Chill Out ~~ ^_* (kalau tak suka lagu boleh stop kt atas ni)

new updated!


new n3 :-)

# Hot And Cold (Bab 5)
# Hot And Cold (Bab 4)
# Hot And Cold (Bab 3)

* my new email (YM, FB) :"carl_aryana89@yahoo.com"

(^__^)

(^__^)

Kalaulah Hot n Cold dapat peluang ke untuk ke versi cetak.. apa kata kalian?

Sunday, August 15, 2010

Cerpen : Acis suka Ona la! (part 1)

“GET up! Get up! I’m an old school rocka. Blastin’ through on your speaker with the beat so proper. Get up! Get up! I’m an old…”


Terhenti terus terus corus Old School Rocka- Pop Shuvit dari Blackberry dia sebaik saja panggilan dijawab. “Hmm… hello.”


“Kau tidur lagi ke!? Aku call kali yang ke lima belas baru nak jawab!” Terjah si pemanggil dengan lantang dihujung talian.


Dia menggosok mata. Tersentak bila suara yang amat dikenali memasuki gegendang telinga. “Kau nak apa wei pagi-pagi dah kacau orang?” Dalam keadaan mamai dia menyoal.


“Pagi ngek lu! Dah pukul 2.00 petang la wei. Wake up! Get up!”


“Lantak la pukul berapa pun. Nama pun hari minggu. Kau nak apa ni?”


“Aku nak kau datang Mid Valley. Right now!”


“Heh! Kau nak buat lawak pun agak-agak ar. Apa faedahnya aku nak pergi sana? Aku takde mood nak shopping. Tanak ah!”


“Aku sekarang dekat McD ni. Kasi kau lima belas minit terpacak depan aku.”


“Tanak!”


“Kau fikir aku kisah ke dengan tanak kau tu? Aku tak kira! Kau kena datang sini jugak temankan aku. Kalau tak putus kawan!” Tut…tut…tut…


Belum sempat dia nak balas, kedengaran talian dimatikan. Acis merengus kasar. Blackberry dilempar ke hujung katil. Dia mencapai bantal lalu menutup muka. Menyambung kembali tidur yang terganggu sebentar tadi. Namun lepas lima minit, bantal tadi dialih ke sebelah. Acis bangun dan bersandar di kepala katil. Dia berfikir sejenak. “Eeii budak Ona ni… Selalu buat aku sakit jiwa!” Bentaknya geram sebelum melompat turun dari katil. Dia menyambar tuala yang tersidai pada pintu almari sebelum melangkah masuk ke dalam bilik air.


***


RESTORAN McD dijejak. Dia menala pandangan ke sekeliling. Belum sampai lapan saat proses pencarian, bayangan Ona berjaya dikesan. Gadis itu duduk sorang-sorang di satu sudut.


“Kau memang suka dera aku, kan?” Itu yang keluar dari mulut Acis setelah dia melabuhkan punggung pada kerusi di hadapan Ona. Dua batang funfries dimasukkan ke dalam mulut sebelum dia mengunyah laju.


Gadis itu hanya diam. Dia menopang dagu. Muka nampak lesu lain macam. Dia kembali melayan perasaan.

Acis tarik sengih. Kalau dah buat muka macam orang kalah judi berjuta-juta ni tahu dah sebab apa. Satu je alasan dia. “Dia buat hal lagi ke?” Soalnya seraya mencubit Big Mac Ona yang belum disentuh.


Ona mengeluh pendek sebelum memaku pandangan pada muka Acis. “Aku fed up la Acis. Selalu macam ni. Pandai buat janji tapi tak pandai nak tunaikan.” Luah Ona dengan kening berkerut. Dia sedang bercakap tentang tunangnya, Asyraf. Hari ni sepatutnya dia dengan Asyraf datang ke Mid Valley sama-sama. Dah janji nak tengok wayang, shopping, makan-makan. Tapi last minit lelaki itu tetiba terpaksa batalkan. Itu pun hanya melalui mesej.


+ Honey… Sorry. Abang ada meeting tergempak hari ni. Kita keluar next time je la eh. Really sorry.


“Nak buat macam mana. Dah cik abang kau busy je semedang. Dia kerja keras cari duit untuk kau jugak. Kena la faham.” Nasihat Acis. Bila saja Ona berada dalam keadaan macam tu, itu lah nasihat yang sering diberikan oleh Acis.


“Cari duit cari jugak. Tapi jangan la abaikan tunang sendiri. Aku bukannya minta hantaran tiga buah pulau dengan lima buah helikopter ke hapa. Gaya dia kerja tu macam nak kahwin dengan anak presiden jek!” Adu Ona lagi. Coke yang tinggal separuh disedut. Macam ni la selalu. Bila Asyraf mungkir janji, Acis yang tolong mainkan peranan. Bila sesi luahan hati Ona, Acis jugak yang menadah telinga. Bila Ona ada masalah, Acis jugak yang tolong dia selesaikan sama-sama. Dari kecik sampai la sekarang dah jadi tunang orang pun, Acis tetap ada di sebelah dia sebagai pendorong semangat.


Acis tergelak mendengar omelan Ona. “ Kesian kau kan? Bertunang dengan orang lain. Tapi selalu keluar dating dengan aku. Hari tu Asyraf cakap dia busy dengan tender baru buat masa ni. Sekejap je. Sabar la sikit. Nanti habis je semua kerja, dia layan kau macam puteri kayangan. Confirm!


Ngek lu! Dah ar… Tengok wayang jom?” Ajak Ona sambil mengangkat kening. Malas nak cakap pasal orang yang sakitkan kan hati dia. Bukan sekali malah berkali-kali. Kalau difikir-fikir, kalau dikenang-kenang, kalau ditolak tambah, mahunya dia minta putus tunang dari Asyraf. Baru padan muka! Tapi... tak boleh! Tak boleh! Ona sayang dia la!


“Tukar topik ke?” Acis menyoal sambil menyengih.


Tanak cakap pasal dia lagi. Sakit hati!”


“Cerita best ke?”


“Oh, mesti!”


“Cakap siap, Hindustan tamau.”


Lorh… Acissss…”Ona mula merengek. Hujung t-shirt yang dipakai Acis ditarik-tarik manja. “Hero gempak tu. Hindustan la eh.”


“Tamau!”


“Please…”


“No!”


“Hero dia Arjun Rampal kot.”


“Do I look like I care, huh?Arjun Rampal ke Arjun Rumpai ke, pernah aku peduli ke?”


“Tak pun kita tengok Tamil movie? Vijay main tu. Heroin dia, Trisha tak silap aku. Ke Nayantara entah. Tapi memang superb habis la.”


Acis menghentikan langkah dengan tiba-tiba. Mata Ona direnung tepat-tepat. “Apa kata kau je yang masuk panggung tu. Aku masuk panggung lain.”


Ternganga dua saat dia dengan cadangan Acis yang memang tak best. “Gila hapa nak tengok wayang sorang-sorang? Macam batang balak je aku kat dalam kalau macam tu. Wahai temanku dunia akhirat, yes la… say yes please..” Ona merayu lagi dengan jari yang bersusun. Mata sengaja dikelip berkali-kali. Habis comel la tu. Macam anak kucing!


“Even gunung berapi meletup depan aku, even gempa bumi dekat Mid Valley ni, even kau ugut nak terjun jambatan Pulan Pinang pun, my answer still...no! Highlight please... no!”


“Hazim Irsyad Ahmad Fuad…” Nama penuh Acis disebut senafas.


“Muktamad!” Acis berdiri. “Jumbo Gajah Biru.” Putusnya sebelum berlalu.

Ona tepuk meja. Membara sungguh aku dengan mamat ni! Slingbag disangkut pada tubuh. Langkah Acis dikejar laju. “Tak romantik langsung!”


***


PONNN!!!!!!


“Haisyh!” Dia merengus kasar. Masuk ini dah dekat lapan belas kali dia menghentak kaki. Geram dengan makhluk di luar rumah yang suka sangat main picit-picit hon tanpa fikirkan perasaan orang sekeliling.


Ponnn!!! Cukup sudah sepuluh kali bunyi yang sama jugak dengan tinggi frekuensi yang sama hon ditekan. Ona yang tengah melilit selendang pada kepala terpaksa meluru keluar mendapatkan insan yang berada dalam Harrier hitam di hadapan pintu pagar.


“Heh! Finally, keluar jugak minah ni.” Omel Acis bila bayang Ona kelihatan pada muka pintu rumah teres double decker itu. Pinggir bibir kanan ditarik. Dia tayang muka sinis. “Eh, kau kau pakai selendang gaya apa ni? Serabai je aku tengok. Nak kata gaya Yuna jauh sekali. New style, huh?” Soalnya pada Una yang sudah datang dekat. Mata tertumpu pada kepala Ona yang disaluti dengan selendang bercorak abstrak putih-ungu.


Ngek lu new style!” Bentak Una dengan nada bengang. “ Dah tau aku belum pakai kemas-kemas perli pulak. Bakar Harrier baru kau karang!“ Gertaknya lagi. Hujung kanan selendang yang terbuai-buai ditiup angin dipegang. Sebelah kiri pula ditarik ke belakang leher.


“Cepat la masuk kereta. Kau tercangak apa lagi kat luar?”


“Aku belum ready lagi la. Kau tunggu kejap sepuluh minit. Aku masuk siap-siap kat dalam.”


Acis ternganga dua saat. Ona direnung dengan muka puzzled. “Dah tu yang kau kau keluar ni buat apa?”


Tangan dicekak pada pinggang. Renungan Acis berbalas. Tapi dengan gaya yang berlainan. Macam dalam mata tu ada api. “Kalau aku tak keluar, tak mustahil kan kau akan main lagu Mohabbatein dengan hon kau.”


Mendengar kata-kata itu Acis tergelak besar. “Baru je cadang nak mainkan lagu Koi Mil Gaya. Feeling sikit. Tapi dah ada another request la pulak.”


Mencerun pandangan Ona pada lelaki itu. “Kalau kau kempunan sangat nak tengok aku cabut stereng kereta kesayangan kau ni, try la buat.” Gertak Ona lagi. Dia mengetap bibir kuat-kuat. Rasa macam nak je telan mentah-mentah badan budak ni. Baru la kena dengan peribahasa kawan makan kawan. “Acis, kau ingat ni funfair ke yang nak main bunyi-bunyi hon? Respect la orang lain sama. Aku tau ni bukan rumah kau that’s why la kau tak ada rasa malu! Tapi kau kena sedar kalau ada problem, aku dengan housemate yang nak kena hadap muka orang-orang sini. Itu pun tak boleh nak fikir ke?” Tembak Ona bertubi-tubi. Habis je ayat dia terus tarik nafas panjang-panjang.


Acis buat muka relaks. Kata-kata Ona bagai habuk yang lalu tepi telinga je bagi dia. Langsung tak ambik pusing. “Pergi masuk and keluar balik dalam masa lima minit. Move now!” Suara Acis kuat berbaur arahan. Dia turut mengisyarat dengan tangan menyuruh Una masuk ke dalam rumah.


Ngek lu! Main arah-arah pulak!” Balas gadis terus berlalu. Namun sempat kolar Acis ditarik untuk menunjukkan rasa amarah dia ketika ini sehingga dahi lelaki itu mencium stereng. Puas hati aku!


“Main kasar wei!” Acis tak puas hati. Dahi yang terasa perit digosok-gosok. “Dua minit. Kau tak keluar aku tinggal!” Jeritnya pada Ona yang sudah melangkah masuk ke dalam rumah. Acis kerut kening. Muka cemberut sudah kelihatan.


Janji pukul 11.30 pagi. Sekarang dah pukul… jam pada tangan dikerling dua saat. Mata Acis terbeliak satu setengah inci. “Pukul 1.15 petang dah? Berapa minit lagi nak masuk Zohor.Haisyh! Si Ona ni memang melampau tahap gila sawan punya la.” Acis merungut sendiri. Dekat dua jam aku tunggu minah tu, tak jugak siap-siap. Ini memang boleh mendatangkan marah! Acis tarik nafas. Panjang. Cool down. Chill ar…Ona nak uji kau je tu. Jangan dilayan sangat. Nasihat dia pada diri sendiri. Volume muzik ditinggikan bila lagu kegemarannya berkumandang. The Man Who Sold The World – Nirvana yang beralun-alun menusuk corong telinga dihayati penuh asyik.


Hampir dua puluh minit menunggu, akhirnya Ona keluar semula. Kali ini bersama beg pakaian dan handbag di bahu. Dia membuka pintu belakang dan memasukkan bag pakaian. Kemudian Ona melangkah masuk bahagian tempat duduk di hadapan, sebelah Acis. “Hai dude!” Sergah gadis itu dengan sengihan lebarnya. Wajah mencuka Acis dipandang sekilas.


“Ngek lu dude!” Ucapan yang menjadi sinonim dengan Ona selama ini kini dilempar kepadanya semua. Ngek lu ada perkataan yang disingkatkan oleh Ona sendiri dari perkataan asal, bongek lu. Tanpa mempedulikan sengihan Ona itu, Acis tukar gear sebelum menekan pedal minyak. “Janji pukul lain tapi tunaikan pukul lain. Teringin sangat ke nak pegang gelaran munafik ha, miss Nurul Husna?” Soalan Acis bulat-bulat kedengaran sindiran. Mata ditumpukan pada pada hadapan bila Harrier kesayangan yang baru dimiliki belum pun sampai dua minggu sudah menyusur di jalan besar.


“Sorry.” Sepatah ucapan itu yang terbit dari bibir mungil Ona. Malas nak cakap banyak-banyak. Karang sampai ke kampung belum tentu Acis kunci mulut.


Sorry tu boleh pulangkan balik ke dua jam aku yang dibazirkan macam tu je?” Bidas Acis lagi. Nampak gaya Acis masih mahu melepaskan ketidakpuasan hati dia.


“Sorry.” Ona membalas. Juga dengan perkataan yang sama.


“Haisyh!” Rengusan kasar dilepas. Bengang Acis makin bertambah bila Ona seolah-olah langsung tak tunjuk rasa bersalah. “Kakak dengan Abang Long dah sampai kampung, ke?” Acis terus tukar topik. Kalau banyak bebel dengan si Ona ni pun tak ada gunanya. Bukan dia nak layan pun. Paling tidak tidur terus! Kang tak ada pulak teman yang nak diajak berbual dalam perjalanan. Aku pulak yang sunyi.


“Dah. Mawar pun dah ada sana. Semalam lagi.” Balas Ona. Channel radio ditukar. Leganya rasa bila Acis sudah hentikan bebelan dia.


“Dia balik dengan Ajwad, ke? Anak-anak diorang?”


“Dah tu takkan dia nak balik dengan husband orang lain kot?”


“Tak de la. Mana tau kot-kot Mawar balik sorang.”


“Sejak bila Mawar dengan Ajwad pernah berjauhan, huh? Cuba kau bagitau aku. Sejak diorang kahwin sampai sekarang ni anak dah nak masuk tiga pun diorang tak pernah berpisah jauh-jauh tau.” Omel Ona tentang perihal teman baik mereka, Mawar. Sejak kecil Ona, Acis dan Mawar merupakan teman. Ketiga-tiga mereka membesar bersama. Mawar kini sudah berstatus isteri sejak berkahwin dengan Ajwad sejak enam tahun yang lalu dan mempunyai dua orang anak. Sorang lelaki dan sorang perempuan. Khabarnya kini dia sedang mengandung anak yang ketiga. Bertambah bahagia la hidup wanita itu disamping keluarga.


“Dah nama pun sweet couple. Susahla nak tinggal jauh-jauh. Mawar pregnant lagi kan sekarang? Dah berapa bulan?” Soal Acis. Signal ke kiri diberi sebelum kereta dibelok.


“Nak masuk lima bulan kot. Aku suka ar tengok Mawar dengan Ajwad. Romantik je. Aku pun nak husband macam tu.” Tutur Ona dengan muka ceria. Frekuensi radio ditukar-tukar mencari lagu yang boleh menarik minat untuk mendengar. Namun sejak tadi semua radio asyik iklan je. Lagu tak pun keluar-keluar lagi.


“Sebulan je lagi kau pun akan dapat husband macam tu. Asyraf romantik what.” Balas Acis. Ona yang sudah berubah riak dikerling dua saat.


Gadis itu mengeluh lemah. Dia menyentuh dahi. Pandangan di bawa ke luar. “Aku sendiri tak yakin yang kitorang bakal kahwin sebulan dari sekarang. Entah jadi entah tidak.”


“Asal kau cakap macam tu? Orang berdoa banyak-banyak mintak ditemukan jodoh, kau cakap bukan-bukan pulak.” Acis tidak senang dengan kata-kata Ona. Dalam nada Ona tadi nampak sangat temannya itu dibelenggu masalah. Masalah yang tak pernah nak selesai. Masalah antara dia dengan Asyraf.


“Yela... Entah-entah hari nikah kitorang pun dia tak ingat. Busy mengalahkan PM. Aku dah tak larat nak touching. Kadang-kadang aku rasa macam dia tak appreciate aku langsung. Rasa macam aku ni bukan tunang dia pun ada. Tinggal dekat-dekat tapi rasa jauh macam sorang dekat Bumi sorang lagi dekat Pluto. Dah sebulan tau aku tak jumpa dia. Asal nak jumpa je ada je halangan.” Luah Ona sayu. Kelopak mata sudah terasa panas. Bila terfikir perbuatan Asyraf terhadap dia mula la rasa nak menangis. Sentap semacam je.


Acis tarik nafas sejenak sebelum membuka mulut. “Kan aku dah cakap, kau kena faham yang Asyraf tu sangat busy sekarang ni. Sekejap je tu.”


Ona mencebik. Seatbelt dibetulkan. Dia melipat sila. Ruang kereta yang besar itu membuatkan dia selesa sampai mampu nak duduk macam tu.“ Sekejap la sangat. Dari mula kenal sampai sekarang busy dia tak pernah habis kau tau. Hal kenduri langsung tak ambik kisah. Semua serahkan kat aku hundred percent. Tengok la ni... Sepatutnya dia yang kena ikut kita balik kampung untuk meeting hal kenduri. Tapi last minute cakap tak boleh pulak. He’s always like that la. Ni apa yang aku nak jawab dekat mak abah aku kalau diorang tanya pasal dia?”


“Sabar la Ona oi. Aku pun tak tau nak cakap macam mana. Dia kena handle bisnes family. So, memang logik la dia bekerja mengalahkan PM. Korang dah lama kenal. Dah bertunang pun. Sepatutnya kau yang lebih faham dia, Ona. Chill ar... Jangan fikir bukan-bukan. Benda tak ada apa sangat pun. Kau tu yang suka dera feeling sendiri.” Nasihat Acis panjang lebar. Brek kereta ditekan bila lampu isyarat menunjukkan warna merah.


“Kau cakap hebat la. Cuba kalau kau ada kat tempat aku. Baru kau tau macam mana rasa.” Marah Ona. Acis dijeling.


“Aku bukan cakap hebat la. Aku cakap benda yang betul. Kau tu yang emo tak pasal-pasal kenapa?”


“Siapa emo? Aku just luah apa yang aku rasa.” Bingkas Ona. Dia berpeluk tubuh. Mata melilau ke sekelinling kereta Acis. Cantik gila kereta ni. Patut la Acis tekad gila nak beli. “Eh, kereta kau ni tak ada CD lagu yang best-best ke? Bosan ar dengar radio.” Ona menukar topik. Malas nak bercakap hal yang sama berulang kali. Sudahnya masalah tak selesai jugak.


“Kau tengok dalam CD album dekat belakang.”


“Hindi songs ada?”


“Terbalik kot dunia ni kalau aku tetiba ada CD lagu-lagu Hindustan.”


“Ceits!” Ona menoleh ke tempat duduk belakang. Tangan meraba-raba mencari CD album yang dimaksudkan oleh Acis. “Mana? Takde pun.”


“Alamak! Aku baru teringat. Tadi masa cuci kereta aku buang semua benda termasuk CD album. Sorry la wei. Tapi kalau kau merayu aku nyanyikan kau lagu, aku on je. Dengan senang hati sekali.”


“Oh, thank you aje. Aku rela dengar DJ merapu daripada dengar suara kau yang tak serupa orang tu. Eeii... seram!” Ona tarik handbag tutup separuh muka. Pura-pura tayang muka gerun.


“Wei, ramai orang cakap suara aku macam Faizal Tahir tau. Kau tu je yang tak boleh terima kenyataan.”


Oh really? Orang-orang tu pekak tak?”


“Kau tu yang pekak. Heh!” Telinga Ona yang bertutup dijentik dua kali.


“Wei, main kasar! Telinga aku capang karang kau bertanggungjawab!”


“Bertanggungjawab macam mana? Kahwin dengan kau, huh?”


“Kalau perlu, why not?”


Let me think about it… sepuluh kali dulu.”


“Ceits! Nak fikir sampai sepuluh kali. Gaya macam aku ni teruk sangat jek.”


“Memang pun.”


Terjegil luas mata gadis itu mendengar bicara yang mungkin ikhlas dari Acis. Laju kepala Acis diketuk dengan handphone. “Tolong beli insurans untuk mulut kau ye lain kali.”


“Akan dipertimbangkan.”


“Ngek lu!” Ona buat muka sakit hati.


“Ngek lu too.”


Acis melempias tawa. Kuat. Seperti kebiasaan, bila dapat buat Ona sakit hati hati dia memang senang! Tapi ketawa Acis mati bila terpandang Ona yang sudah menunduk. Dia ikut menunduk sedikit mengenal pasti riak apa yang sedang dipamer oleh temannya itu. Okey, riak sedih. Acis tarik nafas panjang sebelum dihembus lembut. Dia jadi serba salah. “Ona, kau touching ke? I’m kidding you la.”


Diam. Hanya deruan nafas lembut yang kedengaran. Ona menoleh ke luar. Pandangan kosong menyoroti bangunan-bangunan tinggi yang berada di sebelah mereka.


“Ona, sorry.” Pinta Acis lagi. Kali ni dia betul-betul menyesal dengan kata-katanya sebentar tadi. “Okey, kalau perlu aku akan kahwin dengan kau. Serius ni!” Acis cuba memancing.


“Ha!ha!ha!”


Spontan brek kereta ditekan bila Ona ketawa kuat. Acis tersentak hebat. Laju dia pusing belakang. Fuh! Nasib baik tak ada kereta dekat belakang. Kalau tidak... mahunya beratus-ratus duit aku terbang hari ni. Tak sempat nak tayang kereta baru dekat orang-orang kampung. “Ona!” Jerit dia lantang.


Ona masih mengekek ketawa. “Hambik kau! Cuak ke? Tak sangka kau terkena dengan aku hari ni.” Tutur dia lagi dengan nada tersekat-sekat sebelum menyambung semula tawa.


Acis ketap bibir kuat-kuat. Sekali lagi dia menjentik Ona. Tapi kali ini di kepala. “Gelak macam kak ponti. Kau tau tak kau boleh bahayakan nyawa kita tadi?”


“Yang kau lemah semangat ni asal?” Balas Ona dengan muka tak berdosa. Air mata yang merembes akibat ketawa yang terlalu kuat diseka.


“Siapa-siapa pun kalau dengar kau gelak macam tu boleh lemah semangat la.”


“Padan muka.”


Merengus kasar. Acis pandang Ona. “Aku tarik balik kata-kata aku tadi.”


“Tarak hal. Macam aku hadap sangat nak jadi bini kau.”


Acis tarik hujung bibir. Sinis sekali. “Kau jangan cakap hebat, Ona. Karang kalau tuhan terbalikkan balik kata-kata kau tu, mahu meraung setahun.”


“Bukan saja setahun. Bertahun-tahun aku meraung kalau betul ditakdirkan macam tu. Menjadi isteri Hazim Irsyad??? Sumpah aku tak pernah mintak!”


“Bongkak!”


“Mesti!”


“Cakap hebat!”


“Harus la.”


Mencebik lama. Kemudian Acis tersenyum.“Aku doa agar Asyraf banyak bersabar dengan orang macam ni.” Ikhlas dia berdoa.


“Oh, terima kasih.” Ona ikut tersenyum. “Tapi kan Acis…”


“Apa lagi? Benda tak logik apa pulak yang muncul dekat otak kau kali ni?”


“Kalau Asyraf tanak kahwin dengan aku macam mana?”


“Huh?” Kening Acis terjungkit sebelah. Ona dipandang dua saat.


“Yela… Dia dah biasa batal janji dia last minute dengan aku. Tak mustahil kalau dia boleh buat macam tu masa hari nikah kitorang nanti.” Riak ceria Ona perlahan-lahan berubah menjadi serius. Jari-jemarinya digenggam antara satu sama lain. Berkali-kali soalan yang sama bermain di minda. Bila terfikirkan kebarangkalian itu, Ona jadi kecut perut.


Dia diam lama sebelum menjawab. Acis memandang kosong pada jalan raya di hadapan. Stereng digenggam kuat. Berfikir jawapan apa yang boleh menghilangkan keresahan sahabatnya itu. Tak sangka pulak dia yang Ona akan berfikir sejauh itu. Tapi, ada betul jugak apa yang disuarakan oleh Ona. Kalau perkara itu berlaku, macam mana? Tak mustahil kan? “Kau tak ada benda yang berfaedah lagi ke nak fikir Ona? Asyik fikir yang bukan-bukan je. InsyaAllah perkara tu takkan jadi” Ini je jawapan yang paling bagus Acis terfikir untuk diutarakan.


Nafas pendek dihela. Ona mencapai kusyen kecil di tempat duduk belakang. Kemudian dia menurunkan sedikit kedudukan kerusi. “Kalau perkara tu terjadi. Macam mana?”


“Jangan cakap aku yang kena kahwin dengan kau.” Acis ketawa dengan gurauan sendiri.

Ona jungkit bahu. Dia bersandar pada kerusi. Kusyen tadi diletak atas muka. “Kalau perlu.”


“Kalau perlu?” Ulang lelaki itu. Terpempam!


Ona mengukir senyuman nakal disebalik kusyen. Geli hati bila dia dapat mengenakan Acis terus-terusan hari ini. Selalunya dia yang teruk kena buli dengan pensyarah UiTM itu.


“Ona, kau serius?”


Soalan Acis tergantung tanpa jawapan bila tubuh gadis itu kaku ditempatnya.


“Wei, bangun teman aku drive la!”


***


“ASYRAF mana?”


Dia menyungging senyuman hambar. Hidung dan bibir masih pada tangan mak. Kan dah cakap ni la soalan pertama yang mak akan tembak bila nampak muka aku. Ona mengangkat muka. Puan Halijah dipandang. “Dia busy, mak. Tak dapat nak ikut kitorang balik.”


Kedengaran wanita tua itu melepas nafas berat. “Busy apa sampai nak balik rumah kampung bakal isteri pun tak boleh. Sejak kamu kenal dia Ona, baru sekali tau mak tengok muka dia. Itu pun masa dia dengan sedara mara dia datang nak merisik kamu dulu.”


Gadis itu hanya diam mendengar omelan si ibu. Nak membalas, tapi tak tahu ayat apa yang sesuai. Sudahnya dia mintak diri untuk masuk ke dalam rumah.


“Sihat, Cik Jah?” Sapa Acis seraya tunduk mencium tangan mak Ona. Ona yang sudah melangkah ke dalam rumah dipandang sejenak. Aku faham feeling kau, Ona. Cool saja la sahabat oi. Tu je jalan yang paling baik.


“Alhamdulillah, sihat. Tak nampak ke Cik Jah dah berisi ni?” Balas Puan Halijah. Mesra. Dia kalau dengan Acis memang mesra la. Dia sayangkan Acis macam anak sendiri. Maklum la tak ada anak lelaki. Lagi pun dari kecil Acis selalu menghabiskan masa dengan dia. Begitu jugak Mawar.


Acis ketawa. “Perasan jugak. Pakcik Man pandai jaga ni. Makan minum cukup. Okey la tu berisi pun. Asalkan tak ada penyakit.” Katanya dengan senyuman yang masih bersisa. “Pakcik mana, Cik Jah. Tak nampak pun. Sihat ke dia?” Tanya dia pula sambil melilau pandangan ke sekeliling.


“Pakcik pergi rumah Tok Penghulu. Ada hal apa entah. Kejap lagi dia balik la tu. Eh, apa bersembang dekat depan pintu ni? Meh la masuk. Cik Jah buatkan air.” Lengan Acis ditarik supaya mengikutnya masuk ke dalam rumah.


“Cik Jah, Acis rasa Acis nak balik rumah dulu jumpa mak abah. Malam ni Acis datang balik, ye.” Tolak Acis sopan.


“Kalau macam tu takpe la. Datang malam karang. Makan dekat sini tau.”


“Tomyam sotong pedas kaw-kaw?” Acis jungkit kening.


“Dengan masak lemak siput sedut.”


“Sambal ikan bilis manis?”


Angguk dua kali. Senyum makin lebar. “Sayur campur. Letak tempe goreng. Menu wajib kan?”


“Oh mesti. Tapi...” Ayat dia dibiar tergantung. Acis tayang muka sedih.


“Tapi apa?”


“Rindu popia basah Cik Halijah la. Cemana ni?”


Wanita itu tergelak riang. Acis masih setia dengan kuih kesukaan. Asal balik kampung je, mesti kuih itu yang dimintak.“Boleh je. Bila nak makan? Cuti berapa hari ni?”


“Asalnya cuti weekend je. Tapi Ona paksa Acis ambik cuti lima hari, Cik Jah. So, bila dikira-kira, seminggu la kot kat sini.”


“Uih, lama tu. Husna punya cuti sama jugak eh?”

Angguk. “Cik Jah, Acis mintak diri dulu eh. Malam karang jumpa. InsyaAllah. Makan besar, siapa tanak?”


“Ah! Kau Acis... tolak kayu dengan batu je. Kalau dua benda tu boleh telan pun kau telan.” Ona yang sudah bertukar pakaian menyampuk tanpa diundang. Kulit rambutan yang digenggamnya dilempar pada Acis.


“Sakit la ngek! Kau jealous sebab Cik Jah sayang aku lebih, cakap direct la. Takyah nak kona-kona.” Bidas Acis kembali sambil menggosok-gosok dahi yang terasa perit dengan lemparan kulit rambutan dari Ona sebentar tadi. Nasib baik tak berlubang dahi aku. Kalau tak, sumpah aku saman kau Ona! Suka main kasar betul.


Gadis itu mencebik panjang. “Apa faedah aku nak jealous? Dah faham dengan perangai buruk lantak kau tu. Selera besar mengalahkan kingkong.” Acis dijeling tajam. Sekali lagi tubuh lelaki itu menjadi sasaran kulit rambutan.


“Husna, apa buat orang macam tu?” Tegur Puan Halijah tidak senang dengan perbuatan tak bermoral anak gadis tunggalnya itu.


“Ona bukan buat orang, mak. Ona buat Acis.” Selamba dan dengan muka tanpa rasa dosa dia membalas.


Wanita tua itu terjegil sedikit mendengar jawapan bodoh Ona. “Dah tu, Acis bukan orang ke?”


“50-50.”


“50-50?” Laju Acis mencelah.


“Yup! Kau tak tau ke yang kau tu separuh manusia separuh lagi hantu?”


“Hantu?”


“Aah. Hantu makan, hantu tidur, hantu lepak, hantu game, hantu...bla..bla..bla... Cukup la list untuk hari ni ye. Aku dah semput nak sebut semua. Lain hari aku sambung.” Ona buat-buat batuk. Sesekali dadanya ditepuk-tepuk. Dah gaya macam orang sakit jantung tahap nak mati je.


Mencerun pandangan Acis terhadap Ona. Senang hati sungguh si Ona ni mengutuk aku. “Kau cari pasal ke?”


Ona jungkit bahu. Dia tarik sengih. “Kau hangin ke?”


“Tak!”


“Dah tu takyah nak pandang aku macam tu. Sumpah aku cakap, tak takut langsung.”


“Ngek lu!”


“Ngek lu too!”


Lelaki itu menghela nafas tak puas hati. “Cik Jah, Acis balik dulu.”


“Ada Cik Jah halang?” Ona pandai-pandai membalas dari pihak mak dia. “Cik Jah menghalau ada la.”


“Husna...” Puan Halijah menyelit. Lengan Ona dicubit. “Jaga perangai sikit. Suka sangat buli Acis kenapa?”


“Sebab dia lembik.”


“Shut up!” Marah Acis. Dia menjegilkan mata pada Ona.


“Wuuuuu!!! Seram.”


Tak sampai seminit, Harrier hitam itu menderu laju keluar dari halaman rumah Ona.Nampak sangat yang hangin Acis masih belum hilang. Ona menyungging senyum kemenangan.


***************************************************

here new cerpen. =) hope hepy reading...
actually, cerpen belum siap lagi so zarith post setengah je disebabkan dah lama sangat tak update blog.. but don't worry part 2 dlm pembikinan. Coming soon... InsyaAllah.

p/s :- tau dah terlambat tapi still nak ucap, selamat menjalani ibadah puasa. banyakkan cari pahala. Kurangkan dosa ye. (^_*)








































19 comments:

  1. ona!!
    hmmm..
    kawen ngan acis pa nnt..
    hehehe

    ReplyDelete
  2. so sweet..
    i'm waiting 4 2nd part..

    ReplyDelete
  3. bestnye....
    sambung la cpat..
    bg ona kwen n acis la....

    ReplyDelete
  4. wah,,hope jadi orang first comment...
    erm ni cerpen psal ona n acis plak???? kwan2x ajwad n mawar...
    interesting...menarik2x...
    x saba nak bce next part...(:

    ReplyDelete
  5. best...
    smbung cpt2 ye~

    ReplyDelete
  6. nk tau yg seterus nyer,,,,

    to zarith > rindu n3 kamu,,,

    ReplyDelete
  7. huhuhu..
    xsabar nak tau ending die..
    nak ona ngan acis..
    mestila marah..
    c lembik jadi somi ona gak nanti..

    ReplyDelete
  8. comeeeeeeeeeeeeel =)

    i want more, i want more !

    ReplyDelete
  9. woa 1st..
    sumpah bst gler cerpen nie..
    gud job..
    cpt2 r smbong ae :D
    slmat berpuase :)

    ReplyDelete
  10. zarith bes la cite ni bile nak sambung ???

    ReplyDelete
  11. best la...biar ona tu kawin ngn acis je...baru la termakan kata2 sndiri...

    ReplyDelete
  12. Best2..lucu ja ona n acis tu..hahahhaha
    cpt2 smbung ek

    ReplyDelete
  13. wahhhh...rindunye ngan n3 zarith ni..
    cepat2 sambung agi..tak sabo ni nk tgu n3 baru...
    sweet giler la cite ni...

    ReplyDelete
  14. best... cerita baru yang best... kawen jer ngan acis... mcm hensem lak acis nih...

    ReplyDelete
  15. same nme ngan heroin la plak..sonoknye..hehe..glemer jap..

    ReplyDelete
  16. heheh..best sgt2 la...mase dlm my boy from london sal mawar ngan ajwad..skang sal ona ngan acis..sweet sgt la dorg2 nie..hehehe

    ReplyDelete

toucholic

toucholic

Hot N Cold

Hot N Cold
Apa yang terjadi bila air panas bertemu dengan ais cube?

sweet sours

sweet sours
friendship is a sweet relationship

Bila Amar Dah Suka Dia

Bila Amar Dah Suka Dia
Inilah jadinya bila Amar dah jatuh chenta