Chill Out ~~ ^_* (kalau tak suka lagu boleh stop kt atas ni)

new updated!


new n3 :-)

# Hot And Cold (Bab 5)
# Hot And Cold (Bab 4)
# Hot And Cold (Bab 3)

* my new email (YM, FB) :"carl_aryana89@yahoo.com"

(^__^)

(^__^)

Kalaulah Hot n Cold dapat peluang ke untuk ke versi cetak.. apa kata kalian?

Friday, April 29, 2011

TOUCHOLIC 15


DUA tubuh berjalan seiring. Empat kaki melangkah serentak. Setelah agak jauh dari kawasan taman perumahan mewah itu, Irdini menghela nafas lega. Pegangan pada lengan sweater Izzat dilerai.


Detakan pada jantung semakin perlahan. Begitu juga derapan kaki. Nafas disedut panjang. Rasa lega semakin tinggi. Dan perasaan itu mampu membuatkan dia tersenyum lebar.


Tubuh Izzat yang berjalan dua langkah di hadapan dipandang. “Thanks.” Ringan bibir menutur. Ikhlas lahir dari lubuk hati. Sungguh dia tak sangka sama sekali lelaki itu akan muncul disaat-saat genting macam tadi. Kemunculan lelaki itu secara tiba-tiba telah menyelamatkan keadaan. Menyelamatkan dia dari terus-terusan dicerca oleh Amanda and the gang.


Diam. Sepi. Hanya bunyi enjin kereta dan motor lalu-lalang di situ saja yang kedengaran. Dengan kedua-dua tangan diseluk ke dalam poket, Izzat tetap meneruskan langkah ke depan.


“Budak sweater putih! Thanks!” Ucap dia lagi lebih kuat dari tadi.


Izzat masih dengan gaya yang sama. Tak tunjuk respon. Macam Irdini tengah bercakap dengan pokok-pokok yang ditanam di tepi jalan.


“Eeesh!” Dia ketap gigi. “Pantang keturunan aku kalau bercakap, orang buat dek. Macam bercakap dengan orang pekak je.” Omel dia geram. Dia melajukan langkah mendapatkan Izzat. “Wei! Aku cakap kau tak... Oh!” Ayat itu mati tiba-tiba bila melihat telinga Izzat kemas disumbat dengan earphone. Patutlah berlagak pekak. Kalau macam ni aku bercakap sampai bisu pun belum tentu dia dengar.


“Kau apehal?” Irdini disergah kasar bila dengan selamba saja gadis itu merentap wayar earphonenya sehingga tertanggal terus dari Ipod.


“Thanks.” Ucapan itu diucap bersama senyuman.


Earphone pada tangan Irdini cuba dirampas semula namun dia gagal bila dengan pantas, gadis itu melarikannya ke belakang. Izzat jadi bengang. “Kau nak apa?”


“Aku cakap thanks, kan? So, you should say... you are welcome.”


Hujung bibir tinggi sebelah. “Harapan.” Bidas Izzat dengan riak sinis.


“Kau tak cakap, aku tak kasi.” Irdini cuba menggertak.


“Nah! Ambik ni sekali.” Bersama rengusan kasar, Ipod yang terselit dalam sweater ditarik dan diletak atas tangan Irdini. Dia berlalu meninggalkan Irdini yang terpinga-terpinga.


Tindakan Izzat itu membulatkan matanya. Izzat yang sudah jauh ke depan dikejar. “Kau nak pergi mana?” Dengan mulut yang tercungap-cungap dia bertanya. Kini dia sudah berjaya berjalan di sebelah lelaki itu.


Soalan Irdini dibiar sepi. Dia tidak berminat untuk menjawab.


“Kenapa kau tolong aku?”


Mulut Izzat terkunci rapat.


“Apa yang membuatkan kau lembut hati datang sini?”


Kaki terus menapak.


“Kau tahu tak yang kau saviour aku? Dah macam superman dowh! Cuma kau tak pakai seluar kecik dekat luar je. Kalau tak,memang sama ah. Tapi macam mana eh rupa kalau kau pakai seluar kecik dekat luar?” Dia bertanya sendiri sambil buat gaya macam orang sedang berfikir. Tapi perbuatan dia tak lama bila Izzat memandang mukanya dengan renungan tak puas hati. Dan renungan itu dibalas dengan ketawa.


“Kau datang sini naik komuter ke?” Soalan dilontar lagi bila melihat Izzat berjalan menghala ke arah stesen komuter yang berada tidak jauh dari mereka.


Senyap.


“Kereta kau letak mana?”


Pun senyap.


“Batu Tiga ke? Kereta aku pun dekat situ jugak.”


Masih tiada suara.


“ Kita balik sama la. Nak?”


Cadangan Irdini itu automatik mematikan langkah Izzat. Nasib baik Irdini sempat menekan brek kaki. Kalau tidak, haruslah tubuh lelaki itu dirempuh.


Ipod dan earphone dirampas. Mata Irdini direnung tajam. Dengan wajah serius dia menunjukkan isyarat supaya Irdini berdiri jauh darinya. Sungguhlah dia rasa serabut dengan kehadiran Irdini di situ. Tiba-tiba rasa menyesal menular dalam hati bila dia mengambil keputusan untuk datang ke sini. Rasa bodoh pun ada. Kenapa aku harus datang? Soal dia pada diri sendiri.


Rasa pelik. Rasa keliru. Rasa tak tenang. Rasa tak boleh duduk diam bila sekeping kad kecik yang diberi oleh Irdini dipandang. Di rumah tadi, bila dia ingin menghafal fakta-fakta penting untuk persediaan presentation yang akan dihadapi minggu hadapan, otak jadi tak fokus. Hati pulak jadi tak tenang. Suara rintihan Irdini menyekat rasa tenang itu.


“Kau tau tak yang aku tak boleh kalah dengan dengan minah-gedik-Malaya tu? Aku tak boleh! Bila tengok senyum sinis dia dekat aku, aku rasa macam nak cakar-cakar je muka dia. Bila dia senyum megah depan aku, aku rasa macam nak lapah kulit dia lepas tu kasi kucing dekat lorong gelap makan. Bila dengar dia ketawa dengan kekalahan aku, aku rasa macam... macam... macam nak tikam orang! Kau faham tak perasaan aku? Aku tak boleh kalah dengan dia! Dari dekat matrik lagi dia tak jemu-jemu cari pasal dengan aku. Hina aku. Buli aku. Perlekehkan aku ikut sedap hati. Aku tahu aku tak ada sesiapa dekat sini. Parents pun dah lama meninggal. Ada abang tinggal jauh. Apa dia fikir aku lemah sangat ke, hah? Ingat aku nak biarkan je dia buat aku suka hati? Sumpah! Aku memang benci dia. Kau faham, tak?”


Belas kasihan. Berkeperimanusiaan. Mungkin sebab dua sikap itulah yang membuatkan hati dia jadi lembut. Dua sikap itulah yang membuatkan dia berdiri di sini. Dan disebabkan dua sikap itu jugaklah dia terpaksa rasa serabut sampai macam ni sekali. Mulut Irdini yang sangat ringan berkata-kata dan bertanya membuatkan dia jadi tak selesa. Rasa macam mesin padi lalu tepi telinga je. Membingitkan dan sangat mengganggu ketenteraman.


Bukan dia tidak pernah berdepan dengan situasi ini. Kalau diikutkan, suara ibu di rumah lebih kuat dari bunyi mesin padi ketika membebelkan dia dan kembarnya. Mulut Najwa lebih laju mengucapkan kata-kata dan lebih kuat dari bom nuclear ketika menjerit. Tak apa. Sebab dia sudah biasa dengan ‘kelebihan’ dua wanita yang paling disayangi itu. Tapi dalam kes Irdini pula, gadis itu bukan siapa-siapa bagi dia. Hanya orang luar yang baru muncul. Dan kemunculan dia akan membuatkan Izzat jadi tak tenang. Ada saja perkara yang berlaku ketika mereka bertemu. Perkara yang tidak memberikan kebaikan kepada dia.


“Kau memang tak suka bercakap ke?” Suara itu menyapa lagi. Irdini tidak akan mendiamkan diri selagi lelaki itu tidak bersuara. Dalam hati bergunung-gunung makian tak puas hati dilempar kepada Izzat. Sikap bisu Izzat itu membuatkan dia jadi bengang.


“Ye! Aku memang tak suka bercakap. Dan aku jugak tak suka dengar orang bercakap. So, please!” Ayat terakhir itu dilontar bersama jari telunjuk pada bibir. Mengisyaratkan supaya Irdini mendiamkan diri. Mereka kini sudah menapak stesen KTM. Kelihatan orang ramai menunggu untuk menggunakan khidmat pengangkutan awam itu. Izzat menuju ke sudut yang agak jauh dari orang lain. Dia lebih suka bersendiri.


Reaksi Izzat itu dibalas dengan cebikan. “Gila kerek!” Kutuk dia kuat dan jelas. “Berlagak. Bongkak giler! Bajet bagus. Macam apa je perangai. Ingat best ke buat macam tu?” Tokok dia lagi siap dengan memek muka. “Perasan hebat. Rasa diri tu tinggi sangat macam....” Zappp!!! Ayat mati. Dia terpempan hebat. Muka sudah pucat. Oh, no! Hati dia menjerit. Belum lagi mata dikalih pada bahu, dia sudah dapat mengagak apa yang terjadi. “No way!” Jeritan kecil terlepas bila malihat bahagian bahu baju kurungnya sudah terkoyak. Dan panjang koyakan itu ada lebih kurang lima belas sentimeter. Hampir menampakkan tali spageti yang dipakai. Besi pagar yang terjulur keluar itu telah merosakkan bajunya. Dan juga telah membuatkan dia rasa malu. Ada dua tiga mata yang memandang ke arahnya bila telinga mereka dapat menangkap bunyi koyakan sebentar tadi. Laju Irdini bergerak rapat ke belakang sebelum lubang koyakan itu berjaya dipandang oleh mata-mata yang lain. Sumpah dia tak rela perkara itu berlaku.


Izzat yang turut tersenarai sebagai orang yang menyedari peristiwa itu menggelengkan kepala. Dia mengetap gigi. Anak rambut disebak kasar. “Masalah betul.” Dia mengeluh geram seraya mendapatkan Irdini yang warna kulit muka dah macam mayat. Pucat lesi. Sweater putih yang tersarung ditubuh ditanggalkan lalu dicampak pada bahu Irdini. “Kau memang troublemaker.” Komen dia sambil tergeleng-geleng.


Tanpa teragak-agak sweater yang tersidai pada bahu digenggam rakus.“Thanks.” Katanya seraya terus menyarung sweater putih itu ke tubuh. Nafas lega dihela. “Dah tiga kali.” Ujarnya sambil mendongak mencari wajah Izzat. Senyuman tersungging.


Izzat disebelah mengerutkan dahi. Tak faham.


“Kau jadi hero aku.”


Tangan menyilang di dada. Seperti biasa, dia akan mempamerkan riak tenang. “Pembetulan. Ini dah kali yang kelima.”


“Kali kelima?” Irdini nampak terkejut. Sangat! Muka Izzat dipandang tanpa berkelip. “Lagi dua tu bila?”


Soalan Irdini dibiar tidak berjawab. Dia terus menekap kad Tounch-N-Go pada mesin tiket sebaik saja komuter yang ditunggu sudah tiba. Jeritan Irdini yang meminta dia menunggu gadis itu tidak diendah. Langkah diteruskan. Gaya macam teriakan ‘budak sweater putih, tunggu aku!’ itu bukan ditujukan untuk dia.


***


DIA meluru keluar sebaik saja pintu keretapi terbuka ketika Stesen Batu Tiga dijejak. Kalut-kalut dia meloloskan diri dari pusuan orang ramai. Mata meliar sekeliling mencari satu wajah. Soalan dia yang dibiarkan tergantung tanpa jawapan tadi membuatkan hati jadi tak tenang. Rasa ingin tahu berkobar-kobar. Rasanya kalau malam ini dia belum mendengar jawapan dari Izzat, boleh jadi dia tak boleh tidur.


“Kau!” Suara itu bergema di seluruh stesen bila matanya berjaya menangkap tubuh Izzat yang sudah menuju ke arah deretan motor. Laju dia melepasi mesin tiket mengejar langkah lelaki itu. “Budak sweater putih! Tunggu kejap!”


Izzat yang berkira ingin menghidupkan enjin motor, menghentikan perbuatannya. Tanpa berpaling pun dia sudah dapat mengagak siapa tuan empunya suara yang memanggil dia. Yela, dalam dunia ini, hanya budak troublemaker tu saja yang menggelarkan dia dengar gelaran itu.


“Kau belum jawab aku.” Termengah-mengah ayat itu ditutur. Dada yang berombak kencang diurut. Gila penat! Sit motor Izzat diruntun. Menghalang lelaki itu mengundurkan LC-nya ke belakang.


“Aku nak balik. Penat.” Dia tetap mengundurkan motor ke belakang walaupun disekat oleh Irdini. Daya seorang perempuan apa lah sangat. Sekali rempuh je boleh jatuh.


“Kau tak boleh balik selagi tak jawab soalan aku. Kau cakap empat kali kau tolong aku. Tapi kenapa aku rasa dua je? Lagi dua tu bila?”


“Suka hati la bila pun.” Starter ditekan. Kemudian gear dimasukkan.


“Tolonglah jawab.” Irdini cuba memujuk.


“Nanti tolong pulangkan balik sweater putih aku tu. Sweater coklat yang hari tu kau tak rasa nak pulangkan, ke?”


Soalan Izzat membuatkan kening Irdini bercantum. Hairan. “Sweater coklat?” Otak ligat berfikir. Soalan Izzat ditimbang-timbang. Mencari jawapan yang makin menyesakkan perasaan. Dia berdiri betul-betul di hadapan motor Izzat. Berusaha menghalang LC hitam itu dari bergerak. Sweater coklat? Dekat rumah ada satu warna coklat. Tapi itu yang seorang budak lelaki yang bagi masa hujan dekat... “Hah! Kau! Kau ke!?” Dengan muka habis tersentak, muka Izzat direnung tepat. “Astaka... hujan...baju jarang... kau! That guy memang kau! Kau yang tolong aku hari tu. Dah ingat! Yess! Dah ingat!” Dengan rasa seronok ya amat, dia terlompat-lompat sambil bertepuk tangan. Gaya dah macam budak perempuan umur tiga tahun baru dapat patung Barbie.


Izzat pejam mata dua saat. Dia memicit dahi yang sudah ditutup sekerat dengan helmet. “Masalah betul.” Keluh dia dengan gelengan.


“Tiga. Dah dapat satu jawapan. Tinggal lagi satu. Yang tu bila pulak?”

Tanpa menjawab soalan Irdini itu, dia memulas pedal minyak. Motor mula bergerak. Gadis itu ditinggalkan dengan perasaan tak tenang. Dari cermin sisi, dia nampak Irdini menghentak kaki. Mungkin geram bila dia pergi dengan meninggalkan tanda tanya. Dan telatah Irdini itu berjaya membuatkan dia mengukir senyuman.

***

Tuesday, April 19, 2011

TOUCHOLIC 14

BAJU kurung cotton warna ungu bermotif bunga-bunga kecil warna pink yang tersarung pada badan sendiri dibelek. Rambut yang disanggul kemas dirapi dengan tangan. Anak rambut yang terjuntai ditolak ke bahagian tepi dahi. Sesekali kedengaran keluhan terlepas dari bibir mungil itu. Orang yang ditunggu-tunggu masih belum tiba. Walaupun peratus kehadiran insan yang diharapkan itu hanya 0.01 %, namun dia tetap mengharap. Perbualan dia dengan Izzat siang tadi mengimbas kembali.


“Budak sweater putih...”


“ Yang pegang payung warna hijau...” Ayat Irdini disambung tenang. Hanya tiga saat, wajah putih bersih itu dikerling sebelum pandangan kembali ke halaman buku. “Ada masalah dengan aku lagi ke?”


Dia terdiam sekejap. Peristiwa semalam mengimbau diingatan. Dia jadi malu serta merta. “Err...” Irdini cuba untuk bersuara namun dia rasa gugup. Hati mula tak tenang. Dan dia tak tahu kenapa.


Izzat yang tenang dengan pembacaannya, hanya membiarkan gadis itu berdiri terpacak di sebelah. Dia menghulurkan tangan bila otak disapa sesuatu.


“Huh?” Melihat huluran tangan kanan Izzat itu, Irdini jadi hairan. Walaupun lelaki itu tidak memandangnya, dia tahu huluran tangan itu memang khas untuk dia. “Kau nak... pegang... tangan aku ke?”


Soalan itu membuatkan Izzat laju menoleh mendapatkan muka Irdini. Hujung bibir terangkat. Sinis. “Kau memang suka perasan, ke?”


Ternganga sekejap dengan pertanyaan maut itu. Namun ngangaan dia menjadi lama dan makin besar bila otak sudah memproses risiko soalan sendiri sebentar tadi. Dan dalam masa tak sampai satu saat, muka sudah berubah merah. Berkedut tahan rasa. Bodoh lagi!


“Empat puluh lima ringgit enam puluh sen.” Tanpa mempedulikan rasa malu si gadis, dia bersuara. Tangan digerak-gerak.


“Oh! Hutang!” Dia terjerit sedikit. Baru teringat yang dia berhutang dengan budak sweater putih ni masa beli barang dekat kedai 7E malam semalam. Tepuk dahi dua kali. Asal la boleh lupa pasal hutang dia? Eeesh! Mesti dia fikir aku ni jenis yang susah nak bayar hutang. Hadoi... Pantas zip beg sandangnya dibuka. Purse diseluk keluar lalu dibelek. Alamak! Aku belum cucuk duit la. Cemana ni? Hah! Yannnn...


“One minute. I’ll be back.” Katanya pada Izzat seraya berlalu mendapatkan Izyan yang sejak tadi tidak lepaskan pandangan dari dua insan itu.


“Amacam? Done?” Soalan itu dulu yang diterjah bila Irdini menghampirinya.


“Belum cakap lagi.”


“Hah!?” Tersentak sekejap. “Dah tu?”


“Pinjam RM45.60. Balik karang aku bayar.”


“Kena bayar dia dulu ke baru boleh cakap?” Izyan nampak keliru. Perbuatan Izzat yang menghulurkan tangan pada Irdini yang membuatkan soalan itu diutarakan.


“Aku nak bayar hutang dia la.” Beritahu Irdini kalut-kalut.


“Hutang apa?”


“Yang semalam aku cerita tu. 7E...”


“E-jat? Dia ke budak E-jat tu? Yang buku law...”


“Oh tolonglah, Yan. Sekarang bukan masanya kau nak berangan berlakon dalam NCIS. Aku tengah kalut ni. Kau boleh cepatkan masa aku tak?”


“Ye...ye. Kejap aku tengok ada ke tak.” Melihat Irdini yang kalut itu membuatkan dia juga ikut kalut. Purse dibuka. “RM50 boleh? Ada sekeping ni je.”


“Alhamdulillah... Sayang kau giler la, Yan.” Not RM50 yang dihulur Izyan diambil. Dia kembali menghadap budak sweater putih yang sedang kusyuk dengan buku di tangan. “Here RM50. And... tak payah balance.” Katanya sambil meletak not warna biru itu di atas buku yang dibaca oleh Izzat.


“Hutang kau RM45.60 sahaja. So, aku hanya akan terima jumlah yang sama. No more and no less.” Dengan riak bersahaja dia berkata. Not RM50 itu ditolak ke tepi.


Melihat lagak kerek lelaki itu membuatkan Irdini jadi bengang. “Kalau macam tu, kau ambik RM50 ni. Bak balik balance RM4.40.”


“Kalaulah aku ada RM4.40 sekarang ni...”


“Kau takde?”


Mengangguk sekali sebagai jawapan.


“Dah tu macam mana?”


Izzat tidak menjawab. Hanya bahu yang dijungkit.


“Eeesh! Takkan aku kena pergi tukar duit ni?”


Sekali lagi dia menjungkit bahu. Mulut terkumat-kamit membaca baris-baris ayat yang tertera dihalaman buku. Dia kembali fokus pada pembacaannya.


Rasa bengang makin bertambah bila melihat lagak tenang lelaki itu. Betul-betul kerek! Urghh! “Kau tunggu sini. Aku pergi tukar duit.” Maklum Irdini berkira-kira ingin berlalu. Dia tidak jadi melangkah bila Izzat sudah berdiri dan menggalas beg kanvasnya. Kerusi ditolak ke belakang. “Kau nak pergi mana?”


“Perlu ke aku bagitahu?”


Aiyakk! Rasa macam kepala kena hentak dengan tong gas. Dia gigit bibir. “Duit kau macam mana?”


Tidak menjawab Dia mula mengatur langkah.


“E-jat!”


Langkah terhenti bila namanya disebut. Tidak berpaling. “Kau bukanlah family. Bukan jugak kawan rapat. Jangan panggil aku dengan nama tu.”


“Dah nama tu yang tertulis dekat buku kau.”


“Bila boleh dapat buku aku balik?” Izzat menyoal. Tali beg yang melurut dari bahu ditarik kemas. Buku Constitutional Law in Malaysia and Singapore yang sudah lama hilang mengimbas di kepala.


Soalan Izzat itu berjaya mengundang idea di kepala Irdini. Serta merta dia mengukir senyum. Langkah diatur mendapatkan Izzat yang berdiri lima langkah dari kedudukannya.

“Aku akan kasi balik buku kau tu tapi dengan syarat.”


Izzat pegang leher yang terasa sengal. Kemudian pipi ditolak ke kanan dan kiri menghasilkan bunyi. Kruk! Kruk! Kehadiran Irdini di sebelah tidak dihiraukan.


Kad kecil yang diberi oleh Amanda tadi dikeluarkan dari poket seluar. “Tolong jadi partner aku malam ni. Pergi party hari jadi musuh aku. Malam ni saja. Tak sampai dua jam. Tolong... Aku harap sangat kau setuju. Nah... her address.” Lancar dia merangka ayat. Kad kecil itu diselit pada buku Izzat. Muka lelaki itu dipandang. Dengan riak belas kasihan dia menyusun sepuluh jari. “Tolong aku, eh?”


Izzat menyungging senyum. Sangat sinis. Muka Irdini dipandang dengan pandangan jelik. “Apa yang buatkan kau rasa aku akan setuju?”


“Sebab aku yang mintak tolong.”


“Kau siapa dengan aku? Tak ada sebab aku perlu setuju dengan idea bodoh kau tu.”


Suara Izzat kedengaran lembut tapi berbaur tegas ditelinga Irdini. Kata-kata Izzat itu membuatkan dia jadi malu. Namun kerana kulit muka tebal, maka dia tidak akan mengalah.


“Budak sweater putih! Tolonglah setuju. Aku kacau kau kali ni je. Sumpah sekarang aku tak ada kawan lelaki yang layak dibuat partner untuk malam ni. Aku dah cuba nasib dengan benda ni...” Tin minuman dilayang depan mata Izzat. “Aku golekkan tin ni tadi dan ‘dia’ berhenti dekat kaki kau.”


Izzat agak tergamam dengan pengakuan jujur Irdini. “Dengan tin minuman pun kau boleh cari partner? Kalau macam tu... do it again. ‘Dia’ akan berhenti dekat kaki orang lain pulak.”


“Masalahnya aku nak kau! Bukan orang lain.” Tanpa sedar kata-kata itu melompat keluar dari mulut. Tersedar dengan keterlanjuran itu, Irdini terus tutup mulut dengan tapak tangan. Sejujurnya, bukan niat dia hendak menuturkan kata-kata bodoh itu. Ia terlontar sendiri. Lagipun Izzat pilihan pertama tin saktinya sebentar tadi. Dan dia adalah orang yang akan berusaha mendapat sesuatu yang diingini. Apa yang dia nak, itulah yang dia akan dapat. Akan berusaha untuk mendapatkan. Terkebil-kebil dia merenung muka Izzat yang sudah berubah riak.


“Kau tau tak yang aku tak boleh kalah dengan dengan minah-gedik-Malaya tu? Aku tak boleh! Bila tengok senyum sinis dia dekat aku, aku rasa macam nak cakar-cakar je muka dia. Bila dia senyum megah depan aku, aku rasa macam nak lapah kulit dia lepas tu kasi kucing dekat lorong gelap makan. Bila dengar dia ketawa dengan kekalahan aku, aku rasa macam... macam... macam nak tikam orang! Kau faham tak perasaan aku? Aku tak boleh kalah dengan dia! Dari dekat matrik lagi dia tak jemu-jemu cari pasal dengan aku. Hina aku. Buli aku. Perlekehkan aku ikut sedap hati. Aku tahu aku tak ada sesiapa dekat sini. Parents pun dah lama meninggal. Ada abang tinggal jauh. Apa dia fikir aku lemah sangat ke, hah? Ingat aku nak biarkan je dia buat aku suka hati? Sumpah! Aku memang benci dia. Kau faham, tak?”


Izzat picit dahi dengan luahan penuh perasaan gadis itu. “Masalah betul.” Kehadiran Irdini membuatkan dia jadi serabut. “But still, my answer is... NO.”


“Kau kena setuju. Wajib! Kalau tak, aku koyak buku kau. Jangan lupa yang buku kau ada dengan aku.” Nada Irdini kian meninggi. Pujukan lembut tak makan saman, dia bertindak ke arah pujukan yang berbaur ugutan. Pandangan kerek Izzat dibalas dengan riak kerek juga.


“Kalau kau koyak buku aku, novel kau macam mana? Aku kena bakar ke?”


“Wei! Don’t you ever dare to touch my novel!” Soalan Izzat itu mendatangkan amarah Irdini. Dua mata bertentangan. Izzat nampak tenang. Irdini nampak bengang.


Izzat melebarkan senyuman sinis. Kening dijungkit-jungkit. Sengaja ingin menambah sebal gadis di hadapannya itu. Dua saat kemudian, dia berlalu meninggalkan Irdini yang berombak-ombak dada menahan rasa.


“Aku tunggu kau! Pukul 8.30 malam dekat pintu pagar alamat tu! Kau wajib datang!” Dia melaung bila Izzat sudah melangkah meninggalkan dia tanpa jawapan yang pasti.


Perbualan di kafe petang tadi hilang. Dia kini sedang berdiri di sebelah kiri pintu pagar banglo dua tingkat yang megah berdiri. Sudah pukul 9.40 malam. Orang yang ditunggu tetap tak tunjukkan muka. Bila dikenang kembali perbualan dia dengan Izzat tadi, membuatkan dia rasa yakin bahawa lelaki itu tidak akan datang. Pada awalnya, otak dia ada berfikir untuk mencari seorang lelaki untuk dibuat ‘spare tyre’. Tapi hatinya tidak bersungguh-sungguh meminta dia meneruskan niat itu. Hatinya hanya berkata yang Izzat adalah calon yang paling layak untuk dibuat teman pada malam ini. Kalau ditanya kenapa... dia akan jawab tak tahu. Dia sendiri masih tertanya-tanya.


Tiang pagar diurut. “Dia takkan datang.” Dia mengeluh perlahan. Anak rambut dimain-main. “Eeesh! Asal nak kecewa pulak? Dari awal dah agak yang dia takkan datang. Kenapa kau still berharap, Nini?” Rasa kecewa dibuang jauh. Pipi ditepuk- tepuk untuk menyedarkan diri sendiri. Dia pelik. Dia keliru. Kenapa dia perlu mengharapkan kedatangan Izzat pada malam ini sedangkan Izzat bukanlah siapa-siapa baginya. Bukan family. Bukan kawan. Bukan kenal lama pun. Baru semalam je dia sedar kehadiran Izzat di muka bumi ini walaupun dia pernah terlanggar Izzat sehingga mereka tertukar buku tempoh hari.


Sepuluh minit berlalu lagi, penantian belum berakhir. Dan dia yakin takkan berakhir pun. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk meninggalkan banglo dua tingkat itu. Dengan langkah berhati-hati dia cuba menyelinap keluar dari balik pagar. Mata meliar sekeliling untuk pastikan keadaan line clear. Bila betul-betul selamat, dia terbongkok-bongkok menapak ke jalan. “Amanda, kali ni aku kalah. Lepas ni, jangan harap aku nak kasi peluang untuk kau gelak sinis depan aku lagi!”


“Nini?”


Langkah mati. Suara itu. Dia berpaling ke belakang. Wajah itu... dia kenal. Kenal sangat! Tak guna betul! Bibir digigit geram. “Hai...” Dia terpaksa menyapa walaupun dia tak pasang niat itu. “Happy birthday.” Sambung dia lagi dengan senyuman yang dibuat-dibuat.


“Thanks.” Mata Amanda meliar ke kanan dan kiri. “Bf kau mana?”


Irdini telan liur. Kenapa soalan itu yang ditanya dulu? Merangka ayat untuk membalas.“Tak datang. Tak dapat datang. Ada emergency kes.” Walaupun dia tahu yang Amanda sampai mati pun takkan percayakan alasan itu, namun dia masih ingin cuba menipu.


“Tak dapat datang atau... tak ada?” Syakila yang baru muncul dari dalam rumah bersama enam orang yang lain menyampuk tanpa diundang.


Terpempan sekejap melihat imej yang ditonjolkan oleh lapan orang wanita yang berdiri di hadapannya. Masing-masing bersarungkan gaun yang beraneka corak. “Cakap wajib pakai baju kurung.”


Amanda ketawa. Dan ketawa itu betul-betul buat Irdini rasa macam nak hentak kepala minah-gedik-Malaya itu dekat pintu pagar lima kali tanpa henti. Biar sewel setengah abad! Urghh!


“Syarat tu hanya untuk kau je.”


“Kau tipu aku?”


“Kau percaya aku?”


Telinga Irdini mula berasap. Rasa bengang menjolok dada. Amanda yang masih ketawa bersama teman-teman segediknya itu direnung tajam. “Kau memang tak guna!”

Pekiknya kuat. Dia sudah berkira untuk meninggalkan tempat itu. Lagi lama dia di situ lagi besar kemungkinan untuk dua wanita akan bergusti di khalayak ramai sekejap lagi.


“Am I late?”


Satu suara yang baru muncul tiba-tiba itu berjaya mematikan ketawa lapan kepala. Semua mata memaku pandangan pada tubuh yang berdiri di belakang Irdini.


Irdini berpaling. “Kau!” Putus nafas. Mulut ternganga seketika. Wajah yang amat diharapkan kehadirannya di sini kini berdiri di depan mata.


Lelaki itu seperti biasa. Lebih suka bersikap tenang sambil membalas pandangan terkejut Irdini yang macam tengah tengok kuda tunggang orang.


“Kau siapa?” Amanda menyoal pantas lelaki yang berhud dikepala itu.


“Izzat.” Dia memperkenalkan diri. Tiada senyuman yang disungging. Muka nampak tenang. “And... I’m with her.” Mata mengerling Irdini dua saat.


Ayat terakhir itu membekukan semua tubuh di situ. Dan yang paling beku adalah Irdini. Keras macam baru kena simbah dengan satu tin besar gam kasut.


“Jadi betul lah kau ada boyfriend?” Soalan itu dituju pada Irdini. Amanda masih inginkan kepastian.


Dengan rasa terkejut yang masih berbaki, dia mengangguk lambat-lambat. Lega. Kehadiran Izzat itu betul-betul buatkan dia lega. Rasa macam baru terlepas dari tahanan lanun dekat Laut China Selatan. Dan semestinya lanun itu bertopengkan wajah Amanda. Sangatlah mengerikan.


“Jom?” Izzat memberi isyarat pada Irdini untuk berlalu dari situ.


Irdini yang memahami isyarat itu tersenyum ceria. “Aku mintak diri dulu. Thanks for the invitation.” Katanya pada Amanda. Kini dia sudah mampu mempamer riak megah pada gadis itu.


Tanak masuk dulu ke? Izzat, you tanak makan dulu?” Izzat yang sedang menanti Irdini dipelawa dengan ramah.


“No thanks.” Balas lelaki itu tanpa mengangkat wajah. Batu-batu kecil atas jalan dikuis-kuis dengan selipar.


“Masuk la dalam kejap. Boleh kita borak-borak.” Amanda masih tidak berputus asa. Dalam hati dia sudah menanam niat untuk mengenali ‘boyfriend’ Irdini dengan lebih rapat. Sesungguhnya bila terpandang wajah dan penampilan lelaki itu membuatkan dia bertambah cemburu terhadap Irdini.


Takpe ar. Aku datang bukan nak makan. Aku datang nak tunjuk boyfriend aku dekat korang je. Lagipun kitorang tak suka tempat yang crowded. Lebih suka yang privasi sikit. Pergi dulu. Daaaaa...” Irdini melambai-lambaikan tangan bersama senyuman yang habis ceria. Dan senyuman itu mampu membuatkan Amanda and the gang rasa macam nak lari terjun KLCC. Izzat yang berada lima meter di belakang didekati lalu lengan sweater lelaki itu ditarik melajukan langkah untuk meninggalkan tempat itu.

******

toucholic

toucholic

Hot N Cold

Hot N Cold
Apa yang terjadi bila air panas bertemu dengan ais cube?

sweet sours

sweet sours
friendship is a sweet relationship

Bila Amar Dah Suka Dia

Bila Amar Dah Suka Dia
Inilah jadinya bila Amar dah jatuh chenta