Chill Out ~~ ^_* (kalau tak suka lagu boleh stop kt atas ni)

new updated!


new n3 :-)

# Hot And Cold (Bab 5)
# Hot And Cold (Bab 4)
# Hot And Cold (Bab 3)

* my new email (YM, FB) :"carl_aryana89@yahoo.com"

(^__^)

(^__^)

Kalaulah Hot n Cold dapat peluang ke untuk ke versi cetak.. apa kata kalian?

Monday, April 11, 2011

TOUCHOLIC 13

BUKU setebal seribu tiga ratus enam muka surat pada tangan ditutup dan diletak atas meja. Dia berdiri. Leher ditolak ke kanan dan kiri. Kruk! Kruk! Pinggang yang terasa sengal dipusing sekilas. Kemudian mata meliar mencari jam yang tergantung di dinding. Pukul 12.35 malam. Mata belum terasa berat. Masih cergas lagi. Kaki mula mengatur ke arah pintu bilik. Namun langkah terhenti bila mata terpaku pada sebuah novel yang tersusun kemas atas rak buku.


Novel PS I Love You dicapai dan dibelek. Dua saat kemudian, kulit novel itu diselak. Perkataan yang tertera di situ ditilik. “Nini.” Perlahan sebaris nama itu ditutur keluar. Tak lama kemudian, dia tersenyum sendiri bila peristiwa di kedai 7Eleven tadi bermain di fikiran. Gelagat Irdini yang tersembam ke lantai membuatkan dia rasa geli hati. Muka kelat si gadis ketika dia menghulurkan bungkusan Kotex membuatkan senyuman dia makin lebar. Dan salah faham Irdini yang menyangka dia meluahkan feeling yang konon-kononnya terlampau cepat padahal baru saja kenal, membuatkan dia menggeleng-gelengkan kepala. “Masalah betul.” Katanya seraya meletakkan kembali novel tersebut di tempatnya semula.


Pintu bilik dibuka lalu dia menuju ke bilik Najwa. Kepala dijengul ke dalam. Kembarnya itu sedang berbaring sambil membaca komik. Najwa dihampiri. Bahu gadis itu ditepuk.


“Nak apa?” Soal si adik setelah menanggalkan sebelah headphone. Pandangan pada halaman komik beralih sekilas pada wajah alongnya.


“Ngantuk belum?”


Geleng. “Nak ajak fight, ke?” Soal Najwa sambil angkat kening.


“Jom?”


Najwa muka ceria. “Jom! Jom!” Laju komik ditutup dan dilempar atas katil. Lantas dia berdiri. Belakang Izzat ditolak melajukan lagi langkah kembarnya itu. Inilah saat yang dia paling suka. Lawan basketball dengan Along. Sangatlah best! Walaupun selalunya dia akan kalah dia tak peduli. Yang penting rasa heaven masa main tu yang dia nak.


“Nak bet?”


“Chicken Prosperity. Large set punya.”


Izzat angkat kening. “Cukup ke duit tu?”


“Eh, belum lawan belum tahu siapa menang. So, tak payah nak angkat dada, ye. Entah-entah Wa menang apa.” Bidas Najwa bersungguh-sungguh. Bola yang berada dalam raga di sebelah rak kasut di luar rumah diambil dan dilontar pada Izzat. “You first.”


“Me first?” Izzat tanya Najwa. “Habis fikir dah?”


“Eeesh!” Muka Najwa nampak bosan. Dia mencebik. “Megah tak sudah! Nyampahnya la...”


“Whatever. Tukar kasut cepat.” Izzat beri arahan pada si adik. “Tanak pakai selipar. Kang terseliuh pulak kaki tu. Awak tu dah la lembik. Silap langkah sikit dah bengkak kaki.” Sambung dia lagi dengan penuh sikap ambil berat walaupun kata-katanya agak berbaur sindiran.


Bukan sekali, sudah banyak kali kaki kembarnya itu terseliuh gara-gara bermain bola keranjang. Dan kecederaan itu akan membuatkan gadis itu menderita selama satu hingga dua minggu.


“Tanak ah. Buat lambat je. Along tak pakai sport shoes boleh je.” Bantah Najwa. Dia sudah berdiri di tengah gelanggang. Bersedia untuk memulakan perlawanan.


“Selagi awak tak tukar kasut, selagi tu la kita stay dekat sini tanpa buat apa-apa. Sampai esok pagi pun tak kisah.”


Najwa tarik muka. “Halah! Halah!”


***


NADA dering corus Starlight Tears- Kim Yu Kyung yang berkumandang tanda satu SMS diterima menggamit perhatian. Handphone warna merah ditepi bantal dicapai. Najwa pandang skrin. “Cis!” Dia mencebik meluat sebaik saja nama yang tertera pada skrin dibaca. ‘Orang Gila’. Butang view ditekan.


+Ko x pyh rasa bahagia dulu. Sbb aku takkan ddk diam dan senyum lebar dgn apa yg ko dah buat dkt aku. So, beware!


Pantas jari menekan-nekan punat membalas SMS itu.


-Wuuuuuu... takutnya aku. Ko percaya tak yg sekarang ni aku tgh sembunyi bawah katil sbb takut sgt dkt ko. Caya tak? Caya tak? Tolong! Tolong! Tolong! Dan sekarang aku jgk tgh jerit mintak tolong. Takut sgt ni. Sampai tak leh tido. Percaya lah!


Tak sampai lapan saat, pesanan dari Razin muncul lagi.


+Ko buat main eh? Sumpah aku takkan lepaskan ko!!! Betul-betul sumpah!


-Bajet aku gerun la eh? Blah la! Sikit pun tak kecut dgn ugutan ko.


+Ko mmg nak kena!


-Kena apa? Kena menari poco-poco ke sbb gila bahagia bila dpt simbah kereta ko dgn sampah?ok, aku menari. Meh la join. Hahahahahaha...


+Ko mmg tak guna!!!!!!!!!


-Dah tu ko berguna sgt2 lah? Heh! Dah la wei. Sekarang time org tido bknnya time nak serlahkan perangai gila. Ko mmg suka buat gila, kan? Ke ko mmg betul2 gila, ah?


Najwa terus matikan handphone setelah SMS terakhir dihantar kepada Razin. Kalau tak buat macam tu, sampai ke pagi esok lelaki itu akan terus menggila. Dia dah mengantuk. Nafsu nak bergaduh pun sudah hilang. Lagipun badan dah letih sangat gara-gara bermain basketball dengan Izzat sebentar tadi. Walaupun dia kalah, namun hati dia puas. Lakukan benda yang kita minat, sangatlah puas, kan?


***


SEKEPING kad kecil warna merah saga yang terhulur lambat-lambat disambut. Wajah angkuh dan senyuman sinis Amanda membuatkan dia rasa jelik. Kalau ikutkan hati, mahu saja gadis itu disepak dengan tendangan penalti sampai terpelanting pergi Planet Pluto. Suka sangat cari pasal! Urghh!


“Tengok ar cemana. Aku tak janji nak pergi.” Irdini jawab nak tak nak. Jemputan Amanda untuk menghadiri majlis hari jadi gadis itu pada malam ini betul-betul membuatkan Irdini rasa tercekik. Dan dia juga rasa nak cekik orang. Dia dengan Amanda bukanlah kawan. Musuh ketat-ketat tu memang iya lah. Tiba-tiba nak jemput pergi majlis bagai. Tak ke pelik?


“Kenapa? Oh...” Tangan mendarat di bibir merah macam baru kena tenyeh dengan cili padi. Dia mendekatkan muka pada muka Irdini. “Sebab kau tak cukup syarat, ye?”


“Syarat?” Soalan dibalas dengan soalan. Kening mula bertemu. Irdini jadi pelik. Izyan di sebelah sejak tadi setia memegang erat lengan Irdini. Takut kalau-kalau malapetaka akan bermula lagi. Irdini dengan Amanda bukan lah ‘kombinasi’ yang baik. Pantang berjumpa ada saja kata-kata pedas dituju satu sama lain. Kalau tak cukup dengan mulut, tangan dan kaki juga ikut terangkat. Dahsyat kan?


“Ada dalam kad tu.”


Kad pada tangan dibuka dengan rakus. Satu persatu baris ayat yang tertera di kad itu dibaca dengan laju.


Syarat pertama. Wajib pakai baju kurung. Kening makin bertaut rapat. “Sejak bila kau dah tukar imej? Dari mini skirt ke baju kurung? Sumpah aku tak pernah sangka benda ni. Kau mimpi kena telan dengan gajah ke semalam? Tiba-tiba dapat hidayah.”


“Lebih kurang.” Riak Amanda tenang. Jawapan yang diberi pun lembut saja di telinga Irdini.


Irdini makin pelik. Selalunya kalau kata-kata seumpama itu diluahkan dihadapan Amanda, gadis itu akan terus menggila tak fikir sekeliling. Tapi hari ni... “Syarat nombor dua...” Mata kembali pada kad kecil itu semula. “... hah!?” Mata terjegil agak besar. Mulut ikut ternganga. Dia terus pandang Amanda. “Perlu ke kau letak syarat macam ni?”


“Asal? You don’t have any?” Pertanyaan bernada sindiran itu dilontar lancar. Emily dan Syakila yang berdiri di belakang Amanda ikut tersenyum sinis.


“Eh, mana boleh takde!” Pantas dia bersuara. Riak muka cuba dikawal rapi. Senyuman disungging megah. Penuh angkuh. Padahal dalam hati dah cemas sakan.


“Oh, really?” Amanda peluk tubuh. “Kalau macam tu, aku cabar kau datang party aku tonight. Adam dah balik dengan aku. So, aku nak jugak tengok siapa bf baru kau tu. If you don’t mind la...” Sambungnya lagi. Walaupun nada kedengaran lembut namun ia berbaur cabaran.


“Of course lah I don’t mind. Aku terima cabaran kau. Just wait and see.” Dengan rasa yakin yang dibuat-buat, Irdini membidas.


Amanda tersenyum lagi. Masih berperisa sinis. “Okey. Tonight. See ya...”


“Yannn...” Setelah tubuh Amanda berada jauh darinya, Irdini terus mencari muka Izyan.


“Aku tak campur. Dan aku tanak campur.” Tegas suara itu. Kedua-dua tangan diangkat. Buku-buku yang berterabur atas meja dikutip pantas.


“Yannn... tolong aku. Please!” Rengek Irdini dengan muka belas kasihan. Buku-buku yang dikutip oleh Izyan dirampas dan ditolak jauh ke tepi.


“Kau cari pasal. So, kau yang settle.” Izyan masih tegas seperti tadi.


“Kita dah kenal dah dua tahun. Susah ke kau nak faham aku. Aku ni jenis yang pantang dicabar. Lagi-lagi dengan...”


“Amanda?” Ayat Irdini disambung. Muka temannya itu direnung. Bengis.


Irdini mengangguk lambat-lambat. Mengiyakan tekaan Izyan.


“Hei, kau boleh tak lupakan budak Amanda tu? Dia tahu yang kau sekarang ni single. Dia sengaja nak cabar kau sebab dia nak kau jadi tak tenang. Dan aku percaya yang kau memang tahu pasal tu kan? Kau memang tahu pasal niat busuk minah tu. But still, kau nak layan. Untuk mencari someone yang boleh kau ‘pakai’ untuk malam ni, bukanlah satu perkara yang senang. Sebab dia tahu kau jenis yang sangat memilih. Aku jugak sedia maklum dengan perkara tu. Someone yang perfect. Romantik, gentle, charming, handsome, loving, caring, jiwa jiwang, yang boleh karang puisi untuk kau setiap malam, a good listener, kelakar sampai boleh buat kau ketawa tak ingat alam. Susah! Sumpah susah nak jumpa dalam masa yang tak sampai...” Diam sekejap. Sambil mata mengeling jam dipergelangan tangan, Izyan menarik nafas. “ ... tak sampai tujuh jam. Mana kau nak cekup mamat idaman kau tu? So, aku cadangkan kau lupa je la pasal party malam ni. Better kau stay dekat rumah tengok drama korea dengan aku. Lagi pun Marry Me, Mary last episode malam esok. Kau tak rasa rugi ke kalau tak tengok sedangkan kau dah setia dengan empat belas episod yang lepas? Rugi giler dowh!”


“Takpe, aku boleh tengok online je. Lagi pun ending dia malam esok bukan malam ni.” Balas Irdini. Jawapan itu menunjukkan yang dia masih tidak akan melupakan tentang majlis Hari Jadi Amanda yang baginya wajib untuk dihadiri pada malam ini. Wajib! Kalau dah wajib tu memang tak boleh kalau tak pergi.


Tepuk dahi. Lagi kuat dari tadi. Izyan mengetap gigi. Kadang-kadang bila berkawan dengan Irdini memang boleh buat dia rasa macam nak tikam orang. Tapi bila difikirkan yang temannya itu anak yatim piatu, terus niat itu dipadamkan. “Eeesh! Kau betul-betul cari pasal tau tak!?”


“Aku... kalau dengan orang lain, takpe. Boleh je aku tengok drama korea dengan kau malam ni. Tapi bila orang itu adalah Amanda minah-gedik-Malaya memanglah aku tak boleh nak ignore. Tak boleh! Memang aku tak boleh. Kau faham aku kan, Yan?”


Dia pejam mata lima saat sebelum muka Irdini direnung kembali. “Kalau kau tetap dengan keputusan kau, cuba bagitahu aku... mana kau nak cekup mangsa kau tu?”


“I’ve no idea.” Dia mengeluh lemah. “Aku tak ada calon. Yang ada semuanya macam hampeh je.”


“Hah! Aku ada idea.” Lepas beberapa saat berfikir, Izyan bersuara.


“Siapa?” Lebih pantas dari kilat Irdini menyoal. Muka penuh bercahaya.


“Apa kata kalau kita buat audition?”


Ya Allah... Hati Irdini menyeru. Izyan dipandang bengang. “Maaf, Yan. Tak kelakar. Sumpah!”


Izyan ketawa mengekek. Dia tahu Irdini sedang stress. Tapi dia masih ingin menyakat gadis itu.


“Gotcha!”


Uhuk! Uhuk! Jeritan Irdini itu membuatkan Izyan tersedak. Air 100 PLUS yang diteguk terpercik keluar. “Gila kau! Jerit tak kasi salam. Nak bunuh aku ke?” Muka Izyan nampak merah. Dia masih terbatuk kecil.


“Dah habis belum air kau?”


“Sikit lagi. Nak ke? Nah.” Tin 100 PLUS dihulur ke arah Irdini.


“Kau je la habiskan. Lepas tu kasi aku tin tu.”


“Kau nak buat apa?”


“Minum dulu la. Tak yah nak banyak cakap.”


Dalam rasa pelik, arahan Irdini dituruti. Air di dalam tin dihabiskan dan dihulur pada Irdini.


“Ini dah kira jalan terakhir la untuk cari calon.”


“Calon ke mangsa?”


“Kau decide.” Izyan dijeling. Tin minuman pada tangan dibelai-belai. Dengan lafaz Bismillah sambil memejamkan mata, tin minuman itu digolekkan ke lantai.


“Nini, kau jangan cakap yang...”


“Kita tengok dekat siapa tin tu berhenti, dialah yang akan jadi bf aku malam ni.” Dengan mata yang terpejam Irdini menjawab teka-teki Izyan.


“Gila la kau!”


“Gila yang sementara.” Perlahan-lahan mata dibuka. Tin yang tergolek diperhati.


“Eh, tin kau menghala dekat kaki budak perempuan la.”


“Laa... biar betul. Tak kan kena buat lagi sekali kut.”


“Eh, kejap. Budak perempuan tu dah blah. Tin kau still golek lagi cari mangsa. Belum jumpa.”


“Okey! Okey! Stop!” Serentak dua suara bergema di tengah-tengah ruang kafe bila melihat ‘suspek’ yang dituju oleh tin minuman itu sedang duduk membelakangi mereka lebih kurang tujuh meter di hadapan. Yang pasti ‘suspek’ itu adalah lelaki.


“Yess!” Sekali lagi mereka terjerit bila tin minuman itu sudah berjaya mendarat di ‘landasan’ yang ditarget. Memang betul bawah kerusi ‘suspek’ itu.


“Kau pergi tegur budak tu.” Irdini menolak tubuh Izyan.


“Apehal pulak? Yang nak pergi party tu kau. Kau la yang kena pergi ‘propose’.” Bantah Izyan tegas. Kali ini tubuh Irdini pula ditolak.


“Aku segan ar...”


“Apa dia?” Sengaja telinga didekatkan ke bibir Irdini. “Kau? Kau? Kau ke yang segan? Sejak bila? Biasanya kau main redah je. Malu kira jatuh nombor dua.” Sindir Izyan lagi.


“Ye la... Selalu orang yang proposed aku. Aku tak pernah lagi buat benda bodoh ni.”


“Tahu pun bodoh. Nak buat jugak.”


“Yannn...”


“Eeesh! Berlakon je pun. Malam ni saja.”


“Tapi... segan ah.”


“Okey. Jom?”


“Pergi mana?”


“Balik ar. Tidur. Lupakan Amanda tu.” Saran Izyan seraya menarik lengan Irdini untuk berlalu dari situ. Dia rasa lega. Nampaknya idea bodoh temannya itu tidak menjadi. Dan rasa serabut dia lesap serta merta.


“Eh, siapa cakap?”


Pegangan terungkai. Dia mencari muka Irdini. “Kau serius nak teruskan benda tak masuk akal ni?”


“Memang la mulanya aku segan. Tapi bila dah terbayang-bayang minah-gedik-Malaya tu menari poco-poco dengan kekalahan aku, terus rasa segan hilang. Sekarang, aku pergi tegur dia. Kau nak ikut tak?”


“Tanak. Tanak.” Laju betul jawapan Izyan. “Karang kalau kau kena tengking aku tak perlu susah-susah tutup muka cover malu. Lari tinggal kafe terus je.”


“Gila kejam. Takkan lah mamat tu sampai hati nak tengking aku? Mintak tolong je pun. Takkan dia tanak kutip pahala? Pahala wei kalau tolong orang.”


“Eh? Tak pernah lagi lah aku dengar orang yang tolong menyamar jadi boyfriend orang satu malam dapat ganjaran pahala. Apa nama ustazah yang mengajar kau dekat sekolah dulu?”


“Shut. Up. And... Stay. Here!” Irdini menutur tegas. Berbaur arahan. Izyan yang mengekek ketawa ditinggalkan. Langkah diatur ke arah budak lelaki yang memakai kemeja lengan panjang warna biru laut yang dilipat ke siku.


Lelaki yang duduk bersandar tenang sambil membaca buku itu diperhati lama. Tin minuman yang digolek tadi berada di bawah kerusi lelaki itu diambil. Kini jarak antara Irdini dan lelaki itu hanya satu langkah. Macam mana nak mula ni? Soal dia sendiri. Jantung sudah berdetak laju. Hati jadi tak tenang. Tangan kanan dikepal. Tangan kiri pula menggenggam tin. Dia pejam mata. Nafas ditarik lama sebelum dihembus perlahan. Mulut dibuka. Lidah bergerak-gerak ingin bersuara. “Excuse me.” Perlahan. Bernada bisikan. Membuatkan lelaki itu tidak menoleh.


“Excuse me...” Sekali lagi. Kuat sedikit dari mula.


Masih juga tiada respon.


“Err... tumpang tanya.” Dia mencuba lagi bersama ketukan perlahan pada meja. Dan percubaan dia yang ketiga akhirnya berjaya.


Lelaki itu berpaling. Dua mata bertentangan.


Erkk! Tubuh jadi beku. Lidah jadi kelu. “Budak sweater putih...”


*****************************

salam... maaf entry 12 terdeleted secara tak sengaja. dan secara tak sengaja jugak komen2 anda terdeleted dkt epi 12 sekali... jgn kecik hati ya.. betul2 tak sengaja... =) here new n3.. hope hepy reading yah.. =)


21 comments:

  1. hahaha.
    si razin ni agak menyeramkan..
    mmg nak balas dendam sungguh.

    whoaaa. izzat nak ke date ngn nini?
    next2.

    ReplyDelete
  2. huahuahuahua!! e-jat jadi penyelamat!!! hehehhe

    ReplyDelete
  3. Xpe2. mmg happy ni dpt baca lagi. thanks ya. hope so izzat tlg nini nih. best sgt lah, nak tgk izzat tpegun x,tgk nini pakai baju kurung g umah amanda.mesti amanda jeles gler kan tgk nini dpt yg lagi hensem. hahaha

    ReplyDelete
  4. best...sambung la cpt ckit...

    ReplyDelete
  5. alamak!!cpt smbng..

    ReplyDelete
  6. suke....!
    smbg lg writer ! hehhe

    ReplyDelete
  7. bez2..hee~
    smbung cpt tw..

    ReplyDelete
  8. hahhaha.. suka last part.. da tau spe gerangan lelaki 2...:) sambung2

    ReplyDelete
  9. wo0ho0~
    hahahak~
    ejat2,,naya la ko jadi mangsa nini malam ni,,ngee~

    ReplyDelete
  10. bes2.cpt smbung.huhu

    ReplyDelete
  11. sambg lg best giler r....

    ReplyDelete
  12. sambg lg best giler r....

    ReplyDelete
  13. best!! ta sabar na tunggu next n3..

    ReplyDelete
  14. huhuhu... xdpt nk bace TOUCHOLIC 12..

    ReplyDelete
  15. tak sempat baca ep12.T_T
    please, nk baca entry 12 pnyer.:'( sedihh btw best.keep it up !:)

    ReplyDelete

toucholic

toucholic

Hot N Cold

Hot N Cold
Apa yang terjadi bila air panas bertemu dengan ais cube?

sweet sours

sweet sours
friendship is a sweet relationship

Bila Amar Dah Suka Dia

Bila Amar Dah Suka Dia
Inilah jadinya bila Amar dah jatuh chenta