Chill Out ~~ ^_* (kalau tak suka lagu boleh stop kt atas ni)

new updated!


new n3 :-)

# Hot And Cold (Bab 5)
# Hot And Cold (Bab 4)
# Hot And Cold (Bab 3)

* my new email (YM, FB) :"carl_aryana89@yahoo.com"

(^__^)

(^__^)

Kalaulah Hot n Cold dapat peluang ke untuk ke versi cetak.. apa kata kalian?

Saturday, June 4, 2011

TOUCHOLIC 16

HARI ini hari minggu. Hari cuti bagi orang yang bekerja dan para pelajar. Juga merupakan hari yang sangatlah heaven bagi Najwa. Takde kelas. Takde buku. Takde nota. Hanya tidur sampai matahari terpacak atas kepala. Dan juga merupakan masa untuk menonton drama korea sampai mata sembab. Minggu ini drama Personal Taste lakonan Lee Min Ho yang menjadi pilihan. Sudah sampai episod tiga. Namun dia masih setia menonton tanpa mengalami sebarang rasa lenguh dan sengal.


“Come in.” Panggil dia bila kedengaran ketukan pada pintu.


“Diorang ajak lepak.” Izzat menjengulkan kepala ke dalam bilik Najwa.


“Diorang?”


“Sam. Syiro. Fatin.” Sepatah-sepatah tiga nama itu disebut.


“Where to?” Mata masih melekat pada skrin tv 21’. Rasa sayang nak lepas pandang dari muka handsome salah seorang dari hero-hero pujaan hatinya itu. Kalau boleh tanak lepas walaupun satu saat pun babak-babak yang menayang muka Lee Min Ho. Rugi dowh!


“Mid Valley.”


“Alaa...” Dia merengek. Kepala terasa pusing tiba-tiba. Hati mula berbelah bahagi. Nak ikut kawan-kawan keluar atau terus melepak depan tv menghadap Lee Min Ho? Mana satu paling untung?


“Bowling.” Izzat bersuara lagi. Cuba memancing minat kembarnya itu.


“Wahh...” Mulut ternganga setengah inci. Dekat tiga minggu tak layan boling. Untung jugak tuh.


“Watching. Shopping.”


Ngangaan dia sudah mencapai dua inci. Walaweyhh!


Then terus pergi Sunway.”


“Pergi Sunway jugak?” Kepala singan besar yang menjadi kebanggaan Sunway Piramid terbayang-bayang.


“Ice skating.”


“Nak ikut!!!” Cadangan-cadangan hebat itu membuatkan dia berdiri. Gila lama tak meluncur. Tiba-tiba kaki rasa gatal nak pijak ais. Memang untung! Laju dia menekan butang ‘stop’ pada controller.


“Eh, tak rasa rugi ke nak tinggal Ho.Ho. Ho tu?” Izzat menyoal sinis.


“Lee Min Ho okeh! Ingat hohoho horlick ke?”


“Whatever.” Izzat muka bosan.


Takpe. DVD boleh tengok anytime.”


Izzat mencebik. Boleh pulak!


***


“KE MANA dulu?”


Empat pasang mata pandang Izzat serentak. Seolah-olah Izzat merupakan ketua mereka dalam aktiviti hari ini. Mereka kini sedang berdiri di aras dua bangunan Mid Valley.


Izzat tayang muka pelik. “Perlu ke tanya aku?”


“Kau paling tua. So, kau decide.” Balas Sam seraya tunduk mengikat tali sneakers PUMA yang tersarung di kaki.


“Asal tetiba? Selalu korang yang decided. Aku follow je. And... kalau tua pun sebulan dua je dari korang.” Tolak Izzat. Petang itu dia mengenakan t-shirt warna putih yang bercorak kotak-kotak warna hitam di bahagian dada. Kaki disarung dengan jean LEVI’s biru gelap. Rambut dibiar serabut tanpa krim. Sangat simple tetapi kemas.


Bowling penuh. Kena tunggu turn. Mahunya satu jam. Nak tengok wayang, macam dah tak ada nafsu. Berbaris-baris orang beratur dekat kaunter tiket. Mengalahkan barisan orang pergi mengundi masa pilihan raya je. ” Najwa mengomel dengan muka mencuka. Mata meliar sekeliling. Mid Valley dipenuhi dengan beribi-ribu kepala. Sangat sesak dan tidak mendamaikan. “Cuba kalau ada ceramah agama. Tak adanya nak beratur panjang-panjang macam ni.”


“Ewah! Orang yang dok kata tu, ada buat ke?” Sam mencelah. Kening kanan dijungkit sebelah. Sinis senyuman disungging kepada Najwa. “Tak pernah pun aku dengar kau ajak kitorang pergi dengar ceramah agama. Selalunya ajak pergi lepak dekat tempat-tempat macam ni ada.”


“Diamlah kau!” Sam dijeling geram. Muka dah rasa macam kena panah dengan petir. Insyirah dan Fatin tergelak melihat muka Najwa yang sudah berubah. Izzat pula menayang ibu jari tanda padan muka pada kembarnya itu. Najwa jadi makin sebal.


“Selalunya weekend tak adalah ramai sampai macam ni. Ni dah sampai berjalan pun kena berlanggar-langgar. Haru betul!” Fatin merungut. Tak puas hati! Tali beg sandang yang tersarung pada bahu dipintal-pintal.


“Dah tu nak buat apa ni? Nak pergi mana?” Insyirah yang berdiri di sebelah Izzat menyoal. Melihat keadaan di Mid Valley ketika itu membuatkan dia jadi tidak selesa.


“Balik ah.”


“Apa dia?” Sekali lagi empat pasang mata merenung tepat ke muka Izzat. Dua saat kemudian rengusan tak puas hati kedengaran.


“Susah payah aku bawak kereta, drift sepanjang jalan untuk datang sini lepas tu cari parking yang gila dahsyat susah nak dapat sampai boleh buat aku putus akal, boleh kau ajak balik?” Jelas sekali cadangan Izzat itu bakal ditolak mentah-mentah oleh Sam. Dia menggelengkan kepala. Takde perasaan langsung mamat ni.


“Dah tu korang nak buat apa sekarang ni?” Izzat pandang empat wajah yang mengelingi dia dengan muka yang jelas nampak tak gembira. Masam!


“Harapan aku tinggi nak tengok wayang. Gempak gila movie tuh.” Ujar Sam. Muka masam berubah sayu serta-merta.


“Kalau kau rasa larat nak berbaris beli tiket, kitorang on je. Tapi aku cakap siap, aku tanak teman. Better aku pergi shopping dulu sementara tunggu tiket kau tu.” Pantas Fatin berpesan. Senyuman sinis dihadiah pada Sam.


“Dah tu, kita terus pergi Sunway la.” Cadang Sam.


“Kalau Sunway pun sesak, cemana?”


“Lagipun kitorang nak round Mid Valley dulu. Tengok-tengok baju.” Inyirah pula menyelit.


“Tengok ke beli?” Sam pandang Insyirah dengan cebikan.


“Both.” Gadis itu menjawab sambil tersengih.


Jawapan Insyirah itu membuatkan Sam mengeluh. “Korang ni kalau masuk kedai baju memang susah nak keluar balik tau tak? Berjam-jam. Padahal beli sepasang dua je. Bosan giler!” Omel Sam. Muka jelas nampak bosan. Dah banyak kali kena, memang dah serik! Pilih baju macam nak pilih suami. Perempuan memang susah!


“Kalau bosan kau takyah ikut. Biar kitorang je yang masuk.” Tukas Najwa. Selendang yang terlilit dikepala dikemaskan bila lipatan sudah mula terlerai.


“Along pun tanak ikut. Korang bertiga je lah yang pergi.”


“Dah tu along nak pergi mana?”


Soalan Najwa tak dijawab. Bahu Sam dirangkul. “MPH jom?”


“Halaaa...” Sam mula merengek. Dia sudah sedia maklum dengan minat membaca temannya itu. “Tolonglah.... Itu bukan tempat aku.” Dia terpaksa melangkah juga bila Izzat sudah menolak tubuhnya supaya bergerak.


“Pergi dulu. Kitorang follow kemudian.” Kata Najwa pada dua batang tubuh yang sudah membelakangi mereka. “Nasib kau lah Sam dapat kawan macam along aku.”


Fatin dan Insyirah yang mendengar tergelak. Padan muka kau Abu Samah.


***


“WEI, smart giler ah seluar ni.”


Eh? Matanya yang pada asalnya tertancap tepat pada sepasang jaket warna hitam terus beralih ke belakang bila satu suara yang amat dikenali menjengah corong telinga. Dia!? Agak tersentak bila orang yang dianggap musuh itu berada di depan mata. Cepat-cepat dia berlari menyelinap di sebalik jaket-jaket yang tersangkut tidak jauh darinya. “Nasib baiklah dia tak nampak aku.” Dia berbisik perlahan. Senyuman lega dikupas. Tapi dua saat kemudian senyuman dimatikan. Dahi sudah berkerut. “Erk? Motif apa aku kena susah payah sembunyi macam ni? Dan motif apa jugak aku perlu lega dia tak nampak aku?” Dia sendiri keliru. Rasa bodoh pun ada bila buat macam ni. Kepala dungu diketuk dua kali. Dia sudah berkira untuk keluar dari ‘markas persembunyian’ tapi tiba-tiba kakinya terhenti bila sesuatu mendarat di fikiran jahatnya. Motifnya aku ada peluang untuk balas dendam! Ha. Ha. Ha. Dia ketawa dalam hati. Mata menala ke atas. Dia sudah pasang angan-angan yang bakal menjadi realiti sebentar lagi.


“Razin!”


Hah! Tergamam hebat bila terdengar namanya dipanggil. Tubuhnya sedaya upaya dikecilkan. Jaket-jaket ditarik menutup tubuhnya itu. Cepat-cepat dia mengintai kedudukan musuh yang masih berada tidak jauh darinya. Kelihatan musuhnya itu ikut tersentak mendengar nama yang keluar dari bibir Aman. Kepala si musuh sudah tertoleh-toleh sekeliling dengan riak tertanya-tanya.


“Razin! Eeesh! Mana pulak mamat ni pergi?” Aman merungut tak puas hati bila bayang Razin hilang dari pandangan. Sudah tiga round lelaki itu dicari namun batang hidung pun tak nampak. Rasanya baru tadi Razin berada di sebelah. Celah mana dia lesap?


Aman, tolonglah berhenti panggil nama aku. Razin tepuk dahi berkali-kali. Sebaik saja melihat Aman seperti menekan punat handphone, dia jadi makin gelabah. Dengan pantas iPhone4 diseluk dari poket seluar dan butang silent ditekan. Tak lama kemudian, gajetnya itu bergegar. Memang betul sangkaannya. Aman sedang menelefon dia. Panggilan Aman dimatikan. Tangan laju menaip SMS untuk kawannya itu.


+ Aku pergi toilet. Tunggu aku dkt McD.


“Laaa... Pergi tak cakap. Macam orang gila aku cari dia.”


Terdengar rungutan Aman setelah SMS darinya dibaca. Aman terus melangkah keluar dari kedai pakaian ROM menuju ke destinasi yang dijanjikan oleh Razin. Sorry, Man. Pinta Razin dalam hati. Selepas bayang Aman hilang dari pandangan, tubuh musuhnya pula dicari. Ternyata musuhnya itu masih berada di situ. Leka membelek seluar jean yang pelbagai jenis tergantung di kedai itu. Senyuman jahat terkupas dibibir. Tunggu kau! Tengoklah apa aku nak buat kejap lagi.


***


“DAH?”


Mengangguk dengan senyuman ceria. “Tiga helai t-shirt. Satu jean. Kau?” Fatin pandang Insyirah. Ditangan gadis itu kelihatan beberapa helai t-shir dan jean. “Empat t-shirt. Dua jeans. Gila ah. Rasa macam nak borong semua je.” Insyirah sudah tunjuk aksi terujanya. Kalau bab membeli belah ni memang serah dekat dia. Dialah juara antara mereka bertiga. “Wa mana?”


“Sini.” Najwa muncul dari belakang bersuara. “Smart kan seluar ni. Aku angkat satu.” Jean skinny warna kelabu gelap ditayang pada Fatin dan Insyirah.


“Satu je? T-shirt?”


“Tak ada yang berkenan.”


“Jom bayar.”


“Lepas ni pergi MPH kejap.”


“Ni lagi sorang. Abang dengan adik sama je. Dua-dua gila bookstore.”


“Eh, tak sama. Kitorang minat jenis buku lain-lain. Aku gila novel. Tapi not my along. Dia lebih suka buku-buku yang lebih berilmu. Nak-nak lagi yang ada kaitan dengan law.” Jawab Najwa sambil menayang gigi putih yang tersusun cantik.


Fatin dengan Insyirah mencebik serentak melihat sengihan Najwa. “Bayar! Bayar!”


Lapan minit kemudian, setelah selesai membuat pembayaran, tiga gadis serentak berjalan keluar dari kedai itu. Namun langkah mereka terhenti bila terdengar bunyi alarm security. Masing-masing muka blur. Najwa pandang Fatin. Fatin pandang Insyirah. Dan bunyi itu telah berjaya menarik perhatian mata-mata di situ. Tak lama kemudian, dua orang lelaki yang diyakini pekerja kedai pakaian ROM itu berlari pantas mendapatkan tiga sahabat itu.


“Cik bertiga sila masuk ke dalam semula.” Seorang dari dua lelaki itu berkata.


Tiga-tiga mereka sudah pucat muka.


“Kita dah bayar semua, kan?” Najwa menyoal Fatin dan Insyirah.


Dua kepala itu mengangguk laju macam ayam patuk dedak. Risau, pelik, malu. Semua menjadi satu. Nak tak nak mereka terpaksa masuk semula ke dalam kedai. Beg plastik yang mengandungi pakain yang baru dibeli sebentar tadi dituang atas kaunter pembayaran. Setelah diperiksa, tiada masalah. Semua yang berada dalam beg plastik itu sudah dibayar.


“Maaf, boleh kami check beg cik bertiga?”


“Okey.” Insyirah orang pertama yang membuka beg sandangnya.


Setelah beg Inyirah bersih dari ‘tuduhan’, giliran Fatin pula membuka beg sandangnya.


“Haaa... tak ada apa kan?” Fatin lega dengan spot-check itu. Dia juga selamat seperti Insyirah.


Kini giliran sling bag Najwa pula menjadi sasaran. Semua mata-mata di situ setia menjadi pemerhati. Walaupun malu menjadi tatapan orang ramai ketika ini, tiga kepala itu masih mampu mempamer muka tenang. Nak gelabah buat apa? Bukannya diorang mencuri pun.


“Hah!?” Ternganga besar Najwa bila seorang pekerja kedai pakaian itu yang memeriksa slingbag dia mengeluarkan dua helai t-shirt warna kuning dari begnya. Fatin dan Insyirah ikut terkedu. Dua-dua pandang muka Najwa. Tak percaya!


“Cik sila ikut kami pergi ke kaunter security.” Pekerja itu sudah berkira untuk menarik lengan Najwa namun gadis itu terlebih dahulu mengelak.


“Apa ni nak pegang-pegang!?” Bidas dia tak puas hati. Lelaki tinggi yang berdiri dihadapannya itu dijeling geram. Suka sedap hati kau je nak sentuh aku. Apa ingat aku ni bini kau ke? “Aku tak curi lah! Korang jangan nak tuduh.”

“Kalau betul apa yang cik cakap tu, kenapa t-shirt ni boleh ada dalam beg cik?” Tanya seorang lagi. Juga pekerja di situ.


“Mana aku tau! Aku tak pernah tengok t-shirt tu. Bahagian tu pun aku tak pergi. Macam mana aku nak curi!? Lagipun aku tak pakai baju ‘adik’ macam ni. Geli!” Bersungguh-sungguh Najwa membela dirinya. Dua helai t-shirt yang dipegang oleh lelaki itu dikerling sekilas.


“Saya rasa ada salah faham di sini. Saya kenal kawan saya. Dia takkan buat kerja bodoh ni. Dia bukan pencuri, okey.” Sampuk Insyirah tegas.


“Kalau dia betul nak t-shirt tu, dia mampu beli. Bukan mencuri macam ni. Mesti ada yang tak kena ni.” Fatin ikut mencelah.


Insyirah mengangguk setuju. Mereka percaya, kehadiran dua helai t-shirt di dalam slingbag Najwa memang bukan kerja gadis itu. Mereka kenal Najwa. Dah faham sangat dengan perangai Najwa. Mencuri bukanlah ciri-ciri teman mereka yang satu itu.


“Betul! Korang apa tau? Kenal aku pun tak. Tiba-tiba je nak tuduh aku mencuri. Hey, kalau korang tak percaya tengok CCTV la. Aku pun nak tau jugak macam mana t-shirt tu boleh ada dalam beg aku. Tapi kalau memang betul aku tak salah, aku saman korang!” Tegas suara Najwa. Satu persatu pekerja-pekerja yang mengelilingi mereka bertiga direnung tajam. Gila hapa nak tuduh aku mencuri. Tengok orang ah, beb! Muka suci macam ni ada nampak macam pencuri ke? Tak sekolah betul!


Para pekerja itu sudah berubah muka. Cadangan Najwa diturut. Seorang daripada mereka kelihatan terkumat kamit sambil menepuk dahi. Rasa menyesal mungkin. Iyelah, belum tengok bukti senang-senang nak menuduh. Tiga sekawan itu dijemput masuk ke dalam bilik kecil yang ada di dalam kedai pakaian itu. Rakaman CCTV dimainkan. Semua mata tekun menghadap skrin 14 inci berwarna hitam.


“Siapa tu Wa?” Suara Insyirah kedengaran perlahan. Wajahnya jelas nampak terkejut dengan apa yang dilihatnya ketika itu.


“Aku tak perasan pun mamat tu tadi.” Kata Fatin dengan mata terkebil-kebil.


Najwa hanya kaku memandang rakaman itu. Kelihatan seorang lelaki berjalan yang berada menghampiri Fatin yang ketika itu sedang menggalas slingbag Najwa ketika dia masuk ke dalam fitting room. Kemudian lelaki itu cepat-cepat memasukkan dua helai t-shirt ke dalam slingbagnya yang terbuka zipnya tanpa Fatin sedari. “Kurang ajar punya manusia! Asal dia nak pedajal aku? Siapa dia?” Najwa mula bengang. Mata tidak beralih dari paparan rakaman tersebut. Dia sedang menunggu untuk melihat wajah tuan empunya tubuh yang sudah sabotaj dia sebentar tadi. Lelaki yang dalam rakaman itu akhirnya menoleh ke belakang sebelum dengan pantas dia berlari menjauhi Fatin. Dan akhirnya wajah suspek berjaya dikesan.


“Dia!!!?” Melihat muka suspek yang amat dikenalinya itu membuatkan mulutnya luas ternganga. Dengan pantas dia berlari ke luar untuk melihat sekeliling kedai itu. Berlari-lari dia di dalam kedai mencari musuh ketatnya itu. Namun bayang musuhnya itu tidak kelihatan. “Kurang ajar!!!” Tanpa mampu menahan sabar dia terjerit kuat di situ. Pandangan hairan orang sekeliling diabaikan. Dalam dadanya membuak-buak menahan bengang, otaknya sempat berfikir. “Patutlah aku ada dengar orang panggil nama Razin. Rupanya orang gila tu memang ada dekat sini tadi! Ya Allah... Ya Allah... Astaghfirullahalazim...” Dada digosok lembut. Cuba mengurangkan baran yang sudah menular dalam dirinya ketika ini.


“Wa! Kau kenal ke mamat tu?” Insyirah berlari ke arah Najwa sambil menyoal.


“Kenal. Sangat!” Balasnya dengan suara antara dengar dengan tidak.


“Siapa? Tiba-tiba dia nak pedajal kau apehal?” Giliran Fatin pula bertanya. “Kitorang tak pernah tengok dia pun before.”


“Dia orang gila yang baru lepas dari Tanjung Rambutan. Tu sebab ar tak habis-habis nak cari pasal dengan aku.”


That orang gila?” Serentak dua sahabat itu menyoal Najwa dengan muka agak tergamam.


Najwa mengangguk laju.


“Budak yang londeh seluar dekat tempat parking tempoh hari?” Insyirah pandang Najwa.


“Yang jumpa rantai tangan kau tu?” Diikuti dengan Fatin.


“Itu ke orang gila yang kau lulur muka dia dengan mee sup?”


“Dia ke yang siram kereta kau dengan sampah?”


“Iyeeeee....” Panjang nada itu. Najwa terangguk-angguk macam burung belatuk mengiyakan tekaan dua temannya itu.


So... ini kes...”


“Balas dendam?” Soalan Fatin disambung pantas oleh Insyirah.


Najwa angkat bahu. Mata masih meliar ke sekeliling. Dia betul-betul berharap agar manusia yang amat dibenci itu masih berada di situ. “Berdoalah kau agar aku tak jumpa kau lepas ni. Kalau tak memang kau... Hah!!!” Ayat Najwa terhenti bila matanya menangkap sesusuk tubuh yang kelihatan cuba bersembunyi di sebalik sekumpulan remaja yang berada tidak jauh dari dia. “Orang gila!!!” Bersama jeritan itu dia pantas membuka langkah seribu menonong keluar dari kedai pakaian ROM tersebut.

*****************

28 comments:

  1. hahaha mmg gila r wat idea sengal cmtu...
    lama gler dok tungu ni novel.

    ReplyDelete
  2. best sgat2x. Cpat smbg.....

    ReplyDelete
  3. x sabar gla nk tw apa akn jadik dengan si razin tuhh

    ReplyDelete
  4. gile pnye bls dendam..aih..bilakah dendam mau berakhir nih...haha...

    ReplyDelete
  5. not bad...tapi knape lmbt sangat..? x saba nk taw sambungan dy la...

    ReplyDelete
  6. Hahahahhahahhah!!!!! Berani sungguh Najwa. Ya, Najwa!! Berani kerana benar!! Rindu dgn post akk Zarith. huuhhu~


    apapun, padan muka Razin. Saman dia Najwa. Saman dia. Report polis terus!!

    ReplyDelete
  7. oh my allah.. hah ap y si wawa nk wt 2??? x sbar nk tw.. i-p

    ReplyDelete
  8. hahaha... Razin!!! suka ja cari pasal ngan Najwa. Kejap lg mesti dia yg tkena balik. he... Apa yg akan jd seterusnya??? Najwa kejar Razin yea. he...

    ReplyDelete
  9. ala potong tol la..klau x,dpt gak tgk si najwa tu mengamok!..

    ReplyDelete
  10. whoa..
    memang ada tgn ajaib tul la..
    kena lauk la razin pas ni

    ReplyDelete
  11. akhirnyaaaaaaaaa..........ada gak smbngan..best!best!best!!
    habis la razin lps ni.haha

    ReplyDelete
  12. hahaha best2...lg kak..

    ReplyDelete
  13. okk...besh gle...thnks...jht btl razin ni...haha.cian wa

    ReplyDelete
  14. nampaknye perang makin sengit la antara najwa n zarin hehehehehe........... i like!!!!!

    ReplyDelete
  15. jahat gila razin.
    hampeh jep!
    wawa balas dendam cepat.
    bg nyesal seumur hidup. haha.

    ReplyDelete
  16. sweet!!post la lg ek...kalo boleh A.S.A.P.

    ReplyDelete
  17. KEH KEH KEH ..\
    x sbr nak tgu dia srgah org gile...

    ReplyDelete
  18. wah...cpt smbg lg..best2..ape la najwa nak balas blk si razin tu....

    ReplyDelete
  19. kak....bukukan teruslah...best cite ni...

    -ecah-

    ReplyDelete
  20. kak....bukukan teruslah...best cite ni...

    -ecah-

    ReplyDelete
  21. best x hingat!!(^-^)
    cpt la wt smbungan...
    da lama da tunggu...

    ReplyDelete
  22. haha...sngt best....cpt ler smbg..

    ReplyDelete
  23. mailah blog sy ada karang novel hehe..

    ReplyDelete
  24. best3!!! smbglah lagi... :) kasi deboomm punye cerite...hehe

    ReplyDelete

toucholic

toucholic

Hot N Cold

Hot N Cold
Apa yang terjadi bila air panas bertemu dengan ais cube?

sweet sours

sweet sours
friendship is a sweet relationship

Bila Amar Dah Suka Dia

Bila Amar Dah Suka Dia
Inilah jadinya bila Amar dah jatuh chenta