Chill Out ~~ ^_* (kalau tak suka lagu boleh stop kt atas ni)

new updated!


new n3 :-)

# Hot And Cold (Bab 5)
# Hot And Cold (Bab 4)
# Hot And Cold (Bab 3)

* my new email (YM, FB) :"carl_aryana89@yahoo.com"

(^__^)

(^__^)

Kalaulah Hot n Cold dapat peluang ke untuk ke versi cetak.. apa kata kalian?

Saturday, January 7, 2012

Cerpen: Eleh! Cakap je lah suka.... [part 1]


“FATIN. Fotonic engine.” Senyum segaris bersama huluran salam.



            Mengangguk mengiyakan yang dia sedang mendengar. Senyum juga. Walaupun tak semesra budak perempuan yang berasal dari Kota Kuala Muda itu. Kepala yang terasa pedih digosok-gosok.



            “Syikin. Kos sama Fatin.” Sorang lagi memperkenalkan diri tanpa ditanya. Juga bersama huluran tangan.



            Tangan dia berjabat dua saat dengan budak Syikin itu.



            “Khadijah. Khad sudah. Micro-E.” Yang pakai sneakers ADIDAS warna coklat pula  mencelah.



            Dia mengangguk lagi.



            “Amma. Fotonic.”



            Angguk. Senyum.



            “Syira. Micro-E.”



            “Hai..”



            Masa dia tengah bersalam dengan Syira, bahunya terasa dikuis. Dia berpaling. Di depannya kini sedang berdiri seorang perempuan India yang ayu berbaju kurung.



            “I’m Thiya. Elect Engine.”



            “Hai...” Akhirnya dia bersuara juga. Kesekian kali dia tersenyum kepada enam kepala yang mengelilingi dia di dalam dewan kuliah School of  Microelectronic ketika ini. Riuh rendah dewan kuliah itu dengan suara-suara pelajar yang sedang mendaftar kursus pengajian. Pelajar-pelajar yang datang entah dari mana pelusuk Malaysia.



            “Kau kos apa?”



            Dia pandang Syikin. “Electronic.”



            “Sama aku?” Gadis India tadi mencelah dengan muka teruja.



            “Haah.”



            “Nama?”



            Kad matrik yang tergantung pada leher ditayang pada enam budak perempuan itu. Tangan masih menggosok kepala yang ditutup dengan tudung bawal warna hitam.



            “Nurul Syakila?” Fatin inginkan kepastian. Dia nampak sebaris nama itu dengan jelas. Dia dapat baca dengan lancar. Tapi tetap juga nak bertanya. “Syakila?”



            “Jangan panggil aku Syakila.”



            “Dah tu???” Enam suara bergabung.



            “Just call me Akil.”



***



“AKIL!”



            “Yo!” Mulut menyahut. Tapi mata dia tidak dipaku pada suara si pemanggil. Kepala berpusing-pusing macam mencari sesuatu. Beratus giler orang kat sini. Logik lah kalau tak boleh nampak dia.



            “Bhai, cari apa?” Dahi Zaimi berkerut. Hairan melihat lelaki yang berada didepan dia kalut toleh kiri kanan depan belakang.



            “Budak perempuan tadi.”



            “Yang mana?”



            “Baju kurung cotton putih polkadot.”



            Diam sekejap. Kasi otak berfikir. Lepas lima saat... “Oh, budak tadi tu ke?”



            “Haah. Kau ada nampak dia?”



            “Kalau dah gaya dewan sesak macam sini-ada-konsert-gegar-Malaysia memang tak nampak ah.”



            Haih! “Ey, kau cam muka dia tak?” Dia bertanya lagi.



            Zaimi geleng. Kemudian menjungkit bahu. “Budak tu kalih muka pun tak. Cemana nak cam? Menonong pergi macam kena kejar dengan anjing gila pun ada. Kau? Sempat usha dia?”  



            “Aku pun tak.” Tepuk dahi. Sempat usha baju je pun. Asal la aku tak sempat ‘tangkap’ muka dia tadi? Asal dia lesap cepat sangat? Haih! “Mana dia wei? Aku betul nak jumpa dia ni.”



            “Next time la wei. Kalau dah gaya crowded macam ni sampai lusa pun belum tentu jumpa. Jom pergi daftar kursus dulu. Orang lain dah mula buat grouping. Tinggal kita je terkinja-kinja kat tengah-tengah ni.” Ajak Zaimi. Salinan transkrip diploma dimasukkan ke dalam fail dan dipegang kemas. Bahu Akil yang masih tertinjau-tinjau ditolak supaya mengorak langkah ke kanan dewan. “Kita pergi join group hujung tu la.”



            Walaupun hati berat, dia tetap melangkah. “Mie, kau rasa aku jumpa dia lagi tak lepas ni?”



            “InsyaAllah kalau ada jodoh.”



“Kau rasa dia kos apa?”



Erk!? Zaimi bercekak pinggang. Mata tepat merenung ke muka blur Akil. “Wei gaya bertanya macam aku tukang tilik ni apehal?”



“Takde la. Just asking.”



 Tangan pada pinggang dilerai ke bawah. Masalah betul! Haih!“Bhai, kau jumpa dia kat sini kan? Sini kan School of Micro-E. School ni ada tiga kos jek. Kalau tak Fotonic, dia budak Microelectric. Kalau tak itu, comfirmed lah dia ambik Electronic macam kita. Kau nak susah hati apa? Dia ada je  kot dekat-dekat sini. Pi mai pi mai mesti jumpa jugak nanti. Cool sudah.”

            

              Terbisu dia dengan kata-kata Zaimi. Hati dah boleh rasa tenang. Apa yang keluar dari mulut kawannya itu ada betulnya. Kalau dah nama satu school, haruslah jumpa satu hari nanti. Nak risau apa, Akil? Lek ah! “Okey, aku cool.”



 ***



PERLIS??? Hampir terlentang dia ke belakang. Cepat-cepat meja dipaut. Dengan mata yang terjegil besar dia menelan liur dua kali. Web Jabatan Pengajian Tinggi bahagian Keputusan  Permohonan IPTA ditatap dengan riak tak boleh terima kenyataan. Lima saat, tumpuan dia ditarik kembali ke alam realiti.



Dia merengus kasar. “Angaaahhh!!!” Serentak dengan tepukan kuat pada meja, dia menjerit. Bila tak ada respon dari si abang, dia berdiri menonong keluar dari bilik ke bilik sebelah. Kasar tombol pintu dikuak.



“Yeah?” Kedatangan si adik disambut dengan muka ceria. Petikan pada tali gitar terhenti.



“You are so jerk.” Tenang dia bersuara. Namun berbaur keras. Dengan tubuh yang bersandar pada pintu, muka lelaki itu direnung tajam.



And this jerk is your angah.” Tenang juga dia menjawab. “Checked?” Soal dia lagi sambil jongket kening sebelah.



“I’m not going there. I swear!”



“You have no choice, dear.”



Pelukan tubuh dilerai. Dengan  hati yang membara dia menapak dua langkah ke depan. Rapat pada si abang. “Kau betul la sengaja nak mentalkan aku kan?”



“Apa pulak mental? Kau patutnya bersyukur sebab rezeki untuk kau sambung study still ada.”



Merengus lagi. Tajam mata memanah pandangan lelaki yang hanya tua satu tahun dari dia. “But why Perlis?”



“Merantau la sikit. Ubah angin.”



Dia merengus lagi. Ubah angin lah sangat! “Angah, Perlis bukan KL. Cemana aku nak hidup nanti?” Soalan dari anak kelahiran kota metropolitan bergema lagi. Ketara benar riak tak puas hati di wajah itu.



“Hidup macam biasa.” Gitar kapok yang dia beli masa tingkatan dua itu disandar pada kerusi.



Eessh! Kaki kanan dihentak kasar. “Perlis bukan city.”



“Mana pulak tak city.” Terjegil dua saat. “Kangar tu apa?” Hujung bibir terangkat sebelah. Perlis tak city? Pepandai jek minah ni.  



“Sana takde  Mid Valley.”



“Ada C-Mart.”



 “Takde Lot 10.”



“Kan ada The Store.”



 “Takde Times Square. Sunway Piramid. Pavilion. Sogo.”



“Padang besar pun boleh shopping apa.”



Aku la... Rambut yang dah terburai dari ikatan ditarik kasar. Tensi betul! “Tapi bukan ada Sunway Lagoon pun.”



“Kan ada Bukit Air.”



“Wet World?”



“Gua Kelam okey apa.”



“Angah!!!” Grrrrggg!!!

***



“SYIKIN!”



            Panggilan yang datang dari belakang menggamit perhatian Syakila ke alam realiti. Syikin dan Fatin ikut tersentak terus toleh belakang. Diikuti Syakila. Masing-masing muka blur.



            “Weyh! Sini jugak kau eh?” Melihat seraut wajah yang dia amat kenal itu, membuatkan Syikin ternganga. Dua saat... senyuman disungging.



            “Well... nampak sangat kau betul syok kat aku. Sanggup ikut aku sampai Perlis ni?” Lelaki yang berjaket bengkel itu tersengih lebar. Sangkutan beg pada bahu dibetulkan.



            “Syok kat kau wak lu!” Ketawa pecah. Tak pernah nak berubah. Macam tu jugak perangai.“Kau dapat sini tak roger aku pun.”



            “Hek eleh! Kata aku. Kau pun diam je lepas poli hari tu. Mana hilang?”



            “Kau ke aku yang hilang? Kau tukar number ke? Aku contact tak dapat pun. Cari kau dekat FB pun tak jumpa.” Syikin bertanya dengan kening terangkat. Kerongsang yang longgar dari sematan tudung dikelip kembali.



            Zaimi ketawa. “Aku tukar nombor baru. Ramai sangat awek dok ngorat. Rimas aku. Tukar terus ah.”



Mendengar ayat itu Syikin menjelirkan lidah buat gaya macam orang nak muntah. “Ramai awek ngorat lah sangat. Macam aku tak tau...” Syikin senyum. Sebab kenapa Zaimi tukar nombor, dia sudah sedia maklum. Lelaki itu sengaja melarikan diri dari dihubungi oleh bekas teman wanita dia selepas mereka berpisah. Perpisahan yang terjadi akibat kecurangan si bekas awek. Bayangkanlah kecewa menonggeng dia macam mana. Sampai sanggup tukar nombor telefon kot.



Zaimi tersenyum hambar. “Biar ah. Aku dah padam benda tu dari hidup aku.” Kata dia yang dalam diam cuba menyedapkan hati sendiri. “Pasal FB pulak...aku sebenarnya dah tak aktif benda alah tu. FB tu melalaikan orang tau?”

            

             Mencebik panjang dengan kenyataan itu. Selamba Syikin menyepak kaki kawan satu kelas dengan dia masa dekat Politeknik Ungku Omar  yang dia dah kenal tiga tahun setengah itu. “Melalaikan kau je. Orang lain tak. Mananya tak melalaikan kalau dah 24/7 dok online. Siang malam pagi petang. Macam lah aku tak kenal kau. Sebab tu ah aku pelik bila dah lama tak nampak kau online FB sejak dua tiga bulan ni. Kalau pasal melalaikan tu aku sumpah tak percaya dowh.”

  

          Telahan Syikin yang ternyata tak puas hati dengan alasan Zaimi itu menjemput ketawa kuat. “Reason yang sama lorh.”



            “Oh.” Terangguk dua kali gadis itu. “Past is past huh? Cool sudah.” Nasihat cliche  untuk orang yang dah putus cinta. Dah tu nak cakap cemana lagi?



            “Right. Cool sudah. Jap...” Korus Teruna dan Dara-The Lipstik bergema tanda satu panggilan diterima. Skrin gadget itu disentuh pantas sebelum dibawa ke telinga. “Yo Akil!”



            “Yes?”



            Sahutan yang tiba-tiba itu menarik perhatian Zaimi. Mata dibawa pada gadis yang berdiri di sebelah Syikin. “My friend... Akil.” Zaimi tunjuk fon ditangan bila gadis itu melontar pandangan ‘ada apa?’ pada dia. Perhatian kembali diberi pada Akil ditalian. “Aku dekat kafe ni.” Diam dua saat. “Kubang Gajah ni ada berapa kafe dowh? Sepuluh ke?” Diam lagi. “Cepat sikit. Chaow!” Talian dimatikan. Samsung Galaxy ACE diselit semula ke dalam poket seluar. “Akil?” Zaimi pandang muka Syakila.



            Angguk. “Syakila actually.” Senyum segaris.



            “Shortform... Akil?”



            Angguk lagi.



            “Hoi...” Zaimi menyengih menyapa.



“Hai la wei...” Syikin menyelit membetulkan cara nak berkenalan dengan makhluk bernyawa.



 “Biar ah. Dah ini cara aku.” Zaimi buat muka. “Hoi dekat kau jugak....” Kini Fatin pula menjadi sasaran. “... Fatin?”

            

              Fatin nampak tersentak bila lelaki itu lancar menyebut nama dia.



            “Your matric card.”



            “Oh...” Fatin tayang lesung pipit belah kanan.



            “Shotform? Fat? Fa? F?”



            “Fa-tin.”



 Ketawa. “Mana tau kot-kot ada shortform macam dia.” Syakila dikerling sekilas. “Salam kenal eh. Aku Zaimi. Bukan Zaim. Bukan Zai. Bukan Za. Zai-mi. Takyah nak shotform-shortform bagai.”



“Sinisnya.” Syakila mencelah sambil berpeluk tubuh.



Kidding lorh.”



Empat kepala menyumbang senyum.



“Dua-dua budak poli?”

            

            “Haah.”



            “Poli mana?”



            “Kulim.” Balas Fatin.



            “PSA.” Dan juga Syakila.   



            “Oh... sama-sama budak poli la kita eh...”



            Syikin, Fatin, Syakila angkat kening serentak. Namun lepas dua saat, riak Syakila berubah. Jadi kelat tetiba bila matanya menangkap sesusuk tubuh yang sedang jalan ke arah mereka.



            “Bhai, beg aku mana?” Bahu Zaimi ditepuk dari belakang. Dia tunduk mengesat kesan cat warna putih yang bertompok di seluar. Ini mesti terkena cat masa dekat tandas tadi.  Eesh!



            “Meja belakang.” Jawab Zaimi pendek. “Asal kau lambat sangat?”



            “Mahunya tak lambat. Sakit perut dowh. Dah la yang keluarnya keras macam...”



            “Uiii!” Laju fail ditangan mendarat ke bibir Akil yang bercakap macam hanya ada mereka berdua saja di situ.



            “Apehal kau?” Akil pegang bibir sendiri. Ada nada bengang di situ. Terasa agak perit bila dilibas dengan fail dengan tetiba. Ikut dan dia je nak main libas-libas.



            “Senonoh sikit ah. Takkan story dalam seluar pun nak kepoh dekat orang?” Bisik Zaimi habis perlahan.



            Menyedari yang bukan dia dan Zaimi saja berdiri di situ, Akil terus tarik sengih bodoh. Lengan Zaimi ditarik menjauh tiga gadis yang masih terasa asing baginya. Bibir didekatkan pada telinga Zaimi. “Baru lima belas minit aku takde, kau dah dapat tiga awek? Gila tamak.”



            “Awek tengkorak kau! Kawan aku la.”



            “Kawan?”



            “Meh kenal-kenal dengan diorang.” Bahu Akil ditarik menghadap tiga gadis yang masih setia berdiri si situ.



            “Guys, this is my sengal friend. Akil.” Ramah Zaimi memperkenalkan Akil.



            “Akil?” Syikin dan Fatin nampak tersentak sejenak sebelum senyuman ada lebar terkupas dibibir masing-masing.



            Dahi Akil bertemu. Hairan dengan riaksi dua gadis itu. “Kenapa dengan... Akil?”



            Geleng. “Aku Syikin.”



            “Aku Fatin.”



            Bila budak perempuan yang sorang lagi tak mengeluarkan sepatah kata, Akil berpaling ke kanan. Budak perempuan itu tengah merenung dia macam nak telan. Dan dia pelik kenapa. “Syikin...” Syikin dikerling. “Fatin...” Fatin pula dituding. “And you are...”



            “Aku...” Diam sekejap. “... blah dulu.” Kata Syakila itu dituju kepada Syikin dan Fatin. Dia mula mengorak langkah meninggalkan empat kepala disitu. Namun sempat dia menghadiahkan jelingan tajam pada Akil yang tengah tunjuk muka keliru.



            Eh? Akil pandang Syakila yang dah membelakangi dia dengan mulut sedikit ternganga. Apehal minah tu?



            “Eh, kitorang pergi dulu. Bas dah sampai.” Bagitahu Syikin seraya menarik lengan Fatin.



            “Akil!!!”



            “Oi.” Jeritan itu membuat Akil tersentak.



            “Eh, bukan kau. Tapi dia.” Fatin tuding jari ke arah Syakila yang dah mula panjat tangga bas. “Chaow wei. Jumpa lagi esok.” Tambah Fatin lagi. Kalut-kalut dia dan Syikin berlari mendapatkan bas yang tertulis UniMap ‘dibadannya’.



            “Akil?” Mata pandang Zaimi. Tapi jari tertuding ke arah bas yang dinaiki oleh tiga gadis tadi.



            Zaimi angguk sekali. “Syakila. Diorang panggil dia Akil.”



            “Heh!” Akil tarik muka sinis. “Patut ah muka macam cuka basi. Rupanya nama sama aku. Itu pun nak emo. Blah ah!” Bentak dia. Daun kering dilantai disepak kasar.



            “Oi! Sekarang ni dia ke kau yang emo?” Suara Zaimi bergema di situ.



            Dan sekali lagi Akil tunjuk sengih bodoh.



***



“AKIL!”



            “Hmm.”Menyahut. Tapi muka tak diangkat dari skrin laptop. Entah apa yang direnung dia penuh kusyuk pun tak tahu la.



            “Kau ada tengok portal?” Fatin yang berada di hujung sudut rumah itu bertanya kuat.



            “Belum. Ada lecturer notes baru ke?”



            “Bukan. Nama kumpulan RPS dah keluar lorh.”



            “Oh. Nurul Syakila Binti Sazali under RPS mana?”



            “Dr. Jamaluddin Bin Ahmad. And the good news is, kita satu RPS lorh. Dengan Thiya sekali. Zaimi pun sekali lorh. Yeahh!!!” Fatin menjerit suka dihujung ayat. Tepukan gemuruh bergegar di sudut rumah itu. Seronok ya amat bila dia ditempatkan bersama-sama orang-orang yang dia dah kenal. Tak payah nak susah-susah buat kawan baru lepas ni. Eheh!



            “Yeahhh!!!” Disambut pula oleh Syakila dengan muka ceria yang dibuat-buat. Hanya lima saat, dia kembali serius. “Maka... kena syok macam tu sekali ke?” Soalan itu dilontar bersama muka tak beriak.



            Fatin yang melihat aksi itu terasa nak tikam orang. “Kau betul la zero feeling tahu?” Belakang Syakila ditenung dengan cebikan. Mata kembali pada senarai nama yang terpempang di skrin Dell warna putih itu. “Beb...”



            “Amende?”



            “Akil...”



            “Iye...”



            “Bukan kau.”



            “Dah tu?”



            “Akil Syauqi Bin Azman tu.. bukan kawan Zaimi ke?”



            “Gaya bertanya macam aku pernah hafal nama orang je. Mana tau.”



            “Aku rasa dia... betul la. Aku pernah tengok kad matrik dia. Laa... dia pun sama RPS dengan kita lorh.”



            “Excuse me?” Mendengar keyataan itu Syakila terus lepas mouse dari tangan. Muka Fatin dihadap laju.



            “Aku rasa kau dah jelas dengar kot. Akil yang kongsi nama dengan kau tu satu RPS dengan kita.” Fatin ulang ayat yang sama dengan nada yang lebih serius.



            Pakk! Tangan menepuk meja. Agak kuat. “Aku nak tukar RPS. Muktamad!”



            Fatin tunjuk muka sinis. “Heh! Bajet boleh dapat ke? Harapan.” Laman portal dipadam. Fatin berdiri mendapatkan Syakila. “Terima je la yang kau dengan Akil tu memang ditakdirkan untuk jadi kawan. Yang kau benci dia sangat tu apehal? Cuba kau cerita. Dah banyak kali aku tanya kan? Tapi kau tak pernah nak jawab betul-betul.” Sambung Fatin. Kerusi kosong disebelah Syakila ditarik dan diduduk.



            “Aku memang tak suka dia. Tak suka tengok dia. Tak suka semua pasal dia. Awal nampak dia pun aku memang tak suka.” Tegas kenyataan itu. Muka jadi ketat. Ketat sampai dah bertukar merah.



Lagilah Fatin makin pelik. Dan perasaan nak tahu itu makin berkobar-kobar. “I wanna know... why?”



“Aku. Tak. Suka. Dia. Enough of it.”



“Yela.. tapi kenapa?”



“I’m off.”



“Tapi kan...”



“Fatin... I am off.”



Renungan penuh minta pengertian dari Syakila, akhirnya mematikan bicara si teman. “Halah... halah...”



Asssignment Math Engine jom?”



“Hmm.” Fatin angkat mata pandang siling. Kalau dah kepala konkrit tu...

***



LEPAS hampir dua jam bertapa dalam kelas Thermodynamic, akhirnya masa yang ditunggu-tunggu oleh para pelajar pun tiba. Kelas tamat. Ya, hampir penuh percent semua pelajar sangat ternanti-nanti tamatnya kelas yang satu itu.



            Syakila dan enam orang yang lain bergegas ke depan untuk mengambil kertas assignment yang dipulangkan oleh pensyarah. Berpusu-pusu pelajar menggerumuni meja depn dewan kuliah itu. Yang ramai haruslah pelajar lelaki. Takde ruang langsung untuk pelajar perempuan.



            “Ramai kot. Cemana nak menyelit?” Keluh Thiya dengan muncung ke depan.



            “Khad kau kan kecik. Selit ja celah ketiak mana-mana budak kat depan tu.” Syikin mula kasi cadangan yang tak berapa nak bernas.



            “Amboi! Cantik idea?”



            “Dah tu cemana?”             



            “Oi!” Sapaan yang datang bersama huluran kertas betul-betul depan muka tujuh kepala itu menarik perhatian mereka.



            “Takyah la nak buat muka risau macam dugong mati suami. Aku dah ambikkan korang punya.” Ujar Zaimi yang kini dah berdiri di hadapan mereka.



            “Wahh... sayang kau giler ar. Makaseh!”serentak mereka bergabung suara. Masing-masing mula mencari kertas sendiri.



            “Heaven gilak bila diri ini disayangi ramai gadis. Macam dalam perut ada rama-rama.” Balas Zaimi dengan kuluman sengih gatal. Mata dikejip berkali-kali. Kononnya comel habisan la tu. Konon!



            “Yerkk!” Thiya tarik muka sinis.



            Syira jelir lidah. “Geli kot.”



            ”Berbulu telinga aku tahu?” Selit Syikin dengan cebikan lebar.



            “Korang ni giler tak sporting. Kasi chance aku nak perasan sikit tak boleh ke?” Senyuman gatal dah lesap. Diganti dengan muka tak puas hati.



            “Tak payah nak poyo sangat lah wei. Ni... kertas aku mana?” Syakila yang membisu sejak tadi melontarkan soalan. Muka nampak serius.



            “Laa... takde ke? Aku rasa macam dah ambik semua. Jap aku pergi cari.”



            “Tayah ar wei. Ramai giler kot. Kertas pun dah berterabur. Biar ah. Aku malas nak tunggu. Makan jom? Luar logik dah tahap lapar aku ni.”



            “Laa...” Langkah Zaimi terhenti. Syakila yang tengah tunjuk muka bosan dikerling. “Assignment tu...”



            “Assignment  tu tak mengenyangkan aku tahu? Jom ar... Jap lagi bila dewan ni kosong kita masuk cari. Mesti diorang tinggalkan kertas tak bertuan dekat sini je. Jom! Jom!” Kalut-kalut lengan dia berjalan melangkah keluar dari dewan kuliah.



            “Oi!”



            Syakila angkat muka. Nak jugak tengok rupa makhluk tak beradap yang tengah berdiri depan dia tu. Nak panggil orang main kelui-kelui je? Lepas tu suka sedap hati datang berdiri macam tiang bendera kat tengah-tengah laluan. Kau ingat kau siapa? Arjun Rampal? Robert Pattinson? Ashton Kutcher? Yang nak catwalk kat depan aku?



            Kertas putih dihulur pada Syakila. “Kau Nurul Syakila Sazali ah?” Soal Akil. Gaya menyoal tu dah macam gengster pun ada.



            Syakila tak menjawab. Dia curi pandang kertas di tangan Akil. Riak muka nampak sedikit lega. Betul la assignment aku. Pantas kertas itu diragut. Dan dia terus berlalu meninggalkan Akil di situ dengan muka tercengang.



            “Sama-sama woi!!!” Pekikan berbaur sindirian itu diluah dengan hati yang panas. Syakila yang dah menonong ke depan membelakangi dia ditenung dengan muka tak puas hati.



            “Apehal kau? Menjerit kat tengah-tengah bumi pulak.” Soalan Zaimi diterima bersama tumbukan pada bahu.



            “Entah kau ni. Dah kena sampuk tengah-tengah  hari rembang cenggini?” Amma pulak mencelah. Beg yang tergalas dibelakang tubuh dilerai dan dibawa ke depan. Zip dibuka. Kertas assigment dimasukkan ke dalam.



            “Kawan korang tu dah kenapa ah? Emo semedang. Dah orang tolong kasi assignment pun bukan tau terima kasih ke hapa. Menonong pergi macam tu je. Orang macam tu tak layak tinggal dekat Bumi ni. Baik jadi makhluk asing lagi bagus. Blah la wei!!!”



            “Wei! Diam ah! Dah macam orang gila pun ada aku tengok.” Zaimi pantas menyepak kaki Akil bila lelaki itu menjerit lagi. Dan jeritan itu masih ditujukan buat Syakila masa tu dah pijak lantai kafe.



            “Kau kalau dah tau si Akil tu...”



            “Korang kalau nak bercakap dengan aku tak payah nak mentionkan dia as Akil boleh tak? Dah nama dia Syakila...panggil Syakila la. Tak payah nak sebut nama orang lain. Akil tu aku okey!” Terjah Akil bila Thiya baru mula nak bersuara.



            “Apehal pulak!?”



            Sembilan kepala toleh kiri. Masing-masing pandang Syakila yang tengah pegang pinggan berisi nasi putih ditangan. Celah bila dia datang pun tak tau la. Baru je tadi tengah beratur amil nasi dekat kafe. Tetiba muncul. Dah macam jin aladin pun ada.



            “Yang kau nak suruh diorang stop calling me Akil tu apehal?”



            “Aku tak suka!” Balas Akil dengan nada yang sama.



            “Bajet aku heran dengan tak suka kau tu?”



            “Dah tu kau suka ke kalau diorang panggil kau, aku yang menyahut. Diorang panggil aku, kau yang menyahut? Suka? Confused kot. What ever it is... aku tanak ada dua Akil!” Tegas Akil dengan muka tegang.



            “Kau buat la apa pun, aku tetap AKIL!” Tegas juga pendirian Syakila.”Korang tetap panggil aku dengan nama yang sama.” Mata dibawa pada sembilan kepala yang setia menjadi pagar gelanggang untuk perdebatan dua makhluk Allah itu.



            “Wei!!!Kau apehal...”



            “Okey! Sudah! Dah!!!” laung Anas seraya melompat menapak ditengah-tengah antara Syakila dan Akil. Tangan dan kaki dihayun macam orang bersedia nak bukak silat. “Korang boleh tak jangan bergaduh macam budak tadika? Padahal masing-masing dah 21 kut. Kalau orang dulu-dulu 21 tahun tu dah ada lima orang anak tahu? Korang sekarang ni, matang pun belum. Haish! Apa nak jadik la dengan budak zaman sekarang?”



            “Bajet kau tu bukan budak zaman sekarang jek! Tepi!” Thiya mula masuk lain. Sindiran dituju pada Anas. Tubuh lelaki itu ditolak ke tepi. Kini dia pula yang berdiri diantara dua ‘Akil’. “Aku pelik la dengan korang ni. Tak pernah nak baik. Gaduh saja kalau jumpa. Apa masalah korang sebenarnya ni? Sampai tak boleh bercakap macam orang belajar tatasusila.”



            “Tanya ah kawan kau. Semedang ada masalah dengan aku.” Akil peluk tubuh. Syakila yang tengah kuis nasi dipinggan dijeling sekilas. “Apa masalah kau dengan aku sebenarnya ni?”



            “Aku. Benci. Kau. Okey jawapan aku?”



            “Tak okey bila kau tak kasi reason.”



            “Aku benci kau. Full stop!”



            Lagi kuat rengusan dari Akil. “Blah!” Mata Syakila ditentang dengan pandangan mencuka.



            Renungan tajam berbalas. “Blah means blah!”



            Dengan pantas macam dah dirancang, dua-dua pusing tubuh. Akil pusing kanan. Syakila pusing kiri. Dua saat, dua-dua melangkah laju meninggalkan sembilan kepala yang tengah tayang muka keliru tak sudah-sudah.



            “Akil, tadi kata nak makan.” Zaimi melaung.



            Dua langkah terhenti. Dan dua kepala juga menoleh menghadap Zaimi.



            “Nak makan ar nih!”



            “Tak jadi nak makan!”



            Jawapan serentak itu melahirkan sengih serba salah dari Zaimi. “Aku maksudkan Akil lelaki.” Lambat-lambat dia bersuara.



            “See!???” Syakila dijegil.



            “Whatever!” Muka Akil tak dipandang.



            “Haih!” Sembilan suara merengus geram.    

***



“NURUL Syakila!”



            Laungan kuat itu buat dia tersentak dari lamunan. Terus dia angkat tangan tanda memberitahu kehadiran dia di situ.



            Dua pasang mata bertentangan. “Can you come to the front and creat a K-maps table?” Pinta pensyarah muda yang mengajar subjek Digital Principles ll di School of Microelectronic itu.



            Dia mengangguk seraya berdiri. Dengan muka tak beriak dia menghampiri white board yang terletak di depan dewan kuliah. Marker warna biru dicapai. Dengan muka tenang, tangan dia bergerak melaksanakan permintaan pensyarah.



            “Correct. Thanks Syakila.” Ucapan pensyarah muda itu lagi sebaik saja Syakila meletakkan kembali marker pen di tempat asal.



            Dia kembali duduk di kerusi antara Fatin dan Thiya. Krukk.. krukk.. Bunyi membuatkan dia lipat sembilan puluh darjah ke kiri. Fatin masa tu dah tayang sengih.



            “Aku tak sempat breakfast pagi tadi.” Tanpa disoal, Fatin terus berkata. Sengihan masih berbaki. Perut ratanya digosok-gosok.



            Syakila gelengkan kepala. Beg kanvas atas kerusi depan diambil dan zip dibuka. Sepaket kecil Kit Kat dikeluarkan lalu dihulur pada temannya itu.“Sebab tu la orang cakap breakfast tu penting tahu?”



            Huluran bersambut. Fatin mencebik. Dah macam opah aku dah. “Halah...halah. Next time celik mata je  before subuh aku breakfast ya?”



            “Sinis kot itu ayat.”



            “Biasa ah.” Balas Fatin selamba kemudian dia terkekeh-kekeh ketawa. “Thanks beb.”



            “Pleasure.”



            “Oit, ringankan tangan hulur ke belakang. Aku pun tak breakfast pagi tadi.”



Suara Zaimi dari kerusi belakang membuatkan dua gadis itu menoleh serentak.



“Bila masa kau belakang kitorang?” tanya Syikin. Tadi masuk kelas tak nampak pun. Tetiba mencelah, mananya tak hairan.



Zaimi tarik sengih. “Tadi lagi. Dah dekat dua jam aku kat sini. Korang je tak perasan. Tekun study punya pasal.”



“Wei, kau tidur eh? Mata sembab je.” Amma menyelit.



Fatin tarik hujung bibir. Sinis. “Patut ah senyap je. Dah ke laut rupanya kau.”



 Syikin gelengkan kepala. “Wei, sekarang dah degree tahu. Tinggalkan la perangai diploma kau dulu tu. Boleh buat main? Cuba fokus.” Syikin dah mula tunjuk aura mak-mak orang. Membebelkan si Zaimi ni buat dia rasa macam bercakap dengan tiang rumah. Ufhh!



Zaimi tarik sengih. Dah itu je yang dia mampu buat bila empat pasang mata merenung dia dengan jelingan maut. “Aku mintak Kit Kat, aweks-aweks. Bukan mintak tazkirah. Terima kasih.” Tangan dihulur pada Syakila. “Bak satu. Ngantuk ni. Aku kena kunyah something kalau tak aku tidur lagi.”



Syakila buat muka. Tangan menyeluk beg. “Nah.” Paket KitKat yang terakhir dalam begnya dihulur pada Zaimi.



“Thanks.”



“Hmm.”



“Aku?”



Suara yang tiba-tiba menyelit betul-betul ditelinga, hampir-hampir saja buat Syakila rasa macam nak melompat. Dengan tangan yang disua betul-betul depan hidungnya itu lagi lah buat dia hampir nak putus nafas. Terkejut punya pasal.



“Aku nak KitKat macam dia.” Pinta Akil dengan muka selamba. “Nak.” Jari digerak-gerak. Kening kiri terjungkit bila Syakila masih tak memberi respon.



Si gadis langsung tak bersuara. Hanya rengusan kasar dan jelingan menyampah saja yang dilempar buat Akil. Dia terus kalih depan pandang whiteboard.



Melihat riaksi Syakila itu, Akil ikut merengus. “Hajah Bakhilah!” Bentak dia geram.



Dan bentakan itu menarik lagi sekali perhatian barisan pelajar perempuan di depan. “Hajah Bakhilah?” Tanya Thiya dengan muka blur.



Yang lagi lima mula tu nampak terkejut. Tapi lepas lima saat, lima-lima tergelak.



Zaimi yang tengah tekun kunyah KitKat pandang Thiya. “Kalau lelaki Haji Bakhil. Kalau perempuan...”



“Haji jadi Hajah.” Fatin sukarela menyambung.



Zaimi angguk. “Bakhil pulak jadi Bakhilah.”



Syira yang diam sejak tadi tersengih. “First time dengar kot.”



First time jugak aku sebut... sebab first time aku jumpa orang giler sombong macam kawan korang ni.” Kata Akil lagi. Nada jelas ketara yang dia tak puas hati dengan Syakila. “Wei, kau kenapa kalau dengan aku tak boleh nak senyum? Tanak cakap baik-baik? Aku ada cakap kasar dengan kau ke? Ada aku termencarut ke hapa dekat kau? Ada?” Luah Akil akhirnya. Dia perasan. Dia sedar. Dia tahu.  Budak perempuan yang kongsi gelaran nama dengan dia ni, tak pernah walaupun sekali membalas pandangan dia dengan senyuman. Setiap kali mereka bertentang mata, ada ja gaya tak puas hati yang si Syakila tu tunjuk. Ada je jelingan tajam nak dilempar dekat dia. Ada je ayat-ayat sakit telinga yang dibalas bila dia disoal. Ada je la...



Seperti biasa kalau tak menjeling, kalau tak menyindir, dia akan mendiamkan diri. Kalau dengan lelaki itu dia tak pernah ada nafsu nak bercakap baik-baik. Harapan!



Kelas yang mulanya agak sepi bertukar riuh bila masa pembelajaran sudah pun tamat. Masing-masing galas beg angkat kaki berebut-rebut keluar dari dewan kuliah. Syakila tak lepaskan peluang menyertai kawan-kawan yang lain. “Aku tunggu luar. Rimas kat dalam ni.” Maklum  dia pada enam kepala yang bertudung sebelum mengorak langkah.



Eesh! Akil jadi makin bengang. Beg kanvas atas kerusi diragut kasar. Disangkut silang pada bahu. Langkah Syakila dikejar. “Aku kalau bercakap dengan tunggul memang boleh jadi taufan. Membara je hati ni. Kau dengar ke tak aku tanya?” Laju kaki Syakila. Laju juga dia melangkah. Mereka kini sudah beriringan.



“Kau boleh blah tak?” Kasar suara si gadis. Rasa rimas dia bertambah-tambah bila Akil setia berjalan di sebelah.

            

            “Aku takkan blah selagi kau tak jawab soalan aku.”

           

           “Aku tak cakap dengan orang asing!”



            Akil nganga dua saat. “Orang asing? Macam lah kita tak pernah jumpa sebelum ni. Dekat satu bulan sentengah kita satu kelas kot. Aku ni dah dikira classmate kau tahu?”



            “Aku tak pernah anggap kau macam tu.”



            “Itu yang aku nak tahu sesangat. Why?”



            “Aku takde nafsu nak bercakap dengan kau. Tengok muka kau pun aku tanak. Blah la wei!”



“Lagilah aku nak tau. Asal kau benci aku ah? Dengan kengkawan yang lain kau okey je. Asal dengan aku tak? Aku ada buat apa dekat kau sampai kau benci aku?”



Diam terus. Syakila makin meluat dengan perbuatan Akil yang mengekor dia sejak tadi. Kalau ikutkan hati mahu saja lelaki itu disepak masuk sawah depan pagar kampus. Oh ya... Perlis kan... Kiri kanan depan belakang ada sawah. Maksudnya kalau aku campak arah mana pun mamat ni, masuk ke sawah jugak dia. Heh!



“Aku benci bila orang tak jawab soalan aku.” Sergah Akil lagi. Dia kini sudah berdiri di depan Syakila. Cuba menghentikan langkah gadis itu.

            

             Hati dah rasa rentung. Perbuatan Akil itu betul-betul buat dia terasa macam nak kunyah daging orang. “Aku benci hadap muka kau!”



           “Aku lagi benci bila aku tak tau reason dia.”



            “Tepi ah! Aku nak naik bas.”



            Akil cepat-cepat angkat kaki kanan sebagai penghadang bila Syakila ingin menyambung langkah. Bila gadis itu cuba ke kiri, kaki kiri pulak yang diangkat. Dan keadaan itu berulang-ulang sampai la satu saat...



            “You asked for this...” Pakk! Kaki Akila disepak macam orang tak ada hati.



            “Ya Allah!!!” Bergegar astaka itu dengan jeritan yang penuh keperitan milik si lelaki. Terlompat-lompat dia sekejap sebelum tubuh itu terduduk di atas tar. Laju tangan mendarat di betis kering kanan. Digosok-gosok kuat tempat yang menjadi mangsa sepakan Syakila. “Kau... kau...” ayat seterusnya dah tak boleh diluah. Sakit punya pasal sampai dah lupa apa yang dia nak sembur. Syakila dilihatnya laju panjat tangga bas dengan hati yang membara.



            “Wei, kau kalau nak duduk cari port cantik sikit boleh? Atas tar jugak yang kau pilih?” Zaimi    yang baru muncul di situ menegur. Malu pulak dia bila melihat Akil duduk di tengah-tengah himpunan manusia yang sedang menunggu bas di astaka.



            “Dah buang tabiat ke kau ni? Asal duduk sini?” Anas yang muncul lewat  lapan saat dari Zaimi ikut menyelit.



            “Korang ingat aku tak tau malu nak duduk tengah-tengah orang?” Akil akhirya menoleh mendapatkan Zaimi dan Anas yang berdiri di belakang. “Kaki aku sakit ah.”



            “Laaa... Kaki kau dah kenapa?” Zaimi menapak mendekati Akil yang tengah cemberut muka.



            “Terkehel?” Teka Anas. Badan ditunduk sedikit membelek kaki Akil.



            “Terkehel pun tak sakit macam ni tahu?”



            “Dah tu?”



            “Asal ni?” Suara Syikin pula yang kedengaran.



            “Kau kena langgar bas ke, Akil?” Khad pula menyampuk.



            “Mendoakan nampak?” Akil jeling Khad yang dah sengih-sengih.



            “Wei! Nak balik ke tanak? Pakcik bas dah tak larat tunggu ni!” Jeritan Syakila dari tingkap bas menggamit mata-mata yang berada di situ.



            “Korang sampaikan pesan kat kawan korang tu, jangan ingat aku nak lepaskan dia macam tu je. Kaki aku ni bayar zakat tahu?” Akil ternyata bengang dengan perbuatan tak berkeperimanusiaan Syakila terhadap dia.



            Enam gadis itu ternganga sekejap dengan mata terbeliak. “Akil sepak kau?” Enam suara bergabung laju.



            “Akil sepak Akil?” Zaimi bertanya jugak walaupun kenyataan Akil itu jelas di telinga.



            Akil buat muka bengang. Akil sepak Akil? Dah macam aku sepak diri sendiri la pulak. Heh! Kenapa dalam banyak-banyak nama, nama aku jugak yang dia nak pakai???



            “Apa kau dah buat sampai dia sepak kau?” Tanya Fatin.



            “Mana la aku tau. Gila agaknya kawan kau tu.”



            “Ke kau ada mera...”



            “Apa? Apa? Mulut tu sayang sikit. Jangan nak bercakap macam aku tak ada iman. Aku tak raba orang eh.” Sembur Akil laju bila Syira mula buat spekulasi tak berhemah.



            “Dah tu?”



            “Dah tu apa? Satu je sebab yang munasabah dia sepak aku. Dia. Gila.”



            “Kau betul la tak sayang kaki. Dengar dia kang, lagi sebelah dia sepak.” Omel Syikin sambil menggeleng. Mulut tak bayar cukai betul.



            “Woiiii!!!”



            “Sebelum dia berubah jadi tarzan yang lebih gagah, baik kitorang blah.” Kata Amma seraya menarik tangan Khad.



            “Jom! Jom!” Gesa Thiya sambil menarik tangan Syikin dan Syira.



            “Gerak dulu la wei.” Maklum Syikin pada tiga lelaki itu.



            “Akil lelaki, kitorang mintak maaf bagi pihak Akil perempuan ye. Lain kali kalau mood dia tak baik kau jangan kacau.”



            Akil angkat mata pandang Fatin. “Dia kalau dengan aku mood tak pernah baik la. Moody semedang. Tengah gelak sampai nak putus usus perut pun boleh tarik muka dugong mati suami kalau aku mencelah.”



            “Kitorang pun pelik jugak sebenarnya. Asal dia macam tak suka kau eh?” Thiya garu dagu sambil memikirkan jawapan kepada soalannya sendiri.



            “Ada jugak dua tiga kali aku tanya dia asal dia macam tak suka kau. Dia tak jawab dowh. Buat tak tau je. Tak pun dia tukar topik lain.” Jelas Fatin dengan muka keliru.



            “Woiii!!!!” Tu dia... Bergegar kawasan parkir bas dengan laungan yang maha dahsyat dari Syakila. Lagi sekali...



            “Coming!!!”



*****

p/s :- ni maksudnya sgt gian nk post n3... InsyaAllah part 2 meyusul kemudian... tgh final exam... x sempat nak post cepat2..  4 more papers to go.. wish me gud luck...  aminnn.. =)

20 comments:

  1. gud luck zarith..nnt after exam post 2nd ep ea.. ^_^

    ReplyDelete
  2. best2..nk tnya...ni bdk unimap ka?

    ReplyDelete
  3. Best2 cite ni . Suka sangat . Tak sabar nak tau kenapa akil perempuan benci sangat kat akil laki . Hehe . Good luck for your exam kak zarith ! Do the best ! Dah habis , jangan lupa post entry baru tau . :)

    [syaza_nadiah]

    ReplyDelete
  4. yunk ko smbg mne....unimap ker....hihihi

    ReplyDelete
  5. bestlah cite dia.. mula2 agak konpius ckit.. hehe

    ReplyDelete
  6. syakila..fatin..thiya..syira..
    (^_^)~~

    ReplyDelete
  7. heheheee..akil VS akil-mmg besh lar weh!..study biaq lepak,result biaq gempaq.

    ReplyDelete
  8. terbaik laa . sempoi jeh ! hee :D

    ReplyDelete
  9. HAHHAHAAHA! sumpahhh best gilaaa! gelak tanpa henti okk! hahahahaha! :DD xsaba nk tggu nx n3! seriuslyy best! hehe

    ReplyDelete
  10. Naa' he got my name! Zaimi - tapi dia bagus dak suka short form , org yg dh sedia short pun di short short kan lagi jadi Zemi #Ngee , beza pompuan ngan laki jaa .. ekeke ,*nice .. GD LK 4 ur exam tau .. chaiyok!

    ReplyDelete
  11. cite ni best r.... nak lagi...
    suke sgt!!!!

    ah, gudluck and do ur best k!!!

    ReplyDelete
  12. good luck for your final exam...
    x sbr tggu next n3...
    hehehe....

    ReplyDelete
  13. gud luck sis...do the best...=)

    ReplyDelete
  14. best citer....Xsbar nk tnggu part 2.hehe.gud luck 4 your exam ;)

    ReplyDelete
  15. salam..cm besa la..gud story..stuju ja ngan soma komen yang positif2 kt sini...

    tp 1 ja la sis, nama syakila tu klu ikut ustaz Aya ckp wktu zmn skolah menengah dulu maksudnya pemabuk...wallahualam la betul ke x sbb Aya bukan xpert Arab, lepas takat f3 ja...myb pas ni klu nak letak nama wtk, Zarith kena consider skit..takut ada yg amik nama ni letak utk baby baru lahir..

    klu Aya clp sorry ^-~

    ReplyDelete
  16. asslmmualaikum..
    sy ske cite ni sbb nme watk ni nme sy..syakila..utk komentar kt ats ni sori sy nk btolkn yg pemabuk 2 sakirah bukn syakila..salam knl..

    ReplyDelete
  17. salam kenal utk komentar kat atas..sorry klu Aya sentuh bab nama awak..mcm yg Aya katakan td, Aya dapat informasi drpd ustz Aya jd sebarang kekilafan Aya mintak maaf sgt2..x bermaksud nk kecikkan hati sesiapa..minta maaf sekali lagi.. hrp jgn simpan dlm hati... ^-~

    ReplyDelete
  18. cam besa, cite ko gempak dod!!tggu p2 nih!!gud luck ko nyer exam!

    sufiza (",)

    ReplyDelete
  19. Hajah bakhilah!! XD hahahaha adoii senak perut gelak sakan

    ReplyDelete

toucholic

toucholic

Hot N Cold

Hot N Cold
Apa yang terjadi bila air panas bertemu dengan ais cube?

sweet sours

sweet sours
friendship is a sweet relationship

Bila Amar Dah Suka Dia

Bila Amar Dah Suka Dia
Inilah jadinya bila Amar dah jatuh chenta