Chill Out ~~ ^_* (kalau tak suka lagu boleh stop kt atas ni)

new updated!


new n3 :-)

# Hot And Cold (Bab 5)
# Hot And Cold (Bab 4)
# Hot And Cold (Bab 3)

* my new email (YM, FB) :"carl_aryana89@yahoo.com"

(^__^)

(^__^)

Kalaulah Hot n Cold dapat peluang ke untuk ke versi cetak.. apa kata kalian?

Monday, January 30, 2012

Toucholic 23


“KAU nampak tak?”

            “Nampak.”

            “Nampak apa yang aku nampak?”

            “Aku nampak apa yang kau nampak.”

            Mata Anis belum mampu nak mengecil. Terus terjegil besar. “Dia... Wawa ke tu?”

            “And... with Razin???” Soalan dibalas dengan soalan. Juga dengan  nada yang sama.

            “ Diorang jalan...”

            “...sama-sama.”

            “Berborak...”

            “...tanpa gaduh.”

            “Impossible!”

            “Unbelieveable!”

            Dua-dua dah buat gaya macam baru lepas tengok kuda menunggang orang. Tak percaya! Keajaiban dunia yang berlaku betul-betul depan mata itu hampir membuatkan dua manusia semput kekurangan oksigen.

            “Aku rasa otak Wawa ada wayar putus lah.” Anis menduga sendiri. Sungguh-sungguh dia menolak apa yang dilihatnya sebentar tadi. Wawa dengan Razin? Boleh bertemu pandang, berjalan seiring, berborak dengan muka tenang. Takkan kot???

            Jari telunjuk mengetuk dahi berkali-kali. Kerutan di situ belum hilang. “Aku rasa kita salah orang tak.” Matt juga mempunyai rasa yang sama. Rasa tak mahu percaya.

            “Kalau aku tak usha betul-betul tadi, memang aku akan cakap benda yang sama. Tapi aku pasti budak perempuan tu memang Wawa. Aku kenal lah kawan aku. Berdiri sebatu pun aku boleh cam.” Sungguh-sungguh Anis berkata. Siap dengan mengangguk-angguk kepala lagi. “Tapi kau betul ke budak laki tu Razin?”

            “Kawan aku takkan aku tak kenal. Memang betul lah dia.” Ada jugak rasa geram pada Anis bila kesahihan dia tentang Razin dipertikaikan. Kalau Anis boleh cam Najwa. Dia pun boleh cam Razin. Dan dia yakin dia tak silap orang. Itu memang Razin.

            “Aku sebenarnya yakin itu memang Razin. Tapi aku rasa was-was bila diorang boleh duduk dekat-dekat macam tu. Kau tak pelik ke?”

            “Sebab pelik lah yang aku susah nak percaya ni.”

            “Sangat ajaib, huh?”

            Anis terangguk-angguk. “Dah tak macam anjing dengan kucing. Macam... macam siput dengan kerang.”

            Erk? Matt pandang Anis. Jelas muka dia nampak blur masa ni. “Siput dengan kerang? Kenapa aku rasa macam tak pernah dengar je istilah ni?”

            Anis buat muka selamba. “Ada je. Kau je yang tak tau.” Buku-buku yang berterabur atas meja disusun kemas sebelum dipeluk ke dada. Dia berdiri menolak kerusi ke belakang. “Aku nak pergi dekat Wawa. Kau ada kelas lagi ke lepas ni?”

            Pandangan gadis yang sejak kebelakangan ni menjadi teman rapatnya itu dibalas. “Takde. Kirim salam dekat Wawa. Aku balik dulu.”

            “Anis!”

            “Yo!”

            Anis yang tengah toleh hadap muka dia dipandang dengan sengihan gatal. “SMS malam ni?”

            Bibir merah jambu itu dah lebar dengan senyuman. “Call terus lah. Kedekut giler.”

            Pelawaan Anis itu membuatkan Matt terus berdiri. “Kalau kau sudi jawab call aku.. apa ada hal habis kredit pun.”

            “On!”

            “Yahooo!!!”

***

“BEB!”

            “Oh mak kau!” Spontan dia menggosok dada. Hampir saja jantung nak melompat keluar bila disergah macam tu.

            “Sorry.” Menyedari keterlanjurannya itu, dia tayang gigi. “Kau dari mana?” Kerusi sebelah Najwa ditarik lalu diduduk.

            “Ofis maklang.” Slingbag ditanggalkan dari tubuh.

            “Asal?” Sebenarnya dia dah tak sabar untuk bertanya tentang keajaiban yang dilihat sebentar tadi. Namun dia sabarkan diri. Pelan-pelan kayuh, Anis...

            “Maklang mintak aku tolong jual burger hari konvo nanti.” Balas Najwa. Mata berlari ke arah gerai-gerai makanan. Lapar lah pulak. Nak makan apa, eh?

            “Minggu depan?”

            “Haah.”

            “Oh. Kau sorang?”

            “Tak. Aku kena jual burger dengan Razin hari tu nanti.”

            “Oh. Dengan Ra...” Bibir jadi beku tiba-tiba. Muka tenang jadi tegang. “Dengan siapa!?” Hampir tak terkeluar suara dia menyoal.

            “Razin.” Tenang dan perlahan sebaris nama itu ditutur. Mata masih meliar. Mencari apa hidangan yang boleh menarik perhatian perutnya yang kini tengah ketuk gendang main lagu Para Para Sakura.

            “Razin. Your orang gila?” Pandangan dia terpaku pada muka Najwa. Buat masa ini, hanya muka temannya itu yang perlu difokus. Fokus untuk mencari kebenaran tentang berita yang didengarnya ini.

            “Your orang gila?” Najwa pandang Anis. Kening diangkat sebelah.“Since when he’s mine?” Dia mencebik sesaat. Nada bertanya ‘your orang gila?’ tu dah macam ‘your lovely bf?’ la pulak.  Aii...

            “Takde la. Biasanya kau mentioned dia as orang gila. Not Razin macam yang kau baru sebut kejap tadi.”

            Najwa angkat bahu. “Maybe tiba-tiba aku tak rasa macam nak panggil dia dengan nick tu. That’s why I called him... Razin. Kau jugak yang marah kalau aku panggil dia dengan nick tu kan? Kau cakap tak baik. Tak ke?” Pandangan sinis dilempar kepada Anis yang masih dengan muka tak percaya.

            Si teman terdiam. Lidah jadi kelu. Kan batang hidung sendiri dah terkena. “Whatever. So, kau dari ofis puan sorang-sorang ke?” Perasaan ingin ‘menggali’ masih berbaki.

            “Tak.” Dia menegakkan tubuh. Pilihan makanan sudah dibuat. “Aku dengan Razin. Kau nak makan tak?”

            Menggeleng. “Jadi yang budak lelaki berjalan dengan kau tadi tu memang Razin la?”

            “Betul la tu.” Dan dia terus berdiri menghala ke arah gerai paling hujung di kafe itu.

            “Memang betul la keajaiban...”

***

“KAU lambat.” Ayat itu dulu yang diterjah sebaik saja muka Najwa muncul di depan booth.

            Gadis itu nampak mengah. “Aku baru habis kelas.” Beg galas ditanggal dari bahu lalu diletak bawah meja di belakang Razin. Dia menghampiri lelaki yang siap memakai apron bercorak polcadot  itu. Gaya je lebih. Entah tahu masak ke tak burger tu.

            “Kata satu jam setengah je. Ni dah...” Dia pandang jam di tangan kiri satu saat. “Dekat dua jam.” Tanpa memandang muka Najwa dia mengomel.

“Prof lajak kelas. Ek enaa... lewat setengah jam je kot. Itu pun nak kecoh.”

Senyap. Tiada tindak balas.

Dan kebisuan itu menarik minat Najwa untuk merenung muka Razin. Ai... senyap je. Marah ke brader? “Wei... Should I say... sorry?”

Pertanyaan itu menggamit pandangan mata Razin ke muka Najwa. Hanya tiga saat. “Sebab kau mungkir janji?” Mengangguk. “Better you have to.”

Najwa buat muka. “Sorry.”

“Accepted.”

“Cis!” Najwa mencebik sebaik saja menerima sengihan keji dari Razin. Dan lepas tu dia ikut tersenyum nipis.

“Tolong kasi aku gunting belakang kau tu.” Razin hulur tangan depan Najwa.

Gunting di meja belakangnya diambil dan dihulur pada lelaki itu. “Here.”

Thanks... drakula.” Ucap Razin. Tapi ayat akhir tu hanya dilontar dengan sangat perlahan.

“Thanks what?” Sangat perlahan tapi berjaya ditangkap oleh telinga Najwa.

“What?”

“Kau panggil aku apa tadi?”

“Aku ada panggil kau apa-apa ke?” Dengan muka innocent dia menyoal kembali. Tangan lincah menyusun bungkusan roti burger atas meja.

Najwa tak puas hati. Kaki Razin disepak. “I heard that you called me...dracula?”

Tapi lelaki itu sempat mengelak. “When? Bilanya aku panggil kau... drakula?”

“Haa! You... you did it. You just did it! Again?”

“So? Wanna hear it anymore. Once again maybe?”

“Kau memang selalu buat aku bengang! Betul lah kau orang gila!” Nah! Akhirnya keluar jugak gelaran keramat buat Razin itu dari  bibir Najwa. Dia dah cuba tahan. Dia dah cuba bersabar. Tapi ternyata kesungguhan dia itu sia-sia. Betul lah, aku kalau dengan orang gila ni memang tak dapat kawal emosi. Urghh! “Stop calling me by that rubbish word. Don’t you?”

Razin angkat kening. Mencabar. “What if I would not?” Tepat mata Najwa dipandang.

“I’ll kill you.” Tenang ayat itu ditutur. Dia ikut menjongket kening.

“Then kill me... Dracula.”

“Eeiii!!!” Gigi-gigi dah mula berlaga satu sama lain. Najwa mengepal penumbuk. Kalau ikut fikiran tak waras, dah lama muka lelaki itu ditumbuk. Bukan dia tak mahu, bukan jugak dia tak berani nak belasah makhluk Allah yang satu itu. Tapi bila terfikirkan yang menanggung risiko bukan dia saja, tapi Puan Siti Hajar juga akan mendapat tempias. Jirannya itu yang akan dipertanggungjawabkan di atas semua yang bakal berlaku. Tak ke naya?

“Ah! Sama. Sebijik drakula. Muka bengang macam tu lagi lah sama. Tell you what? Dracula, sometimes you have to control your emosion.”

You control your gila first lah. Kau tak gila, aku tak bengang!” Si gadis sudah bercekak pinggang menghadap si lelaki. Riak muka nampak macam nak telan orang.

“Heh! Tau pulak nak bengang. Yang kau selama ni mengata aku orang gila tu boleh je? Asal aku mengata kau balik tak boleh?”

“Tak boleh! Sebab aku tak suka. And I am not a dracula!”

“Aku pun bukan orang gila.”
            
            Terdiam terus. Dia peluk tubuh seraya menghela nafas dengan kasar. “So, what shuld I do to stop the stupid word out from your stupid mouth? Should I kill you... for example?”
           
             Razin kulum sengih. Dia pandang Najwa. “I got an idea.”

            “Speak it out.” Idea bodoh apa pulak ni?

            “Let’s bet?”

            Huh? Kening kanan dijungkit. Muka Razin ditenung. Mencari keseriusan di atas cadangan lelaki itu. “Like... how?” Tolong jangan ajak aku lumba lari terjun lombong dengan kau! Tak pun janganlah kau ada niat nak cadang kita main lawan tikam-tikam perut. Nak hidup lama lagi ni.

            Soalan Najwa dibiar tergantung tanpa jawapan. Sengaja kesabaran budak perempuan itu dicabar. Dia hanya menyengih macam kerang busuk yang dah basi.

            “Apa dia wei!? Cakap terus tak boleh ke? Nak buat suspen pulak.” Hati dah berkobar-kobar. Tak tenang. Tak aman. Apa yang orang gila ni nak sebenarnya? Jangan yang luar alam sudah! Kau minta pelik-pelik memang aku tak tunggu lama dah. Terus melekat pisau dekat dahi kau tu. Sumpah!

            “Kau memang tak reti nak kawal emosi kan?”

            “Told you... not when I am with you. Not to you.”

            Muka Razin nampak kian ceria. “Nevermind. Aku suka.”

            Pulak! “Suka apa?”

            “Aku suka tengok muka kau bila kau marah. Nampak sweet. You know something? You’re the only one yang sweet. I mean sweet. S.W.E.E.T. Not suwit. Suwit tu compliment yang tak serius. But I do I am serius.” Selamba badak Razin mengungkap ayat itu.

            Dan ayat selamba badak itu berjaya membuatkan Najwa terkedu. Ingin dibalas kata-kata itu tapi tak tahu dengan apa. Tak tahu dengan cara apa. Budak ni tengah tunjuk dia punya tanduk kasanova ke apa? Tapi... rasa macam suka jek dengar. Ngeee... “Ek ehem... Ehem...” Perasaan yang tiba-tiba bertukar menjadi perasaan yang dia sendiri pun tak tahu cuba dikawal dengan dehaman berkali-kali. Yang pasti, tiba-tiba dia jadi malu.

“Cuba kau cari drakula yang sweet macam kau dekat dunia ni. Confirm tak jumpa. That’s why I said you’re the only one... sweet drakula.”

Namun sebaik saja ayat kemudian itu menyapa telinga, muka Najwa berubah terus. Kembali tegang seperti sebelumnya. “Bodoh punya orang gila!” Najwa ketap bibir. Nasib baik aku sempat covered muka. Tak nampak macam syok sangat. Hampir-hampir je nak cair. Orang puji sweet kot. Tipulah kalau tak terasa macam nak cair langsung. Bengong punya kasanova kelas satu! Eesh!

Ketawa Razin pecah tiba-tiba. “You blush. Wei takkan puji tipu-tipu pun nak blush. Agak-agak ar.” Dua helai daun kering yang baru luruh ke bahunya diambil lalu dironyok-ronyok.

Erk!? Am I? Secara refleks Najwa pegang pipi.

“Yes you are.” Dia macam dah boleh agak apa yang terlintas di kepala gadis itu. Daun yang dah lunyai dicampak ke arah budak perempuan yang berdiri depan dia. “Wei, wanna bet with me?”

“Eeesh!” Najwa tarik muka bengang. Cebisan daun yang melekat pada baju ditepis-tepis kasar. Tangan menyilang dada. “Aku tanya amende? Kau tak jawab-jawab lagi.”
            
            “Sekarang pukul berapa?”

            Dia mengerling jam yang terlilit di lengan kiri lelaki itu. “Kau kan pakai jam.”

            “Iye. Tapi aku tanya pukul dekat jam kau.” Dia memuncung ke arah tangan kiri Najwa.

            Ada pulak! Kalau dah gila tu... “11:05.” Malas nada itu.

            “Starting at 11:10 sampai habis sale kita petang ni, pukul 5... let’s bet. Aku tak boleh panggil kau drakula. Kau pun tak boleh panggil aku orang... whatever tu. Tak boleh lebih dari tiga kali. Kalau lebih dari tu...”

            “Kalau lebih jugak?” Laju Najwa mencelah.

            “Kau dengar dulu boleh tak? Aku nak kasi tau la ni.” Razin menyinga.

            Najwa mencebik. Emo pulak.

            “Kalau lebih dari tiga kali tu... the loser kena ikut apa saja yang the winner suruh.”

            Terbuka sedikit bibir Najwa mendengarkan idea-idea yang dikemukakan oleh Razin. “Apa saja?” Nampak rasa ketidakselesaan Najwa ketika melontar soalan itu. Apa saja termasuk...???

            “Under control la wei. Agak-agak ar. Don’t get me wrong. Kalau kau menang takkan kau nak mintak aku lari pakai boxer pusing Shah Alam pulak. Aku pun kalau menang takkan nak suruh kau...”

            “Enough! I got your point.” Laju saja Najwa menghalang Razin dari menyambung ayat seterusnya. Pandangan dan senyuman yang penuh rasa gatal lelaki itu membuatkan muka dia panas. Hampeh betul!

            “Good.” Tergelak kemudiannya. Kalau kau tak halang pun aku takkan sebut lah, ngek! Cuak lebih. Aku pun tau respect perempuan. Lagi-lagi yang bertudung macam ni.

            “Berapa kali... permintaan tu boleh dibuat? I mean...iye la... takkan kau nak jadi my slave sampai tua? Tak kahwin kau karang.” Najwa ketawa megah dihujung ayat.

Siap membayangkan lagi macam mana rupanya Razin setelah disembamkan mukanya ke dalam loji kumbahan. Lepas tu lelaki itu juga dipaksa menari dangdut depan dia siap lengkap dengan pakai skirt paras lutut. Yang ada ropol-ropol pulak tu. Muka lelaki itu juga ditempek dengan pelbagai jenis alat solek yang berwarna- warni. Lagi...
            
            “Wei!”

Prapp! Kepulan-kepulan asap yang menayangkan keadaan Razin ketika didera oleh dia pecah satu persatu. Sergahan Lelaki itu memanggil Najwa kembali semula ke alam nyata.

“ Aku tengah bercakap dengan kau ni. Kau tengah khayalkan apa?” Mata lelaki itu tepat memaku mata Najwa. Pantang betul keturunan aku kalau aku bercakap bagai nak rak, orang tu buat tuli. Haih!

“Kau cakap apa?” Najwa berdehem dua kali.

“Tiga kali permintaan. No more and no less. Aku cakap siap... kau tak payah lah nak berangan yang kau akan menang.”

“Takyah banyak cakap. Let’s start  and just see. Kalau aku tak menang, kau boleh panggil aku drakula sampai kau habis nyawa. Tak termasuk dalam tiga permintaan tu.”

Razin nampak puas hati. “So aku punya dapat empat lah?”

“Hmm.” Bawa mata arah lain. Meluat betul nak menengok muka orang gila ni.

“Kau jangan nyesal sudah.”

Confirm tak.”

Razin pandang jarum jam. “Lima belas saat to go. You must beware, drakula.”

 “Haaaah!”

“Belum lagi, drakula.”

Cis! Baru nak lompat naik bergayut-gayut atas pokok sambil menari-nari. Belum lagi la...“Oh, belum mula lagi ye orang gila?” Najwa balas dendam. Dua belas saat lagi!

Ye, drakula. Belum.”

“Takpe... Kita tunggu sama-sama, ye orang gila.”

“Baiklah drakula.”

Sepuluh saat lagi!

“Lama lagi ke orang gila?”

Nine minutes to go, drakula...”

Masing-masing mata tepat pada jam ditangan.

“Lagi... tujuh saat, orang gila.”

“Enam, drakula.”

Nada bercakap bertukar pantas.

“Lima, orang gila.”

“Empat drakula.”

“Orang gila! Tiga.”

“Drakula! Dua!”

“Satu, orang gi...”

“Start now!”

Suara kuat Razin itu membuatkan Najwa laju menekup mulut. “Tak sebut pun. Tak sempat! Aku sempat sebut orang gi... je. Tak dikira okey!” Sungguh-sungguh dia menafikan bila mendapat renungan penuh makna dari Razin.

Lelaki itu mencebik. “Let’s start our duty.”

“Orait.”

 “Anis mana?”

“Kejap lagi dia datang. Matt?”

“Entah. Tadi ada. Tapi tiba-tiba je lesap.” Apron warna merah jambu dicampak ke arah Najwa.

“Thanks.” Apron yang tersadai pada bahu dipakaikan ke tubuh. Kedua-dua belah tali ditarik ke belakang lalu disimpul. “Haaaa...”

“What haaaa...?” Sengihan nakal dari Najwa itu membuatkan dia berpaling.

“Anis belum sampai. Matt pulak hilang tetiba. Kau tak rasa ke apa yang aku rasa?” Kening bergerak-gerak. Seraya itu dia mengulum senyum.

“Ooo...” Bulat bibir itu. Sesaat kemudian diwajah lelaki itu turut tercalit senyuman nakal.

“They are dating.” Dua suara bergabung.

Najwa tergeleng-geleng. “Aii... melekat jugak akhirnya diorang tu eh?” Senyuman penuh makna melebar dibibir.

“Aku dah agak. Mula-mula tukar senyum. Lepas tu tukar phone number. Then tukar hati pulak.”

“Tukar hati? Cemana tu?” Soalan itu dilontar bersama kerutan pada dahi. Pelik-pelik betul istilah dia ni. Amende tu?

Bungkusan marjerin digunting sedikit sebelum dipicit masuk ke dalam bekas. “Ala... Tukar hati. Hati Matt Anis pegang. Hati Anis Matt pegang. Takkan kau tak tau kot?”

Laju Najwa menggeleng. “Tak pernah dengar. Yang selalu aku dengar bila bercinta ni kena kongsi hati, kongsi perasaan. Tukar hati tu macam pelik je.”

“Tak pernah dengar? Betul la purba kau ni.”

“Wei! Aku bukan macam kau nak ambik tau perkataan-perkataan jiwang macam tu.” Kata-kata Razin yang berbaur penghinaan itu membuatkan Najwa tak puas hati. Purba kau cakap aku? “Lain lah kau. Player Malaya. Kasanova kelas satu. Mestilah tau bab-bab macam ni. Ey, kau dah pernah tukar hati dengan berapa perempuan dah? Dah berapa hati kau pegang?”

Agak lama membisu barulah Razin bersuara. “Najwa.” Soalan maut itu tak berbalas. Sebaliknya dia menyebut nama si gadis.

Hati rasa berdebar-debar bila nama dia meniti di bibir lelaki itu. Kenapa? “Apa dia?”

Razin pandang Najwa. Agak lama.

“Kau apehal?” Najwa jadi resah bila Razin sudah melangkah ke arah dia. Dengan pandangan mata yang belum beralih, lelaki itu semakin merapati Najwa. Dan tindakan Razin membuatkan Najwa bergerak dua langkah ke belakang. Menjauhkan jarak antara mereka.

“Why don’t we just drop the topic? And could you start your duty right now?” Habis saja dia bertanya, Razin terus kembali ke tempat asal dia berdiri. “Tak payah nak busy body sangat la.” Dua bungkus daging burger lembu dan ayam dikeluarkan dari bekas polistrin. Ikatan bungkusan digunting. Satu persatu kepingan daging-daging burger itu dileraikan.

Jantung yang mulanya terasa macam nak tercabut dari tangkalnya, sudah kembali normal. “Eeesh!” Kaki dihentak kasar. “Aku pun tak hingin nak busy body pasal hidup kau!” Bentak dia kasar. Dia kembali menghampiri Razin menghadap barang-barang yang bersusun atas meja. Dalam hati dia menyumpah-nyumpah lelaki itu. Bengong! Tak pasal-pasal perut aku kecut. Bajet kau pandang macam tu aku boleh cair. Mee goreng basi punya lelaki!
****

 # here new n3 of TOUCHOLIC... and pasal cerpen, i'm on my way nk habiskan... InsyaAllah, dah x lama... makaseh... =)

21 comments:

  1. sgt33 best!! kak zarith keluarkan novel la, mesti gempak habis.. really2 adore ur writing.. ^^

    ReplyDelete
  2. best-2 kak ~ ^__^

    saengilchukae ... smoga pnjang umo murah rezeki ~

    ReplyDelete
  3. sweet sangat dorang ni..da mcm jantung sendiri nk gugur...suke..suke..suke...hepi besday zarith..sweet 17...

    ReplyDelete
  4. wahhh,ahkirnya...boleh pon diaorng berbaik..hehehe

    ReplyDelete
  5. wahh,,thanx Zarith for da new n3

    ReplyDelete
  6. suka2..
    gelak sorg2 tengahari ni hoho

    ReplyDelete
  7. huhuhu da lame sgt tungggu sambungannya...mcm unbelievable blk skola nmpk kat dashboard benda nih...dr nak jenguk2 je terus mlekat...haha

    ReplyDelete
  8. Best sangat... :D

    ReplyDelete
  9. Best sangat n3 kali ni.. :D

    ReplyDelete
  10. woaaaa lama menanti. er rasa mcm miss something je ni, ke sy tertinggal bacaan bab sebelum huhuhu.sebab mcm tak tau plk bla depa ni berbaik slain lps depa berjpa kat bilik maklang wawa tu. jap lagi nak tgk previous entry lah klo cengini.
    awat lama sgt zarith nak sambung?bz eh? hehe jap lagi kembar wawa dtg,kasi razin jeles, blh? blh la ya zarith? agak2 sy, razin menang, nti dia mtk hati wawa or mtk wawa kawin gan dia, dia reserve permintaan terakhir hingga hari grad dorg, owh sweetnya angan2ku.hehe.

    ReplyDelete
  11. akak..smbungan best..!!lma tggu..wani bgi 5 star..huhuhu

    ReplyDelete
  12. nice!!!..hwhehehehe..

    ReplyDelete
  13. zarith tq 4 new n3. agak2 bila n3 BADS???? tak sabar nak baca kisah suami isteri ni plak hehehehehehe....

    ReplyDelete
  14. Thanks a lot , Kak Zarith . Dah lama tunggu entry cite ni . Dalam dah nak berbaik , gadoh2 jugak dorang ni . Ntah sape la kalah ek . Hihi . Tak sabar nak baca lagi cite ni ngan sambungan cerpen tu . Bila free , cepat2 update tau . Sy tunggu . Hee~

    [syaza]

    ReplyDelete
  15. hahaha .
    hadoi apa kes lha dorg neh ?
    agak-2 kalo carl dpt cucu kan .
    msty anak najwa ikot perangai carl . anak izzat ikut perangai ariana . pastuh married sesama sspu . carl + ariana =najwa + razin +izzat + irdini = najwa's daugther + izzat's son . heeeeee

    ReplyDelete
  16. best giler.....bile nk kuar novel...lame lg ke?

    ReplyDelete

toucholic

toucholic

Hot N Cold

Hot N Cold
Apa yang terjadi bila air panas bertemu dengan ais cube?

sweet sours

sweet sours
friendship is a sweet relationship

Bila Amar Dah Suka Dia

Bila Amar Dah Suka Dia
Inilah jadinya bila Amar dah jatuh chenta