Chill Out ~~ ^_* (kalau tak suka lagu boleh stop kt atas ni)

new updated!


new n3 :-)

# Hot And Cold (Bab 5)
# Hot And Cold (Bab 4)
# Hot And Cold (Bab 3)

* my new email (YM, FB) :"carl_aryana89@yahoo.com"

(^__^)

(^__^)

Kalaulah Hot n Cold dapat peluang ke untuk ke versi cetak.. apa kata kalian?

Friday, April 29, 2011

TOUCHOLIC 15


DUA tubuh berjalan seiring. Empat kaki melangkah serentak. Setelah agak jauh dari kawasan taman perumahan mewah itu, Irdini menghela nafas lega. Pegangan pada lengan sweater Izzat dilerai.


Detakan pada jantung semakin perlahan. Begitu juga derapan kaki. Nafas disedut panjang. Rasa lega semakin tinggi. Dan perasaan itu mampu membuatkan dia tersenyum lebar.


Tubuh Izzat yang berjalan dua langkah di hadapan dipandang. “Thanks.” Ringan bibir menutur. Ikhlas lahir dari lubuk hati. Sungguh dia tak sangka sama sekali lelaki itu akan muncul disaat-saat genting macam tadi. Kemunculan lelaki itu secara tiba-tiba telah menyelamatkan keadaan. Menyelamatkan dia dari terus-terusan dicerca oleh Amanda and the gang.


Diam. Sepi. Hanya bunyi enjin kereta dan motor lalu-lalang di situ saja yang kedengaran. Dengan kedua-dua tangan diseluk ke dalam poket, Izzat tetap meneruskan langkah ke depan.


“Budak sweater putih! Thanks!” Ucap dia lagi lebih kuat dari tadi.


Izzat masih dengan gaya yang sama. Tak tunjuk respon. Macam Irdini tengah bercakap dengan pokok-pokok yang ditanam di tepi jalan.


“Eeesh!” Dia ketap gigi. “Pantang keturunan aku kalau bercakap, orang buat dek. Macam bercakap dengan orang pekak je.” Omel dia geram. Dia melajukan langkah mendapatkan Izzat. “Wei! Aku cakap kau tak... Oh!” Ayat itu mati tiba-tiba bila melihat telinga Izzat kemas disumbat dengan earphone. Patutlah berlagak pekak. Kalau macam ni aku bercakap sampai bisu pun belum tentu dia dengar.


“Kau apehal?” Irdini disergah kasar bila dengan selamba saja gadis itu merentap wayar earphonenya sehingga tertanggal terus dari Ipod.


“Thanks.” Ucapan itu diucap bersama senyuman.


Earphone pada tangan Irdini cuba dirampas semula namun dia gagal bila dengan pantas, gadis itu melarikannya ke belakang. Izzat jadi bengang. “Kau nak apa?”


“Aku cakap thanks, kan? So, you should say... you are welcome.”


Hujung bibir tinggi sebelah. “Harapan.” Bidas Izzat dengan riak sinis.


“Kau tak cakap, aku tak kasi.” Irdini cuba menggertak.


“Nah! Ambik ni sekali.” Bersama rengusan kasar, Ipod yang terselit dalam sweater ditarik dan diletak atas tangan Irdini. Dia berlalu meninggalkan Irdini yang terpinga-terpinga.


Tindakan Izzat itu membulatkan matanya. Izzat yang sudah jauh ke depan dikejar. “Kau nak pergi mana?” Dengan mulut yang tercungap-cungap dia bertanya. Kini dia sudah berjaya berjalan di sebelah lelaki itu.


Soalan Irdini dibiar sepi. Dia tidak berminat untuk menjawab.


“Kenapa kau tolong aku?”


Mulut Izzat terkunci rapat.


“Apa yang membuatkan kau lembut hati datang sini?”


Kaki terus menapak.


“Kau tahu tak yang kau saviour aku? Dah macam superman dowh! Cuma kau tak pakai seluar kecik dekat luar je. Kalau tak,memang sama ah. Tapi macam mana eh rupa kalau kau pakai seluar kecik dekat luar?” Dia bertanya sendiri sambil buat gaya macam orang sedang berfikir. Tapi perbuatan dia tak lama bila Izzat memandang mukanya dengan renungan tak puas hati. Dan renungan itu dibalas dengan ketawa.


“Kau datang sini naik komuter ke?” Soalan dilontar lagi bila melihat Izzat berjalan menghala ke arah stesen komuter yang berada tidak jauh dari mereka.


Senyap.


“Kereta kau letak mana?”


Pun senyap.


“Batu Tiga ke? Kereta aku pun dekat situ jugak.”


Masih tiada suara.


“ Kita balik sama la. Nak?”


Cadangan Irdini itu automatik mematikan langkah Izzat. Nasib baik Irdini sempat menekan brek kaki. Kalau tidak, haruslah tubuh lelaki itu dirempuh.


Ipod dan earphone dirampas. Mata Irdini direnung tajam. Dengan wajah serius dia menunjukkan isyarat supaya Irdini berdiri jauh darinya. Sungguhlah dia rasa serabut dengan kehadiran Irdini di situ. Tiba-tiba rasa menyesal menular dalam hati bila dia mengambil keputusan untuk datang ke sini. Rasa bodoh pun ada. Kenapa aku harus datang? Soal dia pada diri sendiri.


Rasa pelik. Rasa keliru. Rasa tak tenang. Rasa tak boleh duduk diam bila sekeping kad kecik yang diberi oleh Irdini dipandang. Di rumah tadi, bila dia ingin menghafal fakta-fakta penting untuk persediaan presentation yang akan dihadapi minggu hadapan, otak jadi tak fokus. Hati pulak jadi tak tenang. Suara rintihan Irdini menyekat rasa tenang itu.


“Kau tau tak yang aku tak boleh kalah dengan dengan minah-gedik-Malaya tu? Aku tak boleh! Bila tengok senyum sinis dia dekat aku, aku rasa macam nak cakar-cakar je muka dia. Bila dia senyum megah depan aku, aku rasa macam nak lapah kulit dia lepas tu kasi kucing dekat lorong gelap makan. Bila dengar dia ketawa dengan kekalahan aku, aku rasa macam... macam... macam nak tikam orang! Kau faham tak perasaan aku? Aku tak boleh kalah dengan dia! Dari dekat matrik lagi dia tak jemu-jemu cari pasal dengan aku. Hina aku. Buli aku. Perlekehkan aku ikut sedap hati. Aku tahu aku tak ada sesiapa dekat sini. Parents pun dah lama meninggal. Ada abang tinggal jauh. Apa dia fikir aku lemah sangat ke, hah? Ingat aku nak biarkan je dia buat aku suka hati? Sumpah! Aku memang benci dia. Kau faham, tak?”


Belas kasihan. Berkeperimanusiaan. Mungkin sebab dua sikap itulah yang membuatkan hati dia jadi lembut. Dua sikap itulah yang membuatkan dia berdiri di sini. Dan disebabkan dua sikap itu jugaklah dia terpaksa rasa serabut sampai macam ni sekali. Mulut Irdini yang sangat ringan berkata-kata dan bertanya membuatkan dia jadi tak selesa. Rasa macam mesin padi lalu tepi telinga je. Membingitkan dan sangat mengganggu ketenteraman.


Bukan dia tidak pernah berdepan dengan situasi ini. Kalau diikutkan, suara ibu di rumah lebih kuat dari bunyi mesin padi ketika membebelkan dia dan kembarnya. Mulut Najwa lebih laju mengucapkan kata-kata dan lebih kuat dari bom nuclear ketika menjerit. Tak apa. Sebab dia sudah biasa dengan ‘kelebihan’ dua wanita yang paling disayangi itu. Tapi dalam kes Irdini pula, gadis itu bukan siapa-siapa bagi dia. Hanya orang luar yang baru muncul. Dan kemunculan dia akan membuatkan Izzat jadi tak tenang. Ada saja perkara yang berlaku ketika mereka bertemu. Perkara yang tidak memberikan kebaikan kepada dia.


“Kau memang tak suka bercakap ke?” Suara itu menyapa lagi. Irdini tidak akan mendiamkan diri selagi lelaki itu tidak bersuara. Dalam hati bergunung-gunung makian tak puas hati dilempar kepada Izzat. Sikap bisu Izzat itu membuatkan dia jadi bengang.


“Ye! Aku memang tak suka bercakap. Dan aku jugak tak suka dengar orang bercakap. So, please!” Ayat terakhir itu dilontar bersama jari telunjuk pada bibir. Mengisyaratkan supaya Irdini mendiamkan diri. Mereka kini sudah menapak stesen KTM. Kelihatan orang ramai menunggu untuk menggunakan khidmat pengangkutan awam itu. Izzat menuju ke sudut yang agak jauh dari orang lain. Dia lebih suka bersendiri.


Reaksi Izzat itu dibalas dengan cebikan. “Gila kerek!” Kutuk dia kuat dan jelas. “Berlagak. Bongkak giler! Bajet bagus. Macam apa je perangai. Ingat best ke buat macam tu?” Tokok dia lagi siap dengan memek muka. “Perasan hebat. Rasa diri tu tinggi sangat macam....” Zappp!!! Ayat mati. Dia terpempan hebat. Muka sudah pucat. Oh, no! Hati dia menjerit. Belum lagi mata dikalih pada bahu, dia sudah dapat mengagak apa yang terjadi. “No way!” Jeritan kecil terlepas bila malihat bahagian bahu baju kurungnya sudah terkoyak. Dan panjang koyakan itu ada lebih kurang lima belas sentimeter. Hampir menampakkan tali spageti yang dipakai. Besi pagar yang terjulur keluar itu telah merosakkan bajunya. Dan juga telah membuatkan dia rasa malu. Ada dua tiga mata yang memandang ke arahnya bila telinga mereka dapat menangkap bunyi koyakan sebentar tadi. Laju Irdini bergerak rapat ke belakang sebelum lubang koyakan itu berjaya dipandang oleh mata-mata yang lain. Sumpah dia tak rela perkara itu berlaku.


Izzat yang turut tersenarai sebagai orang yang menyedari peristiwa itu menggelengkan kepala. Dia mengetap gigi. Anak rambut disebak kasar. “Masalah betul.” Dia mengeluh geram seraya mendapatkan Irdini yang warna kulit muka dah macam mayat. Pucat lesi. Sweater putih yang tersarung ditubuh ditanggalkan lalu dicampak pada bahu Irdini. “Kau memang troublemaker.” Komen dia sambil tergeleng-geleng.


Tanpa teragak-agak sweater yang tersidai pada bahu digenggam rakus.“Thanks.” Katanya seraya terus menyarung sweater putih itu ke tubuh. Nafas lega dihela. “Dah tiga kali.” Ujarnya sambil mendongak mencari wajah Izzat. Senyuman tersungging.


Izzat disebelah mengerutkan dahi. Tak faham.


“Kau jadi hero aku.”


Tangan menyilang di dada. Seperti biasa, dia akan mempamerkan riak tenang. “Pembetulan. Ini dah kali yang kelima.”


“Kali kelima?” Irdini nampak terkejut. Sangat! Muka Izzat dipandang tanpa berkelip. “Lagi dua tu bila?”


Soalan Irdini dibiar tidak berjawab. Dia terus menekap kad Tounch-N-Go pada mesin tiket sebaik saja komuter yang ditunggu sudah tiba. Jeritan Irdini yang meminta dia menunggu gadis itu tidak diendah. Langkah diteruskan. Gaya macam teriakan ‘budak sweater putih, tunggu aku!’ itu bukan ditujukan untuk dia.


***


DIA meluru keluar sebaik saja pintu keretapi terbuka ketika Stesen Batu Tiga dijejak. Kalut-kalut dia meloloskan diri dari pusuan orang ramai. Mata meliar sekeliling mencari satu wajah. Soalan dia yang dibiarkan tergantung tanpa jawapan tadi membuatkan hati jadi tak tenang. Rasa ingin tahu berkobar-kobar. Rasanya kalau malam ini dia belum mendengar jawapan dari Izzat, boleh jadi dia tak boleh tidur.


“Kau!” Suara itu bergema di seluruh stesen bila matanya berjaya menangkap tubuh Izzat yang sudah menuju ke arah deretan motor. Laju dia melepasi mesin tiket mengejar langkah lelaki itu. “Budak sweater putih! Tunggu kejap!”


Izzat yang berkira ingin menghidupkan enjin motor, menghentikan perbuatannya. Tanpa berpaling pun dia sudah dapat mengagak siapa tuan empunya suara yang memanggil dia. Yela, dalam dunia ini, hanya budak troublemaker tu saja yang menggelarkan dia dengar gelaran itu.


“Kau belum jawab aku.” Termengah-mengah ayat itu ditutur. Dada yang berombak kencang diurut. Gila penat! Sit motor Izzat diruntun. Menghalang lelaki itu mengundurkan LC-nya ke belakang.


“Aku nak balik. Penat.” Dia tetap mengundurkan motor ke belakang walaupun disekat oleh Irdini. Daya seorang perempuan apa lah sangat. Sekali rempuh je boleh jatuh.


“Kau tak boleh balik selagi tak jawab soalan aku. Kau cakap empat kali kau tolong aku. Tapi kenapa aku rasa dua je? Lagi dua tu bila?”


“Suka hati la bila pun.” Starter ditekan. Kemudian gear dimasukkan.


“Tolonglah jawab.” Irdini cuba memujuk.


“Nanti tolong pulangkan balik sweater putih aku tu. Sweater coklat yang hari tu kau tak rasa nak pulangkan, ke?”


Soalan Izzat membuatkan kening Irdini bercantum. Hairan. “Sweater coklat?” Otak ligat berfikir. Soalan Izzat ditimbang-timbang. Mencari jawapan yang makin menyesakkan perasaan. Dia berdiri betul-betul di hadapan motor Izzat. Berusaha menghalang LC hitam itu dari bergerak. Sweater coklat? Dekat rumah ada satu warna coklat. Tapi itu yang seorang budak lelaki yang bagi masa hujan dekat... “Hah! Kau! Kau ke!?” Dengan muka habis tersentak, muka Izzat direnung tepat. “Astaka... hujan...baju jarang... kau! That guy memang kau! Kau yang tolong aku hari tu. Dah ingat! Yess! Dah ingat!” Dengan rasa seronok ya amat, dia terlompat-lompat sambil bertepuk tangan. Gaya dah macam budak perempuan umur tiga tahun baru dapat patung Barbie.


Izzat pejam mata dua saat. Dia memicit dahi yang sudah ditutup sekerat dengan helmet. “Masalah betul.” Keluh dia dengan gelengan.


“Tiga. Dah dapat satu jawapan. Tinggal lagi satu. Yang tu bila pulak?”

Tanpa menjawab soalan Irdini itu, dia memulas pedal minyak. Motor mula bergerak. Gadis itu ditinggalkan dengan perasaan tak tenang. Dari cermin sisi, dia nampak Irdini menghentak kaki. Mungkin geram bila dia pergi dengan meninggalkan tanda tanya. Dan telatah Irdini itu berjaya membuatkan dia mengukir senyuman.

***

25 comments:

  1. wowww. betul2 menurun perangai carl lah izzat nii.
    ekekeee

    -zatie-

    ReplyDelete
  2. suka idrini ngan izzat....:):)

    ReplyDelete
  3. haha...izzat cool mcm papa dia...
    sweet story...keep on going n i'll keep on reading...hehe

    ReplyDelete
  4. haha..lg satu mstila mse tlg bayar duit pad kn...haha

    ReplyDelete
  5. alahai.... comelnye hehehehe......
    sweetnye......
    suke..suke...suke....

    ReplyDelete
  6. huhuhu.....new n3....rindu sgt kt najwa.....x pe2..ejat pn ok gak....like2=)

    ReplyDelete
  7. hahahaaa..bdak irdini nie mmg troublemaker la,dah la slamber je kutuk org!..cam aryana ngan carl dulu2 plak!..hihihiiii best giler weh..nak lg nak lg!

    ReplyDelete
  8. hahaha....kelakar betol 2 org nie..pepe pun best...smbung lgi yup........

    ReplyDelete
  9. best la citer ni.... nape dah jarang update new n3 skg ni....

    ReplyDelete
  10. tlong post lg entry bleh x? xaman menunggu. huhuuu... sweet sour lg... huhuuuu...

    ReplyDelete
  11. yayy2..
    izzat da senyum sbb irdini..
    walopon bkan depan irdini..
    petanda baek nie..nak lagi..huhu..

    ReplyDelete
  12. haha , best , sgt sweet , comel jek dorg , =)

    ReplyDelete
  13. Ceh izzat nih, suka cover lah. apasalahnye tunjuk perassan sebenar kan. hehehe but best lah.
    4x tu tuk cover pakaian saja ke? or untuk suma pertolongan? rasa mcm tuk suma pertolongan.

    hmm awat lama sgt tak post blog? miss it so much lah. bz eh?

    ReplyDelete
  14. wahhh3..ejat dh tersenyum sendri dgn telatah nini..perkembangan yg baekkkkkk tu..plez keep up..hahahah
    ape cite razin n wawa plak ni..pe khabar agknye "musuh tradisi" tu..hehe
    bestt la zarith..nk lggg ^_^

    ReplyDelete
  15. ala sweetnyer...
    camner la si irdini x leh ingt kat si izzat nie...

    suka btl izzat wat dini cam gitu...
    hehehe...

    ReplyDelete
  16. kembar wawa ni kan..
    memang nguji kesabaran sungguh

    ReplyDelete
  17. best2...smbg lagi ye...dah tak sabar ni...hmmmpp

    ReplyDelete
  18. lgi33..best..sempoi je..

    ReplyDelete
  19. like father like s0n...
    mmg sejibik mcm carl...

    mmg terbaek ar kak zarith..

    ReplyDelete
  20. hye..i'm a new blogger..please try to visit my blog http://chempaka-puteh.blogspot.com/ ..saya dah post 1st episode of 'MILIK SIAPA HATI INI'...try la baca...
    btw, really love sume cite zarith...awk memg pndai menulis...please tunjuk ajar... :)

    ReplyDelete
  21. Best sgt...hehe

    ReplyDelete
  22. PLSSS....PLSSSSS.... MINTAK TOLONG NAK BACA EPSOD 14... TAPI SAYA X BOLEH BUKA EPISOD 14... TOLONG LA... TOLONG LA KEMBALIKAN EPSOD 14....

    ReplyDelete
  23. PLS...PLS.... SAYA NAK EP 14... KEMBALIKAN LAAAA..KEMBALIKAN LAAAA.... HUAHUAHUAHUAAA

    ReplyDelete

toucholic

toucholic

Hot N Cold

Hot N Cold
Apa yang terjadi bila air panas bertemu dengan ais cube?

sweet sours

sweet sours
friendship is a sweet relationship

Bila Amar Dah Suka Dia

Bila Amar Dah Suka Dia
Inilah jadinya bila Amar dah jatuh chenta