Chill Out ~~ ^_* (kalau tak suka lagu boleh stop kt atas ni)

new updated!


new n3 :-)

# Hot And Cold (Bab 5)
# Hot And Cold (Bab 4)
# Hot And Cold (Bab 3)

* my new email (YM, FB) :"carl_aryana89@yahoo.com"

(^__^)

(^__^)

Kalaulah Hot n Cold dapat peluang ke untuk ke versi cetak.. apa kata kalian?

Wednesday, May 14, 2014

Toucholic 30



DUA jam berlalu... Izyan akhirnya panggungkan kepala sebelum mengetuk buku Irdini. Irdini yang masa tu tengah kusyuk menganalisis lukisan litar-litar elektronik yang berselirat, angkat muka menghadap Izyan.
            Yes?”
            Tunjuk perut dengan ibu jari sambil buat muka simpati.
            “Lapar dah?” Faham dengan isyarat itu, Irdini menyoal. Jam pada tangan dikerling sekejap.
            “Satu dua puluh.” Izyan mencelah. “And I’m dead hungry. Indeed!”
            Tanpa banyak cakap, buku yang sedang dikaji ditutup. “Jom.” Dah sedia maklum dengan tabiat Izyan. Kalau dah dia kata lapar, memang kena sumbat makanan masuk mulut cepat-cepat. Karang kalau dia mula jadi lembik lutut tak boleh nak berjalan jadi satu hal pulak. Nak kena pimpin bagai.
            “Kau rasa boleh tahan lagi tak? Solat dekat surau library dulu? Lepas tu baru pergi cari makan. Cemana?”
            “Perut aku boleh consider dengan hal-hal yang wajib nih. Okey lah.” Terus Izyan kasi persetujuan. Cadangan Irdini diterima sebulatnya. Solat lima minit je pun. Bukannya setengah jam. Tak perlu ada istilah tak sempat nak mengerjakan solat sebenarnya. Sebab masa yang diambil untuk solat tu sekejap je kot.
            “Cool. Let’s go.” Pamit Irdini sambil-sambil tu lincah mengemas buku-buku dan kertas-kertas yang berterabur atas meja.
            “Tuuu...”
            Tangan dia terhenti bila melihat muncung Izyan menghala ke orang sebelah dia. Toleh kanan. Izzat yang kusyuk menulis sesuatu di atas kertas diperhati. Dengan telinga yang bersumbat earphone, mulut lelaki itu terkumat-kamit menghafal sesuatu. Yang pasti bukan lagu. Fakta-fakta yang berkaitan dengan jurusan dia mungkin. Maklumlah, dia kan lawyer-to-be. Irdini jadi pelik tetiba. Bagi manusia yang normal macam aku biasanya masa study calculation logik jugaklah nak dengar lagu ke apa. Tapi kalau tiba bab menghafal teori dan fakta, bukan ke wajib kena sunyi? Kalau tak mananya semua tu nak melekat dekat otak? Atau dia mungkin budak genius? Atau aku aje yang macam tu? Atau dia memang pelik? Atau... tekaan aku yang pertama tadi tu betul? Haah... Aku rasa dia memang genius. Yela, selalunya budak cool and uncommunicative ni diorang biasanya jarang bercakap. Tak suka bersosial. Banyak masa yang dihabiskan untuk study. Eh, tapi tu bukan teori yang merujuk kepada budak skema ke? Skema dengan cool tak sama rasanya. Tak ke? Monolog Irdini sendiri.
            “Aku tak suruh kau ushar dia sampai tembus pun?”
            “Oh dia cool!” Sergahan Izyan yang datang tanpa amaran buatkan dia tersentak. Gosok dada dulu sebelum tangan ditepuk laju pada bahu Izyan. Bila masa opah ni berdiri kat sebelah aku? Eesh!
            “Nampak. Sangat jelas. Dia memang cool.”
            Dengan rasa gelabah, mulut Izyan ditekup kuat. “Kau jangan nak melalut!”
            “Aku kasi isyarat suruh kau ajak dia pergi makan dengan kita. Bukannya suruh kau ralit tenung dia macam tak ada hari esok. Tahu?” Kata Izyan sambil tersengih mengusik. Bahu Izyan dilaga dengan bahu dia. “Something-something, huh?”
            “Nonsense! Dah jom.” Ajak Irdini kalut-kalut. Cuba nak mengelak dari tekaan Izyan yang dah berjaya buatkan jantung dia berdegup kencang. Dan dia tak tahu puncanya kenapa?
            “Kau ni tak baik tau. Alang-alang nak pergi makan tu, ajak la dia sekali. Dah kata dia tu kau punya savior, time ni la nak balas budi. Payung makan ke apa.”
            Genggaman pada lengan Izyan yang ketat tadi berubah longgar. Kata-kata gadis itu ditimbang-timbang. Macam ada betulnya pulak. Walaupun dia kerek sentiasa dan berjaya buat aku pernah ada tanam niat nak tikam dahi orang bertubi-tubi, tapi dia banyak tolong aku sebenarnya. Kan?
            “Berangan lagi!”
            Sergahan Izyan, tarik balik perhatian Irdini. “Kau ni kan... Suka main terjah.”
            “Kau tu yang suka berangan. Entah apa yang dipuji lagi si savior hensem tu dalam hati pun tak tau la.” Izyan kupas senyum mengusik.
            “Hensem celah mananya? Mata aku tak kata macam tu pun.”
            “Kau betul la rabun tahu? Petang karang ikut aku pergi buat spek.” Cadang Izyan dengan muka toya. Mata tak lekang merenung belakang Izzat yang langsung tak sedar tentang berdirinya dia dan Irdini dibelakang. Tak sedar tentang topik yang dibincangkan oleh dua gadis itu adalah pasal dia.
            “Kau tu yang kena buat spek. Dia yang rabun cakap kita.” Balas Irdini. Dan sekali lagi dia menjemput kepulan awan khayalan. Hensem ke dia? Kalau aku tak kenal perangai dia, mungkin kot aku nampak dia hensem. Tapi bila dah tau perangai, memang annoyed je la yang aku rasa pasal dia. Haih!
            “Dia buat lagi...” Melihat Irdini yang diam tiba-tiba dengan mata merenung kosong entah ke mana-mana ditambah pulak dengan kening berkerut-kerut, dia faham sangat. Kawan dia tu berangan lagi, lagi dan lagi. “Cik Nini. Sudah-sudah la tu. Aku dah mula lembik lutut dah ni. Lapar wei lapar.” Bahu Irdini digoncang-goncang. Mengejutkan kawan dia yang dah sambung berangan.
            “Eesh! Kau ni kan... Halah-halah. Jom.”
            “Aku nak kau ajak dia jugak.”
            “Perlu ke?”
            Mengangguk sungguh-sungguh. Bahu Irdini ditolak ke arah Izzat. “Cepat ah.”
            Perlahan-lahan dia menapak mendekati kerusi Izzat. Sebenarnya boleh saja kalau dia berdegil menolak permintaan si Izyan itu. Tapi disebabkan hati dia ikut bersetuju dengan cadangan itu, dia mula tanam tekad. Tekad nak pelawa Izzat keluar makan dengan dia dan Izyan. 
                   
                  Izzat  sememangnya tengah tak sedar yang dia tengah jadi topik perbincangan antara dua gadis itu leka dengan penghafalan yang 'ditemani' dengan lagu It's Time-Imagine Dragons di corong telinga.
            Dia kini dah berdiri betul-betul belakang Izzat. Bibir mula bergerak nak mengatur ayat. “Err...”
            Belum sempat Irdini nak melontar suara, Izzat tiba-tiba berdiri. Perbuatan Izzat itu buatkan gadis dibelakangnya itu terkejut dan disebabkan nak mengelak dari bertembung dengan tubuh tinggi itu, Irdini jadi tak sempat nak mengimbang badan maka...
            “Ya Allah, Nini...” Melihat Irdini yang dah menyembam di atas lantai perpustakaan, Izyan jadi kalut. Tubuh si teman ditarik supaya berdiri.
            “Hidung aku dah patah, Yannn...” Rengek dia sambil pegang hidung. Rasa sakit tu memang tapayah cakaplah macam mana. Jari berlari menyentuh dahi. “Dahi aku bengkak lagi, Yannn...”
            Izyan pamer jelas riak cemas dan cuak diwajah dia. “Kau selalu macam ni. Clumsy tak sudah.Tengok hidung.” Hidung Irdini digosok lembut. “Alhamdulillah, takde patah takde darah. Tapi merah. Dahi pun makin bengkak. Dah la bengkak kena cium dengan fire exstinguisher tadi tak surut lagi. Tambah pulak dengan bengkak baru. Kau ni kan... Aku dah cakap jangan pakai heels tinggi macam gunung. Kau degil. Tengok, dia dah makan tuan.”
            “Sakittt...” Irdini mengongoi lagi. Tak tumpah macam budak umur tiga tahun jatuh masa belajar kayuh basikal.
            “Are you okay?” Lepas rasa tergamam dia hilang, Izzat terus bertanya. Muka Irdini yang menunduk cuba dicari. Tak nampak sebab terlindung dengan rambut ikal gadis itu.
            “Aku nampak okay ke?” Laju dia lipat tengkuk ke muka Izzat. Mata berkaca menahan perit. Muka merah sebab kesan daripada sembam dilantai dan ditambah dengan rasa bengang dengan Izzat.           
            “Merah.” Ayat itu keluar separa perlahan dari bibir Izzat. Jari telunjuk dituding ke muka Irdini.
            “Memang pun. Sakit tahu tak!?” Geram dengan kecuaian diri sendiri tapi ditempiaskan pada lelaki itu.
            But it wasn’t my fault. Apa yang kau buat belakang aku tadi?” Angkat kening sambil tepat merenung ke mata Irdini. Sendiri cari sakit tapi nak salahkan aku?
            “Aku... aku... Arghh! Malas ajak kau!” Tempik Irdini separa kuat. Lengan Izyan dicapai dan ditarik bergerak dari situ. Mata-mata penghuni di dalam perpustakaan yang melekat dekat dia, diabaikan. Apa pandang-pandang? Ingat aku berlakon teater ke apa? Tapi baru je nak masuk langkah ke sepuluh, dia berhenti menapak tiba-tiba.
            “Oi! Kau dah kenapa?” Marah Izyan. Irdini yang berhenti secara mengejut buatkan dia terlanggar belakang gadis itu.
            “Apahal la si lanun muncul saat-saat macam ni?”
            “Lanun?” Izyan bawa mata ke arah figura yang menjadi tenungan tajam sahabatnya itu. Amanda and the gang tengah berjalan masuk ke dalam perpustakaan. Dan mata minah tu memang tengah membalas renungan Irdini. Disertakan lagi dengan senyuman jahat. Nak cari pasal la tu.
            “Gila meluat aku tengok muka dia.”
            “Kau buat dunno je sudah. Ingat! Jangan nak bergaduh tarik rambut dekat sini.”
            “Tu pun kalau dia tak cari pasal dengan aku.”
            “Nini kau jangan nak buat hal. Dia dah dekat. Buat-buat tak nampak.” Saran Izyan kalut-kalut. Dalam hati hanya Allah saja yang tahu betapa cuak dan gelisahnya dia kalau Irdini-Amanda bersua muka. Pasti ada benda tak elok yang akan jadi.
            “Lagi tiga tapak. Macam mana aku nak buat tak nampak dia?”
            “Alaa.. Kau buat je la macam...”
            “Hai, Nini. How’re you doing?”
            Izyan ketap bibir. Tak sempat aku nak habis cakap dia dah timbul. Cepat betul dia menapak. Eesh!
            “Alhamdulillah. Fine.” Irdini jawab dengan muka ketat. Senyuman yang dilempar Amanda tak ada rasa dia nak membalas. Senyum yang ketara plastik memang tak ah aku nak balas.
            “Where’re you going?”
            “Mana-mana tempat yang tak ada kau.”
            Amanda kupas senyum sinis sebelum kalih tengok kiri dan kanan. Mata merayau ke sekeliling. “Only both of you? Where’s your handsome boyfie?”
            “Haah. Mana Izzat yang giler adorable  tu? Lepas malam tu kitorang tak nampak kau dengan dia. Korang dah break up ke?” Sherina si sahabat sehati sejiwa yang sama perangai tak bermoral dengan Amanda mencelah dengan muka teruja.
            “Atau dia kekasih upahan kau?” Amanda buat serkap jarang. Muka Irdini ditilik lama. Mencari jawapan dari riak wajah itu.
            Gulp! Telan liur. Bikin gua gabra betul minah ni. “Kalau betul apa ada hal dengan korang?” Dengan tangan bersilang didada, Irdini menyoal sebal. Busy body betul. Macam mana aku tak menyampah? Eeii!!! Macam nak terajang-terajang je muka dua ekor tenuk ni. Mengacau ketenteraman aku je. Dah la hidung dengan dahi ni tak henti berdenyut. Makin bertambah sakit pulak dibuatnya.
            Amanda tarik senyum herot. Ataupun secara tepat senyum sinis. “Aku dah agak. Memang tak ada lelaki yang sanggup bertahan dengan kau. Adam pun dah balik semula dekat aku. Kau memang sesuai hidup single sampai ke tua. Aku berani gigit jari la kalau kau dapat bertahan dengan anyguy more than one month. Malang betul kan nasib kau. Dah la takde ayah, ibu, adik beradik. Anak yatim piatu. What a pity girl...”
            What the... Kalau ikutkan hati, niat di hati dia kejap tadi nak ditunaikan. Niat nak terajang dua perempuan itu naik ke langit dan tak turun ke bumi sampai ke sudah. Tapi bila Izyan disebelah setia memeluk lengan dia, niat itu terpaksa dipadamkan. Hati kawan yang menjadi keutamaan dia masa ini. Lagipun dia belum hilang akal lagi nak tunjuk perangai bodoh dekat public.
            Okay. Done for today. Aku blah dulu. Adam my adorable boyfie dah tunggu tu. Kitorang nak pergi tengok movie kejap lagi. Aku harap kau tak jealous ea. Maklum lah....budak single macam...”
            Why’re you still here? Kan dah pesan suruh tunggu dalam kereta? Tadi cakap lapar.”
            Gulp! Sesusuk tubuh yang muncul dari belakang Irdini buatkan Amanda telan balik ayat ke dalam kerengkung.
            Suara garau yang kedengaran lunak ditelinga terus tarik padangan Irdini dan Izyan ke belakang. Dua-dua tengok muka Izzat. Dan dua pasang mata terbeliak hampir nak terkeluar.
            Dia? Celah bila dia timbul? Soalan itu terbit di hati. Terkedu Irdini makin bertambah bila melihat muka tenang si Izzat.
            Lain pulak dengan Izyan. Rasa terkedu dah hilang diganti dengan rasa kagum dan teruja yang teramat sangat. Wahh! Savior Nini dah muncul. How sweet!
            See? Her super duper adorable boyfriend is here. Siapa cakap diorang dah break up? Suka buat rumor tak bertauliah betul ah korang ni.” Cuak dan gelisah terus lesap. Muka ceria habisan dia tayang depan dua orang lanun itu. Dua lanun yang masa tu tengah tunjuk muka tak percaya diselang dengan riak kelat.
            “Excuse me. Sorry for disturbing your ‘discussion’. But I have to take her and her  for lunch. Mungkin boleh sambung borak nanti?” Malas nak menunggu dan jugak nak mengelakkan satu peperangan berlaku dekat perspustakaan, Izzat terus memainkan peranan. Bukan dia tak tahu yang Irdini-Amanda memang tak boleh nak berlaga pandang. Dan bukan dia tak perasan si  troublemaker masa tu tengah cuba sedaya upaya kawal dia punya temper. Timbul jugak rasa kesian dengan Irdini. Dah la tadi dapat sakit. Nak kena hadap dengan musuh tradisi pulak. Masalah betul. “Shall we go ladies?” Ajakan itu dituju pada pada Irdini dan Izyan sebelum dia bergerak mendahului mereka ke depan.
            Sure... Nini’s super duper adorable boyfie.” Sengaja Izyan tekankan dengan mendalam perkataan ‘adorable boyfie’. Dan dia percaya yang Amanda pun tengah makan dalam dengan ayat itu. “Okay guys. We’re leaving. Opss... Balik nanti jangan lupa gigit semua jari kau ea Amanda. Esok pastikan yang kau kudung masa datang kelas tau. Okay, beb? Daaa...” Lengan Irdini yang masih keras disitu ditarik berjalan melepasi Amanda dan Sherina. Satu senyuman yang maha sinis berserta lambaian ceria dihadiahkan buat budak berdua itu. Sempat mereka  dengar Amanda menyumpah seranah si Irdini namun hanya buat tak endah. Bodohlah kalau melayan orang yang kurang kesedaran sivik macam lanun tu. Ye tak?
            Sampai diluar perpustakaan, Izyan menoleh laju mencari kelibat Izzat. Kiri takde. Kanan tak nampak. Depan... hah! “That’s him!” Jerit dia bila susuk tubuh lelaki yang pakai t-shirt berkolar warna royal blue dipadankan denim hitam dah berjaya ditangkap mata dia. “And again dia dah selamatkan kau. Nak tak nak, apa jadi pun kau kena ajak dia keluar makan dengan kita. Muktamad!”
            “Muktamad kata kau!” Bingkas Irdini. Rasa sebal dan menyampah kepada Amanda kejap tadi masih tak hilang. “Aku tengah sakit fizikal dengan mental nih. Kau jangan nak tambah lagi boleh tak?”
            “Nini please... For this time, dengar la cakap aku. Kata kawan sampai syurga. Macam ni ke gayanya? Aku suruh kau ajak dia makan dengan kita je pun. Bukannya suruh kau ajak dia pergi kahwin dekat Siam ke hapa. And yet... kau dah banyak hutang dia. Hutang budi dibayar budi, Nini. Don’t you ever know? Do I have to keep reminding you about what you need to do and what you do not need to do? Hmmm?
            Dan buat yang kesekian kali, kata-kata Izyan ditimbang-timbangkan. Ada betulnya. Ada tepatnya. Lepas lima saat, dia merengus. “Kau memang kan!” Dengan muka sebal dia bergerak ke arah Izzat yang tengah berjalan menuju ke kawasan parkir kereta.
            Izyan terlompat gembira bila Irdini akhirnya termakan dengan pujukan dia. “Tak tahulah kenapa but I can feel that, there’s must be something between both of you. Seriously.” Izyan berkata kepada diri sendiri.
            Berlari-lari dia bila melihat Izzat mula nak buka pintu kereta. Bila lelaki itu mula memasukkan sebelah kaki ke dalam Vios 1.5 TRD warna putih, dia mengelui kuat. “Kau! Tunggu!”
            Agak terkejut jugak dengan kedatangan yang tiba-tiba itu. Tapi tak terlalu menonjol riak di muka. “No need to thank me. Benda biasa je.” Tenang ayat itu diutarakan.
            Huh? Mencebik dulu dengan mata tepat ke muka Izzat. Perasan atau menyindir sebenarnya ni? But fine. It’s true that I should thank him first. “Thanks for helping me just now.”
            “Just now?”
            “And before.”
            Kening dijungkit tinggi. “And before?”
            Berdecit sekali sebelum merengus tak puas hati. Kerek tak sudah! “Fine! For just now and many times before. Deal?” Mata membuntang terarah kepada Izzat yang masa tu membalas pandangan dia.
            As you wish... okay, deal with it.” Mengangguk sekali.  “Anything else?” Soal dia lagi bila Irdini masih berdiri terpacak di situ.
            “Kau nak pergi mana?”
            “None of your business?”
            Eesh! Ketap gigi. Suka buat aku termalu sendiri. Macam nak hentak dahi kau ke pintu kereta pun ada. Biar rasa sakit macam yang aku rasa sekarang ni. “Jom makan dengan kitorang?”
            Jungkit kening. “Pelawaan atau arahan?”
            “Ikut kau ah nak terima macam mana.”
            “Kau rasa?”
            Berdecit lagi buat yang entah keberapa kali. “Pelawa. So what say you?”
            “Get in.” Kata Izzat.
            “Huh?” Irdini tunjuk muka blur.
            Get in to my car.” Ulang Izzat lagi dengan ayat yang lebih lengkap sebelum dia meloloskan diri ke tempat duduk driver.
            Ternganga tiga saat sebelum otak mencerna sesuatu. It means... dia setuju? Senyuman yang dia tahu kalau tak dikawal pasti lebar sampai ke telinga itu, dia hanya kulum. Takkan nak tunjuk rasa teruja depan dia? Jangan Nini. Jangan! “Yan! Sini!.” Izyan yang dah berdiri disebelah kereta Irdini tak jauh dari situ digamit. 

*****************************************************************************************************************
P/S :- Izzat-Nini kirim salam... =P

44 comments:

  1. Waalaikum salam
    (Imah)

    ReplyDelete
  2. omooooo!!! finally... Izzat u r super duper adorable larr.. dgn clumsy tak hengatnya si nini...hahahh..
    zarith asal late posting entry?
    aku tertunggu2 dowh...
    neways tq 4 dis e3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sgt bz sejak 2 mnjak nih... tq 4 waiting.. =)

      Delete
  3. Finally finally! Thank you so much sis! Sumpah dah lama gila tunggu sis update�� Nak lagi nak lagi!

    ReplyDelete
  4. w'salam.. kim salam diorg balek... =P
    ejat nini are very cute couple ever... hihik

    ReplyDelete
  5. (Izah)

    rindu giler dgn diorg!..
    best sgt!
    kak zarith tolonglah slalu update

    p/s:- kim salam izat tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah... skarang bz x smpat nk menyambung...
      tq.. =)

      Delete
  6. miss this.hehe. sambung cepat blh?

    ReplyDelete
  7. nak lg
    nak lg
    bunga bunga chenta da nmpk da

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. mkn lama mkn obvious ea...

      Delete
  8. Wsalam..thnkz sis..bez n xsaba nk next n3.. ^_*

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 thanks sbb setia tnggu.. =)

      Delete
  9. how sweet...
    I want more.
    please zarith.

    ReplyDelete
  10. OMO... Izzat si adorable 'boyfie' dh menjenga muahaha...

    ReplyDelete
  11. hi zarith...
    lama tau akk tggu smbgn citer neh!
    pas nie lama jugak ker nk hibernate???!!! ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi kak.. heeeee... xtau lg bila boleh post.. thanks kak for keep reading...

      Delete
  12. waaa.... nak lg plis!

    ReplyDelete
  13. assalmualikum...best giler.ketawa sampi nak pecah perut.tumbs up ar!

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam... makaseh.. =)

      Delete
  14. Zarith, ini strategi ke... lama giler tak post entri... skl post... kebaboom... best wo.... tapi perasaan dpat entri baru ni mcam dapat bonus... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. strategi kah ini? tanya balik... so glad to read ur komen.. tengkiu~~

      Delete
  15. Zarith... tolong post sebulan sekali... atleast... lama betul tunggu n3 baru....

    ReplyDelete
  16. zarith... sokong dgn komen2 di atas..
    tolonglah update slalu...
    terseksa jiwa ni tau tak??
    btw.. tq so much...[eija]

    ReplyDelete
    Replies
    1. i'll try.. klu ada idea n masa.. InshaAllah soon.. =)

      Delete
  17. sy suka semua karya zarith natasha.. teruskan berkarya ya.. =)

    ReplyDelete
  18. best ! best ! best ! and JJANG ! dan, aku terlambat lagi =,= tapi betul kata org atas , tlg la update dua minggu skali ke sbln skali ke :'( serius, aku rasa nak menangis menanti entry baru :'( :'( sweet sour pn dah lama ilang :'( u are one of my fevret writer u know :'( sob . sob . pleaseeeeeeeeeeeeeee~ ^^'a ehee :P

    ReplyDelete
  19. sweeeettttt... saya suka....!!! nak lagi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq.. boleh.. Soon. InshaAllah.. =)

      Delete
  20. thanx for the n3..senyum di pg jumaat..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. lameeee giler x nmpak ko dkt sini.. thanks beb.. senyum smpai belakang telinga tau... =)

      Delete
  21. onyonyonyoyo....suke giles...aderhh...nak lg n lg n lg..pelisssssss

    ReplyDelete

toucholic

toucholic

Hot N Cold

Hot N Cold
Apa yang terjadi bila air panas bertemu dengan ais cube?

sweet sours

sweet sours
friendship is a sweet relationship

Bila Amar Dah Suka Dia

Bila Amar Dah Suka Dia
Inilah jadinya bila Amar dah jatuh chenta