Chill Out ~~ ^_* (kalau tak suka lagu boleh stop kt atas ni)

new updated!


new n3 :-)

# Hot And Cold (Bab 5)
# Hot And Cold (Bab 4)
# Hot And Cold (Bab 3)

* my new email (YM, FB) :"carl_aryana89@yahoo.com"

(^__^)

(^__^)

Kalaulah Hot n Cold dapat peluang ke untuk ke versi cetak.. apa kata kalian?

Friday, March 25, 2011

TOUCHOLIC 11

“MAKAN jom?”


Matt tayang muka jelik. Muka ceria Razin dipandang. Perlu ke ceria sampai macam ni sekali lepas buat jahat? “Kau baru je bergelumang dengan sampah kejap tadi. Still ada selera nak makan? At least balik mandi dulu la kot.”


“Aku pegang plastik je bukan sampah-sampah tu. Gaya macam aku dah berenang dalam tong sampah je kau ni. Jom ar. Aku payung.” Ajak dia bersungguh-sungguh. Senyuman memang tak lekang-lekang dari wajah. Hati dah rasa berbunga-bunga. Bahagianya dia ketika ni. Balas dendam je pun tapi dah rasa puas macam baru menang dalam perang dunia. Satu persatu riak muka bengang Najwa tertera di depan mata macam slide show. Dan itu membuatkan hati dia ketawa berdekah-dekah. Kalau ikutkan otak tak waras, mahu saja dia ketawa guling-guling pusing UiTM ni. Tapi kang dicop orang gila pulak. Tak ke haru?


“Makan kat mana?” Tanya Matt laju. Wajah dia bersinar-sinar. Tak tau lah dari mana datangnya cahaya tu. Tiba-tiba je muncul dekat muka dia. Kalau bab makan-orang-payung memang susah dia nak tolak. Rezeki tu.


“Seksyen 2? Aku dah janji dengan Aman nak lepak situ.”


“Aku ikut je.”


“Aku cek fulus dulu. Rasa macam kena singgah ATM kejap kot.” Ujar Razin seraya meraba poket belakang jean yang tersarung pada kaki. Tak ada. Poket kanan diseluk. Tak ada. Tangan berlari pula ke poket kiri. Pun tak ada. Dia jadi cemas. Semua poket diraba. Memang tak ada. “Bhai, wallet aku tak ada ar.” Maklum dia pada Matt.


“Cuba kau misscall tengok.” Tanpa berfikir Matt bersuara.


Razin muka bengang. Rasa macam nak je hentak kepala Matt dekat tayar kereta. Tapi tak sanggup pulak. “Tak kelakar.” Katanya dengan muka straight.


Matt sengih serba salah. “Cari betul-betul. Dalam beg kau ada tak?”


Kata-kata Matt dituruti. Beg kanvas yang tersangkut di bahu ditarik. Lalu zip dibuka. Satu persatu ruang beg itu diselongkar namun wallet dia masih gagal dikesan. Razin makin resah. “Wallet tu... tak boleh hilang!” Tegas dia bersuara. Memang wallet tu tak boleh hilang. “Wallet tu sangat bermakna pada aku.”


“Tercicir kat mana-mana tak?” Teka Matt. Riak resah bercampur sayu yang terpampang diwajah Razin memberitahunya yang wallet itu amat bermakna buat lelaki itu. “Kalau betul la tercicir, peluang nak jumpa balik tu memang tipis.” Sambung Matt lagi. Bukan niat dia ingin menakutkan Razin, namun apa yang dia cakap itu ada betulnya. Barang berharga kalau dah tercicir memanglah susah nak dapat balik.


Razin diam. Cuba berfikir bila masa terakhir wallet itu berada bersamanya. “Kalau lah betul tercicir dan semua benda dalam tu hilang, aku tak ralat sangat. Sekarang aku hanya kisahkan wallet tu je. Kosong pun tak apa. Asal aku dapat wallet aku balik. Matt, aku tak boleh hilangkan wallet tu.” Sungguh-sungguh dia menutur. Razin makin serabut. Rasa tak tenang. Muka diraup. “Ya Allah, tolonglah jangan hilangkan wallet tu.”


Melihat keadaan Razin itu,membuatkan Matt makin simpati. “Bila last kau pegang wallet kau?”


Dia berfikir seketika. Sel-sel otak dikerah. “Before kita pergi lot parking tadi ada lagi.” Jawabnya dengan yakin.


“Jangan-jangan tercicir masa kau buat jahat tadi tak?” Matt cuba menduga.


“Walaweyhh... Kalau la tercicir pun jangan la dekat situ. Ni kalau aku pergi cari situ sama macam aku kantoikan diri sendiri.” Buat kesekian kali Razin meraup muka. Perbuatannya tiba-tiba terhenti bila satu perkara menggangu kepala. “Ke... aku dah pun kantoi?” Tanya dia pada Matt yang setia terpacak di sebelah.


“Boleh jadi dah.” Laju Matt membalas.


Kaki Matt disepak. “Tak boleh ke kau kasi jawapan yang tak menambahkan resah aku?”


“Dah itu yang aku rasa.”


“Pergi cari jom?”


“Sekarang?”


“Tak. Tahun depan.”


“Okey.”


“Haisyh! Blur tak agak kau ni!”


***


“FUHH! Selamat...” Dia menghela nafas lega sambil menyentuh bahagian kanan dada. Kewujudan Swift putih yang masih ada di situ membuatkan dia betul-betul lega. Swift ada maknanya tuan Swift masih belum datang sini. Dan dia masih belum kantoi. Yess!!!


“Cepat bro kalau tanak kantoi.” Suara Matt sengau. Hidung dipicit gara-gara tak tahan bau yang semerbaknya busuk. Dia yang berperanan sebagai spy meliarkan pandangan ke sekeliling. Masih kosong. Hanya mereka berdua saja di situ. Dia sedikit lega.


“Tengah cari la ni. Kau sabar boleh tak? Dah la busuk tak boleh blah.” Omel Razin. Dia turut memicit hidung. Mata memaku tepat di atas jalan. Kaki bergerak membuat pusingan pada kereta Swift itu. Dua kali pusingan dibuat namun benda yang dicari masih belum jumpa.


“Cuba kau jenguk bawah kereta.” Arah Matt yang hanya berdiri sebagai pemerhati.


Cadangan Matt diturut. Razin menundukkan badan ke bawah. Menjenguk bahagian bawah kereta. Tetap kosong. “Tak ada la, bro.”


“Bro, dah jumpa.”


Mendengar ayat Matt itu membuatkan Razin terus menegakkan tubuh. Muka Matt dicari. “Mana?”


“Tuuu...” Matt bersuara sambil memuncungkan mulut ke arah belakang Razin.


Pantas Razin toleh belakang.


“Kau cari ni?” Tubuh yang berdiri tegak menghadap dia bertanya. Wallet yang dikenalpasti kepunyaan dia berada ditangan si gadis. Seyuman sinis dan riak angkuh jelas diwajah itu.


Putus nafas! Dah rasa macam muka kena panah dengan petir tiga kali tanpa henti. Lambat-lambat dia kalih semula pada Matt. “Tuan kereta.” Maklumnya tanpa suara. Hanya bibir saja yang bergerak.


Means... kau dah kantoi?” Dan dengan dungunya Matt menyoal. Terang dan jelas. Membuatkan si mangsa tak perlu bertanya untuk kali ke dua.


Allahuakhbar! Dia tepuk dahi. Penumbuk dikepal. Rasa menyesal membawa Matt ke sini berguni-guni. Kalau ikutkan hati mahu saja dia tanggalkan sneaker dan campak masuk ke dalam mulut lelaki itu. Biar bisu setahun!


“Aku kasi peluang. Mengaku atau tak?” Suara si gadis kedengaran lagi. Lembut dan relaks.


Anak rambut yang terjuntai di dahi ditarik kasar. Sempat dia tunjukkan isyarat pancung leher kepada Matt sebelum muka Najwa kembali dipandang. “Kau cakap apa ni? Aku tak faham.” Katanya cuba berlagak seperti orang tak bersalah.


“Ha.Ha.Ha.” Sinis ketawa itu. “Tinggalkan wallet kau kat sini dah nampak kau bodoh. Bila kau cuba berlagak tak tahu macam ni lagi nampak kau bodoh. Kebodohan yang terserlah. Ish...ish..ish...” Najwa menyambung lagi dengan gelengan mengejek. Wallet Razin yang berada di tangan sengaja ditayang.


Anis di sebelah ikut menyungging senyum sinis. Rasa marah dan bengangnya terhadap Razin yang pernah memainkan perasaan dia masih belum surut. Bila melihat muka Razin macam baru lepas telan bangkai cicak, dia jadi puas.


Mata Najwa direnung tajam. Perkataan bodoh yang keluar dari bibir mungil betul-betul buat dia rasa macam nak telan orang. “Kau kalau bercakap tu tolong ambik kisah perasaan orang lain jugak boleh tak? Laju je keluar ikut sedap mulut.”


“Mulut aku, suka hati aku la. Yang kau sakit sangat ni apehal? Macam mengaku je yang kau bodoh.” Tambah Najwa lagi tanpa rasa bersalah. Dia melangkah dua tapak ke depan. Berdiri betul-betul menghadap Razin. Renungan tajam Razin dibalas. “Kau nak ni?”


Razin cuba merampas wallet yang berada di tangan Najwa. Namun gagal bila gadis itu terlebih dahulu bertindak membawanya ke belakang badan. “Kasi balik wallet aku.” Pinta dia kuat.


“Boleh. Tapi dengan satu syarat.” Najwa masih ingin main tarik tali. Sengaja dia menyeksa perasaan Razin. Selagi hati belum puas, selagi itu dia takkan berhenti.


“Apa dia?” Dengan nada yang sama dia bertanya.


“Ini kerja kau?” Kereta Swift kesayangannya dituding. Walaupun dia yakin semua itu angkara Razin, namun Najwa masih ingin mendengar pengakuan dari lelaki yang berkulit sawo matang itu.


“Tak!” Laju lelaki itu menjawab.


“Okey.” Dia mengangguk dua kali. Wallet Razin dibawa menghampiri keretanya. Tangan dihayun laju.


“Stop!!!” Melihat Najwa ingin mencampak walletnya menyertai sampah-sarap di atas kereta itu membuatkan Razin menjerit kuat.


Tindakan Najwa terhenti. Satu sengihan jahat melebar dibibir.


Razin pejam mata seketika. Nafas ditarik panjang. “Okey... Aku yang buat.” Akhirnya dengan berat hati dan tanpa rela dia terpaksa mengaku.


Pengakuan jujur Razin itu membuahkan tawa dari dua kepala. Dua gadis yang berada di hadapannya direnung macam nak telan. “Aku dah mengaku. And now... can I have my wallet back?”


“ Takkan aku nak drive kereta dengan sampah-sampah tu kot? Kalau kau pun, kau tanak kan?”


Soalan Najwa itu menggamit perhatian. Hah! Sudah! Apa lagi yang minah ni nak aku buat? Urghh!!! Boleh gila aku macam ni. “Kau nak aku buat apa?”


“Aku nak kereta aku bersih, wangi dan suci macam before.” Najwa berkata tenang sambil berpeluk tubuh.


Ternganga sekejap dengan kenyataan itu. “Meaning... aku kena bersihkan kereta kau?”


“ Kau ada jalan lain lagi ke?”


“ No way!” Bentak Razin kasar. Sungguh dia tak setuju. Asal aku pulak yang kena buat? Kalau macam tu, ini bukan balas dendam tapi dah menyusahkan diri sendiri. “ Aku kasi kau duit then pergi car wash. Deal?” Dia masih cuba untuk berkompromi dengan gadis itu.


“ Kau.” Najwa tuding jari ke arah hidung Razin.


“ Kenapa dengan aku?”


“Kau drive kereta aku pergi car wash.”


“Heh! Kenapa aku?” Razin muka ketat. Cadangan Najwa memang tak masuk akal. “This is your car. So kau yang kena drive sendiri.”


“No...no...no...” Jari telunjuk bergerak ke kiri dan kanan. Najwa mencebik. “Muka aku tak cukup tebal nak menghadap pandangan pelik orang dekat jalan raya nanti.”


“Dah tu aku tak tahu malu ke?” Sergah Razin lagi. Makin lama dia menghadap Najwa, makin tinggi rasa nak cekik gadis itu.


“ Sendiri buat sendiri tanggung la, bro.” Balas Najwa seraya menjungkit kening kiri.


Razin kepal penumbuk. “ Kalau kau rasa aku nak ikut cakap kau, memang silap besar la.” Katanya yang mula mengatur langkah ingin menyerang Najwa. “ Give me back!”


Najwa yang agak tergamam dengan serangan Razin itu, mula mengundur ke belakang. Cepat-cepat wallet lelaki itu dimasukkan ke dalam poket seluar bahagian belakang. “Kalau kau cuba nak ambik jugak, kau dah dikira meraba. Dan aku takkan teragak-agak bawak perkara ni ke pihak U. Saman pun aku layak.”


“Dan aku jadi saksi. Takpe Wa... Aku record apa yang dia buat dekat kau.” Selit Anis sambil mengeluarkan handphone dari dalam beg. Hati berbunga sakan bila dia dapat ikut serta membuli lelaki itu.


Ugutan Najwa dan Anis Berjaya membuatkan langkah Razni terhenti. Untuk yang kesekian kali, muka bersih itu diraup kasar. Rambut ditarik-tarik. “Arghhh!!!” Jeritan itu berjaya menggegarkan lot parking. Sumpah! Rasa bengang dia terhadap Najwa betul-betul tak dapat dibendung. Kalau Najwa lelaki dah lama muka itu ditumbuk. Tapi sayangnya, manusia yang sedang mencari pasal dengan dia kini adalah perempuan. Dan dia bukan dilahirkan untuk memukul seorang perempuan. Dia masih punya akal yang waras. Sudahnya dia hanya melepaskan rasa melalui sebuah jeritan kuat.


“Wuuuu...” Najwa dan Anis menutup telinga bila gegendang telinga bergema sakan.


“Aku suruh kau bertanggungjawab je. Tak suruh pun kau jerit. Bukannya kita tengah tengok drama seram ke apa.” Sengaja Najwa ingin menambah amarah Razin. Melihat muka ketat lelaki itu membuatkan hati dia berbunga-bunga. Rasa macam dalam perut ada rama-rama. Kedua-dua tangan dihulur. Sebelah kanan menghulurkan kunci keretanya. Sebelah kiri pula ditadah dengan telapak tangan yang terbuka. “Kau ambik kunci ni then kasi kunci BMW kau dekat aku.” Sengaja perkataan BMW disebut dengan sedikit kuat.


“Hah?” Razin terkejut dengan cadangan itu. “Kau nak buat apa dengan kunci kereta aku?”


“Pergi car wash la. Kalau kau fikir aku nak biarkan kau pergi sendiri memang tak dapat lah sebab aku tak percayakan kau. Entah ke mana-mana kau bawak kereta aku nanti. Aku harus ikut. Dan kalau kau fikir aku akan join sekali kau naik kereta yang penuh dengan sampah ni, lagi la tak. So, bak sini kunci kau.” Ujar Najwa panjang lebar. Tangan kiri yang ditadah digerak-gerak.


Razin sedut nafas dalam-dalam. Dada berombak-ombak menahan rasa. “ Kau memang...”


“ Kau tanak wallet kau balik ke?” Terjah Najwa laju tanpa sempat Razin menghabiskan kata. Dia dah rasa bosan untuk berdebat dengan lelaki itu.


“Fine! As you wish!” Poket jean diseluk. Kunci ditangan Najwa diragut kasar. Kunci keretanya pula dilempar ke arah kaki gadis itu. Tanda dia memberontak.


Najwa tersenyum puas. “Good boy.”

***

“KALAU aku malu, kau pun kena malu sama!” Bentak dia tak puas hati. Matt yang sejak tadi menutup muka dari pandangan orang dengan beg kanvasnya membuatkan Razin rasa tak adil. Kalau ikutkan, dia pun ingin menutup muka tapi tak boleh sebab dia sedang memandu.


Orang ramai yang berada di atas jalan raya sejak tadi tak jemu-jemu memandang ke arah mereka. Berbagai-bagai mimik muka yang mereka terima. Ketawa, sinis dan pelik. Yang melontarkan pandangan kagum pun ada. Ada jugak yang menjerit sambil menunjukkan isyarat ke arah bumbung kereta. Konon-konon baik hati nak beritahu ada sampah atas kereta. Padahal mereka tak tahu memang dia sudah maklum dengan kehadiran sampah-sampah bodoh itu. Dah rasa macam tengah drive lori sampah dah sekarang ni. Urghhh!!!


Kulit muka rasa tebal berinci-inci. Macam kena suntik dengan botox yang dah expired. “Apa pandang-pandang? Aku bukan Ashton Kutcher yang korang nak pandang sampai terkeluar biji mata!” Omel dia sendiri. Cermin sisi dipandang sekilas. Kelihatan BMW dia masih setia mengekor di belakang. Dia tambah sebal bila Najwa sengaja mengeluarkan jarinya dan menayang thumb up. Masa ni dia betul-betul mengharap agar dia menghidap penyakit mental selama sepuluh minit supaya dia boleh menikam Najwa sebanyak sepuluh kali tanpa henti. Dan dia tidak akan dikenakan hukuman di atas kesalahan itu kerana, dia sedang mengalami sakit mental.


Hampir sepuluh minit memandu, akhirnya kawasan car wash dijumpai. Signal kiri diberi sebelum stereng dipulas memasuk kawasan tersebut. Setelah kereta diparkir, Razin dan Matt meluru keluar menjauhi Swift putih itu.


“Tolong cuci sampai bersih.” Arah Razin kepada salah seorang pekerja di situ. Kunci diserahkan.


“Luar dalam, ya.” Najwa yang muncul tiba-tiba menyampuk.


“Aku kacau luar je. Apa kena mengena dengan dalam pulak?” Razin tak puas hati.


“Kau duduk atas seat aku kan? Mesti lekat kau punya aura. Dan aku tanak itu. Aku tak suka aura orang gila.” Lancang saja kata-kata itu ditutur. Tanpa rasa bersalah langsung.


“Ya Allah...” Seru Razin perlahan. Dadanya digosok. Dia tak mahu ikut kata hati sebab dia tahu kejap lagi ada orang yang kena tinggal dalam ICU selama sebulan kalau itu terjadi. Calm dowm, Razin. Anggap ini sebagai dugaan. “Cuci luar dalam. Tolong cepat sikit, ya.” Katanya pada pekerja yang setia menunggu sejak tadi.


“Okey, bos. Duduk dulu.” Balas budak muda yang berbaju biru dan bertopi hitam itu sebelum bergerak meninggalkan mereka untuk menjalankan tugas.


Najwa berjalan ke arah Anis yang sedang duduk berborak dengan Matt di kerusi panjang yang disediakan tidak jauh darinya. Dia hampir tersungkur bila bahunya dilanggar kasar. Dan pelanggaran itu adalah disengajakan. Razin yang dah mendahului langkahnya dikejar. Kali ini lelaki itu pula hampir tersungkur bila kakinya disadung oleh kaki Najwa. Razin jadi makin bengang. Lalu tudung yang terlekat kemas di kepala Najawa disentap kuat.


“Wei! Main kasar!” Jerkah Najwa. Kedudukan tudung yang dah senget ke belakang dibetulkan. Kemudian sling bag yang tergantung di tubuh dicapai dan dihayun pada belakang lelaki itu. Kuat!


Razin naik berang. Sebaik sahaja Najwa ingin melintasi dia, pantas sling bag gadis itu ditarik. Kali ini dia berjaya. Najwa sudah pun jatuh menyembah bumi. Dan keadaan Najwa itu membuatkan dia menghasilkan ketawa yang besar. “Eh, saudari mengantuk ke? Kenapa tidur dekat sini? Tanah ni kotor la. Dekat rumah tak ada katil ke?” Soal dia sengaja memancing kemarahan Najwa.


“Tak guna!” Batu-batu besar dikutip. Dia berdiri ingin membuat serangan.


“Wei, kau ingat batu tu lembut macam jeli ke? Mahu berjahit kalau kena.” Katanya cemas sambil sedaya upaya mengelak dari terkena balingan menggila dari Najwa.


“ Target aku lebih daripada jahit.” Balas Najwa yang masih tidak menunjukkan tanda-tanda untuk menamatkan perbuatannya. Langkah Razin terus dikejar.


“Takkan kau ada niat nak bunuh aku?”


“Kalau dengan kau, aku tak teragak-agak untuk pasang niat tu.”


“Wei, kau main kasar!”


“Memang ini cara yang sesuai untuk orang macam kau!”


“Kalau balingan kau kena mana-mana kereta dekat sini, kau bertanggungjawab.”


“Suka hati aku la!”


Anis tepuk dahi. Matt tarik anak rambut. Dua-dua menggeleng serentak sebelum berdiri mendapatkan kedua-dua makhluk yang sedang beraksi macam budak umur dua tahun lapan bulan berebutkan lollipop. Atau bagi gambaran untuk orang dewasa seperti seorang isteri mengamuk bila mengetahui suaminya baru menikahi wanita lain di sempadan.


“Wa, stop it!”Jerit Anis separa kuat. Tangan Najwa dipegang. Batu-batu yang berada di dalam genggaman gadis itu diambil dan dicampak ke tanah. “ Kalau kau rasa nak glamourkan diri kau dengan buat macam ni... tahniah! Kau dah berjaya. Kau dah berjaya menarik perhatian mata-mata yang ada di sini. Dan kejap lagi, mereka akan beratur untuk ambik tandatangan kau.”


Najwa terkedu dua saat. Dia baru tersedar yang dia berada di tengah-tengah kelompok orang ramai. Perlahan-lahan mata dibawa ke sekeliling. Haaaa... Dia ketap bibir. Muka dah rasa panas macam baru kena simbah dengan air yang baru mendidih. Semua mata memandang ke arah dia dengan pandangan pelik. Sling bag ditarik menutup muka. Cepat-cepat dia berjalan membontoti langkah Anis. Orang gila! Kau memang tak guna! Sumpah dia dalam hati.


“Ini semua kau punya pasal!” Kata Najwa sambil menjeling tajam pada Razin.


“ Aku pulak! Kau yang menggila tak tentu pasal, salah aku?” Bidas Razin. Jelingan Najwa dibalas.


“Salah kau!”


“Kau la!”


“Kau!”


“Kau!”


“Kau! Kau! Kau!”


“Kau!Ka...”


“Wei! Diam boleh tak!?” Pekikan Matt berjaya menamatkan perdebatan dua makhluk kepala batu itu.


“Kau duduk sini. Toleh kiri.” Arah Anis sebaik saja mereka meletakkan punggung di kerusi panjang.


Najwa hanya menurut tanpa membantah.


“Kau pulak duduk sini. Toleh kanan.” Arah Matt pada Razin.


Razin juga seperti Najwa. Menurut tanpa bantahan kerana hanya sebelah kanan dia tidak akan dapat melihat wajah Najwa yang boleh membuatkan hati dia panas semula.


Setelah hampir setengah jam menunggu akhirnya kereta Najwa siap dicuci. Wangi, bersih dan suci macam permintaan dia sebentar tadi.


“Dah siap, bos.”Maklum budak muda yang sama. Kunci kereta dihulur kepada Razin. Tapi disambut pantas oleh Najwa.


“Apa lagi, pergi bayar la. Aku tak ada masa nak tunggu lama-lama dengan kau dekat sini.” Ujar Najwa tanpa memandang wajah Razin.


“Kau tak tahu bersabar ke, hah? Kerja aku, tahu lah aku buat. Tak payah nak suruh.” Bidas Razin dengan muka bengis. Poket seluar diseluk. Dan perbuatannya terhenti bila terfikirkan sesuatu. “Wei, bukan wallet aku ada dekat kau ke?”


Najwa senyap. Tak kasi sebarang respons. Hanya muka tak beriak saja yang dipamer.


“Wei, wallet aku.” Razin mula jadi tak sabar. Tindakan buat-bodoh Najwa itu buat dia kembali sakit hati.


Pun diam. Tak bergerak. Hanya kaku ditempat dia berdiri.


“Wei! Kau pekak, ke?” Tahap kesabaran Razin mula menipis.


Kaku. Macam anak patung.


“Wei!!!”


“Najwa!” Anis mencelah kuat. Tiba-tiba sahaja.


“And you should call her Najwa. Not wei...wei... wei.” Selit Matt yang baru mengetahui nama Najwa dari Anis ketika mereka berborak sebentar tadi.


Razin pandang Anis dengan kening bertaut. Matt direnung tajam. Sejak bila budak blur ni masuk pakatan musuh aku?


Or... Wawa pun boleh.” Sambung Anis lagi. “Kalau nak tahu nama penuh dia... Izzati Najwa.”


Dua saat, mukanya kembali tenang. Nafas dihela panjang. “Cik Najwa, boleh pulangkan wallet aku?” Suara dikawal supaya lembut. Dia sebenarnya dah penat nak bertengkar dengan Najwa. Rasa macam buang masa dan tenaga.


My pleasure encik... orang gi...”


“Razin! And you also should call him Razin.” Laju Anis mencelah bila dia dapat menghidu gelaran yang bakal dikeluarkan oleh Najwa terhadap Razin. Sungguh! Dia dah tak larat nak tengok budak berdua itu bergaduh lagi.


“Sebab nama dia Razin Darwisyh. Bukan orang gila, ya.” Giliran Matt pula memperkenalkan nama Razin kepada Najwa. Secara tak langsung sesi perkenalan antara dua insan itu sedang berlaku.


Razin dan Najwa mencebik serentak. Masing-masing buat muka menyampah. Ada aku tanya nama dia? Soalan yang sama tapi bergema di dalam dua hati yang berbeza.


“Nah! Bagi dekat dia.” Wallet Razin dihulur kepada Matt.


Huluran bersambut. Dan bertukar kepada tangan Razin. “Cepat bayar. Cepat kita balik.” Ujar Matt pula.


“You better thank me.” Kata-kata Razin dituju khas buat Najwa walaupun matanya bukan pada wajah gadis itu.


“Pay first.” Najwa tetap dengan keras kepalanya.


Razin merengus kasar sebelum berlalu ke arah kaunter pembayaran.


Melihat Razin sedang meninggalkan mereka, Najwa terus menarik tangan Anis. “Balik jom?”


“ Kau belum say thanks lagi.”


“Ada aku cakap nak say thanks dekat dia?”


“ Wa, tak baik la macam ni.” Kata Anis yang kurang bersetuju dengan sikap Najwa itu.


“Ada lagi yang tak baik aku nak buat.” Muka Najwa bercahaya.


“ Kau jangan cari pasal, Wa.” Anis mula tak senang hati. Najwa yang mencapai sepasang glove yang tersangkut di kerusi sebelah mereka. Lalu disarung ke ke dua-dua tangan. “ Beb, jangan! Tak baik.” Dia cuba menghalang bila Najwa mula bertindak di luar kawalan.


“Wawa, kau nak buat apa tu?” Soal Matt pantas sebaik saja Najwa menghampiri kereta Razin dengan mengheret benda ditangan.


“Buat baik dibalas baik. Buat jahat, ini lah padahnya.” Ujarnya lalu menyimbah bumbung kereta BMW milik Razin dengan sesuatu yang melekit. “Okey. Done!” Dia tersenyum puas. Glove ditanggal dan disangkut semula di tempat asal. Dia meluru masuk ke dalam kereta bersama Anis. Enjin dihidupkan. “Bye, Matt.” Sempat Matt dilambai sebelum pintu kereta ditutup. Lima saat kemudian, Swift putih bergerak laju menyusur ke jalan besar.


Setelah siap membuat pembayaran, Razin kembali mendapatkan Matt. “ Mana budak gila tu?”


“Dah balik.” Jawab Matt sepatah.


Razin merengus. “ Tak kenang budi punya perempuan. Tak tahu nak berterima kasih langsung.” Omel dia geram. “Jom blah.”


“Belum boleh blah lagi.”


Langkah terhenti. Muka Matt dipandang. “Asal? Nak tunggu apa?”


“Kena cuci kereta kau dulu baru boleh balik.”


“Tak payah. Aku dah cuci semalam.”


“ Tapi untuk hari, kau harus cuci.”


“Haisyh! Kau ni apehal nak paksa-paksa aku cuci kereta. Tanak ar. Kereta aku berkilat lagi.” Kata Razin bersungguh-sungguh.


“Tadi ya... memang berkilat. Sekarang... tak lagi.”


“ Matt, kau sakit apa sebenarnya ni? Melalut tak tentu pasal tetiba je. Dah! Blah!” Razin makin pening melayan kerenah lelaki itu. Dia berpusing untuk mendapatkan kereta dia. Namun langkah dia mati tiba-tiba. “Subhanallah!” Serunya dengan mata terjegil. Mulut dah bulat membentuk ‘O’. Terasa masa terhenti serta merta. Keadaan yang sama berlaku pada kereta Najwa kini berlaku pada kereta dia. Gigi-gigi sudah berlaga antara satu sama lain. Geramnya kembali menonjol. Dan tanpa sempat berfikir dia terus... “Tak guna!!!!!!!”


Matt yang berada di belakang pegang tiang kuat-kuat. Mendengar jeritan Razin itu mampu membuatkan benda sekeliling dia berterbangan lintang-pukang. Okey, hiperbola yang melampau. “Bro, bawak mengucap.”


Muka diraup kasar. Seorang pekerja cuci kereta yang lalu di hadapannya dipanggil. “Tolong cuci kereta tu.” Dia menuding ke arah BMW yang berada tidak jauh dari mereka. “Sampai bersih. Berkilat macam baru beli semalam.” Pesan dia lagi dengan nada suara yang terketar-ketar menahan sabar. Kunci kereta dihulur. “Tolong cepat. Terima kasih.”


“Razin...” Panggil Matt perlahan. Risau jugak kalau Razin bertindak diluar kawalan dan melempiaskan marah terhadap dia.


“Matt, tolong baca ayat-ayat penenang hati then tiup laju-laju dekat muka aku. Sabar aku dah tak ada ni. Kalau dia ada depan mata aku sekarang ni, confirm next week aku naik court.”


“Kes apa?”


“Bunuh orang dengan niat!!!”

***********

25 comments:

  1. haha...best gila cik zarith..padan muka razin tu...kantoi satu hal, kena bak 'lori smph' satu hal..haha..lawak je :)

    ReplyDelete
  2. dua-dua keras kepala.... tgk apa nk jd seterusnya...
    plz post n3 selalu.... :)

    ReplyDelete
  3. dua-dua keras kepala.... tgk apa nk jd seterusnya...
    plz post n3 selalu.... :)

    ReplyDelete
  4. heeheheheheh!!!!!!!!!!
    lawak sgttttt!!...

    ReplyDelete
  5. bhahahahaha . brutal la kak zarith punye citeee ~ rase naek hangen jugak je bile bace . keh3

    ReplyDelete
  6. haha,,,
    gaduh sguh mereka,,,
    teringat plak kt aryana ngan carl,,

    nk lg,,,

    ReplyDelete
  7. hahaha...ketagih tpucholic di musim assigment...parah...^-~

    ReplyDelete
  8. this is the best ever n3.best sesangat tahniah ya adik.akak suke sangat. kelakar.sakit perut ketawa.

    ReplyDelete
  9. kelakar giler lah part 11 nih...best sgt..

    ReplyDelete
  10. great 2 read ur karya zarith..
    bst as always....

    pdan muka razin....spe sruh bt jhat..

    prangai wawa sebijik cm adrianna..xleh kalah...

    ReplyDelete
  11. heheh..giler ah si wawa ni. mau tak bengang razin. but razin deserve to get it. bravo la.

    ReplyDelete
  12. hahaha...lawak sangat.
    nak Wawa dgn Razin again..

    ReplyDelete
  13. fuhhhh pnas gak bce entry ni... terbaik kes bals membalas... sian kat razin da la kne byar then kte kne bala plak.. wawa... jahat sngguh kmu ye...

    ReplyDelete
  14. hahaha..
    memang suwit kapel la dorang ni..
    kalau tangkap cintan memang superb la

    ReplyDelete
  15. hehehe sweet rr gaduh2 haha
    nakal betul!!

    ReplyDelete
  16. hahaha...suka la depa dua tu. keja bergaduh je. ^^
    nak lagi...

    ReplyDelete
  17. Ishh.d0rg ni cam anjg dgn kucing je..asek gad02 je.bile nk berbaik ni?cpt2 smbug..hehe

    ReplyDelete
  18. ~H A H A...
    COMEY JA DIORG NI GADUH..
    GELAK SAKAN ...

    ~~

    ReplyDelete
  19. hahaha..kelakor la..
    sengih je memanjang lps bce entry ni.. :D

    ReplyDelete
  20. giler dasyat deme neh perang.... hadoiyai..hahahaha

    ReplyDelete
  21. cepatlah sambung tak sabar ... gelak pun ada lawak .....

    ReplyDelete
  22. cepatlah sambung tak sabar ... gelak pun ada lawak .....

    ReplyDelete
  23. hahaha xtahan nk gelak guling2..
    *rasa mcm xbetul pulak tgelak2 pagi2 buta ni..*

    well done zarith, like yr story, yr idea, yr style & everything!

    *wlupun bru tjumpa blog ni tp xkesah la drpd xjumpa langsung kan? *

    ReplyDelete

toucholic

toucholic

Hot N Cold

Hot N Cold
Apa yang terjadi bila air panas bertemu dengan ais cube?

sweet sours

sweet sours
friendship is a sweet relationship

Bila Amar Dah Suka Dia

Bila Amar Dah Suka Dia
Inilah jadinya bila Amar dah jatuh chenta