Chill Out ~~ ^_* (kalau tak suka lagu boleh stop kt atas ni)

new updated!


new n3 :-)

# Hot And Cold (Bab 5)
# Hot And Cold (Bab 4)
# Hot And Cold (Bab 3)

* my new email (YM, FB) :"carl_aryana89@yahoo.com"

(^__^)

(^__^)

Kalaulah Hot n Cold dapat peluang ke untuk ke versi cetak.. apa kata kalian?

Monday, July 19, 2010

Bila Amar Dah Suka Dia 18

Kereta dihentikan dikotak letak kereta yang tersedia di kawasan itu. Amar mampu mengeluh lega bila hampir lima belas minit masa dihabiskan semata-mata mencari ruang kosong akhirnya dijumpai.


“Belum lagi pukul lapan pagi orang dah ramai. Kita memang perlu memborong dekat sini ke? Memang kena shopping dekat pasar? Tanak pergi tempat lain?” Soal Amar seraya berpaling sekilas ke arah Aqilah. Bila melihat keramaian manusia di pasar pagi itu hati mula jadi tak senang. Adeh, gila ramai. Mana datangnya manusia semua ni? Dari banyak-banyak pasar dekat KL ni asal pasar ni jugak yang korang nak mencelah? Gerutu Amar di dalam hati. Sungguh dia sangat tak gemar dengan tempat yang crowded dengan ratusan orang manusia.


Mendengar rungutan si suami membuatkan Aqilah tersenyum nipis. Pandangan Amar dibalas. “Kalau tak sini, mana lagi tempat yang jual ikan?”


“Giant. Tak pun Tesco. Saya pernah dengar Pak Husin dengan Mak Kinah beli dekat supermarket macam tu je.Pasar tu kadang-kadang je kut.” Jawab Amar. Tangan masih menggenggam stereng. Suara Farah Fazana yang bertelagah dengan Faizal Ismail sayu-sayu menusuk corong telinga. Mata terpaku pada payung-payung besar yang tersusun tidak jauh dari mereka.


“Kalau awak sanggup tunggu dua jam lagi, saya no problem.”


“Dua jam?” Sekali lagi Amar memandang Aqilah. Kali ini siap dengan kening bertaut lagi. Dia pamer muka hairan. “Kenapa perlu dua tunggu dua jam?”


“Sebab supermarket macam tu buka pukul sepuluh pagi. Itu pun belum tentu. Kadang-kadang lambat sikit. Yela, diorang nak susun barang lagi. Ubah posisi rak. Nak masukkan barang-barang yang baru sampai ke dalam bekas.” Terang Aqilah panjang lebar.


“Betul jugak, eh.” Terangguk-angguk lelaki itu dengan penerangan isterinya. Amar mengurut dagu sambil berfikir. “Saya tanak tunggu lagi dua jam.” Sambungnya dua saat kemudian. Dua jam tuh? Gila aku nak menunggu? Macam-macam aku boleh buat dalam masa dua jam ni. Kalau tengok wayang pun satu movie boleh habis.


Aqilah kupas senyum. “So...?” Ujarnya sambil menanti respons dari Amar.


Amar tidak terus menjawab. Enjin kereta dimatikan. Pintu kereta dibuka. “Kita shopping aje dekat sini.”


“Serius ni? Dah habis berfikir?”


Before tu saya nak tanya something.”


“Apa?”


“Belum ada lagi kan orang yang meninggal sesak nafas dekat pasar pagi?”


Tersembur terus tawa gadis itu dengan soalan yang dilemparkan oleh Amar.


“Lorh...” Amar terpempan sekejap bila pertanyaan seriusnya mengundang tawa dari Aqilah. “Orang tanya betul-betul ni. Dia boleh gelak pulak.” Omelnya lagi dengan muka straight. Wajah Aqilah yang sedang ketawa menarik perhatian. Stop laughing, please. Boleh luruh jantung ni kalau Amar tengok Qilah ketawa. Ngee~~


Sorry. Tak boleh tahan nak gelak. Soalan awak tu kelakar sangat.” Kata Aqilah dengan tawa yang masih bersisa. “Untuk soalan awak tu, Qilah tak sure la ada ke tak orang pernah meninggal dekat pasar pagi sebab sesak nafas.”


Whatever la. Jom?” Ajak Amar seraya melangkah keluar dari kereta didikuti oleh Aqilah. Amar menyeluk poket seluar pendek bawah lutut yang dipakainya. Dua helai mask dikeluarkan. Sehelai dihulur pada Aqilah. “Pakai ni. Untuk elak dari virus H1N1.” Tukasnya lagi tentang gejala penyakit merbahaya yang pernah menggemparkan dunia tidak lama dahulu. HINI tu. Jangan main-main. Aku tanak mati disebabkan penyakit yang dahsyat tu.


Tersentap sekejap dengan huluran itu. Aqilah pandang Amar. Bibir sudah bergerak-gerak. Bunga-bunga untuk melepaskan tawa lagi mula kelihatan namun dia cuba menahan. Memang macam budak-budak betul dia ni. Jangan gelak Qilah. Karang kecik hati pulak suami kau ni. “Eh, tak apa la. Awak je yang pakai.”


“Asal tanak pakai? Mask ni penting tau. Nak-nak lagi dekat tempat yang sesak macam ni. Macam-macam virus yang boleh merebak. Baik kita mencegah daripada mengubati. Tak gitu?”


Clutch bag yang terbuka didalam genggangam dilekat semula magnetnya sebelum pertanyaan Amar dibalas. Sempat juga senyuman dilempar buat suaminya itu. Padahal dia sendiri tak tahu yang setiap kali dia tersenyum ada jantung yang akan mengepam dan mengecut tanpa mengikut kadar yang normal. “Tak apa. Awak je pakai. Thanks..” Ucapnya sebelum mula mengatur langkah. “Jom?”


Amar masih berdiri di hadapan pintu kereta. Penolakan isterinya sedikit menimbulkan raa tak puas hati. Geram pun ada bila Aqilah degil mendengar nasihatnya. “Nampak je lemah-lembut tapi degil bukan main.” Rungutnya perlahan.


Sorry? Awak cakap apa?” Aqilah yang dapat terasa seolah-seolah Amar bercakap dengannya berpaling.


“Eh, tak. Tak ada cakap apa-apa pun.” Terkial-kial Amar bersuara. Dia tersengih pucat. Belakang kepala yang tak gatal digaru. Fuh! Aku punya mengutuk dengan volum yang paling rendah, dia dapat dengar jugak ke?


***


TANGAN menyeka air jenih yang mula mengalir di dahi. Kening dari tadi berkerut belum pun lagi tegang. Mask yang tersarung dihidung sudah ditanggalkan bila menyedari hanya dia sorang yang memakai mask di situ. Terasa macam tak patut pulak. Orang lain tak sibuk pun nak pakai mask. Asal aku pulak yang over?


Langkah kaki diatur dengan penuh berhati-hati ketika meyusur di setiap sudut yang menjual barang basah. Amar beruasaha gigih mengelak dari dirinya terkena air kotor yang bertakung di dalam lopak atas jalan. Sesekali pandangan pelik bercampur jengkel melilau ke seluruh pasar.


Aqilah yang leka berjalan mencari bahan-bahan yang perlu dibeli diekori dari belakang. Amar tunduk memandang bungkusan yang mengandungi cili kering, bawang, halia dan segala rempah ratus ditangan kanannya. Baru beli barang sikit dah berpeluh sakan.


“Pak cik, berapa ikan ni sekilo?” Soal Aqilah kepada seorang penjual ikan yang pada kiraannya mungkin lelaki itu sudah berumur lewat enam puluhan.


“Dua puluh lapan ringgit.” Balas pak cik tadi.


“Kasi seekor, pak cik.” Belum sempat Aqilah membuat pesanan terlebih dahulu Amar memintas. Laju pulak tu.

Mendengar kata-kata Amar itu, Aqilah terpempan. Mata sudah terbuntang luas dengan mulut yang sedikit ternganga. “Sekor?”


“Sekor ke, adik?” Soal pak cik itu dengan mata yang terkebil-kebil. Dalam hati sudah melonjak gembira bila terbayangkan fulus yang bakal diterima sekejap lagi. Kalau la ada sepuluh orang pelanggan macam budak ni kan bagus. Belum sampai satu jam aku berniaga dah boleh tutup kedai.


“Luar biasa ke?” Amar muka tak beriak.


Aqilah mengangguk laju. “Kita bukan nak buat kenduri ke apa. Nak makan satu family je. Empat ketul pun dah cukup.” Entah hapa-hapa la cucu Haji Rahim ni. Ikan Tenggiri ni punya besar gedabak boleh pulak dia nak angkat sekor? Lain la kalau ada nak masak untuk kenduri. Itu lain cerita. “Kasi empat ketul ye, pak cik.” Putus Aqilah akhirnya.


Amar disebelah hanya membisu. Dah itu kata Aqilah. Dia ikut aje. Yang nak memasak gadis itu bukannya dia.

Setelah membayar harga ikan tenggiri itu, mereka menyambung perjalanan lagi. Melilau-lilau mata Aqilah mencari apa barang yang masih belum ditemui. “Awak nak makan kerabu campur tak?”


“Kerabu campur? Boleh jugak tapi tanak letak...”


“Cili banyak-banyak?” Selit Aqilah yang bagai memahami apa yang ingin diperkatakan oleh Amar.


“Err... bukan...” Amar ingin menyelit bila Aqilah sudah salah faham. Namun dia hanya mampu terkelu bila gadis itu masih meneruskan kata-kata.


“Yela-yela. Qilah buatkan kerabu campur kurang pedas untuk awak. Lepas tu letak udang dengan sotong banyak-banyak.Sedapnya la... Dah lama tak makan kerabu campur. Terliur pulak. Awak tau, kalau Qilah balik kampung sedara-mara mesti mintak Qilah masakkan untuk diorang. Diorang cakap, kerabu campur Qilah sedap. Bukan nak megah la kan, tapi Qilah rasa tak salah kalau nak tunjuk skill memasak dekat family sebelah sini pulak.” Ujar Aqilah panjang lebar sambil ketawa ceria menampakkan barisan gigi putinnya yang tersusun cantik.

Amar tersenyum tenang mendengar cerita isterinya itu. Keceriaan yang ditunjukkan oleh Aqilah semakin menenangkan hatinya. “Kalau macam tu, prove it.”


“Jangan cabar. Karang nyesal pulak.” Dia ketawa lagi sambil membetulkan lipatan tudung.


“Okey. We’ll see.”


“Okey.” Cabaran Amar disambut dengan senang hati. “Eh, kejap. Nak beli udang dengan sotong.” Kata Aqilah bila mereka lalu di bahagian yang menjual makanan laut.


“Akak, tolong bungkuskan sotong sepinggan dengan udang ni. Pun sepinggan.”


“Boleh, dik.” Jawab peniaga wanita itu. Sotong dan udang yang ditunjuk oleh Aqilah dimasukkan ke dalam beg plastik dengan rakus. Orang dah lama berniaga, cepat dan pantas la cara dia bekerja.


“Amar, awak tolong belikan taugeh dekat situ boleh? Nak taruk dalam kerabu nanti. Qilah nak beli ikan pari untuk masak asam pedas.” Pintanya pada si suami yang setia terpacak di sebelah.


“Pleasure.” Balas Amar tanpa perlu berfikir. Permintaan isterinya diterima dengan hati yang terbuka. Dengan langkah yang berjaga-jaga dia menuju ke gerai belakangnya.


Isi ikan pari yang bertimbun di sebelah timbunan ikan kembung dikelas. Lima ketul isi ikan pari dipilih dan diletakkan diatas penimbang sebelum dibungkus.


“Dah nak bayar?” Amar yang muncul secara tiba-tiba dari arah belakang menyoal.


Aqilah mengangguk dua kali.


“Berapa, kak?”


“Tiga puluh dua ringgit.”


Tiga keping not RM10 bersama dua keping not RM1 dikeluarkan dan dihulur pada wanita itu. “Terima kasih.” Ucapnya sebelum berpaling ingin meninggalkan gerai itu.


“Dah beli taugeh?”


“Soalan Aqilah tidak dijawab. Hanya bungkusan plastik yang mengandungi taugeh ditunjuk kepada gadis itu.


Aiyak!!! Tersedak Aqilah bila melihat bungkusan itu. “Jangan cakap awak beli sekilo.”


“Memang ye. Sekilo.”


“Awak nak buat apa dengan taugeh banyak ni?”


“Tadi cakap nak buat kerabu campur.”


Aqilah tepuk dahi dua kali. “Kalau nak buat kerabu setakat beli lima puluh sen saja pun dah cukup. Yang awak pergi beli sekilo tu buat apa?”


“Tak apa la. Taruk la banyak sikit taugeh ni dalam kerabu nanti.”


Aqilah tarik nafas panjang sebelum hembus. “Encik Amar, kita bukan nak buat kerabu untuk jual dekat pasar malam yang nak taruk taugeh sampai sekilo.”


“Tak boleh simpan untuk masak hari lain?”


“Setakat dua hari tu boleh la. Kalau disimpan lama taugeh jadi lembik.Busuk. Qilah tak kira, nanti orang makan lauk dengan nasi, awak makan lauk dengan taugeh, ye.” Ugut Aqilah sambil mengorak langkah.


“Eh, tak aci la macam ni. Saya tak suka makan taugeh.” Amar sudah mulai kecut dengan gertakan gadis itu. Mana aku tau yang taugeh boleh beli dengan harga lima puluh sen. Aku rembat la sekilo. Itu pun salah ke? Terkocoh-kocoh langkah Aqilah yang tenggelam timbul di dalam rimbunan orang ramai dijejaki.


“Sayur kangkung belum beli lagi ni. Jom pergi bahagian sayur? Amar?” Aqilah berpaling ke belakang bila kata-katanya tidak disahut. “Lorh... mana pergi si Amar ni?” Keluhnya sendiri bila mendapati Amar tak ada di sekeliling. “Mesti tersesat kat tengah-tengah kelompok manusia la ni. Maklumla, orang tak pernah datang pasar. Macam ni la jadinya. Jangan sampai ada orang announce pasal kehilangan suami sudah. Kang tak pasal-pasal malu setahun aku. Kalau announce hilang anak tu normal la.” Tokoknya lagi pada diri sendiri. Dia berpusing semula ke belakang untuk mencari Amar. Setelah hampir lima minit mencari akhirnya ’suspek’ berjaya ditemui. Serta merta Amar yang sedang tekun memerhati sesuatu dihampiri. “Awak tengok apa?”


“Tengok tu.” Gerai yang menjual ikan-ikan air tawar direnung.


“Nak makan ikan keli ke?”


“Tak.” Dia menggeleng sebelum gerai tersebut dihampiri. “Pak cik, tumpang tanya.


Pemilik gerai itu tersenyum mesra. “Tanya apa?”


“Ni ular apa? Tak berbisa ke?” Soalnya.Bekas besar segi empat warna bisu muda yang terletak di sebeleh bekas yang mengandungi ikan keli menjadi santapan pandangan.


“Haaaah!!!????” Serentak peniaga itu dan Aqilah tercengang. Dua-dua tepat merenung tepat ke muka Amar sebelum tawa besar tercetus dua saat kemudian.


“Amar, takkan awak tak pernah tengok haiwan ni kut before?” Tanya Aqilah perlahan ditelinga Amar. Tawanya masih bersisa.


“Pernah. Ni ular kan?” Amar masih dengan muka blur dia.


“Adik, ini bukan ular.” Si pemilik gerai mencelah. Bahunya masih terhinjut-hinjut mengawal tawa. Kalau ikutkan hati mahu saja dia gelak tergolek-golek sampai ke hujung pasar. Punyala geli hati dengan pelanggan yang sorang itu.


“Habis tu?”


“Belut.”


“Belut?” Amar pandang Aqilah.


“A’ah, belut.”


“Boleh makan ke?”


“Boleh la. Kalau tak, orang tak jual. Nak try?”


Amar menggeleng laju. “Tanak. Tanak. ” Sungguh-sungguh dia menjawab. Macam tak lepas je tekak ni nak telan haiwan yang satu ni. “Terima kasi, pak cik” Ucap Amar sebelum menarik lengan Aqilah berlalu dari situ. Kalut-kalut dia berjalan menyusuri timbunan manusia. Malu jangan cakap la. Memang sangat tebal sekarang ni. Asal aku gatal pergi tanya pak cik tu tadi? And asal pulak aku tak pernah tau pasal belut before? Ni mesti kes tak habis study pasal hidupan air. Tak pasal-pasal kena gelak sakan. Hampeh betul!

Dia menoleh ke kiri bila terasa getaran dilengan Aqilah. Lorh... Tak habis gelak lagi ke? Cukup-cukup la tu. Orang betul-betul tak tau pasal belut tu. Jangan la gelak. Tak baik betul la macam ni.” Amar merengus tak puas hati. Muka sudah cemberut. Geram pulak bila Aqilah mentertawakan tentang kejahilan dia.


Sorry. Tak boleh control.” Tersekat-sekat suara Aqilah. Ketawa bersambung lagi.


“Okey, lima minit untuk stop laughing.”


Sedaya upaya Aqilah cuba mematikan tawanya bila nada Amar sudah berubah tegas. Wajah masih mencuka. Tiada senyuman diwajah itu. “Okey, okey. Dah habis gelak.”


“Sambung jalan.” Arah Amar.


“Eh, kejap nak tanya.”


Amar yang ingin mengorak langkah dihalang.


“Apa?”


“Sumpah awak tak pernah tau pasal kewujudan belut?”


Still dalam topik yang sama?”


Angguk. “Nak kepastian je.”


Amar tarik nafas. Tangan kanan diangkat. “Sumpah saya tak pernah tau pasal belut.”


“Atuk tak pernah tunjukkan gambar belut dekat awak?”


“Nope.”


“Tak apa. Nanti ikut saya pergi tadika, ye. Join students saya belajar pasal belut. Tak pun balik karang kita search internet, ye?” Aqilah kasi cadangan. Dia mengetap bibir kuat bila aura ketawa bertandang lagi.


“Sindir, eh?” Amar peluk tubuh. Dia merengus lagi.


Ketawa dihembur lagi. “Amar, cuba toleh kiri.” Pinta Aqilah bila perasaan ingin meyakat Amar masih membuak-buak.


“Kenapa?” Soal Amar. Permintaan Aqilah dituruti.


“Nampak tak ada apa kat dalam besen putih tu?”


“Yang mana?”


“Benda warna hitam ada cengkerang yang bertimbun kat dalam besen tu la.”


“Oh, yang tu. Kenapa?”


“Yang bercengkerang tu awak kenal tak?”


Amar tarik muka bengang. “Agak-agak la. Baik tak payah hidup kalau kerang pun tak kenal.” Kata Amar sebelum berlalu pergi meninggalkan Aqilah yang sudah kembali menyambung tawa.


First time aku jumpa orang yang tak kenal belut. Suami sendiri pulak tu. Adeh!”

**************************************************

Hope hepy reading.. =)

41 comments:

  1. hahaha..amar u r so sweet...!!
    neway thx 4 da new n3..

    ReplyDelete
  2. hihihihi....
    lawak la Amar nie...
    nmpk sngt bandarnya...

    ReplyDelete
  3. hahahaha,,,,
    comey je diorg g pasar,,,
    n amar xkenal belut,,,??
    hahaahah,,,,
    kelakar nyer,,,,

    p/s:wei,,,nice n3,,,ak bce ni after ak siap report ak tau,,,gile lme ak tgu n3 bru,,,n its very berbaloi,,,

    ReplyDelete
  4. Nice...and funny

    ReplyDelete
  5. salam...
    lama tunggu smbungan cite ni...
    huhu....
    lawaklah amar ni..

    ReplyDelete
  6. hahahaha.......... lawak..........lawak............ lawak..........suke.......suke.....suke.....
    nak lagi.......nak lagi......nak lagi....
    erk.... terover la plak hehehehe... sukernyerrrr.............. bravo.....

    ReplyDelete
  7. yep...org pertama yg baca...kelakar n best...cepat sambung nyer...

    ReplyDelete
  8. kelakar...cepat sambung ye...

    ReplyDelete
  9. kekekekeke
    comey aja amar
    hahaha

    ReplyDelete
  10. lawaknyer..ada ke ptt belut pun xknl?
    mmg sadis n jahil tul la..
    tp cm kiut je amar n qilah..
    sweet je..
    lm dh tgu entry BADSD,last2 kuar jgk..
    keep it up yer story teller..
    will alwayz waiting 4 new entry..

    ReplyDelete
  11. haha...
    ular ape ni??
    comey la amar ni...
    mcm bdk2 soklan die

    ReplyDelete
  12. gler r part niyh... mmg bez gler..
    kluar air mate ktawe bnyk2...
    ammar niyh funny r... hahahah..
    anywhere...gud job cik writer..

    ReplyDelete
  13. gler r part niyh... mmg bez gler..
    kluar air mate ktawe bnyk2...
    ammar niyh funny r... hahahah..
    anywhere...gud job cik writer..

    ReplyDelete
  14. adehhhh....lawakkknya....
    dh hbis bc pun sy duk tersengih lg teringat bab ni....
    comel plak amar dlm bab ni...
    sukerrnya.... =)

    ReplyDelete
  15. hahha...
    sengal amar..
    adeehh..
    apakah?
    lawak2..

    so sweet..

    ReplyDelete
  16. heeee . dahsyatt uhh .

    ReplyDelete
  17. comel je dorang nie
    adoiii.best2
    haha.belut pon tak kenal
    -na'dz

    ReplyDelete
  18. aiseyh amar..
    amar...bnyk
    s0ngeh t0l..
    hahaah =)

    ReplyDelete
  19. belut itu ular...
    ya..statement yang sangat luar alam..
    what a world la amar ni...=D
    but sooooo sweet g pasar sama2=D

    ReplyDelete
  20. hahaha gilo lawak lah si amar ni..naseb hangla aqilah..waawa

    ReplyDelete
  21. haha..
    kelakar btol r..
    tergelak-gelak sesorang dpn komputer..
    mejur tak jatuh terguling..
    hehe..

    ReplyDelete
  22. hahaha..
    klakar lh..
    bez2..
    next n3..
    klakarlah dgn amar 2..
    BELUT pn x knl???
    hahahahha..

    ReplyDelete
  23. hahhaha
    biar betik x knal belut..
    klo blangkas ke..okey gk..
    hua3!!!
    amar..,amar..
    kui3

    ReplyDelete
  24. hahahahaaha....
    lawak2....smbg lg cpt2 ek..

    ReplyDelete
  25. ahaks....
    so funny la si amar ni...
    belut pn x kenal...
    hehehe....
    zarith, nk lg...!!!!!

    ReplyDelete
  26. adehhhh...
    pnye la blur amar nie..

    ReplyDelete
  27. ahahahaha...lawak la.best2.teruskan menulis,update cecepat sket ek.

    ReplyDelete
  28. so sweet...........nak lagi.................

    ReplyDelete
  29. aduhai..
    memang haru la c amar nih..

    ReplyDelete
  30. hahahaha..
    gila merepek la Amar nih..
    belut pun dia tak knal..

    ReplyDelete
  31. kelako.hahaha...mengingatkan aku pada memori aku lak. bkn first time pegi pasar tani, tapi first time nak beli barang dapur lah. aku mtk nak beli cili kering 1kilo kat pakcik yang jual cili kering. bulat mata pakcik tu pandang aku. tanya aku nak wat kenduri ke apa. ye la time tu aku baru form 2 kot or form 3. kecik lagi. aku cakap la wat makan biasa je dia pun gan baik hati cakap klo makan biasa beli 2inggit pun dah cukup. sekilo tu cam 1 plastik besar. slamat lom beli. hehehe.. mmg mengundang kenangan la citer kali ni.

    ReplyDelete
  32. yeay!zarith dh smbung..comey nye amar!!!nakal qilah usik hubby dye cmtu..hikhik..suke3!

    ReplyDelete
  33. kelaka giler la n3 kali nie..hehehe..belut oh belut....ade gak org cam amar ni kan..heheeh..best la..terhibur sgt..

    ReplyDelete
  34. shomel...

    terkejt my rumet..
    saya tibe2 gelak guling2 bila baca part belut tu...
    aduh...
    sakit perut...

    ReplyDelete
  35. argghh giler nye amar..sume bnde dia xtau kot..sbar je lh qilah dpt laki cmnii.aku ni mask kurang lh p stakat bnde2 cm2 alhamdulillah tau lg..klu dpt laki cmni naya lh..

    ReplyDelete
  36. hahahaa.. siyes x tipu amar sangat2 klakar..
    memang sian la bila orang x pernah g pasar n g... sure jadi cam tu la.. sume bende pun nak tanye n beli ikut suka hati je.. hahaha... :))...
    anyway, cite ni memang best n hope happy ending to both of them...

    memgarang tu jgn lame2 sangat taw, x sabar nak taw pe lagi gelagat amar yang klakar + kepeningan qilah melayan suami yang x faham tentang kehidupan slain kerja... :)

    ReplyDelete
  37. giler lawak....
    mase bace n3 nie mmg nk gelak guling2 dh...

    ade gak m'sia mcm 2 yg still x knl belut...
    bdk tadika pun tau nk gelikn kat belut 2...

    mmg x bleh blar ar amar nie...

    anyway kak zarith...
    mmg superverb ar citer nie...
    rindu sgt ngan citer nie...

    ReplyDelete
  38. subhanallah...lucu nya^_^...hehe..suka sangt kalo suami isteri bercinta pas kawin...cinta halal tu dan romantik...baru best...hope dpt bercinta pas kawin gak..heheh

    ReplyDelete
  39. you make me laugh from the start till the end! =)

    ReplyDelete

toucholic

toucholic

Hot N Cold

Hot N Cold
Apa yang terjadi bila air panas bertemu dengan ais cube?

sweet sours

sweet sours
friendship is a sweet relationship

Bila Amar Dah Suka Dia

Bila Amar Dah Suka Dia
Inilah jadinya bila Amar dah jatuh chenta