Chill Out ~~ ^_* (kalau tak suka lagu boleh stop kt atas ni)

new updated!


new n3 :-)

# Hot And Cold (Bab 5)
# Hot And Cold (Bab 4)
# Hot And Cold (Bab 3)

* my new email (YM, FB) :"carl_aryana89@yahoo.com"

(^__^)

(^__^)

Kalaulah Hot n Cold dapat peluang ke untuk ke versi cetak.. apa kata kalian?

Tuesday, November 23, 2010

Bila Amar Dah Suka Dia 19

“ASSALAMUALAIKUM!” Dia menyapa mesra. Pintu yang sentiasa terbuka luas bagai mengalu-alukan kedatangannya itu diredah. Selipar ditanggal di ambang pintu. Kepala dijengul ke dalam. Sunyi. Sepi. Tenang aje. Macam tak ada penghuni. Dia melangkah ke dapur untuk mendapatkan seseorang. Yang pasti bukan Amar sebab kereta temannya itu tak kelihatan. Amar memang tak ada di rumah.


“Mak Kinah!” Suara itu separa menjerit. Makin laju langkah diatur ke dapur. Lima saat dia menunggu tindak balas. Namun tiada. “Pak Husin!” Bila isteri dipanggil tak menyahut, giliran si suami pula dikelui. “Pak Husin!” Panggilnya lagi. Satu saat, dua saat, tiga saat, empat… “Sorang pun tak ada ni. Mana pergi? Atuk? Haaa… Atuk mesti ada. Lagipun weekend macam ni takkan la Haji Rahim terlebih rajin nak pergi ofis kot? Heh! Haji Rahim, kalau boleh hari kerja pun nak lepak rumah. Mana larat nak jalan lama-lama. Kuat dengan tongkat je tu.” Dia mengomel sendiri. Tanpa sedar orang tua itu dikritik pedas. Siap dengan memek muka lagi.


“Kamu ingat kalau tak ada tongkat ni, atuk tak boleh berjalan ke?”


“Sumpah atuk tak kacak!” Upsss! Terus bibir yang petah melatah itu ditekup kuat.

Mata terkebil-kebil merenung tubuh tua yang baru menjengah dapur. Riak wajah Izham berkerut ketakutan. Dia mula berwaspada. Kedudukan kaki diubah. Mata focus pada kedudukan tongkat di tangan atuk. Kalau atuk attack sebelah kiri, aku elak ke kanan. Kalau attack dari kanan, of course lah aku yang bijak ni lompat pergi kiri. Kalau atuk nak ketuk kepala, aku akan meniarap macam askar menghendap musuh ketika perang. Kalau atuk nak ketuk kaki, aku akan melompat tinggi sampai mencecah siling. Itu pun kalau aku mampu. Tapi kalau la atuk nak cucuk perut, apa yang aku harus buat? Guling-guling macam tenggiling sampai ke pintu utama? Tak pun aku kena buat…


“Izham! Kamu berangan apa tu?”


Suara yang kuat macam taufan itu berjaya menarik dia ke dunia reality. Hilang terus kepulan awan yang mengandungi idea mengarut dia sebentar tadi. “Tak ada apa-apa la, tuk.” Jawab dia sambil menyengih lebar. Dia mengeluh lega sebaik saja Haji Rahim melangkah ke ruang makan.


“Atuk.” Izham membontoti orang tua itu. Kerusi di sebelah Haji Rahim ditarik dan di duduk.


“Hmm.” Sahut lelaki itu. Pendek. Metro yang tersadai atas meja dicapai dan diselak.


Izham jadi serba salah. Kepala yang tak gatal digaru-garu. “Err… aa… Sorry. Atuk, Am mintak sorry.”


“Untuk?” Tajuk-tajuk besar yang dipaparkan dalam akhbar itu menarik perhatiannya.


“Komen tadi.”


“Tak ada beza ke antara komen dengan kutuk?”


Aiyakk! Izham tergigit lidah. Muka makin berkerut. “Am bukan niat nak kutuk atuk pun. Am cakap benda yang betul kan?”


“Kalau dah betul, kenapa nak mintak maaf pulak?” Tenang Haji Rahim menyoal. Helaian demi helaian diselak.


“Am tanak ar atuk kecik hati. Atuk tak tau, Am ni jaga sangat hati atuk tu. Kalau boleh Am tanak kasi atuk kecik hati. Hati atuk sangat bernilai pada Am. Tengok sebagai contoh, atuk sebenarnya tak kacak mana pun. Tapi Am tetap anggap atuk kacak. Lepas tu, bagi pandangan orang lain atuk ni garang yang tak ada istilah. Budak-budak pun anggap atuk macam monster. Macam dracula. Tapi Am… bagi Am atuk tetap pari-pari yang paling baik hati, penyayang. Lagi satu, atuk kedekut sangat-sangat. Orang cakap kedekut tahik hidung masin. Tapi bagi Am, itu semua karut. Atuk sangat pemurah. Tahik hidung atuk tu manis je. Mana ada masin.” Diam sekejap. Telan liur dua kali untuk mencairkan tekak yang kering. Nafas ditarik. Mulut dibuka untuk menyambung auta yang seterusnya. “Lagi, atuk ni sebenarnya…”


“Kalau kamu tak diam, atuk memang tak kecik hati. Tapi atuk akan jadi sakit hati!” Metro dilipat kasar dan dilempar atas meja. Wajah Izham direnung macam nak telan. “Bila atuk sakit hati, memang akan wujud la dracula dengan monster dalam rumah ni. Pagi-pagi dah melalut macam orang tak betul. Tahik hidung masin la, manis la. Macam pernah rasa je gaya. Bagi rasa betul baru tau! Nak cari pasal je kerja dia. Dah tak kerja hari ni, pergi la main jauh-jauh. Ketuk kepala dengan tongkat baru tau! Bahagia sungguh dia mengutuk kita dari tadi.” Bertalu-talu peluru ditembak keluar. Langsung tak kasi peluang pada Izham untuk menyelit.


“Hahaha!” Meletus tawa Izham bila menerima tindak balas dari lelaki itu. Hilang terus rasa takut. “Sorry la atuk. Sumpah Am gurau je. Niat Am memang nak tarik perhatian atuk pun. Yela, orang datang sini nak berborak dengan atuk bukannya nak menunggu atuk baca paper tu. Lagipun, kalau betul la atuk ni macam apa yang Am cakap tadi tu, tak kisah la. Atuk tetap the best grandpa in the world. Sumpah tak tipu.” Ujar Izham bersungguh-sungguh. Walaupun dia tak pasti samada atuk akan menerima pujian dia sebagai bodek atau ikhlas, dia tak peduli. Asalkan dia tahu yang dia memang ikhlas mengeluarkan kata-kata itu. Lahir dari hati yang paling tulus.


Haji Rahim mencebik. Sebelum mempamer muka bosan. “Puji la sampai pengsan. Atuk tak heran la. Paling teruk kalau atuk dah tak larat nak mendengar, atuk pergi pecahkan cermin kereta BMW X5 4.4 warna hitam jiran sebelah rumah.” Tongkat yang digenggang diangkat dan dilayang depan muka Izham. “Oh, ya. Kepala tongkat ni keras tau. Cermin semua sisi mampu je nak dikecaikan. Isyh! Geram betul bila tengok kereta tu berkilat-kilat. Buat silau mata atuk je.”


“Whoaa… Atuk! Atuk! Jangan kejam sangat… Tolong jangan libatkan awek Am.” Kecut perut terus dia bila nama awek kesayangan dipetik keluar. Beribu-ribu aku menghabiskan duit dekat kereta tu, senang-senang je atuk nak cacatkan. Taboleh-taboleh. Am takkan biarkan. “Okey! Okey! Am kalah. Atuk menang.” Putus dia akhirnya. Dan kata-kata Izham itu berjaya melahirkan ketawa dari Haji Rahim. Izham jadi sebal bila ketawa itu betul-betul dituju pada dia. Ketawa mengejek pula tu. Siapa tak sakit hati?


“Kalau takut, bagus! Hah! Tunggu apa lagi? Buat macam tak biasa pulak. Bukak tudung saji tu. Hari ni ada nasi lemak.”


“Mak Kinah masak nasi lemak? Wow! Sedap tu.” Izham dah buat gaya budak umur tiga tahun yang baru dapat aiskrim kon RM1 satu. “Patut la ada bau tadi. Nasib baik la tak breakfast dekat rumah. Dah tau dah kat sini ada menu yang lagi best.”


“Belum breakfast lah sangat. Ingat atuk tak tau yang sebelum datang sini dah selamat tiga pinggan mee goreng kamu telan.”


“Mana atuk tau?” Mati terus senyuman bila tekaan Haji Rahim terkena batang hidung sendiri.


“Kamu bukan tinggal dekat seberang laut sana. Sebelah rumah je pun. Semua tindak tanduk kamu atuk tau. So, tak payah la kamu nak kencing dengan atuk.”


Izham kupas sengih. Ini mesti kes atuk berborak dengan ibu pagi tadi. Ibu ni tak boleh nak simpan rahsia langsung. “Atuk ni… apa sebut kencing-kencing ni? Tak sedap la atuk bunyi dia. Macam… tak sesuai.”


“Helleh! Ingat kamu dengan Amar je yang boleh sebut? Yang rock? Yang berjiwa remaja? Atuk pun. Kalau nak tau, atuk masa dulu-dulu lebih hip-hop dari kamu berdua tau. Semua trend zaman sekarang atuk dah lalui masa dulu-dulu. Apa ingat atuk tak tau nak trendy ke? Breakdance pun atuk pandai. Shuffle jangan cakap la. Kacang je.Buat muzik guna mulut pun atuk tau. Rap memang kat hujung jari je. Atuk rapper wakil KL tu. Apa lagi yang atuk tak boleh buat? Semua boleh. Banyak lagi. Jenuh nak menyebut.” Cerita Haji Rahim dengan panjang lebarnya. Riak muka penuh dengan rasa megah. Fuhh! Penat jugak otak nak merangka benda auta ni kan?Biar! Biar kali ni budak Izham ni pula yang kena goreng dengan aku. Selalunya dia buat pakatan dengan Amar nak simpulkan otak aku. Kali biar dia pulak yang rasa.


“Walaweyhh” Terlopong hebat si cucu setelah mendengar cerita si atuk. “Hebat gila la atuk ni. Kalau macam tu asal masa kenduri Amar nanti atuk buat show ye? Sure lebih meriah punya la. Kejap-kejap Am nak bayangkan muka atuk time buat rap.” Kata Izham sebelum memicit dahi. Buat gaya orang tengah bayangkan sesuatu. “Uih! Betul la atuk. Am dapat bayangkan rupa atuk macam Eminem la. Memang tak lari. Sejibik tu.” Katanya lagi dengan muka yang dibuat serius. Macam Eminem? Heh! Sehelai rambut Eminem pun tak ada. Saja nak ambik hati Haji Rahim. Mana tau silap-silap bila atuk termakan dengan pujian aku, esok pagi celik mata dah ada kunci kereta Aston Martin DB9 kat atas meja. Wuuuu… siapa tak nak? Aston Martin tu. Mewah! Mewah! “Ballet? Menari ballet atuk tau?”


Dia tak terus menjawab. Direnungnya Izham dengan muka jelik. “Agak-agak la menyindir pun. Badan keras macam ni mana mampu nak ballet.” Kemudian satu keluhan dilepaskan. Penat lagi kalau nak menipu ni.


“Hahaha!” Izham ketawa yang kesekian kali. Sengaja menambahkan lagi sebal Haji Rahim. “Kenapa? Dah penat merangka auta ke, tuk?” Soal dia dengan sisa tawa. Atuk? Rapper? Memang tak logic la kalau aku percaya. Seorang tentera yang gigih lagi berjiwa merdeka kerja dia pegang senapang. Pelihara kemakmuran negara. Celah mana la atuk nak curi masa jadi rapper? “Atuk, kalau nak menggoreng tak pandai tak payah la. Karang benda yang digoreng tak garing-garing, membazir air liur je.” Ejek dia dengan ketawa yang sengaja dikuatkan. Sungguh, masa ni tak ada langsung rasa gentar dengan atuk. Apa yang dia rasa, yang terlintas dikepala semua ditembak keluar.


Haji Rahim terus terdiam bila ayat Izham betul-betul terkena batang hidung. Air liur ditelan kelat. Riak muka dikawal. Biar diri dihurung rasa malu yang menebal, asalkan muka tetap tunjuk riak megah. Baru la tak nampak macam loser, kan? “Ehem.” Dia berdehem pendek. “Ha! Tunggu apa lagi? Makan la nasik lemak tu. Qilah yang masak tau.” Haji Rahim mula tukar topik. Malas nak bertekak lagi. Akhbar Metro kembali dibelek.


“Wah, menantu baru yang masak. Berapa pinggan atuk makan?” Soal Izham seraya bangun mencapai pinggan yang sudah tersedia di tengah meja.


“Sepinggan je.”


“Takkan la kot?” Izham tunjuk muka tak percaya.


“Dua.”


“Iye ke?”


Tarik nafas kemudian lepas. “Okey, tiga pinggan. Actually, sepinggan dah cukup. Tapi Qilah pujuk atuk suruh makan tiga pinggan. Nak tak nak, dah sayangkan menantu kena la ikut kan? Karang kecik hati pulak si Qilah tu." Dengan ayat habis selamba Haji Rahim membalas. Siap dengan nama Aqilah lagi dia selit masuk cerita. Padahal apa yang berlaku tadi pagi bertentangan dengan cerita dia. Awal-awal lagi Qilah dah pesan…


“Atuk boleh makan satu pinggan je tau. Sebab nasik lemak ni tak elok untuk kesihatan. Banyak kolestrol. Satu pinggan je.”


Yela depan Aqilah dia mengangguk. Tapi bila saja kedua-dua cucu dan menantunya keluar ke pasar tadi, terus dia melahap macam orang tak makan setahun. Bebelan Mak Kinah dibuat tak endah. Bebel la Kina oi selagi awak tak penat.


Terjungkit sedikit hujung bibir. Izham mengupas senyum sinis. “Patut la perut Nampak buncit lain macam. Baru kena serang dengan tiga pinggan nasik lemak ye.” Dengan selamba tanpa secubit rasa takut, perut Haji Rahim ditepuk perlahan. “ Duduk diam-diam ye perut. Time Am pulak nak melahap.”


“Hisyh!” Laju tangan Izham ditepis. “Suka-sedap-hati je tepuk perut orang. Dah tu mengutuk atuk buncit pulak. Bagi makan kepala tongkat ni karang!” Gertak Haji Rahim tanpa senyum. Dia buat muka paling serius.


Sorry, atuk!” Kata Izham laju bila atuk dah mula menggenggam kepala tongkat kesayangan. Dua kali nasi disenduk ke dalam pinggan. Kemudian sambal sotong dicedok. Telur rebus yang siap dipotong dua turut diambil. Sempat tiga keping timun dicapai dan dimasuk terus kedalam mulut. “Cakap siap ni. Bukan tak beradab ke apa. Am tanak pelawa atuk makan sebab atuk mesti tak menolak punya. Tiga pinggan tu atuk. Nasik lemak pulak tu. Tak bagus untuk kesihatan.” Tanpa dipinta, dengan sukarela Izham memberi nasihat.


Memang dia selalu usik atuk. Memang dia sering bertelagah dengan orang tua itu. Memang dia dengan Haji Rahim tak banyak persamaan. Tapi lelaki tua itu lah yang dia sayang. Lelaki tua yang langsung tak ada pertalian persaudaraan dengan dia. Lelaki tua yang bukan keluarga sedarah daging. Lelaki tua yang menyayangi dia seperti cucu sendiri sejak dia dilahirkan. Lelaki tua yang tak pernah membezakan kasih sayang antara dia dan Amar. Sedangkan Amar adalah cucu kandung dia sendiri. Dan dia hanyalah anak jiran rumah sebelah. Lelaki tua itu juga pernah meminta dia dan Amar bekerjasama untuk menguruskan syarikat keluarga. Tetapi ditolak secara baik atas alasan dia lebih meminati bidang kerjanya sekarang. Dan alasan itu, akhirnya diterima oleh Haji Rahim setelah berkali-kali Izham dan Amar berkerah air liur memujuknya.


“Atuk tau la nak jaga diri. Tak payah la kamu nak membebel macam Mak Kinah. Penat atuk nak mendengar.” Omel Haji Rahim dengan dahi berkerut. Dia tahu ramai orang yang sayangkan dia. Tapi bila hampir setiap hari membebel benda yang sama, siapa-siapa pun boleh muak tahu!


“Am kasi nasihat. Bukan membebel macam Mak Kinah.” Walaupun mulut sarat dengan nasik, Izham tetap mahu membalas.


“Berapa kali atuk nak cakap? Masa makan jangan bercakap. Pernah dengar tak orang mati tersedak? Nak ke jadi salah seorang? Makan beradab sikit, Izham.” Giliran Izham pula diberi nasihat. Dah beratus kali ayat itu disuarakan, namun Izham masih tak lut. Amar pun lebih kurang. Boleh dikatakan bercakap semasa makan salah satu dari hobi budak berdua itu. Waktu makan lah waktu yang paling meriah mereka nak berborak. Dari hal kerja sampai la ke hal dunia. Dari mula sampai habis makan ada je topik yang nak dibualkan. Itu kalau Haji Rahim tak makan sekali. Tapi kalau Haji Rahim ada depan mata, memang tangkap mute la. Nak bercakap guna isyarat mata aje. Suara memang dah kena ikat keta-ketat. Haji Rahim wei. Gerunnn.


Izham tak menjawab. Nak menjawab risau kena ketuk dengan tongkat. Memang la atuk cool je dari tadi. Tapi angin Haji Rahim ni bukan boleh dijangka. Mahunya dia mengamuk karang. Mana sempat nak lari, beb. Suapan nasi diteruskan. Tapi perbuatannya tetiba terhenti bila nama Amar bermain di kepala. “Aa…” Eh! Jangan cakap, Am. Habiskan makan dulu. Getus hatinya sendiri. Dua suapan yang terakhir dilajukan. Setelah makanan dalam mulut dicerna dan ditelan, teko air di dicapai lalu dituang ke dalam cawan. “Amar pergi mana, tuk? Kereta tak ada. Qilah pun tak nampak bayang pun.” Mata meliar ke sekeliling. Mencari pengantin baru. “Dating ke?” Kening kiri digerak-gerak. Izham menyengih lebar. Amar dah maju setapak ke?


“Dah kenyang perut baru nak tanya pasal kawan?” Sinis soalan itu.


“Nak tanya tadi, tapi atuk asyik menyampuk. Lupa dah la.”


“Salah atuk?”


Sengih. “Salah sikit la.”


“Menjawab!”


“Dah atuk tanya.”


“Menjawab lagi.”


“Eheee…” Air teh yang masih tinggal separuh dihirup habis.


“Diorang ke pasar.”


“Uhuk! Huk!” Tersedak hebat dia dengan perkatan terakhir yang keluar dari mulut si atuk. “Pergi mana?”


“Pasar.”


“Pasar?” Suara Izham hampir tak dengar. Amar pergi pasar? “Amar Taqiudin ke atuk yang pergi pasar tu? Cucu atuk? Cucu kandung atuk. Bukan yang angkat tau.” Izham inginkan kepastian.


Haji Rahim buat muka tenang. Dah tahu dah respons Izham akan macam ni. Yela, Amar yang selama ni tak pernah pergi pasar tetiba je pergi. Tak ke dia pelik? “Sejak bila atuk ada cucu angkat nama sama dengan cucu sendiri?” Tinggi sedikit suara Haji Rahim. Mengarut je budak Izham ni. Masa bila aku nak cari cucu lain? Yang ada pun tak terlayan. Dua orang pun cukup la. Nak tambah lagi? Terima kasih sahaja.


“Mana la tau, dalam diam atuk ada cucu angkat yang lain. Am tanya je.” Izham tayang muka tak bersalah. Otak masih tak boleh terima kenyataan yang Amar pergi pasar. Macam sangat luar alam.


“Tak ada maknanya.” Dia sekejap. Air liur ditelan sekali. “Kamu bila lagi, Izham?”


Izham yang sedang merenung muka depan Berita Harian menoleh dua saat ke kiri. Muka nampak tak faham. Ye la tak faham soalan atuk tu. “Bila apa, tuk?”


“Kahwin.”


Satu perkataan itu melahirkan senyuman dibibir. Izham jongket bahu sebelum membalas. “Kalau ada calon sekarang jugak Am suruh atuk pinangkan.”


Dia berdehem perlahan. Tubuh disandar pada kerusi. “Ada ke? Atuk on je.”


Ada! Kalau atuk nak tahu nama dia Salsabila. Tinggal dekat Yan, Kedah. Umur dua puluh lima tahun. Kerja sebagai akauntan dekat sebuah syarikat besar di Alor Setar. Orang dia kecik je. Comel macam hamster. Kalau dia senyum, Am memang susah nak tisur malam. Orangnya, sejuk mata memandang, tuk. Jawab dia pantas. Tapi bukan melalui suara la. Dalam hati aje. Nak cakap direct karang atuk salah faham pulak. Tak pasal-pasal petang ni jugak atuk pergi Kedah pinangkan dia untuk aku. Whoaaa…Mana boleh! Mahunya si Salsabila tu pengsan depan pintu. Tak ada kata cinta, tak ada ucap sayang, tak ada pertalian, tetiba je nak masuk meminang. Status kitorang pun tak tahu macam mana. Haru ke tak haru?


“Belum, tuk.” Perlahan Izham memberi jawapan.


“Habis?Salsabila tu siapa? Teddy bear kamu ke?”


Gulpp! Tersentap hebat bila sebaris nama yang dah lama terukir dalam hati dipetik keluar. Izham control gugup. Mana atuk tahu ni?


Haji Rahim mencebik. “Kamu tak payah la susah payah cantum ayat nak goreng atuk. Atuk dulu yang lahir dari kamu. Jangan lupa, dari kecik sampai sekarang kamu selalu je main depan mata atuk. Sama la Amar pun. Dah masak sangat dengan perangai kamu berdua.” Ujarnya panjang. Sebenarnya dah lama dia mendengar Amar dan Izham menyebut nama Salsabila. Ada suatu hari tu, dia terdengar perbualan kedua-dua cucunya berkaitan dengan Salsabila. Eh, bukan terdengar la, tapi curi-curi dengar. Yang paling membuat dia yakin bahawa Izham sudah ada buah hati bila lelaki itu sering kali menyebut Salsabila dengan gelaran ‘awek aku’. Bukan ke perkataan awek tu sama maksud dengan teman wanita? Teman wanita tu apa pulak? Tak payah terangkan la. Semua orang dah tau. Dah tu kenapa Izham masih nak menafikan lagi?


Izham terdiam terus. Tak tahu nak menjawab apa. Cuba memerah otak untuk mencari jawapan yang masuk akal. “Dia… kawan Am dekat kampung.”


“Kawan… je?”


“Kawan je, tuk. Tapi Am kalau boleh nak anggap dia lebih dari kawan.” Lembut dia membuat pengakuan. Mata Haji Rahim yang setia merenung dia tak berani dilawan. Izham hanya menunduk merenung akhbar di tangan.


“Dia?”


Jongket bahu sambil menggeleng. “Entah. Tapi dia pun macam syok dekat Am jugak.”


Erk! Hampir nak tersembur ketawa, namun ditahan. Haji Rahim kan serius, mana boleh gelak-gelak depan cucu ni. Perasan pulak budak ni. ‘dia pun macam syok dekat Am’. Adeh Izham, tolong jangan buat atuk ketawa guling-guling pusing rumah. “Mana tau? Dia ada cakap macam tu ke?”


“Cakap tu tak la. Tapi gaya sms tu macam… ye je.” Lancar Izham berkata. Dah tak ada rasa malu lagi dah. Alang-alang nak meluah, Am biar sampai keluar semua. Lagipun luah dekat atuk je. Atuk bukan keturunan Salsabila. So, rahsia masih lagi boleh menjadi rahsia.


“Boleh pulak macam tu. Kalau nak kepastian pergi je cakap terus dekat dia. Simpan sorang-sorang tak rasa penat ke?”


“Eh, penat. Memang penat, tuk.” Bersungguh-sungguh Izham mengangguk. Betul! Duduk menunggu sesuatu yang tak pasti memang penat.


“Dah tu?” Nafas dihela lembut. Kepala Izham disentuh. “Shout it out.”


“Huh?”


Yeah. You should shout it out. Depan-depan dia. Let her know.”


“Oh, tak berani la atuk.”


“Apa pulak tak berani? Be gentleman la sikit.”


“Kalau jawapan dia… negatif?”


“Keep being her friend.”


“Itu kalau dia setuju. Kalau dia dah tanak kawan terus dengan Am macam mana?” Uih! Tak sanggup dia nak bayangkan kalau suatu hari Salsabila akan cakap dekat dia; “Am, jom putus kawan?”. Dan lepas tu apa dia nak buat? Whoaaa… baik diam dari bercakap. Buat macam selalu. Macam tak ada apa-apa. Boleh kan?


“Sebab tu la kamu perlu berfikiran positif. Cakap je apa yang kamu rasa. Hasil dia fakir kemudian. Yang penting kamu kena cool. Jangan pulak bila dah kena reject nanti, terus berkurung dalam bilik tak keluar sebulan. Kalau macam tu, tahu lah apa atuk buat dengan kamu.”


“Atuk nak buat apa?”


Haji Rahim tidak menjawab. Hanya tongkat diangkat dan dilayang depan muka Izham.


Izham mencebik. Itu je modal atuk nak gertak. Dari dulu sampai sekarang tongkat tu je yang dibuat pengancam. Macam la Am heran sangat. “Tak apa la atuk. Biar dulu la. Am malas nak fikir. Nanti kalau Am betul bersedia Am buat confession la ye.”


Haji Rahim buat muka jelik. “Bila agaknya kamu betul-betul bersedia? Setahun lagi? Dua tahun?” Dia menggeleng kepala dua kali. “Kamu tak jealous ke bila tengok Amar dah ada isteri? Tengok, pagi-pagi dah bawak Qilah keluar. Paling ajaib, Qilah ajak pergi pasar pun dia tak bantah. Buat benda yang dia tak pernah buat. Fun apa. Tanak rasa macam tu ke?”


Izham hanya tersenyum nipis mendengar bebelan atuk. Tak ada modal nak menjawab bila kata-kata atuk itu memang rasional untuk diterima.


“Kalau la kamu ni perempuan, dah lama atuk kahwinkan Amar dengan kamu. Senang cerita! Tak ada la otak atuk nak serabut fikir pasal jodoh korang. Kalau hari raya pun tak payah nak berebut balik kampung kau-aku. Raya je kat sini. Rumah pun sebelah-menyebelah aje.” Lancar sungguh Haji Rahim menutur benda yang memang tak akan terjadi dalam dunia reality.


Izham terjegil besar. Ada ke situ pulak atuk fikir. Kalau aku perempuan pun, tak lalunya aku nak jatuh hati dengan Amar. Hahaha. “Kelakar la atuk, ni.”


“Assalamualaikum.”


Satu suara lembut memberi salam menarik perhatian dua kepala. Izham senyum. “Amboi, pasar tadi ada buat sale ke? Banyak membeli.” Tangan Aqilah yang sarat dengan barang dipandang.


Gadis itu membalas senyuman Izham. Manis. “Tanya la kawan baik awak tu. Dia memborong macam esok atuk nak buat kenduri je.” Barang-barang dibawa ke dapur. “Atuk.” Sempat Haji Rahim ditegur sebelum dia menghilang ke dapur.


Izham tergelak. Haji Rahim tersenyum nipis. Mahu taknya. Orang pertama kali pergi pasar. Lagak dia lain macam la sikit. Excited terlebih.


“Am pergi tengok Amar kejap kat luar.” Maklum dia pada Haji Rahim sebelum melangkah ke arah pintu utama. “Bhai!”


“Woi!” Pekik Amar sambil memegang kepala. Perit je rasa. “Kau ni agak-agak ar nak ajak main pun. Sergah tanpa salam. Tak pasal-pasal kepala aku terhantuk boot.” Marah Amar dengan muka cemberut. Cemberut tahan sakit.


Sorry ar, brader. Aku tak sengaja. Takyah la nak emo pulak.” Izham sengih panjang. Dia merapati Amar. Banyak lagi ke barang? Meh nak tolong angkat.” Dengan ikhlas dia mengofferkan diri.


“Oh, sweetnya. Aku terharu. Terima kasih, Am.” Dengan penuh kelembutan dan godaan Amar berkata. Memang mampu nak buat Izham muntah hijau dua hari berturut-turut.


“Tolong jangan buat aku loya.” Izham tayang muka jelik. Boot kereta Amar dijenguk. “Mai aii… Taugeh plastik besar?” Tersentak dia bila melihat bungkusan taugeh di sebelah kanan boot.

“Kenduri sebelah sini, tukar tarikh esok ke? Aku tak tau pun. Bukan next week ke?”


“Sindir tak tengok orang nampak. Aku sumbat kepala kau dalam boot ni nak?”Balas Amar bengang. Plastik barang kering dicapai. “Aku silap beli la. Mana aku tahu taugeh boleh beli lima puluh sen je.”


“Aku agak dah. Kalau kerja macam bukan orang planet bumi ni, memang kau la yang buat. Tak ada orang lain lagi dah.” Komen Izham tanpa sayangkan mulut. Selamba Amar dikritik.


“Thanks for the compliment.”Amar muka bengang.


“You’re welcome.”Izham buat-buat cool. Lepas dua saat, muka tenang berubah kepada pelik.

“Tetiba aku jadi terkejut.”


“Asal?”


“Merc kau pergi pasar pagi?”


“Huh?”


“Kau biar boot Merc kau bau hanyir ikan?”


Amar terpana.


“And…” Kepala menjenguk tayar kereta Amar yang penuh dengan tanah. “Kau redah lopak air dengan tayar kereta. Kereta Merc kau. Bukan atuk punya.”


“Am…” Suara Amar separuh terkeluar. Riak berubah terus. Dia jadi resah. Terus belakang keretanya dipeluk dan dicium berkali-kali. “My honey bunny. My intan payung. My love. My soul. My everythingI’m sorry. Sorry that I hurt you.” Sungguh, dia sangat sayangkan kereta dia sama dengan dia sayangkan diri sendiri. Selama ni ditatang, dijaga, dibelainya kereta itu dengan penuh kasih sayang. Nak meredah hujan pun fikir dua tiga kali. Inikan pulak nak meredah lumpur kotor dekat pasar. Cuba cari kesan calar dekat body kereta. Confirm tak jumpa punya la. Ingat senang ke nak dapat. Mahu pengsan jugak la dia bekerja siang malam nak cari duit untuk beli kereta ni.


Izham buat muka menyampah. “Aku nak muntah!”


“Kau apa tau?”


“Aku baru dapat tau la ni.”


“Apa dia?”


“Aku baru dapat tau yang sekarang ni kedudukan kereta dalam hati kau dah tergugat.”


“Huh?”


“Sayangkan isteri lebih dari kereta. Itu sesuatu yang normal, kan?”


Amar terdiam sekejap. Laju je tangan mengeluarkan bungkusan plastik dari kereta. Dihulurkan pada Izham. “Jangan mengarut. Bawak ni masuk dalam.”


“Oh!”


Jeritan Izham menarik perhatian Amar. “Kau apehal?”


“Kau. Blush? Apehal?”


“Hah!?” Cepat-cepat Amar mendapatkan side mirror keretanya. Disuluh wajahnya pada cermin tersebut. Grggghhh!!! Bongek punya kawan! Main tipu pulak.


“Asal? Cuak ke?”


“Diam la kau! Pergi masuk dalam syuhh! Syuhh!”


“Apa kau ingat aku ni ayam ke nak syuhh! Syuhh!?”


“Tak. Kau bukan ayam. Cuma ada iras-iras je.”


“Shut. Up!”


“So, get lost!”


Izham ketawa kuat. Seronok gila dapat menggiat Amar. Barang-barang yang dihulur oleh Amar tadi dibawa masuk ke dalam rumah.“Eh, lelaki bila blush nampak macho kan?” Sempat lagi dia menyoal sebelum menghilangkan diri ke dalam.


Huh!?

************************************

hope hepy reading... =) thanks setia menanti...

*rindu gila nak menaip!

toucholic

toucholic

Hot N Cold

Hot N Cold
Apa yang terjadi bila air panas bertemu dengan ais cube?

sweet sours

sweet sours
friendship is a sweet relationship

Bila Amar Dah Suka Dia

Bila Amar Dah Suka Dia
Inilah jadinya bila Amar dah jatuh chenta