Chill Out ~~ ^_* (kalau tak suka lagu boleh stop kt atas ni)

new updated!


new n3 :-)

# Hot And Cold (Bab 5)
# Hot And Cold (Bab 4)
# Hot And Cold (Bab 3)

* my new email (YM, FB) :"carl_aryana89@yahoo.com"

(^__^)

(^__^)

Kalaulah Hot n Cold dapat peluang ke untuk ke versi cetak.. apa kata kalian?

Wednesday, December 21, 2011

Toucholic 22

“PUAN nak jumpa saya, ke?” Dia melabuhkan punggung di kerusi. Wajah wanita sebaya dengan ibunya itu ditentang. Senyuman terukir.

            “Bukan waktu kelas. So, let use maklang-Wawa. Shall we?” Pensyarah dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal itu ikut tersenyum. Manis. Anak jirannya itu direnung.

            Dia tergelak seronok seketika. Maklang panggil Wawa ni ada apa?” Nada formal sudah bertukar. Informal. Puan Siti Hajar merupakan jiran Najwa. Rumah mereka hanya dipisahkan dengan dua buah rumah sahaja. Hubungan antara mereka boleh dikira sangat rapat.

            “Minggu depan ada majlis konvokesyen, right?”

            Najwa mengangguk sopan.

            “Masa hari konvokesyen tu Wawa ada kelas tak?”

            “Kejap Wawa check.” Iphone dikeluarkan dari poket. Kelendar disemak. “ 22 haribulan, kan?” Lima saat, tilikan dibuat. “Ada pagi je. Satu jam setengah. After that, I’m free. Maklang nak minta Wawa buat apa?”

            Wanita yang dipanggil maklang itu tersenyum lagi. “Maklang dapat satu tapak bazar. Maklang cadang nak bukak gerai burger dengan oblong. Hari tu pulak maklang kena bertugas untuk  majlis. So, maklang nak mintak tolong Wawa boleh? Tolong handle gerai hari tu. Jangan risau. Modal semua maklang settle. Boleh? Ke Wawa ada hal lain yang nak dibuat?”

            “Takde. Wawa on.” Putus Najwa tanpa perlu berfikir panjang. Tawaran Puan Siti Hajar itu membuatkan dia rasa teruja. Jual burger? Wahh! Mesti best!

            “Betul ni?” Puan Siti Hajar muka bercahaya.

            Yes! Wawa nak. Dengan rela hati.” Kata Wawa bersungguh-sungguh meyakinkan jiran setamannya itu.

            “Orait. Settled.” Puan Siti Hajar tarik nafas lega.

            “Tapi, Wawa sorang je ke?”

            “Ada lagi sorang. Ex-student maklang masa semester satu dulu.”

            “Oh.” Siapa? Soalan itu berdetik di hati.

            “Haaa... datang dah.” Puan Hajar melemparkan senyuman melepasi bahu Najwa. “Inilah orang yang akan bekerjasama dengan Wawa masa hari tu nanti.”

            “Assalamualaikum, puan.”

            Suara garau yang baru duduk di kerusi sebelah dia hampir membuatkan dia terlompat.

Najwa jawab salam dalam hati. Dia toleh kiri. Budak tu toleh kanan. Dua mata bertentang. “Haaa!!!??”

Hampir saja Razin nak terlentang ke belakang. Nasib baik tangan dia sempat memaut meja. Riak muka tersentak macam tengah tengok kucing makan ikan pakai sudu je.

Yang Najwa pula, senyuman manis yang menghiasi bibir sejak tadi lesap serta merta. Dia ikut terpempan dengan pertemuan yang tak dijangka ini. Terkebil-kebil dia memandang wajah disebelahnya kini.

“Puan... ini ke partner saya masa jual burger tu nanti?” Razin bertanya. Masa ni dia betul-betul nak kepastian. Tolonglah tak. Tolonglah bukan. Tolong....

Yes. Kenapa? Awak berdua kenal satu sama lain ke?”

“Pernah nampak dia before. Tapi tak berapa nak kenal.” Jawab Razin pantas dengan senyum plastik. Laju je ayat tu keluar. Tak perlu nak fikir panjang susun ayat.

Tak berapa nak kenal kepala lutut kau! Yang kau dok cari pasal dengan aku selama ni tu apa? “Haah maklang. Pernah tersempak gitu-gitu je.” Ujar Najwa bila pandangan Puan Siti Hajar menala pada dia. Kan dah tak pasal-pasal aku buat dosa tipu maklang. Orang gila ni la...

“Oh. Takpe lah...Lepas ni boleh kenal betul-betul. Boleh jadi kawan. Razin, kalau awak nak tau Najwa ni anak jiran saya. Orang dia peramah. Baik pulak tu. Saya rasa kamu berdua boleh ngam.” Sambung Puan Siti Hajar bersama pujian untuk Najwa.
            

               “Perangai macam tu dikira baik ke puan?” Soalan yang asalnya terdetik dalam hati itu terkeluar ikut mulut. Dahlah  masa bertanya nada suara tu macam tak puas hati. Riak muka pun nampak bengang. Mestilah puan akan rasa pelik.

            Tekaan Razin itu betul. Kini dia mendapat renungan penuh tanda tanya dari wanita yang berada dihadapannya kini.

            “Tak! Maksud saya, dia baik yang boleh dibuat geng ke puan? But, yeah... she looks like a good friend. Dia nampak baik. Eh! Dia memang baik sebenarnya. Tengok orang pun dah tau. Sumpah! Ayat-ayat yang terakhir itu betul-betul tak benar. Hanya auta yang dilontarkan untuk cover kelancangan soalannya yang tadi. Dan dia rasa macam nak pasang bom nuklear dekat bibir sendiri bila melihat bibir Najwa bergerak mengungkap perkataan ‘thanks’ sambil tersengih ceria menandakan dia terima ‘pujian’ itu dengan hati yang senang. Arghh!!!

            “Amboi. Baru kenal dah puji melambung nampak. Takkan dah sangkut kot, Razin?”

            “Haaaah!?” Dua remaja itu ternganga besar. Razin-Najwa pandang muka kau-aku. Hanya tiga saat sebelum mata masing-masing dibawa lari ke sekitar bilik sederhana kecil itu.

            Senyuman Puan Siti Hajar makin melebar. Nak-nak lagi bila melihat reaksi dari dua anak muda itu. Gaya terkejut macam tengah tengok gajah terbang naik ke langit dengan
 mengibas belalai. “Just kidding. Tapi kalau nak try pun boleh je. Si Wawa ni single lagi.”

            “Maklang...”

            “Ibu bagitau maklang hari tu. Wawa ni belum ada special. Betul, kan?”

            “Maklang...” Najwa dah menyembam muka pada meja. Sejujurnya, rasa tak puas hati dengan maklang itu ada. Perlu ke kita bincangkan topik Wawa-masih-single masa ini maklang? Kenapa perlu hari ini. Kenapa perlu depan dia. Kenapa???

            Dalam dua wanita itu berlawan bicara, otak Razin mula melayang. Dia jadi keliru tiba-tiba. Si drakula ni still single? Habis tu siapa guy yang peluk-peluk dia dekat Mid Valley hari tu? Entah-entah mak dia tak tau apa yang dia dah ada balak. Confirm couple senyap-senyap ni. Heh! Takut kena marahlah tu. Orang suruh belajar rajin-rajin. Dia menyimpang ikut lain. Budak zaman sekarang...

            “Maklang dulu baya-baya kamu dah pernah cinta-putus cinta-putus enam tujuh kali dah. Tu yang maklang hairan dalam umur dua puluh tahun ni Wawa belum pernah bercinta. Muka comel. Budi bahasa tinggi. Hati baik. Sopan je. Amal ibadat terjaga. Cukup ciri-ciri yang dicari oleh seorang lelaki.”

            Suara pensyarah itu mematikan lamunan Razin. Tumpuan sepenuhnya diberi pada ‘perbincangan’ yang banyak diulas oleh Puan Siti Hajar. Apa??? Budi bahasa tinggi? Patutlah bercakap ‘lembut giler’ dengan aku. Hati baik? Sampai sanggup menipu aku yang konon-konon kepala dia ada darah beku. Sopan? Heh! Sopan la sangat sampai boleh main aci kejar dekat Mid Valley macam orang gila. 

“Tapi ibu cakap,Wawa nak fokus pada studi. Itu maklang respect. Lagipun budak-budak sekarang kalau bercinta dah tak macam dulu. Semua benda nak dibuat advance. Cara bercinta tu dah jadi tak betul. Songsang semacam. Yang tak boleh buat, diorang buat. Yang dilarang tu yang diorang nak ikut sangat. Bla...bla...bla...”
            
             Najwa yang masih menyembamkan muka pada meja menarik tangan ke bawah. Tangan kiri dan kanan menggenggam antara satu sama lain. Telinga jadi berasap tiba-tiba. Dia tak nampak sebarang motif kenapa jirannya itu perlu mengulas topik yang hangat itu ketika ini. Dan dia tak pasti, adakah penerimaan dia pada pelawaan pensyarah wanita itu ke biliknya sebentar tadi adalah betul atau tidak. Yang dia pasti, dia tak selesa berada di dalam bilik ini. Diam-diam dia meraup muka. Maklang, kita sambung borak dekat rumah boleh? Wawa tak suka duduk dalam bilik ni. Wawa tak suka duduk sebelah dia. Wawa tak suka!!! Urghh!

            Razin disebelah dah macam cacing kepanasan. Sekejap-sekejap dia mengurut dahi. Sekejap-sekejap menggaru kepala. Tak boleh nak duduk diam. Bila puan nak berhenti ceramah ni? Bukan dia tak suka dengar ceramah itu. Bukan jugak dia tak setuju dengan kata-kata Puan Siti Hajar. Semua ada betulnya. Ada logiknya. Tapi yang tak betul ialah masa. Yang tak logik ialah, kenapa dia harus duduk mendengar ceramah dengan si drakula? Dah gaya macam aku baru lepas kena tangkap basah dengan minah ni pulak dah sampai perlu diceramahkan macam ni.

            “Sejak kebelakangan ni banyak sangat kes buang bayi. Saya tak faham apa yang diorang fikir sampai diorang sanggup buat macam tu. Pandai buat tapi tak pandai nak tanggung risiko. Seronok nak. Susah tak nak. Kalau dah tak mau anak tu, serahkan je la dekat orang-orang yang berhati mulia. Tak pun pergi tinggal dekat rumah-rumah kebajikan. Tak perlulah nak bunuh ke apa. Dosa buat maksiat pun dah tak tertanggung. Nak menambah pulak dosa membunuh. Kesian bayi tu. Tak sempat nak tengok dunia dah habis nyawa. Kalaulah lah dibela dan dijaga budak tu...”

            “Puan.”

Panggilan Razin itu menghentikan ceramah yang dalam sepatutnya masih berjela untuk diluahkan. “Ye?”

Razin menyengih. Idea yang melintas di kepala bersedia untuk dikeluarkan. “Najwa bagitau saya yang dia tercirit dalam seluar.”

“Hah!” Ternyata Puan Siti Hajar terkejut.

Kata-kata itu berjaya membuatkan Najwa pantas angkat muka dari meja. Pandangan maut ‘kau nak kena bunuh dengan aku ke!?’ itu dipaku pada muka Razin.

Dibalas pula dengan renungan ‘kau nak lepaskan diri ke tak nak?’ dari lelaki itu. Bahasa isyarat disampaikan melalui gerakan mata.

Najwa tarik nafas. Masih merenung Razin. Orang gila ni nak buat apa sebenarnya ni?

Mata Razin mengecil. Tengok je lah!

Puan Siti Hajar nampak cemas. "Betul ke Wawa cirit?”
            
           Pertanyaan itu memalingkan mukanya menghadap Razin. Lelaki itu dijegil. 


Razin mengisyaratkan supaya Najwa mengiyakan soalan itu. Just admit it.

Ye, maklang. Sebenarnya pagi ni memang Wawa cirit pun.” Walaupun berbohong, suara dia tetap lancar. “Ni pun tengah sakit perut jugak.”

Lagilah Puan Siti Hajar menggelabah. “Nak pergi klinik? Jom! Jom! Maklang bawak.” Cepat-cepat handbag di almari belakang disambar.

“Takpe!” Cepat-cepat pelawaan itu ditolak.

Pensyarah itu terkedu.

Err...  “Wawa nak pergi toilet je.” Katanya lagi.

Tanak pergi klinik?”

Menggeleng laju. “Lepas ni okeylah kot.”

“You sure?”

“Yes. Very sure.”

“Okey. Pergilah cepat.” Dengan berat hati Najwa dilepaskan untuk ke tandas.

Gadis itu mengangguk sedikit sebelum melangkah cepat-cepat keluar dari bilik berpenghawa dingin itu. Yahooo!!! Dalam hati dia dah ketawa sakan.

“Eh, kamu pulak nak ke mana?” Pandangan Puan Siti Hajar tepat pada muka Razin yang dah berdiri dan berkira-kira melangkah ke pintu.

“Err...saya... saya... saya nak teman Najwa pergi toilet.”

“You what!?”

Lepas tu terus Razin cepat-cepat menghilangkan diri dari bilik sederhana kecil itu.

“Razin! Razin Darwisyh!”

Panggilan itu diabaikan. Makin laju langkah diatur. “Truly sorry, puan. See you later. Promise!” Dia berbisik sendiri. Dengan langkah laju dia membelok melalui kaki lima di sebelah kanan.

“Razin!”

Haih! Tepuk dahi.  Tak putus asa betul puan ni.

“Razin!”

“Alamak!” Suara Puan Siti Hajar semakin jelas kedengaran. Razin cari tempat untuk sembunyikan diri. “Whoaaa!!!” Terjerit sedikit bila terasa beg galasnya ditarik ke kanan.

“Diam lah!”

Dia mencari suara yang menyapa telinga. “Kau?”

Najwa letak jari telunjuk pada bibir. Dengan mata yang memicing, dia mengisyaratkan supaya Razin tidak lagi bersuara.

“Razin!!!” Puan Siti Hajar mematikan langkah. Dia kini membelakangi timbunan almari-almari terpakai di mana Razin dan Najwa menyembunyikan diri tanpa pengetahuannya. “Eeesh! Mana budak bertuah ni pergi? Sekejap je dah hilang? Takkan betul dia temankan Wawa. Tak boleh dibiarkan ni.” Dan lepas tu wanita itu menapak ke arah tandas yang terletak di hujung bangunan.

“Fuh!” Razin rasa lega.

“Kau buat apa sampai puan cari kau macam tu sekali? Takkan kau... “

“Wei! Kau kalau nak menuduh tu agak-agak ar. Aku takde lah sehina tu.” Cara renungan tajam Najwa itu membuatkan dia jadi bengang tiba-tiba. Tau nak menuduh je.

“Takde la. Bukan nak menuduh. Teka-teka je. Dah tu apa yang kau dah buat sebenarnya?” Dengan hanya sekali lompat dia dah berjaya duduk di atas almari lama bertentangan dengan Razin. Kaki kanan ditongkat pada almari satu lagi. Dia tunduk menyimpul tali sneaker yang sudah terburai.

Tubuh disandar pada dinding. Sebelah tangan diseluk ke dalam poket. Sebelah lagi memegang tali beg di bahu. “Aku cakap aku nak temankan kau pergi toilet.” Tenang ayat itu diucap.

“You what?” Mata Najwa terjegil. Tiba-tiba dia menepuk dahi. “Patutlah puan kejar kau sungguh-sungguh. Kau lelaki. Yang kau nak teman tu... perempuan. Aku pulak tu. Anak jiran baik dia. Pergi toilet sama-sama? Dah tentu-tentulah dia cuak. Lagi pulak puan dah sedia maklum yang kau tu player Malaya. Kasanova kelas satu kot. Logiklah lah kalau puan bertindak sampai macam tu sekali. Nak menipu pun agak-agak ah. Kang puan syak aku ada skandal dengan kau pulak. Haih!” Kepala digaru-garu. Najwa jadi serabut. Dia melompat turun ke tanah. Sangkutan tali beg pada bahu dibetulkan sebelum dia mengorak langkah keluar dari timbunan almari itu.

“Kau nak pergi mana?” Cepat-cepat Razin mencelah bila Najwa sudah mengatur langkah.

“Blah ar. Takkan nak duduk dengan kau dekat sini sampai malam? Kang betul ada yang kena cekup.”

“Baguslah. Boleh kahwin free. Kau untung. Aku pun untung. Takyah nak susah-susah atur majlis. Save bajet.” Selamba badak kata-kata itu dilontar.

Langkah terhenti. Laju dia toleh belakang. “Tell you what...  Sumpah aku tak nak kena kahwin dengan kau! Kau tabur duit sepuluh juta depan aku pun aku tak nak! Eei... Ngeri!” Najwa tayang muka jelik.

Razin tergelak. Najwa yang dah menyambung langkah diekori. “Hati kita Allah boleh terbalikkan kau tau tak? Dari tak suka boleh jadi suka. Tak nak boleh jadi nak.”

“Tapi aku mintak sangat bukan dengan kau.”

Ketawa lagi. Riak muka Najwa ketika ini berjaya mencuit hatinya.

“By the way, thanks.”

“Untuk?” Razin pandang Najwa.

Tidak berpaling. “Tolong aku keluar dari ‘sangkar’ Puan Siti Hajar.” Najwa menonong ke depan.

Senyum tercalit di bibir. “Thanks jugak.”

Kali ini dia mendapatkan muka Razin di belakang. “Untuk?”

“Tolong aku dari masuk semula ke dalam sangkar jiran kau.”

Tanpa sedar dia tersenyum manis.

Melihat senyuman yang langsung tak diduga itu, Razin terpempan seketika. “Kau senyum.”

Najwa angkat kening. “Maka?”

“Aku ingat drakula macam kau tak pandai senyum. Tau nak menyerang orang je.”

“Aku memang mudah tersenyum dengan semua orang.”

“Dengan aku tak pun. Kenapa?”

“Sebab aku tak suka senyum dekat orang yang sangat annoying.”

Erk? “Orang yang sangat annoying tu... aku ke?” Razin tak puas hati.

Sekilas muka lelaki itu dipandang. “Kau rasa?”

“Belum kenal aku kau dah kata aku ni annoying. Kenal dulu baru tau.” Langkah Najwa sudah berjaya disaingi. Mereka kini sedang beriringan menuju ke arah kafe.

“Belum kenal pun aku dah tau perangai kau macam mana. Tambah kalau lagi kenal... boleh buat keperimanusiaan aku hilang apa. Selalu rasa nak membunuh orang je.” Senyuman sinis dilempar pada Razin.

“Wei! Aku tak sekeji tu la.” Pantas lelaki itu membangkang. Andaian Najwa tentang sikapnya ditolak mentah-mentah.

“Keji tak keji la... Sampai buat aku sanggup berlari macam orang sewel dekat tengah-tengah mall.” Kejadian memalukan di Mid Valley tempoh hari melintas di kepala. Tiba-tiba dia jadi malu. Cemana lah aku boleh hilang akal buat benda macam tu?

“Tu salah kau. Kau tak pandai kawal emosi.”

“Aku boleh kawal emosi aku kalau orang tu bukan kau.”

Razin terdiam sekejap. Tali beg Najwa ditarik sehingga gadis itu menghentikan langkah. Mereka kini bertentangan. “Teruk sangat ke aku ni sampai kau cakap tadi kalau aku tabur duit sepuluh juta depan kau pun, kau tak nak kahwin dengan aku?”

“Bukan teruk. Tapi sangat teruk.” Jujur tanpa menjaga hati dan perasaan Razin, Najwa menutur.

Mengeluh kecil. “Kau ada ciri-ciri lelaki idaman?” Mata Najwa direnung.

“Ada.” Dia melarikan pandangan arah lain.

Tak tahulah kenapa jawapan ‘ada’ itu membuatkan hati Razin berdebar-debar. “Macam...?”

“Macam papa aku. Macam... Izzat Naufal.”

Sebaris nama itu membuatkan heartbeats Razin jadi tak sekata. Adakah dia tu... “Izzat Naufal? Budak U ni jugak ke?” Budak lelaki dekat Mid Valley tu ke? Balak dia? Sambung Razin dalam hati.

“Haah.”

Mesti dia. “Yang mana satu?”

Najwa memicingkan mata merenung muka Razin. “Kalau aku bagitau pun kau kenal ke?” Gaya bertanya dah macam polis pencen pulak. Apehal?

“Budak yang dukung kau masa kau buat-buat pengsan hari tu?”

“Eh?” Muka Najwa nampak terkejut. Dia pernah tengok along?

Betul la tu.

“Haah. Itu lah Izzat Naufal. Lelaki macam dia lah yang aku nak buat suami. Baik, gentle, cool,  understanding, caring, loving...”

“Aku balik dulu. Assalamualaikum.” Belum sempat Najwa menghabiskan ayat, laju Razin memintas meminta diri. Terus dia menonong pergi tanpa berpaling semula ke belakang.

Dia termanggu seketika. Lelaki yang tiba-tiba melangkah meninggalkan dia di depan kafe itu direnung tanpa berkelip. Dia jadi hairan. Namun huluran salam itu tetap disambut. “Waalaikumussalam.”

***



toucholic

toucholic

Hot N Cold

Hot N Cold
Apa yang terjadi bila air panas bertemu dengan ais cube?

sweet sours

sweet sours
friendship is a sweet relationship

Bila Amar Dah Suka Dia

Bila Amar Dah Suka Dia
Inilah jadinya bila Amar dah jatuh chenta