Chill Out ~~ ^_* (kalau tak suka lagu boleh stop kt atas ni)

new updated!


new n3 :-)

# Hot And Cold (Bab 5)
# Hot And Cold (Bab 4)
# Hot And Cold (Bab 3)

* my new email (YM, FB) :"carl_aryana89@yahoo.com"

(^__^)

(^__^)

Kalaulah Hot n Cold dapat peluang ke untuk ke versi cetak.. apa kata kalian?

Wednesday, March 23, 2011

TOUCHOLIC 10

“KAU dah habis fikir ke ni?”


“Kalau tak, tak adanya aku nak terpacak dekat sini.” Bungkusan plastik yang tersangkut pada jari dibawa jauh dari badan. Mask yang tersarung di hidung diketatkan.


Matt disebelah ikut melakukan perkara yang sama. Bungkusan plastic itu dipandang jelik. “Kau betul gila la, bhai.” Katanya sebelum menggelengkan kepala.


“Kau faham tak apa itu dendam?” Soal Razin dengan pandangan laser Spiderman. Banyak cakap pulak si budak Matt ni. Sumbat plastik ni dalam mulut kau kang! Bisu setahun kot.


“Budak tu guy or girl, huh?”


“Girl.”


“Hah?” Matt nampak terkejut. “Ni kira gurau kasar, wei.”


“Peduli hapa aku? Janji hati puas. Eh, line clear. Gerak ar.” Ajak Razin seraya memandang sekeliling lot parking. Kosong. Langkah diatur dengan penuh berhati-hati. Ni kalau orang nampak, confirm kena hadap dekan petang ni.


“Bhai, kau biar betul ni?” Matt nampak teragak-agak. Hati sudah berbelah bahagi. Risiko-risiko mula bermain diruang minda.


Langkah Razin terhenti. Muka Matt ditenung tajam. Macam nak tikam je right atrium makhluk ni! Urghh!!! “Kau nak ikut ke tak?”


“Kalau kau paksa aku ikut. Kalau tak... memang tak la.” Lancar jawapan itu diutarakan. “Kau fikir lagi la, bro. Kita dah last year ni. Tak yah ar buat hal. Just forget it.” Matt terus mencuba untuk memadamkan niat temannya itu walaupun dia dapat rasa yang peluang dia tipis.


Razin ketap bibir. Bengang! Pengecut betul la. “Kau stay sini. Biar aku je yang pergi. Kau nampak tak Swift putih kat hujung sana tu?” Soal dia sambil menuding jari ke arah kereta Suzuki Swift yang terletak lebih kurang hampir 80 meter dari kedudukan mereka.


“Sebelah Persona hitam tu ke?”


“Haah.”


“Kereta tu ke target kau?”


“Yup!” Penuh semangat Razin mengiyakan. “Aku pergi jalankan tugas ni. Kalau ada orang masuk sini kau batuk kuat-kuat. Kasi hint. Kasi aku dengar. Kalau tak, sekali dengan kau aku tarik pergi hadap dekan.” Ujar dia lagi berbaur ugutan.


“Gila kau!” Hampir nak terkeluar biji mata Matt bila mendengar cadangan tak bijak lelaki itu. “Apa kau ingat kau berdiri lima langkah dari aku ke, hah? Kalau dah jarak dia macam ni, aku batuk sampai pecah anak tekak pun kau tak dengar. Takde... takde! Aku call terus je. Senang kerja.” Balas Matt sambil mengeluarkan Blackberry dari poket seluar. Tak habis-habis nak menyusahkan aku. Haisyhh!


“Buat la apa pun. Jangan jerit nama aku sudah. Aku pergi ni...”


“Pergi tapi balik. Jangan pergi tak balik.” Nasihat Matt sungguh-sungguh.


“Kalau pergi tak balik tu, maknanya...???”


“Kantoi la, ngok!”


“Oh...” Razin tersengih bodoh. Harap tak lah. “Bismillah...”


“Wei, buat jahat kena Bismillah jugak ke?”


“Eh, suka hati aku la!”

***


“KITA singgah Speedmart99 kejap. Terasa macam nak makan cadburry la pulak.”


“Ah, kau! Hari-hari ada je benda yang kau teringin nak makan. Entah apa yang menarik dekat Speedmart99 tu pun tak tau la. Nak kata cashier dia handsome tak logik. Sebab yang jaga kaunter tu perempuan. Eh, kau tak penat ke nak menyinggah?” Anis mula membebel. Pelik dengan sikap ‘suka menyinggah Speedmart99’ temannya itu. Kalau seminggu sekali tak apa jugak, ini hari-hari. Kalau ikutkan hati, habis je kelas nak balik terus. Nak-nak lagi kelas sehari suntuk macam hari ni. Penat dowh! Tapi si Wawa ni tak rasa macam aku pun. Tak nampak penat. Jamu apa yang dia telan pun tak tahu lah. Kental semacam.


“Tak. Tapi kalau dengar kau bebel aku rasa penat. Sangat penat.” Lancar bibir itu membidas. “Mana kereta aku ni?”


Anis menjeling Najwa. Geram! “Tadi bukan kau park dekat hujung Malaysia ke?” Sinis soalan itu.


“Haah ye. Aku park dekat hujung la hari ni. Ni semua sebab kau tau tak. Kalau kau tak bangun pukul tujuh setengah pagi tadi, tak adanya aku nak park dekat hujung sana.” Sindiran dibalas dengan sindiran. Kali ini giliran Najwa pulak menjeling Anis. Kejadian pagi tadi menjengah minda.


Tepat pukul 7.00 pagi seperti biasa dia akan tiba di rumah Anis untuk menjemput temannya itu pergi ke kelas. Dan seperti biasa juga kedatangan dia akan disambut oleh Anis. Gadis itu akan menunggu dia di hadapan pintu pagar. Namun pagi ini, lain jadinya. Pukul 7.15 pun bayang Anis langsung tak kelihatan. Bayang ahli keluarga gadis itu pun tak ada. Ketika itu Najwa sudah terasa cemas. Otaknya hanya fikir satu perkara ja. Anis. Belum. Bangun. Tidur. Dan mereka akan... Lambat. Pergi. Kelas. Susah payah dia mengejut gadis itu. Hampir tiga puluh panggilan dibuat tapi tak ada respons. Ketukan dan tendangan bertalu-talu di pintu utama langsung tak berhasil. Balingan batu-batu pada tingkap tak berjaya. Akhirnya dia terpaksa menebalkan muka bila idea terakhir melintas di otak.


“Anis!!! Bangun!!! Rumah kau kena rompak!!!!!!”


Dan dia mampu menghela nafas lega bila muka Anis terjengul di pintu dengan riak cemas ya amat. Namun rasa lega tak lama bila dua minit kemudian halaman rumah Anis dipenuhi dengan jiran tetangga. Terkocoh-kocoh mereka berlari menuju ke arah Najwa sebaik saja mendengar jeritan dia. Termengah-mengah mereka menyedut nafas.


“Mana perompak tu, dik?” Seorang wanita yang berumur lewat tiga puluhan bertanya laju.


“Err...”


“Apa yang dia rompak?” Belum sempat Najwa nak membalas soalan pertama, susul pula soalan ke dua. Kali ini dari seorang lelaki yang dalam perkiraannya mungkin suami wanita tadi.


Najwa telan liur.“Aaa...”


“Kena report polis ni. Tak boleh tunggu lagi.” Mulut yang lain pula bersuara.


“Betul. Tak pernah-pernah kawasan taman kita jadi kes macam ni. Tak boleh biarkan!” Disambut pula dengan mulut di sebelahnya.


“Eh, Che Midah dengan Cikgu Kasim balik kampung kan? Tinggal Anis sorang! Anis! Anis!” Panggil wanita separuh umur yang baru je menyertai mereka yang lain.


“Maaf. Mintak maaf semua.” Anis yang menikus di dalam rumah sejak tadi akhirnya tampil untuk menyelamatkan keadaan yang dah jadi makin kucar kacir. Dalam hati sudah sepuluh guni sumpah seranah dihadiahkan untuk Najwa.


“Kamu okey ke, Anis? Perompak tu ada buat apa-apa dekat kamu?” Hampir serentak mereka bertanya.


Anis cuba tersenyum walaupun nampak hambar. “Maaf. Sebenarnya, tak ada perompak pun yang datang sini. Salah faham je ni.”


“Hah?” Muka-muka yang menghadap Anis nampak tergamam, keliru dan hairan. “Dah tu?” Semua mata memaku pada Najwa yang berdiri di hujung sudut.


“Err...” Najwa menggigil. Tak tahu nak jawab apa. Dua... empat... enam... lapan... Hah! Sebelas orang. Kalau la kesebelas-sebelas diorang belasah aku, mahu masuk ICU ni. Tahap nak sembuh sangat tipis. Dia pandang Anis minta belas namun yang dia dapat hanyalah jelingan maut. Otak dikerah lagi untuk mencari alasan yang munasabah. “Sebenarnya... err... aaa...”


“Anis, budak ni gagap ke?” Soal salah seorang dari mereka.


Gulpp! Najwa tergigit lidah bila mendengar soalan itu. Gagap dia cakap aku? Kecik hati. Mak cik ni la... Najwa tarik nafas. Ayat-ayat yang paling baik mula dirangka dengan otak sebelum dikeluarkan melalui mulut. “Maaf ye semua. Salah saya. Saya yang panik tak bertempat. Saya mintak maaf.”


“Apa yang membuatkan kamu jerit sampai macam tu?” Suara garau seorang pak cik menyapa telinga.


“Tu...”


Semua mata memandang ke arah yang ditunjuk oleh Najwa.


“Pasu bunga tumbang?”


Takut-takut Najwa mengangguk.


Anis tepuk dahi. Bibir bawah digigit. Rasa macam nak hentak kepala dekat pintu. Wawa, apa punya alasan yang kau pakai ni?


“Disebabkan dua pasu bunga Che Midah tumbang awak fikir rumah ni kena rompak???” Tinggi nada itu memasuki corong telinga.


Najwa bertambah kaget. Kalau lah aku ada kostum Batman dah lama aku terbang naik ke atap KLCC. Huhu...


“Haisyh! Budak bandar betul!”


Kening bertaut. Najwa jadi hairan. Apa kena mengena kes perompak dengan budak bandar pulak ni? Wawa tak faham la makcik. Bidas dia lancar. Tapi dalam hati je la. “Maaf. Maaf sangat-sangat.” Pinta dia lagi.


“Sudah la. Buang masa orang betul budak ni.” Makcik berbaju kurung warna kuning mengomel geram. Sempat Najwa dijeling sebelum dia berlalu meninggalkan halaman rumah itu.


“Tak pasal-pasal masuk kerja lambat hari ni. Kalau saya kena potong gaji, kamu bertangggungjawab!” Diikuti pula dengan seorang lelaki setengah abad yang siap kemas berkemeja biru. Di sebelah kiri dada dilekatkan dengan nametag EN. RAHMAN.


“Maaf.” Agaknya cikgu kot pakcik ni. Dalam keadaan kena marah macam tu pun dia sempat membuat analisis dengan hatinya sendiri.


“Next time behave yourself!”


“Ye. Maaf.”


“Jangan buat panik tak bertempat!”


“Baiklah. Maaf.”


“Menyusahkan betul!”


“Maaf. Maaf.”


“Budak bandar!” Sekali lagi ayat itu diterima.


Hah! Dari tadi saya nak tahu. Apa masalah dengan budak bandar, makcik? Soal Najwa dalam hati. Secara lisan tak berani la. Kang mati aku. “Maaf sangat-sangat.” Berpuluh-puluh kali ucapan maaf itu keluar dari bibir sambil terangguk-angguk dia bila berhadapan dengan jiran tetangga Anis. Dah rasa macam tinggal dekat Jepun je sekarang ni. Sakit urat saraf leher.


“Maaf.”


“Aku maafkan.”


Mendengar suara itu, sepantas kilat dia mengangkat wajah. Anis! “Ini semua kau punya pasal!!!”


“Hah! Jerit lagi! Tak serik-serik. Kang diorang datang bawak parang naya kau!” Anis cekak pinggang. Dua saat kemudian dia tersenyum kelakar. Rasa macam nak gelak bila tengok muka pucat Najwa bila ‘dipanah’ bertubi-tubi sebentar tadi. Namun terus niat itu dimatikan bila rasa bersalah terhadap gadis itu tinggi menggunung. “So sorry. Aku masuk siap. Lima minit.”


“Yeah. You better do that now before I kill you! Urghh!!!”

***


“OH nooooooooo!!!!!!”


Jeritan kuat Najwa membuatkan langkah Anis terhenti. Laju dia menghalakan mata ke arah Swift putih kesayangan Najwa. “Ya Allah!” Ternganga luas mulutnya melihat ‘paparan’ di hadapan. Namun, bulat mulutnya tak boleh lawan dengan jegilan mata Najwa. Gadis itu dilihat terkaku macam satu badan kena simbah dengan gam kasut. Langsung tak bergerak.


“Anis, mimpi huh?” Terketar-ketar dia melontar soalan. Satu badan dah menggigil sakan. Badan Swift yang dah lencun dihujani sampah-sampah basah ditenung lama.


“Sorry. I’m telling you... yeah, this is reality.”


“Aku nampak sisa mee, nasi, tulang ayam, kepala ikan, pembalut roti, cecair-cecair bodoh... Is that...”


“Sampah.” Tukas Anis laju. “Dan... ia sangat busuk!” Katanya lagi seraya menutup hidung. Baunya memang tahap klimaks. Dah macam berdiri dekat kawasan longgokan sampah satu Malaysia.


Kedua-dua tangan digenggam kuat. Najwa ketap gigi. “Aku yakin yang...”


“Kau kena sabotaj?” Sambung Anis yang dapat mengagak apa yang ingin diperkatakan oleh Najwa.


Dia mengangguk laju.


“Kau suspek siapa?”


“Tak tahu. Sejak dua menjak ni aku ada buat hal dengan sesiapa ke?”


“Rasa aku tak ada.”


“Fikir lagi, Nis. Mesti ada ni.” Najwa cuba berfikir mencari jawapan kepada soalannya.


“Hah!!!” Lepas seminit berfikir, akhirnya mereka bersuara serentak. Dua-dua pandang kau-aku.


“Aku rasa...”


“Orang gila?” Tukas Najwa.


Laju Anis mengangguk.


“Tak guna punya orang gila! Memang menempah maut betul!” Najwa genggam penumbuk.


“Tapi Wa... kita tak ada bukti.”


Muka Najwa ketat. Rasa bengang bertambah-tambah. Dia tak nampak orang lain lagi dah. Hanya muka Razin yang bermain di ruang mata. Ya! Hanya lelaki itu dalang disebalik semua ni. “Orang gila macam dia je yang boleh buat macam ni!” Bentak dia kuat. Najwa bergerak menghampiri kereta bila sesuatu objek yang berada di tepi tayar menarik perhatian. Objek itu diambil dan dibelek. Dua saat kemudian, senyuman sinis disungging. “ Heh! Bodohnya kau, orang gila.”

**********

13 comments:

  1. wahh..lamenye tunggu new en3..apepun..sambung2..nak tau pe jd kat razin..ngeh3..

    ReplyDelete
  2. hhahaahahha..sy sungguh suke....da terbayang2 ape la najwa nk bls balik...

    ReplyDelete
  3. akhirnya....
    kemunculan wawa kembali...
    best..tp pendek entry neh ...lom puas 'hayati' lagi...
    :(

    ReplyDelete
  4. wah... best2.. cpt2 smbg cite nie... lma dh tunggu nie...

    ReplyDelete
  5. haha. suke suke
    gilalah wawa. siap jerit ckp ada perompak lagi.
    mana tak hangennn jiran2.

    haha. next2.

    ReplyDelete
  6. wahhh lamanya tunggu post ni. huhuhu miss it so much lah. klo blh post 1sekali kan best. hehehe.
    yang ni memang best lah. rasanya razin tertinggal wallet dia eh?gotcha..nasib la razin kali ni.hahaha

    ReplyDelete
  7. pe la org gila tu tertinggal ya..
    hikhikhik

    ReplyDelete
  8. kantoiiii.... razin dah kantoi!!
    agaknya apa wawa nak buat???

    ReplyDelete
  9. kantoiiii.... razin dah kantoi!!
    agaknya apa wawa nak buat???

    ReplyDelete
  10. akhirnya...smbng cpt cket ekkk

    ReplyDelete
  11. yes3..
    xcited2..huhuhu..bes2..xsaba nk tggu next ntry..huhu..gud job..;)

    ReplyDelete
  12. santaian minda dalam kekalutan buat assig...bibir akhirnya pandai balik nk ukir senyum lepas dahi ja yang asik berkerut x berenti cos toucholic....thanks girls...^-~

    ReplyDelete
  13. petunjuk2.... huah3...abes la razin

    ReplyDelete

toucholic

toucholic

Hot N Cold

Hot N Cold
Apa yang terjadi bila air panas bertemu dengan ais cube?

sweet sours

sweet sours
friendship is a sweet relationship

Bila Amar Dah Suka Dia

Bila Amar Dah Suka Dia
Inilah jadinya bila Amar dah jatuh chenta