Chill Out ~~ ^_* (kalau tak suka lagu boleh stop kt atas ni)

new updated!


new n3 :-)

# Hot And Cold (Bab 5)
# Hot And Cold (Bab 4)
# Hot And Cold (Bab 3)

* my new email (YM, FB) :"carl_aryana89@yahoo.com"

(^__^)

(^__^)

Kalaulah Hot n Cold dapat peluang ke untuk ke versi cetak.. apa kata kalian?

Tuesday, July 9, 2013

TOUCHOLIC 27


KOTAK parkir yang kosong depan kedai buku Ameenah Bee diisi. Lepas brek ditekan, gear bertukar kepada ‘P’. Dia pandang jam pada dashboard. Hampir pukul 12.00 tengah malam. Dia pandang pula keluar kereta. Keadaan keliling nampak lengang. Manusia-manusia yang lain dah balik rumah untuk tidur agaknya. Lepas tu,dia bawa mata pada orang disebelah yang tiba-tiba diam hampir sepuluh minit yang lalu. Satu keluhan dihela bebas. Dua kali gelengan dibuat. 


“Berani pulak dia tidur dengan adanya stranger di sebelah? This girl memang la... masalah betul.” Omel Izzat sendiri bila dilihatnya Irdini boleh tidur dengan nyenyak sekali. Dah tu tidur bila ada dengan orang asing macam dia pulak tu. Lepas dengan apa yang jadi pada dunia masa kini, dia boleh tak gentar langsung? Dan dia adalah seorang gadis. “Masalah jugak la dekat aku yang nak kena kejutkan dia ni.” Sambung dia lagi dengan muka penat. “Hei, bangun.” Kejut dia sambil menghala pandangan ke arah lain.


Tapi sayangnya, gadis itu hanya kaku tanpa memberikan sebarang respons.Terus tidur tanpa perlu rasa gerun memikirkan apa yang stranger disebelah ni boleh buat pada dia.


“Excuse me. Wake up, please.”Izzat mencuba lagi. Dengan harapan Irdini akan bangun dari tidur dia yang nampaknya macam nyenyak sekali.


Dan masih lagi sayangnya... Irdini terus melayan tidur macam dah tak ada hari esok.


“Ya Allah...” Seru dia perlahan. Dah la tak tahu nak kejutkan macam mana. Kalau nak kejutkan Wawa memang ada banyak cara. Dengan cuba menampar pipi adiknya itu dengan berkali-kali. Main picit hidung sampai dia tak boleh nak bernafas. Tak pun, ugut nak delete drama-drama korea kesayangan dari hardisc. Atau terus jerit dekat telinga sampai nak robohkan rumah. Yang terbaik, guna khidmat Puan Aryana. Dengar suara macam mesin padi lalu tepi telinga ibunya itu, corfirmed bangunlah budak Wawa macam baru lepas hadap mimpi seram. Tapi, orang sebelah ni bukan Izzati Najwa. Bukan kembar kesayangan. Bukan jugak manusia satu ayah atau satu ibu yang nak dia sentuh sesuka hati. Macam mana nak buat? Dia mengeluh untuk kesekian kalinya. 


Lima minit berlalu dan dia masih lagi gagal buatkan gadis itu membuka mata. Dan sekali lagi dia menghela nafas. Kali ini kedengaran lemah. Tiga saat, dia mengubah posisi tubuh dengan meletakkan dagu pada stereng sambil pandang keluar. Okey, teruskan mencuba, Izzat Naufal.


“Ya Allah! Stesen minyak meletup!”


“7E terbakar!”


“Wei! Kereta kau kena curi!”


“Alamak! TTDI kena banjir!”


“Amanda and the gang cari kau!”


“Kau lewat nak pergi kelas!”


“Ada orang hysteria depan sana!”


“Hey! Pontianak karaoke tepi telinga!”


            Dan dia yang bernama Nur Irdini masih tenang dalam lena. Langsung tak terganggu dengan segala seruan-seruan Izzat yang nampaknya memang berusaha gigih dalam proses mengejutkan dia. Namun lelaki itu menghentikan usaha gigih itu bila dia tersedar diri dia diperhatikan oleh cashier perempuan dari dalam kedai 7E di depan sana. Mungkin pada telahan perempuan itu, dia sebenarnya sewel. Mana taknya, dengan gaya dan riak muka yang Izzat  buat sebentar tadi macam dia bercakap seorang diri. Walaupun ada Irdini disebelah, tapi gadis itu bukan dalam keadaan yang sedar. Dan bagi siapa-siapa yang melihat keadaan itu pun pasti akan buat telahan yang sama. Lelaki itu gila agaknya?


            “Ya Allah... Malu gila.” Daripada membalas pandangan aneh dari manusia di luar sana, dia mengalihkan kepala ke kiri. Masih dengan kondisi kepala sembam di stereng, dia merenung Irdini. “Troublemaker, kau betul ke nak tidur sini sampai ke pagi?” Gaya dia macam bercakap dengan diri sendiri. Tahap putus asa dia makin hampir nak sampai. Sejujurnya, dia sudah hilang idea untuk mengejutkan Irdini. Lama mata dia melekat pada wajah tenang itu. Tiba-tiba dia rasa pelik dengan hati dia ketika ini. Kalau diikutkan, boleh saja dia terus keluar pergi ambil basikal yang tersadai di hujung deretan kedai lalu terus kayuh dengan lajunya pulang ke rumah dengan meninggalkan Irdini di situ. Boleh saja dia tidak mencuba segala macam cara untuk mengejutkan Irdini dari tidur. Dan boleh saja dia tak punya rasa peduli untuk meninggalkan gadis itu di situ tanpa sebarang makluman. Tapi, kaki dia berat untuk melangkah dari situ. Hati dia berat untuk cuba membuang rasa peduli yang dia ada untuk gadis itu ketika ini. Dan otak rasional dia mengarahkan dia jangan meninggalkan gadis itu macam orang tak ada hati dan perasaan di situ. Dan betul, dia tak tahu kenapa.


            “Kenapa kau buat aku ada rasa macam ni? Padahal kau bukannya penting bagi aku pun. Kau bukannya sesiapa.” Tutur dia dengan perlahan sekali. Tanpa punya niat untuk didengar oleh Irdini.           

            “Eh, kita dekat mana?” Irdini yang tiba-tiba terjaga dari tidur terus bawa mata ke luar kereta. 


            Izzat tersentak dua saat. Cepat-cepat dia angkat kepala dari stereng. Menegak dia sambil menghala pandangan ke depan. Berusaha untuk kawal muka dari riak cuak. Iyela, kalau kantoi aku ushar dia kejap tadi tak ke naya. Mahunya malu setahun. Kejap! Dengar ke tak dia apa yang aku cakap tadi?


            “Kita dah sampai ke?” Sambil menggosok mata dan masih dalam keadaan mamai, dia bertanya. Izzat dipandang tiga saat sebelum mata dibawa pada jam di dashboard.


            “Dekat setengah yang lepas, kereta ni selamat parkir dengan jayanya di sini.” Sarkastik ayat balas yang diutarakan. 


            “Seriously?” Mata yang asalnya berat untuk dicelik akhirnya terbuntang luas. “Dan dalam setengah jam tu kau tak ada rasa nak cuba kejutkan aku? Walaupun hanya sekali?”


            “Pardon me?” Besar matanya membalas renungan Irdini. “Kalau kau nak tau la kan, aku dah macam orang sewel sejak setengah jam yang lepas.”


            “Macam orang sewel?” Irdini pamir muka tak faham.


            “Whatever.” Rengus Izzat lalu membuka pintu kereta dan meloloskan diri keluar. Tak ada mood untuk terus bertekak di situ. Dah tengah malam kut. Bukan ke sekarang ni dah sampai masanya untuk tidur? Dia mengatur langkah ke tempat dimana letaknya basikal dia yang ditinggalkan sebelum menghantar Acik Noli pulang ke rumah tadi. Namun baru beberapa langkah, dia berhenti. Terasa pelik tiba-tiba. Tiada sebarang jeritan mahupun suara Irdini yang biasa dia terima. Padahal dia tinggalkan gadis itu tanpa jawapan kepada pertanyaan dari Irdini tadi. Jangkaan dia, gadis itu tak akan berpuas hati dan terus akan menjerit bertanyakan dia tentang jawapan seperti hari tu. Tapi, ini kali macam tak ada pun. Nak kata dah balik, tak ada dengar bunyi enjin kereta. Dah tu? Penat membuat adaian sendiri, akhirnya dia mengambil keputusan untuk menoleh ke belakang. Betul, Irdini masih lagi di situ. Dan dia sebenarnya...


            Seriously? Boleh dia sambung tidur lagi?” Izzat terkedu sesaat sebelum bergerak menghampiri MYvi yang dipandu sebentar tadi. Sampai di pintu kereta, dia mengetuk beberapa kali.


            Terasa tidur diganggu, dia membuka mata. Cermin kereta diturunkan. Dengan muka mamai, dia merenung Izzat. “Uh?”


            “Boleh aku tau, kau buat apa lagi di sini?” Dia bertanya sambil menundukkan sedikit kepala mencari mata Irdini.


            “Tidur kejap.”


            “Dekat sini?”


            “Lima minit.”


            “Sebab?”


            “Aku macam tak mampu nak balik rumah sekarang ni.” Dia kembali memejamkan matanya.


            “Walaupun rumah kau jaraknya hanya sekangkang kera dari sini?” Terjegil sedikit matanya ketika ini dengan ragam Irdini. 


            “Hmm.” Pendek jawapan itu. Sumpah! Tahap kantuk Irdini memang dah sampai ke infiniti. Dah tak boleh dikawal lagi. 


            Respons gadis itu mendorong dia membuat satu keputusan. Dia menapak ke pintu bahagian pemandu yang masih kosong. Irdini masih lagi kekal di kerusi sebelah walaupun Izzat dah keluar dari kereta sejak tadi. Sekali lagi cermin kereta diketuk. “Unlock the door.”


            “Lima minit.” Ujar Irdini dengan mata yang terpejam. 


            “Unlock the door, I said.”


            “Ye.. ye..” Ketukan pada cermin kereta makin kuat dan betul-betul mengganggu nikmat tidur lima minit yang sangat berharga pada Irdini. Kunci pada pintu kereta ditarik. “Kau nak apa?” Dengan bengang dia menyoal Izzat yang dah pun duduk di kerusi sebelah.


            “Alamat rumah kau.”


            “Hah?”


            “Aku orang last yang berada dengan kau malam ni. Dan kalau apa-apa terjadi dekat kau karang, aku jugak suspek yang akan dikecam. Dan sesungguhnya aku tak rela itu. And now, sila kasi alamat kau untuk senang aku hantar kau balik rumah dengan selamatnya. Please.” Rasa hairan Irdini dijawab dengan tegas. Serius muka Izzat ketika ini.


            Lepas terpana selama tiga saat dengan sindiran-sindiran ‘manis’ dari Izzat, dia mencebik. “Kalau dah ada orang offer diri nak hantarkan, memang lah aku sudi sangat kan. Dalam kawasan ni jek. 35, Jalan Pentomin.” Ringkas maklumat yang diberikan. Ah, dia kan tinggal dekat-dekat sini, mesti lah tahu nama-nama jalan yang ada di sini.


***

LEPAS lapan minit dia memandu, akhirnya kereta diberhentikan tepat depan pintu pagar rumah bernombor 35 yang disebut Irdini tadi. Tanpa berlengah, Izzat terus melolos keluar dari kereta. 


            Irdini yang memang dah hilang mamai ikut keluar dari kereta. Rasa kantuk yang teramat tadi lesap tiba-tiba bila Izzat mengofferkan diri untuk hantarkan dia sampai ke depan rumah. “Kau nak ke mana?” Melihat Izzat mula atur langkah, dia laju bertanya.


            Langkah terhenti. “Kau rasa aku nak ke mana waktu orang tidur macam ni?” Dia menjawab tanpa menoleh.


            “Okey. You are going home. Tapi... jalan kaki?”


            “Lepas aku tinggalkan basikal, what do you expect?”


            Terdiam sesaat dengan muka bersalah. “Aku hantarkan kau balik?”


            “Tu pun bila kau dah buktikan yang diri sendiri pun orang kena tolong hantarkan balik rumah?”


            Okey, soalan menyindir. Mata tepat ke jalan yang lengang. “Tapi dekat tak dekat rumah kau, jauh jugak kot. Kena hadap lima enam lorong rasanya.”


            “I can fix it myself.” 


            “Yeah.. tapi..”


            “Tak payah baik hati nak tolong risaukan aku. Kau patut sibuk risaukan diri sendiri yang memang tak peka dengan keadaan dunia sekarang ni.”


            “Uh?” Irdini tayang dahi berkerut.


            Izzat masih dengan muka selamba. “Pergi masuk dan sambung tidur kau yang terganggu tadi.” Kata dia sebelum menyambung langkah meninggalkan Irdini yang terkebil-kebil di situ.
***

P/s :- sorry diri ini terrrrrlalu lambat upload new entry... thanks kalian terrrrrsanggup tunggu sampai sekarang...

28 comments:

  1. Ada n3 baru to zarith hehehe(imah)

    ReplyDelete
  2. tq.... walaupun dh lamaaaa
    tggu smbungn... realy appreciate it... nnti smbg lg tau..

    ReplyDelete
  3. Best...
    Walaupun dah berkurun lama tunggu sambungan cerita ni.... #^_^

    ReplyDelete
  4. Rasa nak nangis guling2. Akhirnya,ada n3 baru.lama gile menunggu. :)
    Giler xberhati2 irdini ni.nasib baik abg izzat dh bekenan ckit2
    -nuyrah-

    ReplyDelete
  5. amboi nini ni..
    tdo ke buat2 tdo ni..
    bile c abg nk tau pasal nini ni..?

    ReplyDelete
  6. Comel je izzat....:D

    ReplyDelete
  7. yeahh. akhirnya...!! thnz akak :)

    ReplyDelete
  8. yeahhh. akhirnya....!! thnks akak :)

    ReplyDelete
  9. lamanyer tggu citer ni...cepat lah sambung...

    ReplyDelete
  10. Bestnyaaa dah ade balek. Hehe. Suka2!

    ReplyDelete
  11. uwaaaa... tolong la sambung lg..

    ReplyDelete
  12. sambung lg pliss

    ReplyDelete
  13. Long time no see :) cpt cpt upload nxt entry

    ReplyDelete
  14. Omoo omoo omoo..sweet sangat ijat..wawa mane?? Hee..best2..nak lagi, can aa?? ^^

    ReplyDelete
  15. yayyyyy....rindu datang lagi...lama gilerrrr x baca citer izzat and najwa...hampir dilupakan kewujudannya...terbitkan buku cepat2...boleh saya buat koleksi dan baca berulang2 kali bila ternampakkannya :)

    ReplyDelete
  16. Uuhhhh..lama betul nk tggu n3 br dr uuuu..... lps ni blh ke bg kerap sikit...rindu sgt ni..

    ReplyDelete
  17. Uhh....lama tol nk tggu,n3 br dr uuuuu......lps ni blg kasi kerap x ..rindu lorh...

    ReplyDelete
  18. haha yeah memang sangat la lama nanti novel ni. but worth it la. hope dapat habiskannya cepat or lagi best klo bukukan,hehe. nak wat koleksi.
    suka bila izzat dah fall in love. semoga idea lebih byk dtg n byk masa tuk menaip n ada semangat utk taip.wink.

    ReplyDelete
  19. finally... best sgt sambungannya... tapi sikit benor... hehehe apa2 pon... akak suke.... upload le entry baru dgn lebih kerap... tak pon bukukan aje... mesti ramai org nak beli nih...

    ReplyDelete
  20. finally, new entry... terima kasih dik, kerap2 le upload new entry... tak sabar nak tau citer selanjutnya... tak pon adik bukukan aje... mesti ramai yg nak beli...

    ReplyDelete
  21. waaa...lame giler x update.....terima kasih sbb ada entry baru nie...
    P/s rindu nk bace sweet sour...huhuh

    ReplyDelete
  22. Aku mmg rasa nak cium ko ~~ :) sgt2 selepas berabad ko tak update.. Ohh zarith... Terima kasih ~~ :)

    ReplyDelete
  23. Wahh setelah sekian lama..tnx.. cepat2 naikkan en3 bru ..

    ReplyDelete
  24. oh my . my >..< lmbt gila alert new entry ==" anyway, thanks !!! enjoy it!

    ReplyDelete
  25. cool nye laa makhluk bernama izzat itu..isk3

    ReplyDelete
  26. hahaha..setelah sekian lame x mengomen blog kau dsbbkan kau y terrrrrraaaaaaaaammmmmmmmmaaaaaaaaatttttttt busy..as usual sgt sukkkkeeeeeeeee mnghabis kn mse bce crite ko y slalu buat ak mcm org dkt tnjung rmbutan sbb sengih2 gelak2 sorg2 dkt dpn komputer...sekian..

    ReplyDelete

toucholic

toucholic

Hot N Cold

Hot N Cold
Apa yang terjadi bila air panas bertemu dengan ais cube?

sweet sours

sweet sours
friendship is a sweet relationship

Bila Amar Dah Suka Dia

Bila Amar Dah Suka Dia
Inilah jadinya bila Amar dah jatuh chenta