Chill Out ~~ ^_* (kalau tak suka lagu boleh stop kt atas ni)

new updated!


new n3 :-)

# Hot And Cold (Bab 5)
# Hot And Cold (Bab 4)
# Hot And Cold (Bab 3)

* my new email (YM, FB) :"carl_aryana89@yahoo.com"

(^__^)

(^__^)

Kalaulah Hot n Cold dapat peluang ke untuk ke versi cetak.. apa kata kalian?

Saturday, November 1, 2014

Kelam Bulan Tanpa Bintang 1



MATA jatuh lagi pada jam POLO di tangan. Buat yang kesekian kali. Dalam hampir satu jam lima belas  minit, itu lah hobi dia. Hobi tenung jam sampai lebam. Lagu Time is Running Out- Muse kini menjadi peneman. Kedua-dua telinga disumbat kemas dengan earphone. Dah tak selesa dengan kedudukan dikerusi batu, dia bergerak pula ke tembok yang tingginya separuh paha depan pintu masuk perpustakaan.
Hanya sekali lompat, dia dah berjaya menghenyakkan punggung di atas tembok batu itu. Kaki dihayun laju. Mata dipejam rapat menghayati lirik-lirik lagu. Hati cuba dipujuk supaya terus bersabar. Bersabar menunggu ketibaan seseorang yang dah janji dengan dia nak jumpa dekat library pada pukul dua setengah petang. Tapi sekarang dah nak dekat pukul empat, satu bayang pun dia tak nampak. Telefon tak dijawab. Mesej tak dibalas. Haih!
            Sekali lagi dia tenung jarum jam. Keluhan dihela kasar.
“Lagi lima minit kau tak sampai sumpah aku blah!”  Tekad dia. Memang dia akan blah. Lantaklah lab report tak siap ke apa. Dia tetap nak blah.
“Tapi kalau aku blah, siapa nak ajar aku buat coding?” dia mengeluh lagi.
            “Tau takpe.”
            Suara garau itu datang dari sebelah kanan bersama libasan buku dibahu. Spontan tangan bergerak menggosok bahu.
“Sakitlah bongok!” Tak menunggu lama kaki orang yang dah bertenggek disebelah dia disepak kuat.
            “Ya Allah!” Dia menyeringai perit. Badan dibongkok mengurut betis kering yang disasar kaki si teman.
Triple sakit daripada aku buat kau tahu tak?”
            “Kalau nak dibandingkan dengan dua jam aku mencongok macam orang bodoh dekat sini tunggu kau... tu memang tak berbaloi.” Dia melompat turun dari tembok. Beg kanvas ditepi tiang dicapai sebelum dia bergerak menolak pintu kaca besar itu.
            “Amal, tunggu!”
            Buat pekak. Panggilan itu dibuat tak endah. Dia terus menekap kad matrik pada scanner mesin penghadang untuk masuk ke dalam perpustakaan. Penghadang terbuka dan dia menapak ke arah locker. Beg kanvas ditarik zip. Beberapa buah buku rujukan programming dikeluarkan bersama laptop.
            “Lepas solat Zohor aku tertidur.”
Suara tadi muncul dari belakang tetiba.
Handphone aku tertinggal dekat bilik. Janji dengan kau pukul tiga tapi aku datang pukul empat. Buat kau tunggu aku macam orang bodoh, aku tak terniat pun. Nak tengok kau marah macam ni, aku tak sanggup. Kau tak hantarlab report esok, aku tak nak jadi penyebab. Dan walaupun kau dah sepak betis aku dan sakitnya memang tak boleh nak diterjemahkan macam mana but still... I’m sorry?”
            Accepted.” Sambil lalu Amal membalas. Locker dibiar tak bertutup untuk lelaki itu.
            “Yes!” Senyuman ceria diukir buat Amal.  Amal takkan boleh marah lama dengan dia. Paling lama pun sejam dua. Lepas tu dia akan okay dan coolmacam biasa. Dan dia pun macam tu jugak. Takkan boleh nak marah atau sentap dengan temannya itu lama-lama. Lantas beg kanvas dia dibuka dan laptop ditarik keluar sebelum beg itu dihumban bersama beg Amal ke dalamlocker yang sama.
Password birthday date aku pulak la kali ni. Asyik kau jek.” Dia merujuk kepada kata kunci untuk locker yang bernombor 78 itu.
            “Ikut kau ah Naqin oi.”

KENAPA banyak sangat tasks untuk lab sheet CA ni?” Amal merengek sebelum menyembamkan muka ke meja. Kertas-kertas lab subjek Computer Architecture (CA) yang bertaburan atas meja ditolak tepi.
            “Okay what? Banyak tasks banyaklah coding yang kita boleh buat. Kau jangan nak mengeluh sangat boleh tak? Buat je la. Final nanti ada banyak soalan coding. Sebab tulah prof suruh kita praktis. Practice makes perfect, you know?” Kepala Amal yang masih menyembam ke meja diketuk Naqin dengan pembaris.
            Amal angkat muka sambil cebik bibir.
Practice makes perfect konon. Kau pandai bolehlah cakap macam tu. Kau terror. Kasi la macam mana jenis task dekat kau pun mesti kau bolehsettle. Kau pusing-pusing macam mana pun coding tu tetap akan dapat result. Aku ni bengap programming. Satu tasks pun mesti nak kena orang ajar. Asal buat coding ada je error tang mana-mana. Tak boleh nak compile la, tak boleh nak stimulate la, ” luah Amal lantas kembali menyembamkan muka di meja.
            Kepala yang bertudung bawal warna coklat itu direnung. Dia menggeleng seraya menjulingkan mata ke atas.
“Belum apa-apa dah give up,” perli Naqin selamba.
            “Aku tak give up la. Cuma... stress. Dah la tengah busy denganprogress report untuk FYP (Final Year Project). End of this semester dah nak kena submit. Lepas tu seminggu beforefinal exam nak kena VIVA pulak. Aku ni coding untuk FYP tak siap-siap lagi. Kena pulak pakai software MATLAB. Kita mana pernah belajar MATLAB before this. Peninglah aku macam ni. Uwaaa!!! Aku nak paksu. Nak maksu, Erin, along dengan angah. Rindu diorang. Aku nak diorang.” Rengek Amal dengan muka sedih. Bibir bawah dicebik lama.
Wajah satu persatu insan yang dia sayang muncul diruang mata. Amal merupakan anak yatim piatu. Dia ada dua orang abang, Fayyaz dan Fawwaz. Ibunya telah meninggal ketika melahirkan dia. Pada umur dia sembilan tahun, papa dia pula telah pergi bertemu dengan ILLAHI. Sejak itu dia dan abang-abangnya dibesarkan oleh paksu mereka, Dizwan. Dizwan telah berkahwin dengan Hana Adhuha dan telah dikurniakan seorang cahaya mata, Erin Zulaikha.
            “Kalau aku takde depan mata sekarang ni, mesti aku termasuk dalamlist tu kan? List orang yang kau rindu?”
            “Haruslah.” Ikhlas Amal kasi jawapan. Tak payah nak berfikir panjang. Tak payah nak sembunyi. Memang itu yang dia akan rasa kalau Naqin tak ada dengan dia sekarang ni.
Muhammad Muzzalnaqin, lelaki yang dia kenal sejak dia lahir lagi. Lelaki itu adalah kawan yang paling rapat dengan dia. Antara orang yang penting dalam hidup dia. Kalau dah penting tu, wajiblah kasih sayang dia ada untuk lelaki itu. Kasih sayang macam yang dia rasa dekat paksu, maksu, Erin dan kedua-dua abang dia, Fayyaz dan Fawwaz. Dari kecik Naqin sentiasa ada di sisi. Dari zaman tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, kolej matrikulasi sampailah di universiti sekarang ni, mereka masih bersama. Naqin merupakan anak jiran sebelah rumah dia. Kata paksu, dia dan Naqin macam kembar walaupun dilahirkan oleh dua wanita yang berbeza. Dah tak boleh nak dipisahkan. Lagipun mereka berkongsi bulan kelahiran yang sama. Bezanya cuma hari. Naqin lahir awal dua hari dari dia.
             “Dah kata kawan sampai mati. Kalau jauh memanglah aku rindu. Soalan bongok betul,” sambung Amal sejujurnya.
“Kalau kau pula akan rasa benda yang sama ke?” soal Amal tiba-tiba.
            “Kau pun tak payah nak tanya soalan bongok kalau dah tahu jawapan aku macam mana. Ingat! Kelam bulan kalau tanpa bintang tahu?”
            “Ceh!” Itu je yang Amal balas bila dipulangkan paku buah keras dari si Naqin.
            Laptop ditutup rapat.  Lab report dia dah siap. Giliran Amal pulak untuk buat lab report.
“Kau dah bukak software Quartus belum? Meh aku ajar kau buatcoding.”
            “Make sure aku boleh dapat result untuk enam tasks ni dalam masa dua jam.”
            “Kalau kau janji takkan fed up.”
            “InshaAllah... I won’t.”

            “Cool.”

No comments:

Post a Comment

toucholic

toucholic

Hot N Cold

Hot N Cold
Apa yang terjadi bila air panas bertemu dengan ais cube?

sweet sours

sweet sours
friendship is a sweet relationship

Bila Amar Dah Suka Dia

Bila Amar Dah Suka Dia
Inilah jadinya bila Amar dah jatuh chenta