Chill Out ~~ ^_* (kalau tak suka lagu boleh stop kt atas ni)

new updated!


new n3 :-)

# Hot And Cold (Bab 5)
# Hot And Cold (Bab 4)
# Hot And Cold (Bab 3)

* my new email (YM, FB) :"carl_aryana89@yahoo.com"

(^__^)

(^__^)

Kalaulah Hot n Cold dapat peluang ke untuk ke versi cetak.. apa kata kalian?

Thursday, June 23, 2011

Suamiku Songsang!!!?

“APA nak jadi dengan kau ni, Han?!” Suara garau bergema seluruh rumah. Sepasang mata merah tajam terarah ke arah lelaki yangberdiri betul-betul di hadapannya. Urat-urat leher sudah kelihatan. Itu tandanya lelaki berumur awal 50-an itu bukan tengah gembira. Tapi marah. Marah yang teramat sangat.


“Sampai hati Han buat ibu macam ni.” Dicelah pula oleh satu suara lemah diselangi dengan sedu sedan. Wanita berumur lewat 40-an itu terdampar lemah di atas sofa dengan bahu yang terhinjut-hinjut.


Seorang lelaki yang sedang menjadi mangsa luahan perasaan hanya kaku di tempatnya berdiri. Langsung tak bergerak. “Han sebenarnya...”


“Ah! Tak payah nak kasi alasan lagi. Ayah dengan ibu dah nampak semuanya tadi. Jelas. Terang.”


Herdikan lantang itu berjaya mematikan niatnya untuk terus bersuara. Sudah beberapa kali dia mencuba untuk membela diri namun gagal. Farhan jadi makin resah. Rahsia terbesar dirinya selama ini sudah diketahui oleh kedua ibu dan bapanya.


“Sejak bila kamu mula jadi tak normal ni, hah? Sejak bila? Patutlah selama ni bila ayah suruh kau cari bakal menantu bawak balik, kau liat. Rupanya sebab ni. Sebab yang boleh memalukan ayah seumur hidup. Sebab yang boleh buat ayah rasa nak muntah bila tengok aksi kamu dekat depan PKNS tadi. Eeee!!! Kamu tau tak betapa loyanya ayah bila tengok aksi hilang akal kau tadi?” Buat kesekian kali wajah kecut anak sulongnya itu direnung tajam. Encik Azhan berjalan membuat pusingan mengeliling Farhan. Cuba mengawal hati yang dah rentung. Dah jadi bara pun.


“Han tau tak apa yang ibu rasa masa ibu ternampak gelagat Han sebentar tadi? Ibu rasa macam nak pengsan tau? Rasa luluh hati ni bila tengok anak lelaki tunggal yang paling ibu sayang berjalan sambil berpegangan tangan dengan kaum sejenis. Dahlah cara berjalan sama. Jenis berpakaian tak ada beza. Potongan rambut pun sama. Eh Han! Han tak malu ke buat perangai macam tu depan publik? Han tak malu ke bercinta dengan kaum sejenis. Han tak malu kejadi songsang sampai macam ni? Ibu tak pernah ajar Han buat perangai tak senonoh macam ni tau? Han tau tak, apa hukumnya kalau bercinta dengan kaum sejenis? Han tau tak!?? Han tak pernah belajar agama ke selama ni? Han betul-betul sakitkan hati ibu. Sampai hati Han buat ibu macam ni...” Suara yang pada mulanya lantang berubah menjadi perlahan bila sebak sudah tidak dapat dibendung. Luluhnya hati Puan Hasanah ketika ini hanya Allah saja yang Maha Mengetahui. Dia pejam mata berkali-kali cuba melesapkan peristiwa di PKNS yang sudah hampir dua jam berlaku.


“Ibu, Han...”


“What’s going on?” Sekali lagi Han terpaksa mematikan ayatnya bila si adik yang baru muncul menyapa. Fazreen yang baru pulang dari kuliah terus menapak ke bilik abangnya bila terdengar bunyi bising.


“Makcik? Pakcik?” Satu suara dari belakang Fazreen ikut menyelit. Gadis yang pulang bersama Fazreen juga pelik melihat sketsa air mata itu.


“Reen...” Melihat wajah Fazreen membuatkan Puan Hasanah terus menonong mendapatkan tubuh kecil molek itu. Dirangkul kuat Fazreen macam tak rasa nak lepas. Esakan dikuatkan lagi. Bahu Fazreen menjadi tempat meluahkan perasaan. Dia menangis semahu-mahunya.


“Abang, apa kau dah buat dekat ibu?” Terjah Fazreen. Muka resah Farhan dipandang.


“Aku tak buat apa pun.” Tipu Farhan. Dalam hati dia berdoa agar ibu dengan ayah tidak akan ‘berkongsi’ rahsianya dengan Fazreen. Dan minah plywood ni jugak. Minah plywood yang dimaksudkan adalah Imanina yang setia berdiri terpacak macam plywood yang sudah dipaku ditengah-tengah bilik.


“Tak buat apa kau cakap? Kalau kau tak buat hal takkan ibu jadi macam ni kut?” Fazreen masih tak puas hati. Dia tau pasti ada sesuatu yang sudah dilakukan oleh abangnya itu. Kalau tidak, takkan lah ibu akan meraung persis orang hilang anak kembar tiga sampai macam ni sekali.


“Wei, baik kau cakap apa kau dah buat sampai makcik menangis macam ni.” Agak lama, penjelasan dari Farhan belum jugak ada. Imanina telah hilang sabar. Dia juga seperti Fazreen. Berasa keliru dan pelik.


“Wei, minah plywood. Kau orang luar jangan masuk campur boleh tak? Yang kau datang sini apehal? Tak ada rumah ke? Buat menyemak je. Apa kau ingat bapak aku buka hotel kebajikan ke yang boleh kau keluar masuk sesuka hati.” Marah Farhan. Aku, kalau ayah marah takpe. Ibu marah pun tarak hal. Fazreen? Ah! Dia tu adik. Langsung aku tak rasa gentar. Tapi bila minah plywood ni bukak mulut, dituju pulak depan muka aku... memanglah gua tak boleh sabar beb. Panas betul gua dengan minah ni. Haissshhh!


Plywood-plywood aku pun muka licin. Halussss.... Tak macam kau! Jerawat penuh muka bak cendawan tumbuh selepas hujan. Dah berapa kali aku suruh kau pergi gesel muka kau dekat tar di jalan besar depan sana? Kasi licin sikit. Tak jugak kau buat. Bajet handsome lah konon dengan jerawat besar cendawan tu.” Lebih laju dari bom nucklear Imanina membalas. Habis senget lipatan tudung bila dia bercakap tanpa control ayu.


“Kau ni harap je pakai tudung. Tapi perangai hampeh!”


“Dah tu yang kau tu harap je hari-hari solat maghrib dengan Isyak dekat masjid tapi sanggup kau buat makcik menangis macam ni. Tak hampeh ke macam kau?”


“Kau tak ada hak nak judge aku.”


“Dan kau pun tak ada hak nak judge aku!”


“Whoaaa...” Fazreen yang sedari tadi hanya menikus ditepi ketika pertengkaran dua manusia itu cepat-cepat masuk channel bila aura-aura perang dahsyat sudah terasa. “Korang dua ni apehal? Cuaca mendung je dekat luar, korang panas dekat dalam.” Suara dia perlahan. Lambat-lambat dia berdiri ditengah-tengah antara abang dan kawan baiknya. Lengan Farhan ditarik ke tepi. Tubuh Imanina pula ditolak perlahan ke arah Encik Azhan yang agak jauh kedudukannya dari Farhan.


“Aku tak suka tengok plywood. Suruh dia balik!” Nampaknya Farhan belum buas hati. Dia terus mencuba untuk menyakitkan hati Imanina.


“Aku pun tak suka tengok cendawan tumbuh dekat muka orang! Suruh dia pakai topeng!”


“Kau memang lah...”


“Cukup!” Tengkingan Encik Azhan mengkakukan semua tubuh di situ. Dia menapak perlahan ke arah Farhan. “Ayah belum lupakan hal tak normal kamu lagi. Dan kalau kamu rasa bila kamu sibukkan diri bertengkar dengan Iman, ayah akan lupakan hal tak normal kamu tu, kamu salah. Kamu sangat salah. Sebab hal tak normal tu bukanlah hal yang boleh dipandang ringan. Hal yang membabitkan hukum hakam. Hal yang membabitkan maruah keluarga. Dan ayah taknak kamu terus mengendong dosa besar ni sampai ke akhir hayat. Ayah dengan ibu pun tak sudi nak tolong kongsi dosa besar tu dengan kamu.”


“Dosa besar? Ayah, apa abang dah buat? Jangan cakap yang kau kena tangkap khalwat, bang.” Dengan lurusnya Fazreen menyoal Farhan. Mata tidak berkelip menghadap si abang.


“Kau cakap tu boleh control tak?” Fazreen dijegil geram.


“Heh! Kalau tangkap khalwat dengan perempuan boleh nikahkan terus. Tapi kalau kena tangkap basah dengan kaum sejenis, macam mana nak nikahkan? Haram tau! Hukumnya haram!Nauzubillah...” Encik Azhan memicih dahi. Kepala digeleng berkali-kali.


Ayat-ayat yang baru keluar dari bibir lelaki separuh abad itu membuatkan dua kepala hampir putus nafas. Fazreen terkedu. Imanina terkaku. Dua-dua pandang muka kau-aku sebelum pandangan dibawa semula ke wajah Encik Azhan.


“Abang, kau homo... homo... homo...”


“Kau songsang?” Bila Fazreen nampak macam susah nak menyebut perkataan ‘homoseksual’ itu Imanina terus masuk line. Perasaan ingin kepastian dia sudah tak dapat dibendung lagi. “Kau tak normal? Serius!?”


“Oh my Allah!” Fazreen jelas nampak terkejut. Belum pun Farhan mengaku, dia terlebih dahulu rasa tersentap. Mata mula berkaca. “Abang, asal dengan kau ni?”


“Asal kau jadi macam ni?” Imanina terkejut hebat. Tak sangka lelaki berjerawat dimuka ini seorang yang jenis lelaki sukakan lelaki.


“Ayah, dengar dulu apa Han nak cakap.”


“Ayah tanak dengar!”


Farhan jadi tak tentu arah. Ayah langsung tak kasi dia peluang untuk bersuara. “Ayah...”


“Ayah nak tanya kamu. Selama kamu berkasih-kasih dengan special boyfriend kamu tu, pernah kamu melebihi batas? Ayah tak maksudkan skinship saja. More than that. Pernah? Eesh! Rasa loya datang lagi. Reen, bak minyak Cap Kapak.” Pinta Encik Azhan seraya mengurut-urut pangkal leher. Beberapa saat kemudian, minyak Cap Kapak Reen berada didalam genggaman Encik Azhan. Penutup botol dibuka lalu minyak dititis ke tapak tangan sebelum disapu pada leher.


“Ayah tanya kamu ni, Farhan.”


“Ayah, dah berapa kali Han cakap...”


“Jawab.”


Suara tegas itu membatutkan rasa ingin protes Farhan. “Tak.”


Mendengar jawapan itu membuatkan hati Encik Azhan jadi lega.


“Kalau ye pun perlu ke bercakap hal ni depan dia?” Soal Farhan sambil menghala jari telunjuk ke arah Imanina yang masih dengan muka tak percaya.


“Kenapa tak boleh?”


“Sebab dia bukan...”


“... our family?”


Farhan mengangguk laju.


“Sekarang, memang dia bukan our family. But soon, dia akan jadi keluarga kita.” Bisikan halus meniti ditelinga Farhan.


“Ayah...” Farhan terasa lemah. Dari senyuman nipis dan pandangan yang penuh tersirat dari si ayah, dia sudah dapat menghidu apa yang bakal ayahnya putuskan beberapa saat lagi.


“What?”


“No. This is joke right? You’re not going to do like that. Not to me. Not her. Not her, ayah. Please. I love somebody else.”


“Lepas apa yang ayah basuh kamu tadi, sanggup lagi kamu mengaku yang kamu cintakan orang lain? Sanggup lagi kamu mengaku yang kamu cintakan special boyfriend kamu tu? Han, tolonglah jangan buat ayah rasa loya lagi. Seksa tau tak?” Minyak Cap Kapak yang sedia terbuka penutupnya dibawa rapat ke hidung. Satu tarikan nafas dibuat. Sedikit demi sedikit rasa loya mula berkurang.


“Ayah...”


“Attention please!” Lantangan suara bersama tepukan bergema di seluruh bilik itu. Puan Hasanah, Fazreen dan Imanina yang berada di hujung bilik dengan kening berkerut memberikan tumpuan sepenuhnya tentang apa yang bakal diperkatakan oleh Encik Azhan.


“Iman, please come here.” Imanina digamit.


“Ayah, please... Tanaaaaaak...Tanaaaaaak...” Farhan merengek macam budak perempuan tak dapat beli teddy bear dekat Lot 10. Sebijik!


“Apa tanak tanak? Cuba bunyi macam jantan sikit!”


Gulpp! Farhan telan liur. Han belum cukup jantan ke, ayah? Soal dia dalam hati.


“Ada apa, pakcik?” Soal Imanina dengan muka yang penuh dengan tanda tanya.


“Pakcik mintak maaf.”


“Sebab apa?” Imanina muka tak faham.


“Sebab pakcik nak mintak Iman...”


“Ayah, don’t do this to me.”


“... Iman kahwin dengan Farhan.”


Putus nafas. Dia cuba tarik nafas, tapi tak lepas. Oksigen nak sedut tak ada. Karbondioksida nak hembus pun tak keluar. Kali ketiga, tubuh dia jadi kaku. Tapi kali ini lebih lama dari tadi. “Pakcik...”


“Ya?”


“Pakcik, Iman nak...” Lutut Imanina dah lembut macam jeli.


“Iman nak kahwin dengan Han?” Bersinar-sinar muka Encik Azhan ketika menuturkan soalan itu.


“Iman nak...”


“Betul Iman nak?”


“Iman nak pitam...” Dan lepas tu terus Imanina rasa macam benda sekeliling dia berpusing sebelum suasana jadi gelap.

***


DIA pejam mata rapat-rapat. Peristiwa bulan lepas menjengah di fikiran lagi. Permintaan itu dibuat sebulan yang lalu dan hari ini, dua hari yang lepas dia sudah berjaya menunaikan permintaan Encik Azhan dengan ‘jayanya’. Sudah dua hari dia sah menjadi isteri kepada Amir Farhan Bin Mohd Azhan. Dan sudah dua hari jugak air jernih sentiasa mengalir keluar dari matanya tanpa henti. Masa bersanding siang tadi pun dia tetap menangis. Menangis sedih gara-gara kena kahwin paksa. Tapi lain pula telahan orang lain. Mereka fikir dia menangis kerana terharu dengan majlis gilang-gemilang yang dianjurkan oleh kedua belah pihak pasangan pengantin. Itupun sebab Puan Hasanah dan Puan Kamsah sungguh-sungguh menegaskan perkara tersebut kepada mereka yang hadir.


Sebelum ini dia belum pernah menangis teruk macam hari ni sebab dalam otak sudah ditanam harapan dan angan-angan. Selagi Farhan tak melafazkan akad terhadapnya selagi itulah dia ada harapan untuk mengelak dari pernikahan tak rela itu.Harapannya, agar datanglah seorang superhero yang akan menyelamatkan dia dari majlis malam ini seperti filem-filem hindustan yang pernah dia tonton sebelum ini. Hero akan datang menghalang heroin dari kena kahwin paksa dengan si jahat. Tak pun si hero bawa heroin lari menunggang kuda dengan penuh gaya kemachoan. Mata hero pula diikat dengan kain hitam. Macam Zorro. Kacak bergaya. Gagah perkasa. Nak-nak lagi kalau Zorro tu Arjun Rampal. Wahhhh!!! Tapi itu hanya angan-angan yang tak kesampaian bagi Imanina. Tiada superhero yang datang selamatkan dia. Tiada jugak kedengaran bunyi derapan kaki kuda yang ditunggang oleh Zorro di luar rumah tadi. Dia kini sudah pegang status isteri Amir Farhan yang ada jerawat di muka. Yang songsang. Yang... “Kenapa suami aku tak normal?”


“Siapa tak normal?”


Soalan itu datang bersama campakan samping di muka. Imanina bengang. Air mata dikesat. “Jangan kacau aku!” Samping warna krim itu dicampak semula ke arah Farhan.


“Sudah la tu. Kau nak meratap apa lagi? Kau dah pun jadi isteri aku. Aku pun dah jadi suami kau. Kita sama-sama dah tukar status. Husband and wife. Wahhh... sedapnya dengar. Lepas ni kalau orang tanya... kau datang kelas dengan apa? Kau kena jawab dengan... dengan my husband. Lepas tu orang mesti tanya... husband kau si kacak Farhan tu ke? Dan kau wajib jawab... of course lah, siapa lagi yang lebih kacak dari dia? Jangan lupa nada menjawab tu kena ada riak bangga sikit eh.” Kata Farhan dengan riak megah. Tubuh dihempas kasar pada katil. “Ah, heavennya.”


“Gila! Dahlah songsang. Gila pulak tu. Kau jangan perasan boleh tak? Aku dengar rasa nak muntah.” Balas Imanina sambil mengeluarkan lidah. Sengaja dia buat muka habis jelik.


“Kau nak muntah ke? Macam ada tanda-tanda je.”


“Tanda-tanda apa? Kau jangan nak merepek.” Entah kenapa secara spontan Imanina pegang perut.


“Aku bukan cakap tanda-tanda tu la, sengal. Kita baru je menikah malam ni. Takkan nak mengandung pun malam ni jugak. Buat apa pun tak. Agak-agak ah. Maksud aku tanda-tanda jealous.”


Laju tangan yang mendarat pada perut dibawa ke dahi. Imanina control riak muka. Dibuat sehabis selamba. “Untung apa aku nak jealouskan kau?”


“Aku kacak. Aku baik. Aku idaman wanita. So, untungnya aku boleh tambah bini. Kau pulak boleh dapat madu. Kau ingat ramai ke wanita yang bertuah untuk bermadu. Kau tu bakal tau tak? Untung,kan? So prepare lah.” Wajah Imanina dipandang tiga saat sebelum dia mencapai bantal panjang lalu dipeluk erat.


“Kalau madu aku bukan dari spesies yang ada rahim, maaf aku reject.”


“Asal? Dengki?”


“Aku tanak share dosa besar dengan kau.”


“Hey, kau kalau bercakap boleh tak...” Farhan sudah bangun dari pembaringan menghadap Imanina.


“Tak boleh! Aku tak boleh control mulut dalam bab macam ni. Sebab kau songsang. Dan itu fakta. Dan aku sebagai yang benar perlu sedarkan kau tentang salah dah betul. So, kau tak payahlah nak suruh aku jaga words ke apa.” Imanina terus tayang muka selamba. Farhan yang sedang merenung dia macam nak telan tu diabaikan. Sumpah! Langsung tak gerun.


Farhan terus bangun dari katil dengan wajah sebal. “Suka hati kau lah apa kau nak fikir. Yang penting kau dah jadi isteri aku. So sila jalankan tanggungajawab-tanggungjawab kau mulai malam ni!”


Hah!? Mendengar kata-kata itu Imanina jadi gelabah. Laju kedua-dua tangan dibawa menyilang dada. “Tanggungjawab yang macam mana?”


“Kau rasa?” Farhan buat muka gatal. Senyuman nakal penuh diwajah. Perlahan-lahan dia menapak mendekati Imanina yang dah menikus macam tikus di sudut bilik.


“Aku tanak!”


“Tanak apa?”


“Tanak tu la.”


“Ye la... ‘Tu la” tu apa?”


“Kau jangan buat tak faham.”


“Memang aku tak faham.”


“Kau memang...”


“... kacak. Ya aku memang kacak. Tak payah susah-susah kau nak remind. Aku dah sedia maklum.” Dia ketawa kuat.


Dan ketawa itu membuatkan Imanina jadi semakin jelik. “Gila perasan!”


“Itu bukan perasan. Itu kenyataan. Alaa... ngaku je la yang kau memang dah lama syok setengah mati dekat aku. Tu sebab ar bila ayah mintak kau kahwin dengan aku, kau terus setuju. Kau memang dah lama usha aku kan? Cer kau ngaku. Cer kau ngaku.” Tambah Farhan lagi dengan gaya terencat sambil melompat-lompat di depan Imanina.


“Kau jauh sikit boleh tak? Aku rasa geli bila dekat dengan kau macam ni!” Tubuh Farhan ditolak sehingga lelaki itu mengundur ke tiga tapak ke belakang.


“Wei! Main kasar.” Farhan bengang.


Imanina hanya tayang muka tak bersalah. “Kau fikir kau Arjun Rampal ke yang aku boleh syok setengah mati? Kau ingat kau Kim Hyun Joong yang aku nak usha? Tolonglah! Tolong jangan perasan. Kalau kau kahwin dengan aku sebab ayah, aku pun macam tu jugak. Sebab ayah. Kita berkahwin atas alasan yang sama. So, kau takyah susah-susah nak buat spekulasi macam orang tak ada akal.” Sergah gadis itu lagi dengan muka tegang.


“Memang aku bukan Arjun Rampal. Tapi aku lagi kacak dari dia. Dan memang jugak aku bukan Gu... Gunung... Gunung kau tu. Tapi aku lagi macho dari dia.”


“Gunung?” Imanina muka hairan.


“Yang kau sebut tadi. Lepas Arjun Rampal ada lagi sorang yang kau sebut kan?”


“Kim Hyun Joong?”


“Betul la tu.”


“Kim Hyun Joong dengan Gunung... Jauh kut sebutan dengan ejaan.”


“Ah! Lantak lah! Asalkan ada bunyi ‘ung... ung..’ dekat belakang.” Farhan terasa malu. Namun dia tetap kawal riak muka.


“Kalaulah rasa kelakar aku dekat kau melebihi rasa benci memang aku dah gelak guling-guling pusing rumah. Suka hati kau je nak belasah sebut nama orang.”


“Biar ah! Salah sebut je. Bukan kena hukun gantung pun. Dah-dah! Mula laksanakan tanggungjawab kau dari sekarang.” Sekali lagi Farhan mendekati Imanina dengan senyuman gatal.


“Kau ni kenapa? Kan aku dah cakap tanak! Tak faham bahasa ke?” Imanina kembali resah. Silangan tangannya pada dada makin kuat. Sesekali kain yang tersarung pada kaki dibetulkan.


“Apa masalah kau ni? Yang kau merekot macam orang nak kena ‘baham’ ni kenapa? Kau ingat tanggungjawab kau tu cuma ‘benda tu’ je ke? Cik Nur.... Eh bukan. Puan. Puan Nur Imanina, kau dengar sini eh. Aku tengok kau aku rasa kosong.” Kata Farhan seraya mengisyaratkan simbol kosong dengan tangan di hadapan si isteri. “ Atau dalam erti kata yang lain... tak ada nafsu. Aku dengan kau... takde nafsu. Bila aku tengok kau sama macam aku tengok plywood. Again... takde nafsu!” Tekan Farhan dengan suara yang sengaja ditinggikan.


Imanina tersentak. Dia mula menyedari sesuatu. Muka Farhan dipandang. “Eh, betul lah.”


“Apa yang betul?”


“Kau kan songsang. So, kalau aku berjalan dalam bilik ni tanpa pakai apa-apa pun, aku tetap selamat kan? Ye la... betul! Buat apa aku nak risau?” Muka Imanina bercahaya. Ceria. Empat kali dia menepuk tangan. Rasa seronok ya amat.


Errkk! Kata-kata dan reaksi dari si isteri membuatkan Farhan tepuk dahi. Dia menggeleng berkali-kali. “Masalah betul kau ni. Aku nak mandi. Ambilkan aku towel.”


“Ewah! Aku ni orang gaji kau ke? Suka sedap hati je nak mengarah.”


“Tanggungjawab.”


“Kalau aku tanak buat?”


Selepas menerima soalan dari Imanina, Farhan terus mengeluarkan handphone lalu menekan butang dail.


“Kau nak call siapa?”


“Abah.”


“Sebab?”


Pertanyaan si isteri diabaikan. Selepas lima saat... “Hello, assalamualaikum abah. Han nak cakap yang Iman tanak ambilkan Han towel. Dia nak jadi isteri derhaka. Dia...”


“Wei!” Lebih pantas dari kilat, dia merampas handphone dari tangan Farhan lalu dimatikan talian itu. “Apa masalah kau ni? Ini hal kita. Yang kau nak masukkan abah aku dalam cerita kita ni apehal?” Marah Imanina.


Dia sudah kecut perut membayangkan wajah bengis si abah. Abahnya, Encik Ihsan Bin Mansor. Merupakan seorang yang sangat tegas dan garang. Dari kecil, dia dan adik beradik sangat takutkan abah. Padahal abah tak pernah angkat tangan terhadap mereka. Marah pun jarang-jrang sekali. Namun rasa takut dan hormat itu wujud sendiri sebaik saja melihat wajah bengis Encik Ihsan. Matilah aku....


“Hakhakhak!”


Apehal dia ni? Imanina hairan melihat Farhan yang tetiba ketawa macam orang gila jumpa duit RM1 di kaki lima.


“Kau kecut?”


“Kecut lah! Abah wei... Jangan memain.”


“Aku tipu.”


“Hah?”


“Aku tak call abah betul-betul pun tadi. Buat gaya je lebih.” Akhirnya Farhan membuat pengakuan.


“Kau memang... memang... memang buat aku rasa nak tetak orang!” Imanina menjerit geram.


“Padan muka. Itu aku baru gertak sikit. Lain kali kalau kau ingkar arahan aku, aku call betul-betul.”Ugut Farhan dengan sisa ketawa.


Imanina mencebik. Dia bangun menghampiri almari. Pintu almari dibuka. Sehelai tuala warna biru dikeluarkan lalu dicampak ke arah Farhan.


“Terima kasih, wife.” Farhan masih ada nafsu untuk menyakat.


“Geli!” Imanina tutup telinga sambil menuju ke arah katil. Sebiji bantal tidur dan comforter diambil lalu dicampak atas lantai. “Tu tempat tidur kau.”


Farhan yang baru sahaja ingin melangkah masuk ke dalam bilik air berpaling. “Asal pulak? Ini bilik aku. Kau sepatutnya tidur dekat bawah.”


“Boleh tak kau jadi gentle sikit?”


“Dengan kau? Harapan! Takde-takde. Kau tidur bawah.” Tegas Farhan.


“Okey. Fine.” Ujar Imanina. Dua saat kemudian dia mencapai handphone dan mendail nombor seseorang. “Assalamualaikum, ayah. Iman nak bagitau yang Han tak kasi...”


“Wei! Apehal kau?” Laju handphone Imanina disambar. “Huh? Kau tipu?” Farhan tergamam bila melihat skrin handphone Imanina. Tiada panggilan yang dibuat ketika itu.


Imanina senyum lebar. “Kita sama. 1-1.”


“Haisyhh!” Farhan merengus geram. Terkena jugak dia dengan Imanina. “Macam ni la... Katil ni king size. So, aku tak ada hal kalau nak kongsi dengan kau. Kau?”


Imanina berfikir sejenak. Lepas lapan saat... “Kau songsang. So, aku pun tak ada hal nak kongsi katil dengan suami tak normal macam kau.”


“Perlu ke kau repeat gelaran tu berkali-kali?”


“Selagi kau tak jadi normal, aku rasa perlu.”


“Thanks, wife.” Farhan muka ketat.


“You’re welcome, husband.”


***

“MORNING, guys...” Fazreen yang baru menyertai meja makan, menyapa.


“Morning...” Serentak Farhan dan Imanina membalas. Masing-masing muka tak ceria.


“Asal korang nampak lemah je? Last night cemana?” Fazreen cuba mengorek rahsia.


“Great. Kan wife? Balas Farhan dengan senyuman ceria. Sengaja dagu Imanina dicuit.


“Great?” Fazreen muka teruja.


Tapi lain pula riak muka Imanina. Dia menjeling tajam ke arah Farhan yang berada di sebelah. Lelaki itu hanya tayang muka tak beriak. Lalu satu tendangan hebat dibuat pada kaki si suami.


“Sakit lah wei! Kau sepak aku apehal?” Marah Farhan. Kakinya digosok menghilangkan rasa perit.


“Tadi cakap great. Tapi asal aku tengok korang tak macam great pun.” Fazreen masih dengan niat yang sama. Ingin mengorek. Korek dalam-dalam.


“Kau-aku kena kahwin paksa. So, tak payah lah nak pura-pura yang kita ni bahagia ya amat. Aku rasa geli. Sumpah!” Bidas Imanina bersama jelingan pisau belati. Ikutkan hati nak je dia tenyeh butter yang berada di tepi tangan ke muka Farhan. Baru puas hati. Heh!


Farhan hanya mencebik. Roti yang sudah disapu peanut butter dimasukkan ke dalam mulut.


“Dah tau muka tu tak licin serupa orang. Tak reti-reti nak pantang ke?” Sinis soalan itu.


Pantas Farhan toleh kanan mencari wajah isterinya yang bermulut celopar. “Asal? Kalau aku makan peanut butter pun muka kau ke yang nak tumbuh jerawat?”


“Aku takut berjangkit.”


“Sejak bila jerawat boleh berjangkit?”


“Sejak aku kahwin dengan kau!”


Agak tersentak dengan kenyataan itu. Farhan mula membara. “Kau memang suka buat aku bengang kan?”


“Memang!” Imanina menjawab selamba. Nasi goreng yang masih belum terusik dicedok ke dalam mulut.


“Kalau macam tu jom buat eksperimen nak?”


“Eksperimen?” Kening Imanina bertaut rapat. Fazreen hanya bertindak sebagai pemerhati.


“Eksperimen macam ni...” Habis saja ayat, Farhan terus menarik wajah Imanina ke rapat ke wajahnya. Kemudian dengan kuat pipinya digesel-gesel pada pipi Imanina.


“Weiiii!!!!” Bergegar seluruh banglo dua tingkat itu dengan jeritan menantu baru. Sedaya upaya muka Farhan ditolak. “Kau gila ke?”


“Aku cuma nak tau betul ke teori kau pasal jerawat berjangkit tu betul. Kalau betul, kau menang.” Balas Farhan tenang.


“Kau... kau... urghh! Kalau muka aku tumbuh jerawat, siap kau!” Bentak Imanina seraya mencapai beberapa helai tisu lalu mengesat kasar kedua-dua belah pipinya.


Melihat situasi itu, Fazreen ketawa geli hati. Telatah abang dan kawan baiknya a.k.a kakak iparnya itu betul-betul buat dia rasa terhibur. Selalunya kalau pasangan yang baru berkahwin haruslah romantik atau bergurau senda. Tapi bagi pasangan yang berada di hadapannya ini lain pulak perangai. Kalau dah kena kahwin paksa, memang macam ni ke keadaannya?


“Kau memang keji!” Bukk! Siku Imanina berjaya mendarat diperut Farhan.


Lelaki itu menyeringai kesakitan. “Kau suka main kasar!”


“Dengan kau je. Lain kali jangan cuba nak main-main dengan aku.” Gertak si isteri dengan muka menyinga.


“Pssss... Ayah dengan ibu dah turun. Control perangai.” Ujar Fazreen sebaik saja matanya terpandang kelibat kedua orang tuanya sedang menuruni tangga.


“Nak control buat apa? Diorang dah sedia maklum yang kitorang kahwin paksa. Takkan nak tunjuk aksi manja-manja beruk kut? Kang pengsan pulak ayah dengan ibu tu.” Balas Farhan dengan suara separa tinggi.


“Syyhh!” Kaki Farhan disepak dari bawah meja. “Kau tak pandai nak cakap slow ke, bang? Taulah korang tak suka each other pun. Tapi takyah lah nak bergusti depan diorang. Buat biasa sudah. ” bisik Fazreen agak perlahan namun berbaur tegas. Jelingan matanya tajam menghala pada Farhan memberi amaran.


Farhan hanya membalas dengan cebikan.


“Assalamualaikum...” Dua suara bergabung. Encik Azhan mengambil tempat di hujung meja. Manakala Puan Hasanah sudah bersedia untuk melakukan tugas. Tugas melayan suami.


“Waalaikumussalam.” Farhan, Imanina dan Fazreen menjawab serentak. Tiga wajah mengukir senyuman mesra.


“Apa yang kecoh-kecoh sangat sampai ayah dengan ibu kat atas pun boleh dengar?” Encik Azhan turut mengukir senyum. Muka Farhan dan Imanina dipandang.


“Err... takde pape ayah. Kitorang gurau-gurau je.” Jawab Farhan menutup hal yang sebenar.


“Bergurau menjerit macam kena sengat dengan tebuan?”

Imanina sudah pucat. Pandangan Encik Azhan tepat pada wajahnya.


“Abang nak apa? Nasi atau mihun goreng?”


Soalan Puan Hasanah melegakan hati Imanina. Perhatian Encih Azhan sudah beralih arah.


“Nasi goreng.” Jawab lelaki tua itu. “Han...Iman, apa plan hari ni?”


“Macam biasa, Han kerja.”


“Iman nak keluar jumpa member discuss pasal final project.


“What!?” Jawapan lancar dari dua ulas bibir itu membuatkan Encik Azhan terkedu.


“Kalau kamu terlupa, let me remind you... kamu baru je kahwin semalam.” Puan Hasanah ikut menyelit dengan riak terkejut.


“Kena kahwin paksa. Mana boleh Han lupa.” Selamba tanpa rasa bersalah ayat itu meniti dibibir Farhan.


“Amir Farhan!” Lantang sebaris nama itu disebut. Encik Azhan merenung Farhan. Tajam. Garfu yang dipegang ditala ke wajah Farhan. “Jangan sampai ayah cakar mulut kamu dengan garfu ni!”


Ugutan itu berjaya membuatkan Farhan kecut. Kepala ditunduk rapat ke meja. Imanina yang mulanya ada pasang niat untuk mencelah terus kunci mulut mendengar suara bapa mertuanya itu. Seperti Farhan, dia juga turut menundukkan wajah.

Berdehem sekali sebelum menyambung bicara. Tukar plan.”


“Apa, yah?”


Muka tak faham Farhan dan Imanina dipandang silih berganti. “Kerja...cuti. Discussion... cancel.”


“Ayah...” Pasangan pengantin baru itu mula memprotes.


“Hari ni, Han kena bawak Iman pergi ziarah saudara mara kita. Dah jadi adab orang yang baru berkahwin harus pergi melawat ahli keluarga yang lain. Kenalkan pada mereka isteri Han.” Muka tak rela Farhan dan Imanina diabaikan.


“Mesti kena hari ni jugak ke, yah? Tak boleh esok-esok?” Farhan masih mencuba nasib untuk mengelak dari melaksanakan arahan ayahnya.


“Hari ni.”


“Semua sedare?”


“Much better.”


“Dah tu rumah Uncle Ad dekat German tu nak kena pergi hari ni jugak?”


“Kalau still ada tiket ke sana hri ni boleh je. Lagipun boleh kamu honeymoon terus kat sana. Kejap. Ayah call Uncle Ad bagitau.”


“Ayah, jangan!” Melihat Encik Azhan ingin mencapai henfon, Farhan terus menegah. “Han memain je.” Sengihan plastik lebar di bibir.


“Ingat kamu je yang tau main-main? Ayah tak?” Encik Azhan tayang senyum mengejek.


Farhan tarik muka. Ayah ni la... “Yela... yela.” Akhirnya Farhan setuju tanpa rela dengan permintaa ayahnya.


“Ha, lagi satu. Ayah tanak Han contact budak tu lagi. Terus buang dia dari hidup Han.”

Permintaan itu memang mengejutkan Farhan. “Tapi dia girlfriend Han, yah. Mana boleh Han...”


“Girlfriend ke boyfriend?” Tanpa salam, suara Imanina menyelit di tengah jalan.


“Kau jangan nak...”


“Soalan Iman tu betul. Ibu setuju. Girlfriend ke boyfriend?”Puan Hasanah yang mendiamkan diri agak lama mencelah sama. Farhan dipandang sinis.


Lelaki itu mengeluh. “Kenapa semua orang tak faham Han? Han tak boleh lupakan dia. Han sayangkan dia. Han...”


“Reen, minyak Cap Kapak please. Ayah rasa loya.” Kata-kata Farhan laju disangkal. Encik Azhan memicit dahi.


“Ada kat atas la ayah.” Jawab Fazreen sambil sedaya upaya menyembunyikan rasa ingin ketawa. Dan sebenarnya, rasa yang sama turut dikongsi oleh Imanina. Gadis itu mengetap bibir kuat menahan tawanya dari pecah.


“Ayah tak kira. Han kena lupakan dia. Macam ni lah. Ayah ada idea. Apa kata kalau Han teringat dekat budak tu, Han cepat-cepat pandang muka Iman. Ayah yakin, lepas tu mesti Han lupa langsung dekat dia.”


What? Terus terang, ayah... Bila Han tengok muka dia ni Han rasa macam nak terjun lombong.” Bidas Farhan. Sempat Imanina dijeling tiga saat.


Terkedu. Bibir dah berbentuk ‘O’. Keji punya mamat. “Aku kalau tengok muka kau rasa macam nak cungkil mata sendiri.”


“Baguslah. Lepas kau buta, aku kurung kau dalam setor. Mata aku pun dah tak sakit nak tengok muka kau dalam rumah ni. Heaven gila!”


Try la buat macam tu. Aku saman kau RM10 juta.”


“Eleh! Kalau dah kena kurung dalam setor, aku akan pastikan kau takkan terlepas.”


“Kau ingat aku akan duduk melangut macam orang bodoh je kat dalam tu?”


“Kalau kau...”


“Diam!!!”


Tengkingan itu mematikan biacara dua kepala. Farhan jadi kecut. Imanina rasa gerun.


“Apa nak jadi dengan korang berdua ni? Bergaduh macam anjing dengan kucing.”


“Yang kucing tu Han. Iman pulak yang an...” Farhan tidak jadi meneruskan ayat bila mata Encik Azhan tepat ke arahnya. Air liur ditelan dua kali.


“Ayah nak korang tukar bahasa diri. Takkan suami isteri nak gunakan bahasa diri kau-aku? Cuba guna abang sayang ke...”


“Haaaa... yang tu Han mintak maaf. Han tak boleh ikut.”


“Iman pun.” Dalam takut-takut Iman tetap bersuara.


“Kenapa pulak? Susah sangat ke?”


“Sangat. Susah sangat. Hari tu ayah jugak yang cakap, kalau Han tak boleh terima Iman sebagai isteri buat masa sekarang, Han boleh anggap Iman sebagai kawan. Ayah, kalau kawan tak sebut abang-sayang. Kau-aku lebih baik.” Jawab Farhan panjang lebar.


Kata-kata Farhan membuatkan Encik Azhan terdiam. Lama wajah Farhan direnung. “Tapi keadaan kamu berdua lain. Suami isteri tak cantik bahasakan diri kau-aku. Tak baik.”


“Han lebih selesa macam tu.”


“Iman pun.” Sekali lagi Iman mencelah. Kali ini dalam hal ini, dia amat bersetuju dengan Farhan. Aku dengan Farhan... abang-sayang??? Memang tak lah!


“Suka hati korang lah! Buat apa yang korang rasa betul. Ayah tanak paksa. Tapi ayah harap gelaran tu akan bertukar suatu hari nanti. Itu doa ayah untuk kamu.” Terpaksa jugak kali ini dia mengalah dengan pendirian Farhan dan Imanina. Encik Azhan mula menjamah nasi gorang yang sudah lama dicedok oleh isterinya. “Lepas sarapan, Iman naik tukar baju. Han nak bawak Iman pergi rumah sedara kami.”


“Bukan Han RELA nak. Tapi Han DIPAKSA nak.”


“Amir Farhan!”


***


“WAHH... topup dosa sambil menyengih. Dahsyat lah kau.” Sindir Imanina. Sebaik saja pintu dikuak, muka Farhan yang tengah tersengih lebar sambil membaca SMS dihenfonnya terus menyapa pandangan. Dan dia rasa pandangan itu amat mengganggu mata dia.


“Kau kalau muncul depan aku, tak buat aku panas tak boleh ke?” Farhan jadi bengang.


Imanina mencebik. “Boyfriend kau belum tidur lagi ke? Dah pukul satu pun boleh berSMS sakan lagi.”


“Kalau dia belum tidur pun, kau sakit ke?”


“Sakitlah. Sakit mata. Eeee... nyampah la tengok kau senyum-senyum macam orang tak cukup akal macam tu. Sakit mata bila tengok jerawat-jerawat kau bergerak bila kau senyum.”


“Kau takde kerja lain ke yang nak dibuat selain mengganggu ketenteraman aku?” Rasa bengang Farhan makin meninggi. Kalau ikutkan hati, mahu saja dia meluru ke dapur mengambil sepuluh biji cili padi lalu ditumbuk lumat sebelum ditenyeh ke bibir celopar Imanina. Biar lepas ni perempuan tu tak berani bukak mulut bila berdepan dengan dia. Kalau lah boleh....


“Ada. Banyak. Kau pergi lepak dekat sofa. Aku nak guna katil. Nak siapkan assignment.” Tubuh Farhan ditolak turun dari katil. Lelaki itu tidak menyinga. Hanya membalas dengan menarik tocang si isteri.


“Aku dah sediakan meja studi untuk kau, tapi tanak guna. Atas katil jugak yang kau selesa. Tak faham betul aku.”


“Biar ah. Aku tak kacau kau pun.” Laptop dikeluarkan dari beg lalu diaktifkan.


“Siapa kata tak kacau? Kacau aku nak tidur. Tapi aku boleh mengalah sebab aku fikirkan yang kau tengah final sem sekarang ni. Kalau tak, jangan harap aku nak kasi muka.” SMS yang dihantar sudah berbalas. Dia kembali tersenyum macam orang sewel. Lalu pantas jari jemari menyentuh abjad-abjad yang tertera di atas henfon ‘touchskrin’ miliknya itu.


Melihat situasi itu Imanina buat muka jelik. “Bila kau nak repair aircond? Panas tau tak?” Baju tidur yang tersarung dikibas-kibas. “Harap je engineer elektrik elektronik, tapi aircond pun tak tau repair.” Sinis kata-kata itu. Kertas-kertas dari dalam fail ditarik keluar.


“Kau jangan nak pandang aku takde mata. Aku dah tengok. Tak boleh repair. Kena tukar baru.” Balas Farhan membela diri.


“Dah tu tak reti-reti nak tukar?”


“Aku dah order. Esok boleh pasang.”


“Bagus. Bertindak pantas. Eeesh! Panas giler. Kau boleh tolong aku tak?”


“Apa dia?”


“Tolong tiup aku sampai aku rasa sejuk.”


“Kau ingat mulut aku besar mulut tempayan?”


“Hahaha...” Imanina pecah tawa. “Kalaulah mulut kau besar macam tempayan, ditambah pulak dengan jerawat-jerawat yang macam cendawan tu memang boleh buat aku gelak sampai habis nyawa.”


“Kau boleh tolong diam?”


“Orait... orait. Aku nak buat kerja. Don’t disturb me.” Katanya seraya menanggalkan satu persatu butang baju tidur yang dipakai. Kemudian baju tidur tersebut ditanggal dari badan. Hanya tinggal spaghetti yang menutup tubuh. Tak cukup dengan itu, seluar panjang turut ditanggal dan hanya tinggal leggings separas lutut yang menyelimuti kaki. Hah! Puas! Tak suka betul aku bila panas macam ni.


“Wei, kau buat apa?”


Sergahan Farhan membuatkan dia kalih pandang ke arah lelaki itu. Farhan nampak terkedu dan ternganga sambil merenung ke arah dia. “Apa?”


“Asal kau bukak baju?”


“Panas.”


“Kalau ye pun janganlah depan aku.”


“Asal? Kau kan takde nafsu dengan aku.”


Ayat itu membuatkan Farhan memanjangkan lagi rasa terkedu dia. “Pakai baju kau balik.” Agak kuat dia memberi arahan.


Tanak! Aku panas. Lagipun aku dah biasa pakai macam ni dekat bilik aku dulu. Dekat kolej pun depan kawan-kawan aku pakai macam ni je.” Imanina masih tetap dengan pendirian. Arahan Farhan tidak diambil peduli. Mata ditala semula pada skrin laptop.


“Kau boleh tak hormatkan aku? Aku pun panas jugak. Tapi aku tetap pakai sopan depan kau.”


“Kalau pakai boxer atas pada lutut tu habis sopan lah eh? Dah la warna pink. Corak Hello Kitty pulak tu. Apa kau ingat kau handsome gila bila pakai macam tu?”


“Aku lelaki.”


“Aku perempuan.”


Yeah... itukan aurat.” Tanpa berfikir panjang ayat itu diluah keluar.


Yeah... aurat. Tapi aku dah jadi isteri kau. Apa yang aku tunjuk ni bukan lagi aurat dengan kau. Masa kursus kahwin hari tu kau tak bagi tumpuan ke? Ke kau dah lupa apa yang ustaz ajar masa sekolah dulu?” Tenang saja Imanina membidas. Tanpa dia sedari Farhan pulak sebaliknya. Jadi tak tenang. Melihat keadaan Imanina ketika ini betul-betul buatkan si suami jadi tak tenang.


“Suka hati kau lah!”


“Okey. Suka hati aku.” Imanina meneruskan kerjanya.


Farhan pantas berpaling membelakangi Imanina. Badannya tiba-tiba berpeluh. Hatinya pulak berdetak-detak macam bunyi orang ketuk gong. Balasan SMS yang diterima diabaikan. Dia cuba pejam mata untuk membuang bayangan Imanina namun gagal. “Eeeshh!” Satu rengusan kasar dilepas. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk menonton tv. Astro Oasis menjadi pilihan. Lantas volum dikuatkan hingga tahap yang paling tinggi. Itu cubaan terakhir yang dilakukan untuk menghapuskan bayangan Imanina dari kepala.


“Wei! Asal kuat sangat!!!?”


***


“ARRGHHHH!!!”


Jeritan itu membuatkan dia terpempan hebat. Langkah kaki bagaikan terpaku di situ. Tanpa sedar gadis yang baru keluar dari bilik air itu direnung kosong.


“Keluar lah!”


Bukk! Dia pegang hidung yang terasa perit. Kemudian mata berlari ke arah objek yang baru menyinggah di wajahnya sebelum jatuh tergolek di lantai. Wallet! Nasib baik bukan bola kristal yang berat ya amat tu. “Kau gila ke!?”


“Keluar!!!” Jerit suara itu lagi.


Tanpa menunggu lagi dia terus keluar dari bilik Fazreen sambil menutup kembali pintu. “Kau siapa!?” Jerit dia dari luar. “Fazreen mana?”


“Sepatutnya aku yang tanya kau siapa!? Kau memang tak guna! Terjah bilik orang suka hati.” Suara dari dalam pula membalas.


Farhan jadi hairan. “Orang tu adik aku.”


“Kalau ye pun ketuk lah dulu.”


“Salah kau sebab tak kunci. Tapi jangan risau aku tak nampak apape pun.”


“Tapi kau dah nampak rambut aku!”


“Rambut je pun. Yang lain kau tutup.”


“Rambut pun aurat jugak!”


“Aku tak sengaja.”


“Kau memang keji!!!”


“Dah tu kau nak suruh aku buat apa? Kahwin dengan kau?”


“Kau memang tak guna!”


“Aku cuma terrrrnampak rambut kau je pun. Yang kau menyinga macam aku nampak satu badan tu apehal?”


“Aku benci kau!!!”


“Aku pun tak suruh kau suka aku, minah plywood.”


“Arrghhhh!!!”


Itulah peristiwa yang berlaku ketika pertama kali dia bertemu Farhan. Dan peristiwa itu sudah berlalu hampir tujuh tahun yang lalu. Ketika itu dia dan Fazreen berada di tingkatan tiga. Manakala Farhan pula di tingkatan lima.


Dulu, Fazreen sering mengajak dia melepak di rumahnya. Boleh dikatakan setiap hari selepas pulang dari sekolah dia akan pergi ke rumah Fazreen. Banyak masa mereka habiskan bersama dirumah itu. Tapi sebelum peristiwa hitam itu dia tak pernah berjumpa dengan Farhan kerana lelaki itu tinggal di asrama dan hanya akan pulang ke rumah sebulan sekali.


Selalunya bila dia ke rumah Fazreen, dia tak pernah bertembung dengan Farhan. Namun entah kenapa nasibnya malang, suatu hari tu dia dipertemukan dengan Farhan dalam keadaan yang menang sangat tak menyeronokkan. Dan selepas itu dia dan Farhan tidak boleh bersatu hati. Ditambah pula dengan sikap Farhan yang memang sangat menjengkelkan, lagilah tinggi rasa benci terhadap lelaki itu. Kalau nak dunia aman, mereka tidak boleh dibiarkan bersua muka. Kalau tidak, pasti ada peperangan mulut yang berlaku.


“Hmmpphh...” Satu keluhan lemah diluahkan oleh sorang gadis yang berada di bawah astaka. Bila terkenangkan nasib diri, dia mesti rasa nak mengeluh. Dia tahu mengeluh itu bukan satu tabiat yang baik, namun dia tak boleh tahan diri dari melakukan tabiat itu. Kepalanya mula mengimbas lagi.


“Iman tak boleh, pakcik.”


“Boleh. Iman mesti boleh. Tolonglah terima Farhan.”


“Macam mana Iman nak kahwin dengan orang yang Iman tak sayang?”


“Iman sayang pakcik tak? Iman sayang makcik?”


Gadis itu mengangguk laju.


“Kalau macam tu, Iman kahwin lah dengan Farhan. Pakcik sebenarnya dah lama pasang niat nak buat Iman jadi menantu pakcik.”


“Tapi Farhan tu tak... tak...”


“Tak normal? Pakcik tau. Sebab tu lah pakcik nak Iman kahwin dengan dia. Dia belum tersasar jauh lagi. Dan pakcik yakin Imanlah satu-satunya yang layak untuk Han. Iman boleh bantu dia. Bawak dia balik ke jalan yang benar.” Sungguh-sungguh Encik Azhan bersuara. Wajah Imanina dipandangdengan penuh harapan.


“Iman tak yakin yang Iman boleh bantu Farhan. Lagipun kitorang bukan satu kombinasi yang bagus. Pakcik kan tau yang Iman dengan dia tak pernah berbaik-baik.”


“Sebab tu lah pakcik pilih Iman untuk Han. Pakcik tau Iman pasti berjaya mengubah perangai Han. Iman ingat tak dulu Han memang gayat dengan tempat tinggi. Tapi bila Iman cabar dia naik bumbung rumah ambik balik sneakers Iman yang dia campak, dia panjat. Lepas tu bila Iman cabar dia suruh dia pergi peluk monyet peliharaan Paksu Majid jiran sebelah ni, dia buat. Walaupun dia memang sangat geli dengan binatang berbulu, dia tetap buat. Dia terima cabaran Iman. Dan pakcik cadangkan lepas korang kahwin nanti, Iman cabarlah supaya dia jatuh cinta dengan Iman. Confirm! Dia akan buat.”


Erkk! Imanina tenganga. Muka Encik Azhan dpandang pelik. “Pakcik, kes cinta ni tak sama dengan kes cabaran Iman untuk Farhan yang dulu. Kes ini lagi berpuluh kali ganda serius.”


“Belum cuba belum tahu.”


“Pakcik, hal serius macam ni tak boleh main cuba-cuba.”


“Iman... pakcik mintak tolong sangat-sangat ni...”


“Hmmmph...” Dia mengeluh lagi. Disebabkan tak sanggup melihat dan mendengar rayuan Encik Azhan dan Puan Hasanah ditambah pulak dengan muka belas kasihan Fazreen dan disokong pula oleh abah dan uminya sendiri, maka jadi macam ni lah dia. Tak sudah-sudah meratap nasib diri.


Di saat pembelajaran dia tinggal hanya satu semester yang terakhir, dia terpaksa berkahwin dengan seorang lelaki yang sangat tak disukai. Di saat, dia gembira hidup bujang macam remaja yang lain, dia terpaksa menamatkannya tanpa rela. Dan kini, kawan-kawan kelasnya yang lain boleh memberi sepenuh tumpuan terhadap pelajaran. Tapi dia terpaksa membahagi tumpuan antara pelajaran dan tanggungjawab sebagai seorang isteri di usia yang muda. 22 tahun dah jadi isteri orang, kira mudalah kan?


Jam dipergelangan tangan dikerling. Dah pukul 6. Farhan tak juga muncul-muncul. Entah kemana-mana je lelaki tu. Dah dekat satu jam setengah dia menunggu namun. Dia jadi rimas. Tapi atas permintaan Encik Azhan yang mengarahkan dia pergi dan pulang dari kelas bersama Farhan, dia terpaksa ikutkan jugak.


Selepas dua puluh minit, penantian dia berakhir. Orang yang ditunggu-tunggu dah tiba. Honda Accord yang berhenti dihadapannya direnung geram. Pintu kereta dibuka sebelum dia meloloskan diri masuk ke dalam dengan kasar.


“Aku ada hal tadi. Kena meeting tetiba. Sorry.”Terang Farhan bersungguh-sungguh.


Sepi. Imanina diam tak berkutik.


Farhan mula rasa bersalah. “Sorry wei... Hal tadi memang tak boleh nak dielakkan.”


Pun diam.


“Okey. Aku belanja makan. Kau nak makan apa?” Farhan mula memancing.


“Domino’s.” Kali ini isterinya itu bersuara.


Mendengar suara itu, Farhan jadi lega. “Kalau bab makan, cepat saja kau sejuk ye?” sambungnya lagi sambil tersenyum.


***


“WEI, daripada kau dok gian balas-balas SMS baik kau ajar aku settlekan soalan ni. Kau pernah belajar Math Engine kan dulu?”


“Kejap lah. Last message ni.” Skrin hantar pesanan disentuh. Selamat satu mesej dibalas. Dia menapak ke arah katil. “Mana?” Soalnya selepas menghempaskan tubuh disebelah Imanina.


Dan perbuatan Farhan itu membuatkan Imanina tersentak hebat. Terasa macam darah naik sampai muka. Jantung mula berdegup kencang. Inilah kali pertama dia dah Farhan duduk serapat ini. Bahu mereka saling bersentuhan. Dan yang peliknya dia tak rasa terganggu dengan situasi itu. Malah dia rasa selesa.


“Soalan mana?”


Suara itu rasa dekat pada telinga. Imanina terpana sejenak.


“Aku tanya, soalan mana?”


Tersentap. Dia terus tepuk dahi. Boleh pulak aku berkhayal. “Soalan ni.” Soalan nombor lima yang tertera atas kerta A4 itu ditunjuk pada Farhan.


“Oh... kacang je. Bak pen. Bak paper kosong. Bak calculator.”


Permintaan Farhan ditunaikan.


“Macam ni... mula-mula kau kira...” Dengan sungguh-sungguh dan tekun Farhan menunjukkan jalan kira untuk soalan yang diberi oleh Imanina sebentar tadi. Namun satu pun ayat yang disampaikan oleh Farhan berjaya masuk ke dalam otak Imanina. Yang dia buat hanyalah merenung ke segelinap wajah lelaki itu. Dari dagu naik ke anak rambut. Dari anak rambut turun ke dagu. Kulit separa cerah itu ditilik lama. Mata kuyup itu ditilik tekun sebelum turun pada hidung yang separuh mancung. Kemudian, bahagian pipi pula yang menjadi tatapan. Kedua-dua pipi itu kelihatan merah dengan adanya jerawat-jerawat yang tumbuh segar.


Kalau dipandang lama-lama, sebenarnya dengan kehadiran jerawat di muka Farhan itulah yang membuatkan lelaki itu nampak kacak. Nampak menarik. Macam Farid Kamil. Bukan bermaksud muka Farhan seiras pelakon tu tapi gaya jerawat-jerawat di muka mereka sama. Farid Kamil walaupun ada jerawat, namun dia tetap nampak menarik. Dan kalau nak tahu jerawat tulah yang membuatkan dia nampak kacak, macho dan charming.(Ini hanyalah pandangan bagi sesetangah pihak. Tapi tak semua orang ada pandangan yang sama.) Dan macam tulah pandangan Imanina terhadap Farhan. Pandangan yang sudah berubah arah. Dari negatif ke positif mungkin.


“Kau tak pernah rasa nak suka perempuan ke?”


Soalan cepumas dari Imanina itu terus mematikan penerangan Farhan. “Pardon me?”


Diluar sedar, dengan otak yang kosong Imanina bertindak diluar kawalan. Kedua-dua pipi Farhan dipegang kuat lalu dia mendekatkan wajah pada wajah Farhan sebelum... cupp! Lima saat. Pegangan muka Farhan terlepas. “Apa kau rasa sekarang?”


Putus nafas! Ya, Farhan dah rasa macam putus nafas. Spontan dia menekup bibir. Tindakan Imanina yang tak disangka dan tak pernah diduga pun itu membuatkan tubuh dia jadi keras macam kena simbah dengan gam kasut. Gadis itu dipandang tanpa berkelip.


“Ya Allah!” Seru gadis itu tiba-tiba. Dia bagai baru tersedar dari mimpi. Apa aku dah buat ni? Dup! Dup! Dup! Dia pegang dada. Jantung dah macam nak melompat keluar. Rasa berdebar-debar itu makin melampau. Lalu kalut-kalut dia melompat turun dari katil. “Sorry. Aku banyak sangat tengok drama korea.” Katanya tanpa memandang muka Farhan yang ketika itu sedang merenung dia dengan tubuh yang kaku. Laptop dan kertas-kertas soalan Math Engine diambil sebelum dia berlari keluar dari bilik.


“Aku rasa apa sekarang?” Farhan menyoal diri sendiri.

***


“SELALU buat solat sunat. Berpuasa sunat. Banyak bacakan ayat-ayat al-quran. Kena selalu dengar ceramah agama. Barulah Iman teguh. Kau dengar tak?” Masuk saja ke dalam bilik, setelah wajah Farhan muncul di pandangan, Imanina terus menerjah dengan beberapa nasihat. Hati dia remuk. Perasaan dia kaca. Tindakan Farhan yang tidak pulang ke rumah semalam betul-betul buatkan dia terseksa.


“Dengar. Tapi kenapa apa yang mendorong kau cakap macam tu dekat aku.”


“Cukuplah. Dah sampai masa kau balik ke jalan yang betul. Kau bercinta dengan dia bagai nak rak pun korang tetap tak boleh kahwin. Haram! Dan kau masih belum terlambat. Kalau kau nak ‘ubat’ diri kau sendiri eloklah kau amalkan perkara-perkara macam yang aku bagitau tadi.”


“Kau cakap apa ni?” Farhan mengerutkan kening. Sungguh dia tak faham apa yang diperkatakan oleh Imanina.


“Dalam Surah Al-‘Araf : 80 – 81... Nabi Lut pernah berkata pada kaumnya. Patutkah kamu melakukan perbuatan Yang keji, Yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum Yang melampaui batas.”


“Allah ada berfirman... tindakan homoseksual merupakan amalan “fawahisy” atau amalan yang keji. Menurut Imam Al-Qurtubi, makna fahsya’ adalah setiap kejahatan yang dilakukan, pelakunya akan dikenakan hukum hudud. (Tafsir Al-Qurtubi : 2/210). Begitu juga, Rasulullah SAW menyatakan golongan yang mendapat kemarahan dan kemurkaan Allah adalah antaranya golongan homoseksual.”


“Daripada Abu Hurairah RA, bersabda Nabi SAW yang bermaksud:“Empat golongan berada dalam kemurkaan Allah di pagi dan petang, iaitu lelaki yang menyerupai perempuan, perempuan yang menyerupai lelaki, mereka yang melakukan setubuh dengan binatang dan mereka yang melakukan setubuh sesama lelaki (homoseksual)”(Kanz Al-Ummal : 12/31 : hadis no : 43982.)”


“Okey, semua ni aku dah tau. Dah pernah baca. Tapi kenapa tiba-tiba kau sebut dekat aku?” Farhan masih dalam kondisi pelik. Kehadiran Imanina di dalam bilik itu secara tiba-tiba bersama keratan surah-surat itu betul-betul buatkan dia jadi pelik.


“Aku sebut semua ni untuk ingatan pada kau.”


“Ingatan? Untuk pengetahuan kau, aku tak pernah buat perkara-perkara terkutuk macam tu.”


“Memang kau tak pernah buat. Tapi kalau kau tak buang perangai songsang kau tu, tak mustahil kau akan terjebak dalam perkara terkutuk macam tu.” Suara Imanina mula meninggi.


“Selama ni aku sabar je bila kau gelar aku songsang. Tak normal. Tapi kali ni aku rasa aku tak boleh nak bersabar lagi. Nak-nak lagi dengan ayat-ayat kau macam menuduh aku terjebak dalam perkara terkutuk macam tu. Selama ni kau pernah tengok dengan mata sendiri aku buat perkara tak senonoh?”


“Aku bukan menuduh tapi aku hanya nak nasihatkan kau je. Nak mencegah kau dari terjebak. Kau jangan salah faham.”


“Nur Imanina, sekarang ni kau yang salah faham. Bukan aku.” Nada Farhan juga sudah berubah. Naik satu oktaf. Imanina dipandang macam nak telan.


“Memang! Mungkin aku salah faham. Pasal kau tak balik rumah semalam, kau ada alasan?”


Terdiam sejenak. Imanina yang sudah berkaca matanya dipandang serba salah. “Semalam aku temankan...”


“Adi? Nama dia Adi, kan?”


“Mana kau tau nama dia? Kau curi baca SMS aku? Hei Iman! Aku tak pernah kasi hak untuk kau sentuh henfon aku!” Bergema seluruh bilik dengan tengkingan itu. Akibat marah yang teramat sangat, mata Farhan jadi merah. Urat-urat leher sudah kelihatan.


“Asal? Asal aku tak boleh sentuh henfon kau? Kau takut semua rahsia kau terbongkar? Semalaman kau bersama dia? Korang buat apa sampai kau tak balik rumah?” Soal dia bertubi-tubi. Sebak di dada sudah tak mampu dikawal. Pesanan dari Adi yang berbunyi ‘tolonglah datang sini. Kalau Han tak datang, Han takkan jumpa Adi lagi lepas ni’ terlayang-layang diruang mata.


“Kau jangan nak tuduh melulu!”


“Kau tau tak aku dah mula sukakan kau. Aku dah mula belajar terima kau sebagai suami. Setiap kali aku solat, aku berdoa semoga kau berubah. Aku berdoa semoga Allah bukakan pintu hati kau untuk terima aku. Kau tau tak kau betul-betul buat hati aku sakit! Aku benci kau Amir Farhan!!! Aku bencikan diri aku sebab ada perasan macam ni dengan kau.”


Dan pengakuan Imanina itu telah membuatkan Farhan terdiam. Tidak berginjak langsung pandangan matanya dari wajah Imanina. Si isteri yang sudah menangis teresak-esak itu dipandang lama.


Air mata dikesat kasar. Dia menuju ke arah almari untuk mengambil beg sandang. Tudung yang tersangkut pada sofa juga dicapai lalu disarungkan ke kepala. “Izinkan aku balik rumah abah.” Pintanya pada Farhan yang masih keras di tengah bilik.


Tanpa menunggu kata keizinan dari suami, dia menapak laju membuka pintu bilik. “Lepas ni, aku terima je apa keputusan kau. Nak teruskan perkahwinan ni atau sebaliknya. Aku serahkan pada kau. Kau decide.” Sambungnya lagi seraya melangkah keluar dari bilik. Langkah Imanina terhenti sebaik saja terpandang wajah ibu dan bapa mertuanya yang berada tepi tangga. Dia yakin yang semua ‘perdebatannya’ dengan Farhan itu berjaya didengar oleh kedua-dua insan itu.


“Ayah, ibu... Iman mintak maaf. Iman tak berjaya ubah dia. Iman mintak izin nak balik rumah abah.”


Encik Azhan dan Puan Hasanah mengangguk tanda setuju. Satu pelukan erat dari Puan Hasanah diberi pada menantunya itu. “Jaga diri.”


“Kirim salam family.” Pesan Emcik Azhan pula sebelum Imanina menuruni tangga dengan laju.


“Iman!” Laun Farhan dari dalam bilik. “Iman! Tunggu!” Kini dia sudah menghampiri kedua orang tuanya. “Kenapa ayah tak halang Iman?”


“Han... Han...” Farhan yang berkira-kira untuk menuruni tanggan kejar Imanina ditarik. “Let her go.”


“Han ada benda nak cakap dengan dia, yah.”


“Ye. Tapi bukan sekarang ni. Biar Iman sejuk dulu. Kalau Han nak bercakap dalam keadaan macam ni, ayah tak rasa dia nak dengar. Sekarang, biar dia balik rumah abah. Biar dia tenangkan diri dulu.”


Mendengar nasihat itu, Farhan tidak lagi memberontak. Dia meraup muka. Beberapa kali keluhan terlepas dari bibir merah itu. “Han ada perkara nak dibincangkan dengan ayah dan ibu.”


“Abang?” Fazreen yang baru keluar dari bilik itu nampak keliru.


“Dan kau jugak Reen.”


***

RAMBUT diraup ke belakang. Posisi tubuh pada sofa diselesakan. Dia tarik nafas panjang sebebelum bersuara... “Han bukan songsang.” Bibir merah itu membuat pengakuan.


“Kitorang tau.”


Tiga suara bergabung serentak menarik perhatian Farhan. Wajah ayah, ibu dan adiknya dipandang silih berganti dengan muka terkejut. “Dah tau?”


“Ibu tau dari ayah.” Maklum Puan Hasanah.


“Aku tau dari ibu.” Sampuk Fazreen pulak.


“Ayah tau dari awal.” Melihat pandangan Farhan menala ke arahnya, cepat-cepat Encik Azhan bersuara. “Ayah pernah siasat tentang budak Adi tu. Bukan. Adila. Masa Han mula-mula kenal dia lagi. Ayah dah tau yang dia bukan lelaki. Tapi perempuan yang berperwatakan seperti lelaki. Bila Han rapat dengan dia ayah jadi tak selesa. Ayah takut plan ayah tak menjadi.”


“Plan?” Farhan bertanya.


“Plan nak satukan Han dengan Iman. Ayah dengan ibu sebenarnya dah lama berkenankan si Iman tu. Kitorang berniat nak bermenantukan dia. Dan disebabkan nak sangat plan itu menjadi, kitorang berlima sepakat nak untuk buat ‘drama swasta’ untuk satukan korang berdua.”


“Berlima?”


“Abah dengan umi pun ambik bahagian dalam drama ni.” Terang Puan Hasnah senyuman nipis.


“Iman?” tanya Farhan lagi.


“Iman macam Han. Tak tau pape.”


“Jadi semua ni memang dirancang? Hebatnya. Kalau Iman ada dekat sini sekarang, Han nak ajak dia lompat sekali sebab gembira ya amat jadi pelakon utama dalam drama swasta yang tak diiktiraf ni.” Kata Farhan dengan muka tenang.


“Kami semua mintak maaf. Kalau Han nak marah, marahkan ayah sorang dah la. Ibu, Reen, abah dengan umi tak bersalah. Diorang hanya ikut rentak nak jayakan rancangan ni je.” Ujar Encik Azhan perlahan. Dia bangun mendekati Farhan. Bahu anak lelaki tunggalnya itu ditepuk.


“Han tak marah. Han cuma terkilan je. Perkara dah berlalu biar lah. Yang Han serabut sekarang ni, pasal Iman. Dia dah salah faham dengan Han. Han tak sempat nak terangkan hal sebenar dia dah lari balik rumah abah.”


“Pasal tu kau jangan risau la, bang. Iman tu marah dia tak lama. Esok sejuk lah hati dia tu. Aku kenal Iman dah lama la. Dia tak pandai nak marah-marah orang ni.” Selit Fazreen cuba untuk mengurangkan resah si abang. Melihat wajah kusut masai Farhan dia jadi simpati. Inilah kali pertama dia melihat Farhan dalam keadaan macam tu.


“Betul ke dia marah tak lama?” Farhan inginkan kepastian.


Fazreen membalas dengan anggukkan bersungguh-sungguh.


“Asal risau sangat? Han dah jatuh cinta dengan Iman ke?” Soal Puan Hasanah pula.

Senyuman Farhan kelat. “Mungkin...”

***


FARHAN tengah menghadap lakaran litar skematik ketika pintu dikuak dari luar. Dia hanya buat tak endah. Tak perlu dilihat siapa gerangannya si pembuka pintu dia sudah tahu. Fazreen la tu. Datang nak mengacau.


“Assalamualaikum.”


Telahan dia salah. Suara itu menggamit padangan dia ke arah pintu. “Waalaikumussalam.” Imanina yang berdiri di muka pintu dipandang tanpa berkelip.


Imanina yang berbaju kurung kain cotton itu menapak masuk ke dalam. Dengan langkah yang perlahan dia menghampiri Farhan. Teragak-agak dia tunduk menyalami tangan Farhan. “Aku mintak maaf.” Ujar dia perlahan.


Farhan berdiri menghadap si isteri. “Aku pun mintak maaf.”


“Aku mintak ampun banyak-banyak dekat kau. Selama ni aku selalu sakitkn hati kau. Mulut aku celopar. Aku kasar dengan kau. Ampunkan aku.”


“Aku dah lama ampunkan kau. Maafkan aku jugak. Sebab selalu jadi keji dengan kau”


Imanina terangguk-angguk.


“Sebenarnya kau dah salah faham. Aku bukan...”


“Aku tau. Abah dah bagitau aku. Perkahwinan ni semua rancangan mereka. Aku dah tau semunya.” Bingkas Imanina.


“Oh. Kau dah tau.” Farhan diam sekejap. Tiba-tiba dia rasa kekok bila berdepan dengan Imanina. Lepas tiga hari, isterinya itu meninggalkan rumah, kini dia kembali semula. Kalau ikutkan hati kelmarin lagi dia ingin pergi rumah abah untuk menjemput dan memujuk Imanina namun niatnya itu dihalang oleh Encik Ihsan. Kata-kata lelaki tua itu ketika dia menelefon rumah mentuanya tempoh hari masih terngiang-ngian ditelinga.


“Han tak perlu nak jemput Iman. Dia yang pandai keluar dari rumah tu tinggalkan suami, sepatutnya dia kena pandai balik sendiri semula cari suami.”


Dengan berat hati dan rasa hormat dengan kata-kata si abah, dia kuatkan hati juga untuk menurut walaupun rasa rindu pada Imanina dah melambung-lambung dalam dada.


So sekarang, kau dah buat keputusan?” Soal Imanina dengan hati berdebar-debar. Dalam hati dia berdoa dan berharap sangat keputusan yang dibuat oleh Farhan positif.


“Dah.” Pendek dia menjawab.


“Apa dia?”


“Kalau aku nak... teruskan perkahwinan ni kau okey ke?” soal Farhan sambil menggaru-garu kepala yang tak gatal.


Iman kulum senyum. Alhamdulillah... “ Atas alasan?”


Soalan Imanina membuatkan Farhan jadi makin tak boleh duduk diam. Tangannya sudah merayap di dada. Ada saja bahagian yang nak digarunya. “Aku rasa... aku dah... suka kau.” Akui Farhan sambil membawa pandangan ke siling.


“Wahhh... kita rasa benda yang sama.” Imanina tayang muka teruja. “Kiranya aku tak bertepuk sebelah tangan lah ye?”


“Aku pun rasa aku tak bertepuk sebelah tangan.” Balas Farhan. Kali ini dia sudah mampu tersenyum. “Pasal malam yang aku tak balik tu...”


“Abah dah cerita. Kau pergi melawat Adi...la. Melawat Adila dekat hospital kan? Dia terlebih telan ubat tidur lepas kau bagitau yang kau dah suka dekat isteri sendiri. Kau kena tinggalkan dia. Dan dia tak boleh terima kenyataan. Lepastu...”


“Dia kena tahan dalam wad. Aku terpaksa temankan dia malam tu sebab fikiran dia tak stabil. So, aku perlu ada di situ untuk tenangkan dia. Maaf aku tak dapat nak call kau sebab masa tu aku tak boleh nak fikir apa-apa. Aku rasa bersalah sangat dekat dia. Tapi aku jugak rasa bersalah dekat kau. Aku mintak maaf.” Sambung Farhan panjang lebar. Maaf dipinta dihujung ayat.


“Sekarang dia dah okey?” Imanina ingin tahu.


“Alhamdulillah. Semalam dia dah keluar wad.”


“Dah tu dia macam mana? Dah boleh terima kenyataan?”


“Alhamdulillah... aku berjaya pujuk dia jugak untuk terima kenyataan ni.”


Imanina tersenyum nipis. “Aku teringin nak jumpa dia.”


“Nanti aku bawak kau jumpa dia.”


Terangguk-angguk. “Apa yang membuatkan kau terus terang dengan Adila pasal perasaan kau dekat aku? Lepas first kiss kita malam tu ke?”


Heh. Farhan agak tersentak dengan tekaan selamba Imanina itu. Sepatutnya isterinya perlu ada rasa segan nak nak menyoal dia macam tu. “Mungkin lah kot. Tapi sebenarnya bukan itu first kiss kita.”


“Hah! Dah tu bila?” Imanina tersentak.


“JANGAN!!!” Pagi itu Imanina terjaga dari tadir disebabkan mimpi yang amat menggerunkan. Farhan disebelah macam nak luruh jantung dengan jeritan si isteri.


“Kau apehal? Mimpi dikejar sundal bolong ke?”


“Lebih dahsyat dari tu.” Imanina meraup muka sebelum meraba-raba bibir sendiri.


“Apa dia? Kau mimpi terjun lombong?”


“Bukan. Aku mimpi kena cium dengan beruk.”


“Kena cium dengan beruk?” Farhan ternganga.


“Haah. Yang mengerikan lagi, muka beruk tu banyak jerawat. Aku geli!” Sambung Imanina lagi sambil menenyeh kasar bibir sendiri. Gaya macam kena cium betul-betul je.


“Beruk? Ada jerawat? Masalah betullah kau ni.” Komen Farhan seraya bangun mencapai tuala sebelum manapak ke dalam bilik air.


“Jadi beruk berjerawat tu memang kau la?” Itu soalan yang pertama Imanina terjah sebaik saja Farhan menamatkan ceritanya.


“Kalau bercakap tu boleh tolong jaga hati aku tak?” Lelaki itu muka ketat. Tak puas hati dengan telahan si isteri. Agak-agaklah nak mangutuk aku beruk pun.


“Eheeee....” Sengihan serba salah terukir. “Mintak maaf. Terkeluar sendiri. Tak sempat nak kawal.”


“Takpe. Masih boleh dimaafkan.” Farhan juga ikut mengukir senyuman.


“Dah dua kali?” dia tersenyum malu-malu.


“Setahu aku dua kali je. Tapi tak tau la pulak kut-kut masa aku tengah tidur kau ada ambik kesempatan lima enam kali.”


“Manade!” Laju Imanina meningkah. “Tak pernah. Aku selalu tidur sebelum kau. Bangun tidur pun selepas kau. Bila masa aku nak ambik kesempatan? Lagipun aku jenis yang tidur mati.”


“Sedar pun.”


Farhan dijeling. “So, kita macam mana?”


“Mulakan hidup baru.”


“Nak mulakan dengan apa?”


First, rasanya kena tukar bahasa diri.”


“Takkan nak terima cadangan ayah yang dulu tu kot? Rasa macam geli. Tak lepas nak keluar dari kerongkong.”


Farhan mengangguk sekali. “Geli jugak.”


“Dah tu nak guna saya-awak?”


“Formalnya.”


“Orang-dia?”


“Tak sedap.”


“Han-Iman?”


Sweet. Han-Iman. Sounds good.”


Dua wajah mengukir senyuman lebar.


“Jom?” Tanpa amaran, tangan kanan Imanina digenggam.


“Ke mana?”


“Pergi dating. Cinta kita belum kuat. Baru nak dipupuk. So, inilah cara yang terbaik untuk kembangkan cinta tu. Lepas ni hari-hari kita keluar dating nak? Barulah normal macam couple yang lain.” Saran Farhan dengan muka bercahaya. Semakin kuat tangan Imanina digenggam.


“Boleh je. Tapi lepas tiga minggu. Sekarang Iman nak tumpukan perhatian dekat final exam yang akan start minggu depan.”


“Okey. Han boleh tunggu. Tapi sekarang ni Iman ada masa tak? Han nak ajak keluar kejap.”


“Nak keluar? Boleh. Tapi kena balik before maghrib. Sebab lepas maghrib Iman dah nak mula usha buku.”


“Orait. No problem.” Muka Farhan nampak ceria. Pipi Iman dicubit.


“Sakit!” Spontan tangan Farhan ditepis.


Lelaki itu agak tersentak. “Cubit habis slow. Sakit ke?”


“Tengok ni. Macam mana tak sakit?” Kedua-dua pipi ditunjuk pada Farhan.


Lelaki itu mendekatkan wajahnya ke pipi Imanina. “Wahh! Patutlah nampak merah. Dia terpempam sebaik saja melihat empat biji jerawat dipipi kiri dan lima biji lagi di pipi kanan Imanina. Tiga saat kemudia, dia pecah tawa. “Suka sangat mengutuk jerawat orang. Sekarang muka sendiri pula naik jerawat.”


Imanina tarik muka. “Ni semua sebab eksperimen hari tu la.”


“Eksperimen tu dah dua bulan. Takkan baru sekarang nak berjangkit?”


“Kuman tu baru nak merebak nak buat macam mana.”


“Mengarut ah. Tapi perempuan untung tau kalau ada jerawat.”


Kenyataan Farhan menarik perhatian Imanina. “Untung?”


“Yela...untung tak payah beli blusher. Pi dah blush semulajadi. Lagi nampak cun.”


“Eeeesh!” Dengan pantas pinggang Farhan yang tengah ketawa macam orang tak ingat dunia itu dicubit.


“Sakitlah, wife!”


“Sebab nak bagi sakitlah yang cubit ni, husband.”


*************************
p/s : okey ke tajuk cerpen ni? Dah tak tau nak letak tajuk apa. Itu je yang terlintas. Hope hepy reading.... =)

35 comments:

  1. sukerrrrrrrrrr...akhirnye ade gak n3 baru...sweetttttttt sgt...hehe

    ReplyDelete
  2. aaaaa.....besttttt...so sweet ending dia......best giler cik zarith..hehe

    ReplyDelete
  3. hahaha..sgt la comey..jerawat berjangkit erk..hehehe..lawak giler..

    tp mmg la sgt setuju dgn cik writer..pndgn org lain2..sbb bg sy,farid kamil tu mmg langsung2 xcomel,xmacho,xensem..kdg2 pelik npe org ckp die ensem..but than tringat balik..tiap org laen2 cara pndang n taste nye..hehe..sooo sori peminat farid kamil (^_^)v

    but overall,this setori best n lawak giler..n setuju dgn ayh si han tu..minyak cap kapak mmg bley mengurangkan loya tekak..hahaha..

    ReplyDelete
  4. ohhhh..
    hepi ending..
    suka suka

    ReplyDelete
  5. haha...bestnye.
    x penah bc citer mak ayah wat plan sampai kata anak sendiri songsang. dahsyat betul mak ayah Farhan ni...haha...

    ReplyDelete
  6. best sgt2...ingtkn btul2 songsang td..haha

    ReplyDelete
  7. best sgt2...ingtkn btul2 songsang td..haha

    ReplyDelete
  8. sweet...bes2..asyik tsnyum je bla bce..hahaha..lwk sgt..

    ReplyDelete
  9. hahah......sweet je iman dgn han nie.....hahahaa

    ReplyDelete
  10. haha...ciss ayah farhan ni pn...havoc gle...tipah tertipu rupenye...haha..

    ReplyDelete
  11. Best..lawak..buat la cerpen bebanyak lg ye..B-)

    ReplyDelete
  12. 5 bntang yea!..best banget,hihiiii..

    ReplyDelete
  13. sweet giler..sporting habas parents dorang..haha

    ReplyDelete
  14. haha , sweet dan klaka lah cte nieh .
    err..part jerawat tu mmg sgt geli.. tp yelah , xkn sume hero perfect kan?
    :)

    ReplyDelete
  15. comel je cite ni.....
    miss n3 from cik zarith....alhamdulillah ada...hehe

    ReplyDelete
  16. lawak la cite nie...mcm tu pun boleh ke??

    ReplyDelete
  17. best cite ni.... akhirnya hilang rindu nk bc new n3...

    ReplyDelete
  18. alahai... bestnye... thumbs up!!

    ReplyDelete
  19. ahahahahaha (gelak besa). best la cite ni. siyes!!! memang best. kelaka kot...pling xtahan tu "beruk berjerawat"...lawak btol la.

    erk...BILA AMAR DAH SUKA DIA bila nk sambung ek??? hehehe

    ReplyDelete
  20. lawak + sweet + cute + best :)
    fine, its the best.
    congrats !

    thanks for the new entry :)

    ReplyDelete
  21. terbaik la citer ni... best sgt2 smpai asyik ak ulang jer.. haha.. berusaha lg ye.. =)

    ReplyDelete
  22. dh lama tggu n3 bru dr zarith.. akhirnya kaur gk.. nice story. best sgt2.. cite zarith mmg xboring la klu bc.. hehehe..berbaloi tggu lama2.. hehe..

    ReplyDelete
  23. Saya suka sangat. Two thumbs up! Setiap ayat saya baca saya gelak. "suamiku songsang" made my day. Tq!

    ReplyDelete
  24. sangat sweet..da agak da y han tu x songsang.....=)

    ReplyDelete
  25. best sgt citer nie....!!!
    kelakar giler...!!!pandai akak wat citer...sweet ending...i luv it...

    ReplyDelete
  26. best citer ni... x smua org prfect.. klu smua prfect bkn realiti nmanya... luv it..^_^

    ReplyDelete
  27. the best story that i've ever read...hahaha
    lawak sgt2...=D
    (smpai skrg still ketawa lg...hahaha)

    ReplyDelete
  28. huahahahaha...
    habis sakit perut ketawa2 baca ceritanya...
    besttttttt.>:D

    ReplyDelete
  29. ahahhaha...
    bestttttt...
    ketawa2 sampe sakit perut..

    ReplyDelete
  30. haha best cgt ...
    nk SE bole x ??/
    xpuas nk bce cter nie ... hahaha

    ReplyDelete
  31. haha best cgt ...
    nk SE bole x ??/
    xpuas nk bce cter nie ... hahaha

    ReplyDelete
  32. BEST .... kalakar habis....
    terbaik hahahahaha

    ReplyDelete
  33. hahaha best nya jalan citer nya huhuhu mmg terbaik lh

    ReplyDelete

toucholic

toucholic

Hot N Cold

Hot N Cold
Apa yang terjadi bila air panas bertemu dengan ais cube?

sweet sours

sweet sours
friendship is a sweet relationship

Bila Amar Dah Suka Dia

Bila Amar Dah Suka Dia
Inilah jadinya bila Amar dah jatuh chenta