Chill Out ~~ ^_* (kalau tak suka lagu boleh stop kt atas ni)

new updated!


new n3 :-)

# Hot And Cold (Bab 5)
# Hot And Cold (Bab 4)
# Hot And Cold (Bab 3)

* my new email (YM, FB) :"carl_aryana89@yahoo.com"

(^__^)

(^__^)

Kalaulah Hot n Cold dapat peluang ke untuk ke versi cetak.. apa kata kalian?

Wednesday, June 30, 2010

TOUCHOLIC 4

***

+ Salam. Along balik dulu eh. Org lambat sikit ni. Karang Anis hantar org blk. Ckp dkt ma ye. Daaaa... =)


Keluhan kecil dilepaskan sebaik saja pesanan itu dibaca. Butang ’reply’ ditekan. Jari jemari bergerak pantas.


- Lorh... ye ke? Along baru cadang nak payung Wa pizza.


Belum pun sampai lapan saat, pesanan baru diterima.


+ Long!!! Asal x ckp awal2? Tunda next time?


- X dpt la. Offer Along sampai petang ni je.


+ Along!!!!!!


Selepas pesanan terakhir dibaca, Izzat mengupas sengih. Confirm nyesal gila budak tu. Dia ketawa kecil. Langkah kaki terus di atur penuh berhati-hati. Timbunan buku setinggi hampir paras leher dikendong perlahan-lahan. Karang terlanggar tiang, naya!


***


“YAN!”


Izyan berpaling ke belakang. Aura kepanasan mula terasa. Dia bengang! Bengang dengan perempuan yang sorang tu. Tak kira bila, tak kira masa, tak kira di mana, tak kira depan siapa... minah yang sorang ni selalu buat hal. Kalau buat hal tu tidak melibatkan aku tak apa la. Ini tak... selalu hal yang dia buat mesti aku ditarik sama. Tak pasal-pasal aku terpaksa menanggung malu disebabkan dia. Urrghh!!!


“Tunggu la, wei! Asal kau rush sangat ni?” Omel si teman dengan kening berkerut. Tangan kanan erat memeluk tiga buah buku. Manakala tangan kiri bergerak memicit-micit pinggang yang terasa sengal.


Izyan merengus keras. Irdini direnung bagai nak telan. “Aku yang rush ke atau kau yang melenggang kangkung macam model antarabangsa baru lepas excident?”


Gadis itu menjuih bibir. Rambut ikal separas dada yang mengurai diselit pada belakang telinga. “Kau tak nampak ke betapa tingginya heels aku ni? Mahunya tertonggeng kalau aku jalan macam kau.”


I told you, right? Dekat rumah tadi aku dah cakap...”


“Jangan pakai heels datang kuliah.” Potong Irdini pantas bagai memahami ayat itu yang akan dilontarkan oleh temannya itu.


“Tau pun. Tapi kau degil!” Bidasnya dengan nada tinggi. Pandangannya menuruni ke bawah. Kaki Irdini yang tersarung dengan heels setinggi 5 inci dipandang. “Kita datang kuliah je pun. Bukannya pergi party VVIP yang nak kena berjalan atas red carpet. Dah tau yang kau tu tak biasa pakai heels tinggi macam ni, kau pergi pakai buat apa? Karang kalau kau tertonggeng dekat mana-mana, cakap siap... aku tanak tolong.” Sambungnya lagi masih dengan nada yang sama. Dia mengeluh sebelum menggeleng. Nama je budak elektrik. Tapi bergaya mengalahkan budak fashion design.


Irdini berjalan menghampiri Izyan. Dia berdiri betul-betul di hadapan gadis itu. “Kau apa tau? Semalam aku ada baca satu statement ni dekat satu magazine. Perempuan yang pakai heels nampak seksi tau. Kau pernah dengar tak?”


Nafas dihela kasar. Izyan mencekak pinggang. Mata mencerun ke arah wajah Irdini. “Eh, aku nak tanya sikit. Kau datang sini nak belajar atau nak melawa? Kalau nak melawa better kau masuk America’s Next Top Model je.”


“Uih! Tanak aku. Kang model-model lain tak dapat cari makan pulak.” Ujar Irdini sambil ketawa megah.


Izyan mendongak ke atas sejenak seraya mengeluh kecil. Dia menepuk dahi. Susah betul kalau ada orang yang terlebih perasan macam makhluk dekat depan aku ni. “Riak eh, kau.”


“Riak apanya? Aku cakap benda betul, what.”


“Suka hati kau la, Nini. Aku malas nak cakap banyak. Nasihat aku bukannya kau nak dengar pun.” Kata Izyan sebelum berlalu meninggalkan Irdini. Dia mengomel sendiri. Kalau macam ni la perangai kau, memang tak hairan la kenapa aku je satu-satunya kawan yang kau ada. Sebab aku je yang sanggup melayan telatah dan kerenah kau, Nini.


Nur Irdini. Seorang yang tidak disenangi oleh kaum sejenis kerana sikapnya yang agak annoying. Berlainan pulak pandangan kaum Adam terhadapnya. Dia sentiasa menjadi bualan ramai di universiti itu. Gadis yang terkenal dengan rupa paras yang cantik, potongan badan badan tidak ubah seperti model-model antarabangsa. Pernah juga digelar dengan gelaran adik Tyra Banks oleh para jejaka. Kerap-kali didatangi dan dikelilingi oleh lelaki dari pelbagai taraf. Oleh kerana itulah, dia tidak disenangi oleh teman perempuan yang lain. Dia sering dicemburui dan dijadikan saingan mereka.


Ada la kadang-kadang tu dua atau tiga orang gadis yang mendekati Irdini. Namun hanya penuh dengan kepura-puraan. Hanya ingin mengambil kesempatan ke atasnya. Semata-mata untuk minta pertolongan Irdini terutama dalam bab menjerat lelaki. Itu memang kelebihan gadis itu. Ada kalanya tu, tak perlu dipasang jerat, ada jugak umpan yang mengena. Ikut nasib la kan? Setelah puas Irdini ’dikerjakan’ ditinggalkan gadis itu tanpa ucapan terima kasih. Geram jugak Izyan dengan perangai tak kenang budi mereka itu. Namun Izyan tahu, seteruk-teruk Irdini tak ada lah sampai menggadaikan maruah sendiri. Itu yang dia paling kagum dengan gadis itu. Dia pandai menjaga diri. Masih boleh berfikir mana yang baik dan mana yang buruk.


Memang diakui, dari segi luaran gadis itu nampak sangat annoying. Pentingkan diri sendiri. Malah dia seringkali digelar perampas teman lelaki orang walaupun bukan itu niat sebenarnya. Tapi dalamannya, hanya orang yang dekat dengan dia saja yang mengenali sikap gadis yang bernama Nur Irdini. Dan sebab itu lah, Izyan masih bersama Irdini sampai ke hari ini. Biasalah, setiap manusia mesti ada kebaikan dan kelemahan tersendiri. Izyan pegang kata-kata itu. Sebabnya itu memang lumrah dunia kan?


Irdini yang melihat Izyan semakin jauh darinya mulai cemas. ”Yan! Tunggu aku!” Jeritnya kuat sambil berkira-kira untuk memecut laju mengejar Izyan. Gara-gara terlupa dengan heels yang dipakainya membuatkan Irdini ditimpa malang. ”Yan!!!” Pekiknya kuat bila terasa tubuh sedang melayang selepas melanggar sesuatu.


“Duh!” Dahi yang terasa perit disentuh lembut. “Nasib baik tak luka. Kalau tidak, tak pasal-pasal muka aku cacat.” Dia mengomel sendiri. Buku-buku yang bertaburan di sebelah dipandang. Irdini cuba berdiri. Beg sandang yang tersadai tidak jauh darinya dicapai. “Aku langgar apa eh, tadi?” Soalnya perlahan.


Your books.”


Satu suara garau menjengah telinga. Laju kepala dipaling ke arah suara itu. Pandangan jatuh pada buku-buku yang dihulurkan oleh lelaki di hadapannya. Huluran bersambut. Entah kenapa mulut berat untuk berkata-kata. Dia hanya merenung wajah lelaki itu.


Lelaki itu ikut membisu. Dia berpaling dan bergerak meninggalkan Irdini yang masih berada di dalam dunia khayalan.


Melihat lelaki itu semakin jauh, dia tersentak sejenak. Bagai tersedar dari mimpi. “Hey! Thanks!!!” Laungnya agak kuat. Dia diam tidak berkutik di situ. Menanti dan mengharap agar lelaki tadi berpaling semula. Namun, harapannya hampa bila lelaki tadi tidak memberikan sebarang respon. Seolah-olah laungannya tadi tidak didengari.


“Beb!”Izyan yang kembali mendapatkan Irdini menyapa. “Kau ni kan...haisyh!” Dia mengetap gigi. Kuat! Geramnya la dengan minah sorang ni. Clumsy tak kira waktu. “Kau okey ke?”


“Ha... haaa...” Lambat-lambat dia menjawab. Kepala diangguk dua kali. Pandangan masih terpaku pada sebatang tubuh yang sudah jauh meninggalkannya.


“Kau tengok apa tu sampai nak terkeluar biji mata?”


“That guy...”


“Mamat yang kau langgar tadi?”


Erk! Kening kanan dan kiri hampir bertemu. Irdini pandang Izyan. “Aku langgar dia ke?”


“Yela. Habis berterabur buku-buku dia. Nasib baik mamat tu tak maki-hamun kau dekat sini. Kalau tak, mahunya kau malu setahun.”


“Yan, aku rasa macam pernah tengok la mamat tu before.”


“Ah! Sudah la... Kau, mamat mana yang kau tak pernah tengok?”


“Serius! Aku macam pernah nampak dia.”


Izyan menghela nafas pendek. “Dah nama pun student sini. Mesti la pernah nampak.”


“A’ah,eh? Satu uni kan? No wonder la. Eh, gerak jom?” Ajak Irdini. Lengan Izyan ditarik dan dipeluk. “Kau pimpin aku,eh.” Pintanya manja. Sengaja dia mengupas senyum comel untuk sahabat tercinta.


Izyan tarik pinggir bibir ke atas. Sinis! “Ngada! Jalan la sendiri.”


“Yan, sampai hati kau. Kaki aku sakit lorh.”


“Padan muka.”


“Yan.”


“Apa?”


“Tukar kasut?”


“Heh! Mimpi tengah malam sikit.”


“Yan.”


“Hmm.”


“Aku tanak pakai heels 5 inci datang kuliah lagi dah lepas ni.”


“Bagus.”


“Yan.”


“What?”


“Balik karang kita pergi makan ABC nak?”


“Tengok la dulu. Tak janji.”


“Yan.”


“Apa!!!???” Izyan mula meradang bila Irdini sudah banyak bunyi. Naik berbulu telinga mendengar namanya kerap kali dipanggil. “Kau ni banyak songeh la, Nini.”


Irdini tarik muka. “Cakap sikit pun nak melenting. Macam mak nenek. Pok pek pok pek... whoaaa!!! Yan!!!!!” Bukk! Sekali lagi buku-buku bertaburan.


Langkah Izyan terhenti.Irdini yang sudah terjelepuk atas tar dipandang. Dia menepuk dahi. “Not again...”


“Yannnnnnn...”


***


“HAH! Tu dia.”


“Mana?”


“Tu... Mamat yang berkepit dengan minah pakai skinny coklat tu.”


Mata Najwa berlari-lari mencari tubuh yang dimaksudkan oleh Anis. Mereka kini sedang berada di sebalik batang pokok yang terletak tidak jauh dari kawasan tempat meletak kereta. “Oh, itu ke Razin yang famous sangat tu?” Tanya Najwa bila dia sudah menjumpai sasaran mereka.


Yup! Itu la buaya darat antarabangsa.” Anis mengiyakan dengan muka geram.


“Ceits! Tak ada la hebat mana pun. Gaya kau cerita macam character si Razin tu lagi gorgeous dari Chad Micheall Murray. Bukan nak riak atau nak syok sendiri la kan. Aku rasa my Along handsome banyak dari dia. My papa pun. My Uncle Iz ,Uncle Subkhi dengan Uncle Wan pun dia tak boleh lawan. Ha!Even Paklong Boyot, Pakngah Apit, Paklang Epon, Pakcik Pidut dengan Paksu Fizi pun tak boleh nak dijadikan lawan dia. Memang dia kalah teruk ke belakang la. Itu belum lagi aku bandingkan dia dengan anak-anak diorang. Anak Uncle Wan yang sulung tu...”


“Hoi!”


Terkunci terus mulut Najwa bila disergah oleh Anis. Gadis itu sedang merenung ke dalam anak matanya dengan pandangan membunuh.


“Kau datang sini nak teman aku tuntut keadilan atau nak suruh aku dengar story pasal kaum kerabat kau?”


“Eheee...” Najwa tarik sengih sampai ke telinga. Chill ar, Anis. Tak sedar yang aku ter-overtalk pulak.” Kuku ibu jari tangan kanan dan kiri dilaga-laga. Najwa masih menyengih lebar. Asal la tetiba aku pergi petik nama kawan-kawan papa pulak ni? Dowh! “Tunggu apa lagi? Tadi kau jugak yang beriya-iya nak menuntut keadilan. Yang still tercangok dekat sini buat apa?”


“Aku takut la, Wa.”


Erkk! Najwa ternganga tiga saat. “You what?”


“Aku takut. Kang dia bertindak ganas macam mana?”


Pulak! Tak tahu lah kenapa tetiba aku rasa macam nak ketuk kepala budak ni seratus kali dengan tukul besi. Tadi semangat bukan main. Tapi bila mamat tu dah ada depan mata, kecut la pulak. Haih! “Okey, look. Sekarang ni kau still nak teruskan niat kau or nak blah?”


“Kau rasa?” Anis pandang Najwa.


“Asal tanya aku pulak? Aku tanak masuk campur. Just nak temankan kau je.”


Anis terdiam lama. Berfikir sendiri barangkali. Najwa ikut membisu. Menunggu keputusan yang bakal diputuskan oleh temannya itu.


“Okey! Aku dah fikir masak-masak. Alang-alang kita dah datang sini apa kata kita...”


“Serang?” Pintas Najwa sebelum Anis menghabiskan ayat.


Kepala digeleng. “Kita blah?”


“Huh?” Kening Najwa terangkat sebelah.


Lengan Najwa diraih. “Blah jom? Biar la dia. Aku tanak cari pasal.” Ujarnya sambil melangkah keluar dari tempat persembunyian mereka.


Whatever la Anis oi.” Kata Najwa. Langkah Anis diekori dari belakang.


“Eh, hold on!” Langkah terhenti secara automatik.


“Hah! Apa lagi?”


“Jeans LEVI’S aku.”


“Kau jangan cakap yang...”


“Tak boleh! Aku mesti tuntut balik jeans tu!”


Nafas dihela panjang. “Anis, kalau aku nak tikam right atrium kau boleh?” Suara Najwa bergetar. Bengang yang cuba dikawal nampaknya bakal tercetus jugak kalau dah macam ni punya kawan.


“Wawa, please... Aku nak balik duit aku.” Anis tayang riak simpati. Dia tahu Najwa sudah mula hilang sabar dengan telatah dia.


Dia menyedut nafas panjang sebelum dilepas perlahan-lahan. Sabar, Wawa. Sabar. Anggap la ini dugaan. “Anis, last aku tanya kau. Betul-betul nak teruskan niat kau?”


“Yup!” Anis menjawab dengan penuh keyakinan.


“Kalau kau tetiba ubah fikiran macam tadi?”


“Kau tikam la right atrium aku. Aku redha.” Pantas Anis menyela.


“Okey.”


“Wawa, kau budak taek wan do kan?”


“Ahaaa... Tapi aku dah cakap yang aku tanak masuk campur.”


“Kalau dia bertindak out of control dekat aku, takkan kau nak terpacak tengok je macam tunggul kayu?”


Najwa gigit bibir bawah. “ Betul jugak, eh?”


***


“THANKS sebab sudi bawak I keluar.” Si gadis bersuara lembut dengan senyuman menggoda. Kembang kempis hidungnya menahan perasan megah. Megah bila lelaki idaman Malaya sudah berdiri di sebelah. Aku keluar dengan Razin Darwisy tu. Bertuah la badan. Ngeee...


Mention not.” Senyuman berbalas. Dengan gaya yang sama. Menggoda. Tangan si gadis diraih perlahan dengan tangan kiri. Manakala tangan kanan pula menyeluk ke dalam poket seluar. Dua saat kemudian, sebentuk cincin dikeluarkan lalu ditayang kepada gadis itu. “If you don’t mind, may I....”


Ternganga luas dia bila melihat sebentuk cincin yang terlayang di depan mata. “Cincin?”


“Yeah.” Dengan nada penuh romantik dia mengiyakan. Sepasang mata bundar yang masih kelihatan tersentak direnung. Lama. “Tina... will you be my girlfriend?”


Haaaaaaa!!!??? Lagi luas mulutnya dinganga. Agaknya lima biji bola pingpong pun muat je kalau nak disumbat. “Se..se..serius?” Tergagap-gagap Tina menyoal untuk mendapatkan kepastian. Aku jadi girlfriend dia? Girlfriend Razin? Whoaaa!!!


“Will you?”


“Yes... yes... I do.” Dan bersama senyuman malu-malu Tina memberi jawapan positif.


“Thanks.” Razin tarik sengih sampai ke belakang telinga. Alahai Razin. Kau memang hebat. Sekali mengayat dah cair. Cayalah! Alhamdulillah… Bertambah koleksi aku. “Cincin ni membuktikan betapa ikhlasnya perasaan I terhadap you.” Cincin tadi didekat pada jari manis Tina untuk disarungkan.


“Kalau cincin tu membuktikan betapa ikhlasnya perasaan kau dekat dia, so apa maksud cincin ni pulak?”


Satu suara yang menyampuk dari belakang berjaya membuatkan Razin tersentak. Belum sempat cincin disarung ke jari manis Tina. Dia berpaling. Gullp! Air liur ditelan dua kali bila matanya terpaku pada wajah yang amat dikenali. Whoaaa! Ini salah satu daripada koleksi aku. Pandangannya jatuh pada sebentuk cincin yang ditunjuk oleh Anis. “Hai...” Dengan senyuman tanpa rasa dia menyapa.


“Hai kepala hotak kau!” Bidas Anis dengan nada tinggi. Razin direnung bagai nak cekik! “Ambik balik cincin pasar malam kau ni!” Cincin yang berada ditangan dilempar ke dada Razin.


Najwa yang berdiri di belakang Anis hanya diam tanpa berkutik. Tugasnya adalah untuk menyaksikan adegan drama yang bakal dilakonkan oleh Anis dan Razin. Cup! Tina pun tersenarai dalam drama ni jugak kan?


Cincin yang dilempar oleh Anis tadi diambil oleh Tina. Cincin itu didekatkan dengan cincin yang digenggam oleh Razin. “Sama?” Terkejut beruk dia bila mendapati kedua-dua cincin mempunyai rekabentuk yang sama. Warna yang sama. Jenis batu jugak sama.


Razin terkedu di situ. Dia ingin bersuara namun mulut terasa berat untuk dibuka. Alamak! I’m dead! Sudahnya dia hanya menyengih tanpa sebarang kata.


Muka Tina nampak tegang. Tangan digenggam kuat. “Liar!” Pekiknya seraya menolak kuat bahu Razin sebelum berlalu dari situ.


“Tina!”


“Eh!” Lengan Razin disambar kasar bila lelaki itu berkira-kira untuk mengejar Tina. “Lepas kau pulangkan jeans LEVI’s aku, kau pergi la kejar dia. Aku tak halang. Tapi sekarang ni, aku nak balik jeans aku.”


Huh? Razin terpempan dua saat. “Jeans apa? Apa yang kau merepek ni?”


Anis ketawa sinis. “Kau nak aku ingatkan ke?”


Pandangan tajam Anis dibalas. “Kau ni siku buruk betul. Dah bagi mintak balik.”


“Aku tak kira! Pulangkan balik jeans aku.”


“Aku tak boleh pulangkan sekarang.” Kata Razin.Gilak! Jeans yang dia kasi tu aku tengah pakai sekarang ni. Takkan nak londeh dekat sini kut? Aku pun tahu malu jugak. “Eh, jeans tu kasi terus dekat aku. Aku bayar balik duit kau. Deal?” Dia cuba berkompromi. Wallet dikeluarkan lalu not RM50 sebanyak enam keping dilempar ke arah Anis. “Ambik duit ni! Hutang aku dah langsai. And... stay away from me. Forever.” Sambungnya lagi sebelum membuka pintu kereta.


Anis kaku ditempatnya berdiri macam orang kena pukau. Kepingan duit yang berterabur si hujung kakinya direnung kosong.


“Nanti!”


Razin tidak jadi melangkah masuk ke dalam kereta. Dia berpaling semula ke arah tuan empunya suara.


Najwa tunduk mengutip enam keping not RM50 yang dilempar oleh Razin sebentar tadi. Kemudian, duit itu diletakkan di atas bumbung kereta. “Aku paling benci dengan orang yang tak tahu bersyukur.” kata Najwa sambil memandang muka lelaki itu dengan pandangan yang menjengkelkan.


Entah kenapa dia rasa bengang yang teramat sangat dengan perbuatan lelaki itu yang dirasakan sudah melampai batas. Duit itu rezeki dari Allah. Ingat senang ke nak dapat duit? Suka hati dia je nak lempar rezeki yang Allah kasi. Dasar manusia yang tak tahu nak bersyukur! “Simpan balik duit kau and... pulangkan apa yang Anis mintak.”


Razin tergelak. Sinis! “Kalau aku tanak pulangkan kau nak buat apa?”


Tanpa membuang masa, sebiji bola kristal dikeluarkan dari slingbag lalu dilambung-lambung. “Crystal ball ni berat. Kalau terpantul dekat mana-mana cermin kereta kau, confirm berkecai. Sekarang kau pilih. Cermin depan? Belakang? Sisi?”


“Oh, so scared.” Razin pamer muka cemas. Dua saat kemudian, dia ketawa kuat. “Bajet aku takut sangat lah dengan ugutan kau tu?”


“Okey. We’ll see...” Bola kristal digenggam erat sebelum ditiup. Tangan ditarik kebelakang bersedia untuk membuat lontaran. “ one... two... th..


“Whoaaa! Fine!” Jeritan Razin menghentikan niat Najwa. Gila! This girl memang gila! BMW warna hitam disebelahnya digosok lembut. My wife ni. Sayang gila dowh! Lalat pun tak biar hinggap atas bini aku ni. Inikan pulak bola kristal?


Najwa koyak senyuman ceria. “So, amacam? Nak pulangkan or...”


“Okey! Kau nak sangat kan jeans tu? Fine!” Lantas tangan menanggalkan butang pada jeans yang dipakai. Zzzzz!!! Kedengaran bunyi zip ditarik.


Hah!? Perbuatan Razin yang tidak diduga itu berjaya membuatkan Najwa dan Anis tayang anak tekak.


“Kau gila apa, wei?” Pakik Najwa seraya berpaling membelakangi Razin. Anis ikut melakukan perkara yang sama. Masing-masing sudah memasang niat untuk lari dari situ.


“Korang yang mintak. Aku nak kasi la ni.” Dengan habis pantas jeans ditanggalkan dari kaki. “Nah!” Jeans itu dilempar ke arah Najwa. “Satisfied?”


“Anis, blah!” Najwa meraih tangan Anis yang sedang tunduk mencapai jeans tersebut berlalu dari situ.


“Hold on!”


“Blah! Jangan toleh belakang.” Ujar Najwa sambil menonong pergi. Panggilan Razin tidak dihiraukan.


Hey, lady.” Panggilnya lagi bila langkah Najwa sudah berjaya disaingi. Tanpa sengaja dia menyentuh bahu gadis itu. “Ni kau punya...”


Pang!!! Kelam! Gelap gelita! Razin pejam celik mata berkali-kali. Pipi kanannya terasa keras macam konkrit secara tiba-tiba.


“Don’t you dare to touch me! And behave yourself!”


Dia masih terkedu di situ. Menghantar pemergian dua orang gadis itu dengan mata terkebil-kebil. Rantai tangan emas yang berada dalam genggaman dipandang kosong. “Aku cuma nak pulangkan benda ni. Tapi asal aku kena lempang?” Dia mendongak memandang langit mencari jawapan kepada soalan sendiri.


“Wei, Razin!”


“Hoi!” Sapaan Nazim dibalas.


“Sejak bila U kita gubal undang-undang baru?”


“Huh?” Razin muka puzzled.


Nazim tersengih lebar sambil memuncungkan bibirnya ke arah kaki Razin. “Sekarang dah boleh pakai boxer datang kuliah ke?”


Oh! No! Pantas dia tunduk memandang boxer separas lutut yang tersarung di kaki. Kemudian dia mata berlari ke sekeliling mencari bayang manusia lain di situ selain Nazim. Dia menghela keluhan lega bila mendapati kawasan di situ sunyi tanpa penghuni. “Tak la. Wei, aku chaow dulu, eh.” Balasnya sambil melompat masuk ke dalam kereta.


Rantai tangan yang dicicir oleh Najwa tanpa sedar tadi dicampak ke kerusi sebelah. Enjin kereta dihidupkan. Tangan menggenggam stereng. Kuat! “Berani betul perempuan tu lempang aku. Kalau kau fikir aku nak lepaskan kau macam tu je, kau silap besar la. Dia belum kenal lagi sape itu Razin Darwisy. Okey! Lepas ni aku akan berkenalan dengan kau habis-habisan!” Razin ketawa dihujung ayat. Gear dimasukkan. Pedal minyak ditekan. Menderu laju kereta itu berlalu pergi.

**************************************************************

hope hepy reading... =)


24 comments:

  1. izzat lagi??
    haha..
    jadi saviour de amor betul izzat niee..

    uuuuuuu..
    buat aksi berani mati sungguh la si razin nie..
    najwa betul2 copy paste aryana..
    ngaaaaaaaa..
    sesi pembalasannya apakah razin???

    haha..tak tahan sungguh bile najwa sebut nama carl n the gang sorang2..
    comel.

    ReplyDelete
  2. wah2.. adakah itu hero najwa..
    hehehehe

    sis, yg tepi tu x berapa nmpk sgt la..
    =)

    ReplyDelete
  3. wah best gila. xsbr nk tau kisah Ejat & Nini n Wawa & Razin. :)

    ReplyDelete
  4. huhuhu...dapt pun nk kome..yg tadi punye asyik error je.. thanks zarith sbb post len n3 tu.. x nmpk yg 1st tu..yg tepi..kn2.. emm abes la wawa...msti razin ade planing len nt tu..

    ReplyDelete
  5. ooo,,,,
    itu razin nyer,,,
    erm,,,
    xsaba nk tgu razin bersua muka ngan wawa lg,,,

    nk lg wei,,,

    ReplyDelete
  6. lawak tol lah anak dara carl dgn aryana nie...

    ReplyDelete
  7. ohho.
    Razin tu ada niat jahat la pulak!
    ish *dush dush*

    ReplyDelete
  8. pasni mesti razin ayat wawa kan?????hehehe

    ReplyDelete
  9. waah...da jmpe partner masing2.. suke2...smbg lg...

    ReplyDelete
  10. hahahahahah!!! sian razin.. abislah... dua beradik itu sudah bertemu jodoh...

    bila wawa ckp pasal suma kaum kerabat dia rindu pulak.... ngn Paklong Boyot, Pakngah Apit, Paklang Epon, Pakcik Pidut dengan Paksu Fizi.. wah.. rindu dorg..!!!!

    ReplyDelete
  11. hahaha lawak..lawak. good job babeh. teruskan bkarya n pos cepat sikit please.

    ReplyDelete
  12. wahhh...perkenalan yg xdisangka2 antara wawa n razin...
    apa la yg razin nk buat lps ni ek?

    ReplyDelete
  13. yeahh suke2!!!!
    nk lagi hehehe
    gud luck..

    ReplyDelete
  14. ejaan 'lier' tu patutnya 'liar'.hati2.tapi tak tau ah ko guna bahasa portugis ke apa ke kan..

    ReplyDelete
  15. ayok..
    wawa ni pun..
    suka masuk campur

    ReplyDelete
  16. wah! ang amek nama aku! yay! hahaha
    izyan! lalalala best2 suka2!

    ReplyDelete
  17. nice....
    blh bt t'senyum sorang2...
    zarith....smbg cpt2 ek

    ReplyDelete
  18. bez laaaaaaaaaaa..
    x sbr nk tggu next story..
    gmbr TOUCHOLIC pun cntik..
    suka..

    ReplyDelete
  19. ahhh:)[muke teruje]
    cant wait for the next episode!
    gambate:)

    ReplyDelete
  20. uuuuuuuuuuuu..
    bakal perang terjadi.
    siaplah nanti wawa..
    adooiii..
    best best

    ReplyDelete
  21. oh gosh....hehe..
    abis la wawa...
    along tolong angah...

    ReplyDelete
  22. haha...sngt best...
    najwa sbijik cm mama dier...aryana...

    ReplyDelete
  23. hahaha...
    x sbr nk tau aper yg si razin tu nk wat kat najwa...
    jgn nti x penat ayat si najwa tu x leh lpskan pulak si najwa tuh...
    br paden muka..
    hahaha...

    ReplyDelete
  24. suke bila wawa sebut pasal kwn2 carl
    zarith.buat la satu scene.utk anak2 kwn carl ni.huhu.miss them

    ReplyDelete

toucholic

toucholic

Hot N Cold

Hot N Cold
Apa yang terjadi bila air panas bertemu dengan ais cube?

sweet sours

sweet sours
friendship is a sweet relationship

Bila Amar Dah Suka Dia

Bila Amar Dah Suka Dia
Inilah jadinya bila Amar dah jatuh chenta