Chill Out ~~ ^_* (kalau tak suka lagu boleh stop kt atas ni)

new updated!


new n3 :-)

# Hot And Cold (Bab 5)
# Hot And Cold (Bab 4)
# Hot And Cold (Bab 3)

* my new email (YM, FB) :"carl_aryana89@yahoo.com"

(^__^)

(^__^)

Kalaulah Hot n Cold dapat peluang ke untuk ke versi cetak.. apa kata kalian?

Friday, November 4, 2011

Toucholic 21

“FUH! Aku tensi gila dengan assignment tu. Tak tau nak korek idea dekat mana nak siapkan drawing. Dahlah final exam in three weeks. Urghh! Boleh gila kalau macam ni.” Bentak Anis. Dia dan Najwa berjalan beriringan keluar dari studio. Rambut yang asal diikat rapi terus jadi kusut sebaik saja disebak kasar.

            “Kau ingat kau saja yang tensi? Aku ni dah nak muntah hijau menghadap skecthup. Tiap-tiap malam tidur lambat. Dah macam orang ada anak kecik je. Tak cukup tidur. Sampai nak spend time untuk hero-hero idaman pun tak sempat. Leceh betul!” Gumam Najwa pula. Bekas pensil disumbat ke dalam beg galas. Budak ID memang macam ni. 24/7 sibuk dengan skecthup. Tak percaya, cuba tanya pelajar Interior Designer. Tahulah apa yang mereka akan jawab lepas tu.


            Ayat ‘hero-hero idaman’ itu membuatkan Anis mencebik meluat. “Tak habis-habis dengan pelakon-pelakon korea kau tu. Nyampah giler!” Tahu sangat dia dengan minat teman yang sorang tu. Saranghae-kamsahamida tak sudah-sudah. Terkena panahan Kpop betul. Haih!


            “Kau tak pernah layan drama-drama korea macam aku, sebab tu lah kau tau nak menyampah je. Cuba kau try satu drama. Aku confirm after tu kau lekat macam aku jugak.”


            “Tanak ah! Kang aku jadi gila fanatik macam kau pulak. Susah! Kau sorang saja sudah.” Anis buat muka. Saranan Najwa ditolak mentah-mentah.


            “Aku ajar cari hobi baru isi masa lapang tanak. Kalau kau bosan-bosan bolehlah layan Korean drama. DVD boleh. Online pun boleh.” Sambung Anis lagi.


            “Eeesh!” Anis tutup telinga. Rimas betul kalau dengan isu-isu drama korea ni. “Tanak cakap pasal ni dah. Aku lapar. Aku nak makan. Dan jangan sampai aku makan kau.” Kata Anis lagi  sambil menggosok perut flatnya.


            Najwa juih bibir.“Yela.Yela. Nak makan mana? Dalam luar?”


            “Luar ar. Lagipun kelas hari ni dah habis.”


            “Okeh! Makan dekat medan selera Seksyen 2 nak? Mata aku dah terbayang-bayang ABC dia yang penuh mangkuk tu. Dengan topping coklatnya lagi. Wahhh... dah kebulur ni.”  Najwa dah menjelir lidah merasa bibir sendiri. Keenakan ABC mula terasa.


            “Najwa!!!”


            Panggilan yang datang dari arah belakang mematikan langkah dua sahabat. Najwa pandang Anis. “Aku rasa macam kenal suara tu.”


            Anis mengangguk tanda dia juga kenal suara garau itu. “Razin.”


            Najwa jadi kalut. “Nak buat apa ni?”


            Anis pelik. “Kau kalut semacam ni asal?”


            “Ah!” Petik jari seraya tersengih.


            Muka Anis nampak bosan. “Kau kalau dah tayang muka macam baru lepas kena kiss dengan Lee Minho tu mesti ada apa-apa yang kau nak buat.”


            “Anis, we’re friends, right?”


            Of course lah.”


            “Dunia akhirat?”


            “Hmm.”


            “Sahabat setia?”


            “Iye...”
 
            “Aku sayang kau. Tau tak?”


            “Okey, straight to the point. Kau takyah nak susah payah ampu aku. Amende yang kau nak suruh aku buat?” Soal Anis yang faham dengan telatah Najwa. Dia dapat menghidu akan ada sesuatu yang budak Najwa ni akan buat untuk kenakan Razin. Apa dia? Dia belum pasti.


            Sengihan Najwa lebar lima inci. “Tak susah. Kau ikut je apa yang aku buat.”


            Anis mengangguk kena paksa.


            “Dia dah dekat?”


            Toleh belakang sekilas. “Sepuluh meter.”


             Terus tangan meraih tubuh Anis. Kepala pula disandar pada bahu gadis itu. Serta merta muka ceria berganti dengan muka orang tengah sakit.


            “Najwa, kau okey ke?” Razin yang kini sudah berdiri menghadap Najwa dan Anis menyoal laju. Muka dia nampak agak cemas. Disebelahnya ada Matt yang turut memberi perhatian kepada Najwa.


            “Kau tengok aku okey ke?” Suara Najwa tinggi. Konon-konon marah. Dahinya dipicit-picit.


            “Kepala kau sakit?” Soalan kedua dilontar lagi.


            “Kepala aku bukan batu. Confirmed sakitlah kalau dah terhantuk kuat dekat tar semalam.”


            “Terhantuk kuat?” Razin terkedu.


 Matt tersentak.


Dua-dua pandang muka kau-aku sebelum merenung semula wajah lesu Najwa.

            
            “Ada pergi jumpa doktor tak semalam?” Terasa kelat air liur yang ditelan. Mata Razin tidak beralih langsung dari wajah Najwa.


           “Ada. Doktor cakap...”


            “Ada darah beku dalam kepala?” Laju saja Matt menyambung sendiri dengan soalan.


            Eh? Dia pandang Anis yang hanya mendiamkan diri disebelah. Ada senyuman nakal di bibir itu. Masing-masing angkat kening serentak.


            Terima kasih Matt diatas luahan idea bernas kau untuk aku menggoreng korang. “Haah. Ada darah beku dekat sini.” Sebelah kiri disentuh. “Sssstttt! Sakitnya...” Adu dia lagi dengan riak menahan sakit yang teramat sangat.


            “Tapi semalam bukan ke kau...” Razin diam sekejap. Otak ligat berfikir. Lepas beberapa saat dia kembali memberi tumpuan pada si drakula. “... jatuh belah kanan? Tapi asal sebelah kiri kepala yang ada darah beku?” Soalan itu dilontar dengan muka keliru.


            Erk!!! Dua gadis itu terkedu.


            Najwa mati idea bila dua pasang mata merenung tepat ke muka dia. Menanti jawapan yang bakal diberi. Lantas, dalam diam belakang Anis dicuit.


            Renungan Najwa yang bermaksud ‘beb, mintak tolong’  itu merimaskan Anis. Kepala yang tak gatal digaru. “Memang jatuh belah kanan, tapi effect dia kiri yang terasa.”


            “Macam tu pulak?” Matt jadi blur. Memicing matanya cuba memikirkan dimana logiknya kalau sebelah kanan kepala yang terhentak. Tapi sebelah kiri yang ada darah beku. “Ah! Bukan ke kalau ada darah beku, kau wajib kena tahan wad. Mana boleh datang kelas macam ni.”


            Erk! Lagi... “Ermm...” Apa lagi aku nak menggoreng ni? Najwa picit pelipis. Datanglah idea. Datanglah... Ah! “Memanglah.Tapi aku minta keluar awal sebab nak datang kelas. Final exam kan lagi tiga minggu. Kau nak suruh aku jawab apa nanti kalau dah tak studi?”


            “Oh.” Dua ulas bibir sedikit terbuka. Sekali lagi Razin dan Matt pandang muka kau kau. Logik bagi setiap ayat-ayat Najwa dan Anis masih difikir dalam diam.


            “Tapi boleh pulak doktor lepas kau keluar. Takkanlah...”


            “Sob...sob...sob...”


            “Kau nangis?” Tersentak seketika. Razin juga rasa pelik. Najwa yang sedang teresak-esak dengan muka disembam ke bahu Anis direnung lama.


            “Kau kenapa?” Disoal pula oleh Matt yang sudah berkerut dahi.


            “Dia sensitive!” Cubitan yang tiba-tiba pada bahunya membuatkan ayat itu terkeluar laju.


            “Sensitif?”


            Panahan dari dua pasang mata itu membuatkan dia jadi serba salah. Senyap-senyap kaki Najwa yang pura-pura menangis itu dipijak. “Bila korang sebut pasal darah beku dalam kepala, Wawa rasa sedih. Sebab tu dia menangis.”


“ Korang ingat hal ni tak serius ke?” Sampuk Najwa pula. “Semua kau punya pasal!” Muka Razin dituding sebelum dia buat-buat kesat air mata dengan lengan baju.


Razin terdiam. Tangisan itu menambahkan lagi rasa bersalah dia terhadap Najwa. Terus-terusan wajah yang terlindung itu direnung. “Aku... mintak maaf. Mintak maaf sangat-sangat.” Lembut dan ikhlas kata-kata itu diungkap. Lahir dari jauh dari lubuk hati.


Esakan sudah tidak kedengaran lagi. Najwa angkat muka dari bahu Anis. Namun sedaya upaya mukanya dilindung dari dilihat oleh dua lelaki itu. “Maaf kau dah tak ada gunanya dah sekarang ni. It’s too late.” Dengan penuh dramatis dia meluahkan.


Terasa macam kepala dihempap dengan tayar lori. Razin makin tertekan menanggung kesalahan sendiri. Rasa menyesal menggertak Najwa semalam betul-betul sesakkan dada. “Kau nak pergi mana?” Melihat Najwa ingin mengorak langkah pantas dia bertanya.


“Makan. Aku lapar. Akanku gunakan kesempatan masa hidup ini untuk menikmati makanan dengan semahunya.” Sekali lagi ayat-ayat klasik keluar dari bibirnya.


Anis yang mendengar dah tergelak kuat dalam hati. Sedaya upaya dia mengawal ketawa itu dari terkeluar. Wawa, kau memang boleh jadi pelakon terbaik wanita popular. Dramatis dan puitis habis. Razin, Matt... korang memang dah kena goreng sampai hangus.


“Kau jangan cakap macam tu. InsyaAllah kau takkan apa-apa.” Pujuk Matt yang ikut simpati dengan nasib yang menimpa Najwa. Dalam diam, dia menyumpah seranah Razin. Kalau bukan sebab temannya itu, Najwa takkan jadi macam ni. Giler kau Razin! Tanggunglah rasa bersalah kau tu sampai mati. Heh!


“Kau nak makan apa? Aku belanja.”


Tawaran yang datang secara tiba-tiba itu berjaya mematikan langkah dua gadis. Najwa pandang Anis. Anis pandang Najwa.


Dua saat senyuman nakal terbit dibibir. Najwa angkat kening.


Anis pula masih blur. Senyuman Najwa itu membuatkan dia terfikir. Kau nak buat apa lagi ni, Wawa?


“Betul kau nak belanja?” Tanpa berpaling dia tanya Razin.


Razin dibelakang mengangguk laju. Macam kipas angin. “Hmm!” Sungguh-sungguh dia mengiyakan.


Kali ini Najwa berpaling. Mendapatkan muka Razin. Dengan muka ceria dia merenung lelaki itu. “Aku nak makan Secret Receipe.”


“Boleh.” Dia memaksa bibirnya mengukir senyum. Rasa bersalah dibuang ke tepi dahulu. Dia dah senyum. Aku wajib balas.


Anis terkedu sejenak. “Wawa, bukan ke tadi kau kata kau nak makan AB...” Huruf C disambung dalam hati setelah lengannya dikuis.


“Aku nak makan banyak benda dekat situ. Kau cukup duit ke?”


“Tak kisah. Kau makan je apa yang kau nak. Semua aku settle.”


“How about me?” Anis pandang Razin.


Razin pandang Matt. “ You also.”


Anis dan Matt tersengih suka. “Orait. Jom!”


“Naik kereta aku?” Razin pandang Najwa dan Anis.


“Tak pe. Aku bawak kereta.”


“Eh?”


Alamak! Najwa gigit bibir bawah bila otaknya berkata ‘Dalam kepala kau ada darah beku. Lupa dah? Mana boleh drive.’ “Maksud aku, kereta aku. Tapi Anis drive.”


Riak muka ‘Eh?’ tadi berubah jadi ‘Oh...’ Kemudian Razin dan Matt berjalan mengekori Najwa dan Anis dari belakang. Empat-empat punya hala tuju yang sama. Kawasan parkir kereta.


***


WAHH! Meja yang dipenuhi dengan pelbagai jenis hidangan itu direnung dengan mulut terbuka. Najwa dah telan liur. Hidung Anis dah tersumbat dengan bau-bauan wangi dari makanan-makan itu. Matt pula senyum tak lekang-lekang sejak tadi.

Razin? Hanya tersenyum nipis atau lebih tepat dipanggil senyum paksa. Mahunya tak kalau dah dalam hati tu tak hilang-hilang lagi rasa bersalah terhadap Najwa. Hati dia, perasaan dia, dalam fikiran dia masa ini hanya Allah saja yang tau.


Dia pandang muka ceria Najwa. Boleh lagi tunjuk muka ceria macam tu bila dapat tahu nyawa sendiri dalam bahaya? Tapi siapa tahu dalam hati dia macam mana. Mugkin dia senyum untuk sembunyi perasaan dia yang sebenar. Kau, aku betul-betul mintak maaf.


Gents.” Maklum Razin seraya berdiri.


Dua kepala yang bertudung membalas dengan anggukan. Satu kepala lagi ikut berdiri.


“Aku join. Tahan dari tadi lagi ni.” Muka Matt berkerut macam menahan sesuatu.


“Itu pun takkan nak kena bagitau? Giler tak senonoh!” Marah Anis pada Matt. Boleh membantutkan selera betul lah si polan ni!


Sorry. Tak sempat nak control.”


“Dah! Go! Go! Go!” Serentak Anis dan Najwa menghalau budak tak senonoh itu.


“Korang makan dulu. Jap lagi kitorang datang balik.” Kata Razin sebelum berlalu pergi meninggalkan dua gadis itu.


Setelah tubuh Razin dan Matt hilang disebalik dinding, Najwa terus melepas tawa. Disambut pula oleh Anis.


“Hangus gilerrr aku goreng diorang.”


“Tau tak pe. Betul lah kau dilahirkan untuk jadi pelakon sebenarnya.”


“Berlakon macam ni tak pe. Tapi kalau keluar tv tu tanak ah. Aku tak suka glamour.” Ketawa berterusan lagi. Najwa pegang perut.


Sudu dipegang sebelum blueberry cheesecake di depannya itu dicolek ke dalam mulut. Kunyahan terhenti bila dia terfikirkan sesuatu. “Wei, kita dah tipu dia. Ini dikira halal ke kalau kita makan?” Anis pandang Najwa.


Muka temannya itu nampak tenang. “Tak pe. Makan dulu. Kita mintak dia halalkan kemudian.” Spaghetti dah dua suapan dikunyah. Sedapnya la...


Giler ah kau. Darah beku dalam kepala lah sangat.”


“Kredit untuk Matt. Dia dah kasi idea yang bernas ni. Kalau takde dia aku tatau nak menggoreng apa.”


“Konon-konon menangis sebab sensitif la, ey? Sengal!”


“Dah tak tau nak kelentong apa lagi. Diorang tu banyak sangat soalan. Paling senang, aku buat-buat nangis. Diam terus mamat-mamat tu.”


Ketawa dua gadis bergema lagi di situ. Tanpa menghiraukan pandangan-pandangan orangs sekeliling, mereka ketawa sampai semput.


“Kau tengok tak muka dia pucat giler.”


“Siapa? Orang gila?” Najwa angkat kening.


“Haah. Aku boleh nampak rasa bersalah dia dekat kau memang tinggi ar. Kau tak kesiankan dia ke? Dalam otak dia sekarang ni, nyawa kau dalam bahaya.”


“Biar ah. Siapa suruh dia cari pasal? Nak gertak aku ye? Biar aku gertak dia pulak. Tapi bila fikir-fikir balik, bodoh kan dia? Percaya habisan kot.” Langsung tak ada rasa bersalah terbit di hati keras Najwa.


“Hati kau betul lah kayu.” Kata Anis. Suapan kek diteruskan lagi.


“Apa pulak kayu. Besi ar. Lagi keras.”


“Iye... Besi. Izzat Najwa berhati besi. Wahh.. Suwit, huh?”


Suwit ngek lu.”


Ketawa pecah.


“Tak rasa bersalah langsung dekat dia?”


“Tak. Langsung-langsung tak!”


Menggeleng yang ke sekian kali. “Oh! Lupa pulak. Kau kan hati besi.”


“Tau tak pe. Tak tau tanya.”


“Bangga giler muka.”


Well... Najwa kan. Makan! Makan! Kalau dok bercakap je, sampai esok tak kenyang. Sedap ni.”


Anis angkat kening. “Benda free memanglah sedap.”


Hahahaha!!!! Ketawa bergema, bergema dan bergema lagi. Semput pun mereka tetap ketawa. Bahagianya bila dapat menipu orang. Namun tawa Najwa mati bila melihat air muka Anis yang dah berubah. Sudu terlepas dari pegangan.


“Asal beb? Cheese dia terlebih masin ke?”


Laju gadis itu menggeleng. “Bukan masin. Kelat!” Dengan muka gerun, dia memuncungkan bibir ke belakang Najwa.


“Apa dia?”


Muncung dipanjangkan lagi.


Dia menoleh ke belakang. Zapp!!! Hampir-hampir dia jatuh terlentang. Nasib baik Anis sempat pegang kerusi dia. Terasa darah naik ke muka secara mendadak. Renungan dan panahan mata Razin yang macam ada api menyala-nyala itu membuatkan dia jadi sesak nafas.


Matt di sebelah lelaki itu dah tunjuk muka cemas.


Lambat-lambat dia berdiri. Sengihan serba salah dilempar pada lelaki yang berada tiga meter dari meja mereka itu. “Asal kau datang balik cepat sangat?” Ada getaran pada suara Najwa.


Tidak membalas. Hanya helaan nafas kasar yang kedengaran.


“Err... kau ada dengar apa-apa ke?” Dengan muka bodoh dia menyoal lagi.


Dada Razin berombak-ombak sakan. Kalau ombak besar dekat laut tu orang panggil Tsunami. Ini kalau ombak besar dekat dada, orang panggil apa?


“Err...aaa... Sebenarnya kitorang memang nak terus-terang dengan kau yang...”


Kepalan penumbuk di kedua-dua tangan Razin sehingga menonjolkan urat-urat mematikan suara Anis. Lengan Najwa dipeluk. Wawa, nak kena mengucap sekarang ke?


“Sebenarnya kitorang gurau je. Chill ar. Takkan kau nak sensitif kot.  Eheee...” Pegangan kuat Anis dibalas. Mata Razin yang dah merah menyala macam arang terbakar membuatkan perut dia kecut. “Anis, we’re dead.”Dia berbisik perlahan di telinga Anis.


“Aku bilang sampai tiga. Kita lesap!” Habis perlahan suara Anis memberi cadangan.


“Okey!”


Damn! Kau memang nak kena!!!”


Jeritan kuat menggegarkan Giant seketika. Razin dah tak pandang arah lain dah. Tubuh Najwa masa ini nampak kecik macam kuman. Dia juga tak fikir benda lain. Yang dia fikir budak Najwa itu harus diajar secukupnya. “I’ll kill you! I’ll kill you!”


Baru saja lelaki itu  ingin mengorak langkah, laju tangan Matt melingkari pinggang Razin. “Razin! Bawak mengucap.” Sedaya upaya dia menahan lelaki itu dari mendapatkan Najwa. Kerana dia tahu, sekarang ni Razin bukanlah Razin. Dia risau kalau lelaki itu takkan melepaskan Najwa dan Anis pulang dengan selamat.


“Lepaskan aku Matt! Biar aku ajar budak tu. Berani dia tipu aku! Aku bunuh kau! Aku nak bunuh kau!” Makin kuat rontaan yang dibuat, makin kuat pegangan Matt pada tubuh itu.


Najwa dan Anis yang melihat aksi Razin itu terkedu di situ. Rasa gerun dan seram mematikan fikiran dan langkah mereka. Macam orang yang mati akal. Tak bergerak langsung. Keras!


“Korang tunggu apa lagi? Blah lah cepat! Aku dah tak larat nak pegang dia. Blah!”


Pekikan Matt menyentakkan mereka dari khayalan. Dua-dua pandang muka kau-aku. “Kita blah!”


“Pergi! Pergi! Blah!” Matt yang masih mengerah tenaga mengawal emosi menggila Razin menengking lagi bila melihat dua sahabat itu masih terpaku di situ.


“Lepas lah wei! Kau jangan pergi! Stay there! Aku nak ajar sikit muka kau tu!” Razin makin mengganas. Meja dan kerusi di situ ditendang-tendang. Dah macam orang kena sawan pun ada Razin masa ni.


Laju Najwa mencapai slingbag dari atas meja. Anis pula menggalas beg kanvas di belakang. “We’re sorry.” Pinta kedua-duanya serentak.


“Aku bayar balik apa yang kitorang makan. Lebih kurang mintak halal. Again... sorry.” Sempat Najwa meletakkan sekeping not RM50 atas meja sebelum dia menarik tangan Anis berlalu dari situ.


“Woiiiii!!!!”


Suara Razin sayup-sayup kedengaran itu diabaikan. Dua  gadis itu terus pecut laju macam kena kejar dengan anjing gila menuju ke kawasan parkir kereta.



toucholic

toucholic

Hot N Cold

Hot N Cold
Apa yang terjadi bila air panas bertemu dengan ais cube?

sweet sours

sweet sours
friendship is a sweet relationship

Bila Amar Dah Suka Dia

Bila Amar Dah Suka Dia
Inilah jadinya bila Amar dah jatuh chenta