Chill Out ~~ ^_* (kalau tak suka lagu boleh stop kt atas ni)

new updated!


new n3 :-)

# Hot And Cold (Bab 5)
# Hot And Cold (Bab 4)
# Hot And Cold (Bab 3)

* my new email (YM, FB) :"carl_aryana89@yahoo.com"

(^__^)

(^__^)

Kalaulah Hot n Cold dapat peluang ke untuk ke versi cetak.. apa kata kalian?

Tuesday, August 16, 2011

Bila Amar Dah Suka Dia 20

“DAH rasa macam tengah hadap orang utan dekat zoo je sekarang ni.” Dengan selamba bibir itu bersuara. Riak wajah masih menunjuk tanda-tanda ingin menyambung tawa. Namun bila terpandang muka minta belas si sahabat, niat jahat itu serta merta dimatikan.


Sejak setengah jam yang lepas, lelaki itu tidak duduk diam. Muka, tangan dan leher dah merah macam buah naga. Biji-biji kecil juga sudah kelihatan di sekitar lengan dan leher. Amar menggaru-garu seluruh tangan. Rasa gatal memang tak boleh dikawal. Tiba-tiba dia rasa menyesal. Menyesal sebab melanggar pantang.


“Am... tolong aku.” Pinta Amar sayu. Izham yang sedang terpacak keras dihadapannya direnung dengan pandangan redup.


Satu senyuman sinis dihadiahkan pada Amar. Kemudian dia menggeleng berkali-kali. “Dah tau diri tu tak normal macam orang lain, nak jugak cari pasal. Kalau dah memang badan tu alergi dengan seafood, sampai bila-bila pun tetap alergi.” Izham dah mula buka forum perdana secara percuma. “Tahu lah isteri kau tu masak sedap. Tapi tak perlulah kau telan tiga mangkuk kerabu campur macam tak ingat alam. Sekarang, siapa yang susah? Kau jugak, kan? Terkinja-kinja macam orang utan dalam zoo. Sumpah sebijik sama. Bezanya cuma kau tu orang betul dengan tak buat bunyi... uuk! Uuk! Aak! Aak! Uuk! Aak! Uuk!Uuk! Aak! Aak!” Sambung Izham siap dengan gaya orang hutan lagi. Dua saat kemudian dia ketawa kuat dengan aksi sendiri.


“Perlu ke kau seronok sangat bila aku terseksa macam ni?”Amar bengang. Krim gatal yang sudah tinggal separuh dibuka tudungnya. Isinya dipicit keluar lalu disapu ke seluruh kawasan yang gatal.


“Kau ni memang suka cari sakit la, Mar.” Krim ditangan Amar diambil dan dipicit ke telapak tangan. “Letak kaki kau atas kerusi.” Arah Izham bila melihat Amar sudah mula menggaru-garu kakinya. Dengan perlahan Izham menyapu seluruh kaki Amar.


“Am...” Panggil Amar sambil meraba bibir.


“Apa dia?” Izham menyahut tanpa memandang muka Amar. Dia leka menyapu krim pada kaki sahabatnya itu.


“Aku dah boleh nampak bibir sendiri.”


“Hah?” Laju Izham angkat muka memandang Amar. “Subhanallah!” dia tergamam dua saat.


“Dah agak dah...”


Dua kepala menoleh ke arah tuan empunya suara. Haji Rahim yang baru muncul itu berdiri tidak jauh dari mereka. Mata terpaku pada bibir Amar. Dua saat kemudian dia menggeleng-geleng. Tongkat dipacak pada lantai. Kuat.


“Atuk...” Suara Amar bernada sayu. Bibirnya disentuh. “Nak buat apa ni?”


“Tak ada jalan lain lagi dah. Kena pergi klinik. Tapi hospital lagi okey. Mintak-mintak kena stay dekat wad seminggu. Rasa gerun sangat bila tengok muka kamu macam tu. Nak tidur malam pun terbayang. Eeee... ngeri!” Selamba ayat itu ditutur. Langsung tak pedulikan perasaan cucu kandungnya itu.


Mendengar kata-kata atuk yang jelas kepada kutukan itu, Amar jadi makin sebal. Sampai hati betul Haji Rahim ni. Tangan masih meraba-raba bibir yang dah bengkak besar.


“Sumpah, bhai! Kalau kau berdiri sebelah Angelina Jolie, memang tenggelam terus bibir seksi dia. Yang bercahaya, yang berkilau, yang menyerlah... confirm lah bibir kau. Sepuluh kali ganda tebal. Dah macam kena suntik dengan botox terlebih dos je.” Habis saja ayat, Izham terus ketawa terbahak-bahak. Muka Amar ketika ini memang boleh buat perempuan yang bisu boleh ketawa sampai keluar suara jantan.


Amar bengang! Dah rasa macam ada asap keluar dari telinga macam corong asap kilang-kilang besar. Dia lagi bertambah sakit hati bila melihat senyuman yang ditahan pada muka si atuk. Ketawa je la terus, atuk. Tak payah nak bajet cool. Omel dia dalam hati.


“Oh, ya. Kalau kau lupa meh aku tolong remind. Kenduri sebelah sini Sabtu ni. So, bibir Kak Angie kau cemana? Eeesh! Kalau aku la... memang dah cancel. Tak kan nak bersanding dengan bibir terjulur ke depan macam tu? Kang lari semua tetamu kut. Ngeri dengan pengantin lelaki. Rosak pulak majlis. Kali tu memang betul la ada kisah benar Beauty and The Beast. Yang Beuty tu Qilah. Yang The Beast tu dah tentu-tentulah... tak payah cakap lah. Kang ada yang kecik hati.” Kata Izham lagi berselang seli dengan ketawa. Sengaja perasaan Amar diseksa. Rasa bahagia membuak-buak bila kerutan di wajah Amar makin bertambah.


Seperti jangkaan Izham, muka Amar memang bertambah serabut. Rasa resah dan gelisah sudah setinggi gunung. Hari Sabtu kenduri aku! Cemana ni? “Atuk... kalau kita can...”


“Hah!” Laju Haji Rahim menyangkal. Maksud Amar dapat difahami walaupun cucunya itu belum habis bersuara. “Kamu jangan cari pasal! Dekat lima ribu jemputan dibuat. Boleh pulak nak cancel?” Mercerlung matanya menentang mata Amar. Tajam! “Makan je ubat macam selalu. Gaya macam tak pernah jadi je. Dah berpuluh kali mulut kamu besar tebal macam tu. Selalunya satu hari dah sembuh.” Sambung orang tua itu lagi. “Dan kamu Izham!” Okey, kali ini giliran Izham pula ‘ditembak’. Memicing matnya menghadap muka Izham yang nampak tersentak. “Benda tak ada la teruk mana sangat. Yang kamu sengaja nak serabutkan keadaan kenapa? Tak sudah-sudah nak buat kecoh.”


Ketawa Izham yang masih bersisa akhirnya mati secara automatik bila disergah. Muka bengis Haji Rahim membuatkan dia mengunci suara. Gulpp!


Ibu jari kanan diangkat dan ditunjuk pada Izham tanpa si atuk perasan. Amar angkat kening mengejek. Hambik kau! “Tapi kali ni macam teruk je, tuk.”


“Tiga pinggan besar kerabu campur yang dah kamu makan, kalau tak teruk atuk pun hairan. Dah tahu diri tu tak serupa orang lain, tak tahu nak sedar diri. Boleh buat main. Nasib baik alahan jenis gatal-gatal. Kalau kena alahan yang boleh buat sesak nafas tu macam mana? Tak ke boleh bawak maut dengan cepat?” Bebelan Haji Rahim makin panjang. Walaupun mulut lancang berkata-kata, namun dalam hati perasaan risau kian menular. Ada seorang cucu pun tak mampu nak jaga. Fikir dia sendiri. Dan hal itu membuatkan dia rasa ralat.


Sejak kecil lagi, Amar memang alah dengan seafood. Hal itu disedarinya ketika umur Amar dua tahun. Dan alahan itu tidak hilang sampai sekarang. Doktor yang merawat Amar pernah berkata yang penyakit alahan memang tak akan sembuh. Cuma perlu mengelak dan mencegah. Dari kecik lagi Haji Rahim sangat menitik beratkan tentang pengambilan makanan cucunya itu. Tapi bila dah besar panjang macam ni, sendiri mahu ingat la. Tak kan bila umur dah dua puluh sembilan tahun perlu diberitahu makanan mana yang boleh dimakan dan yang mana tidak?


Amar hanya mendiamkan diri mendengar bebelan si atuk. Nak menyampuk, kang bertambah panjang lagi ceramah. Nak membangkang, memang tak menang lah. Sebab memang salah sendiri. Sudahnya dia hanya duduk menyapu krim di lengan tanpa bersuara.


“Atuk, teh herba dah siap.” Aqilah muncul bersama secawan teh herba ditangan.


Jap lagi atuk minum. Terima kasih.” Haji Rahim melabuhkan punggung di atas katil sebelah Amar. Krim dipicit ke tapak tangan.


“Eh, kenapa tu?” Melihat Izham dan atuk sedang menyapu krim di tangan dan kaki Amar, dia jadi hairan. Kaki melangkah ke arah tiga lelaki itu.


“Jangan!”


Aqilah yang sudah memanjangkan leher untuk mengintai muka Amar yang sedang membelakanginya itu menghentikan langkah. Mata Haji Rahim dicari. “Kenapa atuk?”


“Jangan pandang muka Amar kalau Qilah tanak pengsan.” Izham mencelah laju. Dan kata-katanya itu dibalas dengan tumbukan diperut dari Amar. Dia mengaduh sakit.


Or jangan pandang muka Amar kalau kamu nak tidur malam dengan tenang tanpa nightmares.”


Amar buat muka. How could you atuk... Tangan kiri dihulur pula. Haji Rahim meneruskan sapuan krim di tangan cucunya itu.


Aqilah tak puas hati. Dia perlu tahu apa yang sedang berlaku. Lalu cepat-cepat dia melintasi atuk untuk menghadap si suami.


“Don’t!!!” Jeritan tiga suara itu gagal. Aqilah sudah berdiri di hadapan Amar.


Lelaki itu menundukkan muka ke bawah. “Jangan tengok lah. Amar tengah tak handsome ni...”


Kata-kata itu mengundang ketawa Izham. “Macam lah handsome sebelum ni.” Dan ketawa dia mati lagi bila mendapat jelungan tajam dari Haji Rahim.


“Apesal ni?” Terus muka Amar diangkat. “Ya Allah!” Terkedu dia di situ dengan jegilan mata yang besar disertai dengan mulut terbuka. Gaya terkejut macam tengah tengok ular ada lapan kaki.


“Told you...” Sekali lagi tiga suara bergabung. Dua kepala menggeleng kesal. Satu kepala keras tanpa pergerakan.


“Tadi okey je. Kenapa tiba-tiba...”


“Alahan.” Haji Rahim pandang muka cucu menantunya itu sekilas.


“Dengan?”


“Seafood.” Sukarela Izham menjawab.


“Kerabu campur tadi ke?” Aqilah pandang muka tiga lelaki di hadapannya itu. Tiga-tiga menjawab dengan anggukan.


“Bak sini krim gatal tu. Biar Qilah yang sapukan.” Dia menadah tangan padaIzham. Krim beralih tangan. Aqilah mengambil tempat di sebelah Amar. Diperhatikan dengan teliti kulit muka suaminya yang sudah ditumbuhi dengan bintik-binti merah. Nak tergelak jugak bila mengenangkan muka Amar yang dah tak macam orang tapi kesian. Kang kecik hati pulak suaminya itu. “Sorry, Qilah tak tau yang awak alah dengan seafood. Kenapa tak cakap awal-awal?”


“Nak cakap dekat pasar tadi tapi tak sempat.” Amar buat muka sendu. Sejujurmya dia amat selesa bila melihat air muka isterinya yang jelas nampak risau itu.


“Dah tu, kenapa pergi makan jugak kerabu tadi?”


“Sebab dia tak sedar diri yang dia tu tak normal macam orang lain.” Atuk menyelit dengan pandangan sinis. Amar buat muka lagi. Izham di hujung katil dah kulum senyum mengejek.


“Sapu sini.” Bibir yang kian membengkak itu di dekatkan pada Aqilah. “Lepas tu sini.” Kepala didongak. Bawah dagu ditunjuk.


Walaupun ada rasa macam jangtung nak melompat keluar, permintaan Amar dituruti. Mukda dah rasa panas. Air liur ditelan dua kali. “Lagi?”


“Sini pulak.” Leher pula disua.


“Sakit?” Aqilah bertanya. Kesiannya tengok Amar macam ni.


“Hmm...” Amar menjawab dengan nada habis manja. Tak cukup dengan itu, dia buat pula muka comel. Mata dikelip-kelip berkali-kali.


Melihat keadaan luar alam itu, Izham mencebik meluat. “Buat manja boleh.”


Haji Rahim hanya tersenyum nipis. Senang melihat cucu-cucunya mesra begitu. Memang target dia inginkan hubungan antara Amar dan Aqilah bertambah mesra. Dia tahu, kedua-duanya masih lagi tidak dapat menerima perkahwinan mengejut ini dengan sepenuhnya. Lebih-lebih lagi Aqilah. Doanya agar suatu hari nanti Aqilah akan dapat menerim Amar dengan ikhlas. Dan begitu juga sebaliknya.


“Geli la aku tengok kau manja macam ni, Mar. Kecur air liur aku kau tau? Habis tegang urat-urat aku ni. Eeii... geli!” Kata Izham lagi. Luaran memang dia nampak kurang senang dengan aksi miang-miang temannya itu, tapi dalam hatinya dia suka melihat cara Aqilah ‘menjaga’ Amar. Dan dia juga suka melihat Amar yang sudah pandai bermanja dengan Aqilah. Dia berdoa agar hubungan Amar dan Aqilah akan sentiasa diberkati Allah. Amin...


Amar hanya mengangkat ibu jari sebagai tanda ‘best oh!’.


Haji Rahim berdiri. Lengan Izham yang tengah buat muka ditarik menuju ke arah pintu bilik. “Kamu tak payah nak buat muka dengki macam tu. Atuk suruh kahwin cepat-cepat tanak. Lepas tu mula la nak dengki bila tengok orang lain bercinta.”


“Atuk, kan Am dah cakap yang...” Suara Izham kian menjauh. Sudah menapak tangga turun ke aras bawah mungkin.


Amar tersenyum. Melihat air muka Aqilah yang kini betul-betul rapat dengan mukanya itu membuatkan dia tersenyum ralit. Isterinya itu tekun menyapu krim di kulit muka Amar tanpa menyedari mukanya direnung.


“Dah. Kaki dengan tangan?”


Dia hanya tersedar bila suara Aqilah menjamah telinga. Menggelengkan kepala“Atuk dengan Am dah sapu.”


Aqilah pandang muka Amar sekilas. “Lepas ni jangan makan seafood lagi.”


“Iye.”


“Qilah tak masak dah apa-apa jenis seafood untuk awak.”


“Okey.”


“Jangan pandang langsung makanan yang ada seafood.”


“Baiklah.”


“Faham?”


“Faham...”


“Good.” Gadis itu menyungging senyum.


“Qilah.”


“Ye?” Qilah angkat muka pandang Amar.


Lelaki itu juga sedang merenung dia dengan senyuman manis. “Terima kasih.”


Aqilah jugak tersenyum. Dalam hati Allah saja yang tahu macam mana nak gugurnya jantung.

“Sama-sama.”


“Come close.”


“Huh?”


Muka tertanya-tanya Aqilah diabaikan.Amar angkat mendekatkan wajahnya ke wajah Aqilah. Cup! Satu ciuman ‘diletak’ pada dahi isterinya itu. “As a gift.”


Dan Aqilah terus terkelu tak keluar suara.

***

p/s :- tak terlambat lg kut klu nk ucap Selamat Menjalani Ibadah buat. Kurangkan dosa, tambahkan pahala... =)

38 comments:

  1. terubat rindu dihati.
    xD thanks ya zarith.
    +) smabung lagi!

    ReplyDelete
  2. dah lama tunggu sambungan amar dan qilah!!!
    terima kasih!!!
    best2. ske mereka dah kahwin. :)

    ReplyDelete
  3. xsia2 mkn seafood n kena alahan tu...dpt kasih syg isteri...heheh...tp gila kesian kalau smpi hr sanding xbek lagi...huu

    ReplyDelete
  4. skali dpt gift la..
    nasib xkena tepis ngan qilah..
    hihihihi
    kesiaaannnn

    ReplyDelete
  5. akhirnya....new n3!!!!!apapun mmg best entry ni...........
    akak followwwwwwwwwwwwwwww

    ReplyDelete
  6. suka2 ^^

    selamat berpuasa gak =)

    ReplyDelete
  7. aher nye,de gak n3..lama nye M.I.A..hehehee,sangat suke.

    ReplyDelete
  8. best..lme tngu cte ni dlm p2u dlu tau..keep it up ya..

    ReplyDelete
  9. Marvelessss..rinndu sgt dgn amar n qilah.n atuk n am..tp lg rindu pd ayat2 selambe,klaka,sempoi xingt,lucu xterhingga zarith..thanx 4 da n3 yaa..sgt bessttt..

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum...lama tak jengah sini...

    Nice, senyum2, terbayang2 bila baca...
    hahahaha...cm pervert la plak...

    Slmt berposa! ^-~

    ReplyDelete
  11. lama betul nk tunggu amar & aqilah ni.

    ReplyDelete
  12. best la zarith!! dh lame x de entry bila amar dah suka dia..heheh..nnt smbung lg ek..

    ReplyDelete
  13. lama tunggu tau... apa2 pun best... jangan lama sangat nak sambung kkk

    ReplyDelete
  14. zarith....tq..tq..tq..... milion tq ar....... tak sia2 pernantian ku hehehehehe......... so sweeet...... gilernyer comel la hehehehehe... tiap kali baca n3 kat sini membuatkan saya sentiasa tersenyum perasan hehehehehe....... n tak lupa gak selamat berpuasa ye.....

    ReplyDelete
  15. thanks zarith,ade gak n3 baru BILA_AMAR_DA_SUKA_DIA stelah bersawang bgitu lama. always keep waitin. hopefully pasni ade n3 baru lagi ek...hehehe

    ReplyDelete
  16. perghhh~~ terbaek...;)

    hehe...lepas gak rindu kat adam n qilah..

    sukenye perkembangan adam..makin nakai ye sekarang...^^

    qilah pulak bila nak show us her love???hehe...

    zaujan91

    ReplyDelete
  17. 2 thumbs up, cpt sambung lagi, dah tak sbr nak tunggu:)

    ReplyDelete
  18. auwwwww sweet nya dorang...:) thumbs up...

    ReplyDelete
  19. sweetnya amar ngan qilah hehe~ :)

    ReplyDelete
  20. gilakkk best... sambung...sumbung...keluar buku pun x pe... x sabar nak baca seterusnyerrrrr

    ReplyDelete
  21. sambungsambungsambungggg...

    mmg terbaeklahhh!!!

    ReplyDelete
  22. zarith,,
    cta ni ble nk smbg??
    dh lma tnggu..
    sbuk sngt ke??

    ReplyDelete
  23. cepat-cepat la sambung.. da lame gile tunggu..
    x sabar tunggu next entry! :)

    ReplyDelete
  24. agak2 nya kan bila la nak smbg cite ni. dah bersawang ni

    ReplyDelete
  25. next entry pleeeaassseee!!! hehehe. rindu la pd amar & aqilah. ;p

    ReplyDelete
  26. pleaseeeee next n3 or cter nie dh stop??

    ReplyDelete
  27. pleaseeeee next n3 or cter nie dh stop??

    ReplyDelete
  28. dah genap setahun, tp lom ada sambungan, citer ni dah stop kat sini je ker cik penulis? huhuhuhu

    ReplyDelete
  29. Tamatttt ~~~~~~~~XD

    ReplyDelete
  30. kak... n3 baru sngat ke...??

    ReplyDelete
  31. bila nak sambung citer nie?? dh rindu sgt ngan Amar n Qilah..=(

    ReplyDelete
  32. nak en3 baru~~~ dh rindu sgt kat Amar n Qilah..

    ReplyDelete
  33. alahai.. dh bce dr awal tetibe tgk bru smpi episod 20.. xd ending.. jgn mcm nie..frust dh nie.. plssssss..

    ReplyDelete

toucholic

toucholic

Hot N Cold

Hot N Cold
Apa yang terjadi bila air panas bertemu dengan ais cube?

sweet sours

sweet sours
friendship is a sweet relationship

Bila Amar Dah Suka Dia

Bila Amar Dah Suka Dia
Inilah jadinya bila Amar dah jatuh chenta