam, tangan meraba-raba menarik comforter rapat ke dada.



“Wawa...” Suara tadi masih sabar menanti respon. Satu saat... dua saat.... tiga saat... Dia mengeluh sebelum menggeleng. Ni mesti kes jadi kelawar dalam facebook semalam. Susah sangat nak bangun. Izzati Najwa yang sedang lena dibuai mimpi direnung. Selepas beberapa ketika, bibir nipis itu menyungging senyum bila otak disapa sesuatu.



Kaki diatur ke hujung katil. Dia tunduk menyentuh tali yang terburai dihujung seluar separas betis yang tersarung di kaki Najwa. Tali pada kaki kanan dan kiri ditarik dan disimpul. Ketat!



Dia melangkah semula ke sisi katil. Muka didekatkan pada telinga Najwa sebelum... ”Wake up!!!” Jeritnya kuat.



Najwa yang tersentak tersentak dengan jeritan ditelinga terus bangun mengejut. Terpinga-pinga dia memandang wajah kembarnya dengan mata terjegil. ”Apa jerit-jerit ni? Nak kasi orang pekak ke!!!?” Serbunya bengang.



”Kelas pukul berapa hari ni?”



”Lapan.”



Izzat tarik sengih.



”Sekarang dah pukul 9.00.” Tanpa riak dia membalas.



Tangan yang menggosok mata terhenti terus. Tajam matanya merenung Izzat. ”Pardon?” Dia muka tak percaya.



”You heard me.” Kata Izzat seraya berjalan menuju ke pintu bilik.



”My God! I’m dead.” Najwa gelabah tahap tak ada istilah. Comforter di lempar. Kalut-kalut dia berdiri. Bukk! Dalam sekelip mata dia meniarap mencium lantai. ”Aaaa...doiii...” Dahi yang terhantuk ditekup. Hujung kaki dipandang. ”Along!!!” Gigi diketap kuat. Temperature sudah meningkat sampai ke tahap infiniti.



Izzat ketawa kuat sebelum berlalu meninggalkan Najwa yang terkial-kial. ”Along tak salah.” Sempat dia bersuara sebelum menghilang disebalik pintu.



Bergetar hebat sel-sel kepala dengan perbuatan tak bertauliah si abang. Mata melirik mencari jarum jam. ”What the...” Ternganga luas bila pandangan jatuh ke jarum jam yang sedang menunjuk angka 5.45 pagi. Haaaaa.... Rambut disebak kasar. ”Penipuuuuuuuuuuu!!!!!!”



***



”ALONG!”



Tiga kepala yang sedang bersedia di atas tikar Sejadah menoleh serentak ke arah pintu.



Najwa yang kelihatan sememeh dengan rambut kusut masai memandang tepat ke arah Izzat yang sudah berdiri di sebelah papanya, Carl.



”Kenapa ni Angah?” Aryana yang sudah berkain sembahyang menyoal. Menggeleng dia bila melihat keadaan anak perempuannya. ”Pagi-pagi subuh ni terpekik terlolong macam orang tak betul ni kenapa?”



”Buuu.... Along tu haaa...”



”Along buat apa?” Carl pula memainkan peranan. Izzat direnung dengan kening terangkat.



Anak terunanya itu hanya menjungkit bahu dengan mempamerkan muka yang langsung tak rasa bersalah.



”Tengok! Hiiiii!!!!Rasa macam nak campak dia terjun KLCC!” Sungguh dia bengang bila melihat reaksi si abang. Selalu macam tu. Cool semedang! Bikin aku sakit jiwa je!



“Mampu ke kamu angkat Along panjat KLCC? Silap-silap kamu yang tercampak kot.” Selamba badak Carl bersuara. Dia menyungging senyuman nakal. Bahagianya rasa bila dapat buat adiknya naik hangin. Rasa terhibur pun ada. Heh!



Terbuntang biji mata Najwa bila ugutannya dibalas dengan ugutan. ”Along!” Suaranya bergetar amaran. Mata sudah merah menahan amarah.



”Angah...” Panggil Carl lembut seraya berjalan mendapatkan anak gadisnya itu. Bahu Najwa disentuh. ”Angah tengah marah kan sekarang ni? Cuba beristighfar..”



Diam. Nafas dihela kasar.



”Kan dah banyak kali papa pesan... belajar bersabar. Tak baik melenting macam ni. Nak jadi kawan syaitan ke?”



”Tanak...” Pantas dia membalas. “Tapi Along jahat sangat.”



“Along buat apa?” Izzat menyoal. Senyuman nakal masih belum hilang.



“Boleh tanya lagi?” Izzat dijegil garang.



“Sape suruh Angah tidur macam statue? Bajet Sleepy Beauty la konon. Kejut beratus kali pun tak sedar-sedar. Along kejut la dengan cara macam tu. Am I wrong?”



“Yup!You’re wrong! Totally wrong!” Jeritnya lagi. “Kalau dah kejut dengan cara sungkurkan orang dekat lantai tu, tak salah ke? Sakit dahi tau tak!?”



”Pardon?” Aryana yang mendengar menyelit. Mata merenung Izzat. ”Kenapa Along buat dekat adik macam tu?” Tajam anak terunanya dipandang.



Senyuman terus hilang. Izzat terkulat-kulat. ”Along saja nak menyakat. Sape suruh dia menggelabah sangat?”



”Balik-balik orang jugak yang salah!” Bingkas Najwa keras.



”Tau takpe. Tak tau tanya.”



Ya Allah.... Nafas dihembus dengan tak sekata. Tetiba terasa macam jantung dah mengalami ventrikel fibrillation. Along aku ni la.... Ringan je rasa tangan ni nak ketuk kepala dia. Haih!



Enough... Angah pergi ambil wuduk. Kita jemaah Subuh sama-sama. Lepas tu baca surah Yasin. InsyaAllah tenang la jiwa lepas ni. Lama-lama hilang la baran kamu tu.” Carl bertindak merungkaikan tegang yang sedang melanda. Anak gadis dia yang seorang ni memang betul-betul copy and paste Aryana. Tapi rasanya dahsyat lagi kot dari isterinya dahulu. Barannya bukan main. Time hangin dia datang, tsunami la satu rumah. Pening jugak kepala bila memikirkan perangai dua orang buah hati dia dan Aryana itu. Ini baru dua orang anak. Kalau tiga empat orang macam mana? Botak terus kepala rasanya. Adeh...



”Kena jemaah ke papa? Kalau Angah solat sendiri then sambung ti...”



”Jangan nak mengada!” Potong si ibu. ”Orang pakat berebut-rebut nak kutip pahala... dia boleh pulak nak ngelat.”



”Berapa kali papa cakap... tidur selepas Subuh rezeki tak masuk.” Tokok Carl pula. Kepala Najwa dibelai.



”Nak Along buka hadith pulak ke?” Izzat jungkit kening dua kali.



Najwa muka monyot. Muncung sedepa ke depan.“Yela…yela… Angah pergi ambil wuduk.”



***




SUASANA kafe ketika itu riuh rendah. Berpusu-pusu para pelajar berebut-rebut untuk mengisi perut. Najwa dan Izzat tidak terkecuali. Beriringan dua beradik itu melangkah tenang di dalam kafe.



“Along…” Seru Najwa. Mata melekat sekelompok kecil manusia yang berada di hadapan mereka. Lebih kurang lima meter, kelihatan dua orang gadis sedang bertikam lidah. Sorang muka tegang, sorang lagi hanya tersengih sinis.



“Jangan sibuk la. Bukan hal kita pun.” Kata Izzat seraya memandang sekilas ke arah yang sama. Langkah kaki diteruskan namun hanya tiga langkah dia berhenti. Toleh kanan, Najwa tak ada. Kepada berpaling ke arah kelompok tadi. Dia menggeleng dua kali. Tak sudah-sudah dengan sikap busy body dia. Si adik dihampiri. Sling bag yang bercop ADIDAS di sebelah kiri tersarung di tubuh Najwa ditarik.



”Kejap la Along. Wayang free ni. Nak tengok jugak.” Ujarnya bila terasa diri terdorong ke belakang. Sedaya upaya pegangan Izzat dirungkaikan bila adegan berubah ganas. Gadis yang bermuka tegang tadi sudah bertindak menarik mencekak baju musuhnya.



”Kau jangan cabar aku perempuan miang!” Bergegar satu kafe dengan jeritan si muka tegang. Mata sudah merah menahan amarah yang teramat sangat.



”Kau ke aku yang miang?” Balas sorang lagi. Masih dengan senyuman sinis. ”Dia tak pernah suka kau pun yang kau perasan sape suruh?”



”Kau perempuan tak guna! Kalau bukan kerana kau yang goda dia, tak akan jadi macam ni.”



”Kalau kau pandai jaga dia, memang tak akan jadi macam ni. Salah sape? Kau tu yang salah.”



”Nini...” Satu suara mencelah laju bila suasana semakin tegang. ”Sudah la tu. Jom blah. Malu dowh.” Tangan gadis yang bernama Nini tadi ditarik kuat.



”Asal aku pulak yang kena blah? Perempuan syok sendiri ni la yang sepatutnya go away from me. Kalau dah perangai macam ni, tak heran kenapa Adam datang cari aku.”



“Longkang punya mulut! Kau memang…” Sekali lagi si muka tegang bertindak ganas. Laju Nini ditolak kuat sehingga gadis itu tidak sempat seimbangkan badannya.



“Arrrghhh!!!” Pakk! Mata yang terpejam dicelik perlahan. Pheuww~~ Dia mengeluh lega bila mendapati diri masih selamat. “Nasib baik tak tercium lantai. Disgusting!” Muka jelik dipamer bila pandangan jatuh pada lantai kafe yang agak kotor dengan kesan tapak kasut para penghuni.



“Excuse me.”



Huh? Tersentak sekejap dengan sapaan yang sangat dekat ditelinga. Dua saat kemudian baru dia tersedar ada sesuatu yang sedang melingkar dipinggang. Haaaahh??? Bagai terkena arus elektrik, Nini berdiri. Luas matanya bila melihat seorang lelaki berdiri di hadapan. Lelaki yang ‘menyelamatkan’ dia dari tersungkur ke lantai. Ya! Memang lelaki.



Izzat jadi kaku. Tetiba terasa tubuh keras macam patung. Terkejut dengan peristiwa yang langsung tidak diduga itu. Asal aku boleh tersambut perempuan ni? Asal aku dipilih untuk selamatkan dia. Asal aku yang... ah! mungkin sebab aku yang paling dekat kot. Ya! Aku yang berada paling dekat dengan dia. Dan dia ditolak pun menghala ke arah aku. So, terpaksa la aku bertindak. Sumpah aku tak sengaja.Alasan yang boleh diterima, kan?



”Err... aaa...” Nini jadi malu. Segatal-gatal aku, tak ada la sampai nak kasi orang sentuh aku suka hati. Tapi... tadi tak sengaja kan?



”Let’s go.” Izzat berlalu pergi seraya menarik lengan Najwa yang juga ikut tercengang melihat aksi abangnya tadi. Along dah macam Superman dowh!



***



”LONG...”



”Keep quiet.”



”Long... tadi tu...”



”Along tak sengaja.”



”Tapi...”



Hurry up la dear. Diorang dah tunggu nak makan sekali tu.”



”Along…”



Shut up la Najwa!” Izzat mula bengang.”Kan dah cakap tak sengaja. Dia terjatuh atas Along. Itu aje. Bukan Along yang sengaja sambut dia.”



“Lorh… Orang Cuma nak cakap asal muka Along blush?”



“Huh!?”



Chill ar… Nama pun tak sengaja kan?” Ujar Najwa sambil tersengih lebar. Baru first time tersentuh perempuan dah jadi macam ni. Along aku ni la...


***************************************

Sorry lama x upload n3... sgt bz.. skang exam dah abeh.. InsyaAllah posting n3 akan berjalan seperti biasa... tengkiu... (^_*)

26 comments:

  1. hahhahahhahha...bestnye..tapi tak patot la dia buat macm tu dekat najwa.hahah

    ReplyDelete
  2. yeay ! keep up the good work !

    ReplyDelete
  3. thanks 4 this n3..
    hrp2 cptla post the nxt n3..

    ReplyDelete
  4. sronok...
    excited nyer nak tnggu next n3...:-)
    tiut la wawa n izzat...
    subuh2 da bperang...
    tp ble g kolej da baik da...
    mmg btol sowg hot n d other one cold...
    keep it up...

    ReplyDelete
  5. ahaaaaaaa..
    rindu kat carl n aryana...

    najwa mmg copycat aryana..
    izzat lak copy paste carl..
    kena la tuh..
    HAHA..suke suke..

    ReplyDelete
  6. alahai....... syok giler ade n3 bru..
    maceh zarith.. jwb pekse leklok ek..gud lak..

    ReplyDelete
  7. best sgt2 la..nak lg..

    ReplyDelete
  8. orang 1st yang komen...wooooahaaahhhh...
    i like...huhuhu a good intro...
    keep it up k!!1

    ReplyDelete
  9. sukanya bc telatah kembar tue...
    hero dan bertemu heroin nampaknya...hehe
    xsabar nak baca sambungannya...

    btw, all the best exam...

    ReplyDelete
  10. sweet la citer ni. smbungan hot n' cold ke? :) tp sptutnya izzat yg cakap ke kat time solat subuh tu tp dkat quote tu tulis carl yg cakap

    pepun, prolog citer ni best ;D

    ReplyDelete
  11. zarith..go go go!!!

    ReplyDelete
  12. seronok ek ko exam da abis....
    hehehe,,,,

    best la kembar nie,,,,
    pening la carl n yana nk layan,,,

    wei,,nk lg,,

    ReplyDelete
  13. haha..
    mna xtumpah nya kuah kalo xke nsi..
    sbjik prgai mcm carl n aryana..

    mkin mnarik, sbg lg..

    ReplyDelete
  14. hahahahahahahah!!!

    kelakar la dak kembar ni.... izzat tu boleh blush muka??? hahahah!!

    perangai dorg ni.. hailah.. copy paste dri aryana dengn carl..

    smbg lg sis!

    ReplyDelete
  15. menang anak ibu la wawa ni..

    ReplyDelete
  16. lawaklah anak kembar carl dgn aryana nih...x ubah mcm papa n mama

    ReplyDelete
  17. waaaaaaaaaaaaaa....
    bez,,,
    nk agiey.......
    lwak2...
    pmulaan citer yg pling mnarik yg prnah sy baca.....
    bezx100!!

    ReplyDelete
  18. waaa...
    best la...
    1st n3 pn da rse nk gelak guling2...
    hikhikhik...
    nk lg....

    ReplyDelete
  19. huwahahaha...
    comey2...

    blush ek..
    =)

    ReplyDelete

toucholic

toucholic

Hot N Cold

Hot N Cold
Apa yang terjadi bila air panas bertemu dengan ais cube?

sweet sours

sweet sours
friendship is a sweet relationship

Bila Amar Dah Suka Dia

Bila Amar Dah Suka Dia
Inilah jadinya bila Amar dah jatuh chenta