Chill Out ~~ ^_* (kalau tak suka lagu boleh stop kt atas ni)

new updated!


new n3 :-)

# Hot And Cold (Bab 5)
# Hot And Cold (Bab 4)
# Hot And Cold (Bab 3)

* my new email (YM, FB) :"carl_aryana89@yahoo.com"

(^__^)

(^__^)

Kalaulah Hot n Cold dapat peluang ke untuk ke versi cetak.. apa kata kalian?

Saturday, February 27, 2010

Bila Amar Dah Suka Dia 14

SELESAI saja menyarung baju tidur ke tubuh, Aqilah mengambil tempat di hadapan meja solek. Diri terasa segar setelah bersiram di bawah air hampir setengah jam. Rambut yang masih basah panjang mengurai dibalut dengan tuala sebelum dipusing-pusing dan diangkat ke belakang. Body lotion Nivea dicapai lalu dituang di atas telapak tangan sebelum disapu ke sekeliling lengan dan bahu. Sesekali mata mengerling pintu bilik yang bila-bila masa saja akan dikuak dari luar. Hati sejak tadi sudah tidak tenang. Aqilah menongkat dagu sambil memandang wajah sendiri di dalam cermin.

”Macam mana ni Qilah? Before ni kau tidur sorang-sorang aje dalam bilik. Lepas ni dah berteman. Bertentangan jantina pulak tuh. Orang yang aku tak kenal. Okey, bukan tak kenal. Tapi tak berapa nak kenal. Malu seyh! Dressing pun kena jaga lepas ni. Dah tak boleh nak seksi suka hati. Silap-silap kena pakai baju kurung apa. Adeh...” Omelnya sendiri. Kepala yang tidak gatal digaru-garu. Dalam hati sudah berkira-kira detik Amar bakal menjengul kepala.

Akhirnya penantian yang penuh debaran itu berakhir bila telinga menangkap bunyi pintu yang dikuak perlahan. Tidak lama kemudian, wajah Amar muncul dimuka pintu. Lelaki itu melangkah masuk ke dalam bilik bersama sebuah beg pakaian ditangan. ”Assalamualaikum.” Sapanya lembut kepada si isteri yang sudah tertunduk rapat di meja solek.

”Waalaikumussalam.” Dengan nada yang sama Aqilah menjawab. Kedua-dua tangan dibawa ke bawah meja sebelum digenggam erat. Alahai... Asal aku tak boleh tenang ni? Asal bila dia dekat dengan aku, hati jadi nervous lain macam ni? Asal darah aku macam berhenti mengalir jek?

”Apa yang tak kena dengan botol lotion tu?” Amar yang melihat Aqilah leka merenung botol lotion Nivea macam nak telan itu menegur.

Soalan Amar membuatkan dia tersentak dari bermonolog dalaman sendiri. ”Hah?” Aqilah muka terpinga-pinga.
Kepala didongak. Mata tercari-cari kelibat Amar. Mana dia?

”Cari kita ke? Kat sini la.” Bagai memahami si isteri sedang mencari dia, Amar bersuara.. Dibibir sudah tersungging sebaris senyuman.

Aqilah blushing. Duh! Macam tau-tau jek! Bibir bawah digigit. Walaupun hati terasa berat untuk memandang muka Amar, namun digagahkan juga. Gulp! Air liur yang ditelan terasa kesat bila melihat Amar sudah terlentang megah di tengah-tengah katil.
Katil queen size itu dah cukup padat dengan tubuh dia sorang. Dup! Dup! Dup! Makin laju rate jantung bergerak. Serius ke dia tidur sini malam ni? Sape-sape, tolonglah jawab tak!

“Bila nak tutup lampu ni? Saya tak boleh tidur dalam cerah.”

Gulp! Sekali lagi Aqilah telan liur. Nampak macam serius dia nak tidur sini. Eh, Qilah! Dia dah jadi suami kau okey! Memang sini lah tempat tidur dia. Asal nak suruh dia tidur lain tempat pulak? Hati warasnya berdetik sendiri.

Melihat Aqilah yang masih tidak memberi sebarang respon, mendongak melihat mukanya pun tidak, Amar semakin lebar tersenyum. Hati nakalnya sudah merancang untuk mengusik isterinya itu. “Aqilah, awak selalu selesa tidur sebelah mana? Kanan atau kiri? Saya tak kisah. Mana-mana pun boleh. Asalkan atas katil.”

Ayat-ayat yang dilontar keluar dari bibir Amar itu berjaya meragut jantung Aqilah dari tempat asal. Dah rasa macam melurut ke bawah pun ye. Ada jugak rasa macam nak pecut lari guling-guling masuk bawah katil. Terdetik jugak rasa nak terjun ikut tingkap.Terlintas jugak niat nak menginvisiblekan diri sekarang.
Mata dipejam rapat sebelum dia berbisik perlahan. “Dengan kuasa bulan... tolong invi kan aku...” Nafas dihela lembut bila tidak berlaku sebarang perubahan setelah mantera itu dibaca. Tubuhnya masih setia berada ditempat asal. Bodoh lah kau Qilah! Itu cerita tahyul dalam tv. Yang kau nak practise kat dunia sebenar ni apehal?Dan... muka Aqilah terus blush. Muka yang sudah merona merah itu cuba dikalih bertentangan dengan Amar. Ni kalau Amar tau aku seru mantera yang ntahpape ni mau kena gelak tiga tahun berturut-turut. Haisyh!

Gelagat Aqilah itu sudah menarik tangkal hati Amar. Rasa macam nak gelak kuat-kuat pun ada bila gadis itu tersentap tanpa mampu bersuara. Dia dapat menangkap riak malu di wajah itu. Dan... senyuman nakal masih tidak menghilangkan diri.
Answer me please.” Makin galak dia menyakat.

Kena answer ke? Aqilah makin dihimpit perasaan. Kalau ikutkan hati nak aje aku jawab... ’Awak tidur luar boleh?’ Tak pun, ’saya selalu tidur satu katil sorang-sorang’. Atau pun,’saya nak tidur dengan Lissa boleh?’ Haaa... ini jawapan yang paling ikhlas dari hati aku... ’saya tanak tidur dengan awak! Tidur tempat lain la!’ Nada cakap tu kasi tinggi sikit. Gaya menengking, amacam? Naaa... Tak pasal-pasal tukar status aku malam ni. Terus jadi janda. Heh! Eh Qilah, kau dah melalut sampai ke bulan apehal?

”Saya tanya live kan? Asal awak jawab dalam hati? Mana saya dapat dengar.” Usik Amar lagi bagai memahami apa yang tersirat di hati Aqilah. Sebenarnya, dia sendiri tertunggu-tunggu jawapan yang bakal diberi. Jawapan yang bakal mendorong dia membuat keputusan di mana tempat yang sesuai dia gunakan untuk tidur malam ni.

Ya Allah... Segannya aku. Nak jawab apa ni? Nafas disedut dalam-dalam. ”Err... tidur...tidur...” Ayat seterusnya tidak mampu dilontar. Dahi ditunjal berkali-kali. Jari-jari kaki digerak-gerak laju.
Sumpah! Aku tak tau nak kasi jawapan yang macam mana.

Setelah penat menanti jawapan yang tak muncul-muncul, Amar bangun dari pembaringan. Badan bergerak duduk di hujung katil. Dengan senyuman yang masih setia, dia merenung Aqilah. Gadis itu masih tidak menoleh ke arahnya. Tebal sungguh awak punya malu ye? Tuturnya sendiri. ”Aqilah...” Serunya dengan penuh kelembutan. Mana-mana perempuan yang dengar suara itu sure cair punya lah. Aqilah?

Hailah! Jangan la panggil dengan nada macam tu. Suka sangat kan nak kasi jantung saya berdetak tak tentu hala. Yang aku pun satu. Asal tetiba jek jadi macam ni? Tetiba jek rasa benda yang aku tak pernah rasa before.
Tapi...ini rasa apa ye? Nak diistilahkan dengan perkataan apa? Ah! Tanak ambil pusing boleh? Lagi aku fikir lagi serabut. Lagi dilayan lagi banyak benda yang tak kena.

”Aqilah, tak dengar ke saya panggil ni? Mana telinga? Nak jadi isteri yang derhaka ke?” Lagi lembut dari tadi suara Amar kali ni tetapi berbaur tegas.

Erk! Terkedu hebat! Isteri yang derhaka? Dua kali liur ditelan. Disebabkan rasa gerun terhadap kata-kata Amar tadi, Aqilah menoleh jugak menghadap Amar. Perlahan-lahan mata diangkat mencari sepasang mata redup milik lelaki itu. Terasa bagai muka dipanah kilat bila saja mata mereka bertemu.

”Sini kejap.” Pelawa Amar. Ruang kosong disebelahnya ditepuk mengisyaratkan supaya Aqilah duduk disebelah.

Aqilah sudah seram sejuk. Hah! Sudah... Dia nak buat apa kat aku? Siap panggil duduk sebelah lagi. Qilah, mana kau nak lari?

”Saya nak berborak sekejap dengan Qilah.”

Masih kaku dikerusi itu. Aqilah tengah menimbang sendiri. Perlu ke aku ikut cakap dia?

Don’t worry. I’m not going to touch you.” Tutur Amar yang memahami perasaan seram sejuk isterinya ketika itu. Kalau tak seram, sejak tadi lagi gadis itu berani menatap wajahnya. Ini tidak…sejak dia melangkah masuk ke dalam bilik, Aqilah mempamerkan rasa hati yang telah dialaminya sekarang. Tunduk je semedang. Dengan husband sendiri pun nak malu ke?

Hampir tersembul biji mata dengan kata-kata si suami.
Aqilah mula rasa serba salah. He’s not going to touch me? Okey, aku pegang kata-kata tu. Pegang kuat-kuat! Dengan berat hati bercampur malu, digagahkan jugak kaki mengatur ke arah Amar. Ruang kosong di sebelah lelaki itu diduduk. Kedudukan kain tuala yang terlilit diatas kepala dibetulkan. Cuba untuk menutup rasa hati ketika ini.

Amar tersenyum. Ye! Itulah yang dia buat sejak tadi. Asyik tersenyum saja. Tanpa dia sedar, senyuman itu jugak yang membuatkan Aqilah rasa nak cabut jantung jauh dari tangkal.

Wajah bujur sirih itu direnung lama. Duh! Asal rasa semput lain macam je ni? Suasana dibiar sunyi beberapa minit. Amar cuba menyusun kata. “Apa yang awak rasa sekarang ni?” Intro perbualan sudah dimulakan.

”Maksud awak?” Soal gadis itu kembali. Pandangan jatuh pada kaki yang masih merah terang dengan warna inai.

Amar tarik nafas panjang sebelum dihembus perlahan. ”Dengan hati awak...dengan saya...dengan hubungan kita...dengan perkahwinan ini... Apa yang awak rasa?”

Terdiam Aqilah bila mendengar soalan itu. Dia berfikir sendiri. Apa yang kau rasa, Qilah? Entah. Yang pasti aku belum masih boleh terima perkahwinan ni dengan sepenuhnya. Tapi, wajar ke aku jawab macam tu? “Qilah... Qilah tak tau nak jawab apa.” Hanya itu ayat yang paling sesuai disuarakan.

Amar tarik senyum. Hambar. ”Nampak sangat awak tengah pendam feeling sendiri. Cuba confess apa yang Qilah rasa. Kalau Qilah pendam aje, macam mana saya nak tau?” Dan... yang penting macam mana aku nak handle relationship ni? Penting untuk aku memahami perasaan dia sebelum memulakan kehidupan bersama. Dah jadi tanggungjawab aku sebagai ketua keluarga untuk memimpin ssebuah masjid yang terbina.

Kedengaran keluhan kecil yang terlepas dari bibir mungil itu sebelum dia bersuara. ”Tak tau nak cakap macam mana. Qilah takut awak terasa dengan pengakuan Qilah nanti. Qilah tanak sakitkan hati awak. Qilah tanak jadi isteri yang derhaka.” Dengan penuh kesopanan dan rasa hormat dia menutur.

Giliran Amar pulak mengeluh. Keluhan lega. Amar berasa lega bila Aqilah sudah mula mahu membicarakan rasa hati terhadap dia. “It’s okay.
Just say it. Confess aje apa yang terpendam dalam hati, apa yang terlintas dekat kepala. I’ll accept your condition, your decision. InsyaAllah.” Janji Amar bersungguh-sungguh. Cakap lah apa saja. Minta la apa pun. Tapi tolong jangan minta saya lepaskan awak. Sungguh saya tak mampu! Berkali-kali Amar berdoa meminta pada Tuhan agar perkara yang amat digeruni itu tidak berlaku pada dia dan Aqilah. Mintak dijauhkan.

Aqilah sudah gelabah dengan pengakuan jujur Amar itu. ”Tapi Qilah langsung tak terlintas untuk menamatkan our relationship. Langsung tak. Awak jangan salah faham. Qilah tak bermaksud macam tu. Cuma... cuma Qilah...”

Bertambah lega Amar dengan kata-kata itu. Hatinya yang gusar tadi bertukar tenang hanya dalam beberapa saat. Alhamdulillah... Serunya sendiri. ”Go on...” Katanya bila Aqilah tetiba mendiamkan diri. Hati sudah tidak sabar untuk mendengar bicara seterusnya.

”Qilah...err... Kalau Qilah cakap awak jangan kecik hati tau.” Pesan gadis itu seraya memandang Amar dengan pandangan berharap. Berharap supaya Amar dapat terima apa yang bakal dia luahkan sebentar lagi dengan hati yang terbuka.

Amar hanya mengangguk dua kali seraya tersenyum sebagai jawapan.

Mata dipejam sekejap. Nafas pula disedut panjang. Cuba mengumpul semangat. “Awak tau kan yang Qilah belum bersedia nak jadi isteri orang buat masa ni? Qilah pernah bagitahu awak kan sebelum kita kahwin?” Dengan penuh berhati-hati Aqilah bersuara.
Yang dia paling risau sekarang, kalau Amar terasa hati dengan pengakuan dia. ”Awak, kenapa diam? Awak touching eh dengan apa yang Qilah cakap? Qilah minta maaf.” Cepat-cepat Aqilah berkata bila Amar hanya mendiamkan diri. Lelaki itu terdiam tanpa kata sambil merenung lama ke arahnya. Hati sudah jadi serba salah. Aqilah mula menyesal dengan pernyataannya itu. ”Okey, Qilah tarik balik kata-kata tadi. Qilah mintak sorry. Truly sorry.”

Amar ketawa tetiba. Riak muka Aqilah ketika itu betul-betul menggelikan hati. ”Asal nak mintak sorry pulak?”

”Sebab tanak jadi isteri derhaka.” Jawab Qilah dengan nada sayu.

”Saya tak pernah terfikir nak anggap Qilah macam tu.”

”Dah tu kenapa awak diam jek?”

“Saya usik sikit pun dah gelabah. Saja je nak test.”

Test apa macam tu? Kasi test yang logik sikit tak boleh ke? Saja je buat orang cuak.” Aqilah menjeling Amar bersama renungan tajam. Sedikit bengang dengan lelaki itu.

“Hahaha.” Amar pecah tawa lagi. ”Sape suruh dia cepat cuak? Kita gurau aje pun.”

Sudahnya Aqilah pulak yang membisu. Agak malu jugak dengan telatah sendiri. Cepat cuak! Tak pasal-pasal salah satu dari kelemahan aku dia dapat tau.

Amar terus berlagak serius bila Aqilah sudah berubah wajah. Kelat! Senyuman nipis pula yang dipamer. ”Berbalik semula pada perbincangan tadi...”

”Tolong jangan formal, boleh?Awak bukan dalam meeting pasal projek besar company ke apa sekarang ni yang nak formal ambil hati client. Awak tengah bercakap dengan saya aje pun. Tak penting nak ambil hati bagai.”

”Bagi saya, meeting ini lagi penting dari meeting pasal projek berjuta-juta tu.” Lembut Amar menutur. Mata bulat Aqilah direnung dalam-dalam.

Tersentak dengan sebaris ayat itu. Aqilah mula berdebar. ”Maksud awak?”

”Tak ada maksud.”Amar terus melarikan matanya bila mata mereka bertembung. Cuba mengawal denyutan jantung yang semakin menjadi-jadi. Dia tergeleng-geleng sambil tersenyum. ”Qilah, dengar sini. Saya terima keputusan Qilah. Saya faham feeling awak. Saya tak akan paksa Qilah untuk terima hubungan kita.
Saya tahu Qilah perlukan masa. Saya pun. Kita sama-sama kena kasi ruang kat diri sendiri. Ambil lah berapa banyak masa pun yang Qilah nak, saya tak kisah. Even kita still belum dapat hidup seperti suami isteri, why not kita jadi kawan dulu? Kenal hati budi masing-masing. Cuma satu je yang saya nak mintak.”

”Apa?” Laju Aqilah menyoal. Mukanya sudah berubah pucat.Jangan mintak yang bukan-bukan sudah. Sambungnya dalam hati. ”Awak cakap nak kasi masa dekat Qilah untuk terima semua ni.”

”Betul la apa yang saya cakap tu. Yang awak nak pucat tetiba ni kenapa? Saya bukan nak minta benda yang pelik-pelik pun. Haaa... jangan-jangan awak fikir saya nak...”

”Okey, shut up.” Bila terpandang senyuman nakal diwajah Amar membuatkan Aqilah rasa macam nak terbang laju naik ke atas langit. Nak lari jauh dari lelaki itu. Haaaa.... Asal kau suka malukan diri sendiri, Qilah? Hujung lidah digigit kuat.

Tersembur ketawa Amar bila mengagak mereka sedang berfikir benda yang sama. ”Jauhnya awak berfikir.”

”Apa? Saya fikir benda lain lah.” Nafi Aqilah dengan nada tegas. Haisyh! Malu seyh!

”Benda apa?”

”Amar, tolong serius.”

”Saya dah habis serius tadi. Awak yang buat saya gelak. Salah sape?”

“Amar...”

“Okey...okey. Saya serius.” Cepat-cepat Amar tarik muka serius. Ketawa hilang. Senyuman lesap.

“Apa yang awak nak?”

“Andai kata satu hari nanti, Qilah dah jatuh cinta dengan saya... please let me know. Will you?”

“Haaaah???” Kali ini memang jantung Aqilah dah melurut ke lantai. Ternganga luas dia dengan permintaan itu. Mata terkebil-kebil merenung Amar.

“Tengok. Cakap sikit pun dah cuak. Gelabah macam ni. Rilex la. Maksud saya KALAU... Kalau perkara tu berlaku tolong bagitahu saya.”

Telan liur berkali-kali. Aqilah masih berada di dalam situasi tersentak. ”Kenapa?”
Antara dengar dengan tidak dia bertanya.

”Sebab saya perlu tahu.”

”Itu aje alasan awak?”

Dua kali Amar mengangguk. ”Will you?”

”InsyaAllah.” Hanya itu yang mampu Aqilah membalas ketika ini.

”Thanks a lot...” Ujar Amar seraya berdiri. Sekilas senyuman ceria dihadiahkan kepada isterinya. Dia tunduk mencapai beg pakaian yang berada dihujung kaki. Langkah diatur ke arah pintu bilik.

”Awak nak ke mana?” Laju Aqilah bertanya.

”Nak pergi tidur la. Dah lewat ni.”

”Tidur kat mana?”

”Beranda depan rumah.”

”Huh?”

Ketawa kecil. ”Tidur dengan Am and Azmi. Dah orang tu tanak kasi kita tidur sini. Nak buat macam mana kan? Nama je dah kahwin. Tapi kena berlagak bujang.” Kata Amar pura-pura merajuk.

Aqilah tunduk rapat ke bawah. Sentap dengan kata-kata itu. ”Awak buat Qilah rasa bersalah.”

”Eh, saya tak bermaksud macam tu. Gurau aje. Sorry kalau Qilah terasa.” Amar mula menyesal dengan gurauan sendiri. Amar, nak bergurau pun agak-agak ar.

Again... Qilah mintak maaf. Kalau awak nak tidur sini, tak apa la. Qilah tak kisah.”

”Ikhlas ke?”

Lambat-lambat gadis itu mengangguk. Ikhlas ke aku?

”Qilah, pandang saya kejap.”

Permintaan Amar dituruti.


Lama mata itu ditatap. Amar tersenyum nipis. “Atuk cakap, kalau nak buat sesuatu harus lah dengan penuh keikhlasan. Bukannya buat hanya sekadar nak jaga hati orang.”

Ark! Aqilah gigit hujung lidah. ”Aa...”

”Atuk cakap, kita tak boleh paksa orang ikut kemahuan kita kalau orang tu tak nak atau berat hati.”

Entah kenapa Aqilah terasa sayu dengan ucapan itu. ”Amar, Qilah...”

“Atuk cakap lagi, kita kena hormat pendirian orang lain kalau kita nak orang hormat kita.”

”Amar...”


”Amar tak kan paksa Qilah selagi Qilah belum bersedia untuk terima Amar dengan rela.”

”Amar...”

Don’t worry. Amar tak anggap dan tak akan anggap Qilah sebagai isteri yang derhaka.”

”Amar...” Aqilah sudah sebak. Amar bagai memahami apa yang berada difikirannya.
Amar juga merupakan suami yang understanding.

“Amar faham. Amar terima. Qilah jangan risau.” Ucapnya lembut. “Kejap lagi Amar suruh Lissa tidur sini. Kalau orang lain tanya kenapa kita tak tidur sekali, cakap tak cukup bilik tau. Memang tak cukup bilik pun. Tak kan nak suruh Lissa tidur dengan Am dan Azmi. Sangat tak logik. Maunya meraung budak tu karang.” Dalam situasi itu, sempat lagi Amar bergurau.

Dan gurauan itu berjaya membuatkan Aqilah tergelak kecil. Ketawa lesap terus bila Amar melangkah merapati dia. Aqilah cuak.

Tanpa sebarang kata, kepala Aqilah disentuh lembut. ”Good night. Mimpi Amar malam ni ye.” Ucapnya lembut sebelum berlalu meninggalkan Aqilah yang terpinga-pinga di situ.

Aqilah menghantar Amar dengan pandangan mata sehingga bayang lelaki itu sudah tidak kelihatan. Fikirannya mula menerawang. He’s very awesome.

”Beb!”

”Huh!?” Terkebil-kebil Aqilah bila disergah Lissa yang entah bila muncul terpacak di hadapan dia.

”Kau dahsyat la Qilah.” Kata Lissa dengan muka tak beriak.

”Asal?”

”Ye la. Malam pertama dah kena tinggal dengan suami sorang-sorang kat bilik pengantin. Apa kau dah buat?” Soal Lissa mendatar. Tadi dia betul-betul terkejut bila disuruh oleh Amar tidur dengan temannya itu malam ni. Bila ditanya kenapa, lelaki itu hanya tersenyum.Faham lah dia dengan gaya senyuman itu. Tak lain tak bukan, mesti Qilah buat hal.

”Gaya kau tanya macam tak faham aku je.”

Lissa tarik sengih lebar-lebar. “Mana boleh tak faham. Aku tau. Saja je nak sakat. Kau bertuah tau Qilah.” Lissa sudah menapak mendapatkan katil.

”Sebab?”

”Dapat husband sebaik Amar. Ingat senang ke nak cari suami yang faham feeling kita? Kau memang bertuah.”

”Aku tau.”

“Tau pun. So, sampai bila?”

Kening kanan dan kiri bertemu tanda dia tidak memahami maksud soalan itu.

”Sampai bila kau nak elak dari kongsi bilik dengan dia? Sampai bila korang nak macam ni?”

”Aku tak tau.” Lemah suara itu. Sungguh dia tak tau. Yang dia tau, rasa bersalah terhadap Amar semakin membukit. Berdosa kah aku?

”Hmph!” Lissa mengeluh agak kuat. ”It’s up to you la, beb. Kau dah jumpa your prince charming. Rugi besar kalau kau lepas. Ikhlas aku kasi nasihat ni.”

Prince charming? Amar ke orang tu? Tersenyum nipis. Entah! Malas nak fikir. Tidur lebih baik. Suis lampu dipetik. Serta merta suasana cerah bertukar gelap. Aqilah membaringkan diri disebelah Lissa. “Lissa.”

“Hmm.”

“Aku rasa percent rasa senang aku dekat Amar dah menaik la.”

”Naik berapa percent?” Sibuk aje Lissa nak tahu.

Twenty percent kot.”

Twenty percent jek?”

”Cukup la tu.”

”Itu rasa senang. Rasa cinta berapa percent yang naik?”

“Ha! Mula la tu nak melalut sampai ke bulan. Tidur la Lissa.”

“Berapa? Jawab la, beb.” Lissa mula merengek. Lengan Aqilah ditarik-tarik.

”Lissa... tidur.”

”Qilah, bagitahu la. Aku janji aku keep the secret.”

”Banyak la kau punya secret.”

”Qilah.”

Good night.” Bantal panjang dipeluk erat. Aqilah pejam mata rapat-rapat. Malas nak layan kerenah Lissa.

Beb...”
____________________________________________________________________________________

p/s :- n3 ni mcm jiwang jek? korang la nilai sndiri.. heee... sory kalu n3 ni boring. idea keluar mcm nak tak nak jek. thnks 4 ur waiting. hepy reading... :)

:- zatie... my hutang kira dah langsai ok even lambat sikit...hehe.. ^_*

toucholic

toucholic

Hot N Cold

Hot N Cold
Apa yang terjadi bila air panas bertemu dengan ais cube?

sweet sours

sweet sours
friendship is a sweet relationship

Bila Amar Dah Suka Dia

Bila Amar Dah Suka Dia
Inilah jadinya bila Amar dah jatuh chenta