Chill Out ~~ ^_* (kalau tak suka lagu boleh stop kt atas ni)

new updated!


new n3 :-)

# Hot And Cold (Bab 5)
# Hot And Cold (Bab 4)
# Hot And Cold (Bab 3)

* my new email (YM, FB) :"carl_aryana89@yahoo.com"

(^__^)

(^__^)

Kalaulah Hot n Cold dapat peluang ke untuk ke versi cetak.. apa kata kalian?

Thursday, September 8, 2011

Toucholic 19

“FARID! Kau kalau bawak kereta macam YB melawat kawasan, baik kau berhenti tepi sekarang jugak! Let me drive. Wawa tu tengah pengsan tak sedar diri kau tau tak? Sepatutnya kita kena bawak dia pergi klinik cepat-cepat. Waktu ni jugaklah kau nak tunjuk macam selama ni kau sangat menghayati keindahan alam sekitar. Dah! Stop! Biar aku bawak.” Anis jadi bengang bila melihat cara Farid memandu. Slow ya amat! Macam tengah buat driving test untuk ambil lesen kereta. Lembab!

            “Kau ingat aku saja-saja nak bawak slow ke? Tak nampak berbaris-baris kereta kat depan tu? Nak suruh aku main sodok je?” Bidas Farid yang juga agak bengang dengan komen laser sepupunya itu. Bawak kereta macam YB melawat kawasan? Heh!

            “Dah tu tak reti-reti nak memotong?”

            “Kalau dah treler dengan lori je yang banyak dari arah bertentangan, kau berani potong ke? Kang empat-empat kena hantar pergi hospital terus. Nak macam tu?” Marah Farid dengan suara tinggi. Dia faham perasaan cemas Anis ketika ini. Dia juga sedar yang Najwa yang masih kaku di belakang atas ribaan Izzat perlukan doktor secepatnya. Tapi kalau dah gaya jalan raya jam macam ni, apa yang dia boleh buat? Kalaulah kereta ni ada sayap. Kalaulah... Dari tadi dia dah buka sayap naik terbang atas awan.

            Anis mengeluh. Kata-kata Farid itu ada benarnya. Tapi bila terkenangkan keadaan Najwa ketika ini, dia jadi tertekan. Tak boleh nak fikir apa. Yang dia tahu, Najwa perlu dibawa jumpa doktor dengan segera.

            “Farid, tolong u-turn balik uni sekarang.”

            “Hah?” Anis dan Farid memberi respon serentak. Permintaan Izzat yang tiba-tiba itu membuatkan mereka jadi hairan.

            “Relaks ar, Izzat. Aku try bawak laju sikit ni.” Sangka Farid Izzat bengang dengan dia. “Ni dah boleh potong empat kereta ni...”

            “That’s not the problem.”

“Dah tu?” Lagi sekali dua saudara itu menyoal serentak.
            
           “Okey... Stop acting, Wa. Dah boleh bangunlah kot.” Pertanyaan Anis dan Farid tak berbalas. Tumpuan sepenuhnya diberi pada si kembar.
           
            Huh? Anis sentak. Farid muka blur.

            Kepala yang berada diriba ditolak jatuh ke bawah.“Stop playing with us, dear. And tell you what? This is not funny. I swear.” Matanya merenung tepat pada muka Najwa. Kelopak mata yang masih terpejam rapat bergerak-gerak. Ketapan bibir ketara nampak. Tak cukup dengan itu jari-jari kaki yang bergerak itu cukup untuk menjadi punca tipu helahnya berjaya ‘ditangkap’ oleh Izzat.

Dan masa ini walaupun ditipu Najwa, dia rasa bersyukur. Bersyukur yang amat sangat bila dapat tahu yang adiknya berada dalam keadaan okey. Dia jadi lega. Nafas berat dibiar terlepas.
            
            Anis yang keliru dengan situasi di belakang akhirnya berpaling. Najwa yang dah bersandar tenang pada kerusi segera menghadiahkan senyuman ceria pada dia. Sesaat kemudian, simbol ‘peace’ pula ditayang. Dan aksi itu membuatkan Anis... “Wawa!!!!!” Dan dalam masa tak sampai dua saat Anis berubah ganas. Dia berpusing ke belakang. Kedua-dua lutut dah menongkat tubuh pada kerusi. Tangan dipanjangkan arah Najwa. “Aku nak cekik kau!!!”

            “Whoaaa! Whoaaaa!” Jeritan tanpa salam itu menyentapkan jantung Farid. Dah terasa nyawa melayang. Pemanduannya mula terganggu. “Anis, what are you trying to do? Don’t! Donnnnnn’ttt!!!”

            “Signal! Signal!” Kalut-kalut Izzat mencelah bila Farid memperlahankan kereta dengan tiba-tiba.

            “Fuh!” Farid tarik nafas panjang. Dia rasa lega bila keretanya berjaya berhenti di bahu jalan dengan selamat. Walaupun dihadiahi dengan bunyi hon dari beberapa buah kereta dari belakang, dia tetap nak rasa lega. “Ya Allah... Anis! Bawak mengucap lah wei!” Namun rasa lega dia tak lama. Anis yang tengah bersusah payah memanjat kerusi untuk pergi ke tempat duduk belakang cuba dihalang.

            “Kau jangan halang aku, Farid! Budak ni memang patut diajar! Melawak benda yang boleh buat orang putus nyawa. Kau memang melampau, Wawa!!! Melampau gilerrr!!!” Anis makin mengganas. Macam godzila. Sebijik!

            “Sorry! Sorry!” Najwa gelabah. Anis dah naik minyak. Dia jadi gerun. Dan bila tangan Anis hampir mendarat dileher, dia cepat-cepat buka pintu kereta. Laju dia melompat keluar menyelamatkan diri.

            “Along, help me!”

            Izzat dalam kereta buat tak endah. Sendiri cari pasal, sendiri tanggung.

            “Farid!”

            “Tak campur!” Farid angkat dua-dua tangan sebelum kembali memegang stereng.

            Najwa dah hilang idea. Anis yang tengah menggila mengejar dia betul-betul buat dia seram. “Anis, aku mintak sorry. Next time tak buat dah. This is the first and last time. I swear!” Beg kanvas yang terbang menghala ke muka dia ditepis dengan tangan. “Whoaaaa!!!” Lepas tu pantas dia mengelak bila layangan wedges tiga inci ingin mendarat di kepala. Sasaran tak mengena! Selamat.

            “Itu baru dikatakan kawan sejati.”

            Ayat Farid itu menjemput senyuman Izzat di kerusi belakang. “Sampai perangai pun dah jadi 
sama.”

            “Hot tempered yang tak boleh cover, huh?” Farid tarik sengih.

            “Tak kira tempat. Tau nak menggila je.”

            “Kot ye pun control la sikit ayu tu. Tempat umum ni...”

            “Nak buat cemana? Masing-masing kulit muka tebal tiga inci.”

            Ketawa pecah serentak.

            “Should we threat them?” Farid angkat kening sebelah.

            “Good idea.” Senyuman keji Farid melalui cermin dibalas.

            Dua bibir menyungging senyuman nakal.

            Gear bertukar. Signal kanan diberi. Tak sampai lima saat, kereta itu mula meluncur di tengah jalan.

            Najwa yang berlari terkedu. Anis yang mengejar tersentak. Persona warna hitam itu dah menyertai kereta-kereta lain di jalan. “Wei!!!” Dan lepas tu dua-dua lari macam tak cukup tanah mengejar kereta Farid.

***

KERUSI ditarik. Dia duduk setentang dengan budak yang tengah merenung lantai dengan muka resah. Riak muka macam orang baru lepas bunuh orang je. Serabut semacam.

            “Kau kalau setakat called aku suruh aku datang sini untuk tengok muka tak aman kau tu, baik aku blah.” Setelah hampir dua puluh minit menghadap muka Razin, akhirnya dia bersuara.

            Razin mengeluh dahulu tanpa mengeluarkan bunyi. Dia berdiri menghadap tingkap. Pandangan menebar ke luar. “Aman...”

            “Yep!”           

            “Aku... tadi... ada...” Peristiwa yang buatkan hati dia tak tenang itu diceritakan pada Aman satu-persatu. Dari A sampai Z. Satu pun tak tinggal.

            Lima minit, cerita pun tamat. Kini dia hanya menunggu respon apa yang akan diberi oleh Aman. Dan harapan Razin agar biarlah respon yang diberi itu akan membuatkan hatinya tenang. Walau tak banyak, sikit pun jadilah rasa tenang itu.

            “Ini dikira kes berat...”

            Haihh! Macam Matt. Negatif  lagi... Razin pejam mata sesaat. Dan dia bertambah serabut.

            “Tapi... kau kira memang tak sentuh kulit dia langsung-langsung kan?” Aman bertanya serius.

            Sungguh-sungguh Razin mengangguk mengiyakan. “Jangan kata kulit, baju dia pun tak. Dua meter kot jarak kereta aku dengan dia masa tu. Logik ke tak kalau diorang nak mendakwa aku melanggar drakula tu?”

            “Kalau dakwaan kau melanggar dia tu memang tak logik la. Tapi kalau dakwaan dia pengsan sebab terkejut tu memang logik. Dan aku rasa la... dia memang pengsan sebab terkejut.” Aman membuat andaian. Dia menapak ke arah Razin.

            “Aku pun rasa macam tu. Kalau setakat pengsan  saja takpe. Tapi andai kata lah masa dia jatuh tu kepala dia terhantuk kuat. Then ada darah beku dalam kepala. Lepastu, dia kena buat operation. Peratus dia nak hidup 50-50%. Lepastu dia...”

            “Bro!”

            Panggilan Aman menyentakkan khayalan Razin. Terasa bahunya ditepuk. Dia pandang muka Aman. “Aku rasa bersalah.”

            Senyuman nipis disungging. Perasaan tertekan Razin jelas di wajah. “Let’s pray to Allah. Hope everything will be okay. InsyaAllah... Kau jangan gelabah macam ni.”

            “Cemana aku tak gelabah? Aku dah buat anak orang, bhai.”

            Nafas dihela. Memikirkan lagi ayat apa yang boleh diutarakan untuk menenangkan keresahan sahabatnya itu. “Kau ada number dia?”

            “Phone number?”

            “Yup.”

            “Lah!” Razin tepuk dahi. “Apesal la aku tak call dia dari tadi lagi? Bodohnya!” Kutuknya pada diri sendiri. Samsung Galaxi atas meja studi dicapai. Earphone disumbat masuk pada kedua-dua telinga. Lalu tangan dia bergerak menyentuh skrin mencari nombor telefon Najwa. Lima saat, panggilan dibuat. Lama dia menunggu, namun tiada tindak balas yang diterima.

            “Try again.” Suruh Aman.

            Panggilan yang kedua dibuat. Masih gagal.

            “Keep trying.”

            Ini sudah masuk kali yang ketiga. Najwa masih gagal dihubungi. Razin jadi makin tertekan.

            “Takpe la. Karang kau call dia lagi.” Aman memujuk. Sedaya upaya resah Razin cuba dikurangkan.

            Temannya itu hanya mengangguk lemah. “Ah!”

            “What?”

            “Anis!” Muka dia sedikit ceria bila wajah Anis menjelma tiba-tiba. Jarinya berlari semula pada skrin Samsung Galaxi. Laju nama Anis dalam contact number dicari. Nada tanda panggilan disambung berbunyi. Dia sabar menunggu.

            “How?”

            Bibir bawar terjuih. Kepala digeleng lemah.

            “Can try later. Relaks ar...” Bahu Razin ditepuk lagi.

            Razin hanya tersenyum sumbing. 
***********

toucholic

toucholic

Hot N Cold

Hot N Cold
Apa yang terjadi bila air panas bertemu dengan ais cube?

sweet sours

sweet sours
friendship is a sweet relationship

Bila Amar Dah Suka Dia

Bila Amar Dah Suka Dia
Inilah jadinya bila Amar dah jatuh chenta