Chill Out ~~ ^_* (kalau tak suka lagu boleh stop kt atas ni)

new updated!


new n3 :-)

# Hot And Cold (Bab 5)
# Hot And Cold (Bab 4)
# Hot And Cold (Bab 3)

* my new email (YM, FB) :"carl_aryana89@yahoo.com"

(^__^)

(^__^)

Kalaulah Hot n Cold dapat peluang ke untuk ke versi cetak.. apa kata kalian?

Wednesday, March 30, 2011

TOUCHOLIC 12

“LAMBAT balik?” Tegur Izzat sebaik saja muka Najwa muncul di pintu biliknya.


Kembarnya itu tidak segera menjawab. Terus katil Izzat diterpa lalu tubuh dihempas ke atas tilam empuk itu. Fuhh! Selesanya... “Letih gila.”


Pandangan dari halaman buku dikalih pada muka Najwa. “Kelas full ke hari ni?”


“Haah. Tapi bukan tu yang buatkan orang letih sampai macam ni.” Tudung ditanggal dari kepala. Ikatan rambut yang agak serabut dirungkai.


Dah tu?” Izzat disebelah menyoal lagi.


“You know what, Along?” Dia bangun menghadap Izzat yang sedang bersandar tenang pada kepala katil.


“What?”


“Tutup buku dulu. Panjang cerita orang ni.” Buku tebal yang berada ditangan si abang diambil lalu ditutup. Diletakkan di atas meja sebelah katil.


“Macam gempak je cerita.”


“Sangat! Gempak dan menyakitkan hati!”


Izzat jungkit kening. Macam serius saja bunyi.


“Along tau tak hari ni orang bengang gila!”


“Awak tu bilanya tak bengang? Semedang...”


` “Eeesh! Jangan menyampuk boleh? Nak cerita ni...”


Izzat mengangguk aku sambil membuat isyarat ’zip mulut’.


“Orang gila tu cari pasal dengan Wa. Sakitnya hati... You know what? Dia boleh pergi siram Swift Wa dengan sampah? Busuk. Melekit. Geli tahu tak?”


Izzat nampak terkejut dengan cerita Najwa. “Wa cari pasal dengan dia ke?”


“Tak! Kalau ada pasal pun, bukan Wa yang cari. Tapi dia! Dia selalu cari pasal dengan Wa. Dia yang mulakan dulu.” Muka Razin terbayang depan mata. Membuatkan Najwa makin beremosi ketika bercerita.


“Selalu?” Izzat makin pelik. “Kalau selalu, kenapa baru hari ni Along tahu pasal kewujudan...”


You can call him... orang gila.”


“Heh!” Sampukan Najwa membuatkan dia jadi bertambah pelik. “Best sangat ke kalau boleh gelar orang sesuka hati? Dia tak ada nama ke?”


Najwa mencebik. Kerlingan tak puas hati Izzat dibalas. “Okey, nama dia Razin. Tapi Wa lebih selesa panggil dia orang...”


“Izzati Najwa...” Suara Izzat bergetar amaran. Najwa direnung tajam. Tidak senang dengan sikap Najwa.


“Okey! Fine!” Najwa merengus tak puas hati. “Yang penting Wa memang benci dia. Dia selalu cari pasal dengan Wa. Along ingat tak yang rantai tangan Wa hilang hari tu?”


Izzat membalas dengan anggukan.


“Dia yang ambik.”


“Ambik atau jumpa?” Tanya Izzat inginkan kepastian. Sebab hari tu Najwa pernah memberitahu dia yang ada orang gila yang jumpa rantai tangan kembarnya itu.


“Okey, jumpa.” Najwa buat muka bosan. “Masa dia nak pulangkan rantai tangan dekat Wa, dia siap letakkan syarat lagi. Dia suruh Wa salam tangan dia tanda mintak maaf sebab Wa lempang dia tempoh hari.”


“Wa lempang dia?” Cerita Najwa itu membuatkan Izzat tergamam seketika. “ Wa lempang dia?” Sekali lagi soalan yang sama diulang. Muka Izzat kelihatan tak percaya.


Perlahan-lahan dia mengangguk mengiyakan. “Lepas tu Wa jerit sambil sebut perogol.”


“Maksud Wa... Wa jerit sambil tuduh dia perogol?”


“Yeah...”


“Sebab tu la dia jadi bengang. Then...jadilah peristiwa hari ni?” Teka Izzat. Pandangannya melekat di muka Najwa. Cerita kembarnya itu betul menarik perhatian hinggakan mata pun tak berkelip.


“Ye la kot.” Ringkas jawapan itu.


“Apa pun Wa tak sepatunya tuduh dia macam tu. Boleh timbulkan salah faham tau? Fitnah.” Izzat menggeleng kesal. Kesal dengan tindakan Najwa. Walaupun dia tahu Razin tak sepatutnya menyuruh Najwa meminta maaf dengan cara menyalami tangan dia, tapi dia juga merasakan tindakan Najwa itu salah. Tuduh orang perogol sesuka hati, memanglah tak patut.


“Biar la... Biar dia rasa.” Kata Najwa dengan muka tak bersalah. “Tapi Wa puas sebab Wa dapat balas dendam.”


“Wa buat apa? Jangan cakap yang Wa siram balik kereta dia dengan sampah.”


Najwa senyum lebar. Dua saat kemudian dia mengangguk. “Harus lah! Biar dia rasa apa yang Wa rasa. Along, bila tengok kereta kesayangan kita yang dipenuhi dengan sampah-sampah yang busuk sangatlah tak membahagiakan, tau.”


Izzat menggeleng lagi. “So, dah pergi cuci?”


“Dah. Dia yang bawak pergi cuci dan dia jugak yang bayar.”


“Dan... lepas buat semua tu untuk Wa... dia kena cuci kereta dia pulak?”


“Entah. Lepas Wa siram kereta dia tadi, Wa terus blah. Kalau stay situ, dah tentu-tentu ibu dengan papa kena pergi balai sekarang ni. Jadi kes polis apa.”


Izzat pandang muka Najwa. Dalam-dalam. “Wa tak rasa bersalah ke? Dia dah bertanggungjawab atas kesalahan dia. Tapi Wa...”


“Tak! Langsung tak.” Ayat Izzat disangkal. “Lagi Wa puas bila teringat balik peristiwa dekat kafe tiga hari lepas.”


“Peristiwa apa?”


“Wa lulur muka dia dengan mee sup.”


“What!?” Mata hampir terjegil. Tubuh yang bersandar automatik tegak macam tiang bendera. “Serius?”


“Serius lah.”


“Depan public?”


Najwa angkat kening.


“Sebab?”


“Dia jugak. Dia yang cari pasal. Dia sengaja kotorkan tudung Wa dengan cili merah. Tak kan Wa nak gelak suka pulak kot? Wajib balas balik. Padan lah muka.” Dengan bangganya Najwa bercerita. Tanpa sekelumit rasa bersalah pun. Rasa bahagia ada la.


“You know what?”


“Apa dia?”


“Wa betul-betul dah melampau.”


“Biar ar...”


***


SUDAH tiga pusingan dibuat pada deretan kedai di situ. Akhirnya matanya berjaya memaku pada satu parkir yang kosong. Bibir mengeluh lega. Jumpa juga satu space untuk park kereta. Tanpa menunggu terus MYVI SE warna maroon miliknya diparkir. Walaupun agak jauh dari destinasi yang ingin dituju, dia terpaksa akur. Lebih baik ada daripada tak ada. Angin mula bertiup laju. Suara guruh sudah kedengaran. Tanda-tanda nak hujan sudah mulai kelihatan. Payung pulak tak ada. Otak ligat berfikir. Nak turun atau tak? Nak beli atau tak? Stereng diketuk-ketuk.


“Turun jugak lah!” Keputusan sudah dibuat. “Tengah darurat ni. Stok dah habis. Yan punya stok pun tak tinggal langsung. Kena jugak turun. Kalau tak aku nak pakai apa?” Soal dia sendiri. Enjin kereta dimatikan. Kunci dicabut. Pintu kereta dibuka. Dengan teragak-agak dia keluar dari kereta. “Belum hujan lagi kut. Sempat nak membeli ni.” Omel dia lagi. Langkah mula diatur. Cepat dan pantas. Kedai serbanika 7E dituju.


Masuk saja dalam 7E, bahagian tuala wanita diterpa. Kotex saiz maxi dicapai. Kemudian dia menala pula ke arah peti yang tersusun dengan pelbagai jenis minuman. Pintu dibuka. 100 Plus botol besar diambil. Soya tin juga menjadi pilihan. Selepas itu, dia menapak pula ke arah rak jajan. Twisties perasa tomato dan curry disambar. Tak cukup dengan itu, Mister Potato tin besar turut dipegang. Tangan sudah sarat dengan barang. Dia menuju ke kaunter pembayaran. Barang-barang ditangan diletakkan di situ. Niat untuk membuat ‘pemilihan’ masih ada. Dia kemudiannya berlalu pula ke bahagian roti. Sebantal roti Butterscotch dicapai. Ketika melintasi susunan coklat, sempat dia mencapai dua paket Snickers dan sebuku besar Cadburry.


Setelah puas dia memilih, akhirnya kaunter dituju sekali lagi. Kali ini untuk pembayaran. “Sorry.” Katanya pada sesusuk tubuh yang baru dilanggarnya itu. Insan itu hanya diam tanpa respons. Pandang dia pun tidak. Hanya terus melangkah menuju ke bahagian belakang. Irdini mencebik. Manusia yang memakai sweater putih dan kepala yang ditutup dengan hud dikerling seketika. Sombong gila! Kutuk dia dalam hati. “Okey, dah boleh kira.” Katanya pada cashier perempuan yang setia menunggu di situ. “Eh, sekali dengan ini.” Beberapa kotak Dentine dan dua papan Halls yang tersusun di depan kaunter dicapai dan diletak atas kaunter. “Okey, boleh kira.”


Setelah beberapa ketika membuat pengiraan, cahier itu kembali menghadap Irdini. Semuanya RM 45. 60.” Harga dinyatakan bersama senyuman.


Senyuman berbalas. Tangan meraba sisi paha. “Oh, no!” Jeritan agak kuat itu menggamit mata-mata di situ. Irdini menekup mulut. Kepala diluku dua kali. “Macam mana boleh tak bawak purse ni?” Dia berbisik perlahan.


“Cik, semua RM 45.60.” Ulang cashier tadi sekali lagi bila melihat Irdini sedang hanyut dengan fikirannya sendiri.


Senyuman dilempar lagi. Kali ini dengan perisa serba salah. “Kira orang lain dulu, boleh? I’ll be back.” Katanya dengan sengihan. Kemudian dia beredar ke satu sudut yang agak jauh dari orang lain. Poket seluar diseluk. “Hah! Rasa macam duit.” Sekeping kertas yang terselit di dalam poket ditarik perlahan. Dia pejam mata. “Ya Allah, tolonglah RM 50.” Doa dia perlahan. Kertas yang diyakini memang duit itu ditarik keluar. Mata dibuka. “Hah! Alamaaaakkk...” Not warna merah diraup pada muka. “RM 10 mana cukup. Nak buat apa ni? Nak call somebody, phone pulak tak bawak. Bodohnya aku!” Kepala diketuk lagi. Lebih kuat dari tadi. Mulut terkumat kamit menyumpah kebodohan diri sendiri. “Hah! Mesin ATM!” Kalut-kalut mesin ATM yang terletak di sudut agak belakang diterpa. “Walaweyhh!” Dia tepuk dahi. “Nak cucuk duit dengan gigi ke, Nini? Purse tak bawak maknanya sekali dengan kad ATM lah kau tak bawak. Bodohnya...” Omel dia lagi sambil menghentakkan kepala pada skrin mesin ATM itu.


“Excuse me.”


Perbuatan dia terhenti bila seseorang dari belakang menegur. Dia menoleh menghadap tuan empunya suara.


“Would you?”


Lelaki bersweater dan menutupi kepala dengan hud yang dilanggarnya tadi kini berdiri di hadapannya. Wajah yang terlindung disebalik hud itu cuba dijenguk.


Lelaki itu menoleh arah lain. Tidak selesa dijenguk sampai macam tu sekali. Kad ATM dikeluarkan.


Muka Irdini yang redup tadi serta merta bercahaya. Riak ceria dipamer. “Oh, thank you...” Laju Kad ATM lelaki itu disambar. “Saya tahu, mesti ada orang yang akan datang tolong. Terima kasih, ye.” Dia mula beramah mesra. “Awak tahu saya tak bawak duit, kan? Sebab tu lah awak sudi tolong.” Kat ATM yang sudah berada ditangan di cucuk laju. “Your pin number, please?” Tanpa segan silu permintaan itu dibuat. Setelah agak lama tiada respons yang diberi, Irdini segera menoleh.


“Would you stay away from this machine?” Senada soalan itu dilontar. Sebenarnya soalan itu lah yang dimaksudkannya sebentar tadi. Tapi tak sangka pulak budak perempuan tu fikir dia menghulurkan kad ATM kepadanya.


“Huh?” Irdini muka hairan. Mesin ATM dijauhi.


Dia menghampiri mesin ATM itu. Punat BATAL ditekan. Kad tadi keluar semula. Lima saat kemudian kad itu dimasukkan sekali lagi. Tubuh dirapat pada skrin. Nombor pin ditekan. Selepas beberapa saat. Dua keping not RM 50 yang terjulur dicapai dan dimasukkan ke dalam wallet. Setelah mengambil resit, dia berlalu meninggalkan Irdini di situ. Sempat cebikan sinis dilempar buat gadis itu.


Oh my Allah! Muka ditutup dengan ke dua-dua tangan. Dia rasa macam nak rebah. Masa ni dia betul-betul berdoa agar pengsan di sini. Bibir bawah diketap kuat. “Irdini... kenapa kau boleh perasan sampai macam ni sekali?” Dia lari bersembunyi di sebalik mesin ATM tadi. Sekali lagi dia menghentakkan kepala pada dinding. Rasa macam nak meraung kuat sambil menjerit... BODOHNYA AKU!!! Tapi dia tak cukup malu nak menghadap pandangan orang-orang sekeliling. Kedua-dua mata digosok kasar bila bayangan cebikan sinis lelaki tadi melayang di ruang mata. Pipi ditampar berkali-kali. Bodohnya! Bodohnya! Bodohnya! “Masalah tak cukup duit nak bayar belum settle dah timbul masalah baru. Adoiyai...”


Ah! Peduli hapa aku! Lepas ni mesti aku dah tak jumpa dia lagi dah. Kalau jumpa pun tak kenal. Muka dia pun aku tak sempat nak usha lama-lama. Dia pun mesti tak kan ingat muka aku lagi. So, satu masalah dah selesai. Semangat yang tiba-tiba hadir membuatkan rasa malu sudah mulai hilang. Sekarang dia hanya perlu berfikir macam mana nak selesaikan masalah di kaunter. Dia menjenguk sedikit ke arah kaunter. Cashier tadi sedang memandangnya dengan pandangan hairan. Irdini toleh arah lain. Dia kembali berfikir. Lepas beberapa belas saat, akhirnya dia berdiri. Jalan penyelesaian sudah dijumpai. Dia dah tak mahu fikirkan rasa malu lagi.


Kini dia berdiri di hadapan kaunter buat kali yang ketiga. Senyuman diukir lagi. “Saya nak beli Kotex dengan 100 PLUS saja. Yang lain cancel.” Sekeping not RM 10 dihulur.


“Semua dah dibayar, cik.”


“Apa dia?” Suara jelas gadis itu kedengaran tak jelas di telinga dia. Gadis yang memakai t-shirt warna merah itu dipandang dengan kening berkerut.


“Semua barang-barang ni dah dibayar.” Sekali lagi ayat yang sama diulang.


“Tapi saya belum bayar lagi, kan? Baru nak bayar la ni.”


Gadis itu tersenyum lagi. “Dah ada orang yang tolong bayarkan tadi.”


Irdini tercengang. Ternganga sekejap dengan kenyataan itu. “Siapa?”


“Lelaki yang pakai sweater warna putih tu.” Beritahu dia sambil menuding jari ke arah luar kedai.


Laju dia menoleh ada arah yang ditunjuk namun lelaki bersweater putih tidak kelihatan. Yang ada hanya tiga orang gadis berdiri di situ. Berlindung dari hujan mungkin. Lagipun hujan dah mulai lebat diluar sana. “Saya tak nampak pun.”


“Dia dah berjalan ke sana.” Kata gadis itu lagi seraya menunjuk ke kiri kedai 7E itu. “Kalau cik nak kejar sempat lagi sebab dia baru je keluar. Dia pegang payung warna hijau.”


“Okey, thanks yeah!” Kalut-kalut dia mencapai bungkusan plastik yang dihulur oleh si gadis. Pecutan dibuat. Arah kiri dituju. Betul kata gadis itu, lelaki bersweater putih berada tidak jauh dari situ. Kelihatan dia sedang membuka payung ingin melintas jalan. “Hey! Tunggu!” Jeritan Irdini bergema dalam hilaian hujan yang lebat. Pandangan orang sekeliling diabaikan. Yang penting dia perlu tahu siapa orang yang baik hati tolong bayarkan barang-barangnya.


Lelaki itu tidak menoleh. Mungkin tidak perasan akan panggilan Irdini. Sekali lagi jeritan dibuat. “Budak pakai sweater putih yang pegang payung warna hijau, please stop there!!!” Nah! Kali ni kalau si lelaki tak dengar jugak memang telinga dia ada masalah. Orang deretan kedai seberang pun boleh dengar. Mana mungkin lelaki bersweater putih tu tak dengar.


Namun tanggapan Irdini salah bila lelaki itu dilihatnya ingin meneruskan langkah. Dia jadi kalut. Walau macam mana pun dia mesti bersemuka dengan lelaki itu. Pecutan seribu meter dibuat. Malang tidak berbau, kehadiran beg plastik yang terdampar di atas lantai itu telah berjaya membuatkan dia jatuh tersembam menyembah lantai. “Yakks!!!” Muka yang penuh dengan air kesan derapan tapak kasut manusia yang lalu lalang di situ pantas dikesat. Dia merengus geram. Digagahkan juga kaki untuk berdiri. Telapak tangan, baju dan seluar yang dipakai turut kotor.


“Eeesh!” Tangan dikepal. Plastik yang menyebabkan dia menyembah bumi disepak kasar. Dia terus menoleh pada koordinat tadi namun dia hampa bila bayang lelaki itu sudah lesap. Mata berlari pula pada barang-barang yang sudah berterabur atas lantai. Dengan pantas dia mengutip satu persatu lalu dimasukkan semula ke dalam beg plastik. Setelah semua barang habis dikutip, dia mula mengatur langkah ingin menuju ke hujung deretan kedai.


“Excuse me.”


Satu suara menghentikan langkah Irdini. Dia berpaling ke belakang. Melihat sesusuk tubuh tinggi lampai itu membuatkan dia tercengang seketika. Lelaki bersweater putih yang pegang payung warna hijau tadi sedang berdiri betul-betul menghadap dia. Speechless!


“Kau punya.”


Bungkusan warna biru yang dihulur oleh lelaki itu menambahkan masa Irdini untuk terus tercengang. Sepuluh saat, dia tersedar. Sepantas kilat bungkusan yang tertulis KOTEX itu diragut dan dimasukkan ke dalam beg plastik lalu diikat ketat. Muka tiba-tiba rasa panas. Dia tertunduk malu.


“Budak pakai sweater putih yang pegang payung warna hijau... kau ada masalah ke dengan aku?” Soalan itu dilontar tenang. Muka Irdini tidak dipandang. Dia lebih selesa merenung jalan yang dilimpahi dengan air hujan. Payung masih berada di atas kepala tidak diturunkan walaupun dia kini masih berada di bawah bumbung.


Dia mengangkat muka. Mencari mata tuan empunya tubuh. Eh, bukan ke dia lelaki dekat mesin ATM tadi? Alamakkkk... Jumpa lagi la pulak! Dia gigit bibir. Makin ke bawah kepala ditunduk. Perasaan malu yang hilang tadi kini kembali semula.


Lelaki itu kelihatan ingin berlalu dari situ. Cepat-cepat Irdini menghalang. Dia mendepakan tangan di hadapan lelaki itu. Bungkusan plastik pada tangan ditayang. “Ini... kau yang bayar?”


Diam. Hanya titisan hujan yang kedengaran.


“Thanks.” Kebisuan lelaki itu membuatkan dia jadi kekok. Ucapan terima kasih diberi.


“Don’t thank me.”


Suara si lelaki menggamit perhatian. Mata yang masih terlindung dengan hud cuba ditenung.


“Because you should pay me back.”


Tersentak seketika dengan kata-kata itu. Tak lama selepas itu, Irdini mencebik. Aku bajet dia tak mintak bayar balik sebab blah macam tu je tadi. Rupanya salah. Tak gentle langsung! Baru je pasang niat nak admire. Reject! Reject! “Nanti aku bayar balik la. Aku pun tak suka nak berhutang. Nak-nak lagi dengan orang yang aku tak kenal.” Bidas Irdini pula. Muka nampak bengang.


“Good.”


“Macam mana nak bayar?”


“By money.”


Dush! Rasa macam nak lempang je mamat kerek ni. “Tau. Tak kan nak bayar dengan daun bunga kertas kut. Kasi phone number. Nanti aku call cakap dekat mana nak jumpa. Tak pun kasi nombor akaun bank kau. Aku bank in terus esok. Tak pun transfer masuk. Kau guna bank apa?”


“Aku tak pakai phone.”


“Hah!” Ternganga lagi dia dengan jawapan itu. “Ini zaman Shaheizy Sam. Bukannya zaman Allahyarham P.Ramli yang sangat susah orang nak pakai handphone.”


“Dan aku tak pernah terfikir nak menghafal account number pun.” Lelaki itu hanya tayang muka tenang. Hud dikepala ditolak ke belakang. Menampakkan mukanya yang penuh.


“Hah! Aku kenal kau!” Kuat suara Irdini. Jari telunjuk kanan dituding betul-betul depan muka lelaki itu. “Pernah nampak kau before.” Sambung dia lagi dengan dahi berkerut. Cuba mengingati di mana dia pernah lihat lelaki itu. “Wei! Aku belum habis cakap lagi. Kau nak pergi mana?” Dia melaung kuat bila tubuh lelaki itu sudah jauh lima langkah darinya. “Habis tu, macam mana nak bayar duit kau, hah?” Soal dia lagi bila si lelaki tudak berpaling. Dia hanya meneruskan langkah.


“None of my business.”


Haisyh! “Tunggu! Nama kau siapa?”


Langkah terhenti. Soalan itu membuatkan dia berfikir sejenak.“I love you.” Tiba-tiba lancar saja ayat itu meniti keluar dari bibir.


“Pardon me!?” Mendengar sebaris ayat keramat itu mampu membuatkan nafas Irdini terhenti. Dia baru saja cakap... “You said... I love... you??? Did you?” Tergagap-gagap dia dia menyoal kembali. “To me?” Dia menggigil satu badan. “Baru je kenal, takkan kau dah berani nak cakap I love you dekat aku? Tak rasa cepat sangat ke?”


Lelaki itu berpaling semula menghadap Irdini. Sebelah tangan masih kejap memegang payung. Dan sebelah lagi diseluk ke dalam poket. “I said... PS I Love You... Kau punya novel kan?”

Dush! Dah rasa macam muka kena tumbuk dengan The Rock bertubi-tubi. Dia jugak rasa macam nak lari dan menggelupur dekat tengah hujan. Muka ditunduk lagi. Kali ini lebih lama. Tahap malu kini dah sampai tahap klimaks. Dalam diam, paha sendiri dicubit. Sungguh! Dia bengang dengan diri sendiri. Selalu saja perasan tak kena tempat. Kedua-dua telinga dijentik. Salahkan telinga sebab tak dengar betul-betul apa yang diperkatakan oleh lelaki itu. Dan rasa malunya berjaya ditutup bila otak sudah mulai proses tentang soalan yang dilempar sebentar tadi. PS I LoveYou? Eh! “Kau ke budak E-jat yang...” Huh! Kata-katanya mati bila bayang lelaki itu sudah lesap. Mata meliar sekeliling beberapa saat. Akhirnya dia mengeluh. “ Ceh! Betul-betul dah lesap.”

*****

5 comments:

  1. hai zarith, er bkn ke yg ni episode 12 ni dah post ke br ni?
    nak yg baru pls...hehehe demand lak. sorry eh, miss it so much lah. even br ni dah bc.

    ReplyDelete
  2. wah...
    lyn abis ar kak zarith...
    mmg best giler...
    yg xbleh bla biler dini prasan nk mati...
    segan mmg sgn2 sgt kalo kene mcm 2 kat dpn org...
    x tau nk nyorok muke kat mane...

    ReplyDelete
  3. hihihib.... syoknya ... cepatlah sambung dah tak sabar nak nanti cite ni

    ReplyDelete
  4. best!!best!!hehe...
    cool la ejat tu..

    suke3,..

    ReplyDelete
  5. best...best...
    x sbr tgu next n3..

    ReplyDelete

toucholic

toucholic

Hot N Cold

Hot N Cold
Apa yang terjadi bila air panas bertemu dengan ais cube?

sweet sours

sweet sours
friendship is a sweet relationship

Bila Amar Dah Suka Dia

Bila Amar Dah Suka Dia
Inilah jadinya bila Amar dah jatuh chenta