Chill Out ~~ ^_* (kalau tak suka lagu boleh stop kt atas ni)

new updated!


new n3 :-)

# Hot And Cold (Bab 5)
# Hot And Cold (Bab 4)
# Hot And Cold (Bab 3)

* my new email (YM, FB) :"carl_aryana89@yahoo.com"

(^__^)

(^__^)

Kalaulah Hot n Cold dapat peluang ke untuk ke versi cetak.. apa kata kalian?

Sunday, January 5, 2014

TOUCHOLIC 29

“SABAR?” Mencerlung mata Izyan merenung muka Irdini. Mereka ketika itu sedang berada di tempat parkir kereta nak menuju ke perpustakaan. “Kau tau tak yang aku setia sabar dengan kau sejak dari tadi lagi. Dah la susah nak bangun. Lepas tu mandi pun berjam-jam. Dengan make up bagai. Tau tak kita dah buang masa banyak jam?”

            “Yela.. Aku salah. Tapi kejap la. Aku nak pakai sirum rambut ni ha.” Sambil menghadap cermin kereta, dia memicit sirum ke tangan sebelum diraup ke rambut.

            “Nini, kita nak masuk study dekat library je kot. Bukannya nak pergi jejalan dekat Pavilion ke hapa. Kau tapayah nak touch-up lebih-lebih boleh tak? We’re already late!”

            “Kau faham tak apa maksud jaga penampilan? Kau ni orang suruh baca magazine tanak. Buang masa konon dengan magazine tak berfaedah. Ey, kita orang perempuan ni seharusnya...”

            Enough! Enough of you ntahapahapa magazine. Tak habis-habis dengan fakta karut kau tu. Dah ah... aku masuk dulu. Nanti kalau kau dah siap touch-up, dah confident jelita kalahkan Scarlett Johansson tu, kau sila la masuk ke dalam library ye? Sekarang ni dah nak dekat exam. Dah masuk study week. Kalau kita lambat, karang takde tempat.” Tokok Izyan yang mula mengatur langkah meninggalkan Irdini. Minah ni betul la buat aku hilang sabar. Haih!

            “Yela! Dari kau terpacak membebel dekat sini, ada baiknya kau pergi cop tempat.”

“Aku tau lah! Eeii... Kalau kau cakap tapayah tunggu kau awal tadi kan senang. Membazir masa dengan air liur aku je dekat sini!” Nak juga Izyan membalas. Tak puas hati betul dengan kawan dia yang seorang tu. Lepas tu dia dah hilang dari balik bangunan. 
 
“Membebel, mengalahkan opah.” Tangan ligat mengurai rambut yang panjang paras bahu. Hairban warna biru muda diseluk keluar dari beg dan disangkut kemas atas kepala. Juntaian anak rambut dielus pada dahi. “Now, I’m totally perfect.” Dia mula bawak keluar ayat masuk bakul angkat sendiri. 

Bila dah yakin dengan penampilan diri dari atas sampai bawah, Irdini berkira untuk mengatur langkah. Namun lepas beberapa saat, derapan kaki yang laju berubah rentak perlahan bila sesuatu menjengah dikepala. “Aku ada bawak fon tak?” Tanpa berhenti dia tunduk membelek ke dalam beg sandang dibahu. Dikodek-kodek kasar segala khazanah yang ada dalam beg itu. “Takkan kot?” Risau kalau-kalau gajet kesayangan tertinggal entah di  mana-mana. Selalu ada je dalam beg ni. “Mana aku letak ni. Tadi lepas... Ya Allah!” Tenggg! Satu hentakan pada dahi datang serentak dengan satu rasa sakit yang perit teramat sangat. Tanpa sempat dikawal, rentak kaki jadi tak seimbang dan tak sampai pun sesaat dia dah terlentang di atas lantai dengan ‘chanteknya’.

            Mata yang terpejam, dia celikkan balik. Menyedari diri kini berada dalam keadaan tak strategik, dia cepat-cepat berdiri. Macam kilat dia toleh  kiri kanan. Mencari kot-kot la ada mata-mata yang dah tertonton babak stunt dia tadi tu. “My God! Alhamdulillah.” Seru dia dengan perasaan yang sangat lega. Nasib baik takde makhluk yang berakal sempat tengok freeshow aku. “Adoi laaa...” Mencucuk-cucuk rasa perit di dahi. Disentuh lembut pada bahagian yang dah mula membenjol. “Gila sakit. Apa yang aku redah tadi?” angkat mata mencari objek yang tersangkut kemas pada dinding. “Fire extinguisher!?” Membuntang mata dengan tong besi warna merah yang dah ‘dicium’ dia kejap tadi. “Mahunya bengkak seminggu dahi ni.” Laju tangan dia mengutip benda-benda alah yang terdampar bersepah di atas lantai dan dimasukkan balik ke dalam beg sandang.

            Troublemaker, kau memang selalu buat trouble kan?”

            Soalan yang datang bersama kehadiran sesusuk tubuh yang berada tiga meter didepan dia, buatkan dia terkedu. “Kau!”

            Mata bulat itu direnung hanya dua saat sebelum dia kalih pandang arah lain. 

            “Kau nampak?”

            “Kau rasa?”

            Muka merona tetiba. Dia jadi malu. Malu pada lelaki yang tengah berdiri depan dia sekarang ni. “Okey, kau memang dah nampak. So aku tapayah nak cover ke hapa.”

“Kau memang clumsy ke, troublemaker? Fire extinguisher yang memang besar gedabak dekat situ pun kau boleh redah?” 

 “Ye, aku memang clumsy. So what? And one more thing. Stop calling me troublemaker. I am not that kind of people.”

“But its proven... just now. Obviously. So, aku salah teka?”
 
“Err.. aa..” Dia tengah fikir apa yang nak dijawab. “Whatever!” Hanya ayat itu yang terkeluar. Malas nak cakap banyak, dia berpusing dan mengatur langkah. 

“Excuse me!”

“Apa lagi?” Dengan muka marah dia menoleh mendapatkan muka Izzat.

 “You left something on the floor.”

“Hah?”
          
           Tanpa suara, Izzat mengerlingkan matanya ke bawah. 

            Irdini ikut melakukan perkara yang sama.”Ya Allah!” Pentiliner!?? Melihat benda alah warna pink yang berada kira-kira duapuluh sentimeter dari kaki Izzat buatkan dia terkedu keras disitu. Lepas tiga saat, pantas dia bergerak mengutip benda alah itu. “Eh, tisu aku terjatuh pulak.” Kata dia sambil menyegih kekok. “Thanks.” Dan lepas tu Irdini terus bergerak laju meninggalkan Izzat di situ.

            “Tisu?” Izzat senyum sendiri. Macam lah aku tak ada adik perempuan?  Kalau dah clumsy tu… clumsy jugak. Masalah betul...

***
“GILA belakang.”

“Belakang tak belakang. Ini je yang ada. Kau tak payah nak banyak bunyi. Siapa yang lambat?”

Izyan yang berada bertentangan dengan dia, dikerling. “Ye, aku salah. Stop nagging at me boleh tak Cik Izyan?”

            Merengus geram. Rasa tak puas hati dengan kelambatan Irdini masih ada. 

            “Ada orang ke sebelah aku ni?” Buku-buku yang terbuka bersama pen yang bertaburan di meja sebelah buatkan dia bertanya.

            “Yela kot. Aku datang tadi pun orang dia dah tak ada.”

            “Oh.” Buku-buku yang dibawa mula dibuka.

            “Kau nak study apa?” 

            Control.”

            “Tapi bukan ke paper Power-E dulu?”

            “Aku kena sentuh jugak Control ni. Kalau tak aku tak boleh nak study subjek lain lagi. Power-E aku ada jugak study sebelum ni. Control ni ha aku macam meng-anak-tiri-kan sikit. Aku kena start hadap dah. Sehari je gap kot antara Power-E dengan Control. Kang tak sempat, meraung aku dalam dewan nanti.” 

            “Yela-yela. Aku nak buat soalan past years Power-E. Kau kan experted subjek nih. Kang aku tak tau aku tanya kau.”

            Expert lah sangat kan. Aku pun merangkak lagi nih. Tapi, kau tanya InshaAllah aku try.” Balas Irdini sebelum menadah tangan untuk membaca doa. Doa sebelum belajar. “Bismillahirrahmanirrahim…” Lepas sebelas saat, tangan yang ditadah diraup ke wajah, “Ameen.”

            Ameen…” Izyan ikut mengaminkan jugak. “Eh kejap!” Izyan menyerang tetiba. Mata tepat ke muka Irdini. “Dahi kau dah kenapa? Merah. Bengkak jugak, beb.”

            Dahi yang agak benjol diraba perlahan. Haah la... bengkak. “Tadi tu...”

            “Kau clumsy lagi ke?” Belum sempat Irdini nak buat penjelasan, Izyan terlebih cepat buat andaian. 

            “Eheeee...” Menyengih sebagai jawapan. “Sikit la.”

            “Sikit apa kalau dah bengkak merah macam ni?” Berdiri seraya tangan mendarat ke dahi temannya itu. “Kau ni kan... ada je trouble yang kau nak buat kan?”

            “Kau fikir aku suka ke sakit macam ni? It was an accident. And I never asked for this damn pain anyway. Cool?” Hela nafas berat. Geram juga dia bila dibebel si Izyan. Orang tengah sakit bengkak cenggini, lagi mau berleter. Sebenarnya sebelum ditegur Izyan tadi, tak berapa nak rasa sangat sakit tu. Tapi lepas kena bebel je terus rasa sakit tu berdenyut-denyut. Hujung jari telunjuk berlari perlahan pada ‘tempat kejadian’. Cermin kecil yang sentiasa ada dalam pencil case warna kelabu atas meja ditarik keluar lalu dipantul ke dahi. “Bengkak teruk la, Yan.”

            “Tu sebab la aku bising. Teruk tau tak?” Bentak izyan yang masih lagi dalam mood mak-mak orang. Melihat keadaan dahi temannya itu dia jadi risau. Memang lah takde patah riuk dekat mana-mana. Tak luka berdarah ke apa. Tapi sikap Irdini yang terlalu careless dan clumsy itu buatkan dia susah hati. Kalau careless tak menyusahkan atau menyakitkan diri sendiri tak apa lagi. Ini...sebaliknya. Dan ini bukan kali pertama budak perempuan tu dapat sakit, tapi dah banyak kali kot. Sampai dah tak terkira. Sakit yang dia dapat disebabkan oleh sikap tak berhati-hati dan cuai dia yang dah sampai tahap tak boleh nak susut. Tak boleh nak diubah habit negative si Irdini yang satu itu. Haih!

            “Yannnn...” Macam selalu, bila jadi macam ni panjang nama Izyan dikelui. 

            Stop whining! You did it yourself.” Pintas Izyan bila Irdini baru saja nak mula merengek macam budak umur tiga tahun. “Kau redah apa?”

            “Fire distinguisher...?”

            Dua mata terpaku pada muka lelaki yang dah duduk dikerusi sebelah Irdini. Lelaki yang tiba-tiba menyampuk tanpa menoleh ke arah mereka walau sesaat. 

            “Kau?” Dengan bibir separuh ternganga, pandangan dia masih tepat ke wajah itu. “Kau ikut aku sampai sini kenapa?” Satu soalan yang mampat dengan aura perasan.

            Diam. Soalan itu tak dijawab. Buku-buku yang terbentang luas atas meja ditarik rapat ke tubuh. 

            Oh, tempat kau. Aku yang perasan.” Tokok Irdini bila dah sedar tentang alasan sebenar kemunculan Izzat di situ. 

            “Eh, kau savior ke dua Nini kan?” Izyan mencelah tetiba dengan nada terkejut. Dengan jari telunjuk tertuding ke arah Izzat, dia menyambung, “Alhamdulillah, akhirnya aku dapat tengok kau face to face macam ni.” 

            Reaksi over-excited si Izyan mengundang rasa pelik pada Izzat. Mata dibawa ke muka Izyan. 

            “Yela... aku selalu dengar cerita pasal kau. Tapi tak pernah berdepan macam ni. Kalau tengok pun dari jauh je.” Sungguh-sungguh Izyan bagitahu. Tak tahu lah kenapa dia teruja sangat dapat tengok budak lelaki sebelah Irdini itu.

            “Kau dah kenapa, Yan? Gaya excited tu macam tengah tengok Hugh Jackman sebelah aku je?” Irdini mencelah. Tebiat ke apa budak Izyan ni?  

            “Takde la... Selama ni aku banyak dengar kau cerita pasal savior ke dua kau ni. Izzat itu, Izzat ini... Dia buat itu, dia buat ini... Dia berlagak tapi baik jugak. Dia annoyed tapi charmed jugak kadang-kadang. Dia...”

            Stop!” Irdini yang dah merah muka terjerit kecil dengan telapak tangan betul-betul depan muka Izyan. Apa kes ni nak buka cerita aku puji mamat ni dekat sini? Haish!

            “Upss! Am I too much?”

            Indeed!” Mata garang merenung Izyan yang tengah pekup bibir sendiri. “And yet, do realize that we are at the library right now. Where is your ‘keep silence’ attitude?”

            “I am sorry?” Izyan tunjuk lagi sengih dekat Irdini.

            “Thanks for those compliments, anyway. But... savior ke dua?” Tak tahu kenapa, Izzat tiba-tiba jadi curious. Yela, kalau dia savior yang ke dua, maksudnya ada savior yang pertama. Dan ini bermaksud...

            “Haah... kau yang ke dua. Yang pertama kitorang tak sempat tegok muka dia. Tak tahu macam mana dia punya rupa. Dia yang pertama tu savior yang selamatkan Nini dari tersembam dekat lantai tak lama dulu tu. Yang dekat kafe... yang masa...” Izyan telan masuk balik ke dalam kerengkong. Baru tersedar yang dia memang dah melampaui batas. Muka tegang Irdini dipandang takut-takut. “Sorry...” Bawa mata ke muka Izzat pula. “Setakat tu je aku boleh cerita. Sekian...”

            “Study and keep quite!” Bisik Irdini tegas kepada Izyan. Tahulah kita ni duduk agak jauh dari pelajar lain, tapi inikan perpustakaan. Memang dah termaktub dalam adab ketika memasuki perpustakaan bahawasanya jangan dibuat bising.

            Izzat hanya tayang muka tak beriak sebelum nafas lega dihela. Buku yang terbiar, kembali diselak. Tanpa kedua-dua gadis itu sedar, dalam diam dia mengukir senyum. Tak ada beza pun antara savior pertama dengan savior ke dua sebenarnya. Hati dia berdetik... 

****************************************************************************************************************
Riana Shah nah ini -------<@@@ dan jugak... kawan-kawan semua... =)


32 comments:

  1. izzat nini... rindu giler!
    izzat cool jew... =)

    ReplyDelete
  2. silentreader said:-

    they so sweet..
    mr savior izzat..me crazy of u...
    <3 <3 <3

    cik writer.. kenapa dah lama x post pasal diorg ni? rindunyer la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. err.. crazy of him? eheee... ni dah post.. tq!

      Delete
  3. zarith nak lagiiiiii... =P

    -skyiffa-

    ReplyDelete
  4. I LOVE YOU so much ~~ sambung cepattttt !! Ijattttt !!
    Comelllllllllllllllllllll

    ReplyDelete
    Replies
    1. love sape? aku ke Ijatttt!!!??? haha.. tq!

      Delete
  5. hikhikhik..
    akhirnya..
    hero tuh..

    ReplyDelete
  6. nak lagi cik writer...
    suka izat dead serious! (wani)

    ReplyDelete
  7. Oh my rindu sm twin ni punya ceta... bila mau sambung lg,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. akan sambung... nnt2 mngkin.. InshaAllah... tq

      Delete
  8. x ada beza pun savior pertama dgn ke dua... izat senyum dlm diam..
    Oh my!.. the coolest guy in de world!

    ReplyDelete
    Replies
    1. the coolest guy in the world? eheee... tq2

      Delete
  9. dah kenapa izzat nak hela nafas lega pulak ye.hahaha something-something ke.hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. something2? teringat carl-aryana... eh tetiba.. hehe

      Delete
  10. waaa....sweet... melting ok baca...izzat!!! hehe

    ReplyDelete
  11. wahh,,rindu giler!!
    haha. clumsy btl irdini

    ReplyDelete
  12. how sweetttt.... update la lagiiii.... =)

    ReplyDelete
  13. dulu ngn bapak sekarang dengan anak pulak...
    ahhhhhhhh tidakkkk jatuh betingkat2 dah nie
    ad x sempat nk amik paper power-e lusa heheheheh

    ReplyDelete
  14. sweet sngat.. izzat is soooo cool.. akak zarith the best!

    ReplyDelete
  15. nk berangan izzat cool bwk masuk mimpilah..haha
    luv his character..melting ~ melting ~

    ReplyDelete
  16. akak zarith bila na msuk an cite toucholic.. x saborr ..izat cool.. irdini sweet in trouble..huuhuhu...nak agiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii :)

    by :siti :)

    ReplyDelete
  17. babe gelak tergolek bce crite ko satu hal..
    bace comment dkt blog kau stu hal..
    curios psal character ko lgi stu hal...
    hihihihihi..

    ReplyDelete

toucholic

toucholic

Hot N Cold

Hot N Cold
Apa yang terjadi bila air panas bertemu dengan ais cube?

sweet sours

sweet sours
friendship is a sweet relationship

Bila Amar Dah Suka Dia

Bila Amar Dah Suka Dia
Inilah jadinya bila Amar dah jatuh chenta