Chill Out ~~ ^_* (kalau tak suka lagu boleh stop kt atas ni)

new updated!


new n3 :-)

# Hot And Cold (Bab 5)
# Hot And Cold (Bab 4)
# Hot And Cold (Bab 3)

* my new email (YM, FB) :"carl_aryana89@yahoo.com"

(^__^)

(^__^)

Kalaulah Hot n Cold dapat peluang ke untuk ke versi cetak.. apa kata kalian?

Thursday, September 30, 2010

TOUCHOLIC 7

“TADAAAA!!!”



Tumpuan yang mulanya pada Microsoft Word beralih pada pergelangan tangan yang terhulur panjang. Betul-betul depan mata. Kemudian berlari pula pada wajah tuan empunya tangan. Hanya dua saat, dia kembali menghadap skrin laptop yang terbentang. “Kan dah cakap. Tak ke mana benda tu. Cari betul-betul, sure jumpa.” Katanya perlahan. Dalam diam, dia mengeluh lega. Alhamdulillah, tak perlu nak tadah telinga dengar ibu membebel. Detik hatinya. “Mana jumpa?”



Si kembar tak terus menjawab. Katil Izzat yang kemas diterkam. Bergegar tubuh dengan gegaran yang dibuat.



“Karang kemas balik, ya.” Pesannya. Setiap kali katilnya menjadi tempat berkubang si adik itulah yang dipesan. Namun langsung tak pernah diikut.



“Tengok la kalau rajin.” Balas Najwa dengan muka selamba. Along ni tak bosan ke asyik dok repeat benda yang sama je. Tak jugak aku ikut.



“Izzati Najwa… mana pernah rajin.” Dengan muka tak bersalah Izzat kasi komen. Direct terus. Tak ada kona-kona.



Mendengar sebaris ayat bernada sindiran itu, mata Najwa membulat. Mulut separuh ternganga. “Tau la orang tak rajin pun. Tapi agak-agak la nak komen. Simpan sorang-sorang dah la. Buat orang kecik hati je Along ni.” Balas Najwa perlahan dengan penuh nada sayu. Konon-kononnya merajuk la tu. Padahal saja je nak tarik perhatian si Along. Siapa tak bosan kalau bercakap dengan orang yang langsung tak pandang muka kita? Along je yang boleh buat macam tu. Aku? Tak okey!



“Sudaaaaah la. Bajet dengan slow tone tu Along nak layan la, ye? Orang pun busy dengan assignment ni.”



Lesap terus riak sayu, timbul pulak sengihan lebar. “Along ni, baru je nak kaut kasih sayang. Tak sensitive langsung. Banyak ke assignment?”



“Empat je.”



“Empat je???” bergema seluruh bilik dengan teriakan Najwa.



“Tiga dah siap. Satu lagi on the way.” Tenang Izzat menjawab. Jari-jemari berlari laju atas keyboard. Sesekali buku rujukan atas ribanya diselak.



“Bila hantar?”



“Next week.”



Najwa bangun dan duduk di hujung katil. Belakang Izzat ditepuk. “Lambat lagi. Apa kata Along off dulu lappy ni. Jom kita lepak court nak?” Saran Najwa sambil angkat kening dua kali.



Izzat tersenyum tenang. Tangan Najwa pada yang menyentuh skrin laptop ditolak perlahan. “Dengar idea Along pulak. Apa kata biar Along habiskan kerja dulu then kalau kamu nak Along bawak pergi holiday dekat Paris pun Along tak kisah. Okey, dear?”



Najwa merengus tak puas hati. Alongnya direnung dengan muka keliru. “May I ask you something?”



Angguk dua kali. Mata masih melekat pada skrin laptop. Jari-jemari pula kian lancar menaip.



Tangan ditongkat pada kerusi. Sebelah lagi pula didarat pada bahu si kembar. “It is true that we’re twin?”



“Why are you asking me that?”



Cause our attitude… kontra gila dia punya beza.” Najwa pandang ke siling sebelum mengeluh. Sungguh! Orang cakap naluri, firasat dengan perangai kembar selalunya sama. Yeah, even bukan semua tapi mesti ada sikit yang akan sama. Aku dengan Along? Seratus peratus tak! Macam mana tu?



Larian jari pada keyboard terhenti. Izzat menoleh ke belakang menghadap si adik. “Yeah,kita kembar. But you’ve to know that… kalau kembar tak semestinya perangai, minat, semua kena sama. We both tak ada la kontra sangat pun. Ada jugak persamaannya.”



Cuba Along kasi satu persamaan kita. Satu je.” Jari telunjuk kanan diunjuk pada muka Izzat.



“Bukan satu je, banyak pun boleh.” Muka Najwa dipandang sejenak. “Kamu je yang tak sedar.”



“Contoh paling mudah.”



“Human.”



Jawapan pendek yang selamba keluar dari bibir nipis itu membuatkan Najwa merengus kasar. Bahu Izzat ditampar dua kali. “Ada lagi tak jawapan yang tak menyakitkan hati?”



“Kata nak contoh paling mudah. Kita sama-sama manusia, kan?” Izzat tersenyum nipis.



“Meluat ar Along ni.” Sekali lagi bahu Izzat ditampar. Lebih kuat dari tadi.



“Where are you going?” Dia menyoal bila Najwa mengorak langkah ke arah pintu.



Paris.” Najwa muka bosan.



By bus or skuter?”



“Beca.”



“Okey. Wish you have a nice trip.”



“Oh, thank you.”



Dear, insan baik hati mana yang jumpa your bracelet?” Pantas Izzat menyoal sebaik saja Najwa memegang tombol pintu. Baru dia teringat, soalannya tadi belum dijawab.



“Orang gila.”



Kening dia bertaut dua saat sebelum sengihan nakal disungging. “Ada jugak orang yang gilakan awak, cik Wawa?”



“Shut.Up!” Bentaknya geram sebelum melangkah keluar. Dum! Satu taman boleh dengar hempasan pintu yang dibuat.



Izzat menggeleng dengan senyuman nakal yang masih tak lekang. Kerja yang separuh jalan kembali disambung. Namun, jarinya terhenti lagi bila otak disapa satu soalan. “Orang gila mana?”

***


“NAH.”



“Thanks.” Gelas yang berisi oren ais beralih tangan. Habis air itu diteguk hanya dengan satu nafas. Dia merengus lagi. Entah yang ke berapa kali. Muka jangan cakap la. Memang sejak tadi tak jernih-jernih. Macam mananya berlapis-lapis kerutan pada dahi, macam tu la berlapis-lapis rasa bengangnya dengan makhluk yang satu tu.



“Hai, segelas air kau telan. Takkan tak sejuk-sejuk lagi kot?” Sindir Aman dengan senyuman lebar. Baju dan seluar yang bertaburan atas katil dikutip dan dimasukkan ke dalam bakul. Biasa la, student memang suka kumpul baju satu minggu, kan? Kalau nak cuci kena tunggu hari minggu. Hari lain? Alasan dia satu je. Sibuk dengan kuliah. Err… ye eh?



“Aku panas giler ar dengan budak tu.” Adu Razin seraya mengepal penumbuk. Muka Najwa yang sedang ketawa terbahak-bahak terbayang di ruang mata.



“Budak mana? Umur dua tahun ke tiga tahun?” Dengan muka blur Aman bertanya. Kerusi disebelah Razin diduduk.



Razin pandang Aman. Tajam! “Kau memang blur atau buat-buat blur, hah?”



“Kau kata budak. Aku nak jugak tau umur budak tu berapa? Kecik-kecik dah pandai buat orang hangin dekat dia. Anak siapa?”



Razin tarik pinggir bibir. Sinis. “Dia sebaya kita je.”



“Oh, sebaya? Bukan budak lagi la tu. Asal? Dia tolak cincin pasar malam kau ke?” Soalan berbaur sindiran ditembak keluar. Aman ketawa bila muka Razin berubah riak. Faham sangat dengan perangai player Malaya yang sorang tu.



“Heh! Kalau ye pun aku nak tambah koleksi, memang bukan dia ar. Langsung tak ada ciri-ciri nak masuk dalam list aku yang berjela-jela tu.” Jujur jawapan itu. Lahir dari hati yang paling dalam. Razin pandang Aman. Muka lelaki itu dipegang. “Cuba kau tatap muka aku, Man.



Aman tersentak dengan permintaan itu namun diikutkan juga. Tak sampai pun lima saat, dia menepis tangan Razin. “Still perfect. Tak ada cacat pun dekat mana-mana. Masih lagi macam muka kau.”



“Itu aku tau. Handsome macam biasa, right?”



Laju kepala Razin dilibas dengan buku Fisiologi. Nasib baik nipis je buku tu. Kalau tak, confirm Razin sewel setahun. “Perasan tak sudah-sudah.”



“Aku bukan nak perasan, tapi itu memang fakta kan?” Balasnya dengan muka megah. Kembang hidung menyedut oksigen. Dada sengaja didabik tinggi. Kempis terus hidung bila bayangan Najwa kembali berlegar di ruang mata. “Man, muka aku ni macam muka perogol ke?”



Tersentap jugak Aman dengan soalan itu. Namun lepas dua saat, dia meletus tawa. “Asal? Polis Bukit Aman suspek kau ke?”



“Tak kelakar la wei.” Razin menghela nafas berat. Aman yang masih ketawa dijeling. “Kau ni macam syok je aku kena cop perogol.” Bengang dia makin bertambah bila melihat ketawa Aman yang macam tak boleh nak henti.



“Takde ar… Aku cuma kagum dengan makhluk terlebih jujur tu je.”



Buk! Kali ni kepala Aman pula yang menjadi sasaran buku. Tapi bukan yang nipis. Tebal dua inci Razin bedal.



“Sakit dowh!” Cepat-cepat kepala yang perit digosok. “Agak-agak ar nak balas dendam pun.” Marah Aman dengan muka tak puas hati.



“Aku tak suruh pun kau gelak macam Sundel Bolong.” Jawab Razin tenang. Tak Nampak langsung rasa bersalah. Hambik kau! Aku lagi bengang dengan minah kalut semacam tu, dia main-main pulak. Jari-jemari diletup kasar. Dia berfikir kembali tentang kejadian di bilik kuliah dua jam yang lepas.



Aksi aku tadi ada nampak macam jahat sangat ke? Tapi memang aku berani sumpah la tak ada niat langsung nak apa-apakan dia. Dia je yang gelabah semacam. Fikiran kolot betul minah tu. Aku selaku pemilik hati yang suci lagi murni ni dituduh perogol? Sumpah aku tak boleh nak terima! Okey, aku setuju memang la aku player. Jahat jugak la kadang-kadang. Tapi kalau nak rosakkan anak dara orang… uih! Memang tak pernah terniat. Tadi tu bukan serius pun suruh dia cium tangan aku. Bergurau sikit je pun. Dia yang sensitive lebih tu asal?



Tapi Razin, bila difikir-fikir balik, gaya kau nak terkam dia tadi tu memang jelas nampakkau macam budak jahat. So, no wonder la kalau dia pandang kau sengan pandangan negatif. Razin mula bersoal jawab dengan diri sendiri. Aman yang terpacak di hadapan dibuat tak endah. Layan otak yang paling penting buat masa ni. Kawan jatuh nombor dua.



“Hah! Termenung la kau sejauh yang mungkin. Aku kat depan pun macam transparent ja.” Nada Aman macam orang merajuk. Yela, bercakap macam tak cukup mulut tapi langsung tak melekat dekat telinga Razin. Dia berdiri menolak pintu bilik. “Aku nak keluar cuci motor ni.” Maklum dia sebelum menutup pintu. Tapi dua saat kemudian pintu dikuak semula. Dia mejengulkan kepala. “Bhai, jujur aku cakap… ciri-ciri seorang perogol langsung tak ada dekat muka kau.”



“Thanks, buddy.”



“Eh? Dengar pulak!”

***

“YAN, cemana ni?”



Cemana apa? Keep looking je la. Selagi tak jumpa, selagi tu kita kena bertapa kat library ni.”



“Nafas aku dah sesak tau tak? Dah dua jam kita berkampung kat sini. Tapi hasilnya tak ada pun.” Selakan pada buku rujukan berkulit tebal semakin laju. Mencari-cari maklumat yang dikehendaki. Namun satu habuk pun tak berhasil.



“Aku pun dah kusut ni. Entah dari planet mana Prof Hajar korek soalan assignment kali ni. Memang tahap luar alam dia punya susah. Dah tu kasi masa tiga hari untuk siapkan pulak tu.” Omel Izyan dengan muka serius. Mata berlari pada susunan buku di rak yang berlabel ‘Electrical Engineering’. Dari aras yang paling atas sampai la aras paling bawah. Satu persatu tak lepas dari tilikan.



“Aku cakap siap, lepas ni kalau ada lagi soalan yang luar alam macam ni kau jangan pelik sebab apa aku jadi tak siuman secara tiba-tiba.”



Izyan ketawa sejenak. “ Aah la. Boleh gila kalau macam ni selalu.”



“Lagi cepat gila kalau fikirkan geng group kita lagi dua orang tu langsung tak terasa nak turun padang derma tenaga.” Tiba-tiba Irdini sakit hati bila terkenangkan Syatul dengan Wana tengah senang hati dalam panggung wayang. Lepas tu sedap je sandar kepala dekat bahu balak masing-masing. Rasa macam nak je baling kepala budak-budak tu dengan wedges lima inci bila dengan selambanya budak berdua tu maklumkan tentang ketidakhadiran mereka di library petang ini. Atas alasan yang memang tak boleh diterima. Namun niat dia terhenti bila ditenangkan oleh Izyan. Sumpah! Kalau tak ada Izyan tadi memang muka perempuan-perempuan tu tak serupa orang dah sekarang ni.



“Relaks ar. Selagi kita mampu nak settle berdua je, lantak la diorang. Kita kutip pahala jugak.” Tenang Izyan bersuara. “Eh, kau pergi ‘google’kan je la. Buku biar aku cari. Lagipun lappy kau tengah tersadai megah dekat hujung sana. Kang hilang, meraung lagi kau.” Kata Izyan yang baru teringat perihal laptop Najwa yang diletak pada sudut paling hujung. Kalau nak hilang pun, tak mustahil.



“Allah! My lappy!” Irdini terjerit bila terkenangkan laptopnya tak bertuan sekarang ni. “Okey, okey! Kau cari buku. Aku pergi research.” Kalut-kalut dia berlari mendapatkan laptopnya. “Fuh! Alhamdulillah, belum hilang.” Seru dia perlahan. Keluhan lega dilepaskan. Kerusi ditarik lalu duduk. Skrin laptop ditundukkan sedikit. Jari- jemari mula memainkan peranan.



Lima belas minit berlalu Izyan muncul dengan empat buah buku tebal ditangan. “Kau dah jumpa belum?”



“Separuh baru. Kau?”



“Aku ada jumpa sikit je la information berkaitan dengan soalan. Tapi nak kena tilik dulu. Kang lari tajuk mati kita.” Izyan duduk di kerusi kosong bertentangan dengan Irdini. Buku-buku tadi disusun penuh atas meja sebelum dibuka. “Eh, kau duduk baik-baik sikit boleh tak? Kang terlentang ke belakang aku cemana? Cakap siap, aku tanak tanggung malu sama-sama.” Bebel Izyan bila melihat temannya menjungkit kerusi kebelakang. Dari empat kaki, dia guna dua kaki.



“Alaa… kalau terlentang pun bukannya nak terselak kain. Aku pakai jean la.” Balas Irdini selamba. Nasihat Izyan diabaikan. Mata setia tertacap pada skrin. “Yes! Got it!” Jeritnya dengan muka ceria bila maklumat yang dicari akhirnya dijumpai.



“Mana? Banyak ke?” Izyan ikut teruja. Dadanya mula rasa lapang.



“Tengok ni… whoaaa…Yannn!!!” Gedebuk! Satu jeritan bergabung dengan bunyi macam kayu balak yang kena tebang menyembah bumi bergema seluruh perpustakaan.



Suasana terus sepi. Buku di tangan terjatuh ke bawah. Izyan ternganga luas. Satu suara pun tak terkeluar dari mulut. Perlahan-lahan dia bangun mengintai ke seberang meja. “Nini…” Serunya tanpa suara. Bagai terkena renjatan elektrik, tubuh dia kaku. Kaki yang terjulur ke atas direnung kosong.



Irdini??? Memang kelu habis.Tak tahu nak buat riak macam mana. Tanpa berlengah lagi dia terus merangkak masuk ke celahan-celahan rak yang tersusun di belakangnya. Dua saat kemudian, perpustakaan itu bergema pula dengan hilaian tawa dari penghuni yang lain. Setelah tiba di tempat yang selamat dari pandangan mata yang lain, dia bersandar pada rak besi di situ. Mata dipejam rapat. “Ya Allah, tolonglah kejut aku dari mimpi ngeri ni.” Doanya perlahan. Sebaik saja mata dibuka, dia gigit bibir. Kuat! “Ini bukan mimpi tapi reality. Mama! Maluuuuuu…” Rengek dia perlahan. Pipi sendiri ditampar berkali-kali. “Waaaa!!! Aku tanak tinggal dekat Malaysia lagi.” Sambung dia lagi. Kelopak mata mula terasa panas. Malu jangan cakap la. Susah nak ditafsirkan tahap apa. Kaki menghentak lantai. Dia mendongkol sendiri.




Ada sebab orang cipta kerusi berkaki empat. Sebab dia dah tahu risiko dia macam mana kalau kerusi hanya ada dua kaki je.”



Suara yang tenang dan garau menampal cuping telinga. Irdini tersentak sekejap. Perlahan-lahan dia berpaling menghadap insan yang berdiri di sebelah.



“Next time, please behave.” Sambung insan itu tanpa membalas pandangan Irdini. Dia mencapai dua buah buku sebelum berlalu meninggalkan gadis itu dengan mata yang terkebil-kebil.



“Hey…” Dia ingin membalas, namun niatnya terhenti bila tubuh lelaki itu hilang di sebalik rak-rak buku yang tersusun kemas. “Macam pernah Nampak. Kenal ke?”



“Nini…” Panggil Izyan separuh berbisik. Satu persatu celahan rak diredah namun baying temannya masih belum kelihatan.



“Yan, sini la.”



Izyan toleh kanan bila terdengar nama dia dipanggil. “Wei, kau okey ke?” Pantas Irdini diterpa.



“Yannnn, malu seyh.” Adu Irdini dengan muka sendu. Hanya tuhan yang tahu betapa malunya dia masa ni. Rasa macam nak invi je sekarang ni. Tapi dia bukan sedang berlakon dalam drama Invisible Man pun.



“Tu la… Aku dah cakap kan tadi. Kau degil. Padan muka.”



“Yannn…”



“Eeeiii!”Izyan tutup kedua-dua telinga. “Boleh tak kau stop merengek panggil nama aku? Sakit telinga tau tak?” Bentaknya geram.



“Yannnn….”



“Urghh!!!”

***


SETELAH proses peminjaman buku selesai, dia berjalan keluar dari perpustakaan. Beg yang si letak atas kerusi berhampiran dicapai dan disangkut pada bahu. Senyuman yang tersembunyi sejak tadi kini diukir nipis pada bibir. Dia tergeleng-geleng. Namun senyuman dia mati bila otak disinggah dengan satu soalan. “Tapi… asal mulut aku tiba-tiba jadi ringan nak tegur orang yang aku tak kenal?”

***********************************************

hope hepy reading... =) *lappy rosak. x tau lg bila boleh post n3 =( *

15 comments:

  1. seyesss!!! akhirny stlh hmpr sbulan mnunggu. huhu.. nk lgggg..

    ReplyDelete
  2. zarith....!!!
    rindu giler kt karya ko,,,,
    lme ak tgu,,,
    penantian yg sgt la berbaloi,,,,
    cite nyer best,,,,
    dan semesti nye ak mau lg,,,

    ReplyDelete
  3. lama dowh aku tungu cita neh! haha
    nice2!

    ReplyDelete
  4. amboi..
    along ka yang tgr tuh..
    da pandai ya

    ReplyDelete
  5. oh.. akhirnya setelah lme menyepi..

    ske3x..

    lelaki yg tegur irdini tu mesti izzat kn..??

    ReplyDelete
  6. Izyan suruh dini pergi google tp knape izyan yg menjerit bila teringatkan laptop dia tersadai kat meja? salah letak nama o saya yg salah baca? btw, n3 ni best jugak...

    ReplyDelete
  7. ah,, comel nye!!
    huhu,,
    sweet lah izzat ni,, haha

    ReplyDelete
  8. hahaha....
    lawak gile....
    2 r pdn muke nini xmo dgr ckp sgt...
    thanx zarith 4 d nice story...

    ReplyDelete
  9. truly deeply rindu kat toucholic...
    enjoy sgt....tq ek

    ReplyDelete
  10. truly deeply miss toucholic...
    tq zarith...
    enjoy sgt...

    ReplyDelete
  11. knape lame sgt.... xsabar la nk tau smbungannye... pleasee...

    ReplyDelete
  12. bestttttttttttttttttttttttt....kelakar!!!!

    ReplyDelete
  13. wahhhh, best-best-best...hihihi, cepatlah sambung, dh x sabar bebenor dh nih...

    ReplyDelete
  14. besh2...x sbo na bca smbungannya..

    ReplyDelete

toucholic

toucholic

Hot N Cold

Hot N Cold
Apa yang terjadi bila air panas bertemu dengan ais cube?

sweet sours

sweet sours
friendship is a sweet relationship

Bila Amar Dah Suka Dia

Bila Amar Dah Suka Dia
Inilah jadinya bila Amar dah jatuh chenta