Chill Out ~~ ^_* (kalau tak suka lagu boleh stop kt atas ni)

new updated!


new n3 :-)

# Hot And Cold (Bab 5)
# Hot And Cold (Bab 4)
# Hot And Cold (Bab 3)

* my new email (YM, FB) :"carl_aryana89@yahoo.com"

(^__^)

(^__^)

Kalaulah Hot n Cold dapat peluang ke untuk ke versi cetak.. apa kata kalian?

Tuesday, June 19, 2012

Cerpen:- Jangan Nak Hindustan Sangat Boleh Tak?

DIA pandang jarum jam. Kaki kalut-kalut menapak ke dalam restoran. Kepala bergerak ke kiri dan kanan. Mata melilau keliling. Sekali lagi dia kerling mesej pada Galaksi S Advance  ditangan. 

            “T-shirt biru. Jeans kelabu. T-shirt biru. Jeans kelabu.” Empat patah perkataan itu terus meniti dibibir seraya kepala tengah buat tiga ratus enam puluh darjah di tengah-tengah khalayak. 

Lepas hampir lima minit dia buat gaya macam orang hilang akal di tengah-tengah kelompok orang itu, akhirnya mata dia terpaku pada satu susuk tubuh. Memicing mata dia pada makhluk yang satu itu.“T-shirt biru. Jean kelabu.” Lelaki yang duduk membelakangkan dia yang berada paling hujung di sudut restoran itu direnung lama. “Finally... Aku jumpa kau jugak.Tanpa berlengah lagi dia menapak laju ke arah lelaki itu. “Khasyaf?” Sapa dia bila dah berdiri di sebelah lelaki itu.

            “Assalamualaikum.” Nama dia yang dipanggil tak bersahut. Ya atau bukan pada tekaan si gadis tak dibalas. Salam pulak yang diberi. Namun muka dia langsung tak diangkat dari membaca surat khabar.

            “Waalaikumusalam.” Jawab Syafinaz dengan muka merah. Sepatutnya bukan aku ke yang kena kasi salam? Muka Kasyaf masih tak dapat dipandang. Mana taknya, macam sengaja je tak kasi aku tengok muka dia. Haih! Tanpa dijemput, dia terus tarik kerusi depan Kasyaf lalu duduk. “Sorry saya lambat.”

            “It’s okay.” Baru kali ini, Kasyaf angkat muka. “Boleh tengok muka saya dua saat?”

            “Huh?” Tersentak dia disitu. Dan automatically, muka Kasyaf dipandang.

            Dua pasang mata saling memandang. Betul! Hanya dua saat!

            “Dah tengok?”

            Sentak lagi! Macam kena sihir, dia mengangguk.

            “Nama?”

            “Huh?”

            “Your name.. please.”

            Jelas mata dia terbuntang. Kau tak tahu nama aku??? Syafinaz ketap gigi. Muka sedaya upaya dikawal riak. “Pinat.”

            “Pea...nut?” Muka nampak pelik. “Peanut butter or what?”

            Sedut nafas. Lama. Tak tahu lah tu soalan jenis perli atau bendul habisan. Dengar nada macam perli. Tengok muka macam blur. Haih! Omel dia dalam hati. “Nur Syafinaz. Orang panggil Pinat. P.I.N.A.T. And yet, takde butter dekat belakang.”

            “P.I.N.A.T.” sebut dia perlahan sambil mengangguk dua kali. “Umur?”

            “Dua puluh lima.”

            “Dua puluh lima apa?”

            “Huh?” Dan lagi sekali Syafinaz tunjuk muka tak faham.

            “Dua puluh lima tahun? Bulan? Hari? Jam? Minit? Or... Saat?”

            Memang tak boleh dikawal, muka annoying dia tunjuk terus depan Kasyaf. “Tahun.” Senada dia jawab. Skema ya amat! Dia ni cikgu bahasa Melayu ka hapa sebenarnya nih?

            “Kerja?”

            “Environmental Engineer.”

            “Ada special? You know... I mean...”

            “Nope!” Faham dengan maksud Kasyaf, laju dia memintas. Kalau ada memang tak lah aku datang sini hadap kau. Bendul jenis apa mamat nih???

            “Ada rasa macam kena kahwin paksa tak? Dengan saya...?”

            Macam kena sihir lagi dan tanpa sedar Syafinaz menggeleng.

            “Okey.” Akhbar NST dilipat dua. Kedudukan kaki dibetulkan. Badan disandar tenang pada kerusi. “Adam Kasyaf. Dua puluh sembilan tahun. Mechanical Engineer and... of course I don’t have somebody.” Diam dua saat. “Okey, babak pertama kali jumpa dah settled. Awak dah kenal saya. Saya dah kenal awak. Bulan depan, 25 Mac kita nikah. Ikut plan family. So, you can go.”

            “Huh?” Dia buntangkan mata tanpa sedar. Tak berkelip muka tenang lagi selamba badak Kasyaf direnung. “Tu je?”

            Angkat kening sebelah. NST pada tangan dijatuhkan sedikit ke bawah. “Awak ada expected benda lain ke?” Kasyaf menyoal. Dua saat mata buntang Syafinaz dia pandang. Lepastu dia dah pandang arah lain.

            “Peliknya.” Sepatah perkataan itu keluar perlahan dari kerongkong.

            “Sebab?”

            “Macam ni pun dah dikira kenal?”

            “Definisi kenal pada saya sebenarnya dah cukup hanya dengan nama.”

            “Hanya dengan Nur Syafinaz... awak dah kenal saya?” Syafinaz tunjuk terang-terang riak tak percaya.

            Angguk dua kali.

            “Hanya dengan Nur Syafinaz, awak setuju kahwin dengan saya?”

            Angguk lagi.

             “Awak biar betul?”

           “Nur Syafinaz...” Lembut nama itu disebut. “Hanya dengan Nur Syafinaz yang tiap-tiap hari ibu saya sebut, saya setuju dengan this marriage.”

            “Macam tu je?” Pertambahan riak terkejut dimuka Syafinaz ketara nampak.

            Mata Syafinaz yang macam nak tersembul keluar ditenung sekejap. Dia tarik nafas dalam sebelum dihembus perlahan. “Saya percaya ibu. Ibu pilih awak. Ibu cakap awak. Ibu tunjuk awak. Ibu nak awak. Maka, bagi saya awak yang paling terbaik.” Dengan lancar tanpa gagap, satu persatu ayat meniti keluar dari bibir Kasyaf. Ayat yang mungkin boleh buat gadis di depannya itu bakal senyap.

            Ternganga dia di situ. Tanpa bergerak. Memang betul, seperti yang dijangka, Syafinaz kini dah keras macam baru kena sumpah jadi batu. Lama matanya dipaku ke muka Kasyaf. Fikiran dah melayang naik ke langit. Dan dia hanya tersedar bila terasa kerusi dia digoncang.

            “Are you okay?”

            Kelip-kelip kelopak mata ketika merenung Kasyaf. “Sorry.” Muka Kasyaf terus terusan direnung sebelum... “Subhanallah!”

            Suara kuat Syafinaz berjaya buatkan lelaki itu terkedu sekejap. “ Kenapa?”

            “Saya baru perasan.” Muka bercahaya tiba-tiba. Ada senyuman teruja di wajah Syafinaz. Senyuman yang tiba-tiba hadir.

            Kasyaf tunjuk muka blur. “Perasan apa?”

            Spontan jari telunjuk kanan dituding ke muka Kasyaf. “Muka awak...”

            Dahi Kasyaf makin berkerut.

            “Macam Arjun Rampal! Sumpah sama...” Dan lepas tuh terus dia tepuk tangan macam orang tak berapa nak betul.

            Terkaku Kasyaf dengan muka yang masih keliru. “Okay, muka saya macam Arjun Rampal. Dan awak nampak sangat teruja pasal ni. Tapi... Arjun Rampal tu...siapa erk?”

            Aiyak! Syafinaz tunjuk geraham paling hujung. Punya la luas dia nganga. Mata pulak dah macam nak terkeluar. Semuanya gara-gara soalan yang tak dijangka dek akalnya akan ditanya oleh lelaki itu. “Awak tak kenal Arjun Rampal?”

            Angguk.

            “Seriously????”

            “Seriously.”

            “Awak tak pernah kenal Arjun Rampal?” sekali lagi soalan yang sama dilontar pada Kasyaf.

            “Ya. Saya. Tak. Pernah. Kenal. Dia.” Satu satu perkataan ditekan tegas. “Dia tu siapa? Dan kenapa gaya awak macam saya boleh masuk penjara je kalau saya tak pernah kenal dia.”

             “Takde la sampai kena masuk penjara kalau awak tak kenal dia. Tapi... saya macam pelik. Arjun Rampal pun awak tak kenal? Alaa... actor bollywood tu... Dia yang berlakon dalam Dil Hai Tumhara. Hero dalam Yakeen. Famous sebab cerita Pyar Ishq Aur Mohhabbat. Sangat idaman dalam Dil Ka Rishta. Comel gila dalam Deewanapan. Betul-betul handsome dalam Humko Tumse Pyaar Hai dengan I See You. Dalam Vaada pun even dia buta... dia sangat macho. Dalam movie...”

            “Okey, enough.” Macam kilat, ayat-ayat Syafinaz dibingkas. “Dalam dunia ni wujudnya Arjun Rampal, saya baru tau. Dia actor bollywood. Saya baru tau. Dia handsome, comel, idaman, famous... saya baru tau. Ada jugak manusia dalam dunia ni yang addicted dengan hero hindi macam awak ni, saya baru tau. Tapi saya nak awak tau... Saya. Tak. Suka. Hindi. Movie.”

            Belum lagi habis terkejut dengan berita ketidahtahuan Kasyaf pasal Arjun Rampal, terkejut dia bersambung lagi dengan ketidaksukaan lelaki itu dengan Hindi movie. “Awak ni kira memang zero bolly la?” Ada riak hampa diwajah Syafinaz. Dah nampak dah satu ketidakserasian antara dia-Kasyaf dalam bab hindi movie ni. Cemana nak hidup sekali kalau tak serasi?

            “Sangat zero.”

            Tarik muka lapan belas. “Tak sporting betul.”

            “Nak sporting tak semestinya kena minat hindi movie.”

            “Hindi movie best apa.”

            “Tak bagi saya.”

            Masih tak puas hati. “Hindi movie tu...”

            “Syafinaz... Tolong jangan nak hindustan sangat lah kat sini... “

            Tarik muka lagi. “Fine!”

***

PINTU dikuak perlahan. Kepala dijengul ke dalam bilik yang sederhana besar itu. Bilik yang baru saja dia huni hampir tiga bulan. Dari muka pintu ada satu susuk tubuh yang tengah tekun menghadap laptop pada meja di sudut kanan bilik. Dalam dua saat, muka yang asalnya tadi ada senyum sikit terus lesap. Berubah jadi kelat.

            “Again...again...and again...” Sambil melangkah merapati katil, dia merungut. Lelaki yang masih fokus pada kerjanya langsung tak angkat muka. Jangankan muka, bergerak pun tak. Kaku macam tugu negara. Dah macam ada tunggul je kat dalam bilik ni! Desis hati dia lagi.

            Dengan hati yang membara, dia buat satu lompatan kijang ke atas katil. Tubuh dihenyak kasar. Dia mengiring menghadap si lelaki. “Awak buat apa?”

            “Kerja.”

            Sepatah jawapan yang dia terima. “Banyak ke?”

            “Hmm.”

            Tali pada kepala bantal golek disimpul-simpul dengan rasa tak puas hati. Tak sudah-sudah dengan kerja dia. Nak manja-manja pun susah! “Okey, buat la kerja ye. Saya tak ganggu.” Sumpah! Langsung tak ikhlas ayat yang disarankan.

            “Okey. Thanks.”

            Ternganga dua saat dia di situ. Okey? Dah la siap dengan thanks pulak tuh??? Eesh! Tekanan betul! Tubuh diiring membelakangkan si suami. Comforter ditarik ke paras dada. Dalam diam, disebalik comforter lelaki itu dicuri pandang. Lelaki yang bernama Adam Kasyaf. Lelaki yang memang sangat zero romantic dan jugak zero feeling. Tapi dia sangat workaholic. Seorang workaholic yang sangat beku! Sampai kan kadang-kadang Syafinaz rasa macam dia berkahwin dengan patung askar tugu negara. Seriously!

Okey, sebenarnya tak ada lah zero feeling sangat pun. Kasyaf ada juga perasaan. Dia bukanlah tugu negara betul-betul. Pasal romantik pulak, ada tu ada. Tapi memang tipis amat! Kalau bagi sekala dari satu sampai sepuluh, memang setengah dari satu la yang Syafinaz akan bagi.  Tengok! Teruk tak teruk tahap romantik si Kasyaf tu. Haih!
            
             Perkahwinan mereka adalah perkahwinan yang diatur oleh keluarga. Tapi tegas Kasyaf, perkahwinan mereka bukanlah perkahwinan yang digolongkan dalam kategori kahwin paksa. Sebabnya, dia sendiri rela terima Syafinaz sebagai isteri. Begitu juga dengan Syafinaz.

Kisah cinta tanpa jiwang mereka bermula bila ibu Kasyaf, Cikgu Rashidah yang merupakan kawan satu universiti, Cikgu Zakiah iaitu ibu kepada Syafinaz pertama kali ternampak Syafinaz dah berkenan habisan. Terus ditanam niat nak dibuatnya menantu gadis itu. Tanpa perlu berbincang dengan Kasyaf, dia terlebih dahulu buat keputusan. Dirisiknya Syafinaz tanpa perlu kata putus dari Kasyaf. Lepas risikan diterima, barulah Kasyaf-Syafinaz diminta untuk bertemu. Bagi Kasyaf, kalau dah ibu dia berkenan, dia ikutkan saja. Lagipun dia memang tak ada masa lebih nak mencari teman hidup. Semuanya diserah bulat-bulat pada Cikgu Rashidah.

Si Syafinaz pula, pada mulanya tak setuju sangat-sangat. Tapi lepas hari makin hari dia kenal Kasyaf, hati dia mula terpaut. Memang dah ditanam dalam otak dan hati yang Kasyaf akan jadi suami dia. Haruslah rasa sayang dan cinta perlu dipupuk sungguh-sungguh. Dan walaupun si Kasyaf dah memang zero romantic, dia tetap terima kerana Syafinaz sangat  bersifat terbuka. Manusia bukannya sama. Setiap manusia, ada sifat-sifat yang tersendiri. Macam tu jugak lah dengan si Kasyaf. Dia ada sifat-sifat dia yang tersendiri yang Syafinaz boleh jadi tertarik walaupun hari-hari dia ada rasa macam nak hentak kepala orang dekat batu.

“Belum boleh tidur lagi?” Soal Kasyaf bila Syafinaz bergolek-golek d atas katil.
            
            “Belum.”

            “Okey.”

            Tengok! Tu je yang dia balas? Okey... Haih!
***

“MILO?” Mug warna coklat dihulur.

            “Thanks.” Huluran bersambut. Mug panas itu diletak atas meja.

            “Tengok bola?” Ruang kosong sebelah Kasyaf diduduk.

            “Hmm.” Berginjak sedikit memberi ruang pada si isteri.

            Mencebik tak puas hati. Aku punya la nak dekat-dekat. Nak manja-manja, dia boleh buat space pulak. Haih! “Apa vs apa?”

            “Portugal vs Netherlands.”

            “Oh. Dah berapa gol?”

            “Belum start lagi.”

            Kulum senyum. Tangan Kasyaf yang melekap ditubuh lelaki itu ditarik perlahan. Sudah menjadi kebiasaan bila tengah menonton tv, lelaki itu akan berpeluk tubuh.

            Perbuatan dia menejmput renungan pelik dari Kasyaf. Kening lelaki itu terangkat sebelah.

            “Letak sini.” Katanya sambil menyandarkan tangan kanan si suami dibelakang dia. “Orang nak sandar dekat sini.” Sambung dia lagi seraya dada Kasyaf ditepuk perlahan. Lelaki itu hanya diam membiarkan. Keras tangan dia dibelakang tubuh Syafinaz. Langsung tak bergerak. Dan seperti biasa, Syafinaz akan rasa macam dia tengah bersandar pada tugu negara. Tak pun pada dinding batu! Eesh!

            “Dah ngantuk?”

            “Belum. Tapi dah sebenarnya.”

            Ayat Syafinaz menarik pandangan Kasyaf dari skrin tv. “Belum tapi dah. Tak faham.”

            “Nak tengok bola jugak.”

            “Since when awak minat bola? Bukan ke game paling bosan dalam dunia ni, football? Bagi awak?”

            Tarik muka toya. Jari- jemari diangkat ke muka. Satu persatu kuku dibelek. nak cover riak sebenarnya. “Paling bosan, tak bermakna tak boleh tengok kan?”

            “Sebelas players, bertarung nyawa berebutkan satu bola, yang buat awak nampak diorang tu macam bodoh, buang masa, buang tenaga... tetiba malam ni dapat tarik perhatian awak. What a weirdo...”

            “Tetiba saya terasa macam nak hadap Christiano Ronaldo malam ni. Tu sebab la saya kat sini dengan awak.” Balas Syafinaz. Masih nak sembunyikan apa yang terbuku di dalam hati sebenarnya.

            “Nak menghadap Christiano Ronaldo ke atau awak takut tidur sorang kat dalam bilik?”

            “Mm..ma...manade la!” Jelas ada gugup pada suara Syafinaz. “Saya dah dua puluh lima tahun okey. Apa pulak nak takut tidur sorang-sorang.”

            Tanpa Syafinaz nampak, ada senyuman nakal yang disungging oleh Kasyaf. “Takkan ada hantu yang keluar kalau awak tidur sorang pun.”

            “Apa cakap macam ni?” Syafinaz telan liur.

            “Tapikan... kalau hantu yang keluar tu muka macam Arjun Rampal, mesti awak mengalu-alukan dia kan?”

            Soalan Kasyaf itu membuatkan Syafinaz menegakkan badan menghadap dia. “Kalau muka macam Arjun Rampal sekali pun, dia tetap hantu okey. Tak adanya saya nak melompat suka ke hapa.”

            Ada senyuman diwajah Kasyaf. Dan senyuman itu membuatkan Syafinaz ketap gigi. Geram! “Saya. Tak. Takut. Hantu.”

            “Okey.”

            “Saya tak pernah takut hantu.”

            “Okey.”

            “Saya dengan hantu pernah jadi kawan baik tau?”

            “Okey.”

            “Saya dengan hantu sebenarnya...”

            “Game dah start. Kalau awak nak stay here with me, keep quite please. Saya tak suka orang kacau saya tengok bola.”Senyuman lesap terus dari wajah itu.

“Saya pun tak suka kacau orang tengok bola.” Bidas Syafinaz dengan jelingan tak puas hati. Mata dibawa pada skrin yang dah memaparkan satu padang yang terbentang luas dengan jutaan penonton yang bersorak riuh. “Belum gol lagi pun. Tapi dah menjerit macam dah sepuluh gol.”
            
             “Itu namanya semangat bola. Orang yang berkawan baik dengan hantu macam awak, mana tau semua ni.”

            Eesh! Perli pulak. “Tau takpe.” Kedudukan kepala pada dada Kasyaf dibetulkan. Kasi lebih selesa. “Kenapa belum gol lagi?”

            “Game pun baru nak start, Syafinaz. Nak gol apa lagi.” Nampak sangat buta bola isteri aku ni.

            “Selalu bola ni kan, lambat je nak gol. Kenapa ah?”

            “Sebab ni football bukan karom. Karom boleh la sekali jentik, menonong masuk lubang. Tak ada musuh yang nak menghadang. Tak macam football. Lagi lambat masuk gol bermakna lagi hebat both teams.” Terang Kasyaf dengan penuh kesabaran melayan kerenah Syafinaz. Bukan ke baru tadi dia dah pesan jangan kacau dia tengok bola?

            “Oh. Macam tu.”

***
MASA berlalu, tahap kesabaran Syafinaz makin mulai tipis. Gol yang ditunggu-tunggu tak juga-juga ada. Bosan dia dah sampai tahap klimaks. “Apa kata kita buka Zee tv kejap. Saya bosan la asyik tengok diorang kejar bola ni. Tak ada gol pun dari tadi.”

            “Kan dah cakap, football ni bukan...”

            “...macam karom? Ye saya tau. Sebab tu ah saya bosan menunggu nih. Awak, please tukar channel. Lima minit je. Saya confirmed dalam masa lima minit nih, mesti takkan ada gol lagi. Percaya lah.”

            “Tapi kalau dalam masa lima minit ni, tetiba ada gol?”

            “Takde! Confirmed takde. Kalau nak ada, dari tadi lagi dah ada gol. Awak, please...”

            “Okey. Lima minit only.” Tak sampai hati mendengar rayuan Syafinaz, Kasyaf bersejutu juga dengan permintaan si isteri. Controller ASTRO bertukar tangan. Dan tak sampai dua saat, channel tv juga bertukar. “Ini macam cerita zaman opah saya je.” Komen Kasyaf laju bila movie Sangam terlayar di mata.

            Syafinaz tarik muka. “Apasal tak ada movie best malam ni?”

            “Sebab diorang tahu malam ni ada bola. Tak ada orang nak tengok channel lain macam awak selain bola.” Jawab Kasyaf dengan ayat yang berbaur sinis.

            “No hal. VT 202 kan ada.”

            “VT 202?” Bersama soalan Kasyaf, channel tv sekali lagi bertukar. Dan terngaga sekejap lelaki itu dengan mata terbuntang. “Awak minat tamil movie jugak?”

            “Absolutely. Santosh Subramaniam??? Wahh... Kalau tak boleh tengok Arjun Rampal, Jeyam Ravi pun jadi lah.

            “Santosh Sub... what?” Riak terkedu masih tak hilang.

            “Santosh Subramaniam.”

            “Nama hero?”

            “Nope. Tajuk movie ni la. Tapi nama hero dalam watak ni.”

            “Bayam tu...”

            “Bayam? Awak ingat dia sayur ke? Jeyam Ravi la nama dia. Ada ke pulak nama dia bayam? Yang heroin dia tu Genelia De’ Souza. Sekarang dah jadi isteri Ritesh Deshmukh in real life. Baru je kahwin February hari tu. Genelia ni berlakon hindi movie jugak. Cerita dia yang saya suka tengok, yang memang sweet habisan la.... Jaane To Ya Jaane Naa... Hero dia Imran Khan. Story pasal kawan baik jatuh cinta dengan kawan baik sendiri. Sweet kan?”

            Memang tak terkata apa bila satu persatu info yang dihujah oleh Syafinaz mencecah telinga. Baru dia tahu yang isteri dia ni bukan saja minat Hindi. Tamil movie pun ya. Okey, fine. “Dah boleh buka bola balik la kot.”

            “Kejap la... Scene best nih. Heroin nak kena stay kat rumah hero, kenal family hero.”

            “Tadi cakap lima minit je. Dah lebih ni.”

            “Tambah lima minit lagi?”

            “Nur Syafinaz...”

            “Yela... yela...” Bila nada si suami dah mula naik satu oktaf, dia kembali menukar channel.

            “What!!!?”

            Melihat muka Kasyaf yang macam nak kena telan dengan Godzilla sebaik saja dia merenung bahagian atas skrin tv, Syafinaz telan liur. Dia jugak merenung pada bahagian yang sama. “ Err... Awak... 1-0 tu kiranya dah gol la eh?”

            Dan dia terus kunci suara bila pandangan belati Kasyaf tepat ke mata dia.

***
“SATU jam je. Lepas tu terus balik. Saya ada banyak kerja yang nak dibuat.” Pesan Kasyaf sebaik saja dua pasang kali melangkah masuk ke dalam Mid Valley.

            Mati terus senyuman pada wajah Syafinaz. “Satu jam je? Baik saya datang sorang je tadi.”

            “Kalau datang sorang, malam karang belum tentu awak jumpa jalan balik rumah.” Selamba Kasyaf membalas. Lembut dan tenang. Tapi penuh dengan nada sinis. Faham benar dengan sikap gila shopping si Syafinaz.

Pernah dulu masa dalam proses kenal hati budi, dia temankan Syafinaz pergi shopping. Dari pukul 11 pagi sampai ke pukul 8 malam. Sampaikan Zohor, Asar dengan Maghrib diorang solat di surau dalam mall tu. Dan dalam masa hampir satu hari tu, segala aktiviti yang diaturkan Syafinaz dia ikut. Dia terpaksa ikut sebenarnya.  Dari shopping, tengok wayang, main boling, makan sampai lah melepak dekat MPH dari lepas Asar sampai nak masuk waktu Maghrib, mengukus dia di dalam gedung buku tu dengan hati yang membara. Itu pun sebab gara-gara konsep fair and square yang dicipta si Syafinaz. Gara-gara dia bertegas nak pilih warna tema untuk majlis persepsi mereka, disebabkan pilihan warna Syafinaz langsung-langsung tak kena dengan citarasa dia, dia diminta untuk balas jasa tolak ansur gadis itu dengan satu hari teman dia ke Mid Valley. Dan dia ikut. Bila dia ikut, dia terpaksa menyandang rasa kesal yang teramat sangat! Dan bila dah sekali terkena, dia akan pastikan yang dia takkan terkena lagi.
            
           “Zero sporting!” Omel Syafinaz tak puas hati.

            Kasyaf tunjuk muka tak beriak. Dia dah biasa dengan gelaran-gelaran yang dicipta oleh Syafinaz untuk dia. Zero feeling, zero romantic, zero bolly, zero sporting. Dia dah biasa dengan semua tu. Dan dia tak pernah ambik peduli atau terasa hati dengan gelaran itu. Bagi dia, Syafinaz ada mulut... dia boleh kata apa saja. Syafinaz juga ada hati dan perasaan... dia boleh rasa apa saja. Itu kan hak dia. Selagi dia tak melebihi batas, itu hak dia.

            “Zero tak zero. Lepas satu jam, kita balik. Kalau tak, awak balik jalan kaki dengan mamat-mamat bangla kat depan sana tu. Nak?” Seraya dia mengomel, mata dikerling ke arah sekelompok lelaki-lelaki international yang berada tak jauh dari mereka.

            “Kalau awak izinkan, saya on je. Boleh la saya bluetooth lagu-lagu hindi dari diorang.”

            Jawapan selamba si isteri mengundang renungan tajam dari si suami. “Boleh tak kalau tak menjawab kata-kata saya?”

            “Cemana tak menjawab kalau dah ayat-ayat awak macam mintak jawapan dari saya?”

            Hela nafas. Lembut. Sesungguhnya, kesabaran yang diperlukan untuk melayan kerenah isteri dia itu amatlah tinggi. Dan dia bersyukur untuk kesabaran yang dia ada. “Wait for a minutes. Gents kejap.” Maklum dia. Handphone dikeluarkan dari poket seluar lalu dihulur pada Syafinaz.

            “Kejap je. Kalau lama, saya tinggal awak balik jalan kaki dengan mamat-mamat bangla tu.” Gajet itu beralih tangan. Muka toya dipamer. Pandangan tajam Kasyaf direnung. “Saya salah cakap ke?”

            “Shut. Up. And stay here.” Syafinaz ditinggalkan di situ dengan hati yang membara. Isteri aku ni la...

***
HAJAT di hati dah dilepas. Lepas tangan dicuci, dia melangkah keluar dari toilet lelaki. Dia bawa mata ke sekeliling. Hati tetiba jadi cuak bila bayang Syafinaz tak kelihatan di mana-mana. “Mana pulak dia pergi ni? Dah cakap suruh stay sini tadi.” Kasyaf merungut sendiri. Langkah kaki dilajukan. Sambil-sambil tu, dia meraba poket seluar. “Phonepulak dekat dia.”

            Kasyaf jadi makin resah. Risau pulak kat mana Syafinaz berada sekarang ni. Dalam masa dia tengah kalut-kalut mencari, tetiba otak dia disapa sesuatu. “Why not call dia pakai public phone je? Ya! Public phone.” Kaki terus diatur pantas.

            Bila public phone dah berjaya dikesan, langkah diatur ke destinasi. Dalam masa dia atur langkah tu, dia melintasi sekelompok lelaki international yang dia dan Syafinaz nampak kejap tadi. Dia angkat hujung bibir sinis, bila lagu-lagu hindustan yang dipasang kuat dari handphone-handphone mereka menjerit di telinga. “Tengah-tengah public pun boleh pasang lagu kuat-kuat? Betul la tak tau malu.” Terkumat-kamit bibir dia membebelkan sikap mamat-mamat Bangla itu.

            “Thanks for sharing.”

            Kaki Kasyaf berhenti bergerak. Dengan dahi berkerut dia toleh semula ke arah kelompok lelaki yang baru je dia kutuk kejap tadi. Macam ada dengar suara perempuan je tadi. Desis dia dalam hati.

            “You’re welcome, sweety.”

            “Oh c’on, Salam. I am not that sweet la. I’ve been looking for this song for a long time ago. And very lucky, because of you now I already have this song. And I just know the title of this movie. What movie? Waajah? Haa... Waajah.”

            “I love hindie songs too. And there are many collections of songs in my phone. You wanna share it more?”

            “Really, Salman? Wahhh...” Riak teruja Syafinaz makin menjadi-jadi. “ If you don’t mind, can I have your phone for a while?”

            My pleasure, Syafinaz.”

            “Excuse me!” Lepas nama Syafinaz meniti di bibir lelaki yang bernama Salman itu, terus muka Kasyaf terjengul dicelahan kelompok manusia itu. “Syafinaz?” Betul la dia terkejut habisan melihat Syafinaz yang tengah santai duduk di atas kerusi dengan dikelilingi mamat-mamat bangla yang tengah berdiri di depan dia. 

            “Hai. Dah selesai urusan?” Sapa si isteri dengan senyuman. “Kejap eh. Nak bluetooth lagu kejap. Eh, ni kawan-kawan baru saya. Salman, Salam, Saif, Yash, Jai, Munni, Amith and... Govinda. And... he is Kasyaf. My husband.”

            “Your husband?” Salam mencelah dengan muka tak percaya.

            “Are you married, Syafinaz?” Diselit pula oleh Amith dengan muka kecewa.

            “What a bad news.” Dalam banyak-banyak muka, Salman yang nampak paling sedih. Macam orang baru putus cinta je gaya.

            Tak tahan dengan drama swasta bersama skrip-skrip cliche yang berlaku di depan dia masa ni, buatkan dada dia berombak bengang. Kalau dibiarkan lebih lama, tak mustahil akan ada asap keluar dari telinga dia. Kasyaf cuba tahan cemburu di hati dengan helaan nafas. Kalau ikutkan hati dia terasa macam nak menjerit... ‘Yang korang tengah bercakap ni bini aku la!!! Tapi dia masih berfikiran waras. “Syafinaz, thirty minutes left. Nak shopping or nak bluetooth lagu from your new friends, you choose.” Tegas suara dia bersama renungan maha tajam buat si isteri.

            “Eh! Shopping! Nak shopping!” Ugutan si suami buatkan dia jadi cuak. Masa ni barulah list yang berjela-jela dengan barang yang dia nak beli melayang-layang di kepala. “Guys, we’ve to go. Nice meeting all of you. And thanks a lot for sharing the songs. Daaa...” Kalut-kalut dia menyimpan handphone ke dalam handbag. Belum sempat dia nak sambar lengan Kasyaf, suaminya itu terlebih dahulu menangkap tangan kanan dia dan digenggam kejap.

            “Thanks for spending your time with my wife.” Celah Kasyaf juga. Sengaja perkataan ‘spending’ dan ‘my wife’ ditekan. Tak sampai dua saat, dia tarik tangan Syafinaz bergerak laju meninggalkan kawan-kawan baru isterinya dengan muka yang masih kecewa.

            “Finally, dapat jugak lagu tu. Wada Ye Ker Sathiya... Lagu movie Waajah rupanya. Cemana la boleh lupa? Best tau lagu tu. Nanti saya kasi awak dengar erk.” Kata Syafinaz seraya berpaling ke kanan. Kasyaf hanya diam tak kasi sebarang respons. Yang dia dapat, hanyalah muka tak beriak dari lelaki itu. Macam tak biasa. “Alamak!”

            “Kenapa?” Jeritan Syafinaz itu mematikan langkah Kasyaf.

            “Saya terlupa nak mintak phone number diorang. Boleh la share lagu lagi.”

            “Fifthteen minutes left!”

            “Okey! I choose shopping.”

***
“DAH puas menghadap muka abang Arjun awak tu?” Tanpa menoleh si lelaki menyapa.

            “Dah.” Comforter ditarik ke paras dada.

            “Dah berapa ekar taman bunga dalam hati?”

            “Empat puluh.” Jawab dia pendek.

            “Apa je yang ada pada si mamat tuh?”

            “Handsome.”

            “Handsome lagi saya.”

            Mencebik. Tapi dalam hati macam ada jugak rasa nak mengakui kata-kata si suami. “Perasan!”

            “Setakat badan ketul-ketul macam baru kena suntik yis expired tuh, saya pun boleh buat. Cuma tanak je.”

            Mata pandang tepat ke jam loceng pada meja. Dengan dahi berkerut tak puas hati dia merengus kecil. “Ye la tu. Kalau awak nak pun macam lah sempat nak ketul-ketulkan badan tu. Asyik menghadap kerja je 24/7. Sampai isteri sendiri pun boleh buat layan tak layan.” Saman sepuluh juta baru tahu! Sambung dia lagi. Tapi dalam hati je la. Tak lepas nak keluar ikut mulut.

            “Kalau nak tidur, tutup la lampu tu. Saya guna lampu meja je.” Si lelaki itu terus bersuara. Bebelan si isteri tak diambil endah. Masih fokus pada kerja yang sedang dibuat.

            “Belum ngantuk lagi.” Jawab dia dalam masa yang sama, rasa sebal cuba ditahan.

            “Dah tu kenapa tak sambung tengok hindustan lagi?”

         Mendengar soalan itu, laju dia mengiring tubuh menghadap belakang lelaki itu. Mata mengecil merenung tubuh sederhana sasa itu. Bibir bawah digigit geram. Walaupun soalan itu kedengeran lembut, namun perasa sinis itu dia dapat hidu. “Mata dah letih.”

            “Oh letih... Tahu pulak mata tu nak letih?”

            “Ini bukan mata robot tahu?”

            “Tahu. Sebab bukan mata robot la yang selama ni saya rasa pelik.”

            Dahi berkerut seribu.

            “Pelik sebab awak boleh hadap berbelas-belas movie hindustan dalam masa satu hari. Apa je yang ada dengan hindustan tuh?”         

            “Bukan tiap-tiap hari okey. And yet, takde la sampai berbelas-belas. Ingat saya takde kerja lain ke yang nak dibuat? Dan pasal soalan awak, apa je yang ada dengan hindustan tu... Banyak. Ada Arjun Rampal, Shahid Kapoor, John Abraham, Ranbir Kapoor... ada jugak tujuh Khan.”

            Dua ayat paling belakang itu menarik perhatian si lelaki. Laju muka si isteri dicari. “Tujuh Khan? Ada jugak orang nama Tujuh?”

            Tak dapat terima ke’blur’an si suami, dia cepat-cepat menolak comforter sampai kaki. Badan diangkat sandar pada kepala katil. Tujuh jari diangkat sebelum satu persatu dijatuhkan semula. “Shahrukh Khan, Salman Khan, Saif Ali Khan, Amir Khan, Imran Khan, Fardeen Khan and... Zayed Khan. Ada faham? ‘Tujuh’ tu nama orang awak cakap? Nama tak market langsung-langsung. Awak ni kan... Betul la zero bolly tahu? Kalau saya tak bagitau mesti awak tak akan tau kan? Si Imran Khan tu related dengan Amir Khan. Amir tuh bapa sedara Imran. Haa.. Kajol dengan Rani Mukherjee tuh sepupu awak pun tak tau kan? Kajol dengan Ajay Devgan tuh husband-wife. Si Kareena Kapoor tuh adik Karishma Kapoor. Sekarang nih Kareena tuh tengah bercinta dengan Saif Ali Khan. Lepas tu, Aisywaria Rai dulu pernah bercinta dengan Salman Khan before kahwin dengan Abishek Bachan. Dengar kata si Salman Khan tu panas baran. Tu sebab Aisywaria tak tahan. Si Karishma Kapoor dulu pun dah pernah bertunang dengan Abishek Bachan. Tup-tup putus. Lepas tu kan... Anil Kapoor yang melutup-letup dulu tuh, ada anak dara rupanya. Sonam Kapoor. Pun berlakon jugak. tengah hits skang nih.” Diam sekejap untuk tarik nafas dalam-dalam. Bercakap tanpa henti ni memang semput la kan. “Haa... apa lagi yang awak nak tau? Tanya je. Saya mesti boleh jawab punya. Kalau awak nak tau lagi...”

            “Saya cuma nak tau satu perkara.” Hujahan ayat-ayat panjang lebar Syafinaz disanggah.

            “Apa dia?”

            “Apa cara yang boleh buat awak stop talking about hindi world?”

            Dan wanita yang bernama Nur Syafinaz itu terus terkedu di situ tanpa suara.

            “Syafinaz, boleh tak jangan nak hindustan sangat?”

            Gulpp!

***
DARI atas dia dah nampak kelibat Kasyaf di ruang tamu. Dengan senyuman ceria, dia meniti anak tangga satu persatu turun ke bawah. Sofa yang masih kosong sebelah Kasyaf diduduk.

            “Awak, hari ni hari apa?” Soal Syafinaz sebaik saja dia melabuhkan kepala di bahu Kasyaf.

            “Jumaat.”

            “Hari Jumaat hari apa?”

            “Hari ni la.”

            “Hari ni sepatutnya kena buat apa?”

            “Hari Jumaat kan semua lelaki muslim kena pergi solat Jumaat.”

            “Hari Jumaat hari ni, hari special kan?”

            “Of course la special. Jumaat kan penghulu segala hari.”

            Erk! “Okey, Jumaat. Penghulu segala hari. Saya tau tu.” Telan liur. “Hari ni berapa haribulan?”

            “Dua puluh sembilan.”

            “Dua puluh sembilan apa?”

            “Dua puluh sembilan Jun.” Tenang Kasyaf menjawab. Berita Bernama yang tertayang pada tv, terus menarik perhatian.

            “Dua puluh sembilan Jun hari apa?”

            “Hari Jumaat la.”

            Aiyak! Tetiba dia terasa macam nak hantuk kepala sendiri dekat dinding. Sabar dia dah hampir ke tahap klimaks. “Tarikh dua puluh sembilan Jun, takkan awak tak tau kot ni hari apa?”

            “Okey, hari ni dua puluh sembilan Jun dua ribu dua belas. Dan hari ni hari Jumaat. Apa yang buatkan awak susah hati pasal hari ni?”

            “Awak tak ingat?” Rasa sebak mula menjolok dada.

            “Ingat apa?” Mata Syafinaz dicari. Dengan muka pelik, muka isterinya ditatap.

            “Dah tu apa sebab awak ambik cuti hari ni?”

            “Sebab saya nak rehat kat rumah la.”

            Sebak dia dah tak boleh tahan. “Sampai hati awak kan? Awak ni betul la zero sensitif tahu tak!?” Dan lepas tu terus Syafinaz berlari ke aras atas dengan derapan kaki yang kuat.

            “Karang kalau lenguh-lenguh kaki jangan mintak saya picitkan.”

            Lepas tu satu hempasan pintu yang agak kuat kedengaran. Bummp!

***
“ZERO feeling! Zero romantic! Zero sporting! Zero bolly! Zero sensitive! Semua zero!” Dia meraung dihujung ayat. “Sampai hati dia. Birthday aku pun dia tak ingat. Apa je yang dia ingat? Kecik hati betul berkahwin dengan orang hati batu ni. Kenapa dia tak ingat birthday aku? Dua puluh sembilan Jun. Susah sangat ke nak ingat tiga nombor tu? Dua. Sembilan. Enam. Takde lah sampai boleh dapat migrain kalau nak kena ingat tarikh hari ni.” Air mata dan hidung dikesat dengan belakang tangan. Balkoni bilik dituju. Dia merenung ke luar.

            “Happy birthday.”

            Tersentak dia di situ. Satu ucapan dari suara yang dia sangat kenal terucap di telinga.

            “Happy birthday yang ke dua puluh lima.” Kata suara itu lagi seraya menarik Syafinaz rapat ke dada. Dipeluk kejap isterinya itu. “Dua puluh sembilan Jun 1987. See? Bukan setakat tiga nombor je. Tujuh number tu saya dah tanam dalam otak. Betul cakap awak, bukannya boleh migrain pun bila nak kena ingat tujuh nombor tu. Dan lagi yang ada dalam otak saya, pada dua puluh sembilan Jun sembilan belas lapan puluh tujuh tu, lepas subuh pukul enam lima belas minit pagi, awak dilahirkan. Saya tahu dan saya ingat tarikh bersejarah tu. Saya akan ingat sampai bila-bila.” Sambung Kasyaf lagi dengan nada lembut.

            Syafinaz yang berada dalam pelukan si suami, terkaku diam tanpa sebarang bunyi. Hanya sisa sendu yang sesekali kedengaran.

            “Saya minta maaf sebab buat-buat tak ingat pasal hari special ni. Awak ingat saya saja-saja nak ambik cuti rehat kat rumah kalau hari ni bukan birthday awak? Dan awak ingat saya ni suami teruk sangat ke sampai tak ingat birthday isteri sendiri?” Tarik nafas. Kepala Syafinaz yang masih melekap di dada, dibelai lembut. “Saya minta maaf pasal saya zero semua. Ya, saya sedar... saya zero feeling, zero romantic, zero bolly, zero sporting and latest awak cakap saya zero sensitive. Tapi dalam banyak-banyak zero saya tu, sebenarnya sayang saya dekat awak bukan zero. Macam awak tau, saya bukan jiwang. Saya tak pandai nak bermadah. Walaupun awak bagi awak, muka saya macam Arjun Rampal, saya tetap tak boleh nak jadi macam watak dia dalam movie. Sebab saya Adam Kasyaf yang berhati batu. Yang kadang-kadang keras macam tugu negara. Yang selalu buat awak makan hati. Saya memang macam ni. Tapi sebatu-batu saya pun, saya nak tekankan, sayang saya dekat awak bukan zero. Awak dengar tak Syafinaz?”

            “Dengar.” Separuh jelas, suara Syafinaz sayup-sayup kedengaran. Syafinaz angkat muka merenung Kasyaf. “Saya mintak maaf sebab selalu menyusahkan awak. Selalu memberontak. Selalu melawan cakap awak. Saya mintak maaf. Selalu cakap awak zero semua, saya mintak maaf. Saya tak kisah kalau perangai awak bukan macam Arjun Rampal dalam movie pun. Saya tak kisah kalau awak memang berhati batu dan kadang-kadang macam tugu negara. Saya tak kisah sebenarnya. Saya terima awak seadanya. Sebab awak Adam Kasyaf. Tapi kadang-kadang saya jadi kisah sebab sikap awak ada buat saya rasa macam awak tak sayang saya. Macam saya tak ada erti pada awak. Tapi lepas saya dengar yang sayang awak dekat saya bukan zero, hati saya jadi lega. Lega sangat. Lepas ni kalau awak buat saya bercakap dengan tunggul sekali pun saya tak kisah. Sebab saya tau, sayang awak dekat saya bukan zero. Dan... saya pun nak awak tau, sayang saya dekat awak pun bukan zero.” Tersedu-sedu, Syafinaz menutur ayat. Air mata yang makin kencang, dikesat dengan t-shirt Kasyaf. “Hadiah saya mana?” Dalam tengah tahan sendu pun, dia masih sempat menagih hadiah dari kasyaf.

            “Takde. Tak beli pun.” Kasyaf menjawab selamba.

            “Takkan kek pun awak tak beli?”

            “Kan dah cakap, saya tak pandai nak buat semua benda tu. Macam ni la... awak pergi siap, kita celebrate kat luar. Awak nak pergi mana cakap je. Saya bawakkan. Nak apa pun, tunjuk je. Saya belikan.”

            Kata-kata Kasyaf itu membuahkan senyuman lebar pada bibir Syafinaz. “Mid Valley?”

            “Dalam banyak-banyak, kenapa Mid Valley?”

            “Mana tau kot-kot saya terjumpa lagi dengan Salam and the gang? Kawan-kawan baru saya kan tu? Boleh la bluetooth lagu lagi. Lagipun saya tengah cari satu lagu ni. Tapi tajuk dia tak tau. Rasanya diorang tau kot. Movie pun tak ingat. Rasanya Amir Khan hero dia. Tak pun...”

            “Nur Syafinaz... Jangan nak hindustan sangat boleh tak!?”

*******

p/s :- Hai..dah lama x menulis. memang sgt tunggang langgang eh? pape pun thanks for reading. thanks... thanks a lot ah. =)

29 comments:

  1. hahahaha kelakar la cite ni... tp best!

    'dlm byk2 zero saya tu, sebenarnya sayang saya kat awak bukan zero '

    i like that part...

    ReplyDelete
  2. amboi..hindustannya dia~

    >>k<<

    ReplyDelete
  3. Hahaha....#^_^ memang hindustan betullah....Best

    ReplyDelete
  4. Cerpen ni kelakar, tapi terharu sangat bila suami dia ucap n spill out abt his feeling... Nice la crita ni... Dira bagi 8 bintang!

    ~~~~<3~~~~

    ReplyDelete
  5. dalam pada lawak x hengat tu...bergenang jugak airmata bila baca part luahan perasaan time birthday sayfinaz tu....

    ReplyDelete
  6. kikikikiki...sweet!

    ReplyDelete
  7. sweet gilerr...

    ReplyDelete
  8. perghhh !!! hahaha mmang hidustan sngt !! klah aku .... roflmao :P

    ReplyDelete
  9. hahahaaaaa...owhh,si ANIL kapoor tu dah de ank dara yek!..

    ReplyDelete
  10. omg.. syafinaz just like me..
    hindustan n tamil smua sy lyn..
    lau blik cuti sem, ngadap tv tiap2 mlm tgk hndustan n tamil yg best..
    haha..
    harap2 xdpt suami mcm adam kasyaf 2..
    hik3..
    best cerpen ni..
    smbg la lg.. hihi ^^
    ~ syu ~

    ReplyDelete
  11. hindustan lg ke...bukan skrg giler korea ke?
    sweet sgt dgn si tugu negara n hindustan....

    best sgt

    ReplyDelete
  12. suka sgt cerpen nie!! since im an indian girl, this was really interesting 4 me. mmg tgk tamil movie jugak ke??

    ReplyDelete
  13. saia says....
    simple but nice

    ReplyDelete
  14. Sweet la..hihihih...senyum simpul kat opis..simple tapi sweet...like 1000xx

    ReplyDelete
  15. waaaaa...bertuahnye badan dpt somi muke cm arjun rampal..sukeeenyeee..nak jgk somi cmtu..hehe..best.sgt!

    ReplyDelete
  16. SERIOUSLY AM ROLLING ON THE FLOOR LAUGHING! adoyaiii thanks for making my night cik writer ;)

    ReplyDelete
  17. hahah..sama macam saya..semua cite tu saya layan...
    ehhehe
    mnat hindustan n tamil sangat2...hehhehe
    best la cite ni...
    hhehheheh

    ReplyDelete
  18. environmental engineer?citer sy ni..tp suami sy pilot tau..huahaha..


    -gee-

    ReplyDelete
  19. WAH LAMA TAK BACA TULISAN ZARITH.... WELCOME BACK N NICE STORY....... CAM BIASA LA SWEET SANGAT HEHEHEHEHEHE.........

    ReplyDelete
  20. comel la cerpen nih <3

    ReplyDelete
  21. so sweet...

    sy pn suka blog awak bkn zero hehe

    ReplyDelete
  22. sukee sangat. sweet tol lar. walopun zero smua. heee.
    kaho na pyar hai la. haha.

    ReplyDelete
  23. besttttt...eh watak shafinas tuh wakil diri sendiri ka hapa?? hahhaha

    -hejauw-

    ReplyDelete
  24. best... sedi rasanya tempatkan diri jadi syafinaz, rasa meaningless. bolenya dia sabar dengan husband workaholic, ice-cold-hearted, mulut laser n x sporting.. tpi, part birhday confession tu, bergenang jugak...terharu..by the way, good job. i wish for ur novel.. submit dengan Jemari Seni key? confirm daebakk

    ReplyDelete
  25. Kite waktu zaman2 skola dlu pn addict ngan cite bollywood ni..semua nama pelakon bollywood kita hafal..btw cerpen ni sgt2 best..

    ReplyDelete

toucholic

toucholic

Hot N Cold

Hot N Cold
Apa yang terjadi bila air panas bertemu dengan ais cube?

sweet sours

sweet sours
friendship is a sweet relationship

Bila Amar Dah Suka Dia

Bila Amar Dah Suka Dia
Inilah jadinya bila Amar dah jatuh chenta