Chill Out ~~ ^_* (kalau tak suka lagu boleh stop kt atas ni)

new updated!


new n3 :-)

# Hot And Cold (Bab 5)
# Hot And Cold (Bab 4)
# Hot And Cold (Bab 3)

* my new email (YM, FB) :"carl_aryana89@yahoo.com"

(^__^)

(^__^)

Kalaulah Hot n Cold dapat peluang ke untuk ke versi cetak.. apa kata kalian?

Thursday, October 27, 2011

Toucholic 20

BUDAK perempuan yang sedang ketawa jahat itu direnung. Memicing matanya bila tubuh itu terguling-guling pula atas katil. Dia peluk tubuh. Pandangan masih setia memaku pada manusia yang tengah bahagia tak ingat alam itu. Dapat seksa hati dan perasaan orang pun boleh bahagia sampai macam ni sekali? Boleh pulak macam tu. Heh!

            “Satisfied, huh?” Setelah lima belas menjadi pemerhati, akhirnya dia bersuara.


            “Harus lah!” Dalam ketawa dia menjawab. “Biar dia rasa. Siapa suruh cari pasal dengan Izzati Najwa. Kan hidup dah jadi kacau bilau. Ambik kau orang gila. Kau call sampai kudung jari pun aku takkan jawab. No and never!” Dan ketawa dia bersambung semula. Perasaan dia ketika ini hanya dia dan Allah saja yang tau. Bahagianya. Indahnya. Terbuai-buainya. Alahai...


            “Wawa, kau tak kesiankan dia ke? Entah-entah dia dah rasa bersalah. Menyesal buat kau macam tu. Aku sure sangat yang dia sekarang ni tengah tak aman. Tak boleh duduk diam terfikirkan keadaan kau yang konon-konon parah. Come on. Pick up the calls, ey?” Iphone4 Najwa yang masih berdering minta dijawab itu mengganggu ketenteraman Anis. Dah berpuluh kali nama ‘Orang Gila’ menyala di skrin itu.  Dan dah berpuluh juga SMS yang dihantar oleh Razin. Satu pun tidak dibalas. 
Hanya dibuat tak endah.


            + Salam. Kau ok?


            + Err... asal aku called kau x jwb?


            + Masa kau jatuh tadi kepala kau luka tak?


            + Kau knp? Kau tak sedar2 lagi ke? Lamanya pengsan.


            + Kau kat mana ni? Hospital ke?


            + Kau xde luka kan?


            + Kau ok2 je kan?


            + Kau pengsan sebab terkejut je kan?


            + Najwa! Kau ok ke tak ni??????


            + Sape2... Kalau ada yg baca SMS ni tolonglah reply bgtau keadaan Najwa.


            + I am sorry. Truly sorry. =(


            + Kalau yg baca SMS ni ibu @ ayah Najwa... maafkan sy. Niat sy cuma nak  

               main2 je. Maaf sangat2 uncle auntie. Sy mintak maaf byk2. Sy janji next time  
               tak buat dah. Maaf sejuta kali. Tp tolonglah bls calls dan SMS sy. Please...

            Itulah antara SMS yang dihantar oleh Razin. Semakin banyak panggilan masuk dari Orang Gila, semakin berbunga-bunga hati Najwa. Semakin kerap SMS yang diterima dari lelaki itu, semakin galak dia ketawa. Kalaulah dia boleh lompat sampai siling, dah lama dah siling biliknya itu berlubang-lubang. Suka ya amat!


            “Bahagia?” Anis mencebik tak puas hati. Sikap Najwa terhadap Razin membuatkan dia tak setuju. Budak tu punya la sungguh-sungguh risaukan kau, boleh pulak kau tak ambik pusing?


            “Ya amat bahagia!” Najwa masih berguling-guling atas katil. “Meh la join guling dengan aku. Kita sama-sama gelakkan that orang gila.” Dia menggamit Anis sambil menepuk ruang kosong disebelah. “Kalau kau kawan aku, just ignore the call.” Katanya cepat-cepat bila handphone Anis berbunyi. Tak perlu ditanya pun, dia dah dapat mengagak siapa yang memanggil itu.


            “Wawa...”


            “Anis... perasaan macam nak hilang nyawa tak menyeronokkan kau tau? Bayangkanlah,  feeling masa aku nampak kereta tu laju menghala ke arah aku. Macam nak tercabut jantung. Lemah habis urat saraf aku. Sampai terjelupuk aku dekat tar tu.” Balas Najwa membela diri. Bengang juga dia bila Anis macam nak sebelahkan si Razin.


Peristiwa tadi mengimbau kembali. Kedatangan kereta dengan kelajuan yang sangat tinggi tiba-tiba datang dari arah belakang betul-betul buat dia terkedu. Badan terasa lembik sebelum dia terkulai atas tar. Dan setelah dia melihat kereta BMW yang amat dia kenali berada lebih kurang dua meter dari tubuhnya, satu idea melintas di kepala  Serta merta dia baring di atas tar dengan mengkakukan tubuh. Kalau dia boleh gertak aku, takkan aku tak boleh nak gertak balik? Heh!


Kalau nak tahu sebenarnya, sebelum kejadian dia dah nampak Izzat berjalan ke arah kawasan parkir. Dia tahu, kalau dia ‘pengsan’, alongnya itu takkan biar orang lain menyentuh kulit dia. Dan dia yakin Izzat akan mainkan peranan. Dan... tengok lah. Rancangan dia berjaya. Izzat yang angkat dia masuk kereta Farid. Bukan Farid. Bukan Razin. Bukan juga pelajar-pelajar lelaki yang mengerumuni tempat kejadian tadi. Tapi along dia. Senyuman puas hati bercahaya di muka.


“Tak baik buat dia macam tu.” Ternyata Anis masih tak puas hati dengan cara layanan Najwa terhadap Razin.


“Dah tu, dia langgar aku tadi tu... baik sangat ke?” Gumam Najwa dengan muka bengang. Asyik-asyik nak bela dia. Asyik-asyik nak salahkan aku. Kawan apa macam ni?

            
          “Bukan langgar. Buat-buat nak langgar.” Perbetul Anis.


            Merengus geram. Dia bangun dari baring menghadap Anis. “Tapi kalaulah dia tak sempat brek tadi, kau rasa aku nak duduk bergelak dekat sini dengan kau tak? Silap-silap kau duduk dekat ICU teman aku sambil meraung. Tak pun kalau nak yang lebih sadis, sekarang ni kau tengah mandikan jenazah aku sambil tersedu-sedu tahan nangis...”

          
             “Kau merepek apa ni, wei?” Kata-kata Najwa itu mengundang kemarahan Anis. Mata sahabatnya itu direnung tajam. Suka sangat main-main pasal nyawa.


           “Mungkin... Mungkin kalau dia tak sempat brek tadi, semua tu akan berlaku. Aku cakap ikut logik, Anis.” Sambung Najwa dengan tenang.


            Anis terdiam. Dia menunduk ke bawah. Kata-kata Najwa ada benarnya. Kalaulah Razin tak sempat brek tadi, mungkin sekarang ni Wawa dah... tanak fikir! “So, kau nak terus ignore Razin?”


            Mengangguk bersungguh-sungguh. “Kau pun. Takyah layan call dia. Will you?” Muka Anis yang yang tertunduk itu diintai.


            Anis angkat muka pandang Najwa. “As you wish.” Putus dia akhirnya. Maaf Razin. Aku lagi sayang Wawa.


            “Sayang kau giler ah! Thanks...” Terus dia berdiri mendakap Anis. “Beb, sorry pasal tadi.”


            “Kau memang melampau tau tak?” Keadaan dia ketika melihat tubuh kaku Najwa tadi terlintas kembali.


            “ Saja nak test kau sayang aku ke tak. Tapi aku tak bajet kau nak meraung macam tu sekali.”


            “Bila tengok kau keras macam tu, aku jadi cuak gila. Mahunya tak meraung.”


            “Tapi aku suka la ayat kau serbu orang gila tu.”


            “Which one?”


            Pelukan terlerai. Dia tarik nafas sebelum buat muka bengis. “Kalau apa-apa terjadi dekat Wawa, aku takkan lepaskan kau! Aku sumpah!”


            Tiga saat kemudian, bilik itu bergema dengan tawa dua gadis. 

**************
p/s:- Gilak sibuk skang ni. Sempat post ni jek.. maaf. hope hepy reading...

toucholic

toucholic

Hot N Cold

Hot N Cold
Apa yang terjadi bila air panas bertemu dengan ais cube?

sweet sours

sweet sours
friendship is a sweet relationship

Bila Amar Dah Suka Dia

Bila Amar Dah Suka Dia
Inilah jadinya bila Amar dah jatuh chenta