Chill Out ~~ ^_* (kalau tak suka lagu boleh stop kt atas ni)

new updated!


new n3 :-)

# Hot And Cold (Bab 5)
# Hot And Cold (Bab 4)
# Hot And Cold (Bab 3)

* my new email (YM, FB) :"carl_aryana89@yahoo.com"

(^__^)

(^__^)

Kalaulah Hot n Cold dapat peluang ke untuk ke versi cetak.. apa kata kalian?

Tuesday, June 15, 2010

TOUCHOLIC 2

“BEB, mana diorang ni? Janji pukul 3.00. Sekarang...” POLO di pergelangan tangan dikerling dua saat. “...dah dekat pukul 4.15 petang ni.”



Chill ar, der. Kejap lagi diorang datang ar. Lect lajak kelas kut.” Ujar Fatin. Teh ais yang masih tinggal separuh disedut. Sesekali pandangan dibawa sekeliling cuba mencari bayangan dua orang makhluk yang dinanti-nantikan sejak satu jam yang lepas.



“Kut ye pun lect lajak kelas hallo-hallo ar. Tak pun text la kita sepatah dua kata. Bukannya nak rugi kredit. Lagi pun kalau betul, takkan dua-dua ekor ada kelas tambahan kut. Bukannya diorang same course. Sorang budak law. Sorang lagi budak ID (Interior Design).” Sam terus mengomel dengan muka berkerut seribu. Rambut yang mulanya tersikat rapi sudah menjadi kusut. Mana taknya, sambil mengeluh sambil menarik rambut.



“Ada la tu hal pape. Cuba kau bersabar sikit. Ini tak, dari tadi mulut tu dok pot-pet pot-pet tak henti-henti. Aku tau la kau dah kebulur sangat sekarang ni. Tapi sabar la sikit. Aku dengan Syiro pun belum makan jugak ni. Tapi kitorang cool je. Takde la nak banyak bunyik macam kau.” Bebel Fatin panjang lebar sambil menggeleng-geleng.



Insyirah (Syiro) yang berada di sebelah Fatin turut menganggukkan kepala bersetuju dengan kata-kata si teman. “Relaks la, Sam.”



Sam menyembamkan muka di atas meja. Tangan kiri di bawa ke belakang leher. “Aku tak kira! After lima minit diorang tak muncul-muncul jugak, aku blah! Korang nak tunggu suka hati korang la.” Putus Sam dengan muka yang masih belum diangkat. Dia merengus kasar.Ingat aku ni tugu negara ke hapa ha? Dah tau nak lewat, inform la. Ini tak, calls tak jawab. SMS tak reply.



“Woit!” Satu suara menyergah dari belakang. Tiga kepala menoleh serentak ke kanan. Masing-masing muka tensi!



Slingbag diletak di atas meja. Kerusi ditarik dan diduduk. Perbuatan yang sama turut dilakukan oleh si abang. Dua-dua menarik senyum nipis dengan mata menala pada wajah teman-teman. Sorry, we’re late.”



Insyirah memeluk tubuh. Fatin muka dah masam macam cuka basi. Sam? Diam tak berkutik. Nak tunjuk protes!



Najwa pandang Izzat. Kening dijungkit dua kali. “Merajuk.” Bisiknya perlahan.



Izzat mencebik sambil mengangkat bahu. “Salah sape?” Balasnya pendek. Tadi dah cakap kan diorang tengah tunggu kita tanak dengar. Nak tengok wayang free konon. Tak pasal-pasal aku terpaksa berlakon dalam wayang tadi. Jadi hero yang selamatkan heroin. Haih! Malu...malu... “You settle.”



Mata Najwa membulat. Bibir separuh ternganga. “Me?”



Mengangguk tegas. Pandangan si adik tepat jatuh pada wajahnya diabaikan. Gelagat orang ramai dihadapan lebih menarik perhatian. Izzat kaku di tempatnya.



Nafas disedut panjang sebelum dihembus perlahan-lahan. Najwa serba salah. Ini bukan pertama kali dia melakukan kesalahan itu. Dah beratus-ratus kali. Setiap kali nak bertemu dengan mereka pasti dia orang terakhir yang sampai. Dari zaman sekolah sampai sekarang ni dah melangkah kaki ke sini, UITM Shah Alam habit yang satu itu masih tidak berubah.



“Korang...”



Diam. Kaku. Tak ada respond. Keadaan masih seperti tadi.



Haih! Macam mana ni Wawa? Dia mengetap bibir mencari idea. Ting! Dia menarik sengih bila satu idea menjengah minda. “Okay la. Jom pergi McD. Aku payung.”



“Serius!!!???” Mendengar je pelawaan itu, Insyirah, Fatin dan Sam kalih pandang ke arah Najwa.



“Pernah ke Izzati Najwa tak serius, huh?”



“Selalu...” Sekali lagi jawapan yang diterima serentak.



Najwa menjegilkan mata. “Aku tarik balik kang.”



“Eh, jangan!” Muka Sam bertukar ceria. Tubuh dipaling menghadap Najwa. “Jangan tarik balik, Wa. Buruk siku kau kang. Tak pasal-pasal mas kahwin kurang.”



“Betul tu, Wawa. Kang tak pasal harga kau dari RM 50 000 turun jadi RM 50 sahaja. Naya tu.” Insyirah masuk line menyokong Sam. Big Mac dah terbayang-bayang diruang mata. Kecur pulak air liur. Lapar tahap naga dah ni.



“Wei, kau ingat bapak aku nak jual anak ke sampai RM 50000? And yet... Ada ke patut muka macam aku ni kau cakap RM 50 sahaja? Ingat aku ni tak laku ke hah?” Fatin dijeling tajam. Gila laser mulut member aku ni. Tak ada insurans betul. Cakap main lepas je. Haisyh!



“Apa la kau ni, Syiro. Tergamak kau cakap dekat member sendiri macam tu? Tapi kalau RM 50 sahaja, aku pun nak. Tak payah susah-susah bertungkus-lumus cari duit nak kahwin. Sekarang jugak aku ajak kau pergi nikah, Wawa.” Ujar Sam sambil mengenyit sebelah mata pada Najwa.



Insyirah dan Fatin pecah tawa. Sam memang cari pasal.



“Sam, kau pernah alami tak macam mana rasanya bila tubuh digilis dengan lori tayar enam belas?” Soal Najwa dengan nada yang cuba dikawal. Tak kan nak jerit kat tengah-tengah public kut? Kang aku pulak yang buat wayang.



Sam tayang gigi yang tersusun cantik. Dia menggaru kepala yang tak gatal. Bunga-bunga baran dia dah datang.“Aku gurau je la. Itu pun nak bengang ke?”



“Abu Samah Bin Abdul Mutalib... gurauan kau tu menyakitkan hati tau tak?”



“Ssyhhh!!!” Sam pantas menutup muka dengan bag kanvasnya. Sepuluh saat kemudian, perlahan-lahan kepala ditoleh ke kanan dan kiri. Dia mengeluh lega bila mendapati orang lain berada berjauhan dari mereka. “Kau agak-agak la. Cakap tu biar slow. Nasib baik orang lain tak dengar.” Kata Sam dengan muka kelat. Air liur ditelan dua kali. Tudung Najwa ditarik.



“Asal? Malu? Dengan nama sendiri pun nak malu.” Bidas Najwa. Tudung yang sedikit terkelepek dibetulkan.



“Kau teruk la Sam. Penat arwah atuk kau kasi nama dekat cucu dia. Sedap apa nama Abu Samah tu. Memang la bunyi dia klasik. Tak glamour dengan zaman kita tapi yang penting maknanya sedap. Pemaaf, yang bertoleransi. Sedap tu…”



Whatever la... Yang penting don’t ever call me with that name.” Tegas suara itu. Sam betul-betul maksudkan apa yang dikatakannya. Abu Samah? Euwww... Bukan aku tak suka dengan nama tu tapi... haih!



Ingat lagi ketika arwah atuknya masih hidup. Pernah dia bertanya pada atuk, kenapa kasi nama dia Abu Samah? Atuk cakap atuk suka nama tu sebab arwah moyang atuk dulu namanya Abu Samah. Dan untuk memperingati dan meghargai moyang atuk, maka cucunya itu diberi nama sama dengan arwah moyangnya.



“Aku tak kira! Nak jugak panggil kau Abu Samah.” Najwa sengaja menyakat. Seringkali juga Sam dipanggil dengan nama itu sebelum ini, namun lelaki itu hanya diam tanpa menyahut. Pelik! Nama sendiri tanak mengaku. Teruk kan? Teruk memang teruk tapi, orangnya baik. Ikut mood dia jugak la. Kalau kena gaya dengan tempat, bila dipanggil Abu Samah menyahut jugak dia. Mana nak lari? Sudah tertera dalam surat beranak dan kad pengenalan dengan nama itu. Memang nama dia Abu Samah la sampai ke mati pun. Kalau mati nanti pun, bila baca Talkin nama itu jugak yang akan disebut, kan? So, kau terima je la Sam.



“Malas nak layan kau lagi. Aku nak balik!” Bentak Sam dengan muncung panjang sedepa. Kerusi ditolak. Dia berdiri. Beg kanvas digalas pada bahu kanan.



Whoaaa... Chill ar, brader. Lu apehal nak hangin ni? Aku gurau je kut.” Cepat-cepat Najwa memujuk bila dilihatnya Sam sudah berubah serius. Sensitif pulak mamat ni hari ni.



“Macam mana aku tak hangin, kau dah lupa ke history di sebalik nama aku tu?”



Diam sejenak sebelum menggeleng. “Ingat.” Jawabnya perlahan. Fikiran menerawang lima tahun ke belakang.



“Wei, cepat! Kita dah lambat ni.” Jerit Sam pada teman yang lain ketika mereka sudah berada lima puluh meter di hadapan sekolah. Dia dan Izzat berada di baris hadapan sekali.



“Aku dah habis pecut ni.” Fatin tercungap-cungap. Langkah kaki tetap diatur laju.



Najwa di belakang Fatin termengah-mengah. Mulut langsung tidak dibuka. Kalau berlari lebih baik jangan bercakap. Kalau tidak makin bertambah penat. Silap-silap, boleh muntah oow...



“Wawa, aku penat.” Adu Insyirah lemah. Muka sudah beurbah pucat.



Pagi itu entah kat mana silapnya bas sekolah buat hal? Baru je gaya nak masuk simpang dekat depan sana tu, tayar pancit la pulak. Sudahnya, lima sahabat itu nak tanak kena nak jugak la sampai ke sekolah dengan menggunakan kedu-dua kaki mereka.



“Steady, Syiro. Dah nak sampai ni.”



“Wei, gate dah tutup la.” Bagitahu Fatin pada yang lain. Langkah kaki mereka terhenti. Lima kepala merenung sayu pintu pagar yang sudah ditutp oleh ketua pengawas sekolah.



“Kurang asam punya budak. Bukannya tak nampak kita bertarung nyawa punya la nak meredah masuk, selamba je dia tutup gate. Tak ada sikap humanism langsung!” Jerit Najwa kuat. Pintu pagar sekolah digoncang-goncang. “Bukak la wei!”



“Jangan jerit la, Wa. Karang Cikgu Hashim keluar mati kita.” Izzat mencelah. Lengan Najwa ditarik menjauhi pintu pagar.



“So, macam mana?” Fatin pandang empat wajah di hadapannya silih berganti. Meminta pendapat dari mereka.



“Balik rumah ar. Takkan nak terpacak dekat sini sampai habis waktu kelas kut?” Sam kasi cadangan. Dalam otak sudah ada rancangan cantik punya. Balik rumah…naik aras atas…masuk bilik then lompat atas katil. Tidur! Itu jalan penyelesaian yang paling baik.



“Uih! Tak boleh! Tak boleh! Next week PMR. Minggu ni mesti cikgu-cikgu kasi tips, soalan ramalan ke... Rugi gila dowh kalau kita skip kelas hari ni.” Najwa menggeleng laju. Tali beg pada bahu dibetulkan. “Walau macam mana pun, kita tetap kena masuk kelas jugak hari ni!”



“Ada idea?” Tanya Izzat seraya tunduk menyimpul tali kasut yang sudah terburai ke tanah.



“I got it!” Sam menjerit riang. Menarik perhatian empat kepala.



“Pecahkan gate sekolah ke?” Fatin jungkit kening.



“Tak…”



“Dah tu?” Najwa, Izzat, Insyirah dan Fatin bertanya serentak.



“Korang pakai legging tak hari ni?”



Angguk dua kali.



Sam tarik sengih dua saat. “Kita masuk ikut belakang.”



“Huh?”



“Panjat pagar la, girls. Apa lagi. Itu je jalan yang ada.”



Dan selepas itu, dengan berat hati, mereka akur dengan cadangan Sam. Malang tidak berbau, perbuatan mereka itu dapat dicekup oleh Shahrul, si ketua pengawas.



“Pandai eh korang. Aku tutup gate depan, korang masuk ikut belakang.” Katanya sambil tersenyum sinis. Buku catatan ditarik keluar dari poket baju seragam biru itu. Pen yang terselit pada buku catatan itu ditarik. “Nama.”



“Fatin Atikah Ahmad Sobri.” Fatin orang pertama yang menyebut nama pada ketua pengawas itu.



“Nur Insyirah Hassan.” Diikuti oleh Insyirah.



“Izzati Najwa Carl Ezairy.” Senafas Najwa menutur.



“Izzat Naufal Carl Ezairy.” Tenang Izzat bersuara.



“Abu Samah Abdul Mutalib.”



“Apa? Abu sampah?” Solah Shahrul yang sudah ketawa kecil.



Tersentak lima kepala dengan soalan itu. Najwa ketap bibir geram. Bodoh punya ketua pengawas. Patut la satu sekolah tak suka kau! Perangai macam hampeh!



“Abu Samah.” Ulang Sam dengan muka yang sudah berubah riak.



“Oow... Abu Samah. Aku dengar macam Abu Sampah tadi. Abu Sampah pun sedap apa.”



“Kau jangan kurang ajar!”



Okey, Sam dah hilang sabar. Fatin, Insyirah dan Najwa telan liur.



“Relaks wei.” Izzat di sebelah memainkan peranan. Belakang Sam ditepuk.



“Apa? Kalau aku kurang ajar pun, kau boleh buat apa?” Shahrul membalas dengan nada yang sama.



Sam terdiam. Pujukan Izzat sedikit sebayak berjaya meredakan amarahnya.



“Asal diam Abu sampah? Takut ke?” Shahrul masih tak puas hati. Masih ingin memancing kemarahan Sam. Sudah lama dia berdendam dengan lelaki itu. Jawatan pengerusi kelab bola sepak yang dua tahun berturut-turut dipegang, akhirnya terpaksa diberi kepada Sam. Alasannya, lelaki itu lebih sesuai menyandang jawatan tersebut kerana skill permainannya amat mengagumkan. Dan hari ini, dia mengambil kesempatan untuk membalas dendam.



“Sekali lagi kau sebut macam tu, mati kau!” Gertak Sam dengan mata merah. Merah akibat marah yang teramat sangat.



“Wuuuuu… gerunnya.” Shahrul menutup muka dengan tangan. Pura-pura takut dengan gertakan Sam. Budak form three nak gertak budak form five, ketua pengawas sekolah pulak tu, bajet! Tak sedar diri! “Abu sampah, better kau…”



Bukk! Hanya dengan sekali penumbuk Sam melekat di muka Shahrul, lelaki itu sudah tersadai di atas tanah. Dan selepas itu berlakulah acara boxing di situ. Sejak hari itu, Sam bertekad dan meminta mereka memanggilnya dengan nama Sam. Bukan lagi Abu Samah.



Sorry, Sam.” Pinta Najwa kesal.Rasa bersalah pada Sam makin bertambah bila kenangan itu diigat kembali.



“Tapi takkan la sebab hal tu pun kau tak selesa dengan nama Abu Samah? Ala...cakap je la yang nama tu klasik. Sebab tu kau tak selesa kan?”



Sam terkulat-kulat. Dia sengih serba salah. “Itu pun... salah satu sebab jugak la.”



See? Dah agak dah.” Insyirah mencebik. “Tunggu apa lagi wei? Blah la. Aku lapar gila ni.”



“McD kan?” Fatin pandang Najwa. Segaris senyuman comel dilempar buat sahabat tercinta.



“Aku on je.”



“Kau payung?”



“Kau tak dengar ke aku cakap apa tadi, Sam?”



“Sayang kau gila ar macam ni.” Ucap Sam seraya ketawa kuat.



“Geli!” Najwa menjelir lidah.



“Wei E-jat kau… Lorh!” Sam tepuk dahi bila terpandang Izzat yang sedang leka membaca sebuah buku berkulit tebal. “Orang punya la riuh rendah berborak sakan, kau boleh tak ambik kisah langsung?”



“Tak pernah jauh dari buku law dia tu.” Omel Fatin.



Lawyer-to-be memang macam ni kut. Nerd lain macam.” Najwa pula menyelit. Faham sangat dengan hobi alongnya itu. Membaca.Membaca.Membaca. Dalam kepala hotak tu entah-entah dah beribu-ribu akta yang dia hafal. Silap haribulan, belum habis study Along dah dapat banyak kes apa. Tak mustahil boleh jadi kalau dah macam ni punya gaya.



“E-jat, sudah la tu. Makan jom?” Ajak Insyirah. Dia mengambil buku dari tangan Izzat dan memasukkan ke dalam beg lelaki itu. “Balik rumah karang kau sambung baca, ye.”



“Korang, tadi kan dekat kafe ada wayang free.” Cerita Najwa sebaik saja kejadia sebentar tadi menjengah minda.



“Wayang free?” Sam muka blur. “Prince of Persia ke?”



“A’ah. Lagenda Budak Setan pun ada jugak tadi.” Balas Najwa selamba sebelum melibas belakang kepala Sam dengan fail nipis kepunyaan Fatin. “Kau ni kalau aku kata bendul, kau marah.”



“Ye la. Kau cakap wayang.”



“Wayang lain la. Ada perempuan bergaduh dekat kafe tadi.”



“Asal?” Fatin dan Insyirah menyoal pantas.



“Wahh... korang kalau dengar gosip, muka tu bercahaya.”



“Kau diam la Sam! Kitorang nak dengar cerita Wawa.”



Erkk! Sam terkedu terus.



“Gaduh pasal lelaki kut. Bodoh kan? Tapi yang bestnya, ada aksi hindustan tadi.” Najwa makin rancak bercerita.



“Apa?”



“Tadi masa heroin kena tolak, ada orang jadi hero sukarela sambut heroin.”



“Sape?”



“Wawa…” Izzat mencelah pantas bila melihat sengihan nakal di wajah kembarnya itu. Mulut becok mengalahkan Murai. Tak boleh nak simpan rahsia langsung!



“Cup!” Sam mengangkat tangan kanan. “Kau jangan cakap yang hero tu…” Mata berlari pada muka Izzat. “… your Along.”



Najwa jungkit bahu. Senyuman yang disungging makin lebar.



“Gilak!” Sam tayang anak tekak. Izzat dipandang tanpa berkelip. “Kau sambut perempuan tu ke?”



“Tak sengaja, okey!” Izzat tarik muka serius.



“Cun tak?”



“Kau merepek apa, wei? Dah!Dah! Aku dah lapar ni.”



“Nak pergi makan la ni.”



Izzat berdiri. Beg dicapai. “Makan di mana?”



“Makan di mulut!!!”


*************************************
(*_^) Hepy reading...

24 comments:

  1. hahaha...
    sweetnya mereka..
    abu samah??
    hahaha


    kira suka izzat naufal..
    wakaka..
    =)

    ReplyDelete
  2. kak zarith ;)
    hepinya! hehe
    dh lama tggu toucholic ni. xde lg ke poster ntuk toucholic?

    ReplyDelete
  3. wah.....ade n3 bru..lame gak tggu.hehehe... maceh zarith.. cepat2 la pos yg strusnye ek

    ReplyDelete
  4. lwak gila,tak la smpai jadi gila tapi mmang lawakkkk!!!!!!!!!!!!!bes la cita k.zarith......sambung please

    ReplyDelete
  5. cepat sambung ,,
    ejat serupa cam carl cool semendang

    ReplyDelete
  6. bez3....teruskan menulis....suka bca cita awak....

    ReplyDelete
  7. hahahahahahahahah!!!!

    copy paste tol si e-jap punye prangai dri bapak dia.. carl ezairy... hahahahah!!!!

    smbg lg sis!!

    ReplyDelete
  8. wahwahwah..bestnye...hahaha..ayat yg last tuh tak leh than..just like my frens n me...mkn kat mana??? kat mulut!!!!..hahahhahaha

    ReplyDelete
  9. salam...
    hehe...
    lwk gak dgn izzat ni...

    ReplyDelete
  10. best-best
    wow izat law.
    nyakat alongnya
    abu samah tak tahan
    -na'dz

    ReplyDelete
  11. huhuhu..
    kan da kena..
    memang gerek mase skul dl..

    ReplyDelete
  12. hehe..
    sooooo sweet...
    nk lg...

    ReplyDelete
  13. yea!yea! smbung!smbung! nice story..:)

    ReplyDelete
  14. yayy..
    first komentor..
    cpt ckit eh n3 baru..
    =))))

    ReplyDelete
  15. suke2 hehe rindu kt diauwg..

    ReplyDelete
  16. lethearmine:

    hihik..lawak..sempoi..er..bnyk lagilah..tapi yang plg best ialah..crita awak..good job!!Ganbatte!!

    ReplyDelete
  17. holaa sis...wah ada sambungan ntuk anak carl ngn yana laaa...best2...
    rndu ngn yana n carl trubat la jgk...~_~

    -z!3_Lah-

    ReplyDelete
  18. suker2...smbung agi..
    lwk r dlu psl mama n papa dorang ...hahaaha

    ReplyDelete

toucholic

toucholic

Hot N Cold

Hot N Cold
Apa yang terjadi bila air panas bertemu dengan ais cube?

sweet sours

sweet sours
friendship is a sweet relationship

Bila Amar Dah Suka Dia

Bila Amar Dah Suka Dia
Inilah jadinya bila Amar dah jatuh chenta