Chill Out ~~ ^_* (kalau tak suka lagu boleh stop kt atas ni)

new updated!


new n3 :-)

# Hot And Cold (Bab 5)
# Hot And Cold (Bab 4)
# Hot And Cold (Bab 3)

* my new email (YM, FB) :"carl_aryana89@yahoo.com"

(^__^)

(^__^)

Kalaulah Hot n Cold dapat peluang ke untuk ke versi cetak.. apa kata kalian?

Monday, July 25, 2011

TOUCHOLIC 17

“WEI!!! Stop lari lah! Aku penat ni!”


“Kau tak kejar, aku tak lari!”


“Kalau aku tak kejar lagi laju kau lari!”


“Kau stop kejar. Then aku stop lari. Deal?”


“You first!”


“Kau dulu lah!”


“Kau!”


“Kau!”


“Kau! Kau! Kau!”


Langkah dilajukan lagi bila gadis itu tidak menunjukkan tanda-tanda untuk mengalah. Kali ini dia membuat pusingan pada booth yang menjual pelbagai jenis stoking. Dia rasa teramat malu bila mata-mata orang ramai terpaku ke arah dia. Namun, muka terpaksa ditebalkan. Pandangan-pandangan mereka perlu diabaikan. “Kau tak penat ke?”


“Orang gila macam kau je yang tak tau penat! Kau memang tak guna!” Jerit Najwa yang sudah mula rasa pancit. Mahunya tak pancit kalau dah empat lima pusingan dia dah buat dari tingkat atas ke bawah untuk mengejar Razin. Gerakan kaki tak sekuat mula. Dia dah rasa penat. Namun sepasang kakinya itu dipaksa bergerak juga. Yang penting, bayangan Razin tak boleh hilang dari pandangan!


“Aku penat! Tolonglah berhenti kejar aku.” Suara Razin kedengaran seperti rayuan. Dia pegang perut. Nafas ditarik dan dihembus dengan kuat.


Langkah kaki Najwa sudah berubah rentak. Kian perlahan. Dah tak mampu nak berlari lagi. Lelahnya rasa ketika ini. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk duduk bersila di atas lantai betul-betul di hadapan booth stoking itu.


Melihat Najwa yang sudah setuju untuk mengalah, dia jugak ikut melakukan perkara yang sama. Tanpa segan silu Razin melipat sila di atas lantai yang sama. Namun koordinat dia saja yang berbeza. Kalau Najwa bersila di hadapan booth itu, dia pula mengambil tempat di belakang. Gila nak bersila sebelah menyebelah? Kena pancung naya je. Minah ni kalau dah bengang, mana boleh fikir baik buruk lagi dah. Suka hati bertindak je. “Tanak lari dah.” Suara dia tersekat-sekat. Kepala disenget sedikit ke kiri untuk melihat wajah Najwa.


Najwa menggeleng sambil menggoyangkan tangan. “Tanak kejar dah.” Peluh yang sudah mengalir pada dahi dikesat. “Gila ah! Tak pernah lagi aku lari laju macam ni.” Selendang dikibar-kibar mengundang kehadiran angin. Panas ya amat.


“Aku pun tak pernah kena kejar sampai macam ni.” Adu Razin pula. Kedua-dua kali dilunjur ke lantai. Dia membengkokkan sedikit badan ke depan. Cuba menghilangkan rasa lenguh badan. Lari kena kejar dengan anjing Ah Seng sepuluh tahun lepas pun tak pecut kuat macam ni.


Najwa pula menumbuk perlahan kaki kanan yang sudah terasa sengal-sengal. “Asal kau suka cari pasal dengan aku?” Soal dia pada Razin.


“Aku buat apa?” Dia cuba berdalih.


“Kau tak payah nak buat muka bodoh macam tu. Dekat ROMP tadi... kau yang buat kan?”


“ROMP?” Razin tunjuk mula tak faham. “Kau cakap apa ni? Aku tak faham.”


Hujung bibir terangkat sebelah. Najwa balas dengan muka sinis. “Kau suka tunjuk kau bodoh kan?”


“Serius, kau tengah cakap pasal apa ni? Cuba explain sikit dekat aku. Kasi aku faham.” Razin masih tak mengaku. Sekali lagi tahap kesabaran Najwa diuji.


“Wei orang gila! Sabar aku ada had jugak tau! Kau jangan sampai aku hilang sabar. Ada jugak masuk paper esok, kes kunyah daging manusia sampai lumat dekat Mid Valley ni.” Najwa yang sudah panas satu badan menengking lantang. Kecik saja tubuh Razin pada pandangan dia ketika ini. Kalaulah ketika ini ditangan dia ada sepuluh anak panah yang dibuat dari besi panas, memang dah lama dia panah orang gila di hadapannya itu. Dan dia akan pastikan kesepuluh-sepuluh anak panah itu akan tepat tertusuk di jantung Razin. Puas hati aku! Kalaulah... Kalaulah membunuh itu bukan satu dosa...


“Sekarang siapa yang gila sebenarnya? Orang gila macam kau je yang sanggup kunyah daging manusia sampai lumat. Dah macam drakula aku tengok kau ni. Tau nak menyerang je.” Bidas Razin tak mahu mengalah. Satu sengihan mengejek dihadiah buat Najwa. Dia tahu gadis itu sedang kawal rasa bengangnya ketika ini. Sebab itulah dia lagi giat menyakat.


Drakula? Haih!!! Dia pejam mata rapat-rapat. Kemudian, satu tarikan nafas dibuat. Panjang sebelum dihembus. “Aku memang tak boleh tahan sabar lagi dengan kau ni.” Suara Najwa kedengaran bergetar. Barisan gigi atas dan bawah sudah berlanggaran. Sepantas kilat dia berdiri. Niat yang tertanam di hati untuk mendapatkan Razin masih belum padam.


Melihat Najwa yang ingin menerkam tubuhnya macam ular sawa terkam katak, pantas dia mengatur langkah menyelamatkan diri. “Kau nak sambung kejar lagi ke?” Dia yang berada sepuluh tapak di hadapan Najwa menyoal cemas.


“Selagi aku tak kunyah daging kau, selagi tu lah hidup aku tak aman!” Habis je ayat, pecutan dibuat. Dan sekali lagi permainan aci kejar berlangsung di dalam shopping mall itu.


“Kau kejarlah sampai kiamat pun, kau takkan dapat aku!”


“Just see!”


“Orait!”


***

“AKU sempat beli satu buku je. Belum sempat nak ushar buku lain kau dah ajak keluar.” Omel Izzat tak puas hati bila Sam menolak tubuhnya keluar dari kedai buku MPH itu. Jasad saja dah ada dekat luar namun hati dan otak masih lagi dekat dalam MPH. Dia cuba mengkakukan diri di situ.


“Kau boleh tolong faham perasaan aku tak, Jat? Aku rasa tak boleh bernafas tau tak dekat dalam tu? Kita datang sini nak have fun. Kalau setakat nak baca buku, baik kita pergi library Shah Alam je tadi. Takyah susah payah datang sini.” Balas Sam juga dengan riak tak puas hati. Tubuh Izzat ditolak terus berjalan menjauhi pintu masuk MPH itu.


“Dah tu nak pergi mana sekarang?” Akhirnya Izzat terpaksa akur dengan permintaan temannya itu. Iyalah, tak adil pulak kalau dia terus paksa Sam ikut keinginannya untuk terus berkhemah di bookstore itu memandangkan Sam dengan buku bukanlah rapat sangat. Kalau nak tengok dia suka buku, kena tunggu hujung semesterlah. Masa final exam.


Soalan itu membuatkan Sam mengukir sengihan lebar. “Lepak.”


“Mana?”


“Memana je. But not MPH!” Tegas suara itu.


“Kau decide. Aku follow.” Putus Izzat yang dah malas nak berfikir.


“Kejap aku nak fikir.” Sam urut dahi. Otak mula bekerja. Namun sel-sel otaknya berhenti bergerak sebaik saja sepasang matanya menangkap dua tubuh sedang berkejaran turun escalator tidak jauh dari mereka. “Wei! Apehal tu?” Izzat disebelah disiku.


Lelaki itu turut memaku pandangan ke arah dua makhluk yang yang dimaksudkan oleh Sam. Dia cuba mengintai dua tubuh yang berlari membelakangi mereka. “Couple gaduh kut?” teka Izzat. Itu yang lintas di kepala.


“Gila tak malu! Kalau nak gaduh pun janganlah main kejar-kejar dekat sini. Ini mesti kes pakwe dia kantoi keluar dengan awek lain ni.” Sam pulak sukarela buat andaian.


“Biar ah. Takyah sibuk hal orang.”


“Haah. Takyah sibuk.” Sam setuju dengan kata-kata Izzat itu. Namun lepas tiga saat, mulut dia ternganga. “Hah!”


“Asal?” Reaksi tergamam Sam itu membuatkan Izzat jadi hairan.


“Aku rasa kita terpaksa menyibuk dalam hal orang ni.”

“Huh?” Izzat muka tak faham.


“Awek tu... baju tu... yang kejar tu...”


“Kita kenal!” Kini giliran Izzat jugak tergamam setelah wajah si pengejar itu sudah berjaya dikenalpasti.


“Kenal rapat.” Suara Sam hampir tak terkeluar.


“Rapat sangat!” Mata Izzat tak berkelip langsung.


“Wawa!” Dua suara bergabung.


Lelaki yang dikejar Najwa melintasi mereka dipandang tanpa berkelip. Kini Izzat sudah bersedia ‘mengalukan kedatangan’ Najwa ke arahnya. Kembarnya itu bagai tidak sedar kehadiran abangnya di situ. Dan setelah tubuh Najwa makin menghampiri, sepantas kilat tubuh itu ditangkap dan dipeluk erat. Dah gaya macam goal keeper tangkap bola je. Gol!!!!!


“Wei! Lepaslah! Apa main peuk-peluk orang ni!” Dia meronta kuat bila terasa tubuhnya didakap erat. Sangkanya orang asing yang cuba mengambil kesempatan.


“Wa, along ni!”


Rontaan dia terhenti bila suara Izzat memasuki corong telinga. Laju tangan mencengkam kolar t-shirt kembarnya itu. “Along, tolong Wa kejar orang gila tu! Jangan lepaskan dia.”


“Bawak mengucap, Wa. Apehal sampai jadi macam ni?” Najwa yang kembali meronta dipeluk kejap.


“Kau kena sawan apa tetiba ni, Wawa?” Sam menyelit ingin tahu. Melihat keadaan Najwa itu, dia ikut jadi cemas. Dah macam orang histeria pun ada.


“Kejar dia!” Matanya masih tidak lari dari tubuh Razin yang kian menjauh ke depan.


“Sebelum kitorang kejar dia, bagitau along dulu dia dah buat apa dekat Wa?” Soal Izzat. Kedua-dua tangan Najwa digenggam ketat. Wajah adiknya itu cuba dipandang.


“Gangguan seksual?” Teka Sam perlahan. Dia jadi malu bila menyedari keadaan mereka telah mencuri perhatian orang-orang di situ. Bertambah malu dia bila lima orang yang tak dikenali sudah mengelilingi mereka dengan pandangan pelik.


“Tak!”


“Dia curi purse kau?”


“Tak!”


“Dah tu?”


“Dia kacau aku. Dia cari pasal dengan aku. Dia buat aku bengang!”


“Lorhh!” Dua-dua tepuk dahi. Itu je?


“Sam.” Izzat mengisyaratkan sesuatu kepada Sam hanya menggunakan bahasa mata. Tangan Najwa ditarik agar mengorak langkah ke arah escalator. Walaupun kembarnya itu memprotes, dia tetap memaksa. “Jangan sampai along dukung Wa sampai pintu keluar! And I’m not kidding! I swear!” Tegas suara itu.


Akhirnya Najwa terpaksa mematikan niatnya untuk mengunyah daging Razin bila alongnya sudah naik angin. Lagipun bayang Razin dah hilang dari pandangan. Lambat-lambat dia melangkah mengikut gerak kaki Izzat.


Sam yang memahami isyarat itu mengangguk dan mengeluarkan Xperia 10 dari poket seluar. Nombor Fatin didail. Belum sempat caller ringtone Fatin berbunyi, gadis itu muncul dari belakang. Talian dimatikan. “Korang pergi mana?”


Fatin yang muncul bersama Insyirah itu kelihatan termengah-mengah. “Wawa... Wawa mengamuk.” Maklum kedua-duanya dengan suara tersekat-sekat. Masing-masing muka pucat.


“Dia kejar sorang mamat tadi.” Sambung Fatin lagi.


“Kitorang kejar dia jugak tapi diorang hilang.” Insyirah menyelit sama.


“Diorang punya lari macam...” Fatin tak mampu nak menghabiskan ayat.


“F1 dekat Sepang hari tu.” Insyirah masih termengah-mengah.


“Laju macam tu. Sumpah tak tipu!”


Insyirah mengangguk mengiyakan kata-kata Fatin. “Cuma takde bunyi enjin je.”


Reaksi dua sahabat itu mengundang tawa dari Sam. Muka lesu Fatin dan riak cuak Insyirah membuatkan dia geli hati. “Nah! Minum air ni. Aku tengok korang dah nazak gila.” Botol mineral yang dibelinya dalam MPH tadi dibuka penutup dan dihulur kepada Fatin.


“Thanks.” Botol mineral bertukar tangan. Diteguk tiga kali sebelum disua pula pada Insyirah yang tengah tunggu turn. “Jom cari Wawa. Bila tengok gaya dia mengamuk tadi bukan setakat cukup dengan belasah. Lebih dari tu aku rasa.”


“Sebelum ada tragedi sadis dekat Mid Valley ni better kita cepat bertindak.” Kata Insyirah pula. Botol mineral yang dah kosong dicampak masuk ke dalam tong sampah di belakang Sam.


“Wei... Relaks ar. Cool kejap.” Sam mengangkat tangan tanda menyuruh kawan-kawannya itu bawa bersabar. Dua-dua gaya cuak macam si Wawa tu pernah bunuh orang je sebelum ni. “Kitorang dah tangkap Wawa tadi. Sekarang dia dengan E-jat. Dia selamat. Orang yang dia kejar pun selamat. Korang takyah risau.”


Ayat-ayat positif Sam itu berjaya membuatkan Fatin dan Insyirah tarik nafas lega. Alhamdulillah... Kemudian, tanpa berkata apa-apa dua gadis itu dengan selamba melipat sila atas lantai di sebelah Sam. Fatin kiri. Insyirah kanan. Sam hanya berdiri ditengah-tengah dengan muka blur.


Don’t say anything. Penat!” Melihat Sam yang berkira-kira hendak bersuara Insyirah terus menegah. Siap dengan isyarat tangan lagi.


Five minutes. Stabilkan nafas. Please!” Fatin kesat peluh dengan tisu. Bila difikir-fikirkan balik situasi tadi dia rasa... “Malu.”


Me too. Sangat.”


Dia toleh pada Insyirah yang dah menutup muka dengan tapak tangan.


“Tin, doakan aku supaya lupakan insiden tadi.” Muka Insyirah merona merah. Bertambah merah bila wajah bersih itu diraup.


“Relaks ar Syiro, orang dekat sini bukan kenal kita pun. Takde siapa pun yang tengok insiden tadi.”


Takde lagi? Vinnci tu ramai orang kau tau tak? Nasib baik tak rosak kasut-kasut dia. Kalau tak... tak pasal-pasal aku kena korek saving aku nak bayar ganti rugi.”


“Kalau kasut rosak okey lagi. Kalau kau yang luka cemana? Kau selamat pun dah dikira anugerah tau?”


“Memang lah. Tapi kau faham tak feeling aku sekarang ni? Ni semua si Wawa tu punya pasal.” Omel Insyirah tak puas hati.


Kerana Najwa, dia dan Fatin terpaksa menebalkan muka berlari macam kena kejar dengan anjing gila dalam Mid Valley ni. Dan kerana Najwa jugak dia terpaksa merelakan diri jatuh tergolek di atas rak kasut di kedai Vinnci tadi gara-gara kaki terpelecek hinggakan susunan kasut yang asalnya kemas jadi tak kemas bertaburan di atas lantai dan menjadi tontonan orang ramai. Masa tu dia rasa macam tengah berlakon teater dekat Istana Budaya je. Malu jangan cakap lah. Tebal tak tebal sampai muka dah rasa keras macam konkrit. Lepas tu terpaksalah dia dan Fatin bongkok-bongkok badan minta maaf dekat setiap pekerja yang ada di situ. Tapi dia rasa bersyukur sangat-sangat hari ini dia tak pakai skirt labuh. Kalau tidak, mahunya terselak sampai ke muka skirt dia kalau dah gaya tergolek-golek macam tadi tu.


“Lepas ni kalau datang sini lagi, kau jangan halang aku nak pakai topeng.” Sambung dia lagi. Mata dipejam berkali-kali cuba membuang ingatan tentang peristiwa paling malu dalam hidupnya itu.


“Orang takkan ingat muka kau la, Syiro. No worries lorh...” Pujuk Fatin. Ayat sepositif mungkin disuarakan untuk menyedapkan hati temannya itu.


“Cup! Ladies, korang tengah cakap pasal apa ni? Malu? Vinnci? Kasut rosak? Pakai topeng? Apehal?” Soal Sam yang dari tadi hanya diam mendengar. Dia yang tak tahu pangkal hujung keluhan dua gadis itu berkobar ingin tahu.


Fatin berdiri. Tangan Insyirah yang dihulur ditarik. “Hal perempuan. Kau tak perlu tau.”


“Hal yang macam mana tu?”


“Takyah tau lah. Jom blah.” Insyirah dah menonong ke depan. Sumpah! Rahsia ini dia takkan biar terlepas pada pengetahuan Sam. Kalau tidak, dengan yakinnya lelaki itu ketawakan dia sambil guling-guling pusing Mid Valley ni..


Tiga beg plastik berlabel tulisan ROMP disua pada Sam. “Tolong bawakkan ni. Kitorang penat. Tak larat nak pegang apa pun. Kalau tak haram, badan aku ni pun nak mintak kau kendong sampai kereta.” Kata Fatin lagi sebelum menjejak langkah Insyirah di depan.


“Bajet kau tu budak baru boleh merangkak ke yang sampai nak kendong bagai?” Sam tarik muka. Beg plastik yang dah berada ditangan dijeling. Aku juga yang kena!


***

WAJAH lelaki yang tiba-tiba muncul dari belakang dipandang pelik. Dada yang berombak-ombak itu lagi membuatkan dia pelik. Kedengaran tarikan nafas yang kuat menambahkan bilangan kerutan pada dahinya. “Nah.”


“Thanks.” Huluran tisu bersambut. Peluh pada mukanya dikesat.


Kemudian kerusi yang bertentangan dengan dia ditolak dengan kaki dari bawah meja.


“Thanks.” Masih termengah-mengah.


Air coke yang tinggal separuh dihulur pula.


Bersambut. Laju air itu disedut. Hanya beberapa saat, cawan kertas itu kosong. “Thanks.”


Kini funfries pula disua pada lelaki itu. Juga bersambut. Sekali masuk mulut, sepuluh batang dia sapu. Dan situasi itu membuatkan Aman jadi bertambah-tambah pelik.


“Thanks.” Bekas funfries juga kosong. Pun dalam beberapa saat saja.


“Selain thanks... kau tak rasa nak cakap benda lain ke dengan aku? Macam... kenapa satu badan kau lencun macam baru lepas terjun kolam? Macam... kenapa kau buat gaya tak makan setahun? Macam... kenapa kau tiba-tiba muncul dengan gaya baru kena kejar dengan predator?” Muka pucat Razin direnung dalam-dalam. Temannya itu nampak gelabah. Tak tenang. Sekejap-sekejap dia toleh belakang. Sekejap-sekejap kiri kanan. Macam ada sesuatu yang dikhuatiri mengekori dia.


“Memang aku kena kejar.” Maklum Razin perlahan.


Aman tergamam sekejap. “Dengan siapa? Apa kau dah buat, bhai? Jangan cakap yang kau dikejar security. Kau ada buat apa-apa ke kat dalam ROMP tadi?” Dia mula serkap jarang.


“Apa? Kau ingat aku nak mencuri ke? Bukan keturunan aku la curi-curi ni. Aku kena kejar dengan drakula.”


“Huh?” Aman angkat kening. “Celah mana datangnya drakula dekat sini pulak? Bro, ini bukan filem Van Helsing lah.”


“Kau ingat aku tengah berangan acting dalam filem tu ke? Drakula bertopengkan manusia lah. Kau ingat tak budak perempuan yang aku ceritakan hari tu?”


“Yang mana? Mastura?”


“Bukan.”


“Intan?”


“Tak.”


“Shida.”


“Bukan! Bukan!”


“Julia.”


Razin tayang muka bengang. Aman dipandang macam nak telan. “Yang kau pergi list kan nama kawan-kawan aku tu kenapa? Rajinnya nak mengingat.”


Pecah tawa. “Kawan... je?” Sengaja dia menduga.


“Kawanlah. Aku anggap kawan je. Diorang tu yang nak anggap lebih. Jangan salahkan aku.” Nafi Razin dengan muka tak beriak.


“Dah kau yang melayan lebih. Logiklah diorang anggap lebih.”


“Wei, dah lari tajuk ni. Kita tengah cakap hal lain, kan?” Tajam Razin tenung mata Aman yang tengah galak kulum senyum.


“Budak mana? Kau bagi hint sikit.” Aman dah mula balik ke topik asal. Wajah Razin masih direnung. Tiada senyuman. Dan into bermaksud dia bukan tengah buat lawak pasal drakula.


“Budak yang selalu buat aku bengang tu. Yang suka cari pasal dengan aku. Yang...” Ayat dia mati tiba-tiba. Lidah jadi kelu. Tubuh jadi beku. Pandangan mata tertancap pada dua batang tubuh yang sedang berjalan memasuki Restoran McD itu. Yang sorang tu dia tak kenal siapa. Tapi yang lagi sorang tu dia kenal. Sangat! Dan tanpa berlengah lagi dia terus angkat kaki masuk tandas yang berada di dalam restoran McD itu. Sembunyikan diri yang paling penting sekarang ni. Aman yang sedang memanggil nama dia diabaikan.


***

“STAY here. Don’t move!” Arahan itu berbaur tegas. Pegangan pada lengan kembarnya itu diketatkan.


“Dah boleh lepas. Dia dah lari. Wa nak kejar siapa lagi?” Tangan kanannya digerak-gerak. Pegangan Izzat terlerai. “Along jahat!” Bentak Najwa geram. Agak kuat dia tumbuk bahu Izzat.


“Pulak? Dia yang cari pasal dengan Wa. Along pulak yang jahat?”


“Jahatlah. Kalau tak sebab along halang Wa tadi, sekarang ni Wa dah belasah orang gila tu.”


Izzat tarik nafas. Muka masam Najwa dipandang. Ringan saja tangannya mendarat dimuka mulus itu. Mengesat air-air jernih yang mengalir di dahi dan hidung Najwa. “Muka dah macam hape je. Ni, selendang ni...” Selendang Najwa yang sudah terkelepek sana sini dibetulkan. “...tadi sebelum datang sini bukan main lama Wa pakai selendang. Kemas. Cun je. Sekarang ni dah macam baru lepas wrestling je gaya. Sememeh habis. Pin ni tadi bukan kelip bawah dagu ke? Asal sekarang dah pindah tepi kening?”


“Biar ah! Dah takde mood nak ‘repair’ balik. Eesh! Bengangnya!!!” Tanpa amaran dia menjerit. Tiba-tiba sahaja.


Dan tindakan itu membuatkan Izzat cepat-cepat menekup mulut Najwa. “Behave yourself, Najwa!”


“Along... Wa tak boleh duduk diam. Wa bengang. Bengang sangat. Hanya Allah saja yang tau betapa bengangnya Wa dekat orang gila tu sekarang ni. Wa tak dapat belasah dia. Wa tak boleh duduk diam. Wa rasa macam... grrrrghhh...” Gigi sudah berlaga. Kedua-dua tangan mengepal penumbuk. Kaki pula dihentak kuat pada lantai.


“Cuba bawak mengucap. Istighfar banyak-banyak. Baca ayat-ayat penenang hati. Kalau Wa terus ikut rasa bengang tu seumpama macam Wa ikut kata iblis. Iblis memang suka dekat dengan orang yang cepat bengang macam ni.” Nasihat Izzat lembut. Bahu Najwa digosok perlahan. Kemudian kepala kembarnya itu ditepuk lembut. Cuba mententeramkan hati Najwa itu.


“Wa tak boleh! Wa geram! Wa...” Muka disembam pada bahu si abang. Dada Izzat ditumbuk-tumbuk. Selepas itu, hujung lengan t-shirt Izzat ditarik-tarik kasar. Tak cukup dengan itu hujung selendang digigit-gigit dengan rakus. Dan perbuatannya terhenti bila otaknya bagai disapa sesuatu. “Allahuakbar... Allahuakhbar... Astaghfirullahalazim...” Istighfar dia perlahan beberapa saat selepas itu. Muka lesunya diraup berkali-kali.


Hampir sepuluh minit berlalu, setelah puas beristighfar, dia kini sudah mampu tersenyum.


Izzat yang memandang senyuman itu turut tersenyum. “How do you feel right now?”


“Better. No. Much better actually.”


“Good.” Bacaan pada buku yang baru dibeling di MPH tadi bersambung kembali.


“Along.”


“Hmm.” Dia menyahut tanpa mengangkat wajah.


“Pasal tadi... sorry. Dah banyak kali along pesan supaya Wa control baran tapi Wa failed lagi.”


“Tau pun. Buat malu je berlari kejar lelaki pulak tu dekat depan public. Macam-macam andaian yang orang boleh buat bila tengok gaya Wa tadi tu.”


Mendengar kata-kata Izzat muka Najwa berubah. Merah.


“Pertama. Eh, tak malunya anak dara kejar lelaki dekat shopping mall. Kalau dah orang tanak tu, dah la. Takyah nak melutut bagai. Anak siapa la tu.”


Mulut Najwa ternganga.


“Kedua. Jahat gila pakwe dia. Sanggup buat awek dia macam tu. Yang si awek pulak, kesiannya. Mahunya tak kejar kalau dah pakwe tu mungkir janji. Lelaki zaman sekarang memang tak boleh pakai! Habis madu sepah dibuang.”


“Along...” Andaian kedua itu benar-benar buat Najwa rasa tercekik. Habis madu sepah dibuang. Tu dah macam... Tak! Bukan macam tu. Bukan macam tu! Aku bukan perempuan macam tu!


“Apa? Nak deny apa yang along kata? Itu andaian yang mungkin ada pada fikiran orang-orang yang menonton drama hebat Wa tadi tu. Logik kan kalau ada andaian macam ni?”


“Tapi Wa... Haaaaaa...” Dia hilang kata-kata. Rasa malu menebal-nebal. Muka disembam rapat pada meja.


“Ada lagi. Yang ketiga.”


“Perempuan tu... muka cantik. Dressing smart dari kepala sampai kaki. Nampak macam educated. Macam anak orang baik-baik. Tapi sayang... Gila rupanya dia.” Sam yang baru muncul menyambung kata-kata Izzat tanpa dipinta. Kerusi di hadapan Najwa ditarik dan diduduk.


Najwa angkat muka pandang Sam. “Takkan sampai macam tu sekali kut orang cop muka aku ni. Sadisnya...” Kedua-dua pipi ditampar-tampar.


“Macam along kau cakap tadi. Logiklah orang nak fikir macam tu kalau dah tengok gaya kau hysteria tak ingat dunia tadi tu. Boleh pulak main aci kejar dalam Mid Valley ni? Tak senonoh betul. Macam orang tak sekolah je.” Bebel Sam bertubi-tubi. Baru sekarang dia berpeluang melepas rasa malunya pada Najwa sebentar tadi.


“Yang korang ni muka nazak lain macam apehal?” Menyedari Fatin dan Insyirah tidak bersuara, perhatian Najwa digamit.


“Lagi mau tanya?” Fatin menjeling sakit hati.


Insyirah pula hanya memeluk tubuh dengan muka mencuka sebelum bersuara. “Kau jangan risau Wa. Kau tak malu sengsorang. Kitorang kan ada. Kita kongsi rasa malu tu sesama.” Sinis ayat-ayat yang dilontarkan.


“Apa maksud kau?” Najwa muka tak faham.


“Maksud aku... masa kau tekun kejar orang gila kau tu kat depan, kitorang pun tekun kejar kau dari belakang. Kau boleh tak sedar? Eeeeii!!! Tau tak kitorang malu ya amat!? Paling malu aku ni hah!!!” Jerit Insyirah kuat dengan muka sebal. Dia tuding muka sendiri.


Situasi di situ jadi senyap seketika. Rasa macam masa terhenti tiba-tiba. Empat pasang mata menala tepat ke arah dia. Najwa kerut kening. Fatin hanya nganga. Sam buat muka gerun. Izzat pula blur je. Jeritan Insyirah berjaya menarik perhatian orang-orang di situ. Dan kini meja mereka menjadi perhatian.


Lima saat kemudian Sam tutup muka dengan plastik bag. Cover malu.


Fatin yang dah duduk di sebelah Sam terus bawa keluar phone buat-buat sibuk taip SMS.


Pembacaan yang terhenti sekerat jalan disambung semula oleh Izzat. Riak muka jelas selamba. Konon-konon tekun sangat.


Najwa pula sibuk tilik muka dekat skrin iPhone si kembar. Lipatan selendang dibetulkan.


Empat-empat buat gaya macam Insyirah tengah bercakap sorang-sorang. Gaya macam Insyirah tu orang asing. Tak kenal. Tak pernah kenal yang tiba-tiba datang serang meja mereka dengan kata-kata kesat walaupun sebenarnya tak adalah kesat pun.


“Korang!!!” Bila sedar kata-kata tak puas hatinya itu diabaikan Insyirah jadi makin bengang. Kaki dihentak-hentak kasar.


Laju lengan gadis itu ditarik. Fatin menjegil garang. “Syiro! Behave please!”Insyirah didudukkan di kerusi sebelah. “Aku dah cukup malu untuk tadi. Tolong jangan tambahkan rasa malu aku.” Agak keras suara Fatin.


Sam mengangguk sambil mengisyaratkan jari telunjuk di bibir. Meminta agar temannya itu tidak terus bertindak macam orang tak ada muka.


Istighfar, Syiro.” Saran Izzat pula.


Najwa terangguk-angguk. “Tarik nafas panjang-panjang. Tak elok bengang-bengang macam ni. Nak jadi kawan iblis ke?”


“Ewah, E-jat. Adik kau ni macam tengah bercakap depan cermin je. Pantul dekat diri sendiri.” Sindiran Sam dituju betul-betul pada batang hidung Najwa.


Izzat kulum senyum. “Dia sebenarnya tengah nasihatkan diri sendiri jugak ni.”


“Haih... Tiga-tiga kepala angin.” Keluh Sam seraya menggelengkan kepala.


“Tiga? Aku masuk sekali ke?” Fatin tak puas hati.


“Dah tu takkan aku? Aku steady je. E-jat? Cool semedang. Takdenya nak hot tempered macam korang. Cucuk sikit mengaum macam singa. Usik sikit serang macam buaya.”


That’s right. Tapi juara dia...” Perkataan terakhir dibiarkan tergantung. Hanya lirikan mata dipanah pada Najwa disebelah.


“Siapa juara? Sedap gila mengata orang ye?” Najwa pura-pura marah. Perut Izzat dicubit. Lelaki itu cuba mengelak. Tangan Najwa ditangkap dan dipegang ketat. Sedaya upaya dia menghalang cubitan berbisa Najwa melekat dikulitnya. Boleh lebam sebulan oh kalau kena cubit dengan budak ni. Bisa jari tu memang kuat dari kala jengkeng.


Tangan yang berada dalam genggaman Izzat cuba dileraikan. Kening mula bertaut bila dia cuba membaca isyarat yang disampaikan oleh Izzat menggunakan memek muka secara tiba-tiba. Kembarnya itu memuncungkan bibir ke arah Insyirah dan Fatin yang masih tayang muka asam keping. Sebijik!


Faham. Maksud isyarat itu difahami. Air liur ditelan. Bibir dibasahkan. Dia menghala pandangan pada wajah dua gadis itu. “Syiro, Fatin... sorry. Pasal aku korang terpaksa tak control ayu kejap tadi. Sorry... Mintak sorry sesangat. “Pinta Najwa dengan muka sayu.


Mendengar suara ikhlas itu, Fatin angkat muka pandang Najwa. “Kau ni kan...”


“Lain kali jangan nak bertindak macam orang tak ada akal.” Sambung Insyirah dengan nada marah.


“Boleh pulak kejar mamat tu sampai tinggalkan kitorang dekat belakang.” Luah Fatin lagi.


“Tau tak perbuatan kau tu buatkan kitorang cuak?”Insyirah menyelit kemudiannya.


“Bila dah cuak, kitorang tak fikir apa dah. Just fikir tanak kau hilang dari mata kitorang je.”


“Kau kata dia orang gila. So, orang gila tak boleh fikir baik buruk.”


“Kau pun tengah menggila masa tu. Dah tak boleh fikir logik.”


Insyirah tarik nafas sebelum menyambung. “Macam-macam boleh jadi.” Suara itu makin mengendur. Tak selantang mula.


Air muka Fatin juga dah semakin tenang. “Wa, next time please behave.” Nasihat dia lagi.


“Yela... Aku jaga perangai lepas ni.” Balas Najwa dengan muka bersalah. Mendengar omelan yang ada benarnya dari dua sahabatnya itu, dia rasa bersalah sangat.


“Good.”Serentak Fatin dan Insyirah berkata. Dalam sesaat, senyuman sudah terukir pada dua wajah itu.


Izzat dan Sam yang hanya membisu sambil memerhati situasi itu ikut kulum senyum. Masing-masing pandang muka kau-aku dengan kening terangkat. Kepala-kepala angin dah berbaik semula. Good!


***

“HAIHH!” Aman jadi tak selesa. Razin yang menyembamkan wajah pada belakang dia cuba ditepis. Dia cuba melarikan diri namun gagal. Pegangan lelaki itu lebih kukuh.


“Kejap je, bro. Kau tolong cover aku sampai luar McD je. Lepastu aku tak kacau kau dah.” Razin separa merayu. Sedaya upaya tubuh dan wajahnya dihalang dari pandangan Najwa yang berada disudut paling hujung Restoran McD itu. Nasib baik kedudukan gadis itu membelakangi dia. Kalau tak, peratus nak kena kejar lagi sangat tinggi.


“Aku malu ah. Orang pandang kita pelik je.”


“Biar ah. Peduli hape orang nak kata. Yang penting kau tau aku straight. Aku pun tau kau straight. Cepatlah gerak. Kang drakula tu nampak aku mampus.”


“Mana satu dia?” Teringin juga dia nak tengok muka drakula yang dimaksudkan oleh Razin itu. Takut sangat dia. Budak tu ada pernah bunuh orang ke sampai nak gerun macam ni sekali?


“Takyah tahu lah. Bukan masa nak kenal-kenal sekarang ni. Gerak laju-laju!” Tubuh Aman ditolak ke depan.


Sebaik saja kakinya menjejak escalator, satu keluhan lega dihela. Alhamdulillah, aku selamat dari drakula tu.


“Masalah betul kau ni. Itulah, siapa suruh kau cari pasal. Bukan saja susahkan diri sendiri. Sekali dengan aku pun susah. Nak lepak makan dengan tenang pun tak dapat.” Bebel Aman tak puas hati. Niat untuk melahap Big Mac tak kesampaian bila keadaan tak mengizinkan. Tak puas hati betul!


Suara Aman yang masih terkumat-kamit membebelkan dia hanya berlalu kosong di corong telinga. Satu patah apa pun dia tak ambil pusing. Ada lagi perkara yang lebih menarik perhatian otaknya untuk berfikir.


Kemesraan si drakula dengan seorang lelaki di Restoran McD itu berjaya membuatkan fikiran dia melayang. Boyfriend dia ke tadi? Mesra semacam je. Rapat pelik. Kalau ye pun tengah hangat bercinta tak perlulah kot nak mesra sampai macam tu sekali. Harap je pakai tudung, tutup aurat, tapi selamba kambing je main peluk-peluk. Tempat terbuka pulak tu. Cubit-cubit lagi. Habis manja ar tu? Tampar-tampar dada... ngada ya amat. Konon-konon suwit gila bila boleh tarik-tarik t-shirt pakwe kau? Nak menunjuklah tu yang dia ada pakwe.


“Wei, orang lain pun bercinta jugak. Tapi takdelah sampai nak bagitau dekat satu dunia! Heh!”


“Apa dia kau cakap?”


Soalan Aman mematikan lamunannya. Razin tersentak seketika. “ Err... arr... aku lapar. Haah. Aku cakap aku lapar.” Lancar dia menipu. Halah! Macam mana boleh keluar ikut mulut pulak ni? Nasib baik Aman tak dengar.


“Nak makan dekat mana? Food court?”


Geleng. “Aku dah tak ada selera nak makan dekat sini. Kita keluar. Makan tempat lain.”


Aman angkat bahu. “As you wish.”Ujarnya seraya menonong ke depan.


Razin pegang dada. Dup! Dup! Dup! Dahi berkerut pelik. “Apa masalah heartbeat aku nih?”

***

25 comments:

  1. hahahahaaha............. boleh plak diong ni main aci ligan dalam mall..... tak bleh nak bayangkan la..... hahahahahaha....

    ReplyDelete
  2. best best.. sabar menanti yg seterusnya...

    -alia-

    ReplyDelete
  3. hahaha..aik razin...jeles ke?haha///tula..si wawa ngn ejat lenkali kalau outing kene pki tag...kami kembar...haha...

    ReplyDelete
  4. okay....mmng klakar gilaa n3 nie (still rasa nak gelak skarang nie) ada ke patut main kejar2 kat mall.
    Cool gler cara e-jat tangkap wawa...

    ReplyDelete
  5. wawawa..
    jeles lak razin ni..
    along memang terbaik la..
    dari ladang..
    kuikuikui

    ReplyDelete
  6. hahahaha lawak gilerr !
    boleyh pulak maen kejar2 kat Mid tuh, tak dapat bayangkan ! hehehe
    adakah razin rase
    something2 kt wawa?! ~weee suke ! :D

    ReplyDelete
  7. dup dap dup dap,heheheee..naper tu razin?..de sumting2 nie,hihiii..

    ReplyDelete
  8. mmg ade masalah ngn heartbeat si razin nie...
    naper sentap ker tgk wawa ngn izzat???
    hihihi

    ReplyDelete
  9. razin,, sy blh tlg jawabkan.. awak daa jatuh-tegolek-golek ngan wawa hehehe

    ReplyDelete
  10. heartbeat razin bermasalah lps tgk wawa ngn bg dia...hahaha

    ReplyDelete
  11. hahaha bleyh lak maen kejar2 kat Mid tuh ,tak dapat banyangkan ! :D
    razin mula rase something2 ke kt wawa ! ~wee suke2 :D

    ReplyDelete
  12. next entry smbung cepat yer cik zarith...giler best citer nie..

    ReplyDelete
  13. hahaha mmg lawak gler ah. tp klo aku pun,mmg nak kena telan razin tu. kaso sgt guraunya. klo kat kg, mau kena hambat gan parang keliling kampung.
    slmt ada izzat yg coooool. suka dia;)

    ReplyDelete
  14. sis..smbung cpat2 ye..sgt suka kisah wawa dn razin... biar byk2 ade wawa dan razin je.
    cool gile time e-jat tngkap wawa.hehe

    ReplyDelete
  15. sangat-sangat sesangat sangat-sangat sangatnya TERBAIK!!! kelakar lah diorang.

    Tak sabar nak tunggu entry seterusya :D

    ReplyDelete
  16. ok, i'm here smiling n can't stop. plizz help me! hahahha...=)

    ReplyDelete
  17. hahaha gelak xhenti kot..ada lak dok maen ligan2 dalam mall..

    ReplyDelete
  18. wah bes gile...mcm dpt bygkan jek acara ligan2 ni....papepn smbng cpt ekk...thnkz tuk ep ni... superb...

    ReplyDelete
  19. best dn kelakar betul n3 kali ni boleh pulak main kejar-kejar diMV.
    Hai hati si Razin dh terusik ke?
    cepatlah sambung ye jgnlh lama sgt
    baru nk post n3 baru....

    ReplyDelete
  20. asyik snyum sjak bce ntry ni. dh fall in luv la ngan izat....
    next plis..

    ReplyDelete
  21. copycat aryana..sebijik!!pantang kne jolok,mengaum kalah rimau kne curik anak..hehehe..xdpt dibygkan..a gurl,yg elok bertdg,lari dgn tekun tnpa pedulik org ramai,kjr lelaki,dlm mall??mmg giler..spe sggup buat??terbaekkkkk la najwa..hahaha

    razin..pasai pa heartbeat bru jd xnormal bile dh lme stop lari??ke sbb laen tu..hehehe..

    ReplyDelete
  22. haiyoooooo bikin gilak ni org lorrrr.. wawa2 mmg sebijik aryana.. xleh control temper 2..

    ReplyDelete
  23. be giler ... smpoi ayt... nk lg... x sbar nk tw pe yg jd kt wawa n razin.. truskn usaha...^_^

    ReplyDelete
  24. lawak giler, sambung lagi2. 2 thumbs up:)

    ReplyDelete

toucholic

toucholic

Hot N Cold

Hot N Cold
Apa yang terjadi bila air panas bertemu dengan ais cube?

sweet sours

sweet sours
friendship is a sweet relationship

Bila Amar Dah Suka Dia

Bila Amar Dah Suka Dia
Inilah jadinya bila Amar dah jatuh chenta