Chill Out ~~ ^_* (kalau tak suka lagu boleh stop kt atas ni)

new updated!


new n3 :-)

# Hot And Cold (Bab 5)
# Hot And Cold (Bab 4)
# Hot And Cold (Bab 3)

* my new email (YM, FB) :"carl_aryana89@yahoo.com"

(^__^)

(^__^)

Kalaulah Hot n Cold dapat peluang ke untuk ke versi cetak.. apa kata kalian?

Wednesday, July 28, 2010

TOUCHOLIC 6

“YAN, pukul berapa sekarang?” Jerit Irdini dari arah dapur.


Izyan yang sedang leka menaip assignment merenung sekilas pada jam yang tertera di toolbars laptopnya. “Lima minit lagi pukul sembilan. Kau masak maggi ke kacau dodol dekat dapur tu, Nini? Setengah jam dah ni takkan maggi kau tak kembang-kembang lagi?” Soalan Izyan berbaur sindiran.


“Kau perli aku ke? Karang aku telan maggi ni sorang-sorang kau jangan tanya kenapa.” Balas Irdini. Maggi yang sudah masak ditutup api. Kepulan asap yang keluar dari periuk dihidu. “Yummy... yummy...” Dua mangkuk dicapai dari rak dan disusun atas meja. Periuk maggi tadi diangkat dan isinya dibahagi ke dalam dua mangkuk itu. Kemudian dia mengambil enam batang cili padi lalu dipotong kecil.


“Aku tanak cili padi!” Pekik Izyan bila terdengar bunyi pisau. Tak perlu tanya apa yang sedang dipotong oleh Irdini pun dia sudah tahu. Kalau dah gaya potong macam chef profesional tu memang cili la. Itu je pun ’benda’ yang dia pandai potong laju-laju. Cuba bagi lobak merah ke, ubi kentang ke, bawang besar ke... heh! Mahunya terkial-kial dia nak potong. Lambat macam kopek kelapa je. Izyan mengutuk dalam hati. Dia tersengih sendiri.


“Letak satu boleh? Satu je bukannya pedas pun.” Ini sudah masuk kali yang ke berapa ratus pun tak tahu la dia cuba memujuk temannya itu untuk belajar merasai kenikmatan cili padi. Namun masih lagi belum berjaya.

Sejak mengenali Izyan, memang dia sudah dimaklumkan dengan ’ketidaksukaan’ gadis Kuala Kangsar itu. Izyan sangat tidak boleh ngam dengan cili padi. Kalau cili merah, cili kering atau black paper tu dia tarak hal. Boleh pulak dia makan. Disuruh gigit mentah-mentah pun dia sanggup.Tapi kalau dengan cili padi... heh! Tersesat sehiris dalam makanan dia pun, minah tu terus hilang selera.


“Tak boleh!!!” Bergema satu rumah dengan pekikan lantang itu.


Irdini tergelak kuat. Dia menabur hirisan cili ke atas magginya. Lima minit kemudian dia keluar dari dapur menuju ke ruang tamu sambil menatang dua mangkuk. “Siap already.” Ujarnya dengan senyuman megah. Megah bila hasil masakannya malam ini sedap. Maggi pun tak kembang sangat. Serbuk kari dia pun terasa. Tak ada la tawar atau terlebih masin macam kebiasaannya.


“Kejap. Two lines to go.” Laju Izyan menekan keyboard untuk mengenakan sentuhan terakhir pada tugasannya. “Air?” Soalnya setelah kerjanya selesai. Dia berpusing menghadap meja jepun yang sudah dihuni oleh Irdini.


“Air putih je.”


“Air putih je?”


“Jaga kesihatan. Jaga kulit. Jaga muka.”


“Ceits! Kau sorang dah la nak jaga semua tu. Hidup tak heaven langsung!” Bentak Izyan sebelum mengangkat punggung berlalu ke dapur. Dalam otak sudah terbayang segelas besar nescafe ais. Ya Allah! Sedap giler!


Irdini hanya mencebik. Suka hati kau la, Yan. Aku kasi petua untuk awek muda tak ambik pusing langsung. Suapan maggi ke dalam mulut diteruskan. Berselera betul dia malam ni. Nak nak lagi bila kerapuhan cili padi yang digigit. Sumpah, sedap…


“Wei, sejak bila kos kita kena belajar pasal law?” Izyan yang kembali semula bersama gelas besar yang berisi nescafe ais melontarkan soalan. Dia duduk menghadap Irdini.


“Law?” Irdini pandang Izyan. Dia buat muka tak faham.


“Tuuu...” muncung dipanjangkan ke arah sofa yang ditimbun dengan buku-buku Irdini.


Dia mengalih pandangan ke arah yang dimaksudkan. Kening berkerut sebaik saja pandangan terpaku pada sebuah buku yang jelas bukan milik dia. Pantas dia menghulurkan tangan mencapai buku tersebut. " Constitutional Law in Malaysia and Singapore" Bertambah hairan bila tajuk buku itu dibaca. “This is not mine.”


“Dah tu? Yang siapa? Dalam rumah ni kita dua je yang tinggal. Yang pasti itu bukan buku aku.” Izyan mencelah. Suapannya diteruskan.


Dia membelek lagi isi kandungan buku itu. Mencari nama si empunya. Biasanya orang tulis nama dekat kulit buku sebelah dalam kan? “E-jat.” Sebutnya perlahan bila satu perkataan itu yang tertulis.


“ Who’s E-jat?”


Irdini angkat bahu tanda tak tahu.


“One of your collections?”


Izyan yang tersengih direnung macam nak telan. “Collections? Kau ingat hobi aku kumpul lelaki macam kumpul setem ke? Collections hapanya! Tenyeh cili padi ni karang. Padan muka!”


Hahaha. Gadis itu pecah tawa. “Kau kan ada banyak balak. So, tak salah kan kalau aku kata collections?”


“Kau cakap lagi, memang terpelanting la cili ni kat mulut ka, Yan!” Gertak Irdini bersama jelingan tajam. “Aku tak pernah kenal dengan budak nama E-jat before.”


Cuba kau fikir betul-betul mana kau rembat buku tu.”


“Entah. Mana aku tau. Bila masa ada dekat atas sofa tu pun aku tak tau.”


“Pagi tadi tadi aku tak nampak lagi. Masa balik kelas tadi aku nampak kau pegang. Nak tanya tapi entah asal boleh terlupa pulak. Lepas tu masa taip assignment tadi baru aku teringat nak tanya bila nampak buku ni dekat tempat kau.” Terang Izyan agak panjang lebar. Maggi di dalam pinggan sudah mulai kurang. “Tanak makan ke wei? Karang terlebih kembang kau tak lalu pulak.”


Teguran Izyan pasal maggi tak diambil pusing. Otaknya ligat berputar ke belakang. Mencari jawapan kepada soalannya. Mana datangnya buku ni? Siapa E-jat? Sel-sel otak dipaksa bekerja keras. Irdini tak puas hati bila pertanyaannya belum berjawab. “Hah! Got it!” Jeritnya setelah lima minit berlalu.


“Siapa punya?”


Kan dah tulis terang-terang E-jat punya.”


Izyan ketap gigi. Geram! Ada jugak orang yang nak kena simbah dengan kuah kari ni karang. Lurus bendul tetiba pulak dah minah ni.“Tau la. Maksud aku siapa E-jat tu?”


“Kau ingat tak tadi aku ada terlanggar sorang guy dekat U?”


Izyan diam sekejap. Berfikir dulu sebelum menjawab. “Ahaa… Dia ke E-jat? Budak law ke?”


I think so. Sebab tadi masa terlanggar dia, buku-buku aku jatuh. Dia yang tolong kutipkan untuk aku.”


“Tapi takkan dia tak perasan yang dia terkasi buku dia dekat kau.”


Maybe kitorang tertukar buku tak?” Pantas Irdini mencapai beg kuliahnya. Zip dibuka dengan kasar. Satu persatu buku dikeluarkan. “Yan, novel PS I Love You ada dekat kau ke?”


Geleng dua kali. “Kau bawak pergi kelas ke novel tu hari ni?”


“A’ah… Sah!”


“Korang tertukar buku?”


“Agaknya.”


“Nanti kau pulangkan balik buku dia. Still ingat muka dia macam mana?”


Not sure la. Tapi aku rasa kalau jumpa tu kenal la kot.”


“Nanti kita cari la budak E-jat tu dekat U.” Cadang Izyan.


“Harap sangat jumpa dia. And paling harap novel aku ada dekat dia. Nak novel aku balik.” Irdini merengek macam budak kecik. Bibir bawah dijuih. Baru je beli novel tu. Belum habis baca lagi. Uwaaa!!!


“InsyaAllah mesti dapat balik punya. Kalau tak beli baru.”


“Banyak cantik nak beli baru. Aku tak suka and tak pernah beli barang yang yang sama dua kali tau.”


Whatever. Yang penting malam ni maggi kau sedap gilerrrr…” Puji Izyan sambil menarik sengih sampai ke telinga.


“Tau. Kau tak puji pun aku tau.” Balasnya dengan senyuman bangga. Kepala ditunduk semula menghadap mangkuk maggi. “Hah? Maggi aku mana?” Terpempan hebat bila dia mendapati mangkuknya kosong. Hanya sesudu kuah je yang tinggal. Serta merta mata dipaku pada wajah Izyan yang terkulat-kulat.


“Kat dalam ni.” Jawab Izyan sambil menepuk perutnya.


Irdini menggosok dada. Nafas ditarik panjang. “Masak balik!!!”


***


DIA pusing kanan. Tak lelap. Pusing kiri pun tak boleh pejam. Sudahnya dia bangun bersandar pada kepala katil. Comforter tebal ditolak jauh ke hujung kaki. Pooh yang hampir sama besar dengan dia dicapai lalu dipeluk erat. Pooh itu dibeli oleh Carl masa umur dia tiga belas tahun masa mereka sekeluarga pergi Padang Besar ketika bercuti di Perlis.


Teringat lagi masa tu, punya la kuat dia meraung dekat kedai yang menjual barang permainan bila pooh itu terlebih dahulu dibeli oleh pelanggan lain. Yang tinggal hanya satu. Patung lain banyak la. Tapi dah itu yang dia suka. Macam mana pun dia mesti dapat! Lintang pukang jugak la kedai tu bila dia bertindak membaling segala barang-barang yang ada si situ. Tak cukup dengan tu, baju tuan kedai ditarik-tarik sampai tertanggal butang-butang. Meronta-ronta dia menyuruh tuan kedai tu pulangkan balik duit pelanggan dan mengambil semula pooh yang menjadi sasaran. Tapi berbaloi jugak segala penat lelah Najwa bila akhirnya pelanggan tersebut bersetuju untuk mengalah. Dia tersenyum megah bila pooh itu berada di dalam pelukan. Dan masih tersemat di dalam ingatan sampai ke hari ini bagaimana teruknya dia dileter dengan maha dahsyat oleh Aryana. Ibunya berleter dari Padang Besar sampai la balik ke Shah Alam tanpa henti membuatkan dia, Carl dan Izzat terpaksa membeli headphone yang boleh menutup seluruh telinga untuk menahan suara wanita itu menembusi corong telinga. Serius! Boleh bernanah telinga bila mendengar ibu anak dua itu membebel. Pheww~~


Najwa tersenyum nipis. Kelakar jugak bila peristiwa itu dikenang kembali. Bila dihitung balik sudah hampir tujuh tahun pun tapi rupa patung itu masih elok macam baru beli. Yela, hadiah papa kasi mesti la jaga baik-baik. Lagi pun, bukan senang nak dapat. Kena berusaha keras jugak ni. Muka pooh itu dikalih menghadap mukanya. Pipi benda tak bernyawa itu dipicit-picit. “Tapi, mana hilangnya hadiah ibu kasi? Pooh, mana rantai tangan aku? Kau ada nampak tak? Nampak tak? Asal kau tak jawab, hah?” Soalnya macam orang tak betul. Dua saat kemudian dia mengetuk kepala. “Bodoh punya manusia. Yang kau tanya ni patung, mana boleh jawab. Karang kalau dia jawab, mahunya kau lari peluk al-Quran.” Sambungnya lagi mengutuk diri sendiri. Kalau ada sesiapa yang nampak dia dalam keadaan macam tu, dah tentu-tentu dicop orang tak siuman.


Hampir sepuluh minit dia bergelut dengan perasaan sendiri, Najwa bangun menuju ke meja belajar. Handset dicapai. Tangan bergerak pantas memicit keypad.


+ Along.


Lapan saat kemudian mesejnya berbalas. Cepat-cepat Najwa tekan butan view.


- Yep.


+ Buat pe?


- ’m studying. Tidur?


+ Can’t lorh. X pe ar. Study baik-baik.


Handset dilempar ke sebelah. Saat ni la paling dia tak suka. Saat di mana Izzat ada test. Kuiz pun sama la. Tak suka jugak. memang tak pernah suka. Tapi musim finale exam dia sangat suka. Sebabnya Izzat dah tak study hard lagi dah. Iyela… Orang kalau dah prepared awal-awal, dekat nak exam dia dah tak perlu gelabah lagi. Cool je. Dan masa tu pulak dia yang ganti tempat Along dia. Study sampai tak tidur. Kiranya boleh sampai tahap nak muntah hijau. Mana taknya, esok nak exam malam tu baru nak cover satu semester punya modul sampai ke pagi. Nasib baik la tak gila.


“Haisyh!” Rambut yang sudah terlerai dari ikatan dipusing-pusing dengan jari. Najwa berteleku di atas katil. “Nak main basketball. Tanak main sorang-sorang. Nak Along jugak. Tapi, Along mesti tak ada masa punya nak main dengan aku. Tekun menghadap buku je. Nak kacau rasa macam jahat sangat. Aku bukan syaitan yang nak kacau manusia tengah buat baik.” Dia merungut lagi. Putaran rambut pada jari terhenti bila corus lagu Hatin’ On The Club- Rihana berkumandang. Tanda ada mesej baru masuk. Senyuman tersungging bila segaris ayat yang tertera pada skrin dibaca.


+ Come to my room.


“Hooray!!!” Tanpa menunggu sesaat pun, dia melompat turun dari katil. Langkah dibuka ke bilik Izzat yang bertentangan dengan biliknya. “Assalamualaikum.” Najwa menyapa mesra setelah pintu dikuak.


Izzat diam. Bergerak pun tak. Hanya tunduk menghadap nota-nota ringkas ditangan.


Najwa mengeluh. “Patut la tak kasi respons.” Dia berjalan menghampiri Izzat. Earphone yang terselit ketat pada lubang telinga dipandang. Kalau nak tahu macam ni lah style Izzat Naufal belajar. Kalau tak dengar muzik mesti tak masuk langsung apa benda yang dia hafal. Memang aku salute habis la dekat Along aku ni. Makin kuat volume yang dipasang makin mudah dia menghafal. Kalau aku la, boleh gila apa. Macam mana nak concentrate kalau study dan muzik dalam masa yang sama? Tabik spring la dekat sesiapa yang boleh buat. Aku memang kagum habis. Itulah anugerah yang dikurniakan oleh tuhan. Bukan senang nak dapat anugerah macam tu. Seorang dalam seribu kot yang bertuah. Tapi apa-apa pun setiap manusia dikurniakan dengan kelebihan masing-masing. So, manfaatkan lah ia ke jalan yang benar, ye. Sebelah earphone ditarik. “Orang kasi salam berdosa tak jawab.”


Izzat mulanya nampak tersentak. Tapi lepas tiga saat dia tersenyum nipis. “Waalaikumussalam. Pergi tidur atas katil Along. Karang Along kejut.”


“Ceh! Mintak datang sini sebab nak suruh tidur ke? Tak remaja langsung la Along ni.” Riak ceria Najwa berubah mendung serta-merta.


“Wa, esok Along ada test okey.” Izzat tekan perkataan test.


“Halah-halah... Orang tanak kacau. Continue your study.”


Before tu along nak tanya.”


“Apa?”


Did you see my book? Constitutional Law in Malaysia and Singapore. Yang 3rd edition punya.”


“Heh!” Najwa tersengih sinis. “Kalau Along tanya pasal buku Interior Design-Illustrated yang 2nd Edition tu orang tau la nak jawab dekat mana.”


Izzat tergelak. Sinis. “Ha. Ha. Ha. Kelakarnya…” Sempat rambut Najwa ditarik sebelum dia berpaling semula menyambung penghafalan.


Adiknya itu ketawa nakal tanpa membalas serangan abang seperi baiasa. Hormat sikit, Wa. Along tengah study tu. Dia berjalan ke arah rak buku milik Izzat. Bersusun buku-buku di situ. Dari atas sampai ke bawah, dari sebelah kanan sampai ke sebelah kiri dia menilik. Semua buku law ke? Along kental giler dengan menghadap jurusan yang dia ambik ni. Kalau aku la… awal-awal lagi dah surrender.


Sumpah aku cakap! AKU SANGAT TAK SUKA MEMBACA! Kalau novel tu lain cerita la. Sebab tu la aku ambik kos Interior Design. Tapi kos ni pun tak ada la semudah yang aku rasa. Rumit jugak kalau mai tang bab dia suruh design benda yang kadang-kadang tu susah nak masuk di akal aku ni. Mahunya mengeluh lima ratus lima puluh kali sementara nak siap. Composite Structural System, Volumetric Structural System, Planar Structural System, Interior Spaces, Spatial Dimensions, Square Spaces... eh, eh! Tanak ingat semua tu sekarang ni. Jangan ingat lagi! Selagi tak kuiz, test and final exam, selagi tu la tak payah nak susah payah nak ingat, okey! Buat serabut kepala hotak jek! Ditekankan di sini bahawa, Izzati Najwa bukan macam Izzat Naufal tau! Kitorang lain minat, lain sifat.


Najwa masih meneruskan penyiasatannya pada rak tersebut. Mana tahu dalam banyak-banyak buku undang-undang dekat sini, terselit jugak sebuah majalah DARA ke, REMAJA ke… Eh, Along aku layan majalah macam tu selama ni? Ah! Gasak la. Yang penting cuba dulu siasat. Sedang dia mencari, tetiba matanya tertacap pada sebuah buku yang asing bagi Izzat. Ye! Memang luar biasa la kalau Along aku baca… “PS I Love You?” Soalnya seraya mencuit bahu Izzat.


“Lelaki itu berpaling. “Apa?”


“One minute. Wanna steal your study time. Harus!


“Hmm.”


“Ni... Yours? Sejak bila?” Novel english itu ditayang di hadapan muka Izzat.


“That’s yours, right?”


Nope la! Orang punya dah koyak sikit dekat bahagian kulit. Lagipun ni nampak macam baru je. Haaa... Along sekarang dah pandai eh.” Ujar Najwa menyakat kembarnya. Dia tersengih nakal. “Sejak bila Along minat macam novel ni? Orang tak pernah tau pun.” Tambah Najwa lagi. Bahu Izzat disiku.


“Tu bukan Along punya la.” Kata Izzat tanpa senyum.


“Tipuuuu…” Si adik masih giat menyakat.


“Along berani sumpah bukan Along punya.” Izzat angkat tangan kanan tanda bersumpah.


Senyuman Najwa terus hilang. Riak hairan pula yang dipamer. “Dah tu siapa punya?”


“Mana Along tau. Ibu kot.”


“Takkan la ibu nak beli novel ni lagi sedangkan ibu dah dua kali baca yang orang punya.”


“Mana tau kot-kot papa yang hadiahkan.”


“Heh! Seromantik-romatik papa, tak ada la sampai nak belikan ibu novel.”


“Entah-entah papa belikan untuk bakal ibu muda tak?”


“Haisyh! Syhhh!!!” Laju mulut Izzat ditekup. Najwa pandang sekeliling. “Cakap tu pandang-pandang la. Karang kalau ibu dengar, tak pasal-pasal kita kena halau tidur atas bumbung malam ni.”


Kata-kata Najwa itu berjaya mengundang tawa Izzat. Tangan Najwa pada mulut ditarik. “Kidding je la. Papa tu setia tau. Tak adanya nak cari lain.”


“Tau takpe. Tak tau tanya.” Selamba Najwa membalas.


“Eh, main jauh-jauh la. Along nak study ni.” Izzat menolak Najwa jauh dari dia. Nota kembalik dihadap.


Najwa yang masih hairan dengan kewujudan benda asing di bilik Izzat itu menyelak satu persatu helaian demi helaian novel tersebut. Akhirnya pencariannya terhenti bila sekeping penanda buku yang terselit dipandang. Penanda buku itu diambil dan dibelek. Eh??? Sekali lagi bahu Izzat dicuit.


“Apa lagi ni, Wa?” Soal Izzat seraya mengeluh. Ada jugak rasa kesal bila menjemput adiknya datang ke bilik. Nak fokus study pun tak boleh.


“Sepuluh saat je lagi.”


“What for?”


Penanda buku tadi ditunjuk pada Izzat. “Nini ni sape?”


Erk!? Izzat muka blur. “Entah.”


***


“BEB, apehal ni?”


“Huh?” Najwa tersentak sekejap bila terasa lengannya disiku. Dia toleh kanan. “Kelas dah habis ke?”


“Dah. Prof baru je keluar. What’s wrong? Dari tadi kau macam tak ada dekat bumi je. Pergi melawat Pluto ke? Nak singgah jenguk Marikh tak?” Seloroh Anis sebelum seraya menayang lesung pipit dalam di pipi kanan. “Any prob?”


Pencil case dengan test pad dimasukkan ke dalam beg sebelum dizip laju. Dia berdiri. “Ikut aku jom?”


Anis kerut kening. “Mana?”


Tangan kiri ditunjuk betul-betuk depan muka Anis. “Look for my bracelet.”


Anis nampak terkejut. Lengan Najwa disentuh. “Birthday gift yang ibu kau kasi last year tu kan?”


Angguk.


Cemana boleh hilang? Dekat mana nak cari?”


“I’ve no idea.” Najwa mengeluh lemah. Cemana boleh hilang? Dekat mana nak cari? Agak-agak boleh jumpa balik ke tak... semua tu aku tatau nak jawab macam mana. Anis, teman aku pergi cari jom?” Ajak Najwa lagi dengan riak muka yang langsung tak ada sekelumit senyuman. Yang ada hanya resah dengan sedih je sekarang ni. Benda aku paling sayang hilang, gila hapa aku nak senyum?


“Orait! Orait! Let’s go.”


***


“WA... penat la, wei. Dah satu jam lebih kita cari tapi tak jumpa-jumpa jugak. Redha je la, eh.” Tutur Anis dengan suara tersekat-sekat. Tercungap-cungap dia bernafas. Tangan dikibar ke arah muka. Menjemput angin bertandang. Gila panas!


“Ala... Lemah betul la kau ni. Baru je cari dah penat macam merentas desa je gaya. Cari lagi la, Nis.” Pujuk Najwa. Lengan Anis ditarik mengikut langkahnya.


“Kau ingat cari rantai tangan ni macam cari fakulti ke, hah? Benda tu kecik, berharga pulak tu. Aku berani jamin takkan jumpa punya la.”


“Kau jangan nak give upkan aku, beb. Aku semangat gila nak cari ni. Tinggi harapan aku, Nis.” Balas Najwa. Dia sedar ada betul jugak lata-kata Anis itu. Namun dia masih berdegil. Ye! Rantai tangan tu mesti balik dekat aku semula!


“Wa, aku bukan tanak tolong kau cari. Kalau kau nak sampai ke malam pun aku sanggup temankan. Tapi sekarang aku kena mintak diri dulu. Dah janji dengan adik aku nak bawak dia pergi beli buku dekat MPH.” Bagitahu Anis dengan penuh kelembutan. Mengharap agar Najwa faham situasinya. Sorang kawan, sorang lagi adik. Dua-dua penting. Macam mana? Tapi aku terlebih dahulu berjanji dengan adik. So, adik la dulu perlu diutamakan. Ye tak?


Lengan Anis dileraikan. “Takpe la. Kau balik la dulu. Aku cari sendiri. Thanks, wei.”


“Kau touching ke, Wa?” Soal Anis dengan rasa bersalah.


“Manade la. Ngada-ngada hapa aku nak touching bagai? Never mind lorh. Cepat la gerak. Kesian adik kau. Lama dah dia tunggu tu.” Ikhlas Najwa bersuara. Dia faham situasi Anis ketika ini. Kalau dia pun mesti dia serba salah.


Orait. Aku chaow dulu. Karang kalau kau tak balik sampai ke malam, call aku. Aku datang teman kau cari sampai jumpa. Kita pacak khemah tidur dekat U malam ni pun takpe. Aku tak kisah. Kawan punya pasal.”


Najwa mencekak pinggang. Mencerun pandangan pada Anis. “Kau perli aku ke?”


Anis tergelak geli hati. “Gurau saja. Okey la. Gerak dulu. Aku doakan kau jumpa balik rantai tangan kau tu. Amin...” Kata Anis lagi seraya menadah tangan sebelum mengaminkan.


“Amin... Mintak-mintak masin la mulut kau.” Najwa turut mengaminkan. Dia menghantar Anis dengan pandangan. Setelah bayang gadis itu hilang dari pandangan, Najwa meneruskan pencarian.


“Excusme.”


Dia menoleh mencari empunya suara yang menegur. “Yes.” Seorang perempuan yang pada perkiraannya junior barang kali terpacak dihadapan bersama senyuman. “Cari saya?”


Gadis itu mengangguk. “Ada orang suruh sampaikan kertas ni dekat awak.” Sehelai kertas dihulur pada Najwa.


Huluran bersambut. Kertas warna kunig itu direnung. Bulat mata Najwa bila melihat gambar yang tertera di atas kertas tersebut, “Ini saya punya... eh???” Ayatnya mati bila gadis itu sudah hilang dari pandangan. Kertas tadi ditatap kembali. Ni gambar rantai tangan aku. Betul tak tipu! Sebijik! Mata dibawa bahagian bawah kertas.


ANDA KENAL DENGAN BARANG NI? INI YANG ANDA PUNYA? TAPI SUDAH HILANG BUKAN? TAKPE! JANGAN RISAU. BARANG ANDA SELAMAT BERSAMA SAYA. KALAU NAK BALIK BARANG NI SILA HUBUNGI NO YANG TERTERA. 0123456789. MULA DARI SEKARANG! KRING! KRING! HAHAHAHAHA!!!!!!!


“Makhluk pelik mana yang jumpa barang aku ni? Gaya ayat macam psiko lain macam jek! Nampak jelas macam gila pun ada.” Omel Najwa dengan riak pelik. Walaupun pelik, dia tetap buat seperti yang disuruh. Handset dikeluarkan dari poket lalu nombor yang tertera pada kertas itu disalin satu persatu. Butang dial ditekan. Handset ditekap pada telinga kanan. “Heh! Caller ringtone dangdut?” Hampir lapan saat panggilan bersambung akhirnya corus lagu Seratus Persen- Mas Idayu terhenti tanda panggilan sudah terjawab.


“Tuan empunya bracelet?” Tanpa salam, tanpa hello... orang diseberang talian melontarkan soalan.


Najwa tersentak sekejap. Lelaki? Before tu nak tanya, muslim or non muslim?” Soalnya kembali.


Of couse la muslim.”


“Okey, assalamualaikum.”


Razin tersentap jugak dua saat sebelum membalas. “Waalaikumussalam.” Rasa macam muka dah kena sambar petir. Aku tahu dia muslim. Aku nampak dia pakai tudung. Tapi asal bukan aku yang kasi salam? Razin... Razin... Buat malu keturunan je.


“Mana barang aku?”


Razin ketawa. “Gaya tanya macam aku ni pengedar benda yang tak patut je. Mana barang aku?” Dia mengajuk suara Najwa.


“Kau sape? Bak balik la rantai tangan aku.” Najwa bengang bila terasa dia dipermainkan.


“Kau nak barang kau?”


“Orang pelik macam kau je yang tanak barang berharga sendiri punya.”


Erk! Tersentap lagi. Kasar gila bahasa budak ni. Aku jual rantai ni karang. “Relaks la, Izzati. Tamau la hangin macam ni. Tak best la.”


Giliran Najwa pula tersentap. Dia ternganga luas bila terdengar namanya disebut. “Mana kau tau nama aku?”


“Eh, betul la aku teka. Nama kau Izzati, ye? Dari semalam aku dok fikir mana satu nama kau. Aryana or Izzati. Sebab dua tu je nama perempuan. Izzat dengan Carl tu dah sah-sah la nama lelaki. Tapi hari ni aku dah dapat jawapan. And pasal soalan kau tu...tadi cakap barang berharga sendiri punya. Takkan la kau terlupa ada nama-nama yang diukir dekat bawah rantai tu kot?” Razin tergelak sinis. “Oh, ya. Siapa Carl, Aryana dengan Izzat tu?”


Najwa tepuk dahi. Boleh pulak aku terlupa yang nama-nama kitorang satu family diukir dekat rantai tangan tu. Masa ni la tetiba terasa macam tak puas hati dengan ibu. Asal la ibu pergi ukir nama dekat situ. Nasib baik la muat nak ukir empat nama je. Kalau tidak nak jugak selit nama atuk, nenek, tokma, tokpa... Tak ke haru? Adeh... “Lantak la sape diorang pun. Kau peduli hapa? Kau kat mana? Kasi balik la!”


“Macam tu je cara nak mintak barang? Cuba berlembut sikit. Nama pun perempuan kan?”


“Wei, aku tak ada masa nak layan gila kau la sekarang ni. Lagipun kredit aku dah sengkek. Kalau aku tau ada orang gila nak ajak aku bergayut lama-lama macam ni, awal-awal lagi aku dah top up seratus ringgit!” Bidas Najwa kasar. Suara jangan cakap la. Memang dah tak boleh kawal. Bengang dia mula bertandang.


“Wei, kau cakap sape gila?” Razin tak puas hati. Panas jugak bila dikutuk depan-depan macam tu.


“Aku tengah bercakap dengan kau kan sekarang ni? Dah tu takkan aku bodoh nak kutuk diri sendiri yang gila?”


Razin merengus kasar. “Kalau kau nak barang kau, datang jumpa aku. Sekarang!”


“Kat mana?”


“Kau nampak tak kertas yang ditampal dekat dinding sebelah kau tu?”


Mata Najwa melilau ke sekeliling mencari kertas yang dimaksudkan. “Kertas putih yang ada simbol anak panah?”


“Haaa... pandai pun kau cari. Kau ikut arah anak panah tu.”


“Kau gila hapa ni? Kalau nak pulangkan datang la depan aku. Asal aku pulak nak cari kau? Lagipun aku tak kenal kau siapa. Entah-entah orang gila yang terlepas dari Tanjung Rambutan. Tak ke bahaya?”


“Hoi! Nak ke tanak ni? Banyak bunyi pulak!” Keras suara Razin. Bercakap dengan minah ni memang la boleh hilang sabar. Kalau cukup empat puluh empat kali dia panggil aku orang gila, silap-silap masin mulut dia. Uih! Tamauuuuuuuu!!!!


“Nak la!” Balas Najwa dengan nada yang sama. Pergi je la, Wa. Memang la bahaya tapi bila difikir-fikir balik, dalam U ni je. Kalau dia nak buat benda pelik, aku boleh jerit. Tak pun boleh je aku bidas dia dengan ilmu tae kwan do aku. Tapi tengok tempat jugak la. Kalau agak terpencil tu, aku kena roger orang lain. Harus! “Aku pergi ni. Kalau kau tak kasi balik barang aku tu, jangan menyesal kalau kau gila betul lepas ni!”


“Boleh tak kalau kau stop menyumpah aku?”


“Eh, suka hati aku la mulut aku! Kau jangan...” Tut! Tut! Talian termati sendiri. Najwa pandang skrin handsetnya. Selamat kredit aku. Gila punya mamat!


***


SETELAH tujuh helai simbol anak panah diikut, akhirnya Najwa berhenti di hadapan sebuah kelas. Pada pintu kelas itu ditampal dengan kertas yang sama diterimanya tadi. Perlahan-lahan dia menapak menolak pintu tersebut. Sempat tiga kali ayat pelindung dibaca sebelum kepala dijenguk ke dalam kelas kosong itu. “Wei, aku datang ni.”


Before tu aku nak tanya...”


Terhenti terus langkah dia bila terdengar satu suara garau dari sudut belakang kelas. Seorang lelaki yang berbaju T warna hijau terang sedang membelakanginya.


“...kau muslim or non muslim?”


Dia merengus. Macam kenal je ayat ni. Tak guna punya orang gila! Nak kenakan aku balik. Nafas ditarik sejenak sebelum dihembus. “Assalamualaikum.”


Kedengaran tawa dahulu sebelum salamnya dijawab. “Waalaikumussalam...” Dia berpaling menghadap Najwa. “Welcome, Izzati... welcome...” Ucap Razin lagi.


“Kau!???” Najwa terpempan hebat setelah melihat wajah Razin. “Bukan ke kau balak, Anis?”


Correction... Ex-balak, okey.” Razin tekan perkataan ex.


“Lantak la apa pun. Mana barang aku?”


“Relaks la. Aku nak kasi la ni. Tapi before tu tanak kenal-kenal dulu ke? Aku dah tau nama kau. Kau tanak tau nama aku?” Dia bertanya seraya melayangkan rantai tangan Najwa.


“Tau dah.”


“Tau dah?” Razin senyum bangga. “Apa nama aku?”


Najwa peluk tubuh. Dia pamer muka bosan. “Orang gila!”


“Hei, kan aku dah cakap stop calling me with that rubbish words.” Marah Razin. Dia berjalan mendekati Najwa.


“Dah itu nama yang sesuai dengan kau.” Najwa tunjuk muka tak berdosa.


Razin sedut nafas panjang-panjang. Chill ar, Razin. Tamau hangin-hangin. Tak best pun. Nasihatnya pada diri sendiri. “Aku Razin.”


“Tak tanya pun.”


Muka Razin berubah. Memang dah rasa petir sambar betul-betul pada muka dia. “Biar la aku nak kasi tau.”


“Okey, nama kau Razin. Aku dah tahu. Now, can I’ve my bracelet?” Najwa menghulur tangan. Menuntut kembali barangnya yang berada ditangan Razin.


“Kalau kau nak benda ni, ada syarat.”


Nafas dihela kasar. Najwa merenung Razin macam nak cekik. “Syarat apa pulak?”


“Semalam sebab rantai tangan ni la tak pasal-pasal aku makan lempang free.”


Air liur ditelan dua kali. Najwa mengimbas kembali peristiwa semalam. Memang dia ada lempang Razin tapi bersebab kan? “Siapa suruh kau sentuh aku?”


“Kau ingat aku saja-saja nak sentuh kau ke? Aku panggil kau tak toleh. Nak kasi balik rantai tangan ni. Tapi kau menonong je ke depan. Tak ada jalan lain lagi dah, sebab tu la aku sentuh bahu kau. Sikit je pun. Gaya kena lempang macam aku nak peluk kau je.” Luah Razin dengan memek muka tak puas hati. Bila peristiwa semalam dikenang semula rasa geramnya bertan-tan pada Najwa.


Sekali lagi Najwa telan liur. “Dah tu kau nak buat apa? Nak lempang aku pulak, ke? Lempang la! Asalkan aku dapat balik barang aku. Tapi, kalau nak lempang ada syarat.”


“Kau pun nak kenakan syarat?” Razin mengerut dahi.


“Kau pergi cari dulu glove yang tebal lima inci then baru la boleh lempang aku. Karang takut pulak kalau-kalau virus yang ada dekat tangan kau melekat dekat aku. Boleh haru dunia ni kalau virus gila kau tu berjangkit dengan aku.”


“Dah berapa kali aku cakap jangan panggil aku macam tu!”


“Selagi kau kak pulangkan barang aku, aku takkan berhenti panggil kau... orang gila!” Najwa tidak mahu mengalah. Dia siapa yang nak main-main dengan aku? Silap besar la, brader!


“Kalau kau nak, cium tangan aku dulu. Minta ampun atas dosa kau semalam. Dosa lempang aku tanpa alasan yang munasabah!” Arah Razin seraya menghulurkan tangannya pada Najwa.


Heh! Memang gila la budak ni. Najwa ketawa sinis. “Bila aku cakap kau gila, kau tak boleh terima. Tapi betul la cakap aku yang kau memang...”


“Enough!”


“...gila!”


“Kau...”


Najwa cemas bila Razin menerpa ke arahnya. Gaya macam harimau nak terkam kambing ja. Terus dia berlari-lari memusing meja yang tersusun kemas. “Kau jangan dekat! Kalau tak aku jerit!” Gertaknya lagi.


“Jerit la. Macam aku heran jek!” Razin masih mahu meneruskan perbuatannya. Najwa dikejar.


“Tolong!!!Perogol!!! Perogol!!!!”


Jeritan Najwa berjaya mematikan langkah Razin. Gadis itu direnung tajam. “Wei, apa tuduh aku macam tu?”


“Perogol!!! Perogol!!!” Kata-kata Razin diabaikan. Najwa menguatkan lagi volume suara. “Tolong!!!”


“Diam lah! Kau bakal kasi aku masalah tau, tak?”


“Selagi kau tak pulangkan barang aku, aku jerit!”


“Kau jangan...”


“Perogol!!! Kat sini ada perogol!!!!!!!”


Razin mulai gelisah bila telinganya menangkap bunyi derapan yang semakin menghampiri. Terus rantai tangan dilempar kepada Najwa. Dia berlari ke arah pintu. “We’re not finish yet!” Katanya sebelum berlalu dari situ.


“Eh, kau ada dengar bunyi orang jerit, tak?” Tanya salah seorang dari tujuh pelajar lelaki yang dia terserempak ketika menuruni tangga.


“Tak. Tak!” Balasnya bersungguh-sungguh.


“Kita cari sebelah sana.” Kata yang seorang lagi pada rakan-rakan yang lain.


Razin telan liur. Cepat-cepat dia menuruni tangga. Gila seyh! Kalau aku kena cekup tadi tak pasal-pasal kena hentam sakan. Dah tu paling haru kalau kena bawak menghadap pihak atasan. Lepas tu masuk jail! Whoaaa!!! Sumpah aku tak pernah berdoa nak jadi macam tu. Silap-silap bukan setakat kena ‘tendang’ keluar U. Buang negeri pun boleh jadi. Jari telunjuk dtala pada muka sendiri.“ Aku perogol??? Sejak bila? Muka suci lagi bersih macam ni dia panggil perogol? Perempuan tu memang nak kena! Takpe-takpe... hari ni hari kau. Esok lusa sampai bila-bila hari aku pulak! Izzati...”

****************************************************************

hope hepy reading.. =)

23 comments:

  1. salam..kak zarith...best la n3 nie..
    cepat2 smbg ok..I'll support you..:)

    ReplyDelete
  2. waaa....hepi2...bestnyer...cepat2 post next n3...keep up writer!

    ReplyDelete
  3. hahahaha,,,
    lawak la najwa,,,
    da ade title bru utk razin,,,
    hehehe,,,,

    suke2,,,
    mahu lg,,,

    ReplyDelete
  4. hahahaha..
    x pepasal aja kena chop
    kekeke

    ReplyDelete
  5. salam...
    hahaha...
    lwk la cite ni....
    good job writer....:)

    ReplyDelete
  6. hahaha....
    suke suke..

    sungguh la wawa copycat aryana..
    haha

    pasnie pertemuan nini ngn izzat lak..
    hurrm..

    tpkan,..kalau wawa ngn razin..tak ke janggal sbb razin ex anis..
    wahh..macam dah nmpk konflik nie..

    *haha..memandai je nie..

    ReplyDelete
  7. ahahahaha!!!

    jodoh mereka Allah panjangkan lagi erk?? ahahahaha!!

    ReplyDelete
  8. oho..
    nak gandingkan dorang yea..
    e-jat n nini
    wawa n razin..

    ReplyDelete
  9. yeah owang pertama....zarith u memang pndai giler karang novel smpai i boleh dok imagine apa yg jadik kt dlm novel nie....hahaha paperpun wawa memang pandai... razin...pdn muka dia....hahaha

    ReplyDelete
  10. you're the best la! sumpa best!

    ReplyDelete
  11. hahhahaha....
    bez sgt..
    razin ngan najwa da settle...
    nk yg e-jat ngan irdini lak...
    pliz...upload cpt!!!

    ReplyDelete
  12. nakal giler sey si izzati nie...
    cuak x blh blah da si razin tuh...
    hahahaha..
    so funny...

    ReplyDelete
  13. terbaik laa
    bapak lawak doe razin..
    hahahah...

    x sbr next entryyyy

    ReplyDelete
  14. waaa...
    bestnyeerrr..
    nak lagi!!!
    antar ar new entry agi..
    hehe..

    ReplyDelete
  15. best n3 ni...keep up...:)

    ReplyDelete
  16. best n3 ni...keep up :)

    ReplyDelete
  17. waaa..i luv diz story very much...gud job..smbung la lgi..best..bez..bez..big clap 4 u..

    ReplyDelete
  18. wahhh kak zarith.. best la TOUCHOLIC nie.. hehehegudluk 4 next entry k???

    ReplyDelete
  19. salam.....
    cayalh kak zarith....heheehe...
    sngt2 best...padn muka razin haha....

    ReplyDelete

toucholic

toucholic

Hot N Cold

Hot N Cold
Apa yang terjadi bila air panas bertemu dengan ais cube?

sweet sours

sweet sours
friendship is a sweet relationship

Bila Amar Dah Suka Dia

Bila Amar Dah Suka Dia
Inilah jadinya bila Amar dah jatuh chenta