Chill Out ~~ ^_* (kalau tak suka lagu boleh stop kt atas ni)

new updated!


new n3 :-)

# Hot And Cold (Bab 5)
# Hot And Cold (Bab 4)
# Hot And Cold (Bab 3)

* my new email (YM, FB) :"carl_aryana89@yahoo.com"

(^__^)

(^__^)

Kalaulah Hot n Cold dapat peluang ke untuk ke versi cetak.. apa kata kalian?

Sunday, February 6, 2011

TOUCHOLIC 9

DIA ketap bibir kuat. Sedaya upaya tahan tawa dari meletus. Pandangan fokus pada wajah bengis di sebelah. Ada tompokan merah pada hidung dan pipi lelaki itu. Tompokan merah yang disebabkan oleh sentalan cili. Dah macam badut pun ada. Sumpah nampak kelakar! Nafas ditarik sungguh-sungguh bila bunga-bunga tawa ingin terlepas.

“Pedih lagi?” Sudah tahu jawapan yang bakal diterima, namun dia masih seronok bertanya.


“Pedih muka dah kurang. Pedih hati… urgh!” Ayat dibiar terhenti. Dah tak boleh nak habiskan bila rasa marah membuak-buak. Razin menggenggam penumbuk. Kuat!


In this case… bukan salah dia.” Tenang Aman menutur.


“Dah tu salah aku?” Razin naik berang bila sahabat sendiri menyebelahi musuh ketat dia. “Aku salah?” Dia pandang Aman. Macam nak telan! Macam nak cekik!


“Bukan kau ke yang cari pasal dulu?” Soalan Aman masih kedengaran seperti menyalahi Razin. Tuala good morning yang mengandungi ais dihulur semula pada Razin selepas ketulan ais batu yang cair ditukar.


Razin terdiam bila soalan itu jatuh pada hidungnya. Tuala itu ditekup pada pipi. Bergilir-gilir dengan hidung. Cuba menghilangkan rasa panas pada muka yang terhasil dari cili merah yang pekat. “Aku gurau je pun. Yang dia nak over hangin siapa suruh?”


Aman terseyum. Sinis. Dia bersandar tenang pada sofa. “C’mon la. Niat kau bukan nak bergurau. Macam aku tak tahu. Kau memang dah bengang dengan dia, kan? So… ada je peluang, kau terjah. Ada je ruang, kau serang. Dan ini memang kes balas dendam.” Dia menyambung lagi dengan gelengan.


Kedua-dua kening berkerut. Bengang! “Aku tak puas hati dengan dia! Aku memang berdendam dengan dia.So… what!? Terpaksa pakai boxer dekat lot parking memang memalukan. Dicop sebagai orang gila memang buat aku panas hati! Tuduhan sebagai perogol mampu buat aku rasa nak tikam orang! And… baru tadi. Muka aku disental dengan mee sup! Sneaker aku… urghh!” Muka dia diraup kasar. Rambut ikalnya ditarik-tarik. “Sumpah aku tak rasa bahagia dimalukan macam tu depan public!” Suara Razin dah tak boleh dikawal. Bergema seluruh banglo tiga tingkat itu. Nafas disedut dan dihembus dengan kasar.


Aman menggeleng lagi dengan riaksi si sahabat. Tangan kanan mendarat pada dahi. Pandangan pula terarah pada siling. “Aku kenal kau dari form one. Dah berapa tahun kita berkawan?” Jari jemari bergerak membilang tempoh perkenalan dia dengan Razin. “Sembilan tahun. Dah sembilan tahun lebih kita kenal. Sembilan tahun aku jadi kawan kau. Kenal kau. Faham kau. Aku belum pernah tengok kau bengang sampai macam ni. Serius wei. Tak pernah.” Muka bengang Razin dipandang. “Kau sedar tak inilah first time kau bengang macam orang kalah judi? Eh tak. Tak. Lebih bengang dari tu. Just because of her. Budak perempuan yang kau baru kenal tak sampai seminggu. Kau tak rasa pelik ke? But I did.” Tokok Aman panjang lebar. Dia berfikir lagi. Siap dengan dahi berkerut. Sungguh la! Razin tak pernah bengang sampai macam ni. Dan, dia jugak bukan jenis yang mudah melenting. Itu Aman pasti.


Mendengar kenyataan itu, perasaan Razin yang pada mulanya diisi dengan geram bertukar menjadi pelik. Dia jadi pelik dengan diri sendiri. Mula hairan dengan sikap baran yang tiba-tiba hadir. “Man, aku dah rasa pelik ni.”


“Baru rasa?” Aman sengih bodoh.


Diam. Terus berfikir. Namun lepas lima belas saat… “Ah!!! Dengan apa yang dia dah buat dekat aku, memang logik aku jadi macam ni. Kau tak rasa, kau tak faham la. Kalau kau jadi aku pun, aku bet kau sawan terus!”


Aman mencebik. Emo balik la pulak! “Suka hati kau la, Razin. Dah besar. Dah boleh fikir baik buruk.” Nada Aman perlahan kedengaran. “Tapi, jangan sampai dendam makan diri sudah la. Ingat… kita ni orang Malaysia, ada undang-undang. Kita orang Islam ada dosa pahala. Ada iman. Behave.” Nasihat Aman ikhlas. Namun dia tahu, Razin bukanlah jenis manusia yang mudah mengikut nafsu. Lelaki itu lebih utamakan akal yang waras daripada nafsu yang boleh membawa padah.


“Jangan risau ar. Aku tahu la apa aku nak buat.” Balas Razin. Pipi yang masih terasa panas ditekup dengan ais. “Ya, Cik Pah.” Sahut Razin bila mendengar ketukan pada pintu bilik. Belum tengok pun dah tahu yang mengetuk pintu itu adalah Cik Pah. Dalam dunia ni, hanya ada dua orang saja yang selalu mengetuk pintu biliknya. Cik Pah dan Aman.


Dua saat kemudian,muka Cik Pah terjengul di muka pintu. “Makan.” Ajak Cik Pah dengan senyuman manis. “Aman, join sekali?” Pelawa wanita dalam lingkungan 50-an itu.


Aman menggeleng. “Thanks, Cik Pah. Tapi Aman dah kenyang. Lagipun nak kena balik dah ni. Ada kelas petang.” Tolak Aman. Sopan. Senyuman Cik Pah dibalas.


Cik Pah mengangguk sebelum menghilangkan diri ke dapur.


“Larh… Kau ada kelas petang ke? Dah tu asal kau terlebih rajin datang sini?” Razin mencelah.


“Kau called lepas tu menjerit macam orang kena sawan. Aku sebagai kawan diwajibkan untuk menjenguk, right? Risau jugak kalau-kalau kau ada niat nak bunuh diri dengan cara baring dekat tengah-tengah jalan raya tunggu kena gilis dengan treler tayar enam belas. Nauzubillah. Mintak dijauhkan.” Balas Aman selamba sebelum ketawa dengan kata-kata sendiri.


Razin muka bosan. “Akal aku masih waras.”


Aman ketawa lagi. “Okey bhai. Chaow dulu. Be cool, ah.” Pesan dia seraya berdiri. Beg kanvas yang tersadai atas katil Razin diambil dan disangkut pada bahu. Sempat dia menumbuk bahu Razin sebelum berlalu keluar dari bilik itu.


Pemergian Aman dihantar sehingga bayangan lelaki itu lesap. Razin senyum sendiri.


Aman. Lelaki yang layak digelar sahabat. Sahabat yang dikenalinya ketika dia belajar di SBP beberapa tahun yang lalu.Sahabat yang amat memahami. Dia lelaki yang sangat matang. Malah lebih matang dari Razin walaupun mereka sebaya. Selalu berperanan sebagai abang. Dia ceria, sentiasa bersikap tenang, prihatin, berdikari. Merupakan anak yatim piatu setelah kehilangan ibu-bapa ketika dia berumur empat belas tahun. Seperti Razin, Aman tidak memiliki saudara mara di dunia. Dia hanya ada Razin. Razin yang sudah dianggap seperti saudara sendiri. Begitu juga anggapan Razin terhadap Aman.


Razin berdiri. T-shirt putih yang tersangkut pada kerusi diambil dan disarung pada tubuh. Dia menghadap cermin seketika. Rambut yang serabut dirapikan dengan tangan. Setelah puas dengan penampilan diri, dia melangkah keluar menuju ke aras bawah. Ruang makan dijejak. Seorang lelaki separuh abad yang berada di meja makan di renung sekilas. “Papa…” Dia menyapa seperti selalu. Walaupun sapaanya tidak pernah berbalas, dia tetap melakukannya. Bagi dia, itu adalah sebagai tanda hormat dari seorang anak terhadap seorang ayah.


Sapaan si anak tidak di balas. Metro dilipat dua dan di letak pada hujung meja. “Pah, nasik.” Cik Pah yang berada di dapur dikelui untuk menyendukkan nasi ke dalam pinggan dia.


Razin yang sudah sedia maklum dengan sikap malas papanya untuk menyenduk nasi ke pinggan sendiri mula memainkan peranan Cik Pah. Nasi disenduk dan di bawa ke pinggan Encik Ahmad. Namun belum sempat nasi itu diletak dalam pinggan, tindakan Razin terhenti bila Encik Ahmad mengangkat tangan menegah dia dari meneruskan niatnya itu.


“Pah, sendukkan saya nasik!” Laungnya lebih kuat dari tadi.


“Ya, Encik! Saya datang ni!”


Razin terkaku dengan keadaan itu. Air muka dia berubah. Nasi yang disenduk tadi diisi ke dalam pinggan sendiri. Nafas dihela lemah. Sudah dua puluh dua tahun dia hidup dekat muka bumi ni. Namun dia masih belum merasa kasih sayang dari ayah sendiri. Dah dua puluh dua tahun dia menjadi penghuni banglo ini, namun dia belum pernah merasa pelukan seorang ayah. Dah dua puluh dua tahun dia menjadi anak kepada lelaki yang bernama Ahmad Bin Osman ini, namun dia belum pernah mendengar lelaki itu menggelarkan dirinya sebagai ‘papa’. Dah lama dia makan hati. Dah lama dia pendam perasaan. Dah lama hati dia memberontak dengan layanan dingin lelaki itu. Sungguh dia tak pernah tahu kenapa papa membenci dirinya. Dia jadi sayu. Sejak kecil dia tak beribu. Malah wajah ibu sendiri dia tak pernah kenal. Cik Pah cakap, ibunya sudah mati sejak dia kecil lagi. Namun, Cik Pah tak pernah bagitahu kenapa ibunya meninggal. Bila ditanya, wanita itu akan menjawab... ‘Cik Pah kerja kat sini lepas ibu Razin dah tak ada. Maaf, Cik Pah tak tahu ibu Razin meninggal sebab apa. Mungkin sakit.’


Ingin bertanya kepada saudara mara, namun dia difahamkan yang dia tak punyai saudara di dunia ini. Ingin ditanya kepada papa, tapi niatnya itu terpaksa dibuang jauh-jauh sebab dia tahu lelaki itu tak akan menjawab pertanyaan dia. Dia bagai halimunan pada Encik Ahmad. Kewujudan dia tak pernah dihargai. Razin menarik nafas. Panjang. Dia bersyukur sebab dia masih ada Aman. Masih ada Cik Pah yang dah dianggap macam ibu sendiri. Dia patut bersyukur kerana dia lebih bertuah dari Aman yang telah kehilangan ibu bapa. Sedangkan dia masih ada papa. Ya, dia harus bersyukur.


Dengan hati yang hiba, Razin tetap menyuapkan nasi ke dalam mulut. Sejujurnya, dia telah hilang selera. Namun bila melihat wajah tua milik Cik Pah seleranya kembali semula. Tak pe la. Papa tak sayang tapi Cik Pah sayang. Aku kan ada Cik Pah. Pujuk dia pada diri sendiri.


***


HUJAN makin lebat. Angin makin kencang. Astaka kecil yang berbumbung itu menjadi tempat dia berteduh sejak lima belas minit yang lepas. Mata meliar sekeliling mencari tapak yang lebih selesa bila bilangan penghuni astaka sudah bertambah jumlah. Jadi makin sempit. Akhirnya dia mengambil ruang paling belakang. Tubuh disandar pada tiang. Tenang. Tempias hujan yang terkena tubuh tak diendah. Alang-alang dah basah separuh badan. Biar je la.


Ringtone Take it easy- Mika bergema tanda SMS baru masuk. Handphone diseluk dari poket. Nama si pengirim tertera pada skrin. WAWA. Butang view ditekan.


+ Naik kereta jom? Hujan. Lebat.


Dia senyum sengaris sebelum menekan keypad untuk membalas.


-Maaf. Tak cukup duit nak bayar minyak tumpang. Org ssh. Layak naik motor je.


Tak sampai sepuluh saat, pesanan baru masuk lagi.


+ Ngada ya amat! Tinggalkan LC tu kejap je. Nanti datang ambik. Swift ada bumbung. =)


-x boleh! LC hitam tu nyawa tau tak. Wa balik la dulu. Don’t worry.


+ So stubborn!


-Ok, Along naik Swift. Tapi Wa kena balik dgn LC. I’m not going to leave

my superb LC no matter what! Tegas ni…


+ Idea yg lbh logic? Ada?


Senyuman bertambah lebar setelah pesanan itu dibaca.


-balik la dulu. Hujan ni tak lama.


+ Ceh! Gaya macam pernah kerja kaji cuaca je. Betul ni xnak?

Again… Swift ada bumbung.. ;P


-yup! Balik la. I’ll be fine. InsyaAllah. Be careful.


Setelah pesanan terakhir dibalas, handphone kembali diletak dalam poket jean. Dia berpeluk tubuh. Sesekali kedua-dua telapak tangan digesel bila terasa sejuk.


“Excuse me.”


Satu suara menyapa telinga. Dia menoleh ke kanan.


“Nak tumpang sikit.” Kata gadis itu lembut.


Izzat yang memahami permintaan gadis itu bergerak sedikit ke kiri untuk memberi ruang kepada si gadis.


Gadis itu tersenyum tanda terima kasih. Namun dia hanya tayang muka tak beriak. Sekali gus mematikan senyuman si gadis. Dia tahu, mesti dia akan dicop sombong. Tapi dia tak peduli. Dia memang macam tu.


Hampir sepuluh minit, hujan kian renyai. Dia sudah bersedia untuk bergerak ke kawasan parking motor. Dia tidak jadi melangkah bila meyedari gadis di sebelahnya nampak resah. Si gadis memeluk sling bag rapat ke dada. Izzat bagai dapat mengesan sesuatu. Dia berpaling ke kiri. Sekumpulan pelajar lelaki sedang tersenyum dan sesekali berbisik sesama mereka sambil renungan mata menghala tepat pada tubuh gadis itu.


Beg kanvas miliknya dibuka.Sweater ditarik keluar lalu dihulur pada gadis yang berkemeja sendat warna putih di sebelahnya.


Gadis itu Nampak tercengang dengan huluran Izzat. Namun lepas lima saat, sweater sudah beralih tangan.


“Maaf. Kalau tanak ditenung macam tu lagi, sila pakai baju yang lebih sopan.” Sempat dia berbisik pada si gadis sebelum tapak astaka itu ditinggalkan.


Dan kata-kata itu mampu membuatkan si gadis terpinga-pinga. Pantas sweater tadi disarung pada tubuh. Otak ligat berfikir bila sesuatu menjengah kepala. “Rasa macam pernah nampak dia before. Tapi bila?”


*********************************************

Hope hepy reading... =)

toucholic

toucholic

Hot N Cold

Hot N Cold
Apa yang terjadi bila air panas bertemu dengan ais cube?

sweet sours

sweet sours
friendship is a sweet relationship

Bila Amar Dah Suka Dia

Bila Amar Dah Suka Dia
Inilah jadinya bila Amar dah jatuh chenta