Chill Out ~~ ^_* (kalau tak suka lagu boleh stop kt atas ni)

new updated!


new n3 :-)

# Hot And Cold (Bab 5)
# Hot And Cold (Bab 4)
# Hot And Cold (Bab 3)

* my new email (YM, FB) :"carl_aryana89@yahoo.com"

(^__^)

(^__^)

Kalaulah Hot n Cold dapat peluang ke untuk ke versi cetak.. apa kata kalian?

Monday, January 31, 2011

TOUCHOLIC 8

“ALONG.”


“Hmm.”


Ruang kosong sebelah kembarnya diduduk. Skrin televisyen yang gelap dipandang sekilas. “Ibu dengan papa belum balik lagi?” Tanya Najwa seraya meliar pandangan ke sekeliling rumah yang agak sunyi.


“Belum.” Izzat menjawab sepatah. Sekilas pun wajah adik kembarnya tidak dipandang. Leka betul menghadap laptop.


Kening berkerut. Jam pada decoder Astro dipandang dua saat. Pukul 11.30 dah. “Ibu cakap nak beli barang rumah sikit je. Dah dekat tiga jam tak balik-balik lagi.” Mata kembali pada muka Izzat. “Sekarang ni Giant tutup pukul 12.00 tengah malam ke, along?”


Don’t know.Owner Giant tak ada contact along bagitahu pun.” Jawapan selamba tanpa perlu berfikir Izzat kasi. Muka memang tak beriak. Tangan kuat menggenggam mouse. Najwa yang dah pun berasap telinga langsung tak diendah.


Dia ketap gigi. Geram! “Macam nak tikam orang je rasa.”


“Sayangnya Malaysia ada undang-undang, kan?”


“Tapi kalau ikutkan akal tak waras, undang-undang belakang kira. Puaskan hati yang penting.”


“Tapi…” Ayatnya dibiar tergantung. Pandangan pada skrin laptop beralih pada wajah bengang di sebelah. “…Izzati Najwa pegang pisau nak potong bawang pun tak betul. Macam mana nak tikam orang?” Tokok dia lagi sambil menyegih nakal. Kemudian kening dijungkit-jungkit. Berjaya menambahkan lagi bengang Najwa.


Dia menjeling tajam bila kata-kata sindiran itu betul-betul jatuh pada pangkal hidung. “Itu masa zaman sekolah.Sekarang dah pandai sikit. Lagipun sibuk dengan study. Mana sempat nak belajar masak-masak tu semua.” Dengan yakin sekali alasan diutarakan. Dia jadi bosan bila soal kisah-anak-dara-masuk-dapur dipersoalkan oleh si abang. Tahu lah orang memang jatuh carta paling bawah kalau dalam bab kerja-kerja dapur ni. Tapi tak payah la Along nak pertikaikan. Bosan tahu tak? Malu pun ada jugak. Mana taknya, budak perempuan umur 20 tahun tak tahu nak bezakan antara jintan manis dengan jintan putih. Haru ke tak haru? Haru ooh… Lagi haru kalau tak tahu beza antara halia dengan kunyit hidup. Ufh! Perempuan ke macam tu?


“Alasan yang logik sikit tak ada ke?”


Merengus bosan. Along masih nak ulaskan topik yang tak best ni. Urgh!


“Syiro dengan Fatin sebaya je dengan kita. Study jugak macam kita. Perempuan macam Wa. Tapi, dah berapa kali kita dapat makan laksa dengan mee kari yang Fatin masak? Dan berapa kali jugak Syiro buatkan kita makaroni bakar dengan cheesecake?” Izzat dah mula membebel.


Najwa makin bosan. Muka memang tak manis langsung. Masam macam susu getah yang basi. Time macam ni la yang aku tak suka. Time Along ringan mulut. Bila Along ringan mulut, macam ni lah jadinya. Menyesal aku cakap nak tikam orang tadi.


“Nak along listkan lagi ke apa yang pernah budak berdua tu masak?”


“No. Thanks.” Laju dia menjawab.


“Tu along belum sebut nama anak kawan-kawan ibu dengan papa dulu. Anak paklong Boyot, pakngah Apit, paklang…”


“Along, tolonglah jadi mamat bajet cool sekarang.” Pintanya lemah. Kepala yang terasa pening dipicit-picit. Mana perginya sikap cool kembar aku ni?


Tersembur ketawa kuat dengan permintaan Najwa. Izzat pegang perut. “Baru bebel sikit dah mengamuk.”


“Okey, enough.” Najwa separa menjerit. Kedua-dua tangan menutup telinga. Rasa bosan dah sampai tahap klimaks. “Lapar.” Sambung dia tegas seraya mengangkat punggung berlalu ke dapur. “Ibu masak apa?” Jerit dia sebaik saja lantai dapur dipijak.


“Tengok dalam microwave.”

Tanpa menunggu lama,microwave dijenguk. “Hmph… Ala, nasi goreng. Perut aku lapar benda lain.” Dia mengeluh sebelum microwave kembali ditutup. Najwa kembali menapak ke ruang tamu. Izzat masih leka dengan laptopnya. “Lorh! Sibuk main game rupanya. Gaya tekun tu macam tengah jawab final exam je.” Dia mencebik. Sofa panjang diterpa. Kaki dilunjur panjang ke depan.


“Kata lapar.”


“Bukan nasi goreng.” Remote controller Astro dicapai. Channel 411 ditekan. Filem Confession of Shopaholic tersiar. “Tak best!” Channel 412 pula yang dipilih. “Movie lama.” 413… “Urgh! Dah tengok la movie ni.” Omel dia tak puas hati. Kemudian tangan ligat mencari channel yang boleh menarik perhatian. Kini channel ZeeTv pula yang ditatap. Punat Info ditekan. Hum Sath Sath Hain. “Bukan Arjun Rampal!” Controller ditekan lagi berkali-kali. Namun satu cerita pun dia tak berminat. Akhirnya, skrin tv kembali gelap.


“Arjun Rampal. Gila sangat dengan mamat mata layu tu. Apa faedah?”


“Jiwa tenang. Muka senyum. Kepala angau.”


“Heh! Awak je yang dok gila-gilakan dia. Dia kenal awak pun tidak cik Wawa.”


“Jangan kutuk. Mana tau ada jodoh orang dengan dia. Dapat adik ipar handsome macam tu, harus bangga. Kan along?”


Izzat sekadar mencebik. Dah sedia maklum, kalau berbahas dengan Najwa memang dia tak akan menang. Nak-nak lagi dengan ‘benda-benda’ kesukaan dia. Memang dia akan kalah teruk.


“Along… lapar.”


Larian mouse yang laju dihentikan. Muka bosan Najwa dipandang. “Nak makan apa?”


Laju muka Izzat dipandang. Dia tersengih lebar. “BigMac.”


Izzat mencebik. Laptop ditutup. Kemudian, handphone yang berada di atas sofa diambil. Panggilan dibuat. “Assalamualaikum, pa. Bila balik?” Diam. “Along nak bawak Wa keluar kejap. Selera budak tu besar malam ni. McD.”Diam lagi. “Okey, pa. Thanks. Assalamualaikum.” Talian dimatikan. Izzat tersentap sekejap bila Najwa dah terpacak depan dia dengan sengihan sampai belakang telinga. “Along tunggu dalam kereta. Lambat, tinggal!”


“I love you larh!” Dia menjerit kuat sambil memecut 100 meter ke arah bilik untuk mengambil tudung dan wallet. Kecur air liur bila BigMac terlayar depan mata.


“So touching!”

***


“ALHAMDULILLAH… Lega aku.” Tangan yang ditadah diturunkan ke bawah. Anis gosok dada. Tangan Najwa dilepas.


“Yang hilang tu rantai tangan aku. Yang jumpa balik pun rantai tangan aku jugak. Yang kau nak lega macam baru terlepas dari tahanan lanun dekat Laut China Selatan apehal?” Soal Najwa pelik.


“Iyela…” Diam dua saat untuk menyedut oksigen. “Aku lega sebab aku tak payah nak dengar kau dok pot pet pot pet mencari rantai tangan kau tu. Ey, boleh sakit jiwa kau tau tak.” Omel Anis siap dengan buat muka lagi. Bukan Najwa saja yang menderita dengan kehilangan rantai tangan tu. Dia jugak ikut serta. Menderita dengan omelan yang keluar dari bibir temannya itu tanpa henti. Makan tak tenang. Study tak fokus. Masuk tandas pun pot pet dia tak senyap. Hmph!


Najwa tayang muka tak bersalah dengan aduan Anis. Dia menonong ke arah kafe. “Aku nak makan mee sup.”


“Mee sup?”Terbuntang mata Anis dengan kenyataan yang melalui corong telinga dia.


“Asal? Kau tak kenal mee sup?” Sekali lagi Najwa menyoal selamba. Bukan dia tak faham dengan reaksi yang diberikan. Tapi dia sengaja buat-buat tak faham. Perut lapar lagi. Nak buat macam mana?


“Kau baru je melahap nasik satu jam yang lepas.”


So, what? Itu cerita satu jam yang lepas. Sekarang aku lapar. Nak makan mee sup. Nak join?”


Anis menggeleng laju tanda tak nak. “Asal la Syiro dengan Fatin janji dengan kau tunggu dekat kafe?”


“Sebab diorang tau aku lapar. 14 tahun diorang kenal aku,Nis.”


“Haah. Kau kuat melahap. Cepat lapar. Aku yang belum satu tahun kenal kau dah faham perangai kau yang tu.”


“Thanks for your understanding.”


Anis merengus geram. Mereka menghentikan langkah di hadapan meja kosong. Anis mengambil tempat duduk. Najwa meletakkan sling bag dan t-square atas meja.


“Betul kau tanak order apa-apa?” Muka Anis dipandang.


Gadis itu menggeleng. “Makan kuat. Tidur kuat. Exercise malas. Tapi badan maintain jek. Jealous betul aku.”


Najwa ketawa mendengar bebelan itu. “Pujian ke?”


“Hah! Ambik lah!”


“Terima kasih.” Ucapnya sebelum berlalu ke gerai yang menjual makanan berkuah. “Nasib tak ramai.” Dia mengeluh lega bila melihat hanya dua orang sahaja pelanggan di gerai itu. Najwa bergerak ke hadapan. “Acik, mee sup satu. Mangkuk besar punya. Campur. Tapi nak ayam lebih sikit dari daging. Lebih empat ketul, ye. Taruk kuah 3/4. Cili tiga sudu. Sudu kecik tau. Lepas tu…”


“Lepas tu,acik…taruk racun tikus dua cawan. Ubat gegat tiga ketul. Biar mampus je terus. Banyak sangat songeh.” Belum sempat Najwa menghabiskan ayat, ada makhluk yang menyambung dari belakang.


Lebih pantas dari kilat dia berpaling mencari tuan empunya suara. “Oh.Kau!” Dua mata bertentangan. Satu pandangan menikam. Dan satu lagi pandangan sinis.


Lelaki itu mendekatkan muka pada telinga Najwa yang sedang kaku. “Jangan risau, tak berniat pun nak merogol kau depan public.” PErlahan suara itu namun berbaur tegas. Peristiwa dia dituduh perogol tempoh hari lepas kembali di ingatan.


Mendengar ucapan itu, telinga Najwa mula berasap. “Gila kau belum susut lagi ke?”


Giliran Razin pula berasap. “Boleh tak jangan menyumpah aku?”


“Aku punya mulut. Aku punya pasal la! Orang…”


“Shut. Up!”


“Gila! Upss! Tak sempat nak control. Keluar sendiri.” Berkali-kali dia menampar bibir sendiri. Sengihan sinis dihadiahkan pada lelaki angkuh yang berdiri dihadapannya.


“Kau cari pasal, huh?”


“Tak, pasal yang cari aku.”


“Aku gelak ye. Ha.ha.ha. Kelakarnya.” Razin pura-pura ketawa. Siap dengan pegang perut lagi.


“Takpe. Teruskan ketawa sampai kau habis nyawa!”


Tak sampai satu saat, muka Razin kembali ketat. “Kau memang suka menyumpah orang ke?”


“Haah. Lagi best kalau sumpahan aku termakbul. Nak-nak lagi untuk orang macam kau. Lagi cepat termakbul.” Selamba Najwa membalas. Dia peluk tubuh. Pandangan membunuh Razin dibalas. Langsung tak ada rasa gentar bila berdepan dengan lelaki itu.


“Woi…”


“Eer.. mintak maaf.”


Suara perempuan yang tetiba mencelah membuatkan mereka berpaling serentak. Sekaligus mematikan ayat Razin.


“Awak berdua belum order lagi.” Acik tadi yang setia menjadi pemerhati akhirnya menyampuk jugak. Kalau dibiarkan, karang melarat pulak. Habis tungang langgang gerai aku. Naya wei.


“Err…” Najwa jadi malu. Perlahan-lahan mata dibawa ke sekeliling. Lebih dari sepuluh pasang mata sedang memerhati perbalahan antara dia dengan Razin. Muka Acik tadi kembali ditatap. “Mee sup satu.”


“Ada nak tambah apa-apa lagi?”


“Takpe Acik. Biasa sudah.”


“Awak?” Giliran Razin pula ditanya. Lelaki itu masih dengan muka ketat. Tapi Nampak jugak la riak malu yang dipamerkan. Itu la… Siapa suruh bergaduh sampai tak ingat alam?


“Sup campur.”Perlahan suara itu. Dia mengerling Najwa di sebelah. Rasa geram membuak-buak. Macam baru lepas makan tiga tong besar jamu. Panas satu badan.


“Mee kamu siap.” Tiga minit, mee sup Najwa sudah berada ditangan.


“Berapa Acik?” Wallet dalam poket belakang diseluk.


“RM 4.”


Empat keping not RM1 dihulur. “Terima kasih Acik.”


Acik itu membalas dengan anggukan.


Mangkuk sup yang agak penuh itu ditatang dengan berhati-hati. Dengan langkah yang cermat, dia berpaling. Namun, secermat mana pun dia, tertumpah jugak sup ke lantai. Dia turut kehilangan dua ketul isi ayam. “Rugi duit aku.” Keluh dia perlahan.


“Dah tu duit aku tak rugi?”


Suara yang amat dibenci kembali mengganggu corong telinga. Najwa menghentikan langkah. Dia berpaling ingin membidas. “Tadi aku bayar dengan duit kau ke?”


Soalan itu tidak dibalas. Sebaliknya kaki kanan diangkat separas lutut. “ADIDAS. Mahal. Aku beli pakai duit sendiri bukan untuk jadi tempat kau landingkan isi ayam kau.” Ujar Razin sambil menayang dua ketul isi ayam yang terlekat pada sneaker kesayangan dia.


“Tak sengaja. Itu pun nak kecoh ke?”


Razin peluk tubuh sambil merenung Najwa. “Mintak maaf aku tak kecoh.”

Belum makan lagi dia dah rasa tercekik. “Mintak maaf dengan kau? Sumpah aku tak pernah terniat.” Dia tahu itu salah dia walaupun tak sengaja. Dia tahu memang dia perlu meminta maaf. Tapi kalau orang itu bukan Razin, wajib perlu. Perangai angkuh mamat yang berdiri depan dia ni membuatkan dia jadi jelik. Mintak maaf dengan kau? Memang tak la!


“Betul kau tanak mintak maaf?”


Najwa buat muka menyampah sebelum menggeleng laju. “Kalau kau sujud dekat kaki aku pun aku takkan mintak maaf dengan kau.”


“Okey, kau yang pilih macam ni kan.” Razin beralih pada mangkuk sup dia yang terhidang di atas meja. Dia mencedok cili merah dari dalam mangkuk tersebut lalu dicampakkan pada tudung Najwa. Tepat mengenai kepala. “Now, kita seri. 1-1.” Tenang dia bersuara. Senyuman kemenangan terukir di bibir. “Tapi aku masih beradap sebab aku akan… mintak maaf.” Sambungnya lagi. Selepas membuat pembayaran, dia mula mengatur langkah bersama mangkuk sup ditangan. Puas hati bila dapat melihat muka Najwa yang merah padam menahan geram.


Puhh! Puhh! Puhh! Dada dia berombak menahan amarah. Nafas ditarik dan dihembus laju. Baran yang sudah datang cuba dikawal. Bengang dia memang dah sampai tahap klimaks. “Rilaks, Wa. Rilaks.” Muka diraup dengan tangan kiri memandangkan tangan kanan masih menatang mee sup. Bersungguh-sungguh dia cuba menenangkan diri namun gagal. Tanpa menunggu lagi, langkah Razin dikejar. “Woi!” Panggil dia agak kuat.


Langkah Razin mati. Sebelum berpaling ke belakang dia tersengih lebar. Tahu pun nak mintak maaf. “Apa?” Soal dia setelah berpaling menghadap Najwa.


Gadis itu mengukir senyuman. Manis! “Aku tahu aku salah.”


“Hah! Sedar pun. So?”


“Aku kena mintak maaf.”


“I’m waiting.” Muka kian lebar dengan sengihan.


“Tapi bila…”


“Bila… what?” Kening kiri Razin terjungkit. Menanti bicara seterusnya dari gadis itu.


“Bila aku dah buat macam ni!” Pantas mee sup yang masih panas dicelup lalu disental kasar pada muka Razin. Tak cukup dengan itu, baki sup yang tertnggal dituang ke atas sneaker lelaki itu. Selesai saja kerja itu, Najwa mampu menarik nafas puas hati. Muka Razin yang jelas tergamam dengan serangan yang tak diduga itu dipandang. Satu sengihan sinis dilempar. “Now… I’m sorry.” Dengan ungkapan itu Razin ditinggalkan ditengah-tengah himpunan orang ramai.


Grrrrghhh!!!!!!

******************************************************

salam.. maaf lama x post n3. maaf jugak kalu n3 ni x best. lama x menaip. rasa mcm ssh sangat. tengs kasi support... sgt2 dihargai... =) hope hepy reading...

19 comments:

  1. tetap best.
    waiting for nex entry =)

    ReplyDelete
  2. akhirnya dpt juga baca n3 ni
    setelah sekian lama menunggu.
    sambung lagi ye tapi jgnlh kami
    terpaksa tunggu lama sgt
    sehingga dh hampir terlupa
    jln ceritanya.

    ReplyDelete
  3. wah!!!
    rindu sama lu la, zarith,,,

    perang dunia ke 3 la nti,,,
    suke3,,,

    ReplyDelete
  4. gilerr wawa!!! takut lak ak!! hahaha!

    sweet sgt izzat!

    ReplyDelete
  5. ahaaaaaaaaaa...
    hahahha..lawak betul.!
    sukeeeeeee

    aaaa..org nk prosperity..
    =D

    ReplyDelete
  6. o-o..
    memang zaman jepun tul la wawa ni..

    ReplyDelete
  7. heeee . dahsyat dan menkotkan --'

    ReplyDelete
  8. budget wawa nk mintak maaf la. tgk apa dah jd. wawa lap muka razin ngan mee n siram sneaker dia ngan sup. hahaha... ;D

    ReplyDelete
  9. mmg superb ar kak zarith...

    layanz je...kak zarith punye citer sume best...

    n action mg mantap...

    go gog go kak zarith...
    keep on writing

    ReplyDelete
  10. Bila Wawa dah nak darah...
    siap la razin...
    siapa suruh jolok sarang tebuan... hahahaha
    P/S: zarith buzzy exam kew?
    will waiting for the next entry..
    reaksi razin pulak lepas mandi MEE SUP ! :)

    ReplyDelete
  11. Uish... Lamer bebenor menunggu.. ingatkan mogok xnak menulis dah... Pape pon thanks la for this entry...
    Dun wori, walau pon dah lame x menulis, buah tangan zarith tetap best... Selamat berkarya.. Adios...

    ReplyDelete
  12. the best!!!!!smbung cpat ye......x sabar nih...haha:D


    yukito

    ReplyDelete
  13. akhirnya ..
    ada gak entry baru ..lme mnggu neh
    :)))

    ReplyDelete
  14. perhhhhgggggg hangin bce entry ni...
    najwa bikin aku panas aty... huh!!
    entry ni bikin aku panas la zarith ngan perangai najwa..
    teroskan..

    ReplyDelete
  15. mantap abes..hahaha..wawa...wawa///

    ReplyDelete
  16. fuh ganaz giler si najwa nie...
    tp padan la tu dgn playboy tu kan..

    ReplyDelete

toucholic

toucholic

Hot N Cold

Hot N Cold
Apa yang terjadi bila air panas bertemu dengan ais cube?

sweet sours

sweet sours
friendship is a sweet relationship

Bila Amar Dah Suka Dia

Bila Amar Dah Suka Dia
Inilah jadinya bila Amar dah jatuh chenta