Chill Out ~~ ^_* (kalau tak suka lagu boleh stop kt atas ni)

new updated!


new n3 :-)

# Hot And Cold (Bab 5)
# Hot And Cold (Bab 4)
# Hot And Cold (Bab 3)

* my new email (YM, FB) :"carl_aryana89@yahoo.com"

(^__^)

(^__^)

Kalaulah Hot n Cold dapat peluang ke untuk ke versi cetak.. apa kata kalian?

Sunday, February 19, 2012

Toucholic 24


“Kau sediakan bahan-bahan sayur yang nak letak dalam burger dengan oblong. Cepat sikit! Majlis untuk sesi pertama dah nak habis. Kang mesti penuh tapak jualan ni dengan orang ramai.” Arah Razin yang sedang memanaskan kuali leper untuk membakar daging burger.

“Taulah kerja aku. Takyah nak arah-arah.” Balas Najwa kasar. Ingat aku ni kuli abdi kau ke yang nak main suruh-suruh? Benci betul!

Yela tu. Tau kerja sendiri tapi aku tengok kerja tu still tak jalan-jalan lagi pun.” Marjerin diletak atas kuali leper itu. Dikuisi-kuis ke serata kuali. Lepas tu tiga keping daging lembu dan tiga keping daging ayam digoreng.

“Nak buat lah ni.” Bekas yang mengandungi timun, lobak merah, bawang besar, kubis, tomato dan daun salad ditarik rapat ke arahnya. Tapi lepas sepuluh saat dia menilik satu persatu isi yang ada dalam bekas itu, dia mengeluh. “Wei. Kita tukar kerja nak?” Dia kini sudah berdiri di sebelah Razin yang sibuk membalikkan daging-daging di atas kuali.

“Apehal?” Dicucuk-cucuk sedikit daging itu dengan pisau untuk memastikan ia masak dengan sempurna.

“Aku tak suka potong-potong la.” Sambung dia lagi.

“Asal pulak?” Razin pandang Najwa.

Muka gadis itu berkerut-kerut. “Leceh la potong-potong sayur ni. Biar aku handle goreng-goreng. Kau take over sayur boleh?”

“Ada pulak! Mana boleh. Takde-takde! Kau pergi settle kerja kau. Setakat nak potong sayur senang sangat. Kira kau beruntung sangat-sangat sebab aku suruh kau buat benda kecik je. Leceh apanya. Lagi pun puan dah kupas kulit semua bawang tu. Carot pun dah dibuang kulit siap-siap.Cuma nak kena tolong potongkan je.”

Melihat gaya percakapan Razin itu, dia amat yakin yang lelaki itu takkan setuju untuk menerima cadangan dia. Aku tak pandai potong sayur. Itu pun kau tak faham ke? Dengan hati yang sebal sebiji bawang besar yang sudah dikupas kulit diambil dari dalam bekas warna merah itu. Sebelah tangan lagi mencapai pisau yang berada di hujung meja. Bawang dan pisau dipandang silih berganti.

Dalam hati dilanda kerisauan, tiba-tiba otak dia teringatkan sesuatu. Kata-kata along yang selalu diulang berkali-kali mengimbas kembali. 

“Izzati Najwa, bila awak nak rajinkan diri masuk dapur? Ni umur dah dua puluh tahun, nak kupas bawang pun tak tau. Tak rasa malu ke?”

Dia pejam mata tiga saat. Along, sekarang Wa dah rasa malu. Malu giler. Uwaaaa!!! Dengan muka berkerut dan dengan hati yang tak rela mata pisau didekatkan pada bawang. Dihiris perlahan-lahan bawang itu. Selepas beberapa ketika, selamat empat biji bawang dihiris. Empat biji dulu sudah. Habis karang, hiris lagi.

Kemudian, dia menghiris tomato pula. Tumpuan diberi secukupnya pada kerja yang dilakukan ketika ini. Kalau tersilap langkah, jari dia boleh luka. Wawa jarang pegang pisau, tau? Dan bila dah pegang macam ni lah jadinya. Dia mengeluh lemah. Kali ini giliran lobak merah pula untuk di’settle’kan!

“Ya Allah!”

“Oh mak kau!” Pekikan itu membuatkan dia tersentak. Pisau dalam genggaman terlepas ke bawah. Laju mata dia berlari mencari muka Razin yang kini dah berdiri di sebelah. “Apehal kau ni? Tu kalau aku terpotong jari macam mana? Sergah suka hati je.” Marah dia pada lelaki itu.

“Kau buat apa sebenarnya ni?” Mata Razin jatuh pada papan hiris.

“Potong bawang.”

Dia tunduk mengambil pisau bawah meja. Lalu mata pisau itu dilap dengan apron yang dipakainya sebelum dihulur kepada Najwa. “Selalu kau makan burger diorang letak bawang macam ni ke kat kau?” Hirisan bawang yang telah dipotong diambil lalu dibelek lama.

Huluran bersambut. “Thanks. Entah. Tak pernah check pun. Telan terus. Salah ke aku potong macam tu? Potong bulat-bulat kan?” Najwa bertanya dengan muka blur.

Razin tepuk dahi. Sesaat kemudian, dia menggelengkan kepala. “Memanglah potong bulat. Tapi bukannya tebal macam ni. Kau nak bunuh orang ke? Sebiji bawang kau potong...” Hirisan bawang yang sudah terlerai cuba dicantumkan semula. Dua saat, biji mata dia hampir terkeluar. “Potong tigaaaaa??? Kau potong tiga je?”

“Dah tu? Aku tengok ibu aku potong bawag saiz macam ni jugak.”

“Masa tu ibu kau nak masak apa?”

“Daging goreng kunyit, sambal tumis ayam, masak kurma, lepas tu...”

“Saiz bawang yang ibu kau potong untuk masak lauk-lauk macam tu memang betul. Masakan macam tu memang sedap kalau letak bawang besar-besar. Tapi yang tak betulnya saiz bawang yang kau potong untuk... taruk dalam burger? Takkan besar gedabak macam ni? Kau fikir logik sikit boleh tak? Macam mana orang nak telan kalau dah bawang kau pun besar penumbuk aku. Dah macam nak membunuh orang. Kalau ada customer yang mati tercekik makan burger kita cemana? Apa kau nak jawab? Whoaaa... I’am telling you... aku tanak bertangggungjawab.” Panjang lebar komen dari Razin untuk tugas yang dilakukan Najwa yang pada dia sangat-sangat tak sempurna. Buat kerja apa macam ni? Bukan! Perempuan apa macam ni?

Najwa tarik muka bila cerita dia tentang masakan Puan Aryana dicelah oleh Razin tanpa sempat dihabiskan. “Aku dah cakap tadi kan yang aku tanak potong-potong sayur. Kau tak dengar. Nak jugak suruh aku buat.”
            
             “Aku suruh kau buat kerja yang senang je. Ini pun kau tak tau buat?” Razin pandang muka bengang Najwa. “Entah-entah kau jenis perempuan yang tak masuk dapur apa.” Dia cuba menduga. Memicing matanya menghadap gadis itu.

           “Memang pun. Aku tak suka masuk dapur untuk masak. Tapi kalau makan tu, aku selalu la masuk.” Selamba tanpa ragu-ragu dia membongkarkan kelemahan diri. Sambil-sambil tu dia menguis daun-daun kering di atas tanah dengan sneaker.

            “Kau memang tak pernah potong bawang ke?”

            Geleng. “Tapi aku pernah kupas kulit bawang kalau ibu tak sempat.”

            “Kupas sa.ha.ja?” satu-satu patah perkataan ditekan.

            Najwa tak menjawab. Hanya menjungkit bahu.

            Razin terkedu. “Wei umur kau berapa?”

            “I’m twenty. Sweets twenty.

            “Ceh! Kalau dah umur dua puluh tak tau langsung potong bawang, sweet tang mananya? Kau ni kan... patut rasa malu dekat aku. Aku yang lelaki pun tau buat kerja dapur.” Tergeleng-geleng lelaki itu bila mengenangkan Najwa memang kosong dengan kerja-kerja dapur. “Selalunya dekat rumah kau siapa yang masak?”

            “Ibu.”

            “Kalau lah ibu kau tak ada di rumah siapa yang masak?”

            “Papa.”

            “Kalau papa kau pun keluar?”

            “Aku ada abang.”

            Loh! Razin tunjuk muka toya. “Kalaulah ibu, papa dengan abang kau takde dekat rumah, cemana kau makan?”

            “Aku lepak kedai makan. Wei! To the point ah. Kau sebenarnya nak tau pasal apa? Direct. Takyah nak kona-kona. ” Bila dah banyak sangat disoal, dah gaya macam polis pencen, Najwa mula terasa hatinya makin membara.

            “Kau tau masak?” Agak ragu-ragu soalan itu dilontar.

            Dah agak. Memang soalan ini yang dia nak tanya. Najwa mencebik. “Tau. Masak instant mee dengan mushroom soup.” Bercahaya riak bangga di wajah si gadis.

            “Just two of that?”

            Buat muka tak ada perasaan.

            “Dah tu kalau kahwin nanti kau nak jamu laki kau makan apa?”

            “Kedai makan banyak.”

            Razin menggeleng lagi. Rosak minah ni! Rosak!

            “Kau kisah ke kalau aku tau masak dua benda tu je?” Dan masa ini juga dia teringat akan kata-kata yang selalu dibebelkan oleh ibunya.

“Angah, cuba rajin-rajinkan diri tolong ibu dekat dapur. Anak dara apa macam ni? Dah dua puluh tahun tapi  tak tau nak masak satu habuk pun. Nak jadi apa dengan kamu ni? Macam mana jadi perempuan? Suka hati kamu lah. Nanti kalau ada orang gelakkan kamu  sebab kamu tak tau masak, jangan salahkan ibu!”

Sesaat dia pejam mata. Ibu....
            
            “Haruslah! Sepatutnya aku kena tanya lebih awal. Kalau aku tau, aku minta puan tukar orang lain tolong aku hari ni. Bukan nak menyenangkan aku. Menyusahkan lagi ada lah. Tak berjasa langsung. Bak sini pisau.” Pisau dari tangan Najwa dirampas.

And yet.. Just for your information, aku suka perempuan yang pandai masak.” Selamba tanpa dipinta, Razin memaklumkan salah satu dari cirri-ciri wanita idaman.

“Motif kau bagitau aku?”

Geleng. “Like I said la... Just. For. Your. Information.”

Mencebik meluat. “No worries. Just for your information, aku tak termasuk dalam list girl-to-be kau tu.”

“Motif kau cakap macam tu?”

“Like I said. Just. For.Your.Information.” Laju Najwa paku Izzat dengan kata-kata yang sama. Hati dia puas.

Dan kali ini Razin pula mencebik sebelum dia kembali fokus pada pisau ditangan. “Tengok elok-elok. Cemana caranya orang yang berakal potong bawang untuk taruk dalam burger.”
            
          “Alang-alang kau dah pegang pisau, kau potong je lah semua sayur tu.”

            Saranan Najwa itu mengundang pandangan tajam dari Razin. “Dah tak tau tu belajar. Aku nak ajarkan ni pun dah cukup bertuah tau? Tengok sini! Aku tunjuk sekali je. Kalau kau tak dapat tangkap jugak, tak tahu lah aku nak kata apa.” Sebiji bawang diambil dan diletakkan atas papan hiris. Lepas tu, Razin menghiris bawang itu dengan laju dan tapi tertib.

            Najwa yang memerhati terpegun sekejap melihat hasil yang dipertontonkan itu. Habis sebiji bawang dihiris. “Walaweyh... Cool giler kau.”

“Am I?”

“Haah. Cuba kau buat lagi sekali. Aku tak puas tengok lagi.”

Razin mula kembang dengan pujian yang diterima. Tanpa berfikir lama dia mencapai lagi sebiji bawang lalu dihiris dengan gaya yang sama.

“Macam international chef  la der.”
            
            “See the hand la, beb. Nak tengok lagi?”
            
             “Nakkk!!!” Dengan penuh keterujaan dia menyahut. Dan riaksi itu menambahkan lagi rasa seronok Razin. Najwa dah gelak jahat dalam hati. Habiskan je semua. Potong! Potong lagi! Potong sampai habis.

            Keadaan itu berlangsung sampailah habis bawang dalam bekas merah itu. Perbuatan Razin mati tiba-tiba. Dengan muka blur dia berpaling mencari muka Najwa. Macam baru tersedar dari mimpi.

            Spontan gadis itu kenyit mata. Muka nampak ceria ya amat. Dia memuncungkan bibir ke arah papan hiris.

            “Eh?” Najwa dan cebisan-cebisan bawang atas papan hiris dipandang silih berganti.

            Najwa angkat kening sambil tersengih nakal. “Yes, you did it. All. And I have to say... thank you.” Ni lah untungnya kalau memuji orang yang pantang dipuji.

            “Kau memang nak kena!” Dengan dada yang dah berombak dia memekik. Geramnya dia pada gadis itu meninggi dan tak turun-turun. “Kau buat aku macam orang bodoh! Drakula! Kau betul lah...” Suara dia mati bila melihat Najwa tiba-tiba menari agogo sambil terlompat-lompat. “Kau apehal?”

            Tiga jari kanan dan dua jari kiri diangkat dan ditayang depan muka Razin. “3-2!” Dia menjerit girang. “Gerak kan badan. Kiri dan kanan. Ikut irama pop yeh yeh! Mari cik adik. Mari cik abang. Kita menari pop yeh yeh!” Dan dia terus melompat kesukaan seraya menyanyikan lagu yang sudah tunggang-langgang liriknya itu.

            Ya Allah! Menyedari maksud kegembiraan musuhnya itu, lidah dia jadi kelu. Dia meluku kepala sendiri berkali-kali. “Bodohnya aku.”

            “Yes, you’re.”Senyuman tak lekang-lekang. “Jom kita berdansa bersama.” Najwa buat senyum comel.

            Razin merengus geram. “Tepilah! Aku nak buat kerja.” Kaki Najwa yang masih menari agogo itu disepak perlahan. “Pergi potong tomato. Sama macam aku potong bawang tadi.”

            “Baiklah, a future loser.” Najwa angkat tabik. Ketawa dia masih berbaki.

            “I am not! And I would not!”

            Renungan tajam lelaki itu tidak diendah. Bibir mungil gadis itu terus terkumat-kamit dengan lagu-lagu yang bercampur baur. Dalam hati macam ada bunga-bunga. 3-2. Eheh!

            “Bro, burger daging dua. Satu taruk sayur.” Sesusuk tubuh yang beri depan Razin membuat pesanan.

            “Satu lagi tanak sayur.” Ada suara lain pula yang mencelah.

            Suara yang ke dua itu menggamit tumpuan Razin dari kuali leper. “Wei! Mana kau pergi? Kata nak tolong aku.” Matt yang tersengih di sebelah Anis yang ikut tersenyum comel disergah.

            “Tadi kau kata kejap je. Pergi jumpa kawan lah sangat.” Najwa ikut berpaling menghadap Anis dan Matt yang sudah melangkah masuk ke dalam booth. Sesaat jelingan sinis dilempar buat temannya itu.

            “Sorry ar beb. Ni aku dah ada ni. Kau nak aku tolong apa?” Untuk mengelak kedatangan angin laut Najwa, Anis cepat-cepat melempar beg kuliah bawah meja. Dia terus mengambil tempat di sebelah gadis itu. “Anything I can help?”

            “Elok sangatlah kau datang, Anis. Tolong potong sayur-sayur tu macam rupa nak letak dalam burger. Bukan potong macam rupa nak bunuh orang, ye?” Belum sempat Najwa nak buka mulut, Razin lebih dahulu menyelit.

            Telinga berasap lagi. Najwa mengetap gigi. Timbul urat-urat pipi bila rasa marah yang menuju ke tahap klimaks cuba dikawal. Sindiran Razin diabaikan. Dia berpaling menghadap Anis. “Kau tolong potong carrot, eh?”

            Anis mengeluh sejenak. Sejurus kemudiannya kepala digeleng. “Agak dah. Kau kalau bab memotong sayur ni memang kau lemah. Itulah... orang suruh belajar bu...” Gulpp! Dia terus mengulum suara bila pandangan mata tajam Najwa tepat dipaku ke matanya. Air liur ditelan kelat.

            “Shut up and just do your work!”

            Ani telan liur. Aku salah cakap ke? Menjungkit bahu sebelum menjalankan tugas yang diamanahkan oleh Najwa pada dia.

***
KINI pukul 1.15 petang. Gerai burger yang diberi nama SEDAP GILERRR!!! Atas kebijaksaan Matt yang mengorek idea, agak sesak dengan pembeli. Kaki tangan empat remaja itu tidak henti-henti bergerak. Masing-masing kelang kabut menyiapkan pesanan para pelanggan.

            “Matt! Daging!” Razin melaung kuat. Padahal Matt bukan duduk jauh pun. Sebelah dia je. Saja je nak meriuhkan suasana. Gaya mesti ada. Eheh!

            “Orait!”        

            “Bawang!”

            “Okeh!” Anis menyahut.

            “Daging lapan, ayam lima!” Pekik Najwa yang juga bertugas sebagai pencatit order.

            “Roti bukak baru.”

            “Siap!”

            “Wa, tomato ada lagi?”

            “Dah nak habis. Potong lagi.”

            “Matt! Mayo!”

            “Settled!”

            “Daging ayam ada lagi Razin?”

            “Tengok bawah meja.”

            “Kubis dah habis.”

            “Ada lagi dalam plastik tepi tu.”

            “Benjo tiga. Daging special dua. Ayam tanak pedas dua. Beef oblong empat!”

            “Set!” Matt-Razin membalas serentak.

            “Wa, tolong sapu marjerin dekat roti.”

            “Berapa?”

            “Semua.”

            “Baikkk...”

            “Najwa, bak kubis.”

            “Kejap.”

            “Cepat lah! Lembs (lembab) betul!”

            Sapuan marjerin pada roti terhenti. Najwa angkat muka pandang Razin. “Kau cakap siapa lembab?”

            “Aku cakap lembs. Asal? Kau dengar macam benda lain ke? Betul la kau pekak.” Lelaki itu buat muka tak bersalah. Daging ayam dan lembu yang sedang digoreng dikalih berulang kali.

            Anis yang tengah potong bawang terkedu. Matt yang tengah tuang mayo dalam bekas terkaku. Dua-dua dah mula rasa gelisah. Jangan lah diorang bergaduh dekat sini.

            Pisau yang melekit dengan marjerin dihempas ke meja. “Ah! Macam lah aku tak tau yang lembs bodoh kau tu maksud dia lembab.”

            “Dah tau lagi mau tanya?” Kening terangkat mencabar.

“Nak mati!?”

“Kalau dah sampai ajal.”

Matt yang dah ketar-ketar kepala memikirkan apa yang bakal berlaku sebentar lagi menarik hujung t-shirt Razin. “Bhai, please!”

Najwa ketap gigi. “Orang gila!!!!!! Dan bergemalah di situ dengan  jeritan seorang gadis yang menjual burger.

“Yahhooo!” Dua saat kemudian menghempas sudip pada kuali sebelum terlompat-lompat macam orang terencat. “Dua... duaaaaa!!!” Kali ini giliran dia pula mendendangkan lagu. “Sekali kau datang padaku membawa cinta yang suci... amboi-amboi ewah. Amboi-amboi ewah...” Dengan gaya paling jelik dia tunjuk depan public. Sesekali barisan gigi ditunjuk pada beberapa orang pelanggan yang mengerumuni gerai mereka. Masing-masing ternganga dengan adegan yang berlaku depan mata.

“Haaaaaa!!!” Spontan Najwa tampar mulut sendiri. Tak cukup dengan itu, pipinya dicubit-cubit kuat. Cemana boleh terlepas? 2-2??? Urghh!!! “Damn you!”

“Ek ah ek ah...ek ah ek ah... ek ah ek aaahhhh!!! Sakit lah wei!” Lagu dangdut Mas Idayu dah hilang disebalik raungan.

Sepantas kilat tanpa sebarang amaran Najwa menyepak kaki Razin.

Kalau tadi lelaki itu terlompat keriangan, kali ini dia terlompat kesakitan. Muncung sneaker kiri Najwa betul-betul mendarat di tulang betisnya. Dan itu sangat memeritkan. Sumpah tak tipu! “Perempuan apa kau ni? Main sepak-sepak orang pulak.” Razin tunduk menyelak jean ke betis. Ada tompokan merah pada kawasan yang disepak Najwa. Ni mau lebam sebulan tak hilang-hilang. Najwa yang tengah buat muka mengejek sambil menayang ibu jari direnung geram. Brutal tahap klimaks punya pompuan!

“Apa kau ingat pompuan tak boleh cakap pakai kaki?”

“Dah nama pun perempuan.Wajiblah sopan. Jaga tatasusila. Jaga kaki. Jaga tangan. Bukan macam kau! Impolite! Temper! Brutal! coldhearted! Cukup pakej untuk jadi perempuan yang bukan perempuan.” Tokok Razin lagi dengan kritikan pedas. “Matt, take over.” Kata dia pada Matt seraya berlalu ke belakang.

“Patutnya aku belasah kau lebih lagi.”

“Motifnya?”

“Aku bengang!”

“That’s you. As usual.”

“Kau sengaja kan buat aku naik angin. Saja nak buat aku sebut gelaran bodoh kau tu.” Jelas Najwa masih tak puas hati dengan Razin. Langkah lelaki yang berjalan terhinjut-hinjut itu diekori.

“Aku pulak yang salah? Kau tu yang tak boleh control emo.”

Told you again... Boleh control. But not when I’m with you.”

Whatsover. Asal aku puas hati. Dua...” Dada sendiri dituding. “...dua. Seri. We’ll see who is the winner soon.” Sambung Razin lagi seraya menuding ke muka Najwa.

Yeah. I’m gonna be a winner.” Riak megah kedengaran ketara dalam nada suara itu.

Razin jungkit bahu. “Jangan harap aku nak kalah dengan kau!”

Najwa peluk tubuh. Jelingan maha tajam dilempar buat Razin. “Kau. Takkan. Menang!”

***
APRON ditanggal dari tubuh. Peluh pada dahi dikesat dengan lengan t-shirt yang dipakainya. Razin memerhati sekeliling keadaan tapak jualan. Agak lengang. Pengunjung dah tak ramai seperti tadi. Mungkin sekejap lagi tapak jualan itu bakal penuh semula dengan orang ramai yang menghadiri majlis konvokesyen di sebelah petang.

            Dia kerling jam tangan. Anak rambut yang terjuntai pada dahi dikuak ke belakang. “Matt,  Zohor jom? Sementara orang tengah  tak ramai ni.” Ajak dia menepuk bahu Matt yang tengah sibuk tunduk mengira berapa bungkus lagi daging ayam dan lembu yang tinggal.

            “Jom.” Dia berdiri. Dua kepala di depannya dipandang. “Korang tengok booth jap. Kang turn korang pulak pergi solat. Okey, ney?” Kata Matt pada Anis dan Najwa. Dua orang gadis itu ligat menyapu marjerin pada roti.

            “Orait, bie.” Anis buat muka manja sambil tersenyum menggoda. Tak cukup dengan tu, sengaja matanya dikelip-kelip.

            Tidakan Anis itu dibalas oleh Matt dengan cara yang sama. Tapi dihujung, Matt menambah dengan isyarat flying kiss.

            “Ni, kau tak payah nak flying-flying kiss sangat lah depan aku. Taubat geli! Kang aku balas dengan flying kick mau?” Tanpa diundang Razin menyelit laju. Sambil menayang muka tolong-jangan-buat-aku-muntah dia mencebik. Tanpa bertanya lebih lanjut, dia sudah dapat mengagak status hubungan antara Matt dengan Anis. Special relationship la tu. Tetiba je ber bie-ney manja habis-habisan.

            Seperti Razin, Najwa juga berkongsi rasa yang sama. Rasa nak muntah! Bie-ney? Uwekkk! “Entah korang ni. Konon-konon romantik tahap giga la eh? Ceit!” Dengan jujur tanpa berselindung Najwa mempamerkan rasa meluat. “Boleh keras tahi telinga tahu!?”

            Matt buat muka tak puas hati. Kutuk tak agak korang nih. Razin dipandang tajam. “Kena dekat aku. Kalau kena dekat kau, tak rasa nak muntah pulak?” Mata berlari pula pada muka Najwa. “Dengki cakap direct ah. Takyah nak kona-kona.”

            “Hak alahh. Motif apa aku nak dengki. Kalau aku syok dekat kau kot ye.” Bidas Najwa.

            “Mana tau dalam diam...”

            “Diam ke...cakap ke... Never!”

            “Kalau betul pun sorry to say la, Wawa. Hati aku hanya untuk Anis.”Ayat penuh puitis itu ditutur sambil merenung muka malu-malu kera Anis. Gadis itu sudah tertunduk malu. Hampir-hampir nak bertembung hidung dengan papan hiris.Hati-hati, kang terhiris hidung sendiri pulak. “Tapi kalau kau nak, aku boleh bagi Razin. Dia memanglah kasanova. Tapi hati dia baik.” Tambah Matt lagi sambil meletak tangan pada bahu Razin.

            “Dia?” Mata pisau terjurus ke muka Razin. Hujung bibir ditarik sinis. “Bagi free pun aku tanak. Terima kasih sa.ha.ja.” Lobak merah dari atas papan potong diambil dan dikupas kulit.

            Razin yang mendengar ikut menarik riak sinis. “Macam lah aku hadap sangat dengan kau. Bagi free sepuluh kali pun aku tak hingin. Drakula macam kau tak...”

            “Wohoooaaa!!!”

            Razin tercengang dahsyat. Matanya terkebil-kebil memandang muka Najwa yang penuh dengan rasa gembira ya amat. “Ah no!!!” Jerit dia kuat sambil berpaling ke belakang. Kepala dihentak-hentak pada batang pokok besar yang memayungi booth burger mereka.

            “Ah yes!!!” Sekelip mata, muka dan mood Najwa berubah ceria. Dengan rasa gembira yang teramat sangat dia mengatur tarian poco-poco. “Balenggang pata pata...”

            “Damn!” Melihat kegembiraan tak terkata gadis itu, rasa bengang dia terhadap diri sendiri bertambah-tambah. Dan dia hampir putus nafas bila melihat dua jari kiri dan satu jari kanan Najwa ditayang betul-betul di depan hidung.

            Matt tunjuk kerutan dahi. Anis tayang anak tekak. Masing-masing diterpa dengan rasa yang sama. Rasa terkejut dan hairan. Terkejut bila melihat Najwa yang menari-nari macam orang hilang akal baru menang loteri. Hairan bila melihat Razin menghentakkan kepala pada dahan pokok macam orang kalah judi. Ni dah kenapa pulak?

            “Korang tengah buat apa sebenarnya ni?” Tanya Anis nak tahu sangat-sangat.

            “We’re playing a game.” Najwa yang masih menari poco-poco membalas. Muka dia terpampang jelas tentang perasaannya ketika ini. Seronok yang tak boleh diistilahkan tahap yang macam mana. “2-1 tu, bhai. I’ll be the winner. Confirmed.”

            “Still having a one chance. So, stop dreaming!” Bentak Razin. Ternyata dia masih tidak boleh terima kenyataan yang dia bakal kalah ditangan budak perempuan yang bukan perempuan itu. Damn! Damn! Damn!

            “Err... tumpang lalu.” Dengan rasa suara teragak-agak Matt menyelit. “Kalau tak kisah nak bagitau la kan, sebenarnya korang tengah main game apa ni?”

            “Ada laaaa...” Najwa angkat kening. Tanpa menjawab pertanyaan Matt dia menyambung semula kerja kupas kulit lobak merah yang terbengkalai.

            “Bhai, apehal ni?” Tak dapat tahu dari Najwa, dia cuba pula korek dari Razin yang tengah tayang muka macam orang mati bini tua.

            “Takyah tau lah!” Bidas si teman sebelum berlalu meninggalkan Matt terpinga-pinga di situ.

            “Moon coming syndrome ke si Razin tu?” Anis angkat kening.

            Najwa muka ceria.“Agak la kot.” 

**************************************************************
here new n3. To kau-kau-kau yang keep waiting and supporting me.. thaks a lot! thanks! thanks! thanks!

p/s :- tatau lagi bila boleh post entry. semester baru dah nak mula... need to give more priority for   study. wish me luck..  again...thanks... =)

19 comments:

  1. Akhirnya ada juga n3 baru... dpt juga
    lepas rindu. nak lagi cepatlah sambung jgn tunggu lama-lama baru
    nak update ye...

    ReplyDelete
  2. best2 ~.^ keep it up ^____^v

    ReplyDelete
  3. best2 ^^ xsabar la nk tau ending razin ngan wawa neh ... btw turn e-jat ngan nini bila nk kuar ??? dh lama tnggu neh hehe ~.^ bg kuar cpat2 tau ~.^ wink !!! rofl

    ReplyDelete
  4. Yey ! Lamanya tunggu cite ni . Suka sangat . Tak sabar nak tau sape yg kalah . Hehe . Best2 . :) Thanks kak zarith .

    ReplyDelete
  5. ala xpela jnji ada n3...rndu ngn dorg ni...gud job k...

    ReplyDelete
  6. terbaik ar......mmg gelak je bl baca entry ni...blh razi nn najwa menari kat tgh booth tang org mmg tgh sesak tu...mmg sesuai btl la dioeg ni...hahahaha

    ReplyDelete
  7. really laugh my head off. hahaha mmg lawak gila la, imagine gaya depa menjerit n menari cam org sewel dpn ramai org. hahaha.
    oh so izzat tak muncul kasi razin unconsciously jealous ke?
    wawa menang ke?hehe klo razin menang, blh dia tuntun cinta wawa. apa2 pun up to you, you know how to twist the story just like twister-tasty n spicy. hehe. 2 thumbs up.

    ReplyDelete
  8. besh gi-lak. haha bace tgh2 mlm tmbh besh... tersengih je memanjang.

    ReplyDelete
  9. really love this !!!!

    ReplyDelete
  10. walaweh..... bahagianya ada new n3 hehehehehehe tq zarith.

    ReplyDelete
  11. ..adoooi,best bngat!

    ReplyDelete
  12. good luck dik.. tapi cepat-cepat la n3 baru.. akak suka baca semua cerita adik...

    ReplyDelete
  13. adusss, haku dh sangkut kt citer ni pulakkk aiih..
    best r dear..even ada kelas pon, kamu tulis 1jam 1part pon dh cukup baik..mlm2 kasi taruk.
    memandai je haku kan?? hehehe..

    slmt mencoret!

    ReplyDelete
  14. Jom ramai2 join segmen ni! http://pikaeugene.blogspot.com/2012/03/segmen-rm50-for-lucky-superbawesome.html

    ReplyDelete
  15. hahahaha..... giler beb en3 nie..... TERBAEKKKKKKKK...... sakit perut gelak...... keep it up... cheer....
    new en3 plssssss........

    ReplyDelete
  16. weih....
    gler ko ckp xder idea mcm nieh...
    urat perut ak da ptus kowt....
    dok tgelak drpd td...
    hehehehe....

    ReplyDelete
  17. salam..hey nice blog! follow mine ^_^

    http://penhijaupenpink.blogspot.com/

    ReplyDelete
  18. whoaaaaaaa....... terbaik la sis.. ^___^

    ReplyDelete

toucholic

toucholic

Hot N Cold

Hot N Cold
Apa yang terjadi bila air panas bertemu dengan ais cube?

sweet sours

sweet sours
friendship is a sweet relationship

Bila Amar Dah Suka Dia

Bila Amar Dah Suka Dia
Inilah jadinya bila Amar dah jatuh chenta