Chill Out ~~ ^_* (kalau tak suka lagu boleh stop kt atas ni)

new updated!


new n3 :-)

# Hot And Cold (Bab 5)
# Hot And Cold (Bab 4)
# Hot And Cold (Bab 3)

* my new email (YM, FB) :"carl_aryana89@yahoo.com"

(^__^)

(^__^)

Kalaulah Hot n Cold dapat peluang ke untuk ke versi cetak.. apa kata kalian?

Sunday, October 14, 2012

TOUCHOLIC 26

“ASSALAMUALAIKUM...”

Tiga kepala yang berada diruang tamu menoleh serentak sebelum salam dijawab.

“Hai...” Dengan senyuman mesra Irdini menyapa budak bertiga yang tengah pandang dia dan Izzat dengan riak blur. Haruslah pelik bila muka-muka asing datang ke rumah. Ye tak?

“Along, angah, adik... kita ada tetamu. Mari salam kakak dengan abang.” Tanpa menunggu lebih lama, Izzat dan Irdini diperkenalkan kepada tiga beradik itu. Acik Noli menarik ketiga-tiga anaknya itu rapat ke arah tetamu.

“Along?” Budak perempuan yang pakai baju tidur lusuh warna hijau itu disapa ketika tangannya dicium. Senyuman dia berbalas. Juga mesra.

“Angah...” Tak perlu diteka, budak lelaki umur tujuh tahun itu ramah  memperkenalkan diri.

Senyuman Irdini bertambah mesra. “Angah...” tutur dia lembut sebelum beralih pandang pada budak perempuan yang dimaklumkan berumur empat tahun disebelah si angah. “Alaa... comelnya...” Pipi budak perempuan itu dielus lembut.

“Kakak...” Kuluman senyum malu-malu dibalas pada Irdini. Lesung pipit sebelah kiri jelas kelihatan.

Lepas Irdini, giliran Izzat pula disapa. Lelaki itu menyambut huluran salam tiga beradik itu bersama senyuman. “Meh sini.” Kata dia seraya tunduk mengendong si bongsu. “Abang nak panggil apa ni?” Soal Izzat. Pipi si bongsu dipicit lembut.

“Adik.” Ringan mulut si bongsu membalas.

“Oh... adik. Along, angah, adik...” Sebut dia satu persatu  ketika melirikkan mata ke arah tuan-tuan empunya gelaran.

“Kamu bersembang la dulu. Acik ke dapur kejap.” Maklum Acik Noli sebelum dia menghilangkan diri ke belakang.

“Ye Acik.” Balas Irdini yang dah duduk bersila di atas lantai.

Perbuatan selamba Irdini itu membuatkan lirikan sinis dari Izzat. “Aku tak dengar pulak Acik pelawa kau duduk.”

“Eh, suka aku la. Dah aku masuk dalam rumah acik, takkan aku tak duduk? Nak kena berdiri macam kau ke? Ke nak aku berdiri sebelah kau?” Bidas Irdini dengan ayat ‘berperisa pedas’ yang sama. Sedas jelingan buat Izzat ditembak sebelum tangan dia ringan mencapai bekas kerepek ubi yang terbuka di sebelah anak sulong Acik Noli. Tangan diseluk ke dalam bekas. Dua keping kerepek ubi ditarik keluar dan dimasukkan ke dalam mulut.

And aku tak dengar jugak acik pelawa kau makan.” Perlian dilontar lagi. Izzat menggelengkan kepala. Gila tak malu. Ada jugak makhluk muka tebal macam kau atas bumi ni?

Haih! Pejam mata sesaat. Bengang pulak aku dengan mamat kerek ni! “Acik, Nini mintak izin duduk. Kerepek ubi ni, Nini makan sikit ye.” Beritahu Irdini pada Acik Noli yang masih tak menampakkan diri dari dapur.

“Laaa... Duduk je la. Kenapa nak mintak izin pulak? Makan je kerepek ubi tu. Kerepek tu memang untuk dimakan pun. Bukannya nak kena  perhati je.” Balas Acik Noli yang masih berada di dapur.

“Dengar?” Mendengar kata-kata Acik  Noli yang seratus peratus berpihak kepada dia itu, satu senyuman bangga disungging buat Izzat. “Acik cakap, nak duduk takyah mintak izin. Dan ini... memang untuk dimakan. Bukan diperhati je. Faham?”

Izzat yang masih mengendong si bongsu terus kalih muka arah lain. Buat gaya macam Irdini bercakap dengan tiang. Mata dia mula berjalan. Setiap ruang rumah itu diperhati lama. Rumah itu memang sempit. Boleh dikatakan besar sikit dari bilik dia di rumah. Dinding-dinding kayu kebanyakan dah reput.

Mata dibawa pula ke atas. Bumbung yang tak bersiling direnung lama. Hanya disalut dengan zink yang dah lama. Pandangan dia ditajamkan lagi. Ada bocoran pada zink.  Ni kalau hujan confirmed air masuk rumah. Dia bawa mata terus ke lantai simen yang dah retak dan berlubang-lubang. Hati dia tiba-tiba jadi sayu. Sayu dengan keadaan rumah Acik Noli. Dia jatuh simpati. Simpati pada kehidupan keluarga wanita itu. Rupa-rupanya dalam kota metropolitan macam ni pun masih lagi ada lagi kehidupan macam ni. Tiba-tiba dia jadi insaf.

“Apehal kau tak duduk?”

Sentak! Irdini yang baru tembak dia dengan soalan tak dikerling. Dia hanya diam tak berkutik di situ. Tak rasa pulak nak membalas.

“Oh. Aku lupa. Kau kan kena orang pelawa. Acik!”

“Ye!” Sayup-sayup Acik Noli menyahut.

“Izzat tanak duduk sebab acik tak pelawa dia duduk.”

“Apa dia?”

 “Hey! Hey!” Izzat yang tengah buat muka cool terus gelabah dengan jeritan agak kuat gadis itu. Lebih pantas dari kilat ruang kosong di sebelah Irdini diisi. Bukan dia nak sangat duduk di sebelah gadis itu. Tapi disebabkan ruang tamu yang sangat sempit, dia terpaksa. Dan dia tak ada pilihan.

“Menggelabah...” Ketawa pecah. Kelakar pulak bila dia tengok riak cuak di muka Izzat. Bukan selalu. Pertama kali kot! “Mengada. Nak duduk kena pelawa. Ceit!” Dia buat muka. Muka sinis yang dituju khas pada lelaki itu.  

“Shut. Up...?”

Ketawa dah mula lesap. Senyuman mengejek yang masih tinggal. Bekas kerepek ubi dihulur pada Izzat.

“Tanak!” Tegas tolakan itu.

“Siapa kasi kau? Aku kasi adik ni.” Sekeping kerepek ubi dihulur pada tangan si bongsu. “Kesian orang tu kan, dik. Boleh pulak dia perasan kan?”

Toink! Toink! Tetiba Izzat terasa macam ada yoyo tengah melantun-lantun atas kepala dia. Muka terasa panas. Malu dia jangan cakap la macam mana. Namun, dia masih sedaya upaya tunjuk muka selamba.

“Ye la... Orang tu mana layan kerepek ubi macam ni. Makan dia cikedis. Yang selalu keluar iklan besar-besar dekat tv tu. Setakat kerepek ubi ni, memang dia tak padang la kan. Ye tak, adik?” Perlahan ayat-ayat itu ditutur, namun sangat tebal dia punya perisa sinis di situ. Walaupun mata dia pada budak lelaki di riba Izzat, tapi memang sangat jelas kata-kata sinis itu dituju pada lelaki yang meriba si bongsu.

Bukan dia tak perasan Izzat ada buat ‘banci’ sukarela pasal rumah Acik Noli tadi tu. Dia nampak. Dia tengok mata Izzat pergi mana. Dia tahu Izzat anak orang kaya. Walaupun dia hanya naik LC pergi kelas. Kalau dari kawasan dan rekabentuk rumah Izzat, dia pasti yang keluarga lelaki itu adalah keluarga yang berada. Tak perlulah dia melangkah masuk ke dalam kawasan yang berpagar tinggi yang diukir mewah itu untuk dapat kepastian tentang kedudukan taraf keluarga lelaki itu. Semuanya dah jelas kelihatan. Jelas walaupun hanya dengan pandangan mata kasar dia.

Zapp! Dia dapat rasa kelajuan darah dia naik ke otak. Dan dia juga dapat rasa ada bengang mula bertandang. Pejam mata sesaat. Kemudian memicing mata dia menghala ke wajah selamba Irdini. Bekas kerepek ubi yang dipeluk Irdini dirampas kasar. Tangan diseluk ke dalam. Digenggam kerepek itu lalu dimasukkan ke dalam mulut sebelum dikunyah laju. Siapa cakap dia tak layan kerepek ubi? Kerepek ubi pun makanan apa? Sindiran yang tak bertapis budak troublemaker itu memang buat dia rasa tak puas hati. Dia tahu Irdini dah salah anggap dengan apa yang ada dalam kepala dia. Mesti gadis itu mengandaikan ‘bancian’ dia tentang rumah Acik Noli itu adalah dalam perspektif yang negatif. Suka hati dia je nak judge aku. Heh!

Melihat perbuatan yang tak disangka-sangka itu, mulut dia ternganga. Dengan keluasan yang nampak macam boleh sumbat satu buku penumbuk, kelip-kelip mata dia merenung muka Izzat yang tengah bergerak-gerak mengunyah. “Wahhh... Charmingnya...”

Perkataan itu buat Izzat laju bawa mata hadap Irdini.

“... adik ni.” Tak mahu Izzat perasan dengan pujian yang terlepas dari bibir sendiri, cepat pipi budak empat tahun yang berada di ribaan Izzat dicubit-cubit lembut.

“Jemput minum.” Acik Noli muncul semula bersama dulang ditangan. Dulang yang mengandungi dua cawan air teh panas dan sepinggan rempeyek. “Nini cakap apa tadi? Acik keluar pergi belakang kejap. Angkat kain.”

“Err.. acik. Apa nama budak-budak ni?” Belum sempat Irdini nak menjawab, Izzat terlebih dulu pantas mencelah. Sempat dia menghantar renungan tajam pada Irdini tanda isyarat supaya gadis itu tidak mengulang apa yang dijerit dia sebentar tadi.

“Oh. Nama diorang ye? Along nama dia, Nurul Hana. Angah... Muhamad Naim. Yang bongsu pulak... Nurul Tasneem.”

“Wah... sedapnya nama. Hana, Naim... Tasneem.” Ulang Irdini satu persatu.

“Arwah ayah diorang yang kasi nama-nama tu. Dia cakap tanak letak nama panjang-panjang. Katanya nak yang simple tapi sedap. Kalau letak nama panjang-panjang pun, bukannya nak panggil semua. Yang singkat-singkat juga orang panggil, ye tak?” Seloroh wanita itu sebelum ketawa. “Izzat, kamu ada berapa orang dalam family?”

Soalan dari Acik Noli dia tak terus jawab. Malah dia boleh pula kalih tenung Irdini disebelah.

Kerut dahi. Lepas tu dia angkat kening sebelah. “Acik tanya kau. Asal tengok aku?” Tenungan Izzat dibalas pelik.

“Kau tanak jawabkan ke? Kau kan tau semua pasal aku.” Sindir Izzat dengan muka tak beriak.

Sentak dua saat. Lepas tu Irdini terus tunjuk muka jelik. “Excuse me. Tak semua okey. Nak-nak lagi about your family.” Tekan Irdni dengan suara agak kuat. Dia mencebik panjang. Bajet kau tu Arjun Rampal ke yang ada Wikipedia sendiri yang tulis tentang sejarah hidup kau. Heh! Tapi... Haah la... Aku tak pernah tau pulak dia ada berapa adik beradik. Asal aku boleh terlupa nak spy dia punya family. Sepatutnya family dia perkara pertama yang patut aku stalk.

Family saya kecik je acik. Saya ada ibu, papa dan sorang adik.”

“Oh. Seorang je? Masih sekolah lagi ke?”

Senyum. “Dia macam saya, acik. Dah lama habis sekolah. Tapi masih belajar lagi.”

Terangguk-angguk Acik Noli dengan cerita Izzat.

“Belajar dekat mana? Adik kau tu perempuan ke lelaki? Umur dia berapa? Dia kerek macam kau tak? Hati dia beku macam ais jugak ke?” Irdini yang memang tengah tunggu masa nak mencelah terus menembak laju. Tiga soalan ditanya pantas. Tak tahu lah kenapa, tapi dia rasa dia betul-betul nak tahu pasal hidup Izzat.

“Aku just berminat nak jawab soalan acik je. No answer for stranger.” Dengan nada gila berlagak, Izzat membalas. Tangan mencapai cawan yang terhidang di tepi lutut lalu dirapatkan ke mulut. Air teh yang masih panas dihirup perlahan.

Tanak jawab sudah! Tapi takyah ah nak tunjuk kerek! Eesh!” Ada jugak yang kena hentak kepala dekat lantai ni kejap lagi. Ayat terakhir disambung hanya dalam hati. Cakap kuat-kuat kang, takut boleh cetus aksi tarik-tarik rambut pulak. Haih!

“Alahai... korang berdua ni. Dari tadi bergaduh je kerjanya.” Tergeleng-geleng Acik Noli dengan telatah dua remaja itu. Tak sudah-sudah berperang. “Ni acik nak tanya kamu pulak Nini. Ada berapa orang dalam family kamu?”

Muka bengang serta merta bertukar sayu bila soalan yang sama untuk Izzat beralih pula pada dia. “Sepatutnya enam orang. Tapi empat dah pergi dulu, sekarang tinggal dua je la.”

“Empat pergi dulu?” Acik Noli nampak keliru.

Izzat disebelah Irdini terus kasi perhatian penuh pada gadis disebelahnya itu. Walaupun muka Irdini tak dipandang, tapi telinga dibuka luas untuk mendengar cerita kisah hidup gadis itu. Tetiba dia terasa macam nak ambil tahu.

Senyum segaris. Dia mendongak ke atas. “Mama, papa, kakak dengan adik Nini dah pergi menghadap Allah S.W T.” Nafas dihela panjang. Dalam diam sebenarnya dia tengah tahan sebak.

“Innalillahiwainnailaihirajiun...” Seru Acik Noli perlahan. Bahu Irdini disentuh. “Bila, Nini?”

“Dah tiga tahun.”

Izzat pandang Irdini. “Macam mana boleh...”

Aku just berminat nak jawab soalan acik je. No answer for stranger.” Dan dengan muka kerek yang dibuat-buat, soalan Izzat yang tak sempat nak habis dipotong. Lebih laju dan pantas dari kilat. Puas hati aku! Eheh!

Izzat telan liur. Tersentak jugak dia dengan pulangan paku keras dari gadis itu. Kan dah kena balik. Riak muka dia kawal keta-ketat. Bajet cool, E-jat. Bajet cool.

“Tapi...” Muka Izzat dicari dan ditatap sekejap sebelum dia menyambung, “... aku tak kejam macam kau. Takpe, aku jawab soalan kau tu. Diorang terkorban dalam kebakaran rumah kitorang dekat Petaling Jaya dulu.”

“Ya Allah...” Seru Acik Noli lagi. Dia yang mendengar cerita Irdini terasa sebak tiba-tiba. Tak sangka pula gadis yang berperwatakan ceria yang dia baru saja kenal ini sebenarnya mempunyai kenangan hidup yang pahit.

“Dah tu sekarang ni Nini tinggal dengan abang ke?”

Geleng. Kemudian senyum segaris. “Kawan. Izyan nama dia. Kitorang kenal sejak sekolah menengah lagi. Yan tinggal dengan Nini sejak masuk universiti.”

Terangguk-angguk Acik Noli mendengar cerita Irdini. “Abang?”

“Dekat Melbourne.”

“Jauhnya. Abang Nini sambung belajar dekat sana ke?”

“Dia dah kerja, acik. Dah lapan tahun dia tinggal dekat sana. Habis je belajar dia terus kerja dekat universiti tempat dia belajar tu.” Cerita Irdini lagi. “Nini ada jugak la sekali-sekala tu pergi jenguk abang dekat sana. Tak pun kalau ada masa, abang akan balik sini. Asalnya abang minta Nini tinggal dengan dia. Sambung study dekat sana. Tapi Nini macam tak boleh nak survive la dekat tempat orang. Tempat orang tak macam tempat kita sendiri.” Senyum sesaat. Seraya itu dia menghela nafas.

“Abang dah kahwin ke belum?”

“Dah. Dah ada anak pun. Acik tau, Nini dah ada dua orang anak buah. Sepasang. Yang lelaki enam tahun. Perempuan tiga tahun.” Dan ketika ini bayangan wajah abangnya sekeluarga terbayang di ruang mata. Alahai... Rindunya dekat korang!

Izzat diam tak berkutik ditempatnya. Dalam hati dia berterima kasih pada Acik Noli bila perkara-perkara yang dia ingin tahu dah ditanya oleh wanita itu pada Irdini. Tumpuan dia mula beralih bila hati dia dah panggil dia untuk berborak. Oh, kiranya dia anak yatim piatu. Ada abang yang tinggal dekat Melbourne. Tadi dia cakap adik dengan kakak dia meninggal. Jadinya, dia anak number tiga la kan? Okey, dia anak number tiga. Tapi... asal dia tinggal dengan kawan? Dia tak ada keluarga lain ke? Mana pergi datuk dengan nenek? Takkan la dia tak ada ibu atau bapa saudara? Sepupu dia ke... eh!!? Papp!

“Izzat, kamu kenapa?” Tersentak dengan perbuatan Izzat yang tiba-tiba menampar pipi sendiri, Acik Noli menegur pelik. Mahunya tak tersentak kalau dah tiba-tiba Izzat buat macam tu.

“Apehal kau?” Irdini yang ikut tergamam, bertanya dengan dahi berkerut. Kena sampuk ke hapa mamat sweater putih ni? Tetiba je lempang pipi sendiri?

“Nyamuk ke?” Mata Acik Noli masih pada Izzat.                             

Riak terkedu bila dia tampar pipi sendiri belum lagi hilang, ditambah pula dengan terkedu akibat disergah oleh dua wanita di depannya itu. Dia yang tak tahu nak jawab apa terus membalas, “Haah...Nyamuk.” Dan bila saja dua wanita itu menyambung kembali perbualan mereka yang tergantung, cepat-cepat dia tunduk bawah. Tangan meraup muka. Apahal aku tetiba sibuk nak tahu pasal budak troublemaker ni pulak!? Perlu ke? Haih! Memang tak lah kan!
******

p/s:- sorry lambat update...

toucholic

toucholic

Hot N Cold

Hot N Cold
Apa yang terjadi bila air panas bertemu dengan ais cube?

sweet sours

sweet sours
friendship is a sweet relationship

Bila Amar Dah Suka Dia

Bila Amar Dah Suka Dia
Inilah jadinya bila Amar dah jatuh chenta