Chill Out ~~ ^_* (kalau tak suka lagu boleh stop kt atas ni)

new updated!


new n3 :-)

# Hot And Cold (Bab 5)
# Hot And Cold (Bab 4)
# Hot And Cold (Bab 3)

* my new email (YM, FB) :"carl_aryana89@yahoo.com"

(^__^)

(^__^)

Kalaulah Hot n Cold dapat peluang ke untuk ke versi cetak.. apa kata kalian?

Friday, June 18, 2010

TOUCHOLIC 3


-->
JARUM jam menunjukkan pukul 7.50 pagi. Sepuluh minit lagi kelas Prof. Marina akan bermula. Najwa melangkah kalut masuk ke dalam studio. Kelas Prof Marina wei. Nak mati kalau lambat?



Najwa mengambil tempat seperti biasa. T-Square panjang gedabak dan set-squre diletak atas meja. Sehelai kertas lukisan diletak atas meja. Bersiap sedia untuk memulakan pembelajaran. Dia menoleh ke kiri bila terasa sunyi semacam. Kosong? Ruang di sebelahnya kosong. Mana Anis? Jarum jam dikerling lagi. Gilak! This girl sedang carik pasal! Lantas Nokia 5230 ditarik keluar dari slingbag. Nombor Anis didial. Tak sampai tujuh saat, panggilannya dijawab.



“Beb, kau kat mana? Asal tak sampai lagi? Kau sengaja menempah maut dengan Prof Marina eh?” Tanpa hallo, tanpa salam dia menembak soalan laju mengalahkan peluru senapang.

Diam. Soalannya dibiar sepi. Hanya senduan yang diselangi dengan esakan kuat kedengaran.

Kening Najwa bertaut. Telinga dipasang betul-betul. Sah! She’s crying. “Nis, kau nangis?” Lepas soalan itu ditanya, dia mengetuk kepala sendiri. Dah jelas lagi nyata aku dengar dia tengah nangis lagi mahu tanya. Ngek! “Asal wei? Something wrong somewhere?”



“Waaa...” Suara Anis terhenti disebabkan menahan sendu.



“Yeeee....” Panjang dia menyahut. “Apehal kau? Apa yang tak kena sampai kau meraung macam ni?” Soal Najwa betul-betul ingin tahu. Pelik! Rasanya sejak aku kenal Anis tak pernah lagi la aku tengok atau dengar dia menangis. Hah!? Bibir dia membulat besar dengan mata terbuntang luas. Jangan-jangan... “Ada ahli keluarga kau yang...” Berat pulak mulut untuk menyambung ayat. Tapi... “...meeee...ning...gal?” Lambat-lambat dia bertanya.

“Wei! Kau doakan apa untuk aku nih?” Terjerit Anis dengan serkap jarang classmatenya itu. “Semua family aku sihat-sihat je la.”

Pheuww~~ Panjang nafas dihela. Najwa menggosok dada. Alhamdulillah. Ingatkan ada kes kematian tadi. Buat suspen je minah ni. “Dah tu?”

“Waaaaa!!!!”

Berdesing telinga Najwa mendengar laungan namanya dari seberang talian. Tiga saat handphone dijauhkan dari telinga sebelum dirapatkan kembali. “Yang kau panggil nama aku macam aku duduk sebatu ni apehal? Aku tak lari la, Nis. Handphone ni melekat je dekat telinga aku ni.” Bebel Najwa sedikit berang dengan perbuatan temannya itu. “Hmm, story ar. Cepat before prof kesayangan kau masuk!”

“Aku... aku...” Tersekat-sekat suara itu.

Mendengus geram. “Kau nak story ke tak ni!?” Keras suara Najwa. Sabarnya mula menipis dengan telatah Anis. Nak cakap tapi nak nangis. Tensi aku!

“Nak la...” Air hidung disedut. Anis tarik nafas panjang sebelum dihembus perlahan. “Wawa, aku putus cintaaaaaaa....!!!!” Cerita Anis seraya meraung dihujung ayat.

Heh! Najwa bersandar pada kerusi sambil mendongak ke atas. “Dengan budak... apa entah nama balak kau yang kau agung-agungkan sangat tu?”

Ex- balak la...” Perbetul Anis.

“Whatever.” Najwa muka bosan.

“Razin.”

“Nama dia eh?” Handphone ditukar ke telinga kiri pula. “Asal boleh break pulak?”

“Dia ada pompuan lain.”

Erkk! Kening Najwa terangkat sebelah. “Bukan ke dia tu baik, setia, caring, understanding, sayang gila-gila dekat kau,bla...bla..bla... Kau jugak yang cakap dekat aku macam tu.” Masih jelas teringat perbualannya dengan Anis dua minggu lepas.

“Wa!”

Dia yang sedang kusyuk membaca novel Versus-Hlovate menoleh sekilas ke arah Anis yang semakin menghampiri. Tangan kanan diangkat sekejap tanda membalas sapaan gadis itu.

“Wei!!!” Anis menjerit riang. Tubuh Najwa dipeluk erat. “Wawa, aku happy!”

“Hoi!” Terkejut Najwa dengan tindakan tidak diduga itu. Dia lemas bila pelukan Anis makin erat hinggakan nak bernafas pun payah. “Lepas la, Anis! Kau nak bunuh aku ke?”

Pelukan terlerai. Anis tarik sengih. “Sorry. Out of control lorh.”
Dia menggeleng. Nak masuk kelas Prof Megat pun happy ke?Penanda buku diselit pada muka surat 230. Versus ditutup dan disimpan dalam slingbag. Balik rumah karang sambung baca lagi. Tak tidur la aku malam karang. Ngee~~ “Masuk kelas jom?”

“Wei, kau tanak tau ke asal aku happy hari ni?” Najwa yang ingin mengatur langkah dihalang dengan tangan.

“Huh?” Muka puzzled ditayang. “Kau happy sebab nak jumpa Prof Megat kejap lagi kan?” Pensyarah yang bertubuh gempal setinggi lima kaki tepat dengan misai yang lebat berselirat serta panjang terbayang diruang mata.

Bibir Anis terjungkit sebelah. Sinis! “Tak ada maknanya aku nak happy macam ni sebab prof tu.”

“Then...what?”

“Tadaaaaa!” Tangan kanan dihulur depan muka Najwa. Jari jemari digerak-gerak. Anis muka ceria ya amat.

Najwa memaku pandangan pada jari-jemari temannya itu. Mencari apa sebenarnya yang ingin ditunjuk oleh Anis. Dua saat kemudian, dia berubah riak. “Cincin?” Jari manis Anis disentuh. “Bila kau bertunang?”

Hmmph! Anis mengeluh. Kawan aku ni kan, kadang-kadang bendul jugak. “Oow... bagi kau asal pakai cincin je, bertunang la eh?”

Najwa kupas senyum comel. A’ah eh. Ngek jugak aku ni. “Sape kasi?”

“Razin.”

“Who’s Razin?”

Aiyakk! Anis muka tak percaya. Dia mendekatkan mukanya pada muka Najwa. Ditilik lama riak wajah itu. “Kau ni buat-buat tak kenal ke atau memang kau tak kenal dia?”

Najwa menjuih bibir bawah. Kepala digeleng. “Memang tak kenal. Sape dia? Artis baru ke? Indie band mana?”

Anis tepuk dahi. Tak cukup dengan itu, dia menghentak kepala pada dinding di belakangnya. “Mana datangnya artis pulak?? Kau merepek apa? Agak-agak ar cakap aku nak couple dengan artis.”

“Gaya kau cerita macam dia tu famous sangat. Itu sebab la aku teka artis.”

Anis ketap bibir tahan bengang. “Dia student sini la. Budak Mechy Engine.”

“Oww... yeke? Fakulti lain, lagi la aku tak kenal.”

“Satu uni kenal dia tau. Kau je yang tak kenal.”

“Heh! Dia bukan ada kaitan dengan aku pun. No wonder la kalau aku tak kenal pun.” Balas Najwa senada. Tali beg yang bersilang di dada dibetulkan.

“From now on... kau dah ada kaitan dengan dia.” Bagitahu Anis dengan muka ceria. Mata dikelip-kelip.
Pantas Najwa mencari mata Anis. “Asal pulak?”

“Yela... Kau kan member aku. Razin tu pulak balak aku merangkap bakal member baru kau jugak. Nanti aku kenalkan kau dengan dia eh? Janji jangan rampas sudah. Cakap siap, he’s mine. Kawan tak kawan. Aku tetap tak kasi kalau kau nak dia.”

Ternganga sekejap Najwa dengan kata-kata itu. “Kau ingat aku hadap sangat ke dengan balak orang? Yang bukan balak orang pun aku tak hadap langsung! Cakap main bedal je eh kau ni!” Suara Najwa berubah nada. Sedikit keras.

“Wei, chill ar... Aku gurau je pun. Jangan la hangin.” Pujuk Anis yang sudah mempamer muka kelat. Risau jugak kalau kata- kata dia sebentar tadi boleh membuatkan Najwa mengamuk. Walaupun baru dua bulan mengenali gadis itu sejak dia menyambung semula semester yang ditangguh di semester lepas, perangai Najwa yang satu itu sudah dia fahami. Kalau datang dia punya hangin, bukan saja puting beliung malah ribut dan taufan pun boleh melanda. Tak ke haru?

Nafas dihela kasar. Dia memeluk tubuh. Pandangan melepasi kepala Anis yang sedikit rendah darinya. “Tak ada la. Kau tu... agak-agak ar nak bercakap pun. Gaya cakap tu macam aku pernah rampas balak orang je before.”

“Sorry. Sorry. My bad.” Bahu Najwa dirangkul. “

“It’s okey la. Tarak hal. Next time behave.”

“Yela...” Muncung Anis ke depan.

“Wei kau dah couple dengan budak tu ke?”

“Yup!” Jawab Anis laju. Muka bersinar bahagia.

“Tapi bila kau kenal dia? Aku rasa before kau tak pernah sebut pasal dia pun. Nama dia pun aku tak pernah dengar dari mulut kau.”

“Aku kenal dia Selasa lepas.” Lancar bibir itu menjawab.

“Hah?” Najwa nampak tersentap. “Selasa minggu lepas?”

“Nope. Selasa dua hari lepas la.”

“Haaaaahhhh!!!????” Najwa tayang anak tekak. Wajah Anis dipandang tanpa berkelip.

Anis muka hairan. “Asal kau pandang aku macam muka aku tumbuh belalai?”

“Baru dua hari kau kenal mamat tu, korang dah couple?”

“Salah ke?”

“Salah!” Najwa tepuk dinding. “Anis...Anis oi....” Dipicit pangkal hidung seraya berpusing disekeliling Anis. “Apa kau dah hilang akal ke?”

“Dia baik la, Wa. Dua hari. Hanya dua hari cukup untuk kitorang kenal hati buding masing-masing.”

“Dua hari?” Dua jari kanan Najwa terangkat. Betul-betul di depan muka Anis.

“Dia caring, gentle, understanding... kiranya dia perfect la bagi aku.” Sambung Anis lagi dengan muka bahagia. Senyuman dibibir tak lekang-lekang. Wajah Razin bermain diruang mata. Alahai Razin Darwisyh...

Najwa menggosok dada. Mata dipejam rapat. “Kalau ini yang kau nak, aku tak ada hak nak halang.” Suara Najwa lemah. Hanya itu yang mampu diperkatakan. Nak cakap lebih-lebih karang, touching la pulak. Lagipun dia yang kenal mamat tu. Mana tau kut-kut pilihan Anis betul, kan? Sape tahu? “Aku doakan kau bahagia.”

“Thanks, Wa.” Ucap Anis sambil bersorak riang. Jari manis yang tersarung cincin dipandang.“Whitegold tu...”Tokok Anis lagi dengan hidung kembang kempis. Punya la bangga.
“Heleh!” Najwa mencebik. “Whitegold la sangat. Entah-entah ni cincin pasar malam apa. Selonggok seringgit.”
“Hey! Ori ni. Dia loaded tau! Naik BMW lagi.” Anis tetap nak menangkan Razin.
Mencebik lagi. “Entah-entah BMW sewa apa.”
“Manade la! Memang dia punya.”
“Yela. Yela.” Akhirnya Najwa mengalah jugak. Kalau bertekak lagi tak masuk kelas aku pagi ni. “Dah la tu. Gerak jom?”

“Wei! Kau dengar tak ni?”

Najwa tercengang sekejap. Peristiwa dua minggu lepas terus lesap dari kepala. “Kau cakap apa, Nis?”

“Kau ni... Tak fokus langsung dengan apa yang aku cakap.” Suara Anis kedengaran merajuk.

“Alaa... Sorry ar. Kau cakap apa tadi?”

“Aku bodoh.”

Lorh... Manade bodoh. Kau pandai apa. Dekan kut sem dua dulu.”

“Bukan bodoh sebab tu la!”

“Dah tu?”

“Bodoh sebab percaya dekat jantan tak guna tu. Kau tau bukan aku je yang jadi mangsa dia. Dah berpuluh-puluh pompuan dia main. Jantan tak guna!”

“Uih! Gila playboy mamat tu.” Najwa diam sekejap. Betul cakap Anis. Dia memang jantan tak guna. Tak guna satu sen pun! Eh? Yang aku emo sangat ni kenapa? “Tu la kau. Aku dah agak dah. Dah kasi nasihat pun. Kau tanak dengar. Ha... inilah padahnya.”

“Wawa, aku menyesal. Hah! Lagi satu. Memang betul la cincin tu bukan whitegold ori. Aku dah pergi tanya dekat kedai emas. Kau tau tak, bukan aku sorang je yang dapat cincin tu, Lin, Hada, Wana, Tini… ramai lagi la. Aku tak larat nak sebut sorang-sorang. Diorang semua dapat cincin sama macam aku. Sebijik! Dari orang yang sama jugak! Geram!!! Wawa aku geram!” Anis menjerit lagi yang kesekian kali.
Dan kesekian kali jugak Najwa menjauhkan handphone dari telinga. “Sudah la, Anis. Perkara dah lepas biar la. Tak ada faedah pun berkawan dengan orang macam tu. Kau tak rugi satu sen pun putus dengan dia.”

“Tak rugi satu sen kau cakap? Aku dah rugi dekat tiga ratus ringgit tau untuk dia.”

“Apa!!!???” Jeritan Najwa mampu menarik perhatian satu dewan kuliah. Tersengih-sengih dia bila semua mata memaku pandang ke wajahnya. “Kau kasi dia pinjam duit ke?” Soalnya dengan nada berbisik.

“Tak. Dia kan loaded. Asal nak pinjam duit dengan aku pulak?”

“Habis tu?”
“Aku belikan dia jeans LEVI’S minggu lepas. Habis duit loan aku sem ni. Tinggal lagi tiga ratus je untuk aku belanja sampai hujung sem. Macam mana ni, Wawa?” Suara Anis jelas menunjukkan dia memang kesal dengan apa yang menimpa dirinya. Air mata berguguran lagi.

“Ya Allah Anis oi... Yang kau cerdik sampai habiskan duit sebenyak tu untuk dia sape suruh? Dah tu langsung tak bagitahu aku pun sebelum beli.” Pening. Ya! Najwa semakin pening dengan ketidakbijaksanaan temannya itu. Boleh sakit jiwa aku dengan minah ni sorang. Haih!

“Sebab tu la aku cakap aku bodoh. Beb, kau tolong aku?”

“Kau nak pinjam duit ke? Berapa? Sikit boleh la. Kalau banyak, susah sikit. Aku belum kerja lagi.”

“Bukan la.”

“Dah tu?”

“Petang karang tolong temankan aku pergi jumpa jantan tak guna tu.”

What for?”
“Aku nak tuntut balik jeans tu. Then jual la kat mana-mana kedai bandle pun. Mesti laku. Aku dapat jugak duit even tak banyak. Yang penting aku nak dia pulangkan balik barang aku!” Ujar Anis tegas.

Najwa tarik nafas. “Yela. Yela. Aku temankan. Jumpa pukul 4 petang nanti. So, kau tak datang kelas la pagi ni?”

“Tak. Aku tengah bersedih.”

Najwa ketawa kecil.“Sendiri cari sakit sendiri la tanggung ye.”

“Wawa!”

Klik! Talian dimatikan. Najwa pandang handphone ditangan. Anis... Anis... Tak ada masalah pergi cari. Kan dah susahkan diri sendiri. Tak pasal-pasal aku diseret sama. Dia menggeleng kesal. Sape budak Razin tu hah sampai ramai pompuan yang terjerat. Handsome sangat ke dia? Hebat sangat ke mamat tu? Haih! Semuanya bakal terjawab petang karang. Tunggu la kau, Razin!

“Guys!!!” Laungan Alif selaku wakil kelas menggamit perhatian seisi dewan. “Kelas cancel! Prof ada emergency case!”
“Hoorayyy!!!!”
*************************************
Hepy reading... :)

12 comments:

  1. erm,,,,
    nk tau jg sape razin tu,,,,

    ade selit kn VERSUS lg,,,
    hehehe,,,

    nk lg,,,,

    ReplyDelete
  2. make me smile..
    hehe smbg2..
    =)

    ReplyDelete
  3. anis..anis..buruk siku sungguh..
    jangan razin jatuh hati kat wawa susah..
    tapi best gak..
    ngan hati beku..

    ReplyDelete
  4. saya tunggu da next episode..haha two thumbs up!Chaiyo!!!

    ReplyDelete
  5. wooohhh..
    watak second hero dah nk muncul..
    weeeeeee..

    ttbe excited ble klas prof nie cancel..
    terbayang klas kimia ary khamis dpn lak cncel..HAHA..

    ReplyDelete
  6. hahaha.. yeah~~
    mkin menarik cita ni..
    :)

    ReplyDelete
  7. alamak bersambung lagi ekk..
    keh3.. t-square. rindunya zaman sekolah !

    ReplyDelete
  8. http://myfirstnight-toshare.blogspot.com/

    jom share

    ReplyDelete
  9. yg slalu nyaport ZarithJune 29, 2010 at 4:15 PM

    hahaha kak zarith i lurve all yur story sumenya gempak n besh2... bile nak smbg BADSD?? Rindu dekat Amar... hehehe Qilah jgn mara ek? Kak zarith gambate!!

    ReplyDelete
  10. wlupun cite ni dh lme wat..tpi best tau..ske lh..:p

    ReplyDelete
  11. wlupun cite ni dh lme ..best tau..ske lh :p

    ReplyDelete

toucholic

toucholic

Hot N Cold

Hot N Cold
Apa yang terjadi bila air panas bertemu dengan ais cube?

sweet sours

sweet sours
friendship is a sweet relationship

Bila Amar Dah Suka Dia

Bila Amar Dah Suka Dia
Inilah jadinya bila Amar dah jatuh chenta