Chill Out ~~ ^_* (kalau tak suka lagu boleh stop kt atas ni)

new updated!


new n3 :-)

# Hot And Cold (Bab 5)
# Hot And Cold (Bab 4)
# Hot And Cold (Bab 3)

* my new email (YM, FB) :"carl_aryana89@yahoo.com"

(^__^)

(^__^)

Kalaulah Hot n Cold dapat peluang ke untuk ke versi cetak.. apa kata kalian?

Monday, March 29, 2010

Bila Amar Dah Suka Dia 15

RUMAH kampung bawah batu atas papan itu riuh dengan suara sanak-saudara sebelah pengantin perempuan. Beberapa orang kanak-kanak ligat bermain di halaman rumah menambahkan lagi keriuhan dengan jeritan mereka. Aqilah dan Lissa bertungkus-lumus berkemas di dapur. Ibu dan ibu-ibu saudara Aqilah sudah ke rumah Imam Malik menolong untuk kenduri yang bakal dilangsungkan lusa.



”Qilah, suami kau tu tak lapar ke? Amar belum makan lagi kan? Dari tadi aku tengok asyik menghadap tv je.” Tanya Lissa sambil menjenguk sedikit kepala ke arah ruang tamu. Amar sedang bersantai di atas sofa sambil memegang remote controller ditangan.



”Tak tau.” Pendek jawapan itu. Mangkuk besar disusun dengan penuh berhati-hati di sebelah almari.



”Tak tau!?” Luas mata Lissa mendengar jawapan selamba dari temannya. ”Kau pergi tanya Amar dia nak makan ke tak.” Tu dia... Lissa dah mula lepas volume.



”Kau je la pergi tanya.Aku sibuk ni.” Pinggan yang sudah disusun oleh Lissa diangkat lalu di letak di atas meja. Isyh! Segan la aku nak tanya dia. Dah besar pandai la cari makan sendiri. Bukannya budak kecik lagi yang aku sibuk-sibuk nak tanya. Apa dia ingat dia tu... Cup! Cup! Aqilah terkaku bila sesuatu bermain di minda. Dia tu... suami kau Aqilah oi! Suami! Dah tu? Tak reti-reti nak jalankan tanggungjawab sebagai isteri? Tudung diatas kepala dibetulkan sebelum dia mengorak langkah menuju ke ruang tamu. ”Yela-yela... Aku pergi tanya.”



***



SEMPAT dua kali air liur ditelan sebelum bibir mungil itu bergerak ingin mengeluarkan suara. ”Awak, nak makan ke?” Lembut suara itu dilontar.



Suara itu menggamit pandangan Amar yang sedang leka dengan skrin di hadapan. Muka Aqilah direnung. Sebuah seyuman dihadiah buat si isteri. ”Ingat tanak tanya dah tadi.”



Erk! Err...aa..hmm... ”Sorry tak sempat nak tanya. Busy kat dapur.” Betul busy ni. Lepas bangun subuh pagi tadi terus menghala ke dapur. Berkemas apa yang patut. Biasalah kalau kenduri. Hal sibuk-menyibuk ni mesti wajib punya la. Nak-nak lagi kaum hawa. Bukan macam awak. Orang lain sibuk buat kerja, boleh pulak dia sedap-sedap melepak tengok tv? Budak bandar memang macam ni ke?



Senyum lagi. Wajah Aqilah yang tertunduk resah itu ditatap. Halahai hati... Kalau ikutkan aku, nak je aku peluk dia kuat-kuat. Tapi... Eh Amar! Miang ye? ”Saya lapar.” Katanya lagi sambil mempamer muka manja. ”Dari pagi tak makan apa lagi.”



”Dari pagi?” Terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan. ”Kenapa tak cakap?” Orang lain dah tiga empat kali makan, dia sorang je yang belum?



Tanak ganggu awak buat kerja.”



“Laa... cakap je la. Tadi orang makan tengah hari awak ke mana?”



”Tawaf satu kampung.”



”Dengan sape?”



”Darwish, Am dengan Azmi.”



”Dah tu mana diorang?”



”Keluar pekan kejap. Am nak cari deoderen.”



”Awak tak ikut?”



”Kalau ikut tak ada la saya kat sini.”



Toink! Toink! Sebiji bola bowling menghempas kepala. Aqilah termalu dengan soalan sendiri. ”Nak makan?”



”Kalau ada orang sediakan boleh jugak.” Amar tayang muka simpati. Bibir bawah dijuih. Manja dengan isteri sendiri tak salah kan?



Gadis itu menghela nafas. ”Kejap saya sediakan makanan.”



”Nescafe ais satu ye. Kicap wajib ada. Sudu denga garfu mesti. Air cuci tangan pun.” Pesan Amar sebelum Aqilah berpaling ingin berlalu pergi.



Ewah! Ingat ni Ali Corner ke hapa suka hati nak order itu ini.



***



”ASSALAMUALAIKUM...”



”Waalaikumussalam.” Tiga kepala yang berada di halaman rumah menjawab serentak salam si tetamu dan tiga pasang mata terpaku pada sebatang tubuh yang sedang berdiri di hadapan mereka.



Tangan kanan dihulur. ”Syahir.” Dia memperkenalkan diri.



”Azmi.” Salam Syahir disambut oleh Azmi terlebih dahulu.



”Izham. Am.” Kemudian Izham di sebelah. Senyum segaris. Mesra itu penting okey!



”Amar.” Ujar Amar bila tangan Syahir sudah menghala ke arahnya. Dua tangan bersalaman.



So, ni la husband Cekebom?”



”Cekebom?” Kening bertaut tanda hairan. Senyum ceria turut disungging sebelum mengangguk. Sape mamat ni? Saudara Qilah ke? Hari kenduri takde nampak pun.



”Syah!”



Panggilan itu meraih perhatian empat pasang mata. Haji Azman sedang berjalan ke arah mereka sambil tersenyum lebar. Syah?



”Assalamualaikum, paklong.” Dengan penuh kesopanan Syahir menyapa Encik Azman. Tangan lelaki itu dicium mesra.



Salam Syahir dijawab. Tubuh lelaki itu diraih ke dalam pelukan. ”Kamu apa khabar? Lama tak balik sini.” Pelukan terlerai.



”Alhamdulillah... Syah sihat-sihat je paklong. Semua orang apa khabar? Tu la... Lama tak balik kampung. Sibuk sangat. Ni pun curi-curi balik.”



”Sibuk sungguh la kamu ye. Eh, dah jumpa suami Qilah?” Mata Haji Azman terarah pada Amar yang tengah pamer muka tak faham.



Otaknya masih berligat berfikir siapa Syahir dengan keluarga isterinya. Nampak mesra betul layanan bapa mertua aku kat dia. Dia sape?



”Dah.”Senyuman dilontar sekilas kepada Amar sebelum sneakers ADIDAS yang tersarung di kaki ditanggal. Kaki kanan melangkah ke dalam rumah. ”Mana dia pengantin kita paklong?”



”Cekeding!!!” Bergegar satu rumah dengan jeritan yang tetiba muncul dari dapur. Aqilah berlari anak mendapatkan Syahir yang baru melangkah masuk ke dalam rumah.



”Hoi Cekebom!” Balas Syahir dengan gaya yang sama. Teruja!


Haji Azman menggeleng dengan telatah dua sahabat itu. ”Syah, kamu masuk la dulu. Paklong nak ke rumah Imam Malik. Dia pun nak buat kenduri kahwin lusa. Qilah, sediakan makan dekat Syah ni.”



”Baik, bah.” Balas Aqilah lembut sebelum Haji Azman berlalu meninggalkan mereka di situ.



Amar makin keliru. Terkejut pun ada dengan aksi Aqilah yang belum pernah dipertontonkan itu. Asal isteri aku boleh teruja lain macam dengan mamat ni? Izham dan Azmi yang turut tak tau apa itu memandang antara satu sama lain. Masing-masing jungkit bahu.



”Ingat lagi kau jalan balik sini.” Kata Aqilah dengan muka dengan senyuman ceria. Syahir Nazmi Abdul Halim. Satu-satunya teman lelaki yang paling rapat dengan Aqilah sejak kecil. Boleh dikatakan mereka berdua sehati sejiwa. Hampir dua tahun mereka tidak bertemu. Selepas kedua-dua ibu bapa Syahir meninggal dunia dua tahun lepas, lelaki itu langsung tidak pernah menjejakkan kaki di kampung itu. Hanya telefon yang menghubungkan mereka. Itu pun sekali dalam setahun.



”Kau perli aku eh? Seligi kang.” Gertak Syahir pura-pura marah.



Aqilah menghembur tawa. ”Bajet aku tak boleh seligi balik. Weyh, asal kau baru balik hari ni? Hari kenduri semalam. Ke kau silap tengok tarikh?”



Syahir ketawa kecil. ”Sorry ar Cekebom. Aku tak dapat cuti hari kenduri kau. Member aku dah ambil cuti. So, takde sape yang boleh ganti aku.”



”Kau macam ni la. Kenduri member sendiri kau tak datang. Sampai hati betul!” Nada Aqilah kedengaran merajuk. Bibir bawah dijuih. Muka nampak sedih. Drama sikit. Heh!



”Weyh, sorry ar. I’m dead busy lorh.” Syahir memujuk dengan tone habis lembut. Muka Aqilah yang dikalih bertentangan dari pandangan direnung sayu. Betul ke kau dah kahwin Qilah? Detik hatinya. Nafas dihela lembut. Susahnya nak percaya.



Haisyh! Who is he to Aqilah? Hati Amar berdesis sendiri. Tangan di bawa ke pelipis sebelum diurut lembut. Hati jadi tak keruan. Bahang cemburu mula menular. Kemesraan yang ditonjolkan oleh dua insan itu betul-betul membuatkan dia tak senang hati. Nak-nak lagi cara panahan mata Syahir terhadap Aqilah semacam je. Macam ada makna yang tersirat. Amar, apa ni?



Izham di sebelah yang perasan tentang kegusaran si sahabat itu menyengih. Amar sudah panas lorh! Mukanya didekatkan ditelinga Amar. “Bai, what’s going on? Mesra gila diorang. Pakwe lama dia ke?”



“Boleh jadi jugak.” Azmi ikut mencelah. Sengaja ingin menduga perasaan Amar yang dah macam ikan keli kena panggang time kemarau. Izham yang mencuit lengannya dikerling bersama sengihan lebar. Dua pasang kening berjungkit.



”Shut.Up!” Amar kawal frekuensi suara. Dua makhluk yang mengapit kiri kanan disiku. Kata-kata Izham itu direnung dalam-dalam. Her ex-boyfriend? Isyh! Tak kan kot? Asal main cakap kau-aku? Tapi... gaya mesra lain macam jek! And one more thing... Cekebom? Cekeding? Serius aku pelik!



“Eh, Cekeding! Apehal terpacak kat depan pintu ni? Masuk jom?” Syahir digamit agar melangkah mengekorinya. ”Eh?” Mata tertancap pada beg kertas yang dipegang oleh Syahir. Laju beg itu dicapai. ”Apa ni?”



”Kau ni memang kan? Main sambar ikut suka je.” Omel Syahir yang sudah dengan muka straight. Perangai tak berubah langsung. Isteri orang apa kalau macam ni punya gaya? Sofa kosong diruang tamu diisi.



”Eh!??” Pandangan dihala ke dalam beg kertas ditangan. ”Hadiah kahwin aku ke?”



”Blah ar! Dah tau lagi mau tanya.” Syahir mencebik.



Gadis itu ketawa riang. ”Thanks yeah!” Ucap Aqilah ceria. Senyuman dari tadi tak jemu-jemu dihadiahkan buat sahabat tercinta. “Gila lama tak jumpa kau. Rindu weyh!”



Zapp! Tersentak hebat Amar dengan luahan yang terbit dari bibir isterinya. Rindu!!!??? Air liur yang ditelan tersekat-sekat. Dah macam telan pasir pun ada. Tak boleh jadi ni. Amar, move! Pantas Amar turun dari beranda menuju ke ruang tamu. Dia duduk mengambil tempat di sebelah Aqilah. ”Kencangnya berborak. Sampai lupa orang sekeliling ye.” Sengaja Aqilah disakat. Nak sedarkan si isteri bahawa masih ada orang lain selainmereka berdua di dalam rumah ni.



Kali ini giliran Aqilah pulak yang tersentak hebat. Ni turun dari langit mana pulak nih? Dah tu rapat bukan main. Haisyh! Tak selesa betul. Tubuh Amar yang betul-betul dah melekat ditubuh cuba ditolak sedikit. Namun gagal bila lelaki itu langsung tidak bergerak dari tempatnya.



”Apa nama tadi? Cekeding?” Amar sudah mulakan sesi beramah mesra dengan Syahir yang sudah keruh air mukanya. Mungki tidak selesa dengan kehadiran Amar diantara dia dan Aqilah. Apa kau ingat aku nak biar je korang berborak? Berdua? Mimpi tengah malam sikit la, bro!



“Syahir. Panggil Syah je.” Senyuman nipis dikupas.



“Dah tu Cekeding tu apa?” Korek Amar. Korek! Korek dalam-dalam sikit.



”Oww.” Ketawa Syahhir dan Aqilah terburai serentak. ”Nickname yang budak tu kasi dari kecik.” Sambung Syahir. Jari telunjuk ditudung ke muka Aqilah.



”Sape suruh kau kurus sangat masa budak-budak dulu? Kan dah lekat nickname sampai sekarang.” Celah Aqilah dengan sisia tawa. ”Eleh! Kau panggil aku Cekebom tak kecoh pun.”



”Sebab kau chubby dulu.”



”Dulu. Sekarang dah tak kan?”



”Sikit la.”



”Sikit? Kurus apa macam ni. Kau je yang buta fizikal.”



“Eh? Sedap sangat mulut mengata aku.”



Pecah tawa. ”Asal? Sentap ke?”



”Langsung tak!” Syahir menjelir lidah kepada Aqilah. Rindunya la saat-saat ni. Lama benar mereka tidak melepak bersama. Aqilah masih tidak berubah. Perangai dia, muka dia, senyuman dia semua masih macam dulu. Cuma satu je yang berubah. Status! Ye, temannya itu sudah bergelar isteri kepada seorang lelaki yang bernama Amar Taqiuddin.



Tiga minggu lepas, hampir saja dia pitam bila terpandang sebaris nama yang amat dikenali dan dalam diam dicintai tertera pada sekeping kad kenduri yang berhias cantik. Luluh perasaan teramat sangat ketika itu. Sape boleh ketawa riang kalau orang yang dicintai walaupun dalam diam tetiba je nak kahwin dengan orang lain? Sakit dowh!



Memang mereka teman, memang mereka rapat. Tapi tanpa Syahir menduga, perasaan kasih sayang terhadap Aqilah yang mulanya hanya sebagai kawan berubah entah bila masa bercambah melebihi dasar kawan. Cinta! Sungguh dia cintakan Aqilah. Dan yang dia tahu perasaan itu mula berubah ketika mereka sama-sama belajar di sekolah menengah. Sudah banyak kali dia cuba untuk meluah tapi tidak mampu. Risau kalau Aqilah lari jauh dari dia. Dan kini... gadis itu betul-betul sudah pergi jauh dari dia.Syahir mengeluh lagi.



”Fizikal dah macam bapak budak, perangai still macam budak.” Suara gadis itu mematikan lamunan Syahir.



”Habis, kau tu matang sangat la eh? Bajet!”



Erk!? Asal tetiba terasa macam aku patung kat tugu negara je sekarang ni? ”Korang memang rapat eh?” Amar cuba menyelit lagi. Mana tahan beb tengok diorang mesra macam ni. Kawan tak tak kawan. Isteri tetap isteri. Dan sebagai suami, tipu la kalau aku tak tergugat even sedikit. Banyak lagi ada la. Tangan bergerak ke atas kepala Aqilah. Lipatan tudung si isteri yang sudak terkepek dibetulkan.



Aiyakk! Ternganga sedikit gadis itu dengan perbuatan Amar yang romantik tak kena tempat. Kalau Syahir tak ada kat situ, rasanya dah lama dia angkat kaki meninggalkan Amar di situ.



”Err... Kitorang kawan dari kecik. Eh, aku nak solat.” Bingkas Syahir seraya berdiri. Kemesraan Amar terhdap Aqilah makin membuatkan dia dihimpit perasaan.



”Naik bilik Darwish.” Ujar temannya itu sambil menjungkit kening dua kali.



Still bilik yang dulu?”



”Tak ada apa yang berubah kat rumah ni.”



Ada.”



”Apa?”



Your status.”



”Cekeding!!!” Aqilah menjegil mata. Luas!



Ketawa lagi. ”Aku lapar lorh. Ada apa-apa makanan tak?”



”Kau naik solat dulu. Aku sediakan makan.”



Dear... sediakan untuk abang sekali.” Satu suara mencelah diantara Aqilah dan Syahir.



Sungguh la Aqilah terkedu dengan gelaran yang diterima. D...de...dear? Abang? Si Amar ni dah kena sampuk ke hapa?



Dan di sebalik pintu utama rumah, dua lelaki memasang telinga sejak tadi sedang ketawa terguling-guling. Azmi pegang perut. Izham tepuk dinding.



”Amar panas, bai.” Bisik Izham kepada Azmi. Lelaki itu hanya mengangguk mengiyakan sebelum meyambung tawa.



“Naik dulu.” Syahir melangkah laju meniti anak tangga ke tingkat atas pelbagai rasa.



“Bukan awak dah makan ke tadi?” Soal Aqilah. Muka Amar ditenung. Baru je satu jam lepas dia menghidangkan makanan kepada lelaki itu. Takkan dah lapar balik kot?



”Lapar lagi.” Amar muka manja. Mata dikelip-kelip sambil tersengih comel.



”Yela-yela. Saya sediakan untuk awak sekali.”



Dear. Kitorang pun lapar jugak.” Suara Azmi dengan Izham yang baru melangkah masuk ke dalam rumah bergema serentak. Masing-masing tersengih nakal.



Aqilah makin blush! Tiga-tiga sama je perangai!”Okay.” Katanya sepatah sebelum melulu masuk ke dalam dapur.



”Dear, hebat la kau.” Izham tepuk belakang Amar.



”Abang, panas hati ke?” Sela Azmi pula.



“Dear, chill ar. Si Syahir tu budak je pun.”



“Abang, diorang kawan je tu. Rilex ar. Jangan gelabah.”



“Dear...”



“Diam sebelum aku lempang!”



Dan... satu rumah bergegar dengan gelak ketawa dua lelaki.


**********************************************************8

here new n3 BADSD... hepy reading.. HnC? coming soon... InsyaAllah... (^_*).. hepy reading....


p/s :- 1 test esok.. wish me luck okeh? makaseh...

Monday, March 8, 2010

Aku Dizwan Kau Darwin

HMMPH~~ Dia mengeluh lagi. Entah yang ke berapa kali pun dia tak tau. Yang pasti sejak lebih dari satu jam yang lepas dia dipaksa duduk disitu bertindak sebagai pendengar setia. Kedua-dua tangan menongkat dagu.Mata tepat menala pada sepasang mata bulat yang tengah bersinar-sinar menghadap dia. Sesekali mulut terkumat-kamit mengikut bait-bait kata yang keluar dari bibir mungil yang tengah rancak berbicara tanpa henti. Tetiba mata terasa berat lain macam. Kepala sudah tunduk mencecah meja. Suara yang riuh rendah itu sayup-sayup menyapa telinga. Pandangan menjadi samar... samar...samar...dan terus gelap!


”Wan!”


”Hoi!” Mata yang berat tadi terus terbuntang luas bila terdengar namanya dilaung kuat. Rasa kantuk ya amat pun lesap bila belakang kepala dilibas dengan komik Wasabi 2. ”Apehal main kasar ni? Sakit arrr!” Omelnya dengan dahi berkerut seribu. Budak yang berada di depan dia ditenung macam nak telan.


”Padan muka! Asal kau buat aku macam orang gila?” Hembur si gadis lantang. Tenungan yang sama dibalas.



“Aku buat apa?” Dia menjeling tajam sekilas pada si gadis tadi. Belakang kepala digosok. Boleh alzheimer aku kalau selalu kena macam nih. Haisyh!


“Kau buat aku cakap sorang-sorang apehal? Penat aku dok kepoh bercerita itu ini boleh pulak kau membuta macam tu jek?”


Dizwan mencebik panjang. Mata itu ditatap dalam-dalam dengan riak tak puas hati. “Win...boleh mati aku kalau macam ni selalu. Asyik kena paksa dengar story kau 24/7. Tak cukup dengan berjumpa face to face macam ni, dalam YM pun kau nak selit pasal impian kau yang tinggi melangit tuh. Itu tak termasuk borak dalam fon lagi. Kalau lain-lain cerita takpe ar jugak. Ini tak, asyik repeat benda yang sama jek. Jemu kau tau tak? Jemu!” Bebel Dizwan panjang lebar dengan muka tak siap. Dia merengus geram. Sungguh aku dah rasa penat nak mendengar cerita budak ni sorang. Urghh! ”Kau tau tak apa ayat yang kau selalu repeat ?” Soalnya pada si gadis. Dengan muka mengejek dia bersuara... ”Wan, aku nak kahwin dengan orang kaya. Anak datuk, tan sri. Anak raja ke. Handsome itu wajib. Paling koman pun muka mesti macam Jensen Ackles dalam Supernatural tu. Kereta cikai-cikai aku tak layan. Nak Merc... BMW... Porsche... Ferrari ke... local punya kereta tanak....”


Tersentak hebat Darwin mendengar omelan itu. Mata terkebil-kebil menentang pandangan sinis dari Dizwan.


Sempat dua kali air liur ditelan sebelum menyambung bicara. ”Aku nak banglo enam atau tujuh tingkat. Nak vila besar-besar. Tanak rumah flat. Aku gayat. Heh! Yang banglo bertingkat-tingkat kau idamkan tuh tak gayat pulak? Dalam halaman vila tuh mesti ada swimming pool yang ada air warna biru. Tanak cetek. Nak yang dalam-dalam. Ceits! Kalau setakat berenang pun kena pakai pelampung baik tak payah. Bajet macam kau pandai berenang jek. Then, ada taman lorong-lorong macam kat negara omputeh. Kolam ikan wajib ada. Tanakyang mini. Nak yang besar berpuluh-puluh meter. Apa kau ada niat nak jadi penternak ikan keli ke?”


Dah hampir nak tercabut biji mata Darwin dengan bebelan Dizwan yang macam peluru bertubi tubi ditembak tanpa sempat direload. Ingin saja disangkal kata-kata itu namun gagal bila lelaki itu nampaknya masih tidak jemu-jemu melontarkan suara.


Muka Darwin yang dah macam tertelan tiga ekor bangkai cicak dikerling dua saat. Nafas ditarik panjang. Masih banyak yang ingin diomel. ”Dah tu nak taman bunga berekar-ekar. Kononnya nak tanam berpuluh-puluh jenis bunga. Apa kau nak jadi florist buka kedai bunga bercawang-cawang ke lepas ni? Tak cukup dengan tu nak pelihara beratus-ratus haiwan dekat belakang vila. Oit! Kalau macam tuh orang tak panggil vila lagi dah. Layak dapat status zoo. Lepas tuh...” Ayat terhenti tetiba. Dizwan dah mula semput bila mulutnya berbicara tanpa henti. Tercungap-cungap dia menarik hembus nafas. Dada digosok-gosok. ”Gila ar Win. Ilmu apa yang kau amalkan? Kau mampu bercakap tiga jam nonstop. Aku baru cakap sikit dah semput nak mati. Memang dahsyat ar kau.” Botol mineral yang dibeli ketika mereka singgah di cafe tadi dicapai lalu tudungnya dipulas sebelum airnya diteguk dengan rakus. Dah gaya macam orang tak jumpa air satu abad. Kalau boleh dengan botol-botol sekali dia nak telan.


”Hambik kau! Sape suruh kau bebel macam bertih jagung tengah meletup-letup kat dalam oven? And one more thing… sejak kurun bila kau dah pandai membebel ni, Wan?” Pintas Darwin laju bila sudah diberi peluang untuk bercakap. Bibir bawah dijuih. Muka Dizwan yang masih tercungap-cungap dijeling.


“Sejak kau dah terbang naik ke bulan tak turun-turun semula!” Dizwan tekankan ayat dengan nada sedikit meninggi.


Dia merengus bengang. Ada jugak rasa nak balas kata-kata itu namun dia terdiam bila melihat jelingan membunuh dari si sahabat. Darwin menyilang tangan ke dada. Muka dikalih ke arah lain tanda protes.


”Win...” Diam sekejap. Nafas ditarik. Otak cuba mencari kata-kata yang sesuai untuk ditutur supaya temannya itu bangun dari mimpi yang tak pasti. Mimpi yang sukar untuk dicapai. Mimpi yang baginya dah tinggi dari langit. ”Berapa kali aku cakap kat kau...jangan tanam impian tinggi-tinggi macam ni. Tak semua benda yang kita impi akan tercapai. Tak semua benda dalam dunia ni perlu kemewahan. Tak ada benda yang sempurna. Kau punya impian kalau boleh semua nak yang perfect. Semuanya tinggi melangit.”


”Kita hidup perlu ada impian. Kau tak pernah dengar ke ayat tu?” Bingkas Darwina mendatar. Muka dikalih ke arah Dizwan semula. Apa kuno benar budak sorang ni? Semua orang berhak anyam impian apa. Semua orang berhak tentukan hala hidup sendiri. Kalau tak ada impian macam mana nak berjaya dalam hidup. Sudahnya diri sendiri tak maju-maju. Haisyh!


”Yeah! You’re right. Tapi impian kau tu terlalu tinggi dan belum tentu akan tercapai.”


“Kau tanak support aku eh, Wan? Macam ni ke kawan?” Darwin sudah mula berang. ”Kata teman sejati. Friends forever la konon. Ceh!” Sinis ayat it diluah keluar.


”Kau dengar dulu cakap aku, Win. Jangan nak melenting tak tentu pasal. As your friend... aku tanak tengok kau frust kalau kau tak dapat capai segala mimpi-mimpi kau tuh.” Ikhlas lelaki itu kasi nasihat. Sungguh! Sungguh dia tak sanggup melihat gadis itu kecewa. Kalau ditanya kenapa? Mesti dia akan jawab ’entah’ kerana dia sendiri tak ada jawapan. Yang dia tau, yang dia akan pastikan... gadis yang bernama Amalina Darwin Ahmad Najib ini akan sentiasa dilindungi.


”Mana kau tau mimpi aku takkan tercapai? Kau tukang tilik nasib aku ke?”


”Dah tu kau confirm ke yang impian kau bakal tercapai? Kau tukang tilik nasib sendiri ke?” Sindiran dibalas kembali dengan sindiran. Dizwan mengeluh lagi. Anak rambut disebak ke belakang. Asal la susah benar kau nak faham, Win? Harap angka umur je banyak. Tapi perangai macam budak bawah umur. Tak pernah nak ambil peduli nasihat aku! Tak pernah nak ambil iktibar tentang apa yang aku cakap!


”Dah ar Wan! Malas nak cakap dengan kau lagi. Asyik nak bangkang apa yang aku cakap. Langsung tanak support member sendiri. Macam ni la kawan...” Suara Darwin kedengaran sayu. Terasa dengan kata-kata Dizwan sebentar tadi. Sling bag yang berada di atas meja disambar dengan lalu disilang ke tubuh. Darwin berdiri. Sempat dia menjelirkan lidah kepada Dizwan sebelum mengatur langkah meninggalkan lelaki itu dengan muka tercengang.


”Boleh pulak dia tinggal aku macam tu je? Hey...Win!” Cepat-cepat Dizwan mengejar langkah Darwin yang sudah jauh ke depan. Bukan boleh ditegur sikit, mula lah tunjuk protes! Haisyh! ”Win!!”


”Weyh! Kau apehal?” Bentak gadis itu bila Dizwan menarik tali bagnya. Langkah diteruskan dengan hati yang membahang.


”Rilex ar, beb. Asal nak hangin satu badan nih? Kalau kau tanak terima nasihat aku, tak ada hal la. Ignore jek. Takyah ar nak menyinga tak tentu hala. Kau ingat cantik ke tarik muka macam tu? Dah macam cencorot aku tengok.Buruk aku cakap kau. Kan aku pernah cakap yang lelaki tak suka perempuan tarik muka. It’s so ugly, you know?” Seloroh Dizwan sambil tersengih-sengih. Terkocoh-kocoh dia berjalan cuba menyaingi temannya itu. Muka Darwin dicuri-curi pandang. Makin lebar sengihan bila gadis itu masih tidak berubah riak.


Mendengar kata-kata itu terus langkah Darwin mati. Laju muka ditala ke arah Dizwan. Riak mukanya turut berubah. Senyuman pula yang disungging. “Aah la weh. Macam mana aku boleh lupa nasihat kau tu eh? Karang kalau mamat-mamat yang macam aku dok impikan tuh tengok mesti diorang tak kan jatuh hati kan?” Katanya lagi seraya menegang-negangkan ke dua-dua pipi dengan tangan. Win, kalau nak pikat prince charming... first, muka mesti manis. Ceria selalu. Baru la kau senyum diorang melekat. Ngeee~~


Dowh! Dizwan tepuk dahi. Dia tergeleng-geleng. “Tak sudah-sudah dengan prinsip kau tuh. Adeh... Otak kau dah tak boleh fikir benda yang lagi penting dari tu ke?” Dalam sibuk bebelkan si Darwin masih sempat dia mengangkat tangan kepada Malik, teman sekuliahnya yang berada sepuluh meter di hadapan. Lelaki itu membalas dengan senyuman serta menjungkit kening.


”Eh! Prinsip aku, suka hati aku la!” Tegas suara Darwin walaupun muka setia dengan senyuman manis yang dibuat-buat.


”Banyak la kau punya suka hati. Tak sudah-sudah dengan sikap degil kepala batu kau tuh!” Kata Dizwan dengan nada yang sama. Mata mengerling jam di pergelangan tangan. ”Win, aku chaow dulu erk? Nak masuk kerja pulak. Esok jangan lupa masakkan aku sup ketam. Tepat jam 12 tengah hari, aku pergi amek, okeh?”


Darwin ternganga. Mata terkebil-kebil merenung Dizwan yang dah pun koyak sengih. ”Banyak kacak punya muka! Sejak bila aku jadi maid kau?”


”Sejak bila-bila pun la. Aku tak kira. Esok, make sure aku boleh makan sup ketam!”


”Kalau aku tanak masakkan, apa kau boleh buat, huh!?”


”Aku boleh buat...” Dia berjalan medekati Darwin. Tangan dihulur ke atas kepala gadis itu sebelum... ”tadaaa....”


”Wan!!!” Tanpa sempat mengawal suara, kuat dia menjerit geram. Kepala sudah senget ke kiri dek tarikan yang agak kuat itu. Ingin disepak kaki Dizwan namun gagal bila temannya itu sudah berlari meyelamatkan diri. Hatinya bertambah sebal bila melihat Dizwan yang sudah berada dua puluh meter di depan tunjuk thumbs up bersama hilaian tawa. Cepat-cepat lipatan tudung yang dah serabut itu dirapikan. Zalim punya member! Habis kedut tudung aku. Waaaa!!! Jatuh la saham kalau macam ni... Kaki diatur laju meninggalkan kawasan tasik itu. Dalam otak hanya terlayang satu benda. Ladies!


***


MUKA sudah kerut seribu. Mulut pulak dimuncung ke depan. Sesekali kepala digaru-garu. Keluhan berat sudah berapa kali dilepas. Dia geram! Dia tensi! Dia rasa macam nak je baling CASIO 570 itu ke dalam tong sampah besar kat depan Secret Receipe ni. Soalan mathematic engineering yang sudah hampir setengah jam ditenung bagai nak telan itu betul-betul mencabar tahap kesabaran. Lagi dikira lagi melalut jawapan. Lagi dikaji lagi rumit. Lagi ditilik lagi hatinya bengkak! Ditambah pulak dengan rasa bengang yang membuak-buak terhadap insan yang belum kunjung tiba. Tadi warned aku jangan lambat. Dia lambat boleh pulak! Urghh! Dizwan Hafez ni betul-betul nak kena lempar keluar bumi!


Pakk!! Haisyh! Aku tengah bengang nih ada pulak yang nak sua diri jadi mangsa. Mata tertacap pada sebuah buku tebal yang dilempar betul-betul di depan dia. Buku itu diambil sebelum covernya ditilik. Tak sampai pun satu saat, muka yang masam ya amat tadi bertukar ceria lain macam. Sengih lebar sampai ke belakang telinga. Lalu sepasang mata ’si pelempar’ buku tadi dicari. ”PELANGI!” Jeritnya dengan penuh keterujaan. ”Thanks weyh.”


Dizwan yang kelihatan cool dengan t-shirt putih dan jeans lusuh itu hanya membalas dengan menjungkit kening berkali-kali. Dia terseyum megah. Kerusi bertentangan dengan Darwin ditarik sebelum diduduk. Beg galasnya dilurutkan dari bahu dan diletak atas meja. ”Sudah-sudah la tu. Dah nak juling aku tengok kau hadap cover dia. Dah tu riak muka pulak macam budak terencat. Adeh...” Ujarnya sambil menongkat dagu atas meja.


”Kau tahu tak berapa lama aku dok cari novel nih? Nasib baik kepala aku belum tumbuh tanduk.” Balutan plastik pada novel PELANGI itu direntap rakus. Dibelek-belek berkali-kali cover depan-belakang. Senyuman tak putus-putus. Sungguh dia rasa gembira ya amat dengan pemberian temannya itu. ”Wan... aku pernah cakap ayat keramat ni tak?”


”Kau sayang aku?”


”Hahaha. Mana tau nih?” Si gadis ketawa ceria.


“Bukan ayat keramat yang sama ke kau akan cakap kat aku kalau aku kasi novel baru?”


Lagi sekali ketawa Darwin pecah. Nasib baik meja mereka berada jauh dari manusia lain. Kalau tidak mahu tertunduk saja Dizwan menahan malu. Darwin kalau dah gelak, jangan harap boleh cover. Sehabis mungkin dia lepas. Itu kalau depan Dizwan dengan kawan-kawan yang rapat je. Kalau dengan orang luar, nak-nak lagi dengan lelaki yang ada ciri-ciri idaman, bercakap pun mulut tak nampak bergerak. Bila ketawa siap dengan tutup mulut dengan tangan lagi. Suara pun dengar tak dengar. Berjalan terkepit-kepit penuh keayuan. Itu kalau depan orang lain la.


Dizwan bersandar pada kerusi. Tangan disilang ke dada. Begitulah reaksi Darwin bila diberi novel baru. Lagi-lagi novel dari novelis kesukaan dia. Boleh lah tengok dia asyik tersenyum sepanjang hari. Tidur malam pun belum tentu senyuman dia hilang. Dizwan yang bekerja sambilan di kedai buku seringkali dipesan oleh Darwin supaya membelikan dia novel-novel yang menjadi idaman. Kadang-kadang tu list yang buat oleh gadis itu berjela-jela sampaikan dia merungut...


”Kau saja kan nak papa kedanakan aku? Jangan sampai satu hari nanti kau jumpa aku mengemis kat tepi-tepi jalan. Kalau novel-novel kau tuh aku boleh beli seposen dapat dua.... seratus buah aku belikan kau setiap hari. Orang bagi betis nak jugak paha. Kira baik sangat-sangat aku ni beli novel kat kau tak pernah nak minta bayar. Tu pun tak cukup lagi ke?”


Dan jawapan yang akan dia terima...


”Heeeeelleh! Dengan aku pun nak berkira ke? Tu mula la tu nak mengungkit. Yela-yela... nanti aku bayar balik semua novel-novel tu. Tapi tunggu duit JPA sem depan la eh?”


Dia tersenyum lebar bila kenangan sem lepas menerpa. Ikhlas dia belikan gadis itu apa yang diinginkan walaupun segala pemberiannya berat diterima. Darwin nampak dari luaran memang materialistik. Dengar saja segala impian-impian dia, sudah cukup untuk membuatkan dia dipandang serong oleh orang lain. Namun tanpa orang lain sedar, gadis itu cuma gadis yang sederhana. Dia tidak suka meminta-minta. Tidak suka jugak bergantung hidup dengan orang lain.Nampak kasar tapi hatinya lembut. Nampak garang tapi orangnya mudah didekati. Muka Darwin terus direnung. Entah kenapa bila saja wajah kuning langsat itu ditatap, hatinya rasa tenang semacam. Bila serabut saja, suara itu yang dicari. Bila dia perlukan teman, bibir yang petah berkata-kata itu yang dipilih untuk berborak. Bila dia perlukan ketenangan, senyuman indah itu yang terbayang-bayang. Bila apa saja yang ingin dilakukan semuanya mesti ada kaitan dengan dia. Dengan seorang gadis yang bernama Amalina Darwin.


Kadang-kadang Dizwan keliru dengan hatinya. Pelik memikirkan kenapa perlu ada perasaan macam tu terhadap Darwin. Kenapa dia perlu ambil peduli pasal semua perbuatan, perangai, perasaan gadis itu. Puas dia mencari, menyiasat, menyoal diri sendiri namun jawapan yang pasti belum pun muncul-muncul.


”Weyh!”


Teguran kasar itu membuatkan Dizwan tersentak. Darwin yang tengah merenungnya dibalas. ”Apa?”


”Asal kau tenung aku macam tuh? Tudung aku senget ke?Muka aku comot eh? Ada something kat muka aku? Nampak buruk ke? Nampak nazak?” Soal Darwin gelabah. Tisu yang berada di dalam sling bagnya ditarik keluar. Cepat-cepat wajahnya dikesat. Cermin kecik yang sudah sedia berada di dalam kocek beg diambil dan disuluh ke muka. Fuhh! Nasib baik tak comot.


”Adoiyaiii...” Dua kali Dizwan tepuk dahi dengan telah si teman. Dia mengeluh sebelum membuka mulut. ”Kau ni kan...”


”Oh please! Not again.... Kita datang sini nak study kan? Bukan nak jalankan acara Dizwan-bebel-bebel-Darwin-tetap-tak-lut.” Pintas Darwin laju bersama sepuluh jari tersusun. Merayu agar lelaki itu berhenti dari membebelkan dirinya.


Dizwan ternganga. Mata terjegil bulat. Darwin dipandang bagai nak cekik. ”Tau pun yang kau tu tak lut. Aku kasi nasihat langsung tanak ikut.”


”Wan, study jom? Aku dah ar sedia serabut dengan soalan math engine ni. Guna rumus betul pun jawapan tak dapat-dapat. Kang sekali dengan kau-kau aku lipat sumbat masuk rumus.” Gertak Darwin. Mata ditala pada buku yang terbuka luas. Casio 570 dicapai kembali sebelum dipicit-picit kasar.


”Degil kepala batu!” Kata Dizwan seraya mengeluarkan buku-buku yang bakal diselongkar segala isi perut untuk dimasukkan ke dalam assignment. Better kau siapkan kerja kau yang berlambak-lambak ni Wan. Kang tak pasal-pasal kena carry subjek yang sama sem depan. Whoaaa!!! Sumpah aku tanak!


***

”EEEEIII!!!” Tengah-tengah serius study tetiba Darwin menjerit agak kuat. Pen biru Faber-Castell dilempar ke bawah.


”Kau apehal? Mengamuk macam orang tak betul asal?” Dizwan suara mendatar. Kening bertaut sambil memandang Darwin yang dah pamer muka mencuka. Kena sampuk dengan jin ke apa budak nih? Uih! Jangan! Mana hala aku nak cari ustaz datang berubat kat sini?


Soalan Dizwan tidak terus dibalas. Dia peluk tubuh. Kepala dihala ke kanan. Mata menembusi cermin transparent di sebelahnya. Orang lalu lalang di luar menjadi santapan pandangan.


”Hmmph!” Dizwan mengeluh. Ni mesti kes tak boleh settle soalan tadi. ”Kau memang tak faham perkataan sabar eh? Asal tak dapat jawapan nak melenting. Asal tak boleh settlekan problem nak mengamuk. Aku tak pernah kasi tau ke yang lelaki paling tak suka perempuan hot tempered. Tak pernah ah?”


”Aku geram la weyh! Tensi! Dari tadi cari jawapan tak dapat-dapat.” Bibir bawah dijuih. Darwin tarik muka tenang. Panas yang yang membelenggu dirinya cuba dikikis. Sedikit sebanyak nasihat Dizwan meresap masuk ke dalam otak. Control, Win. Control! Kau nak cari prince charming tak? So… chill ar beb!


“Haaa… kan lawa senyum macam tuh. Baru la aku rasa ada mood nak study.”Dizwan menyengih. Satu lagi pasal Darwin yang dia faham. Gadis ini kalau marah cepat benar sejuknya.


Dia sekadar mencebik. ”Aku nak pergi beli Blueberry cheesecake. Kau nak tak?” Ya... Darwin kalau dah bengang, tensi tahap tinggi ke bulan, sedih, down,... blueberry chesscake yang dia cari selain Dizwan.


”Kek jugak. Caramel.”


“Wokeyh!”


***


BUKK! Dua potong chesscake yang sudah tertiarap dihujung kaki dipandang dengan muka terpinga-pinga. Darah sudah mengalir naik ke kepala. Darwin bengang! “Hey, lu jalan tak pakai mata ke, bro? Lu ingat...” Ayat kasar itu mati
bila dua pasang mata bertentangan. Lama!


”Sorry. It was my mistake. And I really…really sorry.”


Tersentak dari mimpi bila suara garau itu meyapa telinga. Dari rasa bengang, Darwin berubah jadi gelabah. Ye! Mamat tinggi, pakai kemeja yang diselingsing
Lengan baju sampai ke siku, dengan butang dibiar terbuka tiga dari atas, mata yang dilindungi dengan rayban, berdiri terpacak lagi macho itu betul-betul berjaya membuatkan nafasnya putus!


Lelaki tadi menyungging senyum. Memukau! ”Hye... I’m Farel Ashriq Tan Sri Badrul.” Dia memperkenalkan diri seraya menghulur tangan ke arah Darwin. Rayban ditanggal. ”And you...”


”Err... aa...” Sumpah Darwin sangat nervous sekarang. Lidah jadi kelu untuk berkata-kata. Segala sikap ramah-tamahnya lesap. Is it my prince charming?
Oh, speechless! Tapi asal dia hulur tangan nak salam? Ini bukan adat saya la awak! Haram! Ingin dilontar keluar ayat itu namun tak mampu. Darwin sudah beku!


“Nice meeting you miss…” Tangan yang terhulur masih belum disambut.


“Nice meeting you too, bro..” Tetiba satu suara muncul dari belakang mencelah. Tangan yang terhulur disambut dengan penuh rasa hormat. “Wan… Dizwan. Her friend.” Senyuman segaris. Darwin di sebelah dikerling. Hah! Sudaaah! Kaki Darwin yang dah keras macam satu badan kena siram gam Gajah disepak. Cuba menarik kembali ingatan temannya itu ke alam reality.


“Apa!?” Dia berbisik perlahan di telinga Dizwan. Kaki terasa perit dengan sepakan yang diterima. Namun riak muka cuba dikawal. Control ayu, Win! Control!


”Sorry about this..” Mata dibawa ke bawah. Lantai yang asalnya bersih berkilat menjadi kotor. ” Kalut sangat tadi. Tak pasal-pasal terlanggar kawan you.”


I? You? Wahh!!! Dia mesti orang kaya-kaya ni. Majoriti orang kaya suka cakap omputeh.. Eh, kejap! Apa nama dia tadi? Farel Ashriq Tan Sri Badrul. Tannnnnn..... Sriiiiiii........! Tan Sri? Tan Sri? Ye! Tan Sri. Lagilah Darwin rasa macam nak lompat naik ke siling. Punya la teruja habis. ”Err... it’s okey. Nevermind lorh. Boleh beli yang baru.” Sejak tadi barulah Darwin berani bersuara. Nada jangan cakap lah penuh dengan kelembutan. Senyuman comel disungging tak jemu. Sesekali mata dikelip-kelip. Sedaya upaya dia berusaha untuk kelihatan menawan di mata lelaki itu. Win, impian kau nak beli banglo enam atau tujuh tingkat macam bakal tercapai jek!


Dah nak terkeluar biji mata Dizwan dengan aksi miang-miang kucing yang ditunjukkan oleh temannya itu. Tekak pun tetiba meloya. Nasi ayam yang dia makan tadi lunch pun dah berpusu-pusu tolak naik ke tekak. Ingin dimuntah keluar, namun dikawal. Empat kali Darwin dijegil namun gadis itu hanya buat tak endah. Buat-buat tak nampak.


”Ada suara rupanya. Ingat bisu ke apa tadi.” Dan si lelaki yang pada perkiraan Dizwan merupakan lelaki berdahi licin itu mula melayan miang si Darwin. ”Sape nama?”


Haaa... kan? Kan? Kan aku dah cakap. Dizwan berperang dengan hati sendiri.


”Amalina Darwin.” Jawab gadis itu dengan muka segan silu. Yes! Nampak macam ada chance jek nih. Impian aku nak buat taman taman lorong-lorong macam kat negara omputeh pun boleh jadi reality kalau macam ni punya gaya. Heh!


”Nice name. Nice girl also.” Puji Farel dengan sengih menggoda. Umpan baru nih. Segar dari ladang jek nampak. Detik hatinya sendiri.


Nice girl? Wahhhhhh!!! Jangan la puji lebih-lebih awak. Kang ada jugak yang terbang melayang-layang kat dalam Secret Receipe ni. Ngeee~~ ”Thanks.” Ucapnya bersama senyuman manis. Kalau nak dibandingkan dengan gula, menang lagi senyuman itu. Yes! Confirm banglo aku nanti ada swimming pool berpuluh-puluh meter panjangnya.


Dua-dua dah sama miang! ”Err... tape la bro. Kitorang gerak dulu eh. Nak study sikit.” Celah Dizwan cepat-cepat bila dilihatnya dua pasang mata dah bertentangan dalam-dalam.


“I nak gantikan kek you all.”


”Eh, takyah la. Berapa sangat lah kek tu. Kitorang boleh beli semula.” Tolak Darwin lembut. Lipatan tudung dirapikan. Penampilan diri perlu dijaga, Darwin! Dah nampak dah taman bunga aku yang berekar-ekar tu.


Aiyakk!! Lebih pantas dari kilat Dizwan kalih kepala menghadap muka Darwin. Banyak lah kau nak beli semula. Weyh, harga sepotong kek kat sini sama dengan harga dua pinggan nasi campur kat kedai Cik Hasnah tau? Tak sedar diri betul! Berlagak macam kita berduit sangat. Heh! ”Boleh jugak kalau kau nak ganti, bro.” Tanpa segan silu Dizwan memintas.


”Wan!” Bisik Darwin tegas dengan muka tak malu temannya itu. Langsung tak tau nak jaga standard. Lagi satu... ”Asal tak beradab sangat nih?” Sambungnya lagi perlahan. ”Asal cakap ’kau’ dengan dia? Tak nampak ke dia lebih berumur dari kita?” Omel gadis itu dengan muka tak puas hati.


”Manade berumur pun. Aku tengok muka macam sebaya dengan kita jek.” Balas Dizwan sambil mencebik. ”Eh, bro. Kau umur berapa ah?”


“twenty five.”


“See... kita twenty three. Dua tahun je pun beza. Kira sebaya ar tu.” Katanya pada Darwin sebelum berlalih semula ke arah Farel. “Kau kisah ke aku cakap kau-aku macam ni?”


Geleng. Farel senyum. “Tak ada hal la, bro. Geli pulak kalau kau panggil aku abang. Kalau Darwin yang panggil, lagi tak ada hal. Itu dialu-alukan.” Seloroh Farel sambil mencuri-curi merenung wajah Darwin yang sudah tertunduk malu.


Halahai~~~ Tiga buah Merc dan empat buah BMW berpusing-pusing laju di ruang minda. Terbuai-buainya feeling aku time ni. Lutut rasa lemah. Nak berdiri lama-lama pun dah tak mampu ni. Dowh! Hati makin berdetak hebat bila Farel masih merenung ke dalam anak mata dia. Darwin makin lemah. Kang ada jugak yang kena cempung aku hantar balik rumah.


Dizwan yang kurang senang dengan situasi itu merengus meluat. Meluat bila melihat renungan Farel pada Darwin. Bertambah meluat bila Darwin turut membalas renungan itu. Dia makin tak senang duduk. ”Win, balik meja jom? Kata tadi assignment berguni-guni yang nak kena buat. Apehal pulak terpacak santai kat sini? Jom!” Ajaknya seraya terpaksa menarik lengan baju Darwin bila gadis itu masih tidak menunjukkan respon untuk berganjak dari situ.


Hampir-hampir nak tersembam Darwin dengan tarikan kuat Dizwan. Nasib baik cepat-cepat tubuhnya distabilkan. ”Kau ni... potong feeling betul la!” Marahnya bila mereka sudah kembali ke meja.


”Yang kau miang lain macam dengan mamat tadi sape suruh? Nasib baik aku tak muntah kat situ.” Suara Dizwan mendatar. Kalau betul-betul dihayati nada itu, mesti ada yang perasan satu hati tengah cemburu sekarang. Cemburu? Aku cemburu ke? Kalau betul, apa reason dia?


Darwin sengih lebar. ”Aku bukan miang la. Cuma nak tarik perhatian dia. Tapi kan Wan... gila handsome Farel tu kan? Tinggi dia, body size dia, gaya dia, senyuman dia.... mewahnya dia... macam dah lengkap ciri-ciri prince charming aku. Kau tak rasa macam tu ke?”


”Tak!” Buku-buku yang tertutup tadi dibuka kembali.


”Kau tak rasa gaya dia cool macam character Edward Cullen dalam Twilight ke?”


“Tak!”


“Tinggi dia macam Arron Aziz?”


“Tak!”


“Tapi kau lagi tinggi dari dia.”


“Hmm!”


“Cara dia senyum comel macam Oppa Jang Geun Suk aku kan?”


“Tak!”


“Muka dia bersih macam Vic Zhou Yu Ming la.”


“Tak!”


“Agak-agak dia pandai main gitar macam kau tak?”


“Tak!”


”Dia nampak macho macam Johny Depp la.”


“Tak!”


“Aku rasa Brad Pitt pun kalah rupa dengan Farel.”


”Tak!”


”Farel tu...”


Pakk! Lemparan pen ke atas meja membuatkan mulut Darwin yang kepoh berceloteh terdiam. Muka Dizwan dipandang. Merah! Marah! Bengang!


Pandangan menikam dipaku pada sepasang mata coklat itu.”Would you stop talking about that man?”


Sentap Darwin dengan soalan, renungan dan nada suara itu. Keras! Air liur ditelan. ”Wan… asal kau hangin tetiba nih?” Soalnya takut-takut. Pelik melihat sikap Dizwan yang serius semacam. Dia marah aku miang tadi ke? Tapi tak ada lah miang mana pun. Aku still jaga kelakuan aku what.


“Keep quite. I’m doing assignment.” Balas Dizwan dengan riak muka yang masih tak berubah.


”Urghh!” Dia merengus kasar. Sakit hati dengan sikap Dizwan yang dingin tetiba itu. Darwin peluk tubuh. Mata terpaku pada seorang pekerja Secret Receipe sedang berjalan menuju ke arahnya sambil menatang sebiji kek. Wahhh... sape yang nak celebrate birthday kat sini? Sedapnya la kek dia. Terliur!

”Eh, silap meja ni. Saya tak ada order pun kek ni. Meja lain kot.” Maklum Darwin bila pelayan tadi berhenti betul-betul di depan dia. Dulang yang mengandungi kek itu diletak di depan Darwin.


“Cik Amalina Darwin?” Pelayan perempuan yang memakai cap itu menyoal ramah.


Walaupun hairan bagaimana gadis itu mengetahui nama dia, Darwin tetap mengangguk mengiyakan. ”Saya.”

”This is for you.”


”For me???” Dia makin hairan.


Dizwan yang kononnya kusyuk menyiapkan assigment ikut mendongak mendengar perbualan Darwin dengan gadis kecik molek itu.


Gadis yang membawa kek itu mengangguk.


“From?”


Sekeping business card dihulur kepada Darwin. “ Encik ini yang mintak saya sampaikan Blueberry cheesecake ini pada cik Amalina.”


Business card itu disambut. Mata berlari kepada sebaris nama ‘FAREL ASHRIQ BIN TAN SRI BADRUL’. Dia? Pandangan dibawa ke bawah lagi. ‘CEO of PRIMA MUTIARA HOLDINGS SDN BHD?’. Haaaaa!!!!!!!!??? Ke bawah lagi. I’m waiting for your call. Gulpp!! Terjerut leher dengan kenyataan yang baru diterima. “Wan, aku dah jumpa prince charming aku!” Jeritnya kuat. Excited!


“Wan! Kau dengar tak apa yang aku cakap ni? Prince charming aku dah muncul la.” Bagitahu Darwin bersama senyuman bahagia yang tak putus-putus.


Dizwan speechless! Tak tau nak komen apa. Tak tau nak kasi respon yang macam mana. Sebelum ini, kegembiraan Darwin akan menjadi kegembiraan dia juga, namun kali ini tidak. Malah kegembiraan gadis itu bagai jarum yang menusuk ke dalam hati. Sungguh! Aku dah tak boleh lama duduk kat sini. Buku-buku yang terbuntang ditutup. Alat-alat tulis dimasukkan ke dalam pencil case sebelum dilempar ke dalam beg. Dizwan berdiri.


”Kau nak ke mana, Wan?”


”Chaow dulu! Aku masuk kerja awal hari.”


Darwin? Terpinga-pinga!


***


”SERIUS, Wan... aku rasa aku dah falling in love with him. Sejak first time aku jumpa dia lagi. Aku tak pernah rasa macam ni.” Cerita Darwin dengan muka bersinar-sinar.


Dizwan yang sedang menyusun stok novel yang baru sampai di atas rak hanya mendengar tanpa menyampuk.


”Kau tau semalam kitorang keluar pergi Times Square. Dia belikan aku dua sling bag, tiga helai t-shirt dengan dua pasang sandal. Semuanya branded-branded tuh. Aku tak mintak pun. Aku tanak. Tapi dia paksa aku ambil jugak sebab dia kata semua yang dia pilih tu sesuai dengan aku. Ikhlas dia kasi aku.”


Sepuluh buah novel Pergilah Air Mata (PAM) dikeluarkan dari kotak dan disusun dengan kemas di atas rak yang berlabel ’MALAY NOVEL’. Sesekali senyuman palsu disungging bila Darwin ketawa. Hanya sekadar ingin mengambil hati gadis itu.


”Eh, novel PAM. Serius cerita ni best!” Novel hasil tangan Hanni Ramsul itu dicapai satu dan dibelek-belek.


“Kau nak ke? Amek ar. Kang aku bayarkan.”


“Takpe. Aku dah ada novel ni. Dua minggu lepas lagi Farel dah belikan. Sekarang kau dah tak payah susah-susah habiskan duit belikan aku novel-novel ni sebab Farel akan belikan aku tiap-tiap minggu. Kadang-kadang tu kan... dia beli novel yang aku tak pernah tau kewujudan dia kat pasaran pun. Dia yang lebih tau. Hari tu kan Wan... kitorang pergi MPH kat Mid Valley. Dekat tiga jam kitorang habiskan masa kat situ. Farel sanggup teman aku lepak baca buku. Lepas tu, dia belikan aku dua puluh buah novel. Semuanya cerita baru. Best-best pulak tuh.”


Terhenti sekejap perbuatan Dizwan bila mendengar bicara panjang itu. Hatinya tersentap hebat. Patut lah dah lama gadis itu tak paksa dia macam selalu lepak kat MPH sama-sama bila tiba saja mood dia hendak membaca secara menggila-gila. Lama jugak Darwin tak kasi list novel-novel yang diidam-idamkan kepadanya. Rupanya novel-novel yang latest semua dia dah ada. Dah ada orang yang ambil tempat dia. Tempat Dizwan sudah berganti dengan Farel!


”Hari tu kan Wan...” Telan liur sekejap. Nafas ditarik panjang. Banyak lagi perkara yang ingin dikongsi dengan temannya itu. Hanya dengan Dizwan dia selesa bercerita itu ini. ”... Farel ada bawak aku pergi Habib Jewels. Dia tanya aku pasal cincin. Dia suruh aku pilih cincin yang aku berkenan. Farel cakap bila sampai masanya nanti dia akan belikan aku cincin tu. Tapi bila aku tanya untuk apa. Dia senyum jek. Aku dapat rasa yang dia nak propose aku la. Kau rasa?”


Propose??? Sumpah Dizwan rasa down sesangat. Namun riak muka cuba dikawal sedaya upaya. Senyuman diukir jugak walaupun perit. “Dia nak propose kau la tu.” Selesai saja Novel PAM disusun, tiba giliran novel Jaja & Din pulak untuk dipamer dia atas rak.


“Wan... aku betul-betul happy. Betul-betul bersyukur ditemukan dengan Farel. Dengan dia... aku dapat rasa yang impian aku tinggi melangit tu akan tercapai. InsyaAllah.” Bibir itu terus-terusan bercerita. Tanpa dia sedar, ada hati yang merana disebalik kegembiraanya itu.


“Dia jaga kau baik-baik tak?” Setelah puas mendengar cerita sejak hampir satu jam yang lepas, akhirnya Dizwan menyoal.


”Aku tolong?” Pinta Darwin lalu tiga buah novel hasil buah minda dari Noor Suraya itu disusun disebelah novel Tunas-Hlovate. ”Kau jangan risau. Farel jaga aku baik punya. Macam kau jaga aku selama ni. Sentuh aku pun tak pernah. Dia respect cara aku.”


’Macam kau jaga aku selama ni’. Ayat keramat itu mampu mengikis sedikit gundah yang menyelubungi hati Dizwan. Berbunga-bunga sekejap dengan pujian yang diterima. ”Dalam masa hampir empat tahun ni... aku jaga kau baik-baik ke?”


”Yup! Aku rasa selamat jek bila keluar dengan kau. Rasa macam ada orang melindungi aku. Rasa macam... eh!” Susunan novel terhenti. Dia kalih pandang pada Dizwan yang bersila dibelakangnya.


”Apa?”


”Aku tengah puji kau ke ni?”


Dizwan menyengih. ”Aku memang patut terima pujian kau tu kan?”


”Perasan! Silap aku pergi puji kau. Habislah aku lepas ni. Mesti kau paksa aku puji kau hari-hari kan?”


”Hahaha!” Ketawa dihembur.


Ketawa itu betul-betul membuatkan Darwin tersenyum lebar. Ketawa itu yang dia rindukan dalam masa sebulan ni. ”Wan, lama tak lepak dengan kau. Asal sekarang susah sangat nak jumpa kau ah?” Soal Darwin. Sudah lama mereka berdua tidak melepak bersama macam ni. Serius, Darwin amat merindui saat-saat itu.


”Busy ar.” Balasnya ”Kelas tambahan banyak. Dengan kerja lagi. Kau pun aku tengok busy je.” Sambungnya lagi. Sebenarnya kerjanya tak adalah banyak mana pun. Selalunya sempat je dia meluangkan masa bersama Darwin. Namun sekarang segala-galany sudah berubah. Darwin sudah ada teman baru. Teman yang boleh diajak leapak sekali dengan dia.


Darwin mengangguk dua kali. ”Aku serabut dengan assignment . Dengan presentation. Kelas tambahan pun banyak. Mana nak siapkan final projek lagi....”


”Mana nak keluar dengan Farel lagi...” Sampuk Dizwan dengan nada menyakat. Sejak Darwin sudah rapat dengan Farel, Dizwan mula menjauhkan diri. Kalau terserampak dengan gadis itu dari jauh lagi dia menyembunyikan dirinya dari penglihatan Darwin. Yahoo Massanger pun dah lama dia tak On. Panggilan telefon serta SMS dari Darwin turut diabaikan sehingga gadis itu mengamuk di dalam mesej.


’Wan, kau still hidup lagi ke? Ke dah arwah? Aku cari kat kampus tak jumpa-jumpa. YM kau pun dah lama tak On. Email aku kau tak reply. Aku called tak pernah-pernah nak jawab. Asal ni? Mana kau hilang? Kau tunggu la petang karang aku pergi terjah kau kat kedai buku! Aku pergi kau tade nahas! Sumpah aku rindu kau!


Ayat mesej yang terakhir itu membuatkan dia setuju menghadap muka Darwin pada petang ini. Rindunya untuk menatap sepasang mata coklat itu akhirnya terlerai bila Darwin betul-betul muncul di depannya sekarang. Dizwan makin keliru dengan hatinya sendiri. Dia masih tidak faham kenapa dia tidak dapat menerima kehadiran Farel ke dalam hidup Darwin. Dia tak dapat terima bahawa kini Farel lah orang yang sentiasa buat Darwin tersenyum. Dia tak dapat terima lelaki itu yang menjadi pilihan Darwin. Tapi kenapa? Kenapa aku perlu ada perasaan macam ni? Soalan itu yang selalu berlegar-legar diruang minda Dizwan.


”Win... aku nak tanya boleh?”


”Sejak bila kau pandai mintak permission nak tanya aku nih? Selalunya main terjah je.”


”Sejak kau dah berpunya. Mana boleh aku suka hati main terjah macam dulu.”


Terkedu Darwin dengan jawapan Dizwan itu. ’Sejak kau dah berpunya’. Kau dah berpunya ke Darwin? Tak tau kenapa kata-kata Dizwan itu membuatkan dia tersentap. Sayu pun ada.


”Kalau Farel propose kau nanti, kau terima?”


Sekali lagi dia terkedu. Darwin berfikir. Lama.


”Win...” Sapa Dizwan bila dilihatnya gadis itu membisu tanpa jawapan.


”Rahsia ar. Mana boleh cakap.” Selorohnya. Cuba menyembunyikan gugup yang tetiba melanda diri.


Dizwan tersenyum nipis dengan jawapan itu. “Kau bahagia dengan dia?”


“Kalau tak bahagia, aku takkan berkawan dengan Farel.”


Terasa macam jantung mula berdenyut perlahan. Muka ceria bertukar sayu tetiba. Kerja yang tertangguh disambung kembali. ”Win... kau sayang aku tak?” Tanpa sedar soalan itu dilontar.


”Of course la! Kau kan ka...” Darwin mati kata. Dia termenung sendiri. Win, Wan kawan kau kan? Kawan kan? Ye! Dizwan Hafez kawan aku. ” ...kau kawan aku. Kawan baik aku. Mesti ar aku sayang.”


Dizwan mengeluh lemah. Kau dengar tu Wan? Kau kan kawan dia. Kawan baik dia. Relationship korang no more than friend. Apa yang aku harap dari Darwin sebenarnya? Dah ternyata kitorang kawan. Dizwan Hafez… tolong buang feeling kau jauh-jauh. Tolong berhenti berharap. Tolong berpijak di bumi yang nyata! Apehal nak feeling meeling kat member sendiri?


“Wan, novel ni nak letak kat ma...”


”Win, Do you love him?”


Soalan Dizwan yang menyelit tetiba itu mampu membuatkan Darwin tergamam. Terkebil-kebil dia merenung pada 5 Tahun 5 Bulan ditangan. Lidah tidak betah untuk berkata-kata seperti biasa. Kelu! Aku cintakan Farel ke? Hatinya berdetik. Darwin terus mendiamkan diri. Jawapan yang sepatutnya belum dapat dicari. Dia sendiri keliru dengan perasaan.


Setiap kali keluar dengan Farel, memang dia gembira. Namun rasa itu tak sama dengan perasaannya ketika bersama Dizwan. Cara Farel melayan dia lebih lembut dan romantik, namun cara Dizwan jugak yang membuatkan dia senang. Berborak dengan Farel membuatkan Darwin perlu berhati-hati menutur ayat. Tidak semua perkara dia selesa berkongsi dengan Farel. Tapi bila dengan Dizwan dia bebas bercerita apa saja. Bebas berkongsi segala cerita. Ada saja yang ini diluahkan. Dengan Dizwan, Darwin mampu bercakap lima jam tanpa henti. Kerana dia tahu hanya lelaki itu satu-satunya insan yang sanggup menadah telinga mendengar luahan hatinya.Lelaki itu juga pakar kaunseling yang dia paling percaya.


Dizwan adalah orang yang paling memahami dia. Setelah dia mengenali Farel, Darwin perasan sikap lelaki itu sudah berubah. Dizwan cuba menjauhkan diri dari dia. Hampir sebulan mereka tidak berhubung. Dalam tempoh itu, Darwin sedar dia amat rindukan lelaki itu. Entah kenapa hati dia meronta-ronta untuk bertemu dengan Dizwan. Mugkin banyak cerita yang tertangguh untuk dikongsi bersama. Mungkin kerana dia dah biasa bersama Dizwan setiap masa sebelum ni. Mungkin jugak kerana dia rindukan sahabatnya itu. Banyak persoalan yang berlegar-legar di minda Darwin, namun seboleh-bolehnya dia memberikan jawapan yang positif pada hati. Dan jawapan yang dipilihnya ialah jawapan terakhir. Ye! Mungkin kerana dia rindukan sahabatnya. Sa-ha-bat!


“Win…”


“Wan, ladies mana?”


Akhirnya Darwin mengambil keputusan untuk mengelak dari menjawab soalan yang belum dikenalpasti jawapannya.


***


DIZWAN tarik senyum lebar setelah kelendar yang berada di atas meja study dibelek. Dia menghempaskan tubuh di atas katil. Kedua-dua tangan dikepak ke bawah kepala. Mata merenung siling.Kaki kanan ditongkat pada kaki kiri. Lagi dua hari birthday Win. Apa plan aku ah? Macam tahun-tahun lepas jugak ke? Ishy! Tahun ni plan lain la pulak. Tiga tahun berturut-turut asyik lepak kat Mid Valley jek. Haaa.... dia tersenyum lagi. Idea! Pantas dia bangun mencapai handset yang terletak di hujung kaki. Nombor Nadzirah housemate Darwin dicari sebelum butang hijan ditekan. Tak sampai pun lima saat, panggilan terjawab.


”Asaalamualaikum, Nad.”


***


”WIN!!!”


Darwin menghentikan langkah bila terdengar namanya dilaung. Kepala melilau ke sekeliling mencari tuan empunya suara. Dan matanya terpaku pada sesusuk tubuh yang sedang berjalan menghampiri.


”Kau dari mana Wan?”


”Aku pergi jumpa Prof Azlan kejap. Kau ada kelas lagi tak lepas ni?” Soal Dizwan. Dia termengah-mengah. Punya la pecut habis mendapatkan Darwin tadi.


“Eh, bukan kau dah hafal jadual kelas aku ke?”


Aah erk... Dizwan menyengih. Sebenarnya dia dah sedia maklum yang yang Darwin tak ada kelas petang hari ni. Namun ditanya jugak. Saja nak habiskan liur. “Kau nak balik ke? Aku hantarkan.”


“Naik Nouvo kau?”


”Sejak bila aku pernah bonceng kau naik motor?”


Darwin koyak senyum. ”Dah tu?”


”Kereta Acap.” Ujar Dizwan. Sejak hampir empat tahun persahabatan mereka, belum pernah Darwin membonceng motor dengannya. Bila ditanya kenapa... jawapan gadis itu... ’aku bukan tak suka naik motor, Wan. Kau jangan salah sangka pulak. Kat kampung aku selalu jek aku merempit dengan adik-adik. Tapi kalau nak membonceng dengan kau... tak dapat la. Kita bukan muhrim. Kau faham kan maksud aku?’ Ya! Memang mereka rapat. Memang mereka selalu berkongsi cerita. Memang mereka selalu melepak bersama. Mereka pernah digosip bercinta kerana hubungan mereka macam belangkas. Tetapi perbuatan mereka masih dikawal rapi. Masih ada batas. Mereka masih sedar bahawa mereka bukan muhrim. Masih sedar tentang batasan antara lelaki dan perempuan.


”Sorry ar Wan. Aku dah janji dengan Farel. Dia datang jemput aku kejap lagi.”


”Oooh...” Hancur luluh hati Dizwan ketika mendengar sebaris ayat itu. Terus dia rasa down. Namun dikawal riak muka. Senyuman dipaksa menghiasi wajah. ”Kalau macam tu takpe la. Aku balik dulu.” Katanya seraya mengangkat kaki meninggalkan Darwin di depan kafe yang sesak dengan ratusan makhluk itu.


Melihat Dizwan sudah berjalan menjauhinya, Darwin sebak. Sebak sehingga kelopak mata terasa panas. Sampai hati kau Wan. Sampai hati kau lupa birthday aku hari ni. Rintihnya dalam hati. Sejak pukul 11.30 malam semalam, Darwin menghadap sony ericson W 705 kesayangan. Menunggu panggilan dari insan yang dia harapkan. Menanti mesej ucapan hari jadi dari lelaki yang selalu buat dia tersenyum. Namun tiada. Sampailah ke hari ini, number atau nama Dizwan tidak muncul di skrin telefon. Selalunya lelaki itu lah yang menjadi orang pertama yang mengucapkan selamat hari lahir kepada Darwin. Mereka akan berborak sampai lewat malam. Tapi tidak lagi pada tahun ini. Orang pertama yang memberikan ucapan hari lahir adalah Farel. Bukan Farel yang dia harapkan. Bukan lelaki itu yang dia nanti-nantikan. Darwin makin sebak. Dizwan sudah berubah. Banyak yang dah berubah. Hubungannya dengan lelaki itu semakin jauh.


***


MYVI SE warna merah laju memasuki kawasan parking Tasik Shah Alam. Dizwan keluar dari kereta dan meluru ke arah meja yang dipenuhi dengan lima orang kawan-kawan dia dan Darwin.


”Wan, Win mana?” Soal Nadzirah sambil melilau-lilau mencari kelibat housematenya itu.


”Bukan ke kau pergi jemput dia tadi?” Sampuk Acap pulak, tuan empunya Myvi.


”Dia ada kelas ke?” Terjah Ain yang tengah sibuk mengatur makanan dia atas meja. Meja itu sudah sarat dengan pelbagai jenis makanan. Ada pizza, blueberry cheesecake kesukaan Darwin, makaroni goreng yang dimasak oleh Nadzirah, puding kotail hasil buatan Asma sendiri, segala jajan pun ada. Dibucu meja sudah dihiasi dengan belon berwarna warni. Atas kerusi pulak teratur dengan berkotak-kotak hadiah yang bakal diberi kepada birthday girl.


”Win mana ada kelas petang lah hari ni. ”Balas Nadzirah laju. Semalam lagi dia Darwin sudah memberitahu yang tentang jadual kelasnya hari ni.


”Dah tu? Kau cari dia tak jumpa eh?” Khairul yang tengah mengikat belon pada bucu meja mencelah.


Dizwan pejam mata. Nafas disedut dalam-dalam. “Jom kemas?”


“Haaaa???” Enam suara di situ bergabung serentak. Masing-masing memaku pandangan pada Dizwan yang jelas menampakkan muka kecewa.


“Apehal pulak nak kemas? Kata nak surprisekan Win.”


“Dia takkan datang sini.”


“Asal?” Acap pandang wajah sugul Dizwan.


“Dia... dia dengan Farel sekarang ni.” Lemah suara itu dikeluarkan.


”Erkk!??”


***


”FAREL, Darwin nak balik la. Dah malam ni. Karang kawan-kawan Darwin risau. Nad dah called Darwin banyak kali suruh balik.” Kata Darwin ketika dia bersama Farel berada di dalam kereta.


”Jangan la balik lagi. I nak bawak you pergi jumpa dengan kawan-kawan I. Diorang pun nak celebrate birthday you. Diorang teringin sangat nak jumpa you, Darwin.” Bala Farel dengan senyuman menggoda. Mata difokuskan pada pemanduannya.


”Jumpa kawan-kawan awak? Asal tak kasi tau awal-awal? Darwin dah penat la awak. Next time aje lah eh.”


“No..no..no…I ada surprise untuk you Darwin. You kena jugak jumpa dengan kawan-kawan I. Please…” Pujuk Farel lembut sambil cuba untuk menyentuh
tangan Darwin. Namu gagal bila gadis itu terlebih dahulu mengelak.


Sudahnya Darwin hanya bersetuju tanpa sekelumit pun kerelaan.


***


”HAHAHA!!!” Riuh rendah gelak ketawa Farel dan teman-temannya bergabung. Darwin yang sejak tadi berada di sebelah Farel hanya mendiamkan diri. Sesekali bila ditanya barulah dia membuka mulut. Hanya senyuman yang disungging. Senyuman plastik! Bila bersama kawan-kawan Farel, dirinya terasa kecil sekali. Sungguh dia tidak selesa. Penampilan mereka juga jauh berbeza dari dirinya dan kawan-kawan. Si lelaki-lelaki berpakaian lengkap serba mewah. Confirm hiasan dari hujung kaki sampai hujung kepala harga beratus-ratus. Yang si perempuan pulak masing-masing bangga mendedahkan paha dan dada. Bukan dia tak perasan sejak mula mereka bertemu tadi gadis-gadis itu tak jemu-jemu menghadiahkan senyuman sinis kepadanya. Bajet korang lawa sangat la eh? Kalau setakat muka bertepek bedak berinci-inci tu tak payah la korang perasan korang lawa. Dah habis jelita la tu kalau rambut warna pelangi? Helleh! Kalau luaran lawa, tapi dalaman tak lawa tak ada guna! Baik aku yang hanya pakai jeans dengan kemeja ni lagi lawa. Lagi sedap mata memandang. Tak gitu?


”Honey, This is for you.”


Lamunan Darwin terhenti bila terlihat bekas berbentuk segi empat dihulur kepadanya. “For me?” Soalnya inginkan kepastian.


“Yes, dear.”


Bekas itu diambil lalu dibuka. Terlopong Darwin sebaik saja melihat seutas rantai whitegold bersama sepasang anting-anting terletak elok di dalam bekas itu. Inilah rantai yang menjadi idaman selamam ini. Tapi… Bekas tadi dihulur semula kepada Farel. “Sorry… Darwin tak boleh terima hadiah ni.”


“But why?” Muka Farel kelihatan terkejut bila pemberiannya ditolak.


“Mahal sangat. Darwin tak boleh terima.”


“But Darwin… I ikhlas kasi you ni. Ambil la…”


“Farel…”


“Hey bro. Dia tanak hadiah tu la. Dia nak hadiah lain. Asal lu tak faham-faham?” Selit Amy teman yang paling banyak bercakap diantara mereka.


Seisi meja menghembur tawa. Farel tidak terkecuali. Darwin sudah berasa hangin satu badan. Ingat aku muda sikit dari korang, aku tak faham maksud kau?


“You nak hadiah lain ke Darwin. I boleh kasi.” Farel sudah tersengih gatal. Wajahnya semakin mendekati wajah Darwin.


”Apehal awak ni Farel?” Darwin melenting dengan perbuatan lelaki itu. Hatinya sudah berdetak hebat.


”Kiss her! Kiss her! Kiss her!”


Jeritan itu makin menambahkan kelajuan rate jantung Darwin. ”Kau apehal!?” Tangan Farel yang sudah mendarat di bahu membuatkan Darwin menjerit kuat. Laju dia berdiri. Kerusi Farel ditolak hinggakan lelaki itu tersungkur ke lantai.


Tindakan berani Darwin mengundang riak terkejut pada muka penghuni meja itu. Masing-masing terkedu melihat situasi itu.


”Kau!!!” Farel lantas berdiri. Merah mukanya akibat malu yang teramat sangat. Geramnya pada Darwin membuak-buak. Malunya pada kawan-kawan sudah tidak dapat dibendung lagi. Lalu tangan Darwin ditarik kasar. Sekali lagi dia mendekatkan mukanya ke muka Darwin.


Pangg!!! Bergetar hebat otak lelaki itu dengan tamparan yang diterima. Tidak cukup dengan itu, segelas air coke disimbah ke muka Farel. Darwin sudah tidak mampu mengawal amarahnya lagi bila lelaki itu makin melampau.


”Kurang ajar! Hey pompuan! Kau ingat aku hadap sangat ke dengan kau hah? Apa kau ingat selama ni aku betul-betul jatuh cinta dengan kau? Hey listen to me. You’re not my type! Pompuan kampung dan kuno macam kau tak layak untuk aku. Selama ni aku just main-main dengan kau. Kau ingat aku serius ke? Kau tampar aku eh? Berani kau tampar aku!” Ringan saja tangan tebal Farel melekat di pipi mulus itu. Tamparan dibalas dengan tamparan sehingga Darwin terdorong dua langkah ke belakang. ”Kau ingat imej kau macam ni kau baik la eh!?” Sepantas kilat tudung putih yang tersarung elok di kepala gadis itu ditarik sehingga menampakkan anak tudung. Tak cukup dengan itu Farel turut merentap kasar kemeja yang tersarung ditubuh Darwin hinggakan kemeja itu terkoyak di bahagian bahu.


Darwin yang sudah menangis itu langsung tak dihiraukan.Yang dia tau, perbuatan gadis itu mesti dibalas. Teman-teman yang berada di situ bersorak ria menyokong perbuatan tak bermoral Farel. Lagilah dia menjadi-jadi. ”Mari sini aku ajar kau macam mana cara nak hormat aku!” Darwin ditarik rapat ke tubuh. Pipi gadis it dicekak.


Darwin yang sudah bergetar satu badan dengan tindakan itu cuba mengumpul semangat. Allah... Serunya berkali-kali. Tangan kanan digenggam kuat sebelum tumbukan itu menusuk ke perut Farel.


”Arghh!!!” Lelaki itu menjerit. Tangannya terlerai jatuh dari pipi Darwin. Dia itu jatuh tersungkur.


Sekali lagi Darwin bertindak. Kali ini tendangan hebat naruto pulak yang melekat di buka lelaki itu. Bukk!


”Arghh!!”


Tanpa membuang masa Darwin memecut selaju mungkin meninggalkan tempat itu bila melihat teman-teman Farel juga telah bersedia untuk membuka langkah. Dalam hati hanya berdoa kepada Allah semoga dia selamat dari jin-jin yang bertopengkan manusia itu.


***


”APEHAL ni Wan?”


”Apehal apa?” Soalan Acap dijawab dengan soalan. Supernatural yang tertayang di skrin tv hanya dipandang kosong. Mata pada tv, namun otak sudah melayang ke tempat lain.


”Tu...” Acap memuncungkan bibir pada W205 milik Dizwan kat atas meja yang sudah masuk kali keempat menjerit mintak diangkat. Namun temannya itu masih buat tak dengar.


”Biar ar.” Dizwan muka straight. Mata kembali menala pada skrin tv.


”Win ke?”


Diam.


”Asal kau tanak jawab call dia?”


Pun diam.


Acap hela nafas panjang. Dia menggeleng-geleng dengan sikap dingin Dizwan. Temannya itu bukan lagi Dizwan yang ceria seperti sebelum ni. Penampilannya juga turut berubah. Serabut! Acap faham, Acap tau perubahan Dizwan ini disebabkan oleh seorang gadis yang bernama Amalina Darwin. Sudah lama dia menyedari teantang perasaan Dizwan terhadap Darwin, namun bila ditanya temannya itu hanya ketawa. Ngaku tak nafi pun tak. ”Wan, asal kau tak confess je feeling kau kat Win?”


Soalan itu berjaya menarik pandangan Dizwan dari skrin tv ke muka Acap. Dia nampak tersentak. ”Apa kau merepek ni, Cap?” Hati dah mula berdebar lain macam.


”Aku merepek benda yang betul kan?” Acap senyum sinis.Muka Dizwan dipandang. ”Sudah la, Wan. Cukup-cukup la kau dera diri sendiri. Tak kesian ke kat hati kau? Kasi la peluang kat hati tu untuk confess apa yang dia rasa. Kau tak payah nak nafikan perasaan tu. Tak payah cuba untuk mengikis dia. It’s too late. Kau dah pun lekat dekat Darwin.” Sambungnya lagi panjang lebar.


Dizwan membisu. Nasihat Acap meresap jauh ke dalam hati. Dia mengubah posisi badan dari baring ke duduk. Tubuh disandar pada sofa. Rambut disebak ke belakang. Muka betul-betul nampak lesu. Dia letih. Letih dengan dengan perasaan sendiri. “Aku tak tau la, Cap. Aku tak mintak. Aku tak harap. Aku tak pernah suruh hati aku ni untuk jatuh hati dengan dia. Kalau boleh aku nak kikis semua perasaan yang langsung tak bermakna apa-apa ni. Dah banyak kali aku cuba tapi tak boleh. Makin aku cuba untuk lepakan dia, makin kuat rasa tu. Aku penat la Acap. ” Adu Dizwan lemah. Dia mengeluh kesal.


Tersenyum Acap dengan pengakuan Dizwan yang sudah lama disembunyikan dari dia. Sudah lama temannya itu memendam perasaan sendirian. ”Asal kau tanak confess kat dia?”


”Sebab aku Dizwan dia Darwin.”


“So, what’s the problem?”


“The problem is... she’s my friend. My bestfriend.”


“Tapi korang bukan muhrim kan? Boleh kahwin.” Sampai ke situ Acap berfikir.


Dizwan tersenyap seketika. Kepala ditunduk ke bawah. ”Dia tak pernah ada rasa yang sama dekat aku, Cap. Dia just anggap aku as her friend. Dia pernah cakap yang dia sayangkan aku sebab aku kawan dia. Macam mana aku nak confess feeling aku kalau aku dah tau jawapan yang bakal aku terima nanti?”


Kali ini giliran Acap pula yang tersenyap. Muka Dizwan direnung lama. ”Belum cuba belum tau, Wan. Kau fikir la baik-baik. Jangan sampai kau menyesal nanti. Jangan sampai kau frust menonggeng.”


Where did I go wrong… I lost a friend… Somewhere along in the bitterness… And I would have stayed up with you all night… Had I known how to save a life…


Corus How To Save A life-The Fray dari W205 itu menarik perhatian dua sahabat. Acap pandang Dizwan. “It’s her.”


Dizwan berdiri lampat-lambat mencapai handsetnya itu. Memang dia! Desis hatinya bila terpandang nama Darwin di skrin.


+ Wan... dia jahat. Dia keji. Dia malukan aku. Dia tampar aku. Dia tarik tudung aku. Dia koyak baju aku. Dia sentuh aku. Dia cuba nak rosakkan aku. Dia jahat Wan. Dia jahat! Wan... aku takut. Aku sedih. Aku nangis. Aku sengsorang kat sini. Aku perlukan kau.


Terbuntang mata Dizwan sebaik saja mesej itu dibaca. Dia jadi gelabah. Bayangan Darwin bermain diruang mata. Laju dia lari mencapai cardigan yang tersangkut du hujung sofa lalu disarung ke tubuh. “Acap, pinjam kereta!”


“Kau nak ke mana? Asal gelabah ni? Apa dah jadi?” Acap yang melihat keadaan kalut temannya itu menyoal bertubi-tubi.


“Darwin! Darwin ada problem. Cap, pinjam kereta.”


”Amek ar.”


”Thanks.” Kunci kereta yang dihulur oleh Acap disambar rakus sebelum dia meluru keluar dari rumah. Tangan kiri ligat mendail nombor Darwin. Lepas lima saa...”Kau kat mana?”


***


”WIN!!” Suara Dizwan bergema di seluruh Tasik Shah Alam. Berlari-lari dia di kawasan tasik itu sambil melaungkan nama Darwin. Gadis itu masih belum dijumpai. Dizwan resah. Dia serabut. Dia jadi tak tentu hala bila bayangan Darwin masih belum muncul di depan mata. Dia risaukan keselamatan Darwin. Sangat risau! ”Darwin!! Laungnya lagi. Kali ini lebih kuat.


Langkah kaki terus diatur menuju ke depan tasik. ”Amalina Darwin!!!” Betul! Keadaan Dizwan dah macam orang gila. Dah macam orang hilang anak pun ada. Mata melilau di seluruh tasik. Cahaya lampu yang berada disitu belum cukup untuk membantu dia mencari gadis itu. Kepala ditoleh ke sekeliling. Hinggalah akhirnya mata Dizwan terpaku pada sesusuk tubuh yang sedang duduk di bawah pokok tidak jauh darinya. Bentuk tubuh itu amat dikenali. Sekali pandang pun Dizwan sudah dapat mengagak bahawa insan itu adalah Darwin. Perlahan-lahan kaki diangkat menghampiri si gadis.


Sebaik saja dia berdiri di hadapan temannya itu, Dizwan putus nafas. Jantung dah rasa tercabut jauh dari tangkal. Laju dia berpusing membelakangi Darwin. Cardigan yang tersarung di tubuh ditanggal lau di sua pada gadis itu. “Pakai ni.”


Huluran bersambut. Cardigan Dizwan disambut dan disarung menutupi tubuh. Darwin hanya diam tanpa suara. Air mata cuba ditahan dari mengalir di depan Dizwan.


Dizwan betul-betul tersentap melihat keadaan Darwin ketika itu. Rasa amarahnya datang membuak-buak. Kedua-dua penumbuk dikepal kuat. Giginya bergetar hebat. Tak guna punya jantan! “Bawak aku jumpa dia!”


***


DIZWAN melangkah laju ke depan tanpa menoleh kiri dan kanan. Matanya tersasar pada satu susuk tubuh yang sedang berjalan menuju ke arah kereta. Belum sempat Farel membuka pintu kereta meluru Dizwan mencekak kolar bajunya. Jelas Farel terkejut dengan tindakan yang tidak disangka-sangka.


“What’s wrong, bro?” Soalnya bagai tidak memahami kenapa Dizwan bertindak sedemikian.


“Kau dah buat anak orang macam tu, kau boleh tanya aku... what’s wrong? Kau memang iblis la Farel! Sape kasi kau hak untuk sentuh Darwin hah!!!?”


“Wan...” Darwin yang berada di belakang Dizwan mencelah. Cuba menenangkan hati lelaki itu. Risau kalau Dizwan bertindak diluar jangkaan.


”Rilex ar bro. Gua gertak je tadi. Sape suruh dia cepat gelabah?” Farel masih tidak mahu mengaku bersalah. Langsung tidak ada riak bersalah di wajah itu.


”Gertak kau cakap!” Dizwan makin panas. ”Kau dah tampar dia, koyak baju dia, cuba rosakkan dia, sampai nangis-nangis macam tu.. gertak ke namanya tu?”


”Alaa... dia saja je ngada-ngada. Perempuan zaman sekarang semuanya sama je. Nama je pakai tudung, tutup aurat tapi hakikatnya ramai yang dah rosak. Sama la dengan Darwin pun. Sebenarnya dia suka aku sentuh dia. Kalau boleh dia nak aku buat lebih lagi dari tadi. Tapi...”


Bukk! Tiga kali perut Farel ditumbuk. Kuat! Kali ini Dizwan betul-betul tak dapat mengawal perasaan. Penghinaan Farel terhadap Darwin langsung tidak boleh diterima. “Kau memang iblis!” Jeritnya pada Farel yang sudah merekot kesakitan di atas jalan. Dizwan tunduk mencekak kolar baju lelaki itu. Bertubi-tubi tembukan dikenakan pada muka Farel. Dizwan sudah menggila. Badan Farel juga turut dihempas berkali-kali di atas lantai. Sungguh! Dizwan sudah out of control!


”Wan! Cukup la tu. Mengucap weyh! Mengucap.” Darwin yang sudah kecut perut melihat keadaan Dizwan itu mencelah. Hujung t-shirt temannya itu ditarik-tarik. Dizwan mesti ditenangkan sekarang ni. Kalau tidak, keadaan akan bertambah teruk. ”Wan... sudah la tu. Wan!”


Rayuan Darwin tidak diendah. Yang dia tau, Farel mesti dikasi pengajaran yang secukupnya. Perkara yang menimpa Darwin itu betul-betul membuatkan Dizwan mengamuk.


Darwin makin risau bila melihat Farel sudah lembik dikerjakan Dizwan. Lelaki itu sudah meraung-raung mintak dilepaskan. ”Wan kau nak masuk jail ke? Asal tanak dengar cakap aku? Stop it! Please... I’m begging you.”


“Kau tak sayang aku ke, Wan?” Cepat-cepat Darwin menyoal bila dilihat Dizwan ingin menumbuk muka Farel yang sudah dipenuhi dengan cecair pekat warna merah. Dia yakin kalau sekali lagi tubuh lelaki itu dihinggapi dengan penumbuk Dizwan, memang habis lah Farel. Silap-silap boleh masuk hospital.


Kata-kata terakhir yang keluar dari bibir Darwin itu berjaya membuatkan Dizwan menghentikan perbuatannya. Gigi diketap kuat-kuat. Muka Farel ditenung tajam sebelum dia menolak lelaki itu sehingga terbaring di atas jalan. “Arrgghhh!!!” Kuat jeritan itu bergema di seluruh kawasan parking kereta. Rasa marah, geram, bengang, kecewa bercantum menjadi satu. Laju dia menoleh meninggalkan Farel terkulai di situ.


Melihat Dizwan yang sudah berada di depan, Darwin ikut mengangkat kaki untuk membontoti lelaki itu. Setelah masuk saja langkah ke tiga kedengaran namanya dipanggil. Dia menoleh.


“I’m so sorry.” Terketar-ketar suara itu meminta maaf. Farel merenung muka Darwin dengan renungan mengharap.


Nafas dihela sebelum menyambung semula langkah kakinya. Ucapan maaf Farel dibiar tergantung tanpa sebarang balasan. Sungguh dia belum dapat memaafkan perbuatan keji lelaki itu terhadap dirinya. ”Wan!” Jeritnya bila Dizwan sudah jauh dari dia.


”Wan, tunggu aku.” Kata Darwin setelah langkah Dizwan berjaya disaingi. Muka lelaki itu dicuri pandang. Nampak tegang. Serius. Stress. Sejak mereka kenal, inilah kali pertama dia melihat lelaki itu mempamer riak sebegitu. ”Wan... aku...”


”Puas!!? Hah!!? Puas ke!!?” Herdikan Dizwan tetiba itu membuatkan Darwin tercengang. Langkah mereka terhenti. Dizwan merenung tajam ke dalam mata Darwin. ”Dia ke prince charming yang kau dok idam-idamkan selama ni? Ini ke perkara yang kau harapkan berlaku kat diri kau!? Kononnya dengan Farel semua impian kau akan tercapai? Dengan Farel kau boleh bahagia? Kau sedar tak kau hampir-hampir dirosakkan oleh lelaki yang kau agung-agungkan selama ni? Kau sedar tak Win yang kau dah banyak berubah. Kau sedar tak yang kau hampir musnahkan masa depan kau!? Kau sedar tak!!?” Bertubi-tubi tengkingan dihadiahkan buat Darwin. Dizwan merengus kasar sebelum meninggalkan gadis itu di belakang.


Dizwan meluru laju untuk mendapatkan kereta yang berada dua puluh meter di hadapan namun langkahnya terhenti bila telinga menangkap bunyi esakan dari belakang. Dia menoleh. Darwin sudah bertinggung di atas jalan sambil membenamkan muka ke lutut. Gadis itu menangis. Esakan makin kuat. Melihat keadaan itu, Dizwan mengeluh. Muka diraup. Rambut disebak ke belakang. Sumpah dia tak boleh tengok Darwin menangis. Luluhnya rasa. Lambat-lambat kaki diangkat ke arah gadis itu. Sling bag yang tergalas ditubuh itu dicapai lalu zip dibuka. Sehelai tisu ditarik keluar lalu dihulur kepada Darwin. ”Nah.”


Huluran bersambut. Darwin masih belum mendongak. Bahunya terhincut-hincut menahan sedu. Dia malu pada Dizwan. Dia malu pada Nad. Dia malu pada teman-teman yang lain. Dan yang paling dia malu pada diri sendiri. Rasa kecewa dan sedih turut menyesakkan dada. Sungguh dia rasa lemah ketika ini. Ingin diluah segala perasaan pada Dizwan namun mulut berat untuk berbicara tidak seperti selalu.


Dizwan ikut bertinggung menghadap Darwin. Gadis yang sedang tertunduk itu direnung sayu. “Aku pernah kasitau kau tak perempuan paling nampak buruk bila dia nangis?”


Lambat-lambat Darwin menggeleng.
”Kalau lelaki-lelaki yang kau impikan tu nampak keadaan kau ni, macam mana diorang nak lekat?” Seloroh Dizwan cuba menceriakan situasi.


Lagilah Darwin meraung mendengar kata-kata yang dianggap sindiran dituju kepadanya. Laju kepala digeleng. ”Aku tanak kahwin dengan orang kaya lagi dah. Aku dah tanak banglo enam atau tujuh tingkat. Aku tanak swimming pool besar-besar. Aku tanak taman bunga yang berekar-ekar. Aku tanak tanam impian tinggi melangit lagi. Aku tanak... Aku tanak... aku dah serik.” Tangisan Darwin semakin berlagu-lagu. Makin menjadi-jadi. ”Wan... aku... aku...aku...”


”Apa?”


”Aku nak nangis.”


Tersenyum nipis dia dengan permintaan itu. ”Aku halang ke?”


”Aku tanak kau tengok aku nangis. Aku tanak kau dengar.”


Panjang nafas disedut. ”Ada earphone?”


Darwin mengangguk.


“Kasi aku pinjam.”


Darwin menyeluk earphone di dalam beg lalu dihulur kepada Dizwan.


Lelaki itu menyambung tali earphone tadi dengan W205 ditangan. Kedua-dua eraphone disumbat masuk ke dalam telinga. Butang media – music –track ditekan. Dia duduk sambil memeluk lutut membelakangi Darwin. “Nangis la. Aku janji tak dengar.” Ujarnya tanpa menoleh. Kemudian lagu Say (all I need)- OneRepublik mendayu-dayu di telinga.


Dan di sini…pada malam ini… di bawah pancaran lampu jalan yang samar-samar... di belakang lelaki itu… Darwin meraung sepuas-puasnya. Segala pekung di dada dilepas keluar. Biar dia rasa lega. Biar dia rasa tenang. Biar dia boleh lupakan perkara yang paling pahit berlaku kat dirinya pada malam ini. Wajah Farel dilontar sejauh mungkin dari ingatan. Tidak pernah dia menduga bahawa impian yang selama ini dianyam akhirnya memakan diri sendiri. Dia sudah tersalah memilih teman. Salah memilih prince charming yang sebenar.


***


Selepas satu jam berlalu, Dizwan menghantar Darwin pulang ke rumah sewanya. Dari jauh sudah kelihatan Nadzirah bersama dua orang teman yang lain sedang menunggu di halaman. Terkocoh-kocoh mereka mendapatkan Myvi merah itu sebaik saja terpakir di hadapan rumah.


“Win! Kau okey?” Laju Nadzirah bertanya setelah Darwin melolos keluar dar kereta. Panggilan yang diterima oleh Acap tadi betul-betul membuatkan dia semput. Kata Acap sesuatu tengah berlaku dekat Darwin.


“Don’t worry. I’m okey.” Lemah suara itu. Muka nampak sembab. Matanya bengkak.


“Apa yang Farel dah buat dekat kau?” Tak perlu ditanya siapa yang menyebabkan Darwin serabai sampai sebegitu rupa, dia sudah tau. Seharian gadis itu bersama dengan Farel dah sah-sah lelaki itu puncanya.


Darwin hanya diam. Tidak berdaya untuk menjawab soalan Nadzirah. Malu pada temannya itu makin menebal-nebal. Nasihat Nadzirah suatu masa dahulu tidak diambil pusing.


Kata Nadzirah dia tidak suka Darwin berkawan dengan Farel kerana lelaki itu bukan lelaki yang sesuai untuk dia. Farel bukan lelaki yang baik. Tengok sajalah cara dia ketika merenung teman-teman serumah Darwin. Lain macam dan nampak gatal. Dasar lelaki bernafsu tinggi!


“Masuk jom? Kau mandi then tidur. Takyah nak fikir pasal jantan tak guna tu lagi dah.” Lembut suara Nadzirah. Lengan Darwin dipeluk. Muka ditunduk sedikit memandang Dizwan yang berada dibahagian pemandu.”Thanks a lot Wan.” Ucapnya pada Dizwan bersama senyuman lega.


Lelaki itu membalas senyumanya seraya mengangguk.


“Kejap, Nad.” Darwin menghalang bila Nadzirah ingin menarik lengannya masuk ke dalam rumah. Kepala dikalih pada Dizwan. “Aku tak tau nak cakap apa selain… thanks. Thanks for everything.” Katanya dalam satu nafas sebelum berlalu.


“Win!”


Panggilan itu mamatikan langkah Darwin.


”Happy birthday.” Dan Myvi merah itu meluncur pergi dengan laju.


***


Tiga tahun kemudian...

”DEY minachi. Apa yang lu tengah fikir hah?” Sergah Nadzirah yang muncul entah dari mana itu mematikan lamunan Darwin. Dia duduk di sebelah gadis itu sambil menikmati aiskrim bekas besar.


”Dey mak cik. Kata nak diet. Tapi bukan main besar lagi aiskrim kau sapu. Karang baju pengantin tak padan jangan nak banyak bunyi.” Bebel Darwin sambil ikut mencedok aisrim vanila masuk ke dalam mulut. Persahabatnya dengan Nadzirah masih berkekalan walaupun zaman belajar mereka sudah tamat. Nadzirah masih lagi housematenya even rumah sewa dah bertukar. Kerjanya sebagai Jurutera Biomedikal di Hospital Sungai Buloh dan Nadzirah pula sebagai guru Matematik di Sekolah Menengah Kebangsaan TTDI Jaya menempatkan mereka dirumah sewa yang sama.


“Tak adanya tak padan. Aku dah spare 1cm untuk pembesaran badan aku dalam tempoh dua bulan ni.”


”Helleh! Karang Acap bising kau tarik muka tak siap pulak.”


”Berani dia nak bising? Aku lari tinggal dia atas pelamin sorang-sorang hari kenduri nanti baru tau.” Seloroh Nadzirah seraya menghembur tawa. Dia bersyukur percintaannya dengan Acap sejak di universiti kekal sampai sekarang. Malah bakal sampai ke jinjang pelamin. InsyaAllah.


”Cakap berani ar.” Ejek Darwin sambil mencebik. Dia turut tumpang gembira dengan kebahagian teman-temannya itu. Khairul kini sudah pun pun selamat mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya bulan lepas. Ain sudah beranak dua. Asma pun bakal menimang cahaya mata bulan depan. Nadzirah pulak on the way nak jadi isteri Acap. Tapi dia?


“Kau still tunggu dia ke?”


Soalan Nadzirah mengundang keluhan lemah dari bibir mungil itu. Sejak peristiwa pahit malam itu, Darwin sudah bertekad tidak mahu mendekati mana-mana lelaki lagi. Tekadnya itu makin kuat bila dia sudah pasti dengan feeling sendiri. Dizwan Hafez Abdul Manaf. Ya! Dia sedar bahawa lelaki itu yang dinanti-nantikan selama ini. Lelaki itu adalah prince charming dia yang sebenar. Namun ruginya dia tidak sedar perkara itu dari awal. Dan bila dia sudah pun menyedari hakikat itu, sayangnya sudah terlambat. Sejak malam itu, Darwin sudah tidak lagi bertemu dengan Dizwan. Di kampus, di tempat mereka selalu melepak, di mana-mana pun la. Bayang lelaki itu terus hilang darinya. Puas dia tertanya-tanya mana perginya Dizwan sampai lah satu hari, Acap memberitahu bahawa Dizwan sudah terbang ke German menyambung pelajaran di peringkat Master. Hancur hatinya. Darwin sedih kerana lelaki itu tidak mengkabarkan pemergiannya itu.


”Win, dia dah balik.” Suara Nadzirah membawa ingatan Darwin ke dunia reality.


”Sape?”

”Wan.”


”Haa!!??”


Senyum disungging lebar. ”Esok dia nak jumpa kita semua.”


”Haaaaaaaaaaa!!?”


***


SEMAKIN berdetak sakan jantung bila sesusuk tubuh yang amat dikenali sedang berjalan menghampiri mereka. Sungguh Darwin rasa macam nak rebah bila terpandang senyuman yang dah lama dia tak nampak itu dituju kepadanya.


”Assalamualaikum.” Dizwan yang berpenampilan kemas dari atas sampai bawah itu menyapa seisi meja di situ.


”Waalaikumusalam.” Jawab mereka serentak.


”Fuyooo.... Dizwan Hafez makin handsome tu.” Ternganga mulut Acap ketika melihat Dizwan yang kini sudah berubah. Berubah lebih matang. Kalau dulu dia budak motor yang hanya pakai baju ikut suka hati, tapi sekarang lelaki itu dah lain. Tengok saja lah t-shirt berkolar warna hitam bercorak merah sedikit di bahagian dada bersama jeans dark blue yang tersarung ditubuh. Rambut pun sudah tercacak rapi. Tak lagi macam dulu serabut serabai macam orang tak mandi setahun.


“Apa khabar anda orang German?” Celah Khairul pula sambil menghulur tangan.


“I’m still Malaysian okeyh!” Dizwan tersengih-sengih “Alhamdulillah baik.” Kerusi ditarik. Dizwan duduk bertentangan dengan Darwin yang sejak tadi tidak memanggungkan kepala. “Nad, Ain, Asma... apa cerita sekarang?” Muka tiga orang gadis itu dipandang bergilir-gilir.


“Cerita aku... aku dah beranak dua. Bahagia dengan suami. Rapat dengan mertua.” Ain yang happy go lucky itu mula merapu. Seisi meja ketawa.


”I’m going to be a mother.” Asma sengih samapi belakang telinga.


”Aku pulak...”


”Nak jadi isteri orang kan?” Dizwan memotong laju ayat Nadzirah. Dia sudah maklum dengan perkahwinan temannya itu akan berlangsung tak lama lagi.


”Orang itu aku okey!” Sampuk Acap dengan muka bangga.


Dizwan tersenyum. Pandangan mula berlari ke wajah yang sudah lama dirindui. Wajah yang selalu muncul di dalam mimpinya. Wajah yang sudah lama mencuri hatinya. ”Kau, Win... apa khabar?”


Oh! Speechless! Darwin jadi tak keruan. Debaran di dada makin menjadi-jadi. ”Err... Alhamdulillah sihat.”


Dua mata saling bertentangan. Lama!


”Eh, Wan. Apa benda yang kau bawak berplastik-plastik tu?” Ain yang tersengih dengan situasi Dizwan dan Darwin menyelit tetiba.


Dizwan tersentak. Darwin tersentap. Oh! Malu! Dua-dua kalih pandang pada muka Ain.


”Ole-ole aku bawak untuk korang dari German.” Jawab Dizwan sambil menyelongkar keluar kotak-kotak yang dibalut cantik dan diletak atas meja. ”Ini untuk kau...” Sebuah kotak diletak di hadapan Ain. ”...untuk kau....” sebuah lagi disua kepada Khairul. ”Kau...” Sampai giliran Nadzirah ”...last untuk kau, Cap.” Kotak hadiah yang terakhir dihulur kapada Acap.


”Thanks Wan!” Masing-masing tayang muka excited.


Aku? Aku punya mana? Soal Darwin dalam hati. Muka sudah berubah. Sampai hati kau tak belikan ole-ole untuk aku Wan. Kau dah tak ingat aku lagi ke? Darwin mula sebak.


”Win punya mana?” Tanya Khairul pelik. Hah sudah! Kata sayang, kata cinta tapi boleh pulak terlupa nak belikan buah hati ole-ole macam orang lain.


”Alamak!” Dizwan tepuk dahi. ”Sorry, Win. Hadiah kau aku lupa bawak.”


”Takpe.” Balas Darwin antara dengar dengan tidak.


”Nanti aku hantar kat rumah kau eh. Rumah dekat kampung.”


”Takpe la. Takyah susah-susah.” Darwin kupas senyum plastik. Padahal hatinya sudah meraung-raung. Sampainya hati Dizwan!


”Eh, Win. Aku nak tanya kau satu soalan boleh?”


”Apa?” Muka dikalih dari memandang muka Dizwan.


”Kau dah kahwin belum?”


”Haaah!?” Rasa macam jantung direntap kasar bila soalan itu menusuk corong telinga.


”Kau gila apa ni, Wan? Bukannya kau tak tau yang si Darwin ni still solo.” Ain turut terkejut mendengar soalan itu.


”Kalau macam tu...” Mata merenung dalam sepasang mata coklat itu. ”Kita kahwin jom?”


Dushh! Sumpah Darwin rasa macam tiga biji bas merempuh tubuhnya bergilir-gilir. Anak tekak berjaya ditayang. Mata tidak berkelip memandang Dizwan yang tengah tersenyum nakal.


”So... What’s you answer, miss Amalina Darwin? Approve or reject?”


“Aa… err…” Darwin sudah gelabah. Resah semacam. Rasa macam nak lari jauh dari situ pun ada.


”Win, kau tak sedar lagi ke?” Acap bertanya. Dia dan Khairul sudah tarik senyum lebar.


Darwin muka puzzled.


”Kau tak sedar ke kau tengah dilamar sekarang?”


”Erkk!?” Muka Dizwan kembali ditatap. Mencari kepastian di wajah itu.


Kedengaran nafas dihela lembut. Lembut pandanganya pada mata Darwin. ”Aku bukan orang kaya. Bukan anak datuk mahu pun tan sri. Anak raja lagi la bukan. Aku tak mampu nak belikan kau banglo enam atau tujuh tingkat. Aku tak dapat hadiahkan kau vila mewah. Tak dapat jugak nak kasi taman lorong-lorong macam dekat negara omputeh untuk kau. Aku tak handsome macam Jensen Ackles dalam Supernatural. Aku tak cool macam Edward Cullen dalam Twilight. Tapi kalau kau nak semua tu aku akan cuba berusaha untuk penuhi impian kau. Kalau kau nak BMW atau Merc tunggulah aku simpan duit empat atau lima tahun lagi. Cash aku beli untuk kau. Tapi kalau kau nak aku buat surgery untuk ubah muka macam pelakon idola kau tu aku tak mampu. Berdosa besar mengubah ciptaan Allah.” Panjang lebar Dizwan menyusun ayat. Senyuman manis dihadiahkan kepada gadis yang sudah bergenang kelopak matanya. ”Amalina Darwin... Dizwan Hafez Abd Manaf cintakan kau. Sangat cinta. Tau... jiwang kan? Tapi ini la hakikatnya. Win, dari dulu lagi aku cintakan kau. Aku tak pernah cakap. Aku tak mampu nak cakap...”


”Kenapa?” Hanya satu perkataan yang keluar dari bibir itu setelah mendengar pengakuan jujur Dizwan


”Sebab aku Dizwan kau Darwin.”


”Apa masalahnya?” Soalan yang suatu masa dahulu pernah diungkap oleh Acap kini keluar dari bibir mungil Darwin.


”Friendship. Disebabkan satu perkataan tu lah yang membuatkan aku terpaksa pendamkan perasaan aku dekat kau.”


Berjurai air mata Darwin dengan kenyataan itu. ”Wan... sebenarnya... aku... aku pun.... aku...” Darwin tidak mampu bercakap. Esakan dia semakin kuat.


”Syyyhhh... Aku tau. Kau takyah cakap. Aku tau kau pun ada feeling yang sama kan?”


”Mana kau tau?”Jelas muka Darwin kelihatan terkejut. Dia kalih pandang pada Nadzirah yang sudah tersengih-sengih. ”Nad, kau...”


”Aku cuma bagitahu Wan benda yang betul je.” Pantas bakal isteri Acap itu menyelit. Tanpa pengetahuan Darwin, Nadzirah kerap kali berhubung dengan Dizwan di dalam email. Segala pekembangan Darwin diceritakan kepada lelaki itu. Perancangan Dizwan untuk melamar Darwin pada hari ini dia juga turut dirancang bersama. Acap, Khairul dengan Ain ikut bersubahat.


”Nad...” Darwin sudah blush. Malunya pada Dizwan hanya tuhan saja yang tahu.


”Amalina Darwin...” Lembut suara Dizwan. “ Will you be my princess charming? Atau dari segi kata lain… “Will you marry me?”


Putus nafas! Geraham paling hujung ditayang. Mata bulat hampir-hampir nak tersembur keluar. Kedua-dua lutut sudah lemah. Nasib baik lah sekarang ni dia tengah duduk. Kalau berdiri confirm dah rebah.


”Darwin...” Panggil Dizwan bila gadis itu masih tidak memberikan respon. ”Will you?”


”Aahh.. haaa... err... I will... I will…” Malu-malu Darwin memberi jawapan.


“Yesss!!!!” Suara Nadzirah, Ain, Acap dan Khairul bersorak riang.


“Alhamdulillah…” Jawapan positif dari gadis itu betul-betul membuatkan Dizwan melepas nafas lega.


“Tapi asal kau tinggalkan aku macam tu je dulu? Kau pergi German pun langsung tak kasi tau aku. Asal, Wan? Sampai hati kau kan? Aku called tak dapat. Hantar email tak reply. Lepas tuh phone number pun kau tukar. Sedih gila kau buat aku mcam ni Wan.” Tersekat-sekat Darwin bersuara. Air mata mengalir lagi.


“Aku jauhkan diri aku dari kau selama tiga tahun ni sebab aku nak kasi ruang dekat kau. Kiranya nak uji kau la. Nak kasi kau rindu aku. Tak sangka tindakan aku akhirnya berjaya. Tengok… kau pun dah jatuh cinta dengan aku kan? Hebat tak aku?” Dizwan angkat kening dua kali. Dia tayang sengih pada Darwin yang dah menangis macam budak kecik tak dapat lolipop berbentuk ‘love’ . “Win, minggu depan kau balik Muar tak?”


“Asal?” Air mata diseka dengan belakang tangan. Haisyh! Malu la pulak menangis depan orang.


”Tadi kan Wan ada cakap nak hantar ole-ole untuk kau kat kampung.” Khairul dengan baik hatinya tolong menjawab bagi pihak si sahabat.


”Kasi kat sini dah la. Asal sampai nak hantar sampai kampung pulak?”


”Aku nak kasi dekat parents kau sekali.”


”Huh?” Darwin makin confuse.


”Ole-ole aku berupa sireh junjung dan cincin belah rotan. Lepas tu maybe ada pantun-pantun sikit kot.”


Mulut Darwin separuh ternganga bila sudah dapat menangkap maksud Dizwan yang tersirat itu. ”Meaning.... kau nak pinang aku!?”


”Haa... faham pun sayang ni. Penat abang bagi clue. Kita bertunang terus. Then, tahun depan kita kahwin. Sempat la aku nak kumpul duit dulu. Okey sayang?”


”Yeerrkk!” Terjelir lidah Darwin dengan gelaran ’sayang-abang’. ”Meremang bulu tengkuk aku.”


Hahaha!!! Ketawa pecah lagi. Khairul, Acap, Nadzirah dan Ain masing-masing tersenyum ceria tumpang gembira dengan kebahagian teman-teman mereka.


”Win.”


”Hmm.”


”Sekarang kita dah jadi girlfriend-boyfriend kan?”


”So?”

”Takkan nak kita nak terus cakap kau-aku kot? Kasar sangat bunyinya tu. Langsung tak romantik.”


”Dah tu nak guna gelaran apa?”


”Sayang-abang?”


Empat kepala lantas menoleh serentak menghadap muka Dizwan sebelum...”Yerrkkk!!!”


Dan... sekali lagi meja itu ruang itu bergema dengan gelak ketawa.


Dua hati sudah berbunga-bunga cinta. Darwin bersyukur kerana cintanya selama ini sudi disambut oleh Dizwan. Dizwan tersenyum bahagia bila cintanya tidak bertepuk sebelah tangan.


Darwin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W. T kerana DIA telah menemukannya dengan prince charming dia yang sebenar. Prince charming yang dia yakin mampu menjaga dan menyayangi dirinya seumur hidup. Dan iang pentinfg sekali prince charming itu adalah Dizwan Hafez Abd Manaf. Amin....

toucholic

toucholic

Hot N Cold

Hot N Cold
Apa yang terjadi bila air panas bertemu dengan ais cube?

sweet sours

sweet sours
friendship is a sweet relationship

Bila Amar Dah Suka Dia

Bila Amar Dah Suka Dia
Inilah jadinya bila Amar dah jatuh chenta