Chill Out ~~ ^_* (kalau tak suka lagu boleh stop kt atas ni)

new updated!


new n3 :-)

# Hot And Cold (Bab 5)
# Hot And Cold (Bab 4)
# Hot And Cold (Bab 3)

* my new email (YM, FB) :"carl_aryana89@yahoo.com"

(^__^)

(^__^)

Kalaulah Hot n Cold dapat peluang ke untuk ke versi cetak.. apa kata kalian?

Wednesday, July 21, 2010

TOUCHOLIC 5

“PA, tak pergi lagi ke? Dah pukul berapa ni?” Izzat yang baru muncul di ruang tamu menyapa Carl sebelum ruang kosong di sebelah papanya diduduk. Akhbar Metro di atas meja dicapai lalu diselak.


“Sepatutnya dah kena pergi dah ni. Tapi ibu kamu still tak keluar bilik lagi sejak tadi. Bersolek sakan kut tu.” Balas Carl. Mata menghala pada Berita Bernama yang tertayang di televisyen.


Izzat koyak senyum segaris. “Entah-entah ibu tengah lilit tudung macam Bienda tak?”


Tekaan Izzat mengundang tawa Carl. “Logik jugak tu. Kalau pakai tudung biasa je lima minit dah siap.” Mug ditangan dibawa ke bibir. Air kopi dihirup kesekian kali. “Orang perempuan memang macam ni la... Kalau nak pergi mana-mana, diorang mesti lambat.” Sambungnya lagi.


“Orang perempuan...” Ulang Izzat sambil tersengih. “Wawa pun perempuan, pa. Tapi tak ada pun bersolek lama macam perempuan lain. Along rasa kalau nak pergi mana-mana dia orang pertama yang siap dulu. Papa dengan Along pun kalah. Dia dulu yang lompat masuk kereta tunggu orang.”


“Mana tak cepat kalau setakat tukar baju dengan seluar then terus sarung tudung je. Tak ada nak touch up bedak atau lips balm ke apa. Bila ditegur je dia mesti jawab...” Aryana yang baru menampakkan diri mencelah tiba-tiba. Lekatan kerongsang pada tudung yang diselit pada bahu dikemaskan lagi.


“Angah kan natural and simple, bu. So... biasa-biasa sudah.” Serentak Carl dan Izzat mengejek ayat biasa yang dilontar oleh Najwa sebelum kedua-duanya ketawa. Faham benar dengan telatah gadis kesayangan mereka itu.


“Tahu takpe. Geram betul ibu dengan budak sorang tu.” Adu Aryana tentang sikap Najwa yang kadang-kadang boleh menimbulkan rasa tidak senang.


Ada anak dua orang je. Kembar tapi perangai langsung ketara berbeza. Sorang tak payah nak serabut... tenang je macam bapak dia. Tapi kadang-kadang tu boleh naik gila jugak kalau bila ditanya berat mulut nak jawab. Masih boleh dikawal. Dengar cakap jugak. Yang sorang lagi memang kena serabut bila tiba masanya dia buat perangai. Ya Allah... boleh semput jugak sekali-sekala dengan si bongsu tu. Kalau langit , langit la kata dia. Kalau bumi, bumi la jugak. Jangan siapa-siapa berani ubah. “Suka sangat ikut kepala degil dia tu.” Tambah Aryana lagi.


Duplicate sape?” Perlahan Carl menyelit. Dia berdiri mencapai songkok yang berada atas meja lalu diletakkan di atas kepala.


“Apa, bang?” Carl direnung tajam. “Sindir Yana ke?” Sindiran Carl jelas menusuk corong telinga.


Nope. Abang tak cakap pun Angah tu duplicate Yana.” Carl cuba menafikan niat yang sebenar. Padahal memang soalan tadi berupa sindiran yang ditujukan kepada Aryana.


“Heleh. Ingat Yana budak umur tiga tahun ke yang tak faham kalau kena sindir?” Muncung sudah pandang ke depan. Carl dijeling geram.


“Cantiknya jeling macam tu. Jeling lagi... jeling lagi.” Carl masih giat menyakat. Sengaja ingin menjemput keberangan wanita itu.


“Yela, bu. Cantik la ibu jeling macam tadi. Buat lagi sekali. Along nak tengok. Suka pulak.” Izzat ikut masuk line. Dia menyengih lebar bila Aryana menjegilkan mata kepadanya. “Cool la,bu. Along dengan papa gurau je. Tamau la sensitif.” Pujuk Izzat pula bila melihat muncung Aryana masih belum hilang.


“Kamu dua beranak sama je. Bila time virus bajet cool hilang macam ni la jadinya. Berpakat bukan main kenakan orang. Tu cuba virus alah tu datang, mahunya bisu memanjang. Ada depan mata pun macam tak ada je.” Bidas Aryana geram. Telinga Carl dan Izzat dipiat serentak.


“Bu, need my help?” Najwa menonong laju mendapatkan tiga insan itu.


“Hah! Ni lagi sorang. Baru nampak bayang. Dah terbakar ke broadband kamu tu? Ke laptop dah meletup? Kerja dia 24/7 online je. Tak ada kerja lain. Bila mintak tolong buat kerja rumah seribu satu alasan yang kamu kasi. Busy la. Assignment berguni-guni. Projek tak habis-habis. Nak draw itu ini. Macam-macam lagi la. Tak larat ibu nak sebut semua. Ey, Angah... Awak dah dua puluh tahun, tau. Bukannya budak sekolah rendah lagi yang nak ngelat semedang dari buat kerja rumah.” Dush! Dush! Bertubi-tubi peluru yang ditembak tepat-tepat pada muka Najwa. Aryana menggosok dada. Tetiba rasa semput bila cakap tanpa menggunakan brek.


Senyuman ceria terus lesap. Dia berdiri tegak macam tiang bendera di hadapan ibunya. Muka jelas nampak tersentak ya amat. Mana tak terkejut, tiba-tiba je kena tembak bertalu-talu. Siap dengan bercekak pinggang lagi tu. Automatik la dia mute. “ I..iii..buuu...”


“Apa? Apa? Nak deny apa yang ibu cakap? Tak betul, eh? Ada je dia nak menjawab kalau kena lecture.” Sekali lagi Najwa dihentam.


“Pa... Along, wrong timing ke?” Pandangan sayu terarah pada dua wajah di sebelah. Najwa muka pucat. Seram jugak bila dah kena marah sampai macam ni.


“Yes you’re, dear.” Dua suara bergabung dengan tiga kali anggukan. Masing-masing tayang muka simpati.


“Yana, dah la tu. Jom gerak. Dah lambat ni.” Carl cepat-cepat bertindak sebelum Aryana menyambung bebelan. Isteri aku ni kalau dah hangin, tak payah cakap la. Semua orang dah tau kan macam mana kan? “Angah go to your room. Settle your work.”


“Done. Semua kerja Angah dah siap. Jawab Najwa. Senyuman kini kembali. Bila kerja dah habis, hati pun senang kan? Now, it’s time to tournament. Dia menghampiri Izzat. Bahu abangnya itu dicuit. “Bro, let’s go to the heaven.”


Basketball lagi la tu.” Suara tegas Aryana mematikan senyuman Najwa. “Semua kerja dah habis ke?”


“Dah.”


“Esok ada kuiz?”


Nope. Semalam dah buat.”


“Test?”


Geleng. “I’m free.” Dia menjerit suka.


Good. Kalau macam tu pergi tukar baju. Pakai baju kurung yang nenek hadiahkan last raya.” Senafas Aryana memberi arahan


“Eh? Main basketball tak sesuai la bu pakai baju kurung.”


“Ibu tak cakap pun suruh pun kamu pakai baju kurung untuk main basketball.”


Kening Najwa bercamtum. “Habis tu?”


Both of you wajib ikut papa dengan ibu pergi rumah Uncle Man malam ni.”


Izzat dengan Najwa saling berpandangan. Tersentak dengan permintaan ibu mereka yang langsung tak diduga.


Tanak la, bu. Malas la nak pergi.Bosan je nanti. Dekat sana Angah tak ada kawan.” Tolak Najwa yang sudah berubah riak. Ni yang malas ni. Ibu ni macam tak tahu je yang aku tak suka attend majlis macam tu. Baru cadang nak kalahkan Along malam ni. Ibu pulak potong line. Spoil betul la.


Makin besar jegilan Aryana terhadap Najwa. Cekakan pada pinggang pun makin kejap. “Izzati Najwa, kamu nak jadi apa, ha? Kalau ada kenduri-kendara mesti nak ngelat. Mesti ada saja excuse. Look, kalau macam ni la perangai kamu, kenduri kahwin kamu nanti orang tak datang. Tak nak datang. Nak ke macam tu?”


“Tak kisah kalau diorang tanak datang pun, bu. Angah ada Along, papa, kawan-kawan ibu dengan papa, atuk, nenek, tokma, tokpa, Uncle Wan, Uncle Subkhi, Uncle Iz, Auntie Carla, kawan-kawan Angah dengan Along pun ramai. Lepas tu ada...”


“Eh Najwa! Menjawab eh. Sikit ibu cakap, berdozen-dozen kamu balas!”


Gulpp! Ibu dah jadi Hulk lorh. Air liur ditelan dua kali. “Bu, Angah tanak pergi la. Please... Karang mesti balik lambat. Esok kelas pagi. Tak pasal-pasal liat pulak nak bangun. Lepas tu mula la ibu kata bila kejut Angah rasa macam nak hentak kepala dekat dinding seratus kali sebab Angah tak bergerak langsung. Kukuh tak alasan Angah, bu?” Soalnya sambil memandang tepat ke mata Aryana.


Diam seketika sebelum menggeleng. “Kamu ni memang melampau.” Pipi Najwa ditarik-tarik. Aryana sudah mampu tersenyum bila hati panas sudah mulai sejuk. Termakan jugak dengan kata-kata Najwa. Ada betulnya apa yang budak ni cakap. “Okay, this time ibu let you go. Tapi next time...”


“Ibu will let me go again…again and again, right?” Pintas Najwa seraya tersengih nakal.


Carl dengan Izzat sejak tadi hanya bertindak sebagai pemerhati. Sesekali dua beranak itu tersenyum lebar dengan kata-kata yang dilontar oleh Najwa. Dengan budak sorang ni, sesiapa pun takkan menang punya la.


“Heh! Jangan harap.” Pandangan ditala pula ke arah Izzat. ”Along tanak pergi jugak?”


Sorry, bu. Along ada test esok. Killer subject.”


“Kalau macam tu, ibu pergi berdua dengan papa je la. Kamu duduk rumah baik-baik. Jangan gaduh-gaduh. Najwa, dengar tak Along cakap ada test esok? Killer subject pulak tu.”


“Dengar, bu. So…?”


Don’t disturb your Along. Kalau nak main sangat basketball tu main sorang-sorang.”


“Sorang-sorang?” Mata Najwa membulat. Muncung ditarik keluar. “ Tak rasa heaven langsung kalau main sorang-sorang.”


“Kalau macam tu main game lain. Tak pun pergi layan cerita korea kamu yang berlambak-lambak tu.”


“Angah tak ada mood nak tengok cerita la, bu. Mood Angah sekarang ni mood nak main. Main something. Tapi nak main apa?”


“Along tau.” Izzat menyampuk. Dia tunduk menarik sesuatu keluar dari bawah sofa. “Main la benda ni.”


Najwa tayang muka bosan. “Main congkak? Itu game untuk dua orang.” Pandangan dipaku pada papan congkak yang dipegang Izzat.


“Apa susah. Main sorang-sorang best apa. Kalau sebelah sini mati, main pulak yang sebelah lagi. Then macam tu la sebaliknya.”


Izzat direnung macam nak telan. “Tak ada idea yang bijak sikit ke, Along?”


Serentak Aryana, Carl dan Izzat ketawa.


Ketawa Aryana mati bila matanya tertacap pada pergelangan tangan kiri Najwa yang kosong. “Angah, mana rantai tangan?”


“Ni…” Tangan diangkat. Hah!? Terpempam hebat dia bila mendapati pergelangannya kosong. Mana pergi rantai tangan aku? Bila masa tercicir pulak ni? Mati kau, Wawa. Mati.


“Mana?”


“Aa… err… Ada dekat dalam bilik.” Bohong Najwa dengan riak muka yang cuba dikawal.


“Kan ibu dah pesan jangan tanggalkan.”


Perah otak, Wawa. Cari alasan. Cari yang logik sikit. “Tadi tangan Angah gatal-gatal. Sebab tu Angah tanggalkan. Sekejap je bu. Karang Angah pakai balik.” Ampun ibu, Angah tipu. Sambungnya dalam hati.


“Lepas ni pakai balik. Kalau Angah hilangkan rantai tangan tu, kena dengan ibu.” Gertak Aryana dengan muka tegas.


“Angah takkan hilangkan punya. Sayang gila tu.” Sungguh-sungguh dia berkata.


“Dah habis berborak ke?” Carl bersuara sambil merenung Aryana dan Najwa silih berganti. “Kita dah lewat banyak ni. Nak tunggu orang tidur dulu ke baru nak pergi, Puan Aryana?”


“Yela-yela. Dah siap ni. Jom.Jom.” Ujar Aryana kalu-kalut. Dahi Izzat dan Najwa dicium. “Ibu pergi dulu.”


“Okey, bu.” Jawab kedua-duanya serentak.


Carl ikut melakukan perkara yang sama. Take care, kids. Jangan gaduh-gaduh.”


Orait, pa”


“Along, study elok-elok. And Angah…”


“Don’t disturb your Along.” Sambung Najwa sendiri sebelum mencebik. “ Tahu dah apa yang bakal keluar dari bibir ibu.”


Ey budak ni…”


Yana, jom.” Laju Carl menarik lengan isterinya itu bila Aryana menghulur tangan untuk menarik telinga anak gadis mereka.


“Ingat apa yang ibu pesan. Kalau nak makan, ibu dah siapkan dekat atas meja dapur. Tak perlu tunggu kitorang balik. Ibu ada bawak kunci rumah. Jangan tidur lambat.Along study jangan push sangat. Angah jangan leka duk menghadap lappy je. Kang tak pasal-pasal meletup laptop tu. Online je semedang.” Sambil sandal pun sempat lagi Aryana berpesan.


“Ye, ibu. Along dengan Angah sedia menurut perintah.” Balas si kembar dengan muka straight.


***


SETELAH enjin kereta Carl tidak kendengaran lagi, dia terus meluru masuk ke dalam bilik. Berkali-kali mata melilau ke seluruh bilik. Tak jumpa. Jenguk bawah katil pun tak nampak. Semua bantal dilempar ke lantai. Cadar katil ditanggal kasar. Tak jumpa lagi. Dia melompat turun menuju ke meja study. Buku-buku atas meja ditarik satu persatu. Gagal lagi! Kini rak buku pula yang menjadi sasaran. Tiga kali pemeriksaan dilakukan terhadap rak itu namun benda yang dicari belum kelihatan. Najwa cemas nak mati sekarang ni. Dah tak boleh fikir apa lagi dah. Rantai tangan je yang hilang tapi rasa macam nyawa sendiri yang melayang.


“Subhanallah!” Izzat terpacak di permukaan pintu. Rupa bilik Najwa dah gaya macam puting beliung baru datang bertandang. Selerak ya amat! “Apehal dah gaya macam orang hilang akal ni? What’s wrong?”


Pantas dia menerpa Izzat. Tubuh abangnya digoncang-goncang. “Along, I’m dead!”


“Asal? Relax. Jangan gelabah macam ni.Cakap kat Along, apa yang berlaku?”


“I lost my bracelet.”


“Pardon?” Izzat nampak terkejut.


“Along, macam mana ni? Special present dari mama tu time birthday kita last year. Sayang gila tu.”


“Bila hilang?”


Tatau. Orang sedar hilang pun bila mama tanya tadi.”


“Dah cari betul-betul?”


“Dalam bilik dah. Kat luar belum.”


Okay, jom cari kat luar.”


***


HAMPIR satu jam proses pencarian dijalankan, siap dengan pusing satu rumah luar dam lima belas kali lagi tu pun masih belum jumpa.


Izzat menghempaskan tubuh atas sofa. “Along surrender.” Ujarnya sambil termengah-mengah.


“Me too.” Najwa duduk di sebelah Izzat. Muka nampak pucat.


“Hilang dekat tempat lain kut.”


“I think so.”


“Macam mana?”


“Sedih la. Boleh pulak tanya.”


“Tau la sedih. Maksud Along macam mana nak settle? Nak berdepan dengan ibu?”


“Orang bukan takut nak berdepan dengan ibu. Orang sedih benda yang orang sayang dah hilang.” Suara Najwa sudah berubah nada.


“Esok kita pergi buat yang baru.” Cadang Izzat.


“Tapi tak sama.”


Kepala Najwa disentuh lembut. “Along faham. Jangan sedih la. Esok kita try cari dekat U. Mana tau kut-kut tercicir dekat sana.”


“Kalau betul pun tercicir dekat U, confirm hilang punya. Takkan orang nak tengok saja kut? Mesti takkan jumpa.”


“Tak semua orang tak baik, Angah. Kita try cari dulu. Kalau ada rezeki, jumpa la tu. InsyaAllah.” Pujuk Izzat cuba menenangkan kegelisahan Najwa.


“I hope so.” Najwa membalas lemah.


“Nak ke mana?” Soal Izzat bila Najwa berdiri berkira ingin berlalu dari situ.


“Masuk bilik... tidur!”


“Good!”

**************************************

hope hepy reading... =)

12 comments:

  1. cari2...tapi xkn jumpe kalau x cari kt si razin tu...huhuhu...

    ReplyDelete
  2. sweet!!!!!
    bez sgt....

    ReplyDelete
  3. urmm..urmmm..org first ke?haha
    sgt best fmly ni..sgt hepi..n sgt riuh..cm fmly murai wlaupun hanye de 2 makhluk yg menyumbg ke arah kebisingan tersebut.mk ngan ank 2,2mulut cm machine gun.haha..
    bermulala episod wawa,razin n the bracelet (^_^)v
    chaiyook

    ReplyDelete
  4. mintak2 la jumpa gelang tu
    huhuhu

    ReplyDelete
  5. bezzzzzzzzzzzzzzzzz...
    nk agiey..
    klakar r wawa 2..

    ReplyDelete
  6. klau boleh upload slalu cite nie... citer nie menarik sgt

    ReplyDelete
  7. hurrm dah hilang dah... kalau mama najwa tau.. habis la dia.. kena bebel sampai x bergerak hehehe

    ReplyDelete
  8. nakal je dua beradik ni..
    mesti org itu yang jumpa..

    ReplyDelete
  9. hehe..
    padahal gelang tu ade kat seseorg..

    ReplyDelete
  10. mama ka ibu?????

    ReplyDelete
  11. x book kn ntuk nvel ka citer nih???

    ReplyDelete

toucholic

toucholic

Hot N Cold

Hot N Cold
Apa yang terjadi bila air panas bertemu dengan ais cube?

sweet sours

sweet sours
friendship is a sweet relationship

Bila Amar Dah Suka Dia

Bila Amar Dah Suka Dia
Inilah jadinya bila Amar dah jatuh chenta